1 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Amaran Kepada Polis - Perjuangan Rakyat Itu BENAR! (Updated)

HARI INI jam 2.00 petang, rakyat telah berhimpun di dalam satu perhimpunan aman anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Melalui perhimpunan itu GMI diharapkan dapat menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Perhimpunan tersebut berjaya cemerlang tetapi deklarasi tidak dapat diserahkan kepada Agong lantaran disekat oleh Polis.

Setiap kali demonstrasi aman yang dilakukan oleh rakyat, pihak kerajaan terus akan mengecap ia sebagai "perhimpunan haram" sekalipun AKHIRNYA kebenaran membuktikan perjuangan rakyat itu benar dan tindakan polis serta kerajaan adalah salah.

Buktinya ialah sewaktu Datuk Hishamuddin Hussein menjadi menteri pelajaran, satu demontrasi apa yang dipanggil "Anti-PPSMI" yang diadakan pada 7 Mac lalu. Sekalipun perhimpunan itu menerima tentangan hebat dari pihak berkuasa sehingga rakyat "dihadiahkan" dengan pelbagai kezaliman polis dan keangkuhan menteri yang bertanggungjawab untuk terus tidak melayani tuntutan rakyat, namun akhirnya kerajaan mendapati perjuangan rakyat tersebut adalah benar dan langkah diambil untuk menghapuskan PPSMI.

Pengumuman Timbalan Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mengumumkan pemansuhan perlaksanaan adalah berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu dan beliau berkata PPSMI tidak mencapai tujuannya kerana peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar adalah sangat rendah.

Ia sekaligus menafikan kenyataan Hishamuddin yang satu ketika berkeras ingin meneruskan dasar PPSMI tersebut sekalipun telah menerima tentangan dari banyak pihak.

Kini di bawah menteri yang sama, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekali lagi mencari pasal dengan rakyat dan beliau dikatakan sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi anti ISA yang diadakan petang tadi.

Hasilnya ia memberi lesen untuk polis bertindak ganas dan keterlaluan ke atas rakyat. 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil.

Tidakkah Hishamuddin terfikir bahawa tindakannya itu bakal mengundang hal yang sama sepertimana beliau mengarahkan polis bertindak ke atas peserta demonstrasi GMP-PPSMI yang baru lalu?

Apa yang menjadi masalahnya, sekalipun akhirnya suara rakyat itu diakui benar, tetapi pihak berkuasa polis TELAH melakukan kezaliman dan kekejamannya melalui siri penggunaan FRU untuk membelasah dan menangkap rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut dengan menjadikan diri mereka golongan binatang yang tidak kenal erti kemanusiaan, menghadiahkan rakyat dengan semburan gas pemedih mata, asid berkimia malah ada diantaranya diseret, dipukul, ditendang sesuka hati.

Jika pemansuhan PPSMI diumumkan untuk menarik perhatian pengundi di Manek Urai, apakah nanti ISA disimpan untuk dijadikan penimbal modal yang akan diumumkan untuk dimansuhkan pada plihanraya Permatang Pasir akan datang?

Yang nyata, rakyat tidak selalunya salah dan kerajaan tidak selalunya betul, tetapi tindakan polis menggunakan kekerasan dan kezaliman TETAP salah dipandang dari sudut apa sekalipun. Polis dengan mudah meletakkan rakyat sebagai bahan buruan dengan mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri sehingga sanggup merancang provokasi supaya perhimpunan rakyat menjadi huru-hara dan tampak seperti satu rusuhan bagi menjustifikasikan "serangan" mereka ke atas rakyat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

- Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?

- Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.

- Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka, ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi semalam.

Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

"Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka," ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular.

Ingat, Datuk Syed Hamid Albar telah menjadi Menteri Dalam Negeri yang sentiasa menentang suara rakyat dan rakyat telah menadah tangan ke langit agar tidak memanjangkan perkhidmatan si kuda kayu itu. Akhirnya nama Syed Hamid terpadam jua dari kabinet dengan rakyat masih tidak melupakan kezaliman yang telah dilakukannya!

Polis seringkali mengeluarkan amaran kepada rakyat, KINI kita ingin menyampaikan suara amaran dari rakyat kepada polis : JANGAN MANAHAN AIR YANG TURUN DARI GUNUNG KERANA ANDA BAKAL DIHANYUTKAN KE LEMBAH KEHANCURAN

Era Najib Altantuya : 80% Kata Perhimpunan Tak Gugat Ketenteraman Awam

Demonstrasi aman tidak sesekali menganggu ketenteraman awam. Itu pandangan majoriti rakyat. 80% responden undian sms 7 Edition juga berpendapat demikian, hanya 20% yang sependapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO BN dan juga polis yang menyifatkan demonstrasi aman boleh menggugat ketenteraman orang awam.

Sebenarnya perhimpunan Gerakan Menentang ISA (GMI), jika tidak diganggu, tidak samasekali mendatang apa-apa kemudharatan kepada ketenteraman dan keselamatan awam. Yang menyebabkan perhimpunan menjadi kecoh adalah lantaran sikap keterlalauan polis yang menggunakan kekerasan melampau ke atas peserta perhimpunan dengan menahan, mengasari dan menangkap para peserta perhimpunan.

Medan perhimpunan yang aman tiba-tiba bertukar menjadi medan untuk polis menunjukkan kuasanya dengan menggunakan water canon menyembar air kimia dan unit FRU yang menembak gas pemedih mata kepada peserta perhimpunan.

Sepertimana kami laporkan semalam, bahawa kesesakan lalulintas bukanlah disebabkan oleh sebarang perhimpunan, tetapi oleh tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya dengan tujuan untuk menghalang orang-ramai kononnya dari menyertai perhimpunan yang diadakan pada hari ini.

Rakyat sudah muak dan jelek dengan sikap polis yang sebenarnya lebih bertindak untuk menjaga kepentingan parti dan pemimpin UMNO BN dan bukan untuk rakyat terbanyak.

Persoalan yang menjadi tandatanya, kenapakah kerajaan UMNO BN dan Polis begitu takut dengan usaha rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong?

Dan kenapa pula Polis bertindak lebih sudu dari kuah sedangkan Agong sendiri telah dimaklumkan tentang perhimpunan yang diadakan pada petang ini?

Apa haknya polis tiba-tiba menyekat jalan ke Istana Negara?

Apa ke jadahnya tiba-tiba polis membawa anjing-anjing pengesan dan water canon ke jalanraya untuk "membelasah" rakyat yang berhimpun secara aman?

Tidak mengapa, rakyat akan berdemonstrasi lagi selepas ini kerana itu adalah fitrah mana-mana manusia di atas dunia ini hatta orang UMNO BN sekalipun, sesiapa pun tidak boleh menyekatnya walau anda halakan seribu water canon ke arahnya!


Era Najib Altantuya : Kemarahan Rakyat Akan Dibawa Ke Tong Undi Permatang Pasir

Kekejaman dan kezaliman UMNO BN dan Polis Di Raja Malaysia yang bertindak ganas dan kasar kepada rakyat pasti akan terbalas juga.

Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA sekalipun dihalang untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong namun, yang nyata, dunia menyaksikan hari ini rakyat berbilang kaum telah bangkit dalam bilangan yang ramai sehingga mencecah 100,000 orang (sekalipun angka oleh media massa hanya 20,000).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul iskandar Mohd Akin di dalam kenyataannya menyatakan AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Katanya, AMK mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan.

Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat.

Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan '1 Malaysia' hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Sementara itu, seorang Ketua PAS Peringkat Bahagian menyatakan, isu ISA dan kezaliman polis hari ini pasti akan dibawa ke Permatang Pasir dan UMNO BN perlu dihukum oleh rakyat kerana membiarkan polis bertindak sewenang-wenang ke atas rakyat.

"Pihak polis merasa diri mereka terlalu berkuasa, lebih berkuasa dari Yang Dipertuan Agong, apabila mereka menghalang rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju untuk menerima kehadiran rakyat di Istana Negara," jelasnya.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.









Era Najib Altantuya : Mustahil UMNO BN Boleh Sekat Kebangkitan Rakyat

Sebagai jawapan kepada Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Dato' Zahid Hamidi yang menyatakan mustahil untuk memansuhkan ISA, namun rakyat berkata "Mustahil UMNO BN mampu sekat kebangkitan rakyat yang ingin ISA dimansuhkan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyatakan, "Polis boleh tangkap ratusan orang, polis boleh kacau dan ancam kita, tetapi polis tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat."

"Kami akan berdemonstrasi lagi hingga ISA dimansuhkan," ujar beliau.

Sependapat dengan Tian, Pengerusi Gerakan Masuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Seyd Noh berkata, himpunan akan tetap diteruskan bagi menyatakan rasa benci rakyat terhadap penggunaan ISA yang telah menzalimi mereka yang tidak bersalah.

"Jika kerajaan berniat meneruskan akta ini, jangan lupa mereka juga akan jatuh kerana rakyat menentang akta ini," ujarnya lagi.

Selang beberapa minit selepas selesai berucap, himpunan cuba digerakkan ke arah Dataran Merdeka, namun polis dan FRU menggunakan water cannon bagi menyembur air selain gas pemedih mata.

Hari ini, lebih 100 ribu rakyat berkumpul di pelbagai lokasi untuk menyampaikan Memorandum 10 Deklarasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong tetapi terhalang akibat kekangan polis yang ketat.

Sementara itu sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.


Era Najib Altantuya : KEZALIMAN POLIS AKAN TUMBANGKAN KERAJAAN BN

Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat, demikian lapor harakahdaily.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Sementara itu TVA melaporkan polis berusaha memecahkan pintu Pejabat Agung Pas dalam usaha menahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Suasana di luar ibupejabat parti pembangkang terbesar di Malaysia itu bagaikan medan perang. Bunyi siren polis, trak FRU ke hulu ke hilir dan gas masih lagi menebal di udara.

Ramai berpendapat tindakan polis yang KETERLALUAN menzalimi rakyat hari ini akan menumbangkan kerajaan BN sepertimana berlaku sedekad lalu dimana BN hampir kecundang di tangan pembangkang pada 1999.

Era Najib Altantuya : GMI Capai Sasaran 100,000

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya di depan peserta himpunan aman, dekat perhentian bas di sebelah Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman menggesa kerajaan memansuhkan segera akta zalim ISA, lapor harakahdaily.

Beliau menganggarkan jumlah kehadiran demonstrasi yang menggesa ISA dimansuhkan itu sudah mendekati 100,000 orang, angka yang menjadi sasaran pihak penganjur.

"Kehadiran orang ramai pada hari ini, meskipun disekat pihak polis, menjadi saksi bahawa kemarahan rakyat terhadap akta zalim ISA tidak boleh dibendung lagi. Tiada pilihan buat kerajaan BN melainkan memansuhkan segera akta drakonian ini," tegasnya, disambut laungan takbir dan sorakan reformasi.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan berucap sama, antaranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara dilihat sudah mengambil jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Sultan Ismail, bukan lagi Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kini menjadi medan untuak anggota FRU melepaskan gas pemedih mata.

Meskipun pihak polis mengerahkan kekuatan maksimum, melalui serangan gas pemedih mata dan pukulan belantan, untuk melumpuhkan semangat peserta himpunan aman, namun ia tidak berjaya mengendurkan semangat orang ramai bagi mendesak ISA dimansuhkan

Peserta demonstrasi terpaksa mencari perlindungan di sekitar bangunan kedai dan kompleks perniagaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa kompleks membeli-belah utama seperti Sogo ditutup sepenuhnya.

Sebelum itu, ketika berucap kepada peserta himpunan, beberapa pimpinan muda Pakatan Rakyat seperti Salahudin Ayub, Tian Chua dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengecam pendekatan keras dan ganas pihak polis yang menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Mereka turut menuntut ISA dimansuhkan segara dan Kem Tahanan Kamunting ditutup. "Rakyat hari ini sudah menunjukkan protes dan amarah mereka terhadap akta yang memakan korban yang tidak berdosa ini," kata Salahudin.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah ditahan polis sebentar tadi. Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Adun Batu Buruk Syed Azman, Adun Kota Damansara Naser Hashim dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berada di Sogo.


Era Najib Altantuya : Lautan Manusia Telah Berhimpun

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, demikian lapor harakahdaily.

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Pertama disambut ribuan aktivis anti-ISA.

Kerajaan mengerahkan anggota-anggota polis untuk meleraikan dan mengejar aktivis yang berlindung di kompleks itu setelah diasak hujan lebat gas pemedih mata dan air kimia.

Sementara itu, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin tiba di Pasar Seni. Dan angka peserta anti-ISA melonjak mendadak kepada 20,000 orang yang kini sedang berhimpun di Jalan Kinabalu.

Sementara itu, aktivis di Masjid Negara turut bertambah kepada 5,000 orang. Mereka nampaknya sedang 'bermain' kejar-kejar dengan anggota polis.

TVA melaporkan dalam satu perkembangan terbaru, 10,000 orang telah mula berhimpun di Dang Wangi berhampiran Sogo.

Polis nekad menghalang perarakan dari Dang Wangi ini dari bertemu perarakan di Sogo. FRU sekali lagi menyemburkan air dan gas pemedih mata bagi meleraikan orang-ramai yang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, polis melepaskan gas kearah aktivis yang terperangkap Bank Rakyat dan Bank Negara. Kumpulan ini mahu bergerak ke Padang Merbok selepas polis menghalang laluan mereka ke Sogo.

Sebelum itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengadakan demonstrasi di antara kompleks Pertama dan Sogo. Syed memberi ucapan mendesak supaya ISA dimansuhkan dan semua tahanan akta zalim itu dibebaskan.

Kumpulan Pro ISA pula diganggu oleh pihak polis.

Era Najib Altantuya : Pesta Demokrasi Bertukar Menjadi Medan Polis Menangkap Rakyat

TVA melaporkan sekurang-kurangnya 500 aktivis anti-ISA bersama-sama pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat telah memulakan perhimpunan aman di Masjid Negara.

Kawasan suci ini yang menjadi testaman kepada kebangkitan rakyat era Reformasi, dan sekali lagi pada Perhimpunan 100,000 Rakyat menuntut pilihanraya adil dan bersih.

Mereka yang berhimpun di Masjid Negara telah mula bergerak menuju Istana Negara.

Sementara itu, 200 orang aktivis dari Masjid Jamek menuju ke Masjid Negara. Polis melepaskan gas pemedih mata dan beberapa orang aktivis telah dipukul.

Laluan keluar-masuk sekitar Masjid Jamek di tutup.

Kira-kira 200 aktivis yang rata-ratanya wanita turut melaungkan 'Mansuh ISA' di Sogo. Mereka bersiap-sedia menuju ke Istana Negara.

FRU mula memalu belantan ke perisai mengancam 'askar-askar' wanita ini.

Harakahdaily melaporkan:

1.30 tengah hari: Di SOGO, 27 orang telah ditangkap polis setakat ini. Semua kedai di kawasan ini dan Sogo sendiri telah ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai.

Di MASJID NEGARA, beberapa orang telah ditangkap kerana setelah diperiksa mereka didapati membawa bahan yang ada kaitan dengan ISA seperti topi, lencana dan banner.

Di MASJID JAMEK, orang ramai semakin berkurangan setelah disuraikan oleh pasukan polis. Setakat ini 23 orang telah ditangkap di sini termasuk 2 orang wanita.

Di ISTANA NEGARA, keadaan masih tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.

1.00 tengah hari: Di SOGO, orang ramai semakin ramai berhimpun biarpun pasukan polis termasuk unit anjing cuba menghalang mereka berbuat demikian. Helikopter polis berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas. Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. 8 lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.

Di MASJID NEGARA, polis memperketatkan kawalan dan menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid. Petugas-petugas media berkumpul di sini menunggu kehadiran pimpinan pembangkang dan GMI. Hanya beberapa orang awam berkumpul di sini. Orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. Polis memeriksa beg-beg yang dibawa oleh orang ramai.

Di MASJID JAMEK, 20 orang telah ditahan polis. Orang ramai semakin ramai berhimpun di sini. Polis menghalang orang ramai berkumpul di sekitar Masjid Jamek. Seorang peguam Puspa Rosman ditahan kerana mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai. Polis memberi arahan kepada orang ramai supaya beredar dalam masa 15 minit.

Di ISTANA NEGARA, keadaan tenang tanpa kehadiran orang ramai. Pasukan polis dengan 4 trak 'Water Cannon' dan 10 trak FRU ditempatkan di sekitar kawasan.


Era Najib Altantuya : Live Anti-ISA. Tangkapan Bermula.

.Penangkapan telah bermula. seawal jam 9.45 pagi lagi, kira-kira 20 orang telah ditahan di perkarangan Masjid Negara. Manakala 200 orang telah dihalau pergi dari situ.

Wartawan TVA di lapangan turut melaporkan ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan telah dikerah ke Dataran Merdeka.

Manakala sekumpulan kecil peserta Himpunan Mansuhkan ISA berada di sekitar Masjid Jamek.

Hari ini, 1 Ogos 2009, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Rakyat perhimpunan aman Himpunan Mansuhkan ISA di ibu negara.

Mereka akan berarak dari Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan Deklarasi Mansuhkan ISA ke bawah Duli Tuanku Agong.

Manakala kumpulan Pro-ISA dijangka berhimpun di dua lokasi iaitu Padang Merbok dan Pasar Seni, sebelum berarak ke Istana Negara.

Sementara itu, seorang aktivis dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Nor, 27, memaklumkan bahawa tangkapan juga sedang berlaku di Masjid Negara, lapor harakahdaily.

Ujarnya, beliau melihat pihak Unit Simpanan Persekutuan telah ada mengawal perkarangan masjid sejak sebelum subuh lagi. Walaubagaimanapun, sejak jam 7.30 pagi tadi pihak polis telah bertindak menangkap orang awam di sekitar masjid tersebut yang memakai identiti sebagai peserta himpunan.

Malah menurutnya, pihak polis turut bertindak menutup pagar masjid selain sekatan ketat dilaluan berhampiran. katanya lagi, pihak polis juga menangkap golongan muslimat dan para peniaga yang dilihat mempunyai kaitan dengan perhimpunan.

Sementara itu, sumber dari staf Transit Aliran Ringan (LRT) memaklumkan, perkhidmatan LRT akan berjalan seperti biasa, bagaimanapun mulai jam 10.00 pagi, LRT tidak akan berhenti di beberapa stesyen antaranya Masjid Jamek, Bandaraya dan Plaza Rakyat. Pun begitu, ianya bergantung kepada perubahan semasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu, terdapat beberapa individu telah ditahan di kawasan Masjid Negara mengikut seksyen 105 kanun keseksaan bagi menghalang berlakunya perlakuan jenayah.

Sementara itu, menurut bilik gerakan trafik Zon HS Lee, terdapat lima laluan utama ke Kuala Lumpur ditutup iaitu Jalan Kelapa Gading, Jalan Travers, laluan berdekatan Istana negara dan Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur serta Dataran Merdeka berikutan perhimpunan haram mansuh ISA yang dijangka diadakan pada pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, memberitahu, terdapat dua lagi jalan di daerah Dang Wangi yang ditutup iaitu Jalan Hishammuddin dan Jalan Raja.


Era Najib Altantuya : Amaran Kepada Polis - Perjuangan Rakyat Itu BENAR!

HARI INI jam 2,00 petang, rakyat akan berhimpun di dalam satu perhimpunan aman anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)

Setiap kali demonstrasi aman yang dilakukan oleh rakyat, pihak kerajaan terus akan mengecap ia sebagai "perhimpunan haram" sekalipun AKHIRNYA kebenaran membuktikan perjuangan rakyat itu benar dan tindakan polis serta kerajaan adalah salah.

Buktinya ialah sewaktu Datuk Hishamuddin Hussein menjadi menteri pelajaran, satu demontrasi apa yang dipanggil "Anti-PPSMI" yang diadakan pada 7 Mac lalu. Sekalipun perhimpunan itu menerima tentangan hebat dari pihak berkuasa sehingga rakyat "dihadiahkan" dengan pelbagai kezaliman polis dan keangkuhan menteri yang bertanggungjawab untuk terus tidak melayani tuntutan rakyat, namun akhirnya kerajaan mendapati perjuangan rakyat tersebut adalah benar dan langkah diambil untuk menghapuskan PPSMI.

Pengumuman Timbalan Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mengumumkan pemansuhan perlaksanaan adalah berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu dan beliau berkata PPSMI tidak mencapai tujuannya kerana peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar adalah sangat rendah.

Ia sekaligus menafikan kenyataan Hishamuddin yang satu ketika berkeras ingin meneruskan dasar PPSMI tersebut sekalipun telah menerima tentangan dari banyak pihak.

Kini di bawah menteri yang sama, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sekali lagi mencari pasal dengan rakyat dan berliau dikatakan sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi anti ISA yang akan diadakan petang ini.

Tidakkah Hishamuddin terfikir bahawa tindakannya itu bakal mengundang hal yang sama sepertimana beliau mengarahkan polis bertindak ke atas peserta demonstrasi GMP-PPSMI yang baru lalu?

Apa yang menjadi masalahnya, sekalipun akhirnya suara rakyat itu diakui benar, tetapi pihak berkuasa polis TELAH melakukan kezaliman dan kekejamannya melalui siri penggunaan FRU untuk membelasah dan menangkap rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut dengan menjadikan diri mereka golongan binatang yang tidak kenal erti kemanusiaan, menghadiahkan rakyat dengan semburan gas pemedih mata, asid berkimia malah ada diantaranya diseret, dipukul, ditendang sesuka hati.

Jika pemansuhan PPSMI diumumkan untuk menarik perhatian pengundi di Manek Urai, apakah nanti ISA disimpan untuk dijadikan penimbal modal yang akan diumumkan untuk dimansuhkan pada plihanraya Permatang Pasir akan datang?

Yang nyata, rakyat tidak selalunya salah dan kerajaan tidak selalunya betul, tetapi tindakan polis menggunakan kekerasan dan kezaliman TETAP salah dipandang dari sudut apa sekalipun. Polis dengan mudah meletakkan rakyat sebagai bahan buruan dengan mereka meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka sendiri sehingga sanggup merancang provokasi supaya perhimpunan rakyat menjadi huru-hara dan tampak seperti satu rusuhan bagi menjustifikasikan "serangan" mereka ke atas rakyat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

- Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?

- Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.

- Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka, ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi semalam.

Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

"Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka," ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular.

Ingat, Datuk Syed Hamid Albar telah menjadi Menteri Dalam Negeri yang sentiasa menentang suara rakyat dan rakyat telah menadah tangan ke langit agar tidak memanjangkan perkhidmatan si kuda kayu itu. Akhirnya nama Syed Hamid terpadam jua dari kabinet dengan rakyat masih tidak melupakan kezaliman yang telah dilakukannya!

Polis seringkali mengeluarkan amaran kepada rakyat, KINI kita ingin menyampaikan suara amaran dari rakyat kepada polis : JANGAN MANAHAN AIR YANG TURUN DARI GUNUNG KERANA ANDA BAKAL DIHANYUTKAN KE LEMBAH KEHANCURAN

Era Najib Altantuya : Kezaliman ISA Perlu Ditentang

Isu Semasa : Kezaliman ISA.

1. Sejak Akta Keselematan dalam negeri dikuatkuasakan pada tahun 1960, kira-kira 10,662 orang ditahan dibawah akta zalim itu.

2. ISA digubal oleh penjajah untuk mencantas insugensi komunis, tetapi kemudian ISA digunakan untuk memburu suara-suara bangkangan terhadap kerajaan.

3. Chegu Bard mengisahkan peristiwa Memali pada tahun 1985. Ratusan peluru hinggap ke dada Ustaz Ibrahim Libya.

4. Ustaz Burhanuddin Al-Helmy, pemimpin PAS ditahan ISA pada 1965 sehingga menghembuskan nafas terakhirnya pada 1969.

5. Tan Sri A.Samad Said ditahan di bawah ISA hanya kerana sebuah puisi yang mendesingkan telinga.

6. Ustaz Harun Din melihat pada sudut syarak. Hadith sahih "Orang yang mendakwa mesti membawa bukti tuduhannya, orang yang dituduh mesti membawa bukti yang disebaliknya." Islam pada asasnya tidak membenarkan hukuman tanpa perbicaraam.

7. Ab Malek Hussin mengisahkan semasa menjadi tahanan ISA yang dicurahkan air kencing ke mulutnya.

8. Dr. Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara) - Najib membebaskan tahanan ISA dalamasa menahan orang lain di bawah ISA. Selagi ada ISA selagi itulah negara kita bukan negara demokrasi. Mengubah 60 hari ke 30 hari tidak ada bezanya, penahanan tanpa bicara.

9. September 1998, era reformasi, beberapa pemimpin pembangkang ditahan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10. Kerajaan menggunakan pelbagai alasan untuk menahan sesesorang untuk ditahan di bawah ISA. Nik Adli Nik Aziz ditahan kerana kononnya terlibat dengan latihan ketenteraan Afghanistan yang tidak dapat dibuktikan.

11. Exco Selangor Teresa Kok ditahan kerana didakwa menghina Islam selepas mendema alat siaraya kepada sebuah surau.

12. Akuan Bersumpah, seorang polis menyiasat Ah Long dan polis itu dikenakan tindakan tatatertib kerana Ah Long itu mempunyai kaitan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

OLEH ITU 1 OGOS 2009, PASTIKAN KITA BERSAMA GERAKAN MANSUHKAN ISA KE ISTANA NEGARA.