26 Dis 2009

MBSA Lancar Projek 1Tikus

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi setiap tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran itu ditawarkan sebagai galakan untuk penduduk setempat menyertai kempen itu.

“Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang ditangkap untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya peka dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka.

Ini kerana persekitaran kotor akan mengundang risiko penyakit berbahaya.

Selain aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar dan memusnahkan binatang perosak itu, MBSA juga akan mengadakan aktiviti pembersihan sampah pukal seperti perabot lama, almari, kerusi serta sampah-sampah kebun seperti dahan, ranting, daun dan kayu, katanya.

“Kita juga akan menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa bebas dari pembiakan binatang perosak yang mengundang penyakit,” kata beliau.



Membedah-siasat Secara Jujur Masalah Yang Melanda PAS

Bedah siasat terhadap masalah yang melanda Pas
Oleh Hussin Abdul Aziz

Yang merosakkan Pas

Ust Zolkharnain Abidin, exco Dewan Ulama Pas Pusat, telah menggariskan tiga perkara yang pasti meruntuhkan Pas: (1) agenda melayu, (2) berkerjasama dengan umno, dan (3) curang dalam persetiaan dalam Pakatan.

Ketiga2 perkara tersebut begitu sinonim dengan ‘Unity Government (UG)’ yang dilontarkan TGHH. Ust Zol, diawal isu UG, adalah salah seorang yang mempertahankan TGHH. Masa berlalu. Setelah melalui peredaran masa dan melihat sendiri peristiwa yang terlakar, beliau sedar betapa tiga perkara yang berkait rapat di antara satu sama lain adalah penyebab Pas musnah.

Unity Government (UG)

UG, sama ada pro atau kontra, sokong atau anti, telah diberi liputan oleh serba manikam media. Apa yang cuba disentuh di sini ialah berkaitan penutupan isu UG. Sudah berapa kali ia ditutup? Terakhir, pada 28 Okotober 2009, semasa sidang media TGHH selepas mesyurat khas menggantikan muktamar khas saranan TGNA. Pertama kali ia ditutup ialah selepas pertemuan dua tok guru di Kota Bharu pertengahan 2008. Tidak terlintaskah di kepala kita, bagaimana isu yang sudah ditutup perlu ditutup lagi dan lagi dan lagi?


JK Disiplin Pas

Di antara keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Khas pada 28 Oktober 2009 ialah menubuhkan JK Disiplin bagi menyiasat Pas Selangor, (tidak ada kaitan sedikit pun dengan sebab2 TGNA mencadangkan Mesyuarat Khas Luarbiasa). Apakah akan berakhir isu UG lantaran tertubuhnya JK Disiplin Pas yang diputuskan itu? Mampukah ia merungkai dan menyelesaikan masalah yang berpunca dari tiga perkara yang disentuh oleh Ust Zol?

Dapatkah JK Disiplin, yang penubuhannya dikatakan tidak mengikut Perlembagaan itu, menyelesaikan isu UG?

Kenapa Pas Selangor, bukan orang yang dinamakan oleh TGNA? Kenapa tidak Pas Pusat, sedangkan di sana ada nama2 yang disebut TGNA? Yang di Pusat tak boleh sentuh, ada immunity. Manakala yang di Selangor pula? (1) Untuk berlaku adil kepada Hassan Ali. (2) Kalau ‘orang’ kita kena siasat, kita pun kena siasat ‘orang’ depa? Kalau ‘orang’ kita kena pecat, ‘orang’ dia pun kena pecat. Kita kena wujudkan kuasa timbal balas. Geliga, geliga…

Muktamar Khas Luarbiasa

TGNA, melalui blognya telah menyentuh dengan panjang lebar isu di tangan sehingga menyarankan diadakan Muktamar Khas Luarbiasa. Perhatikan luahan TGNA:

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

Blog Tok Guru

Tiga perkara besar yang disentuh TGNA ialah,
(1) PAS perlu mengambil langkah drastik terhadap Hassan Ali,
(2) TGHH dan Nasharuddin Mat Isa pro-Umno, dan
(3) Nasharuddin membela Hassan Ali secara terbuka.

Bagaimanakah TGNA boleh membuat konklusi sedemikian? Sudah tentu hujah yang digunapakai oleh TGNA bukan dipungut dari kedai2 kopi dan tanpa tanggungjawab. Ia pasti berdasarkan maklumat yang sohih lagi dipercayai yang kemudiannya dibenarkan (confirm) oleh tindakan2 mereka yang disabitkan. Besar kemungkinan perubahan Ust Zol dari mempertahankan TGHH kepada sebaliknya bertitik tolak dari sini. Bukankah ketiga2 perkara yang beliau lihat merosakkan Pas adalah berkait rapat dengan isu UG?

Seminar Khas Ganti Muktamar Khas Luarbiasa

Mesyuarat Khas juga mengambil keputusan mengadakan Seminar Khas Politik bagi menggantikan Muktamar Khas Luarbiasa saranan TGNA. Sepertimana yang semua sedia maklum tiga kertas kerja telah berjaya dibahaskan. Namun, ia tidak berjaya menghapuskan isu UG dan mereka2 yang disebut oleh TGNA terlepas begitu sahaja. Sedangkan Mesyuarat Khas Luarbiasa itu bertujuan mengambil tindakan terhadapa mereka. Manakala Seminar Khas lebih tertumpu kepada membahas kertaskerja2 Prof Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah.

Apa yang ditimbulkan oleh wakil Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi, menjelaskan segala2nya:

"tumpuan Seminar Memperkasakan Parti ini saya kira bukan Profesor Aziz Bari. Kalau kita fikir Profesor Aziz Bari itu sudah silap. Tumpuan kita yang utama bersusur-galur daripada Unity Government... yang dilontarkan begitu sahaja, dan ditutup begitu sahaja tanpa apa-apa taklimat kepada kita...."

"Bila dilontarkan begitu sahaja dan tidak dijelaskan secara... bertanggungjawab, oleh sesiapa sahaja, dan dibincangkan secara bertanggungjawab di peringkat sepatutnya, maka benda tu berderet sehinggalah sampai seminar hari ini," (http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10429).

Kebimbangan Athirah

Kesimpulan “benda tu (UG) berderet sehinggalah sampai seminar hari ini,” adalah satu pernyataan kebimbangan seolah2 isu UG tidak bernoktah. Ini telah disambut oleh Ust Zol dengan “Perkara2 yang merosakkan Pas”nya. Pandangan Athirah ini pasti turut dikongsi bersama oleh ramai ahli Pas walaupun tidak semua.

Ini diperkukuhkan pula dengan “Pas tidak bermusuh dengan Umno” dan “sedia berbincang” menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember 2009, sehari selepas Maal Hijrah.

Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa

Entah apa pula selepas ini. Sekiranya masih ada, Muktamar Khas Luarbiasa yang disarankan oleh TGNA pada 22 Oktober 2009, bukan sahaja perlu diadakan, malah dengan kadar segera. Jangan pula terikut rasmi mi segera, jika tidak dimasakpun, masih lagi dipanggil mi segera.

Quote of the Year

“Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.”- TGHH, Konvensyen Blogger, 20 Disember 2009.

("Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.”)

Wallahu’alam

Usaha Husam Akhirnya Kelantan Dapat RM10juta Dari Felcra

Datuk Husam Musa, yang digerami oleh sesetengah pihak di dalam partinya sendiri dengan sebab yang hanya Allah s.w.t. saja mengetahui membuktikan lagi bahawa beliau adalah sorang pemimpin berkebolehan yang menunggu masa segala-galanya reda untuk kebenaran menjelma.

Ada yang cemburu dan ada yang dengki, tatkala Tuan Guru Nik Aziz mengungkapkan Husam sebagai "Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU).”

Sebelum ini, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia. Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501, sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu menangani kesan-kesan pemanasan global yang semakin mengancam kehidupan manusia.di dalam ucapan di Copenhagen.

Kemudian di dalam kes Ahmad Lutfi Othman yang kini menerima rawatan kritikal, Husam dengan Kijang Carenya dilaporkan telah menyumbang RM18,000 untuk menanggung kos pembedahan fasa pertama.

Hasil dari kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan itu, maka benarlah hukum Allah s.w.t. bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan juga.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.

Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.

Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.

Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.

''Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra," katanya.

Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.

''Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri," ujar beliau.

Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta.

Ia adalah hasil usaha Husam yang penyabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat, jiwokelate dipetik.

Daripada berhiruk-pikuk dengan masalah UG, masalah arifahmi, masalah itu dan ini di dalam parti, Husam menunjukkan langkah apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti. Tewas di dalam pemilihan jawatan bukan bererti kebajikan dan kebaikan juga dihentikan lantarannya tetapi terus disemrakkan lagi sehinggalah nanti, ahli-ahli menyaksikan sendiri, mana permata, mana kaca di dalam parti.

Itu belum lagi mengenai usaha yang dilakukan untuk merebut kembali royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.. dan insyaAllah berkat doa kita semua usaha Husam itu tidak akan disia-siakan Allah s.w.t.

Tinggalkan saja mereka yang irihati, yang dengki, yang berdaki di hati terhadap manusia yang bernama Husam ini.

BERITA BERKAITAN

Ketua Polis Selangor Dicabar Letak Jawatan

DAP Pulau Pinang menyifatkan "polis begitu tergesa-gesa" untuk membuat laporan, sekali gus mahu menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) kononnya beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan, Sabtu lalu.

"Mengapa polis begitu tergesa-gesa untuk membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng? "Jikalau apa yang dinyatakan oleh Lim sememangnya berbaur hasutan, takkanlah kita perlu menunggu giliran pihak polis untuk membuat laporan sendiri supaya siasatan polis boleh dilakukan ke atas Lim?' kata setiausaha publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga setiausaha agung DAP didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dengan mendakwa Teoh Beng Hock, bekaas setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, "dibunuh" ketika berucap pada konvensyen sulung Pakatan Rakyat di Shah Alam.

Ng berkata perkembangan itu menunjukkan pihak polis telah membelakangi profesionalisme mereka sehingga terpasa membuat "laporan sendiri, membuat tafsiran sendiri serta menjalankan siasatan sendiri tanpa pihak-pihak lain yang membuat laporan polis terhadap Lim."

Sehubungan itu tegas Ng, pihaknya ingin mencabar Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya meletak jawatan serta-merta untuk memasuki politik dan bukan sekadar melaksanakan agenda-agenda politik yang digariskan oleh pihak atasannya dengan pandai-pandai menggunakan kuasa sebagai seorang ketua polis negeri.

"Datuk Khalid Abu Bakar berkata bahawa tiada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas. "Namun demikian, ini juga bukan tanggungjawab polis untuk membuat tafsiran sendiri bagi mengenal pasti sama ada kenyataan Lim berasas sebelum inkues yang diketuai oleh seorang koroner dapat membuat kesimpulannya terhadap kes kematian Teoh Beng Hock," katanya.

Inkues mencari punca kematian Teoh itu akan disambung awal bulan depan.

Ng juga mendakwa pihak polis hanya berminat untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin bukan Barisan Nasional (BN), bukannya pemimpin-pemimpin BN seperti Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang telah melabelkan kaum-kaum tertentu sebagai “pendatang” ke negara ini.

"Sebagai salah seorang pengadu yang membuat laporan polis terhadap Datuk Ahmad Ismail, saya pernah menghantar surat bertarikh 1 Mac 2009 kepada Peguam Negara supaya dimaklumkan perkembangan kes tersebut.

"Namun, tiada sebarang jawapan diberikan sehingga hari ini," katanya.

Sehubungan itu Ng menambah DAP Pulau Pinang dan seluruh pemimpin dan ahli parti itu akan memberi sokongan kuat terhadap Lim supaya tidak tunduk terhadap "kuasa-kuasa yang jahat."

"Meskipun pihak polis dapat menutup mulut Lim dengan siasatan di bawah Akta Hasutan, namun mulut-mulut bagi seluruh rakyat yang mengejar keadilan tidak mungkin dapat ditutup oleh tindakan polis tersebut," katanya. - Malaysian Insider

10 Maut Musim Cuti Krismas

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian 1 pagi itu adalah:

1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
10. Shaharin Mohd Noor (Klang).

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.

Wan Abdullah berkata, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang terbunuh dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata, semua yang terbunuh dan cedera adalah penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, bas ekspres itu bertolak dari Klang, Selangor pada jam 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata, besi pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri... kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Guan Eng Ulangi Apa Pakar Kata : Kematian Teoh Beng Hock Adalah "80% PEMBUNUHAN"

Apa jadahnya Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Ketua Menteri P.Pinang,Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa “ Teoh Beng Hock telah dibunuh dengan kejam”?

Adakah lantaran tidak sependapat dengannya? Datuk Khalid Abu Bakar pernah dilaporkan telah menyifatkan kematian Beng Hock sebagai ‘sudden death and do not see any evidence of foul play so far.’ Kenyataan tersebut beliau buat tergesa-gesa kerana siasatan rapi belum pun dibuat keatas mayat Teoh. Ini menyebabkan orang ramai sangat curiga dengan kenyataan tersebut.

Yang bertambah pelik lagi ialah, polis Selangor sendiri yang buat aduan tentang ucapan Lim Guan Eng itu dan bukan orang awam lalu bertindak dengan serta merta.Sedangkan ada berlambak-lambak aduan dari orang awam yang pernah dibuat tetapi masih terperap tanpa apa-apa tindakan dilakukan.

Laporan autopsi dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, yang disediakan oleh pakar perunding kanan perubatan forensik Dr Khairul Azman Ibrahim,, bahawa Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di Plaza Masalam pada 16 Julai lalu setelah sepanjang malam memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat SPRM, adalah berpunca akibat kecederaan berganda setelah jatuh dari tempat tinggi

Keputusan autopsi tersebut nampaknya menyokong pandangan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull yang berkata : SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Dr Prashan (Forensic pathologist tempatan) dalam testimoninya menyatakan, tidak ada kesan kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh Teoh yang menunjukan ada pergelutan atau mempertahankan diri.

Kematian Teoh Beng Hock adalah "80% PEMBUNUHAN

Tetapi ‘tidak’ begitu pada pandangan Dr Pornthip Rojanasunand , seorang pathologist ternama Thai, melalui satu kenyataannya, bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah “80 peratus” pembunuhan berdasarkan keatas bukti bergambar.

Ada kemungkinan Beng Hock telah menemui maut terlebih dahulu sebelum terjatuh kerana terdapat 2 kecederaaan vital yang gagal didedahkan oleh autopsy pertama :

1) Tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.
2) Kecederaan pada lubang dubur Teoh .

Pandangan beliau itu adalah bertentangan dengan siasatan autopsi sebelumnya yang dilakukan oleh pathologis tempatan. Lihat sini

Perintah gali semula mayat dan autopsi kali ke-dua terpaksa dilakukan kerana keluarga mendiang Teoh Beng Hock berasa amat curiga dan sangat sangsi terhadap keputusan autopsi tempatan yang dilihat cuba melindungi beberapa fakta dan seolah-olah cenderung mahu melindungi orang tertentu yang telah melakukan pembunuhan tersebut.

Keputusan autopsi kali ke-dua yang dilakukan di hospital Sungai Buluh pada 22 November lalu, dijangka akan mengesahkan kecurigaan bahawa Teoh telah dibunuh. - al-husseyn

UMNO Gerakkan Demo Serah Memo Desak "PAS Selangor Keluar PR"

Harakahdaily melaporkan : Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, exco Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zorkharnain Abidin di dalam blognya, bongkarsauh, telah meminta Hassan Ali untuk tidak menerima memorandum tersebut.


Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor. (Baca Harakahdaily)

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan. Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat. Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.




Quo Vadis PAS Selangor?

Kita dikejutkan dengan berita yang tak berapa sedap di dengar pagi ini: PAS Selangor Mahu Keluar Dari Pakatan Rakyat.

Pak Bakaq a.k.a. penarik-beca telah melaporkan di dalam blognya di dalam entrinya yang terbaru:


"Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi"

Takat tu sahaja. Kecuali gambar hiasan yang saya bubuh sendiri, isi kandungan sms itu saya tak edit sikit pun. Demi apa, mana aku tau. Saya juga tak tau sama ada sms itu saja orang nak main-main atau memang betul. Tetapi saya menerimanya dari orang yang dipercayai. Kawan saya itu pula memberitahu saya bahawa beliau juga menerimanya dari orang yang beliau percayai.


Samada benar atau tidak berita itu, namun pepatah menyatakan "kalau tak der angin masakan pohon bergoyang", kalau di dalam proverb Mat Salleh, kita ketemu ungakpan "theres no smoke without fire".

Khabar angin? Mungkin. Namun ianya mesti berpunca ekoran dari keputusan Jawatankuasa Disiplin yang telah mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Hassan Ali "telah" bertindak memecat Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya dan Saari Sungib daripada ketua penerangan negeri. Pemecatan ini dilihat sesutau tindakan yang di luar bidangkuasanya kerana singkir menyingkir jarang atau mungkin tidak pernah berlaku di dalam PAS, kecuali apabila Hassan menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sedangkan penyingkiran sepatutnya hanya boleh dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, bukan mesyuarat dewan harian.

Tindakan Hassan itu "ultra vires", dan boleh dianggap TIDAK SAH. Dari sudut perundangan, Khalid Samad masih tetap Timbalan Pesuruhjaya, Shaari masih tetap Ketua Penerangan.

Mujur Khalid dan Shaari bukan di kalangan orang yang tayatkan jawatan. Jika tidak PAS dah jadi macam MCA dan PPP sampai melibatkan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan.

Tetapi Allah tidak pernah tidur dan lalai. Allah tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan masalah untuk Parti Islam SeMalaysia Selangor.

Berbalik isu perhimpunan yang dikhabarkan oleh angin akan diadakan, saya katakan tadi ia berkemungkinan ekoran dari keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapat ada kes terhadap Hassan dan Khalid. Justeru kedua-duanya dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut untuk tindakan seterusnya.

Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga salah seorang naib presiden PAS.

“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.

“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya, lapor Malaysian Insider.

Hassan seperti tidak berpuas hati. Ada kemungkinan beliau sudah mengetahui bahawa hukuman tatatertib akan dikenakan ke atas beliau. Justeru itu beliau tidak mahu menghadap Jawatankuasa Disiplin.

Kita tidak mengetahui selebihnya. Jika beliau sudah tahu bahawa beliau akan dikenakan tindakan tatatertib, siapa yang memberitahunya? Berspekulasi lagi.

Itu sebab GB katakan bahawa Jawatankuasa Disiplin perlu diperkasakan. Perlu diserahkan kepada mereka yang berwibawa. Perlu tidak diskriminasi atau pilih kasih. Perlu kepada orang yang berkeahlian dan perlunya beliau dari kalangan mereka yang tiada jawatan di dalam parti untuk mengelakkan konflik di dalam menetapkan hukuman.

Apa-apa pun yang terngiang di dalam ingatan ialah Hassan Ali, sejurus selepas keputusan PRU 2008 diumumkan telah bertindak menemui pemimpin UMNO yang sepatutnya tindakan disiplin telah lama diambil ke atasnya sbelum beliau melakukan penyingkiran Khalid Samad dan Shaari Sungip dari jawatan masing-masing di dalam Dewan Harian PAS Selangor.

Budaya yang dibawa oleh Hassan Ali adalah budaya bukan-PAS. Tidak mendepankan ukhwah di kalangan jemaah, namun ia seperti direstui oleh pemimpin tertinggi parti.

Di Selangor dalam situasi sekarang:
PKR sekarang ada 14 kerusi
DAP sekarang ada 13 kerusi
Umno sekarang ada 20 kerusi
PAS sekarang ada 8 kerusi
Bebas sekarang ada 1 kerusi


Katakanlah PAS keluar PR dan menyertai bersama UMNO. Hassan Ali fikir kerajaan PR akan tumbang bila kedudukan sudah mendari BN 29 PR 27?

Tidak mungkin. Sebab tak semua PAS yang 8 kerusi akan menyertai langkah Hassan Ali. Kedua jangan lupa, 5 ADUN BN termasuk Khir Toyo telah digantung dari menghadiri Dewan Undangan Negeri selama setahun.

Malah jika ia benar-benar berlaku sekalipun, saya yakin majorti ahli-ahli PAS seluruh negara tidak menyetujui dan mengutuknya, kecuali sipenjilat dan sipengampu. Penjilat dan pengampu siapa?

Jangan marah GB lantaran itu.

Empat Enjin Yang Hilang? Integriti PAC Dipersoal.

Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu, Malaysian Insider dipetik.

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.

"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.

"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.

"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Ulasan GB

Setakat ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang belum menjawab mengapa hal kehilangan enjit jet ini tidak ada di dalam Laporan Audit 2007 dan 2008.

Malah keraguan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ada asasnya: bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) ada kemungkinan tidak membuat pengauditan terhadap Kemnterian Pertahanan di dalam tempoh Datuk Seri Najib memegang Kementerian Pertahanan.

Ini kerana bukan sahaja soal kehilangan enjin tidak ada di dalam laporan audit, Laporan 2007 yang ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada laporan mengenainya lagi.

Pun begitu, Ambrin yang telah dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006 hingga 22 Feb 2008 dan dilantik semula untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb 2008 dan perkhidmatan beliau akan tamat pada 22 Feb 2010 dan dilanjutkan dua tahun lagi sehingga 22 Feb 2012.

The Integrity of PAC is questionable now. Tan Sri Ambrin, can you pelase stand up and explain.

Edar Risalah, Dua Anggota AMK Ditahan

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan ditahan petang tadi selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin kedua-duanya ditahan ketika mengedarkan risalah mendesak Mahkamah Syariah mempercepatkan prosiding kes Qazaf yang difailkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas solat Jumaat tadi saya dimaklumkan polis telah menghalang pengedaran risalah tersebut dengan menahan sejumlah risalah yang besar bersama dengan dua anggota AMK Negeri Sembilan dan terus di bawa ke Balai Polis Rahang,” katanya.

Badrul berkata, tindakan polis itu jelas memperlihatkan kegentaran pihak kerajaan apabila risalah mengenai pendedahan sebenar kes tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim diedar kepada rakyat.

Beliau turut menyifatkan penagkapan berkenaan sebagai tindakan yang luar dari norma biasa yang dilakukan polis.

Katanya, bagaimanapun pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes pengangkapan ini berjanji akan membebaskan kedua-duanya lewat petang ini dengan jaminan polis dan perlu melapor diri pada tarikh yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, pegawai tersebut gagal menjawab penangkapan itu dibuat di bawah akta apa.

“Namun saya percaya dan yakin apa juga baik Akta Hasutan dan sebagainya benda ini sudah digunakan lama hanya untuk menyelamatkan rakyat daripada mengetahui kebenaran dan menyelamatkan Barisan Nasional.

“Jadi kali ini saya juga percaya dan yakin mereka juga tidak tahu mengunakan di bawah undang yang mana, cuma dia terpaksa tangkap untuk mengelakkan rakyat mendapa risalah tersebut,” katanya.

Jumaat lalu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat di tahan ketika mengedar risalah di Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.