Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula hari ini di Mahkamah Persekutuan. Ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan menyambung hujahnya yang dijangka memakan masa selama kurang 30 minit dan kemudian diikut dengan jawapan balas oleh pihak pendakwa, Shafee Abdullah yang menurutnya beliau akan mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk memberikan penekanan di beberapa sudut pendakwaannya.
Selepas itu 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes ini akan membuat keputusannya. Namun belum dipastikan samada keputusan itu akan dibuat petang ini atau pada hari yang lain.
LAPORAN LANSUNG
3.48pm: Shafee membangkitkan satu kes mahkamah berhubung ikatan dokumen yang hilang
Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas.
Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.
Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.
Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.
3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan".
Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan.
3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi.
Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998.
Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1.
Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza.
Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan.
Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.
3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.
3:30pm : Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar.
Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful.
Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif.
Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima.
"Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar),” kata Gopal.
Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan (tanpa kerelaan).
3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat.
Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah.
"Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik.
"Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan.
“Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan,” katanya.
3:20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar.
Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya.
3.14pm: Persidangan mahkamah bermula.
Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana (dikatakan) memberi keterangan tidak konsisten.
3.07pm: Anak perempuan Anwar, yang juga MP Lembah Pantai dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut hadir.
2.55pm: MP Bukit Katil dan naib presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin, barisan exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Shuhaimi Shafiei, MP Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan MP Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy San.
2.48pm: MB Selangor Azmin Ali turut hadir.
Shafee tiba di mahkamah dengan barisan pasukan pendakwaan.
Mahathir memberitahu pemberita bahawa beliau duduk berdekatan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika solat Jumaat.
2.38pm: Gopal Sri Ram tiba bersama pasukan pendakwaan, dengan R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, J Leela dan Latheefa Koya.
2.10pm Anwar bersama 30 orang penyokong berarak ke Istana Kehakiman sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.
Setibanya di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Anwar bersalaman dengan penyokongnya sebelum masuk ke mahkamah.
Tiada keputusan hari ini, Mahkamah Persekutuan perlu masa timbang kes Anwar
Selepas tidak sampai satu jam ucapan penutup dibuat pihak pembelaan dan pendakwaan dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan mengumumkan ia akan membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Setelah 7 hari mendengar hujah kedua-dua pihak, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata panel 5 hakim perlu mempertimbangkan isu dan fakta yang dikemukakan.
"Memandangkan fakta yang dikemukakan, kami akan memerlukan sedikit waktu. Kami akan tangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian," kata Arifin, yang mengetuai panel.
Perbicaraan maraton rayuan Anwar terhadap sabitan kesalahannya yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula pada 28 Oktober.
Mengikut jadual asal, ia akan berlangsung selama dua hari sahaja tetapi mahkamah kemudiannya memanjangkan jumlah hari perbicaraan kerana terdapat banyak keterangan.
Selepas pembelaan, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram selesai dengan ucapannya petang ini, mahkamah bertanya ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah jika beliau mempunyai sebarang perbalahan.
Shafee berkata, beliau mahu membangkitkan kes undang-undang membuktikan beberapa hujah pendakwaan tetapi Arifin memintanya menyediakan citation untuk rujukan panel.
Arifin kemudian berkata mahkamah akan menangguhkan penghakimannya dan menetapkan satu tarikh kemudian untuk membuat keputusan.
Ikat jamin Anwar dilanjutkan mengikut syarat yang sama dikeluarkan Mahkamah Rayuan, yang sebelum ini membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada Mac tahun ini.
Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.
Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas memohon hukuman penjara Anwar ditingkatkan jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan. Ia akan didengar kemudian bergantung kepada keputusan.
Salah seorang peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata kepada pemberita di luar mahkamah, perbicaraan ini mungkin rayuan yang paling lama dalam sejarah Mahkamah Persekutuan.
Termasuk hari ini, ia berlangsung selama 8 hari.
"(Kami) berterima kasih kepada panel hakim kerana mereka sangat sabar. Kami harap keadilan akan menang akhirnya," katanya.
Abangnya, peguam Gobind Singh Deo berkata baik bagi panel mengambil masa mempertimbangkan fakta dalam kes itu.
"Kami yakin akan berjaya."
Ini tuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pertama pada 1998, selepas beliau dipecat daripada kerajaan ketika masih memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Ketika itu, beliau dituduh meliwat bekas pemandu isterinya dan dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Shafee juga memberitahu media di luar mahkamah, "sangat normal" bagi panel menangguh penghakiman dalam kes berprofil tinggi supaya dapat "memikirkan kes tersebut dengan baik dan membaca semua dokumen yang dikemukakan."
Beliau menegaskan walaupun pihak pembelaan mendakwa pegawai penyiasat Supt Jude Pereira mengusik bukti dengan memotong beg bukti, tiub di dalamnya yang mengandungi sampel tidak pernah dibuka.
Shafee juga menafikan membuat sebarang kenyataan bertujuan menjatuhkan Anwar dengan lebih teruk, menjawab aduan Anwar yang pendakwaan bersikap "tidak profesional dan berdendam." – -tmi
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI