28 Mei 2014

[VIDEO] Sultan Azlan Shah Kembali Ke Rahmat Allah


Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat jam 1.30 petang tadi umum Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri besar Perak itu mengumumkan perkara itu dari Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

Almarhum berusia 86 tahun.

Beliau meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.

Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.

Pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar.

Sultan Perak ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 1984. Sebelum ini, baginda mempunyai kerjaya cemerlang dalam sistem kehakiman Malaysia, dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada 1982.

Pada 1989, Sultan Azlan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9, berkhidmat selama lima tahun, sebelum kembali ke takhta Perak pada 1994.

Khabar angin tersebar mengenai kemangkatan Sultan sejak Ahad, tetapi, perkara itu tidak benar.

Raja Dr. Nazrin Shah turut kelihatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk melihat keadaan ayahandanya Sultan Azlan sebelum ini...

Sultan Azlan Shah menjadi pemerintah Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya, Sultan Idris Shah pada 1984.

Baginda juga adalah bekas Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia dan terkini Canselor Universiti Malaya.

Sultan Azlan menjadi presiden Persekutuan Hoki Malaysia sehingga 2005 dan kekal sebagai presiden Persekutuan Hoki Asia dan ahli lembaga eksekutif badan global sukan itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Kejohanan Hoki Sultan Azlan Shah adalah kejohanan hoki tahunan yang disertai beberapa banyak negara dan diadakan di Ipoh.

Raja Azlan Shah dilahirkan pada 19 April, 1928 di Batu Gajah, Perak.

Baginda adalah putera kepada Sultan Yusuf Izzuddin Shah (1948–1963) dan Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Ketika kecil, Raja Azlan Shah dibesarkan oleh bondanya di luar lingkungan diraja.

Difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan pulang dari Beijing ke Malaysia malam ini untuk menghadiri upacara pengebumian Sultan Perak itu di Kuala Kangsar esok.

Najib kemudiannya akan terbang kembali ke China selepas upacara pengebumian esok, kata sumber dari Putrajaya kepada The Malaysian Insider.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh berkabung tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM itu.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

"Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat.

"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para anbiya, syuhada dan solihin," katanya dengan sebak.

Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Kerajaan Inggeris, Batu Gajah, kini dikenali sebagai SMK Sultan Yussuf.

Baginda mendapat pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum berlepas ke United Kingdom untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham.

Baginda memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1953 dan dimasukkan ke Majlis Peguam Inggeris oleh Honourable Society oft Lincoln’s Inn pada 23 November 1954.

Sekembalinya ke tanah air, baginda berkhidmat sebagai pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang bagi Persekutuan Tanah Melayu sebagai majistret. Baginda kemudiannya dilantik sebagai presiden Mahkamah Sesyen.

Baginda juga merupakan Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Pada usia 37 tahun, baginda diiktiraf sebagai hakim termuda dalam Komanwel yang dilantik bagi Mahkamah Tinggi pada 1965.

Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan pada 1979 pula sebagai Ketua Hakim Malaya.

Baginda ditabalkan sebagai Raja Muda pada 1 Julai, 1983.

Pada awal 2009, baginda menerima kritikan hebat kerana penglibatannya dalam penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak semasa Pakatan Rakyat (PR) masih berkuasa yang membawa kepada krisis Perlembagaan negeri.

Keputusan baginda tidak dipersetujui Mahkamah Tinggi, yang memutuskan Sultan mengikut perlembagaan tidak dibenarkan memecat menteri besar.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudian mengatakan Sultan adalah betul dalam melantik Zambry daripada Barisan Nasional sebagai menteri besar, walaupun mereka tidak memenangi undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Dikata Pendatang, Penceroboh, Bodohlah Cina Jika Masih Undi BN


PRK Teluk Intan: Dikata pendatang pun Cina mahu sokong BN - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segolongan orang Cina yang masih menyokong BN walaupun mereka telah dilabelkan sebagai pendatang.

Bercakap di Teluk Intan malam tadi, Anwar yang juga ketua umum PKR menyifatkan mereka sebagai "tak tahu malu".

"(Mereka kata orang) Cina ini pendatang, apa lagi Cina mahu, itupun ada lagi (orang) Cina mahu sokong BN, tak dak malu punya Cina," kata Anwar berseloroh dan disambut gelak ketawa para hadirin.

Beliau juga menegaskan tentang pentingnya untuk saling hormat menghormati.

"Saya kalau mahu pimpin rakyat Malaysia, saya mahu jaga anak Melayu, saya mesti jaga anak Cina, anak India, anak Dayak seperti anak saya, baru saya boleh pimpin ini negara."

"Jika saya tidak menghormati anda, maka saya tidak layak dihormati," tambahnya.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Raja Bomoh Kata Khairy Penyebab Kekalahan Negara Rebut Piala Thomas

Bomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.
Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

"Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)"ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[20 GAMBAR] Fenomena "Dyana Mania" Landa Negara... Selamat Tinggal UMNO BN!


Dyana Mania : Anak Muda Meninggalkan UMNO

Satu waktu dulu pernah aku tulis membayangkan kemungkinan UMNO akan senasib dengan dinosaur, sejenis binatang yang gagah dan kuat yang ditakuti oleh semua binatang di atas bumi ini, akhirnya hilang dan lenyap. Oleh itu aku membayangkan apakah UMNO juga akan serupa nasibnya dengan dinosaur. Kini sudah mula muncul satu ‘petunjuk’ yang dinamakan ‘Dyana Mania’ dalam PRK Teluk Intan. Apakah ‘Dyana Mania’ akan menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan anak muda Melayu khususnya meninggalkan UMNO.

Apakah Tun Mahathir yang merupakan pemimpin UMNO begitu lama sudah dapat membayangkan keadaan sedemikian akan berlaku. Mungkin agaknya Tun sudah dapat merasakan keadaan sedemikian akan berlaku dan hanya sekadarkan beliau tidak mahu menyebutnya dan mungkin juga terlalu gerun untuk melafazkannya. Jikalau tidak begitu ‘ramalan’nya tentulah tidak mungkin beliau begitu gabra meperkatakan tentang penampilan anak muda bernama Dyana dalam PRK Teluk Intan.

Mungkin pemimpin UMNO yang lain tidak dapat nampak apa yang ‘dilihat’ dan ‘direnung’ oleh Tun Mahathir. Pastinya Tun Mahathir amat bimbang tentang perkembangan yang berlaku kini. Apa tidaknya. Dulu DAP adalah dianggap sebagai parti kaum Cina. Dan sehingga kini DAP sentiasa dianggap dan diwar-warkan sebagai parti rasis yang memperjuangkan kepentingan Cina dan anti Melayu. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin Melayu dalam DAP, tohmahan dan anggapan sebegini pastinya akan hilang dengan sendirinya.

Yang paling merunsingkan para pemimpin UMNO ialah hilangnya label UMNO yang sentiasa dikatakan bahawa UMNO sahajalah yang akan memperjuangkan orang Melayu. Kini sudah ada tiga parti yang kuat dan kukuh yang bukan sahaja memperjuangkan orang Melayu tetapi juga kaum Cina, India, Kadazan, Dayak dll Maknanya lama kelamaan orang Melayu yang berpendidikan akan lebih selesa dengan parti yang berorientasikan bangsa Malaysia, yang berteraskan orang Melayu.

Hakikat ini yang pada fikiran aku amat membimbangkan pemimpin UMNO terutama Tun Dr. Mahathir. Dan kemunculan Dyana mungkin merupakan ‘catalyst’ dan ‘game changer’ yang akan mencetuskan berbagai-bagai perkembangan selepas ini. Mungkin….

Oleh itu mahu tak mahu UMNO kena berubah ikut zaman. Jikalau tidak nasib UMNO akan sama dengan nasib Dinosaur. Lenyap di atas muka bumi ini. Dalam banyak hal UMNO terpaksa buat perubahan. Bak kata peribahasa Melayu, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. ‘Air bah’ telah pun berlaku dan telah meninggalkan kesan-kesan yang memaksa ‘pasir’ berubah. Hukum alam mengatakan bahawa pasir mesti berubah selepas air bah. Oleh itu tidak salahnya ahli UMNO melihat keadaan sedemikian daripada mencari jalan menyalahkan ‘orang’ itu dan menyalahkan ‘ pihak’ ini. Buang masa. Bukan zamannya kita membebel dan menyalahkan orang lain. Orang UMNO juga selalu’ menyalak’ ke sana ke mari menyuruh orang lain ‘ think positive’. Diri sendiri bagaimana?


Aku perhatikan ramai pemimpin UMNO yang masih berada pada tahap tahun-tahun 60an. Jikalau ada pun perubahan cara berfikir dan bertindak, ia hanya berlaku dikalangan setengah pemimpin. Sedikit benar bilangannya. Apa tidaknya. Hadirkanlah diri di Persidangan Agung UMNO (PAU) yang diadakan pada setiap tahun itu. Itulah rupanya semenjak dari dulu sehinggalah sekarang. Dari segi penyampaian dan ‘input’ aku rasa tak banyak beza dengan keadaan pada tahun-tahun 60an dan 70an, walaupun ada usaha pembaharuan yang cuba hendak diketengahkan oleh golongan muda, namun usaha yang sedemikian ‘tak jalan’. Itulah UMNO sehingga kini dan mungkin selama-lamanya.

Berbalik kepada persoalan perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO. Aku tidak dapat memberikan formulanya. Aku hanya ‘pandai’ mengkritik tetapi tidak dapat memberikan penyelesaiannya. Itu aku mengakuinya. Dan bukan pula tugas aku nak memikirkannya. Cuma aku dapat memberikan senario yang sedang dan akan dihadapi oleh UMNO sekiranya mahu menjadikan parti itu relevan.

UMNO terpaksa mengambil kira perasaan anak muda generasi DEB, terutamanya anak muda Melayu yang berpendidikan tinggi. Cara berfikir mereka agak berlainan dengan cara berfikir generasi lama – generasi sebelum DEB. Golongan ini tediri daripada para eksekutif yang boleh berdikari dengan ilmu dan ijazah yang mereka perolehi. Mereka tidak memerlukan ‘tongkat’ atau penggantungan kepada sesiapa. Mereka berdikari. Lantas cara berfikir mereka juga amat sukar dipengaruhi.

Ramai anak muda generasi Kurun ke 21 sudah tidak berfikir berlandaskan kaum dan bangsa. Ini berlaku pada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Mereka sudah tidak berapa peduli sangat tentang kedudukan kaum dan bangsa. Mereka adalah Bangsa Malaysia. Keadaan ini berlaku adalah ekoran daripada sukatan pelajaran yang merentasi kurikulum yang didedahkan kepada mereka di sekolah-sekolah.

Aku perhatikan UMNO secara umumnya semacam tidak sedar tentang perkembangan yang dinyatakan di atas. UMNO masih syok sendiri. UMNO masih ‘melayan’ orang Melayu. Masih ‘menjaga’ hati orang Melayu. Begitu ‘enaknya’ melayan ‘mimpi-mimpi’ yang endah sehinggakan ramai orang Melayu tidak sedar tentang perkembangan yang berlaku disekeliling.

Memang berlaku. Dan aku perhatikan keadaan itu dengan penuh minat. Aku nampak macam cerita seekor katak yang berada dalam air yang dipanaskan. Disebabkan terlalu selesa berada dalam air berkenaan, sikatak lupa bahawa air sedang dipanaskan. Si katak baru sedar yang ia dalam bahaya setelah air telah mendidik.

Kesannya….. fikirlah sendiri….. -abuhassanadam


PRK Teluk Intan: Sebab saya sokong Dyana

Saya bertuah dapat mengenal Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP untuk kerusi parlimen Teluk Intan.

Sepanjang lebih setahun mengenalinya, saya dapati beliau seorang yang berpengetahuan dan tekun. Wanita muda ini cukup berkemampuan dan mempunyai masa depan yang cerah. Saya sentiasa merasa lebih bersemangat setiap kali menyaksikan Dyana beraksi penuh bertenaga dan dengan idealisme yang segar. Saya yakin, jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana akan menjadi kebanggaan para penduduk di sana.

Antara sebab saya menyokong Dyana sebagai calon di Teluk Intan ialah, pertama, beliau telah menunjukkan kemampuan untuk berfikir secara kritis dan mandiri tentang beberapa isu nasional yang penting. Dyana juga telah mempamerkan keupayaan untuk mempertahankan pendiriannya walaupun diserang hebat oleh para penentang. Sebagai contoh, pada bulan September 2013, Dyana mengemukakan saranan agar pelajar bukan-Melayu dari keluarga miskin diberi peluang untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti yang mirip dengan UiTM. Dyana tidak pernah mencadangkan agar UiTM dibuka kepada bukan-Melayu. Meski pun begitu, beliau dikecam oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik, termasuk pemimpin UMNO Selangor dan bekas menteri Datuk Noh Omar serta Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Tidak banyak Ahli Parlimen akan sanggup untuk mempertahankan pendirian seperti Dyana ketika berdepan dengan serangan sedemikian.

Seterusnya, Dyana telah mengecam cadangan sesetengah pihak untuk menjadikan UiTM sebagai “universiti Diraja” untuk ‘melindungi’ kedudukannya sebagai institusi Bumiputera memandangkan cabang universiti itu – INTEC – terbuka kepada bukan-Bumiputera.

Dyana juga tidak gentar mengkritik para pemimpin tertinggi BN-UMNO, termasuk meminta Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi agar tidak menjadikan Malaysia bahan lawak ketika menteri itu menuduh Mat Sabu terlibat dalam gerakan Syiah tanpa sebarang bukti kukuh. Dyana juga pernah mengingatkan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar bahawa Dr. Mahathir sendiri pernah mengkritik orang Melayu.

Selain itu, Dyana pernah mengajak orang ramai untuk berfikir secara kritis tentang beberapa isu besar seperti kepentingan Rukunegara, kegagalan dan bahaya Biro Tata Negara (BTN) dalam pembentukan hubungan antara kaum, serta peri penting untuk memahami dan mengingati sejarah kita.

Ciri-ciri yang saya sebutkan di atas amat penting dimiliki oleh Ahli Parlimen. Orang yang menjadi Ahli Parlimen tidak boleh gentar dan ragu untuk mempersoalkan status quo dan mengemukakan alternatif untuk membentuk negara yang sejahtera buat semua warganya. Malah, saya boleh katakan dengan yakin bahawa selama setahun menjadi setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana lebih kerap bersuara dan menulis tentang isu-isu negara berbanding Mah Siew Keong selama 7 bulan beliau menjadi Presiden GERAKAN.

Kedua, Dyana telah menunjukkan kemampuan untuk memegang banyak tugas sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang. Walaupun Dyana tidak berasal dari Johor, dia sanggup berpindah ke sana untuk berkhidmat kepada para pengundi di Gelang Patah bagi menangani permasalahan mereka. Saya yakin, Dyana akan melakukan perkara yang sama di Teluk Intan.

Selama di Johor, Dyana telah menangani beberapa persoalan baru dan mencuba kaedah-kaedah baru untuk menyelesaikan persoalan yang timbul. Sebagai contoh, walaupun bukan penggemar ular atau hidupan liar, Dyana sanggup meluangkan masa untuk melawat kawasan paya bakau di Sungai Pulai untuk memahami kepentingan hutan paya bakau di sana yang sepatutnya dipelihara menurut “Ramsar Convention”. Dengan berbuat demikian, Dyana bukan saja dapat memahami kepentingan kawasan paya sedemikian bagi alam sekitar, malah juga memahami kepentingannya dalam memulihara sumber pendapatan penduduk di sekitar hutan paya bakau, terutamanya nelayan.

Sebagai langkah awal untuk membantu mengatasi permasalahan di kawasan hutan paya bakau, Dyana dan beberapa rakan dari DAP Johor serta Jaring, sebuah NGO tempatan, telah menghimpun 100 orang sukarelawan untuk menanam benih pokok bakau bagi meningkatkan kesedaran tentang perlunya memulihara kawasan hutan paya bakau.

Selain itu, Dyana juga telah mengadakan usaha untuk mendekatkan pengundi Melayu dengan wakil rakyat DAP.

Dalam program ini, keluarga Dyana sendiri telah menerima Howard Lee, ADUN DAP Pasir Pinji, Perak, sebagai tetamu. Saya sendiri mendapat manfaat daripada program ini apabila Dyana ‘memasangkan’ saya dengan Muhaimin, penuntut dalam bidang penyediaan makanan dan juga penggemar permainan DOTA. Saya mendapat peluang bermalam di rumah Muhaimin di Datuk Keramat, KL, melihat beliau bermain DOTA dengan kenalan beliau secara online, dan ‘lepak’ di kedai mamak bersama kawan-kawan lamanya, termasuk Umar Azmi, aktivis mahasiswa yang telah ditangkap kerana terlibat dalam gerakan Occupy Dataran pada tahun 2012.

Ketiga, Dyana sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk mempelajari perkara-perkara baru dan memperbaiki diri. Dia sering berbincang dengan rakan-rakan yang lebih berpengalaman di ibu pejabat DAP di KL dan di peringkat negeri untuk meningkatkan pengetahuannya sendiri. Dyana juga kerap menghadiri persidangan dan seminar berenaan pelbagai isu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan isu alam sekitar untuk meraih pengetahuan baru. Dia juga sentiasa sanggup melibatkan diri dalam projek baru.

Sebelum diangkat sebagai calon, Dyana telah mengemukakan kertas cadangan untuk menghidupkan semula “Kuiz Kenegaraan” sebagai cara untuk memberikan lebih banyak pendedahan tentang perlembagaan negara, sejarah, seni, budaya, agama, pemimpin negara, dasar kerajaan dan hubungan antarabangsa. Tidak seperti kuiz yang pernah diadakan sebelum ini, Dyana mencadangkan satu format baru yang melibatkan pandangan orang ramai untuk menampilkan sebuah kuiz yang benar-benar mencerminkan masyarakat Malaysia.

Gagasan dan sudut pandang baru dalam melihat permasalahan seperti beginilah yang amat diperlukan di setiap peringkat pemerintahan. Dyana seperti angin segar bagi lanskap politik Malaysia – angin segar yang akan membawa perubahan, bermula dari Teluk Intan dan seterusnya bertiup ke seluruh pelusuk tanahair.

Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk mengundi Dyana berdasarkan kebolehan, keupayaan, gagasan, idealisme, semangat, tenaga muda, keteguhan sikap dan kematangan beliau. Saya menggesa para pengundi Teluk Intan untuk memberi undi yang dapat mengukuhkan politik Malaysia masa hadapan. Saya menggesa pengundi Teluk Intan untuk mengundi demi meruntuhkan rintangan perkauman, keagamaan, kebahasaan, kebudayaan, kejantinaan dan usia. -Dr. Ong Kian Ming

*Dr. Ong Kian Ming adalah Ahli Parlimen Serdang



Faktor 1Malaysia: Penentu kejayaan Mah vs Dyana di Teluk Intan? – Muhammad Hamri Ibrahim

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan bahasa.

Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan istimewa di mata pelancong asing.

Rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan diserikan lagi dengan masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Malanau, Bidayuh dan sebagainya.

Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia merupakan suatu inisiatif yang baik bagi mengeratkan perpaduan di antara kaum di negara ini, sekaligus mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum.

Inilah antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pemimpin yang memimpin rakyat pelbagai kaum di sesebuah negara.

Tanpa kita sedari, P76 Teluk Intan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini merupakan salah satu menifestasi konsep 1Malaysia yang dipraktikkan oleh rakyat Malaysia.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menyaksikan ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia diberi peluang untuk memimpin masyarakat di Teluk Intan tanpa mengira latar belakang politik mereka.

Seperti yang umum sedia maklum, P76 Teluk Intan mempunyai dua DUN dibawahnya, iaitu N55 Pasir Bedamar dan N56 Changkat Jong.

Seah Leong Peng berjaya memenagi kerusi P76 Teluk Intan manakala Terence Naidu A/L V Raja berjaya memenangi kerusi N55 Pasir Bedamar dan Mohd Azhar bin Jamaluddin berjaya memenangi kerusi N56 Changkat Jong.

Ketiga-tiga nama ini sudah jelas membuktikan bahawa kepelbagaian kaum wujud di negara ini khususnya di Parlimen Teluk Intan.

Persoalannya, adakah rakyat Teluk Intan masih ingin mengekalkan "trademark" ahli Parlimen 1 Malaysia ini dengan memilih Mah Siew Keong sebagai ahli Parlimen yang baru mengantikan Seah Leong Peng pada PRK Teluk Intan nanti?

Hanya rakyat Teluk Intan yang tahu jawapannya.

Jika kita melihat dari sudut pandang yang lain pula, kita akan mendapati bahawa Parlimen Teluk Intan sendiri sekian lama mempraktikkan konsep 1Malaysia dalam kalangan ahli Parlimen mereka.

Berdasarkan tiga PRU terakhir, P76 Teluk Intan dipimpin oleh ahli Parlimen daripada kaum yang berbeza.

Bermula daripada PRU11 pada tahun 2004, Mah Siew Keong yang juga merupakan calon PRK kali ini memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 9,836 undi. Pada PRU, berikutnya iaitu di PRU12, M. Manogaran berjaya merampas kerusi P76 daripada Mah dengan majoriti 1,470 undi sekaligus membolehkan beliau menjadi ahli Parlimen di kawasan tersebut. Yang terbaru ketika PRU13 tahun lalu, Seah Leong Peng meneruskan kesinambungan yang dibawa oleh M. Manogaran setelah berjaya mengalahkan Mah dengan majoriti 7,313 undi.


Justeru, pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon Parlimen P76 Teluk Intan pada PRK kali ini dilihat sebagai suatu inisiatif bagi memecahkan tembok perkauman yang wujud dalam masyarakat di Malaysia secara umumnya dan di Teluk Intan khususnya seperti yang dinyatakan oleh parti beliau sendiri.

Berdasarkan flashback 20 tahun yang lalu iaitu sejak dari tahun 1995, kawasan P76 Teluk Intan telah melalui lima PRU dan satu PRK dengan kedua-dua parti, DAP dan GERAKAN masing-masing menang sebanyak tiga kali.

Malah jika dikaji sejarah yang lebih lama, DAP menang buat pertama kalinya di Parlimen Teluk Intan, yang dikenali sebagai Teluk Anson ketika itu pada PRU1969 apabila Chan Fu King berjaya mengalahkan calon MCA Dr Ng Kam Poh.

Bagaimanapun, atas faktor-faktor tertentu GERAKAN berjaya memenangi kerusi itu bermula dari PRU1974 dan PRU berikutnya sehinggalah pada PRU1995 di mana calon DAP M. Kula Segaran berjaya memecahkan kemenangan itu.

Fakta ini jelas membuktikan bahawa calon Melayu dari mana-mana parti politik tidak pernah bertanding di parlimen ini sejak sekian lama.

Keterbukaan DAP mencalonkan Dyana di Teluk Intan merupakan suatu tindakan berani dan di luar jangkaan kerana sejak berdekad yang lalu Parlimen Teluk Intan dikenali sebagai kawasan tradisi kaum cina dan india baik parti kerajaan mahupun pembangkang.

Bertepatan dengan idea 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, DAP yang merupakan parti majoriti cina telah memilih kaum Melayu sebagai calon mereka sekaligus menjadikan calonnya, Dyana sebagai simbol keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Juga secara tidak langsung menggambarkan suasana "Truly Asian" di negara ini.

Sementara GERAKAN yang juga merupakan parti majoriti cina secara konsisten mencalonkan kaum cina bagi mewakili parlimen Teluk Intan apabila memilih presiden parti tersebut untuk bertanding di sini.

Yang menariknya, jika Dyana menang di Parlimen Teluk Intan, beliau bukan sahaja merupakan Perempuan Melayu pertama yang menang di Parlimen berkenaan malah berjaya memecahkan dominasi kaum lain sekaligus menyempurnakan turutan kaum ahli Parlimen 1 Malaysia di mana tiga kaum terbesar di Malaysia terpilih secara berturutan menjadi ahli Parlimen di kawasan tersebut. Sesuatu yang pastinya sukar dicapai di mana-mana Parlimen lain di Malaysia.

Sejauh mana perkara ini dapat dicapai? Hanya penduduk Teluk Intan yang tahu jawapannya.

Walau apapun keputusan yang dicapai pada PRK Teluk Intan nanti, penulis menasihatkan agar rakyat Malaysia sentiasa berusaha mengekalkan kedamaian dan kesejahteraan di negara Malaysia tercinta ini dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati dan toleransi di antara satu sama lain. Jauhkan sebarang bentuk provokasi dan sentimen yang mampu memecahbelahkan perpaduan kaum yang sudah lama terjalin.

Semoga konsep 'Unity in diversity 'mampu diaplikasikan dengan jayanya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. – 26 Mei, 2014.

* Penulis merupakan penggerak kepada GenTRA, sebuah badan yang mempromosikan minat, mewujudkan suasana pembelajaran bersama dan memperkasakan anak-anak muda dibidang sosial dan politik semasa.















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI