Presiden UMNO dan BLue Bean Army aka Blogger Bangang
Apalah yang hendak kita hairan bila Najib sebut perkataan bangang? Perkataan ini datang naturally kepada seorang aristokrat dan bourgeois seperti Najib- papa kedana, haramjadah, bangang, dan lain2.
Najib bukan ada cukup budaya Melayu untuk lebih tertib memulih istilah yang digunakan.
Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan.
Sesiapa yang ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa yang Najib lakukan. Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh.
Hari ini, Dr Mahathir sendiri menyatakan, ada ramai yang boleh ganti Najib. Muhkriz boleh. KJ pun boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah.
Sahabat baru saya, Outsyed the Box- lebih hebat menyatakan beg plastic TESCO lebih berkapasiti dari Najib. Beg plastic itu boleh menampung banyak barangan, Najib pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku.
Saya menyatakan perkara ini sejak tahun 2008 lagi. 6 tahun mengkritik kepimpinan Najib tidak mungkin dilakukan atas dasar dendam kesumat. Tentangan ini adalah atas dasar kepimpinan, dasar dan polisi kerajaan nya, pemikiran, wawasan Najib dan kerana incompetence Najib. Saya sebutkan disini- let’s face it- Najib is the most incompetent leader that we have thus far.
Pernah satu masa dahulu, ada seorang blogger melantik dirinya sebagai pendinding dan pembela Najib- mengatakan bahawa jasa Najib kepada saya terlalu banyak. Orang Inggeris kata- the proof is in the eating. Jika saya ada membuat kesalahan dan mengambil kesempatan- masakan perkara2 ini didiamkan oleh pemimpin UMNO dan negeri? Tentu mereka berarak diseluruh bandar dan mendedahkan perkara ini.
Semasa kempen PRU13, perkara yang paling kuat Najib boleh bantai saya ialah menyatakan saya suka berkelahi dengan ketua kampong. Saya memang pun berkelahi dengan 4-5 orang yang saya rekomen digantikan kerana mereka mencuri dan menjual tanah, membolot saham yang diagihkan kepada orang kampung, membuli masyarakat. Saya mahu mereka diganti sebab jika kita mahu membangunkan bangsa Melayu- pimpinan peringkat paling asas pun mesti bermutu tinggi. Bagaimana Najib mahu memimpin Negara jika 4-5 orang ketua kampong sudah boleh menggugat ketegasan Najib?
Najib suka simpan crook, saya mahu gantikan mereka. Dan saya tidak faham perkara ini sampai kehari ini- bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika pimpinan peringkat kampung terdiri dan jaga bank, tukang kebun sekolah, kaki buli dan seumpamanya?
Saya pun boleh bertanya demikian juga- bagaimana jasa saya kepada Najib? Ketika dia menang tipis 1999 dengan hanya 241 undi , tidak ada pun orang UMNO meletakkan diri mereka sebagai benteng. Bahkan ketika saya menjadi ketua penerangan UMNO Pekan dan melaksanakan program penerangan( bukan main futsal atau pertandingan bola) ada orang UMNO sendiri yang menyekat ketua penerangan UMNO dari menjalankan program penerangan. Saya bukan hendak membesarkan diri- tapi work ethics saya yang dilatih oleh Shell Malaysa tentulah tidak sama dengan budak lulusan tingkatan 5 gred 3 atau rendah.
Blogger yang melantik diri sebagai pendinding Najib kata saya beroperasi atas dendam kesumat dalam dada. Saya nak tanya blogger ini- bolehkah seseorang beterusan dimotivasikan oleh dendam kesumat? Dendam akan memakan diri yang mengandung dendam tersebut.
Tentangan saya terhadap kepimpinan Najib ialah kerana saya merasakan Najib is not a good leader. Dia tidak ada vsion, dia tidak ada values untuk membangunkan bangsa Melayu.
Bagaimana seorang yang hidup dalam budaya aristokrat dan bourgeois boleh membangunkan bangsa Melayu? Najib simply does not have that culture untuk memimpin negara. Yang dia ada ialah career- dia seorang political careerist yang terpelanting masuk dalam arena sesudah kematian Tun Razak dan memulakan career nya sebagai pemimpin. Apa nilai2 yang dia ada sejak remaja lagi?
Tidak ada. Saya tidak ada malice lansung menyatakan perkara ini- dia bukan Mahathir, dan bukan Tun Razak yang mempunyai political culture untuk memimpin Negara.
Tapi, kerugian UMNO ialah keuntungan bagi pihak pembangkang ketika ini. Dibawah Najib UMNO mulai kehilangan kredibiliti. UMNO hanya survive sekarang sebab mereka menguasai apparatuses pemerintahan. Dan mereka ada monopoli keatas legitimate coercive forces- polis, tentera, pasukan keselamatan lain.
Tanpa kuasa ini, UMNO tidak mampu menawarkan apa2 idealisme kepada rakyat. Budak2 UMNO sendiri pun hari ini tidak tahu perjuangan UMNO 46. Yang mereka tahu dan kenal ialah re-inkarnasi UMNO atau jelmaaan semula UMNO. Mulai tarikh tersebut, UMNO penuh dengan pemimpin yang mahu mengkayakan diri.
Kepada orang Melayu- yang UMNO boleh tawarkan ialah pemberian material. UMNO boleh beri BR1M - RM900 untuk tahun 2015 yang boleh diterjemahkan sebagai RM2.47 sen sehari. Harga kangkung sekilo RM2.80. Ikan Kembung sekilo RM14. Sila beritahu raykat, boleh tak mereka hidup dengan RM2.47 sehari?
Saya ketawa terbahak bahak bila Najib kata blogger2 UMNO bangang. Suatu ketika saya berjumpa dengan Najib dan memberitahu didepan muka dia, dia employ blogger bermutu rendah- dia kata dia tak cukup blogger berkualiti. Saya ada dengar dia menyediakan bajet RM5juta untuk employ blue bean army tapi semua nya hampas belaka. Blogger UMNO hanya tahu maki hamun dan menyelar peribadi blogger pembangkang dan tidak ada kapasiti untuk berdebat perkara dan isiu sabstantif. Tapi blogger bangang jangan berkecil hati ya- kerana jika mereka bangang, majikan mereka lagi bangang. Yang tak bangang ialah penyelia blogger bangang yang dapat bajet besar. -sakmongkol