15 Jan 2014

[TERBONGKAR] Isteri Curang Ketika Suami Keluar Bekerja

Melaka – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam, menurut -Maklumat.my

[VIDEO] #BBCTrending, Najib Berjaya "Harum"kan Nama Negara Dengan "Kangkung"nya


Sejak isu "kangkung" meletup awal minggu ini, nampaknya PM Kangkung telah berjaya "mengharumkan" nama negara.

Portal berita BBC yang berpusat di London menyatakan Najib kini dibelasah hebat dengan isu kangkung - dan BBC mengangkat isu kangkung tersebut sebagai BBCTrending untuk minggu ini.

Dengan kerajaan kini diserang hebat akibat kenaikan harga dalam keperluan asas seperti minyak dan elektrik, Najib telah memilih untuk menonjolkan pengurangan dalam kos sayur hijau bernama "kangkung", menurut laporan tersebut. Kangkung - yang dimakan secara meluas di Malaysia, dimasak sebagai tumis dengan sedikit bawang putih atau cili.

Namun harganya murah, tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, sawah padi dan parit-parit, namun ia bukanlah makanan utama bagi rakyat.

Sejurus selepas video Perdana Menteri mengenai pengurangan harga kangkung disiarkan, pelbagai sindiran dan jenaka mula menjadi trend di media sosial di Malaysia.

Terdapat ribuan tweet, laman Facebook yang wujudkan - dengan mempunyai lebih 10,000 pengikut - remix video mengenai ucapannya dimuatnaik ke YouTube, lirik untuk lagu-lagu rakyat yang popular dan tradisional telah dibikin semula (lihat video di bawah) dan kemeja-T tertera tulisan "Bertenang dan makan kangkung" beredar laju di pasaran.

Fenomena "kangkung-gate", seperti yang digelar oleh sesetengah pihak, telah membangkitkan kemarahan orangramai yang kini sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, geram dengan gejala rasuah dan perbelanjaan mewah oleh kerajaan Najib.

Kisah kangkung ini begitu meletup di dalam media sosial yang ramai juga yang telah telah mengadu garis masa (timeline) di FB mereka jadi tersumbat. "Obsesi kangkung ini begitu pantas menjadi satu bahan ketawa", tambah laporan BBC itu.

Antara koleksi terbaik sesi balas pantun #Kangkung oleh rakyat Malaysia!!


Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Budak budak bermain kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung yg dimamah..

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
PM kangkung dh kaya raya,..
Peduli apa rakyat derita...

PM kangkung bininya pun kangkung,?
Menterinya kangkung kabinetnya pun kangkung,
Kenapa UMNO menjadi kangkung?
Mungkinkah sebab memakan kangkung?

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur Umno kangkung disumpah seranah,
Hati Najib kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung,
sayur kangkung dlm perahu,
dpt professor, professor kangkung,
dpt pm pun cuma turunkan hrga kangkung

EMAS kangkung Bawa belayar,
masak kangkung didalam peti,
PTPTPN Kangkung kena bayar,
NFC KAK JAT bawak mati.....

lenggang lenggang kangkung ,
kangkung ditepi paya,
biar rakyat tiada untung .
asalkan keroni aku kaya.

Ramai orang menanam kangkong,
kangkong ditanam ditepi paya,
kalau setakat pandai berlenggang kangkong
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
Menteri kaya hari hari melancong

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptn jgn lupa bayar,
Undi be end lg kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan berada dirumah,
Dari dlu lg kta dah thu be end 2 penipu,
Untng sape lg? mst la borosmah..

Sana kangkung sini kangkung,
Atas kangkung bawah pun kangkung,
Depan kangkung belakang kangkung,
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkn,
Saya bdak ddk brcangkung,
Klau salah tlg panggungkn...

Beli kangkung di Pasar Selayang
Kangkung dijual si mat Bangla
Terima Kasih PM Tersayang
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Bantah #NajibKangkung
-sharpshooter






"TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman


Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa.

“Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

“Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

“Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

“Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram,” katanya. -TMI
br>


... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yg dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. X kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yg tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah..

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

So tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je..

ADA FAHAM??!!!
-FB orenji


[HEBAT] Mahasiswi Saudi Kempen Agar Lelaki Beristeri 4


Simbol 4 jari ala penunjuk perasaan di Mesir menular ke Arab Saudi. Namun simbol itu bukan menggambarkan sokongan kepada Muhammad Mursy dan Al-Ikhwan, melainkan mengajak untuk poligami.

Dilaporkan oleh Saudi Gazette (25/10/2013) dari laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, sejumlah mahasiswi perguruan tinggi di Arab Saudi melancarkan kempen di laman microblogging Twitter, mengajak para lelaki yang mampu secara fizikal dan kewangan agar memiliki isteri lebih dari satu.

Seperti biasa, kempen itu mendapat pujian, kritikan dan pastinya ejekan dari pengguna Twitter.

Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa berkahwin 4 isteri akan mengurangkan jumlah wanita tunggal di usia matang, di mana menurut sebuah laporan tahun 2012 angkanya sudah melebihi 1 juta di Arab Saudi.

Namun menurut pengguna Twitter bernama Sultan al-Subaie, lelaki yang sudah berkahwin satu isteri sebaiknya tidak menikahi wanita lain lagi, sebab hal itu akan menimbulkan banyak masalah dalam rumah tangga yang sebenarnya tidak perlu ada.

Selaras dengan pemikirannya, pengguna Twitter lain menambah, seorang lelaki hanya boleh menikahi isteri kedua jika dia yakin dapat memperlakukan keduanya secara adil.

Sami al-Dandashi melihatnya agak berbeza. Menurutnya, misalkan seorang lelaki beristeri 4 dan masing-masing punya dua anak sehingga total 8 anak, maka negara Saudi akan menghadapi masalah kelebihan jumlah penduduk.

"Perawan tua mungkin akan dapat diselesaikan, tetapi masalah kelebihan penduduk akan meningkat," ujarnya.

Sebuah kajian tahun 2011 oleh Kementerian Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi menunjukkan bahawa wanita usia di atas 30 tahun yang belum berkahwin jumlahnya mencapai 1,529,418. -diyatullah.com

Kenapa Susah Sangat 2 Orang "Pegawai Kangkung" Ini Hendak Letak Jawatan?


Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat

Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. -TMI


Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.

"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan menahan bekas presiden dan timbalan presiden MCA itu hanya sandiwara bagi membuktikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius mengenai pembanterasan korupsi seperti yang dicanangkan walaupun mengetahui tuduhan tersebut akhirnya akan ditarik kembali.

Dengan persoalan adakah kegagalan mendakwa disengajakan atau tidak, Tony mendakwa sikap ketidakcekapan Gani itu amat tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, katanya, jika Najib serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya maka kini merupakan masa terbaik untuk menghukum Gani.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang kononnya Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.

Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.

Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.

"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.
-TMI


ULASAN GB

Sudah banyak pihak meminta kedua-dua "pegawai kangkung" ini meletakkan jawatan. Tetapi mereka buat tak faham macam pekak badak.

Mengapa mereka bersikap demikian? Kerana mereka dijaga dan dibela oleh PM Kangkung. Yang pekak badak sebenarnya PM Kangkang yang seorang itulah sekalipun rakyat sudah mengadakan perhimpunan BERSIH sebanyak 3 kali menuntut supaya pegawai kangkung itu ditukarkan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sekalipun PM Kangkung enggan mendengar tuntutan rakyat, Allah tetap akan mendengar. Kedua-dua pegawai kangkung termasuk dengan PMnya sekali akan TETAP menerima hukumanNya.