12 Jan 2015

[VIDEO] Tahniah BASARNAS: Kotak Hitam Berjaya Ditemui & Diangkat


Perakam data penerbangan QZ8501 diangkat

JAKARTA: Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diangkat keluar dari dasar Laut Jawa pagi ini sambil penyelam Tentera Laut Indonesia meneruskan pencarian terhadap perakam suara kokpit.

“Pagi ini saya mendapat laporan rasmi dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. Pada jam 7.11 pagi (waktu tempatan) kami berjaya mengangkat keluar sebahagian daripada kotak hitam dikenali sebagai perakam data penerbangan,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini.

Sehubungan itu, katanya, usaha untuk mencari perakam suara kokpit masih diteruskan.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar ketika berada di ruang udara di utara Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Kapal terbang itu berada pada kedudukan kurang daripada separuh jarak penerbangan selama dua jam dari Surabaya menuju Singapura. – kompas

Perakam data pesawat AirAsia diperoleh

Pasukan penyelam tentera Indonesia hari ini berjaya mendapatkan perakam data pesawat daripada pesawat AirAsia yang terhempas dua minggu lalu dan mengorbankan 162 orang, menurut pegawai kerajaan.

Ketua pasukan pencari Fransiskus Bambang Soelistyo memberitahu sidang media bahawa beliau mendapat pengesahan daripada jawatankuasa keselamatan pengangkutan Indonesia.

“Pada 7.11 pagi kami berjaya mengangkat sebahagian daripada kotak hitam, yang dikenali sebagai perakam data pesawat,” kata Fransiskus.

“Kami masih cuba mencari perakam suara kokpit.”

Pesawat QZ8501 terputus hubungan daripada radar di utara Laut Jawa pada 28 Disember, tidak sampai separuh perjalanan daripada Surabaya ke Singapura.
-mk









Sudahlah Khairy, Bukankah Dulu Kamu Yang Membela & Galakkan K-Pop?


Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik'.

Dengan mengambil rujukan video beberapa gadis negara ini yang bercumbuan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live pada Sabtu yang sedang viral di media sosial, Khairy di dalam tweetnya menyifatkan artis berkenaan bukanlah ciri lelaki sejati.


Video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.


Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube

Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj 'berjumpa' kumpulan berkenaan.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan di bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single "O.K".


Aksi gadis memeluk dan mengucup artis K-Pop, B1A4 semasa perjumpaan bersama peminat di Kl Live kini viral di media sosial - Sumber gambar YouTube

Dalam pada itu, laman Twitter turut dibanjiri 'hashtag" #menentangkejahatankpop yang memberi pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Ada yang memberikan reaksi menolak perlakuan itu dan ada juga yang menyalahkan gadis-gadis itu jerana terlalu obses sehingga mengetepikan ajaran agama.


Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, keezm yang mengakui berada di lokasi memberitahu, apa yang berlaku adalah di luar kawalan pengacara majlis sendiri.

Ujarnya, pengacara majlis sudah memaklumkan apa yang perlu dibuat dan gadis berkenaan menjawab tanpa was-was untuk meneruskan aksi memeluk artis Kpop berkenaan.




Astro AWANI sedang cuba menghubungi penganjur berkenaan menerusi e-mel namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan balas. -astroawani


Bayar K-pop RM1.6 juta pengiktirafan kerajaan kepada belia, kata Khairy

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.

Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka dalam proses pembangunan negara.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.

"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy
di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menerima kritikan dan tekanan hebat susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-pop, iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet.

Khairy mempertahankan penganjuran dan langkah membawa kumpulan K-pop tersebut bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada pengunjung pada Hari Belia Kebangsaan ketika itu.

"Bagaimanapun kajian impak ekonomi telah dibuktikan bahawa program kesuluruhan memberi impak ekonomi tinggi dengan kehadiran 2.4 juta pengunjung yang secara tidak langsung memberi pendapatan kepada golongan usahawan dan peniaga yang terlibat dalam himpunan ini," katanya.

Khairy juga menegaskan adalah tidak adil apabila mempertikaikan jemputan tiga kumpulan K-pop tersebut kerana artis tempatan juga dijemput untuk menjayakan program tersebut.

"Selain persembahan artis Korea, jangan kita lupa seramai 204 artis tempatan, individu dan berkumpulan turut diundang untuk membuat persembahan sepanjang empat hari.

"Himpunan yang berlangsung itu melibatkan nama-nama besar seperti Wings, Search, Azlan Typewriter, Rabbani dan Hijjaz," katanya.

Namun, Ahli Parlimen Sepang (PAS) Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan kewajaran langkah membawa bentuk hiburan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Adakah ia sesuai dengan Islam? " soal Mohamed Hanipa kepada Khairy.

Namun, Khairy bertegas kumpulan K-pop menjadi satu trend di kalangan belia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah salah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan penganjuran konsert itu daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja.

Laporan Audit Negara 2012 juga turut mendedahkan KBS berbelanja melebihi had iaitu RM1.11 juta untuk promosi dan publisiti bagi acara tersebut.


Lanjutan isu tersebut, bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menerangkan sendiri isu berbangkit berhubung laporan audit berkenaan.
-TMI /13 November 2013


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.

Kini mkenteri-menteri UMNO BN termasuk Khairy Jamaluddin perlu menelan semula perkatan-perkataanya dahlu... kononnya penganjuran K-Pop yang melibatkan wang rakyat jutaan ringgit itu membawa bencana untuk akhlak dan aqidah remaja Melayu/Islam.

Kononnya untuk menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.. menarik mereka untuk apa? Untuk sokong UMNO BN yang lebih nyata mengamalkan konasep "liberalisme" sehingga maruah, akhlak dan akidah gadis-gadis Melayu/Islam menjadi rosak?

Go ahead, dan anda akan melihat sendiri kerosakan demi kerosakan yang dibawa oleh perbuatan kamu sendiri...

LAPORAN SEBELUM INI: [VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop
,BR>

[VIDEO] GEMPAR: Gadis-gadis Melayu/Islam Dipeluk Artis Lelaki K-Pop


Sungguh mengejutkan. Konsert K-Pop yang bertajuk "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kulala Lumpur malam tadi telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop.

Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut.

Apakah ini kesan peng'koreaan' oleh kerajaan UMNO BN dan media-media yang begitu menonjolkan artis K-Pop di Malaysia?

Apa kata Majlis Agama islam? Dan apa pula kata ngo-ngo yang selama ini amat lantang dalam isu pegang babi dan isu kalimah Allah seperti PEKIDA dan ISMA? Anda suka?