29 Mac 2011

Radioaktif Sudah Sampai Di Filipina & Korea Selatan

Radiasi akibat kerosakan reaktor nuklear Jepun, telah dikesani di Filipina.

Seperti diberitakan AFP, Kerajaan Filipina menyatakan tingkat radiasi itu belum membahayakan bagi manusia.

"Kami dapat mengesani isotop, tetapi kami meminta masyarakat untuk tidak panik," kata Tina Cerbolis, jurucakap Institut Nuklear Filipina, kepada AFP.

"Radiasi dalam jumlah yang kecil itu berada di udara," katanya.

Institut mengumumkan laporan tersebut pada hari ini dan menyatakan radiasi yang berasal dari reaktor nuklear di Fukushima Jepun telah merebak sejak terjadi kerosakan akibat gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu.

"Pemantauan keadaan lingkungan untuk mengetahui tingkat radiasi dilakukan di seluruh dunia, termasuk Filipina, yang mengesani isotop radioaktif dalam jumlah yang kecil, dari reaktor nuklear Fukushima, dan tidak berpengaruh pada tubuh manusia," seperti disebutkan dalam laporan itu.

Cina dan Korea Selatan yang berjarak lebih dekat ke Jepun, juga melaporkan adanya iodin 131 radioaktif yang dikesani di wilayah mereka, dan menyebutkan keadaan itu tidak berbahaya bagi manusia.

Sementara jarak Filipina adalah sekitar 2,500 km dari reaktor nuklear Jepun.


Jejak Radioaktif Ditemui di Seoul

SEOUL - Jejak radioaktif iodine dikesani di Seoul, Korea Selatan. Namun level radiasinya dikabarkan tidak membahayakan keselamatan manusia.

Institut Keselamatan Nuklear Korea (Kins) mengaku menemui kesan radioaktif iodine-131 di Seoul. Zat ini ditemukan setelah para penyelidik menganalisa contoh udara dari 12 tempat di Korea Selatan. Demikian diberitakan Kantor Berita Yonhap, hari ini.

Kins memastikan jumlah iodine-nya sangat kecil, jadi tidak perlu diambil langkah keselamatan darurat demi kesihatan masyarakat ataupun lingkungan.

Dijangkakan kesan radioaktif tersebut berasal dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di Jepun. Loji reaktor tersebut rosak teruk setelah dihentam gempa dan tsunami 11 Mac lalu.

Perairan di sekitar loji itu diketahui mengandung radioaktif iodine 1.859 kali dari batas normal. Meskipun pada akhirnya tidak jelas apakah pencemaran radioaktif tersebut telah menyebar ke Samudera Pasifik.



Putonium meresap keluar dari loji Fukushima Dai-ichi

TOKYO: Plutonium yang amat beracun kini meresap keluar dari loji tenaga nuklear yang rosak di zon tsunami ke tanah di luar kawasan itu ketika kerajaan Jepun semakin kecewa dengan kesilapan dalam usaha menstabilkan kemudahan itu.

Pegawai keselamatan berkata sejumlah kecil plutonium yang ditemui di beberapa kawasan di luar kompleks itu tidak memberi ancaman kepada manusia tetapi ia membuktikan kebimbangan berlakunya kebocoran air radioaktif yang merbahaya dari bahan api nuklear - satu perkembangan yang membimbangkan dalam usaha menstabilkan loji itu.

"Situasi sekarang amat buruk. Kami melakukan yang terdaya untuk mengawal kerosakan itu," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano, kepada pemberita.

Tsunami yang dihasilkan gempa bumi bermagnitud 9.0 pada 11 Mac lalu merosakkan sistem tenaga bagi menyejukkan bahan api nuklear di kompleks Fukushima Dai-ichi, kira-kira 220 kilometer ke timur laut Tokyo.

Sejak bencana itu, tiga daripada enam reaktor loji itu dipercayai sudah separa lebur dan petugas kecemasan bertungkus lumus cuba memperbaiki kerosakan ketika tahap radiasi meningkat sehingga menyebabkan mereka beberapa kali meninggalkan kawasan kompleks itu.

Radiasi yang menyerap keluar sudah mencemari beberapa jenis makanan termasuk susu dan air paip sehingga ke Tokyo. - AP


Ulasan GB

Semakin hampir ke Malaysia nampaknya.

Kit Siang: Tamatkan Segera Politik Jijik

Shah Alam: Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu satu rundingan meja bulat antara semua parti dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi menetapkan standard corak politik sekaligus menamatkan penggunaan taktik berpolitik secara kotor di negara ini.

Sambil menyatakan pendirian DAP dalam Pakatan Rakyat yang tetap berdiri teguh menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikaitkan dengan pendedahan video seks oleh ‘Datuk T’ minggu lalu, Kit Siang berkata taktik sedemikian perlu ditamatkan serta-merta jika mahu melihat senario politik negara menjadi maju.

“Bagaimana mahu tamatkan politik jijik di tanah air kita? Tangkap Datuk T, heret mereka ke muka pengadilan.

“Jika mereka tak bersedia ke arah itu, rakyat mesti sokong Pakatan Rakyat yang mahu bawa perubahan membersihkan politik kotor dan buatlah pilihan yang betul melalui pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam ceramah Solat Hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat dihadapan kira-kira 8,000 penyokong yang hadir di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Nik Aziz yang hadir lewat bagaimanapun tidak memberikan sebarang ucapan apabila kelihatan sedikit uzur dan hanya menyampaikan doa kesejahteraan terhadap Anwar sekeluarga serta rakyat yang lain.

Selain itu, Kit Siang turut menegaskan isu video seks tersebut hanyalah taktik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menyembunyikan kelemahan mereka mengurus tadbir negara terutamanya dalam menentang korupsi dikalangan pemimpin.

“Kalau sasarannya adalah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, mungkinkah peristiwa tontonan di Seri Carcosa Negara akan berlaku?

“Tentunya tidak. Polis dan FRU akan sampai dahulu dan mereka tak akan benarkan tontonan video seks itu berlaku.

“Ini menunjukkan sikap berat sebelah dan wujud satu komplot politik untuk membunuh karier politik Anwar dan Pakatan,” katanya.

Pertama kali menteri pertahan pengedaran video lucah

Sementara itu, Anwar berkata buat pertama kalinya dalam sejarah negara individu yang mengedar dan menayangkan video lucah dipertahankan oleh menteri.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menjamin perlindungan terhadap trio ‘‘Datuk T’’ dibawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen semalam, Nazri berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Tiada siapa boleh nafikan mengedarkan video lucah itu adalah salah, tetapi video yang membabitkan Pakatan Rakyat itu adalah ‘harus’,” katanya.

Menganggap ia sebagai rancangan yang licik dan jijik terhadap dirinya setiap kali menjelangnya musim pilihan raya, Anwar berkata isu itu merupakan langkah terakhir BN untuk mengelakkan daripada menyentuh soal Buku Jingga sekaligus menghalang kemaraan rakyat untuk berubah.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas pemimpin dan institusi agama yang sehingga kini masih enggan menyatakan pendirian terhadap isu penyebaran video lucah tersebut.

“Mereka sedang mengalami kecelaruan walaupun mereka tahu seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Maka individu yang berdiam diri tentang kebenaran itu dianggap seperti ‘syaitan bisu’,” katanya. -FMT

Azizan Sedia Tanding Timbalan Presiden

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada muktamar parti yang dijadual Jun ini, sekiranya mendapat pencalonan.

Namun, katanya, ia bergantung kepada sokongan ahli sama ada memihak padanya atau sebaliknya.

“Pencalonan belum selesai lagi, tengok lah sama ada undian berpihak pada saya atau tidak. Jika mendapat pencalonan tinggi, dan saya yakin boleh menang serta mampu pikul amanah ketika itu, saya terima lah,” katanya, selepas menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada 33 buah sekolah bawah Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) dan 25 sekolah pondok, semalam. Hadir sama, Pengerusi Hesa, Ahmad Yahya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu juga bergantung kepada faktor-faktor lain, antaranya kesihatan dan sokongan ahli yang padu.

“Saya tidak mahu menyibuk dalam hal (pencalonan) itu, tetapi kalau ada sokongan yang banyak dalam kalangan ahli, saya terima tetapi pada masa sama keadaan kesihatan kurang mengizinkan, saya perlu timbang semula,” katanya.

Menurutnya, keputusannya itu mungkin berubah mengikut keadaan terkini kerana tempoh pemilihan masih panjang.

Mengulas ura-ura yang bertiup kencang mengatakan Azizan akan bertanding bagi jawatan kedua atau ketiga tertinggi parti pada pemilihan kali ini, Azizan berkata, kalah menang bukan persoalannya, yang penting ialah kemampuan calon untuk memikul amanah.

“Dari 1990 sampai sekarang saya tak berhenti bertanding; ada menang, ada kalah. Itu perkara biasa. Saya juga pernah bertanding jawatan Naib Presiden dan kalah. Biasa lah, itu perkara kecil kerana kami bukan mahu rebut jawatan, sebaliknya mahu pilih yang paling layak,” katanya.

Azizan berkata, sekiranya ahli Pas memberi amanah kepadanya untuk berkhidmat kepada parti, dia tidak akan menolak, dan menerima dengan penuh tanggung jawab selagi mampu.

“Ini amanah, jika mampu, saya terima,” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang layak memegang jawatan Timbalan Presiden parti, sekiranya Timbalan Presiden sedia ada, Nasharuddin Mat Isa tidak bertanding pada pemilihan kali ini, Azizan berkata, ahli perlu membuat penilaian sendiri dan pihaknya tidak berdepan masalah dengan mana-mana pemimpin Pas sebelum ini.

“Itu kerja ahli untuk menilai termasuk cadangkan nama calon. Saya tiada masalah walau siapa pun yang dilantik,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Nasharuddin akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu setelah tersebar khabar kononnya beliau tidak akan bertanding mempertahankan jawatan itu.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu, manakala Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa belum memberi kata putus berhubung perkara itu. -SH

Ulasan GB

GB angkat tangan tanda sokong.

Mohd Sabu Nafi Dah Tengok Video Seks

Aku tak tergila nak tengok video tu” - Mohamad Sabu

"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.

Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.

"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli,"
kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.

"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.

Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.

"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi. -HD

FITNAH DARI BLOGGER-BLOGGER UMNO


Video Seks Anwar : Mat Sabu dan Mustafa Ali Sudah Tonton

Susulan dari pendedahan saya berhubung kisah benar yang diceritakan oleh wartawan harakah malam tadi mengundang satu lagi berita panas yang sampai kepada saya sebentar tadi.

Difahamkan beberapa hari lepas dua orang kuat Pas dari kumpulan yang pro Hj Hadi telah pun menonton video seks lakonan Anwar Ibrahim yang berjudul Papa Hebat.

Dua orang tersebut adalah Mat Sabu dan Mustafa Ali.

Walaupun telah menontonnya, sehingga ke hari ini mereka masih mendiamkan diri.

Kalaulah benar video itu palsu, saya rasa tak sampai setengah jam selepas menontonnya mereka berdua dah panggil semua media yang ada di Malaysia ini untuk memberitahu dunia bahawa video itu palsu.

Kalau mereka mendiamkan diri itu apa maknanya ?

Maknanya perkara itu betul....

Beranikah kedua-dua pemimpin Pas tersebut menyatakan pendapat mereka selepas menonton video berkenaan ?

Kita tunggu....... -ruangbicarafaisal



Gomo Sahkan Mat Sabu Dan Mustapha Ali Sudah Menonton Video Seks Porno Anwar Ibrahim

Kenapa Mustapha Ali dan Mat Sabu diam membisu dalam isu Video Porno ANwar Ibrahim? Setahu Gomo mereka berdua dah menonton tayangan Video Porno tu pada hari Khamis selang sehari selepas Gomo pergi lihat video seks Anwar Ibrahim tu.

Kenapa diam membisu? Kenapa? Takkan lah tidak ingin berkongsikan pekara sebenar dengan rakyat Malaysia ataupun kepada jemaah jemaah PAS yang lain? Takkan lah Mat Sabu dan Mustapha Ali hanya menonton Video tu untuk suka suka sahaja?

Ahli jemaah PAS yang lain dah mula bertanya akan isu Video Porno Anwar Ibrahim, seharusnya mereka yang sudah menonton menerangkan segala galanya kepada ahli Jemaah PAS yang lain bagi menjelaskan pekara sebenar.

Wartawan Harakah pun sudah akui Lelaki Porno itu "Muka Serupa Anwar Ibrahim". Jadi apa keputusan Mat Sabu dan Mustapha Ali? Nak berdiam diri sahaja?

Blogger RBF turut mengesahkan Pekara ini BACA DI ATAS


Psssttt...Takkan depa dua nak halalkan perbuatan Seks Anwar Ibrahim ni?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT





BERITA PENAFIAN PIMPINAN PAS


Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam blog, ia juga disebarkan dalam twitter.

"M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya.

Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya.

"Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya.

Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok.
-petikan harakahdaily


Ulasan GB

Ya Allah, kami merayu kepadaMu, Kau jatuhkanlah siksaanMu ke atas pemfitnah-pemfitnah itu.. Terimalah doa kami, Ya Rahmaan, Ya Rahiim, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Kemenangan Sibu - Azimat PR Tawan Sarawak

Petaling Jaya: Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka bakal menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan besar yang diperolehi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini sekiranya gagal memulihkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu negeri itu.

Menurut Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Aziz Bari kepada akhbar tempatan semalam, pembangkang mempunyai kelebihan dengan memainkan isu-isu berkaitan tanah, pampasan, Kitab Injil dan pembolotan kuasa sekaligus mampu menggugat kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Ini kerana, sekarang ada banyak isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang untuk menggugat kerajaan negeri. Ini termasuk isu tanah, pampasan, Injil dan pembolotan kuasa,” kata beliau.

Aziz turut menjelaskan, walaupun sukar untuk pembangkang memenangi PRN itu, mereka mempunyai potensi untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi dalam PRN 9 lalu sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka di negeri itu.

“Jika pembangkang mampu dapat tiga kali ganda daripada kedudukan sekarang, itu sudah cukup baik. Inilah masanya untuk mereka menguatkan kedudukan dalam Dun,” katanya.

Aziz turut berpendapat kos perbelanjaan besar yang diperlukan oleh parti bertanding berikutan banyak penempatan di Sarawak yang masih dianggap sebagai pedalaman menjadi antara halangan kemaraan pembangkang dalam PRN itu nanti.

“Itupun bukanlah bermakna rakyat Sarawak tidak bermaklumat,” katanya.

Aziz juga memberitahu, kejayaan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dari tangan BN dalam Pilihan Raya Kecil pada Mei tahun lalu boleh dianggap sebagai penanda penerimaan masyarakat Bumi Kenyalang itu terhadap pembangkang yang semakin bertambah.

“Apa yang berlaku di Semenanjung tak boleh dijadikan ukuran kerana di Sarawak, isunya berbeza,” katanya.

Perjalanan politik baru

Dalam isu yang sama, Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff juga turut melahirkan pendapat yang sama.

Beliau berkata, kegagalan BN menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu di Sarawak akan menyebabkan BN berada di dalam kedudukan genting.

“Jika tidak, saya sifatkan mereka akan sukar untuk menang pada PRN kali ini,” katanya, yang juga terkenal dengan teori ‘swing’ pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu
Beliau yang merupakan penganalisis politik terkenal yang telah mengemukakan teori ‘swing’ berikutan keputusan PRU-12 yang banyak memihak kepada parti-parti pembangkang turut mengakui kemampuan parti pembangkang untuk membuka perjalanan politik baru di Sarawak.

“Saya lihat pembangkang mampu buka jalan baru bagi perjalanan politik Sarawak,” kata Mohammad Agus.

Beliau juga memberitahu antara punca kemerosotan undi bukan Melayu kepada BN yang semakin ketara ialah melibatkan isu kepimpinan, pengurusan masyarakat luar bandar, penyalahgunaan kuasa dan tekanan hidup rakyat. -FMT

Dirogol Kenalan Facebook

Ayer Keroh - Perkenalan menerusi laman sosial Facebook membawa kepada titik hitam bagi seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah apabila dia menjadi mangsa rogol.

Pelajar terbabit dikatakan dirogol rakan lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, perkenalan mereka membawa padah apabila lelaki yang bekerja sebagai pembantu periklanan di sebuah pasar raya di negeri ini akhirnya dituduh di Mahkamah Sesyen, semalam kerana merogol gadis berkenaan.

Tertuduh, Wong Hee Seong, 20, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol seorang gadis bawah umur yang berusia 14 tahun 6 bulan di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam kira-kira 11.30 malam, 18 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada penjara antara lima dan 20 tahun serta sebatan.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazwani Ishak, ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah wang jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.

Hakim Abu Bakar Qatar kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh kes disebut semula, 26 Mei depan. -SH

Ulasan GB

Meskipun beliau bukan Islam, namun pengajarannya untuk semua. Berhati-hati dengan FACEBOOK itu. Ada banyak hantu, perogol, penyamun dsbnya di situ.

pssssttt... menteri tu pun ada facebook.


Sarawak, Bangunlah. Ubah Nasib Rakyat Bumi Kenyalang!

Rakyat hidup lebih selesa tanpa BN

Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.

Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.

“Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru supaya menjadikan tsunami politik tahun 2008 di Semenanjung sebagai inspirasi untuk berubah di Sarawak, kerana perubahan itulah yang akan mengubah nasib rakyat.

Katanya, rakyat di kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menikmatinya, kini tiba pula giliran pengundi di Sarawak.

Beliau juga memberitahu, pihaknya akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi agar pengundi Sarawak memahami dengan lebih jelas penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap rakyat khususnya di negeri itu.

Selama ini, katanya rakyat mudah ditipu dengan pelbagai janji manis menjelang pilihanraya umum di mana janji pembangunan adalah janji wajib yang ditaburkan setiap kali pilihanraya berlangsung.

Tambahnya, pelbagai sogokan seperti kain pelikat, jalan raya diturap, pecah tanah, subsidi baja, hamper, wang saguhati, basikal dan macam-macam lagi adalah lumrah bagi BN.

“Selepas pilihanraya berlangsung pemimpin yang dipilih rakyat ini hilang entah ke mana bersama janji mereka.

“Rakyat pula sengaja dibiarkan hidup melarat terutamanya di kawasan pedalaman agar mereka terus berharap pemimpin BN boleh menghadirkan pembangunan,” katanya.

Katanya lagi, kemiskinan rakyat adalah kebanggaan BN kerana dalam kemiskinan itulah, rakyat akan meminta simpati mengharapkan sebekas bantuan terutama menjelang pilihan raya.

Pemimpin BN juga, ujarnya menanam dalam minda rakyat bahawa hanya BN mampu memerintah.

Selain BN, katanya pembangkang dianggap sesat dan pengkhianat di mana pemimpin Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai fitnah yang direkayasa.

“Rakyat ditipu bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, rakyat akan hidup melarat dan susah. Inilah mentaliti kelas tiga yang cuba diputarbelitkan,” katanya lagi.

Jlasnya, demokrasi sebenar hanyalah mimpi di negara ini kerana demokrasi yang dicipta hanyalah untuk menguntungkan diri pemimpin BN semata-mata.

Menurutnya, dengan penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media yang berleluasa, daftar pemilih yang diragui, serta peranan SPR yang dicurigai menjadikan demokrasi Malaysia jauh tertinggal dengan negara lain.

“Kebebasan dan hak asasi rakyat dicerobohi. Rakyat dinafikan hak mendapatkan maklumat bebas dan telus,” ujarnya. -HD



Mampukah Taib Mahmud terus bertahan?

Pilihan raya negeri Sarawak bakal berlangsung pada 16 April dan perhatian utama kini tertumpu kepada ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib membayangkan bahawa beliau akan bersara selepas pilihan raya tersebut diadakan namun beliau masih belum menyatakan tempoh masa yang tepat untuk berbuat demikian.

Malah, beliau juga tidak menamakan siapakah pemimpin yang akan menggantikan beliau untuk mengetuai pentadbiran negeri itu walau telah berkali-kali menyatakan bahawa beliau akan berundur.

Abdul Taib sebelum ini sekadar berkata, beliau mahu membentuk satu pasukan untuk mentadbir Sarawak daripada kader pemimpin didikannya terlebih dahulu sebelum berundur.

Di satu segi, Abdul Taib dapat mengelak daripada dilihat sebagai seorang pemimpin yang sudah berada di hujung karier politiknya apabila bertindak demikian.

Langkah itu juga mungkin akan membolehkan Abdul Taib mengelak daripada terus menerima asakan supaya berundur, sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun daripada BN sendiri.

Namun tindakan Taib itu dikhuatiri akan memberi kesan ke atas kepercayaan pengundi untuk memilih BN semula dalam pilihan raya kali ini.

Tangkis dakwaan

Teka-teki pada masa ini adalah sama ada Abdul Taib akan kekal sebagai ketua menteri negeri itu selepas 30 tahun berkuasa.

Lebih-lebih lagi, Abdul Taib perlu berdepan dengan dakwaan demi dakwaan berhubung rasuah yang didakwa turut melibatkan anggota keluarganya.

Ini boleh dilihat melalui laporan di ruang Internet seperti laman web Sarawak Report yang giat memperincikan dakwaan berkenaan.

Abdul Taib telahpun memulakan usaha untuk menjelaskan dakwaan berkenaan melalui satu kempen bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan ke atas dirinya dan empayar perniagaan keluarganya.

Dalam satu wawancara video yang dimuatkan di portal Youtube, Abdul Taib antara lainnya menjelaskan mengenai modal permulaan untuk perniagaan hartanah anak perempuannya, Jamilah.

Empayar perniagaan di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada itu didakwa bernilai jutaan ringgit.

Penjelasan itu disasarkan kepada pengundi daripada kumpulan muda yang berpendidikan dan mempunyai akses kepada media baru. Pemerhati politik melihat, kumpulan pengundi ini lebih berani untuk melawan status quo.

Bagaimanapun, majoriti pengundi Sarawak berada di kawasan pedalaman yang masih belum banyak diliputi dengan perkhidmatan Internet.

Isu rasuah dalam kempen

Pemimpin daripada kem Pakatan pasti akan menggunakan isu dakwaan rasuah seperti itu dalam kempennya, namun ada pemerhati yang beranggapan bahawa dakwaan berkenaan tidak akan memberi kesan yang banyak dalam pilihan raya kali ini.

Majoriti masyarakat Dayak di kawasan pedalaman ini dikatakan lebih banyak terpengaruh dengan isu yang lebih praktikal seperti sara hidup dan bukannya isu 'abstrak' seperti rasuah.

Malah, ada pula di kalangan masyarakat berkenaan yang beranggapan bahawa seseorang pemimpin sememangnya patut terdiri daripada golongan kaya agar dapat menyalurkan bantuan kepada mereka.

Pandangan itu sendiri dipupuk oleh Abdul Taib, seperti yang dinyatakannya semalam ketika merasmikan satu majlis pecah tanah untuk membina sebatang jalan di Kuching.

Dalam laporan laman The Borneo Post itu Abdul Taib menyeru masyarakat yang bakal menerima manfaat daripada pembinaan jalan sepanjang 13.5 kilometer itu supaya tidak mengundi pembangkang.

Abdul Taib antara lainnya dilaporkan berkata, pengundi berkenaan akan menikmati kemajuan sekiranya mengundi BN.

Maka tidak hairanlah jika kalangan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak itu berpandangan bahawa mereka perlu bersikap patuh kepada kerajaan. -mk


Ulasan GB

Membiarkan Sarawak terus diperintah BN bererti kita membiarkan Abdul Taib Mahmud terus mengumpulkan kekayaan dan terus merompak harta rakyat marhaen Sarawak.

Sarawak, bangunlah. Ubah nasib rakyat bumi kenyalang.


Ular Sawa 3 Meter Kekenyangan Ditangkap (updated)


Yong Peng – Beberapa penduduk Kampung Parit Haji Yusuf, Yong Peng terkejut apabila menjumpai ular sawa batik yang kekenyangan ketika membersihkan kebun kelapa sawit.

Kejadian itu berlaku jam 11 pagi kelmarin apabila seorang penduduk yang sedang asyik membersihkan kebun terbabit dengan menggunakan jentolak, terlihat ular sawa terbabit melingkar tidur akibat kekenyangan dipercayai baru sahaja memakan anak babi hutan.

Penduduk berkenaan, Asmavi Bariman berkata, dia seperti biasa membersihkan kebun di kampung berkenaan kerana pemilik tanah terbabit bercadang mahu menanam kelapa sawit yang baru.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan menjumpai ular sawa berkenaan dan agak terkejut lalu menghalaunya dengan menggunakan jentolak sehingga ular terbabit lari ke dalam parit berdekatan.

“Saya meneruskan kerja dan tidak menghiraukan ular terbabit sebelum memberitahu perkara tersebut kepada seorang rakan yang datang.

“Setelah mendengar pandangan kawan saya yang mengatakan ular sawa terbabit mungkin akan menjadikan keadaan berbahaya satu hari nanti, jadi kami terus sahaja menghubungi Balai Bomba Yong Peng,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Yong Peng, Mohamad Mujid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan jam 4 petang dan bergegas bersama lima anggota ke tempat kejadian.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, ular sawa berkenaan masih lagi berada di dalam parit dan keadaannya agak lemah kerana terlalu kenyang setelah membaham mangsanya yang dipercayai anak babi hutan.

"Kami menunggu beberapa ketika sebelum ular terbabit mengeluarkan kepalanya untuk bernafas dan kami tanpa berlengah menangkap kepala ular dengan menggunakan alat khas.

“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan ular berkenaan dari parit dan kami juga menggunakan arus elektrik bervoltan rendah supaya ulat terbabit terus lemah dan tidak melawan.

Setelah dikeluarkan dari parit tempatnya bersembunyi kami terkejut kerana ular terbabit agak besar dan dianggarkan beratnya hampir 100 kilogram dan sepanjang tiga meter,” katanya.

Mohamad berkata, bagi memindahkan ular berkenaan bantuan daripada jentolak penduduk kampung terpaksa digunakan memandangkan jarak untuk ke jalan besar agak jauh serta ular terbabit agak besar. -SH

Ulasan GB

Ada yang meminta GB ulas sedikit mengenai tangkapan ular besar ini.

Emmm... sebesar-besar ular akhirnya berjaya ditangkap rakyat. Sebesar-besar pembelit dan pemfitnah itu akan tetap tewas juga akhirnya. Itu hukum alam!

Pasangan Pelajar Mengaku Lakukan Seks Dalam Tandas

Tandas ‘port’ pemuas nafsu

MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai ‘port asmara’ dengan kekasihnya. Gambar fail

Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama.

Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya.

Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya.

Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.

“Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

“Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.

“Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu,” katanya.

Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu.

“Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan. -hm

Ulasan GB

Menggambarkan sudah betapa parahnya gejala sosial yang berlaku kini.

Kita berharap bala dan bencana Allah tidak menimpa ke atas kita apabila kemurkaan Allah tiba.

Dirempuh Kereta Dalam Rumah

Hulu Bernam: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) warga Indonesia dikenali sebagai Istiarsyah, 26, parah selepas dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumahnya di Jalan Bahtera 5A, di sini, untuk ke kuliah sesi petang.
Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan tangan selepas terperosok di bawah Perodua Kancil dipandu seorang pelajar wanita di universiti sama.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais, 32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan.

“Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkenaan.


“Lebih mengejutkan apabila melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azrin berkata, ketika kejadian Istiarsyah melangkah keluar di depan pintu rumah untuk ke bilik kuliah.

Bagaimanapun, rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta.

Menurutnya, rakan serumah dan jiran membantu mengeluarkan mangsa sebelum mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) dan kemudian dirujuk ke Hospital Slim River (HSR).

Katanya, rumah mangsa turut didiami tiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang masih belajar di universiti sama.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Nabilah Izzati Ayub, 20, bersama empat pelajar wanita berkenaan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di laluan berkenaan, namun tertekan pedal minyak lalu meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

“Mangsa dirempuh dan tersepit di bawah kereta. Akibatnya mangsa melecur di perut dan paha.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya. -hm

[Bergambar] 10 Ribu Solat Hajat Tolak Fitnah

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

Beliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hendaklah digiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut gelak ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas itu video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan daripada pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu daripada aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.


TAKBIR BERGEMA SELURUH STADIUM MALAWATI

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat. -batuvskayu


foto ehsan harakahdaily, edyesdotcom, batuvskayu













Video Seks: Jakarta Post Selar Akhbar Malaysia Langgar Etika Kewartawanan

Jakarta: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.


“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi. -batuvskayu