25 Nov 2007

25 November : Sekali Lagi Sejarah Terlakar Indah.

Baru saja dua minggu negara mencipta satu sejarah perhimpunan aman BERSIH yang berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu orang, hari ni 25 November satu lagi sejarah tecipta - lebih 15 ribu orang penganut ugama Hindu dari keturunan India hari ini memenuhi segenap ruang bandaraya Kuala Lumpur di perhimpunan Hindraf yang elah diharamkan oleh kerajaan.

Di dalam dua kes berkenaan, kita menyaksikan betapa kebencian rakyat terhadap kerajaan yang ada sudah di tahap mengejutkan kerana amaran keras polis sudah tidak lagi bermakna apa-apa. Nak tangkap tangkaplah nak tembak tembaklah....seolah-olah demikianlah suara hati rakyat.

Siapa yang perlu dipersalahkan? Samy Vellu yang satu ketika dianggap "tuhan" oleh kaum India cepat menuding jarinya kepada parti pembangkang yang didakwanya menjadi dalang meniupkan sentimen anti-kerajaan di kalangan masyarakat India. Samy Vellu telah meminta rakyat tidak mengindahkan ajakan ke perhimpunan Hindraf dan masyarakat India nampaknya kali ini menongkah arus dengan meolak permintan "tuhan" mereka itu. Kebencian mereka kepada Samy Vellu sama kebencian mereka kepada kerajaan BN yang ada.

Masyarakat India telah lama menyimpan "dendamnya". Orang India terguris apabila UMNO mengadakan perhimpunan agongnya di hari Deepavali. Apabila kuil di Kampung Rimba Raja dirobohkan oleh seorang Menteri Besar Penyapu, rasa kebencian yang membuak terhadap UMNO diterjemahkan di dalam perhimpunan Hindraf - tanpa memperdulikan sebarang risiko lagi.

Perhimpunan Agung Umno tahun 2007 ini telah berlansung pada pada 7 - 9 November di PWTC Kuala Lumpur. Sedangkan perayaan Deepavali jatuh pada hari Khamis 8 November 2007. Nah, ini sudah cukup satu alasan kukuh untuk masyarakat India merasa terhina dengan perbuatan biadab UMNO kerana lansung tidak menghormati hari perayaan terbesar kaum mereka.

Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam dengan keganasan dan keangkuhan mereka merobohkan kuil orang Hindu di atas arahan Menteri Besarnya, kemarahan kaum India kepada kerajaan sudah tidak dapat disembunyikan. Umpama luka yang terus dilukai.

Lebih menaikkan api kemarahan mereka apabila empat orang peguam masyarakat keturunan India yang hadir di hari perbohohan kuil itu ditahan dan dibawa ke mahkamah.

Dan 25 November 2007, dunia menyaksikan sekali lagi Malaysia bergolak. Dan polis masih seperti biasa, menggunakan kekuasaannya secara ganas, zalim, kejam dan angkuh menembak air kimia dan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan serta menahan lebih 400 orang India yang menghadiri perhimpunan tersebut.

Maruah PDRM sebenarnya telah lama punah. Tiada siapa rakyat yang mahu mendengar mereka lagi. Kezaliman polis tidak boleh dibiarkan berterusan. Rakyat telah dan akan bangun meruntuhkan benteng kesombongan dan kezaliman polis walaupun diugut dan ditekan dengan apa cara sekalipun.

Itulah yang berlaku di dua perhimpunan rakyat.

Umum mengetahui perhimpunan rakyat itu sebenarnya aman - tidak ada sebarang masalah jika polis tidak campurtangan seperti mengadakan sekatan jalanraya, menembak air kimia an gas pemedih mata, menahan secara rambang siapa saja yang mereka dapat. Jadi kebiadaban polis inilah sebenarnya masalah paling besar yang negara sedang hadapi. Malah di perhimpunan Hindraf ini ada rakaman polis masih membelasah dan memukul orang awam sesuak hati.

Pihak media massa pengampu kerajaan terus bisu dan kelu di hari perhimpunan Hindraf diadakan. Tiada satu laporan diberikan sekalipun di perhimpunan BERSIH dahulu, Bernama giat melaporkan hanya 4 ribu orang hadir sedangkan jumlah sebenarnya melangkaui 40 ribu orang. Kali ini mereka bisu, lansung tidak mahu melaporkan bkan saja jumlah kehadiran masyarakat India di Perhimpunan itu malah berita mengenainya pun tidak disiarkan.

Dan yang pasti Kerajaan kini amat terdesak. Mengadakan pilihanraya awal ertinya menggali lubang untuk semua para menterinya terjun. Tidak mengadakan pilihanraya pula akan menyebabkan mereka sudah tidak terdaya dengan tekanan yang sedia ada - kenaikan minyak, tol, barangan keperluan dan sebagainya adalah umpama mimpi ngeri yang menghambat mereka untuk ayuh cepat adakan pilihanraya sebelum harga lebih memuncak...

Yang jelas Pilihanraya Umum ke 12 ini akan memberikan kemenangan besar Barisan Alternatif!

Video Al-Jazeera membuat liputan Hindraf

22 Nov 2007

Kakasaran dan kezaliman polis, bilakah akan berakhir?

Kini mereka merasai, iaitu sekumpulan 15 orang wartawan yang sedang membuat liputan satu kes bunuh telah dimaki dan diusir dengan panggilan "anjing" oleh seorang pegawai polis berpangkat ASP di Baling, Kedah.

Jika sebelum ini pihak polis mengkasari dan menzalimi rakyat terutama anggota pihak pembangkang dan tidak mendapat liputan dengan adil dari para wartawan, sampai juga masanya kini wartawan pula menerima nasib akibat dari kebiadaban para pegawai Polis DiRaja Malaysia.

Bernama hari ini melaporkan para wartawan seramai 15 orang telah membuat laporan di Balai Polis Tawar di Baling terhadap seorang pegawai polis berpangkat ASP kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka ketika sedang membuat liputan satu kes bunuh.

Laporan yang dibuat oleh jurukamera sambilan NTV7 Muhammad Ridzuan Osman, 21, di Balai Polis Tawar, Baling itu adalah kerana pegawai berkenaan mengusir wartawan dari tempat kejadian dengan perkataan "anjing".

Pegawai polis berkenaan juga didengar mengarahkan anggotanya melepaskan anjing pengesan dari Unit Anjing (K9) untuk tujuan menghalau wartawan.

Kejadian itu berlaku selepas Ketua Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad mengadakan sidang akhbar di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, polis menemui mayat dua lelaki di Ladang Kelapa Sawit Bukit Hijau pada pukul 10.43 pagi tadi dan kumpulan wartawan itu yang berada di tempat kejadian sejak pukul 8 pagi tidak dibenar merakamkan gambar walaupun berada di luar kawasan larangan polis.

Ketika jurufoto dan wartawan cuba merakam gambar apabila mayat berkenaan dimasukkan ke dalam kenderaan polis, pegawai polis itu menjerit "jangan masuk anjing" dan "lepaskan anjing".

Wartawan Kosmo, Othman Yahya, 45, berkata sepatutnya pegawai berkenan mencontohi Mohd Zakaria yang melayani wakil media dengan baik.

Wartawan akhbar Tamil Nesan, ML Maran, 56, berkata selama bertugas sebagi wartawan inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang pegawai polis yang tidak menghormati tugas wartawan.

Pengerusi Kelab Media Kedah Mohd Zahari Morad berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu esok.

Dan insiden kebiadaban polis ini bukan satu kes yang terpencil. Seperti yang selalu kita utara dan dedahkan, terdapat ramai kakitangan polis yang telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka, bertindak sesuka hati dengan menyepak, menendang, menampar, membelasah orang terbanyak.

Saya telah mendedahkan hal kezaliman dankeganasan polis ini berkali-kali. Di negara ini, kita menyaksikan beberapa pegawai-pegawai polis yang bertindak ultra vires, malah keterlaluan. Bertindak melangkaui bidang kuasa mereka. Bertindak seolah-olah mereka paling berkuasa di negara ini.

Di dalam satu tulisan saya sebelum perhimpunan BERSIH 10 November lalu, saya telah meminta pihak polis untuk tidak panik dan supaya bekerjasama dengan rakyat.

Namun malang sekali, masih terdapat pegawai polis yang sumbang dan sumbing seperti Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abd Rahman (gambar) yang telah mengarahkan gas pemedih mata ditembak ke arah rakyat terbanyak terutama di Masjid Jamek.

Inilah binatang zaman moden, memaksa orang lain mematuhi undang-undang sedangkan diri mereka lupa bahawa mereka juga tertakluk kepada undang-undang.

Kita meminta polis lebih bertamadun, lebih profesyenal di dalam menjalankan tugasnya bukan menghalau wartawan dan rakyat serta mengherdik mereka apatah lagi mengkasari mereka.

Ini semua perlu dihentikan segera dan polis yang terlibat perlu dilucutkan pakaian polisnya untuk dimasukkan segera ke penjara kerana selagi mereka ada, imej negara tercalar dimata dunia seperti apa yang berlaku lewat peristiwa 10 November 2007.

19 Nov 2007

Khir Toyo akhirnya dipenyapukan!

Akibat dari keghairahannya untuk menunjukkan kononnya beliau Menteri Besar terbilang yang inginkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menunjukkan peningkatan prestasi dengan menghadiahkan "penyapu" kepada PBT gagal mencapai target kutipan hasil yang ditetapkan, akhirnya Khir Toyo kini dipenyapukan oleh pelbagai pihak.

Terbaru, Khir Toyo diselar oleh Perdana Menteri sendiri yang meminta Menteri Besar Selangor itu memikirkan kaedah lain dengan membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Beberapa pihak lain juga termasuk ulama dan kesatuan-kesatuan sekerja mengecam langkah itu dan menyifatkannya sebagai terlalu hina dan mengaibkan kakitangan awam.

Presiden Teras Penupayaan Melaayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid menyatakan bahawa "memberi penyampu kepada mereka yang berkenaan oleh ketua pentadbiran bukan sahaja melanggar adab dan mengaibkan malah memberi tekanan saikologi yang berkekalan terutama dikalangan orang dewasa. Apatah lagi apabila mereka yang terlibat dihukum sedemikian rupa dihadapan khalayak ramai."

Sebelumnya Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (MP Larut) Perak, menyifatkan ia sebagai suatu perbuatan biadab dan boleh menjatuhkan maruah seseorang yang menerimanya.

Rashid perlu letak jawatan secara terhormat atau akan dipaksa turun secara hina

Hari ini Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut bagaimana Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman boleh membuat kenyataan kononnya dia tahu tarikh pilihanraya sedangkan kuasa membubarkan parlimen adalah di tangan Perdana Menteri.

Abdul Rashid semasa di majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya umum ke-12 negeri Melaka minggu lepas menyatakan beliau tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat memberitahunya.

"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan," katanya.

Demikianlah kenyataan angkuh seorang penjawat jawatan awam yang selama ini dikenali sebagai orang yang paling bertanggungjawab di dalam menyebabkan berlakunya sistem pilihanraya yang kotor dan tidak adil di negara ini.

Beliau yang selama ini tidak pernah mengakui perbuatan curang yang dilakukan di atas nama Pengerusi SPR untuk menggaris pelan-pelan tindakan yang memberikan keuntungan dan kelebihan kepada parti pemerintah melalui pelbagai tipu daya dan muslihat seperti persempadanan semula kawasan pilihanraya yang ternyata senget sebelah, memindahkan pengundi-pengundi, mengizinkan wujudnya pengundi hantu, mengekalkan sistem undi pos yang memihak kepada pemerintah, tiba-tiba hari ini ditempelak oleh Perdana Menteri sendiri terhadap kenyataannya yang seolah-olah cuba menunjukkan beliau orang paling berkuasa di dalam menentukan pilihanraya di dalam negara ini.

Di dalam Muktamar PAS yang baru lalu, perwakilan Negeri Kelantan, YB Ust Nasaruddin Daud, ADUN Meranti turut mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terhadap Daftar Pemilih.

Ust. Nasaruddin mendedahkan di Dewan Undangan Negeri Bukit Panau Kelantan, petugas-petupas pilihanraya PAS telah mengesani dan membantah sejumlah 1800 nama pengundi luar yang dimasukkan ke dalam Semakan Daftar Pemilih oleh pihak SPR.


Dan meskipun tempoh jangkawaktu bantahan diberikan oleh SPR adalah singkat (seminggu) untuk menggagalkan bantahan PAS, namun pihak PAS berjaya juga mengeluarkan semula nama-nama itu.


Namun apa yang perlu diberikan perhatian ialah PAS terpaksa membayar RM18,000 kepada SPR kerana satu nama yang dibantah, pihak SPR telah mengenakan RM10.


Penipuan ini sengaja dilakukan oleh SPR dengan tujuan untuk memungut duit dari pihak yang membantah dan jika tidak dibantah pula akan memberikan kemenangan kepada pihak BN.


Dan anehnya di dalam Daftar Pemilih yang baru, pihak SPR dikesani telah memasukkan seramai 299 orang yang sama dari 1800 yang telah dikeluarkan dahulu dari DUN Bukit Panau.

Itu satu bukti yang amat nyata SPR selama ini sebenarnya telah menjadi kuda tunggangan BN untuk melakukan penipuan.


Partai Keadilan Rakyat di dalam Perhimpunannya juga pernah turut mendesak Tan Sri Abdul Rashid, Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatannya kerana telah gagal menjalankan tanggungjwab dan amanah sebagai Pengerusi SPR supaya SPR bertindak adil dan telus kepada semua parti politik di negara ini.


Tan Sri Abdul Rashid dengan angkuh dan sombong menolak permintaan perletakan jawatan itu dengan menyatakan bahawa tidak perlu orang lain mendesak beliau meletakkan jawatan kerana menurutnya beliau akan meletakkan jawatan apabila sampai masanya tanpa perlu didesak oleh sesiapa.



Kini nampaknya hukum alam yang diaturkan oleh Allah s.w.t. tetap berjalan. Apabila permintaan rakyat agar beliau meletakkan jawatan secara terhormat tidak diendahkan, maka saat untuk beliau turun dari jawatannya secara terhina akan menjadi kenyataan.


Pengerusi SPR tersebut perlu sedar, 100,000 rakyat yang berhimpun pada 10 November lalu sebenarnya adalah manifestasi kebencian rakyat kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Inipati memoandum yang diserahkan oleh rakyat kepada DYMM diPertuan Agong ialah untuk menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.


Ertinya akyat sudah lama dikecewakan oleh SPR dengan sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah.


Tetapi Abdul Rashid yang mukanya tidak pernah tahu erti malu lansung tidak mengambil pusing dan memandang berat tuntutan rakyat berkenaan dan kini cuba berlagak sebagai orang paling tahu dan paling berkuasa dalam menentukan hal-hal pilihanraya di dalam negara ini.


Masa untuk anda turun secara terhina akan sampai juga justeru itu piliha antara dua, letak jawatan secara terhormat atau anda akan dipaksa meletak jawatan secara paling hina!

17 Nov 2007

Siapa Sebenarnya Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara?

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan yang menghebahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin kesal atas dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong perhimpunan 100,000 rakyat 10 November lalu kini dketahui adalah seorang ahli UMNO yang berdaftar.

Hal ini memperkuatkan hujjah bahawa UMNO kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja termasuk mendesak ahlinya yang kini menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memburukkan perhimpunan aman yang disertai oleh 100,000 rakyat yang merafak sembah ke Istana untuk menyerahkan memorandum menuntut sebuah pilihanraya yang adil dan bersih.

Wan Mohd Safiain Wan Hasan bernombor kad pengenalan 461214035359 adalah ahli berdaftar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Cawangan Taman Desa Minang, Bahagian Gombak.

Justeru itu, rakyat hari ini mempertikaikan kenyataan yang dkeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara tersebut, suara sapakah yang dibawanya? Yang Di Pertuan Agong sendirikah atau parti yang menaungnya iaitu UMNO?

Pihak istana dari awal telah bersetuju untuk menerima memoranda Bersih dan telah mengutuskan wakilnya untuk menerima memorandum tersebut pada 10 November 2007 lalu. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DYMM Agong tidak menolak penerimaan memorandum Bersih itu.

Kerajaan sebelum ini telah melantik Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah menimbulkan kontroversi. Tan Sri Datuk Zaki Tun Azmi (foto), selain daripada menjadi seorang ahli UMNO juga telah pernah memegang jawatan penting dalam UMNO seperti Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2004, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO, dan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan UMNO.

Dengan melantik ahli-ahli UMNO sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Hakim Mahkamah Persekutuan jelas menampakkan Kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi lansung tidak mempunyai maruah dan etika sehingga sanggup melacurkan institusi raja dan kehakiman untuk kepentingan partinya.

Justeru itu, pendedahan perlu dilakukan dan hal-hal sebegini perlu diberikan noktahnya kerana UMNO telah lama memperalatkan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Pilihanraya, Peguam Negara, insitusi kehakiman dan kini institusi raja juga cuba dilacurkan untuk kepentingannya sehingga mewujudkan keadaan "padang yang tiak seimbang" di dalam pilihanraya.

12 Nov 2007

Raja Bukan Bodoh Seperti PM!

Rakyat menjadi bertambah marah apabila hari ini Pak Lah tiba-tiba bersuara lagi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

Tidurnya sudah tidak lena lagi sehari dua ini semenjak Perhimpunan 10 November menjadi realiti, tidak seperti hari-hari sebelumnya dimana beliau boleh nyenyak tidur di mana saja dan pada bila masa jua hatta di dalam upacara rasmi negara sekalipun

Kita ingin menyatakan dengan jelas kepada PM bahawa institusi raja dan Yang di Pertuan Agong tidaklah naif seperti pemimpin-pemimpin UMNO, justeru itu tidak timbul persoalan penyerahan memorandun itu sebagai usaha untuk mengheret raja ke kancah politik.

Ulasan Pak Lah nampak sangat cubaan untuk mempeckecil raja serta meletakkan dirinya lebih hebat dari sekalian raja terutama Yang Di Pertuan Agong. Ini dilaporkan pula oleh akhbar Luncai bernama Utusan Malaysia yang wartawannya laksana pelacur murahan sengaja mereka-reka cerita untuk memperbodohkan rakyat negara ini.

Ingatlah, Majlis Raja-Raja telah menolak supaya dilanjutkan tempoh perkhidmatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hakikatnya adalah gambaran rasa tidak percaya mereka kepada kepimpinan dan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Begitu juga dengan keengganan Majlis raja-raja untuk memperkenankan pencalonan nama-nama yang dibawa oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan Hakim Besar Malaya Malaya. Penolakan itu menimbulkan persoalan kerana sultan-sultan biasanya memberi restu perlantikan yang diputuskan oleh kerajaan.

Menolak calon-calon yang disarankan kerajaan bagi jawatan Hakim Besar Malaya dan Presiden Mahkamah Rayuan, dikatakan kali pertama Majlis Raja-raja menyuarakan pendapat mereka dalam tempoh lebih 20 tahun, yang jarang sekali berlaku di dalam sejarah mana-mana Perdana Menteri.

Jika Perdana Menteri tidak tidur dan boleh berfikir dengan waras, beliau sepatutnya melihat tindakan Raja-Raja Melayu itu sebagai kemurkaan raja-raja terhadapnya.

Kita berharap Perdana Menteri tidak cuba menunjuk samseng kepada Raja-Raja Melayu dan menunjukkan sikap keras kepala dengan mencadangkan apa yang jelas mengakibatkan kemurkaan mereka.

Sejak kebelakangan ini, kerabat diraja dilihat memainkan peranan yang lebih ketara, khususnya dalam menenangkan emosi rakyat ekoran isu agama dan perkauman.

Sultan Sharafudin Idris Shah dari Selangor dan Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak, Sultan Azlan Shah Sultan Perak malah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang kini menjadi Yang di Pertuan Agong sendiri adalah terdiri dari raja-raja yang mempunyai jiwa rakyat. Seorang pensyarah dari Jabatan Sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Ahmad Nizamudin Sulaiman menyifatkan ini sebagai perubahan minda di kalangan majlis raja-raja yang mempunyai anggota lebih muda kali ini dan merupakan satu kaedah perimbangan kepada kuasa kerajaan persekutuan.

Dengan fakta itulah maka mengapa penganjur perhimpunan aman 2007 memajukan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong, memohon ikhsan dan simpati baginda untuk mendengar rayuan dan aduan rakyat tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Dan Pak Lah, UMNO dan akhbar-akhbar Luncainya semakin tertekan dan terdesak!

11 Nov 2007

Seandainya Kerajaan Masih Berdegil....

Rakyat telah membuktikan bahawa ugut dan ancamlah mereka dengan apa jua cara, namun kuasa sebenar bukan di tangan Polis, bukan di tangan wartawan pelacur upahan UMNO yang disiarkan oleh media arus perdana malah bukan dengan suara nyaring Perdana Menteri yang menyatakan dirinya "pantang dicabar".

"Dia kata pantang dicabar. Yang lebih layak berkata ialah rakyat lagi pantang dicabar haknya!

"Dan terbukti bahawa rakyat telah berjaya mencabar untuk menunjukkan bahawa mereka berjaya melakukan himpunan secara aman dan mahu sebuah demokrasi yang bersih!" kata Anuar Tahir di dalam ceramahnya di Taman Melewar di malam selepas perhimpunan aman 10 November.

Namun masih kedapatan angota polis yang bertindak seperti binatang sekalipun rakyat telah berkali-kali memberi amaran awal bahawa polis juga perlu mematuhi undang-undang. Polis tidak serik-serik menganiaya dan menzalimi rakyat. Beberapa insiden yang mendukacitakan terutama di Masjid Jamek di mana anggota FRU melepaskan asid pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman. Kekerasan dan keganasan digunakan untuk menghalau rakyat dari situ.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan :

"polis tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan mereka."

Kita mempunyai bukti-bukti bergambar bahawa masih ramai polis yang tidak bertamadun, persis terlepas dari kandang haiwan membelasah rakyat sesuka hati. Dasar binatang ini (baik angota polis lelaki atau perempuan) masih terus-terusan menjadi budaya polis selama ini dan kami mempersoalkan kata-kata Musa Hassan kononnya polis tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan para peserta perhimpunan!


Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan dengan menggunakan bahasa Inggeris yang mengkal dan separuh masak sewaktu menyelar siaran berita stesyen antarabangsa Al-Jazeera menyatakan bahawa polis hanya menggunakan air biasa. Namun Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara sendiri mengakui bahawa "pihak polis telah meleraikan mereka dengan menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air."




Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang berkata:

"Rakyat memilih jalan raya, setelah melihat pilihan raya yang penuh dengan kekotoran dan penyelewengan, yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Asas kepada prinsip demokrasi ialah yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang adil, melalui 'mahkamah' yang diberi kepada rakyat iaitu pilihan raya, ujarnya.

Kita faham demokrasi bukan sahaja mengundi dengan bebas, demokrasi juga termasuk media yang bebas diberi peluang kepada semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya."

"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal. Akan tiba masa tamat riwayatnya.

"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan. Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik. Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," tegasnya lagi.

Rakyat akan kembali ke jalanraya dengan angka yang lebih ramai di dalam jangka waktu yang terdekat jika Kerajaan masih terus angkuh dan berdegil mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengekalkan kuasanya.

Rakyat telah memberi amaran awalnya supaya Perdana Menteri dan Timbalannya bersiap sedia untuk "bungkus" pada pilihanraya umm yang bakal menjelang sepertimana keputusan pilihanraya 1999 selepas demonstrasi reformasi ketika itu.

Para akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NSTP, TheStar, Metro malah agensi berita negara BERNAMA sekalipun turut boleh gulung tikar jika masih terus-terusan menghina rakyat dengan menghidangkan mereka berita-berita jelek yang palsu dan berat sebelah dan terus-terusan menjadi pelacur murahan kepada kerajaan BN/UMNO.

Video Klip Perhimpunan Bersih

Malaysiakini





Al Jazeera



Pelbagai





10 Nov 2007

Aneh! BERNAMA kata hanya 4 ribu sahaja....

Memang telah menjadi dasar berita BERNAMA selama ini, untuk membelitkan apa juga laporan yang tidak menyenangkan kerajaan BN/UMNO.

Di dalam berita yang diterbitkan oleh BERNAMA dan disiarkan oleh MSTAR dikatakan:

"Bagaimanapun, hanya beberapa ribu orang sahaja menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) itu yang sebelum ini merancang menghimpunkan seramai 100,000 orang."

Di dalam satu berita lain pula BERNAMA menyatakan:

Sekitar 4,000 orang telah berhimpun secara haram di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek hari ini dan polis telah menahan 245 orang.

Bukankah itu melucukan sedang dunia menyaksikan puluhan ribu manusia (laporan AFP meyatakan 30 ribu sementara BERSIH Malaysiakini dan lain-lain pertubuhan menyatakan 40 ribu) yang berhimpun di perkarangan Istana Negara, belum lagi dicampur yang masih dalam perjalanan dari tempat berhimpun masing-masing?

Jika di Dataran Merdeka sememangnya kosong, bukan kata 4 ribu, seorang pun tidak ada, tempat yang sepatutnya Perhimpunan Aman itu diadakan. Tetapi malang, peserta perhimpunan dihalang dari memasuki kawasan Dataran merdeka, justeru itu peserta 100,000 orang itu terpaksa berpecah di empat tempat yang berlainan iaitu Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Jika tidak kerana kawalan ketat polis di ibu negara sudah tentu lebih ramai wargakota dan rakyat Malaysia amnya menyertai perhimpunan hari ini.

Berkut ialah catatan seorang penulis ternama MSO:

Sore tadi kira-kira lebih 70,000 rakyat baik yang sempat berhimpun di hadapan Istana Negara, yang terkandas di Jalan Raja Laut, yang tersekat di Jalan Masjid Jamek, yang berselindung di belakang masjid negara, yang bercemperaian di Pasar Seni, yang terkurung di Sogo dan yang datang dari berbagai arah seperti kelkatu keluar dari lubang selepas hujan merasa puas dan bangga kepada apa yang sudah berlaku.

Jelek sungguh BERNAMA ini. Apa-apa pun kita akan tengok sampai bilakah ia mampu berbuat demikian sebelum nanti hukuman menimpanya lantaran pembohongan yang sengaja dlakukan untuk menipu pembaca khususnya dan rakyat amnya.

Berikut ialah foto-foto yang dikutip dari pelbagai sumber.











Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah

Gelombang Kuning - itulah namanya. 10 November 2007 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagalkan perhimpunan keramat ini.

Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.

Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke perkarangan istana diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah


Gelombang Kuning - itulah namanya! 10 November 2007 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagal perhimpunan keramat ini.

Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.

Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai susah payah, halangan, ujian dan dugaan, ingin memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke Istana Negara diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Kita amat terkilan dengan tindakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dengan ganas dan zalim melepaskan semburan asid kepada orang ramai yang berada di hadapan bangunan bank OCBC, setesen LRT, dan kedai-kedai yang berada di sepanjang jalan bawah LRT.

Harakahdaily melaporkan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang merupakan ketua peserta himpunan di Masjid Jamek terus meminta semua peserta mara ke Dataran Merdeka.

Dalam keadaan para peserta sedang mara ke Dataran Merdeka, FRU sekali lagi menghala semburan kepada mereka menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kelam kebut dan mereka berlari bertempiaran sambil menjerit-jerit.

Beberapa minit kemudian, para barisan FRU yang terdiri daripada 10 orang sekali gus melepaskan tembakan gas pemedih mata di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek dan di celah lorong ke Masjid India menyebabkan para peserta himpunan lari menyelamatkan.

Ada di antara peserta yang terpaksa kembali ke masjid untuk mengelak dari terkena gas pemedih mata malah ada di kalangan mereka terbahak-bahak sehingga termuntah kerana terhidu gas pemedih mata.

Segerombolan FRU mengejar para peserta himpunan menyebabkan mereka terpaksa berlindung di kawasan masjid, di samping itu kira-kira 20 orang FRU berbaris sambil memegang perisainya di hadapan pintu pagar masjid menyebabkan para peserta himpunan tidak dapat keluar.

Hampir setengah jam, para peserta tidak kira tua, muda, remaja, bahkan kanak-kanak terpaksa berlindung seketika di dalam Masjid Jamek sambil membersihkan muka yang terkena semburan asid dari FRU.

Akhirnya peserta himpunan berunding dengan pihak FRU untuk keluar dari kawasan masjid dan memberitahu mereka para himpunan akan bersurai.

Kelihatan para peserta memecat semula baju kuning mereka sebagai taktik untuk keluar dari perkarangan masjid kemudian selepas itu mereka memakai semula 'T-Shirt Bersih untuk sama-sama berarak ke Istana Negara.

Dan kita mengkagumi semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan Unit Amal Malaysia (tentera merah) yang menjadi benteng pertahanan rakyat dari dikasari dan dizalimi oleh anggota FRU sekalipun beberapa anggota Unit Amal telah ditangkap tatkala mereka nekad merempuh sebuah trak water canon yang menghala kepada orang ramai yang berkumpul di stesen LRT Masjid Jamek.

Semuga Allah membalas jasa mulia mereka serta memberikan kehinaan ketas anggota FRU yang ganas dan kejam itu.

Ada hikmahnya apabila Dataran Merdeka ditutup. Peserta-peserta perhimpunan terpaksa berpecah kepada beberapa tempat sehinggakan gerombolan lebih 50,000 yang dipimpin oleh Presiden PAS telah tiba di Istana Negara, yang terpaksa merempuh pelbai halangan yang dibuat oleh polis sekitar jalan ke Istana Negara.

Mana mungkin melupai detik bersejarah ini dan semuga ia menjadi titik mula untuk mempastikan kita akan dapat menikmati sistem demokrasi yang sebenar, bertanding di tanah yang seimbang dengan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih.

Kemenangan Gelombang Kuning - Kenenangan Rakyat


Oleh Ruhanie Ahmad

Laporan Detik Ke Detik:

Polis mengkategorikan gelombang kuning sebagai perhimpunan haram. Itu hak polis yang tidak akan saya pertikaikan.

Tetapi, dosakah rakyat jelata memakai pakaian kuning pada hari ini? Anda jawablah sendiri setelah membaca cebisan-cebisan berita di bawah ini:

12.00 tengahari, di satu lokasi kira-kira 6 kilometer daripada Dataran Merdeka, Kuala Lumpur: Beribu-ribu rakyat jelata berpakaian baju kuning ditahan beramai-ramai. Apa dosa mereka? Kerana berpakaian kuning? Apa maksudnya tindakan seperti ini?

12.00 tengahari, di satu lokasi di Subang Jaya, Selangor: Seorang pemuda Melayu disuruh keluar dari keretanya semata-mata kerana dia sedang menikmati lagu-lagu nasyid. Keretanya digeledah. Dia disuruh membuka baju. Apa keselahannya? Kerana dia Melayu? Kalau tidak, kenapa pemandu-pemandu lain yang bukan Melayu tidak ditahan dan tidak diapa-apakan? Apa ertinya tindakan seperti ini?

12.30 tengahari, di Ampang-Ulu Langat, Selangor: Seorang Hamba Allah yang berpakaian baju Melayu kuning sedondon ditahan oleh pihak keselamatan. Apa dosa? Kerana dia berbaju kuning, walaupun di satu lokasi berpuluh kilometre jauhnya daripada Dataran Merdeka Selangor? Apa motifnya tindakan seperti ini?

Masjid Pun Kena Tutup?

2 petang, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur: Kira-kira 5,000 orang rakyat jelata berhimpun di sana. Masjid ditutup. Orang Islam tak dapat menunaikan Zohor. Apa ertinya tindakan ini?

Disembur Water Canon

2.10 petang, Masjid Jamek Kuala Lumpur, berhampiran Dataran Merdeka: Sekumpulan umat Islam, lelaki dan wanita, yang selesai menunaikan Zohor dilarang keluar daripada masjid berkenaan. Siapa yang membantah disembur dengan water cannon. Apa ertinya tindakan seperti ini?

Air Di Masjid Negara Dipotong?

2.26 petang: Umat Islam yang terperangkap di Masjid Jamek Kuala Lumpur terus tidak boleh keluar. Water canon menggunakan asid.

Pada ketika ini juga KL hujan lebat. Beribu-ribu peserta gelombang kuning basah kuyup.

2.30 petang: Keadaan di Masjid Negara Kuala Lumpur dilaporkan tegang. Umat Islam tidak dapat menunaikan Zohor kerana bekalan air sengaja dipotong.


Target Utama Adalah Melayu/Islam?

2.45 petang: Setelah mengikuti seluruh peristiwa di atas, hati kecil saya membuat kesimpulan seperti berikut: kelihatannya target pihak keselamatan setakat ini hanya tertumpu kepada kelompok rakyat jelata Melayu dan Islam sahaja. Mengapakah jadi begini? Adakah ini arahan pemimpin besar negara? Adakah ini arahan sesetengah personality dalam pasukan keselamatan?

Bedilan Gas Dan Acid Bermula..

2.50 petang: Polis mula menembakkan gas pemedih mata ke arah peserta gelombang kuning di dalam Masjid Jalan India dan Masjied Jamek. Peserta di sekitar Bangunan KWSP Jalan Raja Laut pula disembur dengan water canon berisi asid.


10,000 Tiba Di Istana Negara

3.00 petang: Para peserta di sekitar bangunan KWSP diberi amaran supaya bersurai. Kalau tidak mereka akan ditangkap beramai-ramai.

3.20 petang: Sekumpulan 10,000 peserta gelombang kuning sudah tiba di kawasan Istana Negara. Sementara itu, kelompok peserta yang dihalang keluar daripada Masjid Jamek pula dilaporkan semakin lumpuh. FRU hampir mengepung seluruh kawasan masjid.


Dianggarkan 40,000 Di Hadapan Istana

3.40 petang: Dianggarkan hampir 40,000 peserta gelombang kuning sudah berada di hadapan Istana Negara. Sementara itu, perarakan masih berterusan. Kira-kira sepanjang 1 kilometer lagi gelombang kuning bergerak menuju ke istana tersebut.


Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!!!!

3.55 petang: Jumlah peserta gelombang kuning di hadapan Istana Negara makin bertambah. Seorang peserta mengirimkan sms ini: “saya bangga jadi rakyat Malaysia. Daulat Tuanku!!!” Seorang lagi peserta pula mengirimkan sms ini: “Perkarangan Istana Negara dibanjiri gelombang kuning. Kira-kira 100,000 manusia.”.
Alhamdulillah…

Truck FEU Tersadai
4.00 petang: Beberapa truck FRU berkejar ke Istana Negara. Kenderaan mereka tidak boleh bergerak kerana jalanraya dibanjiri gelombang kuning.

Delegasi BERSIH Mengadap Agong

4.03 petang: Syukur Alhamdulillah… Pada jam 4.03 minit sekumpulan 10 orang delegasi BERSIH diperkenan masuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!!!!!

Hujan Lebat, Gelombang Kuning Terus Menggelora

4.15 petang: Blogger Mohd Sayuti Omar menelefon. Katanya, beliau amat berbangga dengan respons rakyat jelata. Majoriti mereka terpaksa berjalan kaki hampir 15 kilometer untuk ke istana dalam keadaan hujan lebat. Katanya lagi, kalau inilah hakikatnya Pilihan Raya Umum akan datang, hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahannya.

Seorang eksekutif syarikat swasta pula mengirimkan sms: “Alhamdulillah. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah, seorang individu dan lebih penting lagi, sebagai seorang Muslim. Perarakan ini adalah untuk anak saya, agama saya, bangsa saya dan negara saya. Daulat Tuanku!”

Misi Berjaya. Daulat Tuanku!!!

4.25 petang: Seorang anak muda yang saya kenali mengirimkan sms ini: “Saya bersama-sama kira-kira 20,000 orang masih terus berjalan ke Istana Negara. Hidup Melayu! Daulat Tuanku!!!”

Pejuang-penyair Yassin Salleh pula mengirimkan sms: “Misi tertunai. Alhamdulillah! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!”

Seorang sahabat pula mengirimkan sms ini: “Jam 3.30 petang tadi Agong meninjau gelombang kuning dari udara dengan menggunakan helikopter.”

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!

4.57 petang: Peserta gelombang kuning mula meninggalkan kawasan Istana Negara. Bagaimanapun, wakil BERSIH masih lagi di dalam istana.

Sebagai keseimpulannya, para peserta telah membuktikan bahawa mereka memang bertindak secara aman, walau pun diprovokasi dengan pelbagai rintangan, mereka meneruskan perjalanan mereka dalam hujan lebat menuju Istana Negara.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengirim mesej dan yang membuat panggilan telefon kepada saya untuk membolehkan saya merakamkan detik bersejarah ini.

Dengan ini, saya tamatkan laporan detik ke detik ini. Analisa mengenai kejayaan gelombang kuning akan menyusul malam ini.

Akhir kata, gelombang kuning yang menggelora telah pun reda bersama senja yang akan berlabuh dengan satu nostalgia kebangkitan rakyat yang amat merindukan kesejahteraan dan kedamaian untuk diwarisankan kepada generasi muka…..

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!! – Ruhanie Ahmad

9 Nov 2007

PM Terbangun Dari Tidur Setelah Bermimpi Gelombang Kuning Mencerut Lehernya

Seperti terjaga dari buaian mimpi gelombang kuning, lalu terjaga dari tidurnya yang panjang tiba-tiba Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menempelak BERSIH kerana masih terus ingin mengadakan perhimpunan aman 10 November. Tiba-tiba Pak Lah dengan mata terbeliaknya menjerit .... "saya pantang dicabar"...

Perhimpunan aman esok bertujuan untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apakah Pak Lah tidak dapat membaca mesej tersebut, bahawa rakyat sebenarnya kini mempesoalkan kepimpinannya yang selama ini memperkudakan Suruhanjaya Pilihanraya, polis dan institusi kehakiman untuk terus berkuasa?

Memang rakyat kini tertekan dan terhimpit hidupnya di regim Pak Lah ini. Telah beberapa kali kita nyatakan dengan nyaring bahawa beliau seorang pemimpin lemah dan tidak berkuasa kerana yang berkuasa kini ialah menantunya, yang berkuasa ialah Peguam Negaranya, yang berkuasa ialah Pengerusi SPR, yang berkuasa ialah Ketua Polis Negara dan yan berkuaa kini ialah Shafie Apdal yang membela lebih banyak kepentingan korporat dari pengguna.

Pak Lah juga meramalkan kononnya sesuatu yang buruk akan berlaku esok.

Dan kami mendapat maklumat terbaru bahawa PEKIDA, sebuah pertubuhan samseng Melayu yang Pak Lah menjadi Penaungnya telah menyebarkan risalah-risalah di masjid-masjid sekitar Lembah Kelang yang berusaha untuk menggagal perhimpunan 100,000 orang esok.

Apakah ini petanda bahawa PEKIDA di sekitar Lembah Klang akan turun beramai-ramai dengan memakai baju BERSIH untuk bersama Himpunan100 ribu rakyat. Tujuan mereka adalah khusus untuk melakukan provokasi dan rusuhan bagi memastikan Pihak Polis dapat bertindak balas kepada perhimpunan ini.

Mungkin itulah itu petanda buruk yang ada esok dan Pak Lah orang yang akan diheret untuk bertanggungjawab membenarkan pertubuhan yang beliau sebagai Penaungnya melakukan kerja-kerja samseng yang umum telah mengetahui PEKIDA sememangnya sebuah pertubuhan samseng di negara ini.

Setiap kali rakyat menuntut supaya sistem pemerintahan yang dipimpin oleh Pak Lah diperbaiki, tidak pernah sekalipun Pak Lah mendengar serta memperdulikannya. Sewaktu rakyat Johor berhempas pulas menyelamatkan diri akibat ditimpa bencana banjir Pak Lah bersenang lenang berperahu layar bersama Datuk Seri Jean Todt serta merasmikan Puteri Nasi Kandar di Australia!

Seorang sahabat mengukirkan dengan indah : betapa ironisnya, di tengah banyaknya orang-orang Melayu yang kelaparan (seperti yang siarkan setiap minggu rancangan “Bersama mu” di Tv3) Orang Melayu menyaksikan banyaknya pemimpin Melayu dari UMNO yang berstatus Menteri dan Menteri Besar menghamburkan kekayaan dan tidak menggunakan pada jalan yang tepat bagi membantu Melayu sebaliknya untuk kekayaan anak, menantu dan adik beradik, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan Kerajaan sekarang seperti harta emak bapak dia dan wajarlah dipanggil kerajaan hari ini “Kerajaan Tiga Beranak”

Dunia mengetahui bahawa Pak Lah kini memperolehi gaji sekurang-kurangnya RM56,ooo sebulan dengan tanpa susah payah menjalankan kerja kementerian-kementerian yang disandangnya disamping jawatan Perdana Menteri. Jadi Pak Lah tidak lansung tergugat dengan sebarang kenaikan harga minyak, tol, barang-barang keperluan yang menjrut rakyat marhaen.

Kaganasan Polis sudah tidak terbendung, negara Malaysia umpama menjadi sebuah negara Polis. Polis bertindak sesuka hati dengan meletakkan undang-undang ditangan mereka tanpa mereka menyedari bahawa mereka sendiri perlu mamatuhi undang-undang.

Sistem kehakiman menjadi sistem katun di negara ini apabila tedapatnya hakim-hakim yang rasuah dan gila pangkat membelakangkan keadilan dan kesaksamaan, melepaskan penjenayah, perasuah dan menghukum pula orang yang tidak bersalah.

Perasuah-perasuah negara dilepaskan bebas oleh Peguam Negara dan ada wakil rakyat yang mampu membina sebuah istana di Kelang. Seorang Menteri Besar BN yang gila kuasa dan tamak dunia sanggup merobohkan perkampungan Melayu serta meruntuhkan surau dan kuil.

Dan Pak Lah masih tidur lena....

Mengapa sekang baru kata "pantang dicabar"?

Apakah Pak Lah merasakan perhimpunan 100,000 orang itu bakal memberi bekas kepada rakyat yang akan memberikan impak negatif kepada kerajaan UMNO/BN di dalam PRU yang akan datang?

Kami telah lama mencabar, itu menantumu yang bernama Khairi Jamaluddin, seorang samseng jalanan yang terang-terang mengakui mendapat perlindungan kerana berbapa mertuakan seorang perdana Menteri. Dan kini kamu mendengar lagi bisikan menantumu untuk bertindak ke atas BERSIH yang menganjurkan perhimpunan esok.

Siapa yang mahu mendengar cabaranmu itu Pak Lah?

Kamu telah terlewat.

Rakyat telah membuat keputusannya, bahawa esok tidak ada siapa lagi yang boleh menghalang kami rakyat terbanyak untuk turun beramai-ramai membawa satu mesej yang jelas kepada dunia supaya sistem demokrasi di negara ini diperbetulkan.

Meminjam bait puisi seorang sasterawan negara, Allahyarham Usman Awang yang dipetik oleh seorang sahabat Roslan SMS

Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

8 Nov 2007

Himpunan 100,000 Polis Jangan Panik

Kita ingin menyeru kepada Polis Di Raja Malaysia supaya memberi kerjasama kepada rakyat dan tidak panik dengan perhimpunan yang bakal di adakan pada 10 November ini.

Meskipun Ketua Polis Kuala Lumpur, Zulhasnan Najib Baharuddin menghalang rakyat untuk datang ke Dataran Merdeka, kita tidak perlu mengindahkannya kerana siapa Zulhasnan? Beliau Agong? Beliau Perdana Menteri? Beliau Presiden baru di negara mana? Siapa pula beliau untuk mengugut rakyat? Besar mana pangkatnya untuk menahan gelora kebangkitan rakyat yang hanya ingin berhimpun untuk merafak sembah kepada Yang Dipertuan Agong?

Di negara ini, kita menyaksikan beberapa pegawai-pegawai kerajaan yang bertindak ultra vires, malah keterlaluan. Bertindak melangkaui bidang kuasa mereka. Bertindak seolah-olah mereka paling berkuasa di negara ini.

Masing-masing mengambil kesempatan dari sikap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang umum mengetahui seorang yang lemah yang negara pernah miliki selama ini.

Menteri-menteri dan timbalan menteri yang bertindak lebih sudu dari kuahnya seperti Zainuddin Maidin, Nazri Aziz, Sazmi Miah, Johari Baharom adalah diantara nama-nama menteri yang celupar lagi biadab.

Di kalangan pegawai kerajaan, bermula dengan Peguam Negara yang bertindak wewenangan melepaskan perasuah-perasuah negara, Ketua Pengarah Biro Pencegah Rasuah yang bebal dan tidak profesyenal - hanya menyiasat dan menahan ikan bilis daripada jerung-jerung rasuah, Ketua Hakim Negara yang secara selamba dan tidak bermaruah memohon perlanjutan tempoh perkhidmatan untuk memegang jawatan tatkala kredibilitinya dipersoalkan, Ketua Polis Negara yang terlibat dengan pelbagai skandal rasuah dan kini seorang yan hanya berpangkat Ketua Polis Kuala Lumpur, cuba menunjukkan lagak dan heronya untuk menentang arus kebangkitan rakyat.

Kita ingin menegaskan supaya polis bertindak profesyenal. Apabila anda mengarahkan kami untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan, kami patuhi. Tetapi apabila ianya dipatuhi anda mengeluarkan beberapa alasan yang tidak logik menafikan hak untuk rakyat mengadakan perhimpunan.

Kami ingin bertanya kepada Zulhasnan (foto), untuk siapa anda berkhidmat? Untuk rakyatkah atau untuk parti UMNO?

Kami ingin bertanya kepada Zulhasnan, tindakan keras apa yang kamu ingin ambil terhadap rakyat yang akan tiba ke Kuala Lumpur Sabtu ini, menembak mereka dan menjadikan mereka mayat-mayat bergelimpangan?

Kami ingin bertanya kepada Zulhasnan, negara ini negara demokrasikah atau negara polis?

Kami ingin bertanya kepada Zulhasnan, tidakkkah kaum berasa malu dengan keputusan hakim mahkamah tinggi yang menganugerahkan 2.5 juta kepada seorang yang pernah pihak polis zalimi dan aniayakan?

Kami ingin bertanya kepada Zulhasnan, apakah kamu sudah ada kemampuan dan keberanian untuk melucutkan pakaian seragam polis kamu untuk menerima hukuman rakyat yang akan mencampakkan kamu ke dalam penjara KERANA kamu sesuka hati mengeluarkan ugutan dan ancaman kepada rakyat?

Pokoknya di sini, kamu bukan orang yang kami perlu ikut dan patuhi kerana kami berpendirian kamu pihak polis sepatutnya bekerjasama dengan rakyat mempastikan perhimpunan aman itu tidak diganggu oleh sesiapa. Polis sepatutnya menjalankan tugas dengan adil dan saksama, menyediakan suasana yang kondusif supaya perhimpunan aman itu berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Polis sepatutnya bertugas untuk mengawal selia lalulintas supaya memudahkan orangramai untuk mengahadiri perhimpunan itu.

Ini tidak, kamu menyongsang arus. Kamu mengadakan road-block untuk menghalang rakyat, kamu menyiapkan serta mengerahkan anggota FRU kamu untuk membelasah dan menzalimi rakyat, kamu menyediakan pegawai-pegawai cawangan khas kamu untuk mengadakan provokasi-provokasi demi menghuru-harakan keadaan. Kamu mengugut dan mengancam untuk bertindak keras kepada peserta perhimpunan.

Banyak lagi perkara yang polis perlu lakukan dan tangani bukan untuk menghalang perserta perhimpunan. Itu kes jenayah yang berleluasa yang menjdikan rakyat hidup di dalam ketakutan, itu hal rasuah di kalangan anggota polis yang menjadikan masyarakat meluat melihat anggota polis, itu masalah pendatang asing yangmencetuskan keresahan rakyat setempat dan pelbagai kerja lain yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Kamu boleh menghalang tubuh dan jasad kami dari menyetai perhimpunan tersebut, namun doa kami kepada Allah s.w.t. supaya membalas segera perbuatan-perbuatan jahat kamu tidak boleh disekat dan yang pasti seandainya kamu bertindak wewenangan untuk menghalang perhimpunan rakyat ini, kami memohon agar Allah menimpakan bala sekeras-kerasnya kepada mereka yang bertangungjawab menggagalkan perhimpunan ini dan yang pasti POLIS DI RAJA MALAYSIA terutama seorang pegawai yang cuba berlagak heronya bernama Zulhasnan.