19 Nov 2014

[VIDEO] Isu 1MBD: Ahmad Maslan Minta Maaf Kelirukan Dewan Tanpa Niat


Ahmad Maslan mohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung 1MDB

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini membuat permohonan maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana kenyataan yang dikeluarkannya pada 6 November lalu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekurangan enam perkataan.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau ketika itu, Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli kemudiannya mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk membawa Ahmad kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa beliau mengelirukan Dewan.

"Saya dengan ini memohon maaf kepada Dewan dan menambah enam perkataan itu 'tidak ada surat jaminan lain semua'," kata Ahmad ketika membetulkan kenyataan asalnya.

Hansard Parlimen pada 6 November menunjukkan Ahmad hanya menyebut "tidak ada surat apa semua", apabila menjawab pertanyaan daripada Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua berhubung sama ada wujudnya surat sokongan daripada kerajaan untuk hutang 1MDB.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya membuat keputusan Ahmad tidak perlu dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan memandangkan ahli Parlimen Pontian itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

"Mengambil kira semua ini, tidak payah dibahas dan dirujuk mana-mana kerana beliau tidak berniat sama sekali mengelirukan Dewan.

"Saya harap perkara ini selesai kerana tiada niat mengelirukan Dewan," kata Pandikar ketika membuat keputusan tersebut.

Rafizi dan Ahmad sebelum itu diberi peluang mengemukakan hujah masing-masing berhubung perkara itu di dalam Dewan Rakyat.

"Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut yang menyebabkan salah faham. Saya tidak ada sebarang niat untuk mengelirukan Dewan," kata Ahmad.

"Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hambaNya."

Kenyataan daripada Ahmad itu kemudiannya disambut Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad, yang turut menerima keputusan Pandikar.

"Mengelirukan tanpa niat sama seperti membunuh tanpa niat," kata Mahfuz.

"Bagi saya, sekiranya kesilapan itu berlaku sekali, beliau tidak sebut apa yang sepatutnya disebut, saya boleh terima. tetapi bagi diri saya, sangsi dengan niat sebenar timbalan menteri," kata Khalid.

Rafizi pada sidang medianya kemudian merakamkan penghargaan kepada Pandikar kerana memberi peluang untuk isu berkennaan dibincangkan di dalam Dewan Rakyat.

"Beliau (Ahmad) minta maaf pun saya merasakan kemenangan besar bagi rakyat. Menteri diharapkan berhati-hati ini selepas ini ketika memberikan kenyataan di Parlimen," kata Rafizi.- TMI



ULASAN GB

Selama ini jika kesalahan itu dilakukan oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat walau betapa kecil sekalipun, speaker begitu pantas membawa mereka ke JK Hak dan Kebebasan.

Berbanding apabila penipuan itu dilakukan oleh wakil kerajaan seperti kes Ahmad Maslan di atas. Minta maaf sahaja, beres.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Haji Hadi Perlu Berundur Dari Jawatan Presiden PAS (?)


Debat di media sosial hangat sama ada Hadi perlu berundur

Persoalan sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut terus kekal sebagai presiden PAS atau berundur makin hangat diperdebatkan di media sosial selepas beliau menentang pendirian Pakatan Rakyat (PR) dalam kemelut menteri besar Selangor.

Walaupun pemimpin utama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak campur tangan dalam pemilihan PAS, namun kenyataan ahli dan penggeraknya terus-menerus menunjukkan kumpulan dalam PAS itu mahu menukar Hadi.

Kempen anti-Hadi berterusan samada melalui laman sosial Facebook dan juga kumpulan perbincangan Whatsapp yang melibatkan aktivis kumpulan ini.

Semalam, salah seorang penggerak utamanya di utara, Zolkharnain Abidin yang merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Perlis, membuat satu posting pada dinding Facebooknya, "PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan." Tulisan bekas Adun Santan yang banyak memenuhi program PasMa di bahagian utara Semenanjung ini mendapat komen pro dan kontra dari pembaca beliau.

Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang keras cadangan beliau itu.

Seorang pembaca beliau yang menggunakan nama AyahCik Anuar menulis, "TGHH tidak sihat dari segi fizikal. Tetapi akalnya masih sihat. Mungkin ada baiknya dia undur diri untuk memulihkan kesihatannya," katanya merujuk kepada singkatan bagi Tuan Guru Haji Hadi.

"Masih ramai yang layak memimpin. Ramai yang marah apabila ramai mendesak TGHH undur diri. Tidak tahu apa sebabnya mereka marah. Kita tidak perlu taksub pada seseorang pemimpin," tambah beliau dalam nada yang agak rasional di antara yang menyokong cadangan itu dengan yang marah.

Ketika yang menyokong mula mencadangkan nama pengganti iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Awang di samping Mohamad Sabu, pihak yang menentang cadangan itu mula mempertikaikan kewajarannya.

Seorang penyokong Hadi, Husnizaim Hussain menulis: "TGHH sebagai presiden mencacatkan gerak kerja partikah? Atau dia melanggar perlembagaan atau hukum Allah?

"Jangan dilayan kumpulan pendesak, mereka kebanyakan bukan jamaah PAS mereka dari orang bukan ahli PAS, sebaliknya budak hingusan sahaja."

Ada juga kalangan mereka yang tidak nampak calon pengganti Hadi yang sesuai.

Syook Salleh menulis: "Setakat ini saya tidak nampak yang betul-betul layak, berkaliber, berkarisma, berilmu tinggi, berpengaruh untuk menggantikan presiden... tidak tahulah kalau ustaz Zul ada calonnya."

Pihak yang menentang cadangan itu juga menulis, sekarang ini pihak yang tidak suka kepada presiden PAS itu sedang membina persepsi tidak baik terhadap beliau.

Fazly Zaimie Yaacob dalam tulisnnya menulis, tukar presiden tidak pelik.

"Yang peliknya sebelum muktamar lagi sudah diburukkan dulu Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Apa agenda mereka? Tidak lain ialah hendak bina dahulu persepsi yang buruk terhadap presiden," katanya.

Sementara itu, dalam kumpulan perbincangan WhatsApp yang dipelopori penggerak PasMa di Terengganu, kegagalan presiden PAS itu mempertahankan kerajaan negeri itu dijadikan modal menyerang beliau.

Buku tulisan Mohd Sayuti Omar "Inside story: Kejatuhan kerajaan PAS Kedah" dijadikan sandaran serangan kepada Hadi.

Beliau didakwa antara punca kejatuhan kerajaan Kedah pimpinan Tan Sri Azizan Razak itu.

"Baru habis baca buku itu. Rupa-rupanya Haji Abdul Hadi Awang yang menjadi punca utama menyebabkan PR ditolak oleh rakyat Kedah dalam PRU13.

"Itu belum dibongkar punca kejatuhan kerajaan PAS Terengganu tahun 2004 dulu... itu lagi memalukan," petik Othman Ismail, Ketua PasMa Kuala Terengganu dari satu tulisan Facebook oleh Awang Malaya ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan oleh beliau itu.

Othman ketika dihubungi The Malaysian Insider kemudiannya berkata, beliau mengkritik Hadi bukan kerana bencikan peribadinya tetapi atas kepentingan PAS.

Presiden PasMa Datuk Fakhrurazi Zawawi ketika bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat pertama PasMa selepas organisasinya lengkap dibentuk baru-baru ini berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam pemilihan PAS.

"Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam PR akan ditentukan sendiri oleh mereka," katanya pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa 14 November lalu di Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan, ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan Pakatan Rakyat.

PasMa mengadakan mesyuarat pertamanya 14 November lalu selepas menubuhkan jawatankuasa peringkat negerinya di seluruh negara.

Mereka mendapat kritikan panas dari kumpulan yang pro ulama dalam parti Islam itu sehingga menggelarkan pimpinannya dan juga pimpinan PAS yang pro kepada PasMa sebagai 'Jebon'.

PAS akan mengadakan mesyuarat agung yang mempunyai pemilihan yang dikatakan bakal menjadi yang paling hangat pertengahan tahun depan apabila jawatan presidennya dijangka akan dicabar.

Sebelum ini, hanya jawatan timbalan presiden yang dipertandingkan tetapi jawatan presiden biasanya dimenangi tanpa pertandingan. -TMI

ULASAN GB

Panas semula nampaknya. Sebelum ini GB sudah ulas seperti berikut. Petikan:

Sebagai seorang pemimpin yang berstatus ulamak, apakah wajar beliau terlibat misalnya di dalam soal fitnah "pil kuda" terhadap orang lain sehingga belum ada bukti yang sahih? Mungkin bukan salah beliau tetapi salah "orang sekelingnya" yang memberikan maklumat salah kepadanya, tetapi mengapa beliau menerimanya? Bagi GB ini adalah satu keadaan yang amat mencacatkan bukan sahaja nama baiknya malah nama baik Parti Islam SeMalaysia seluruhnya. Tidakkah beliau dan penyokongnya merasa berdosa kerana fitnah itu?

Akhirnya presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.


Di dalam isu ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR, Haji Hadi dengan nada sombong dan angkuh telah menjawab:

“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,”

Soal ketidak-kehadirannya di dalam mesyuarat Majlis Presiden PR diberikan jawapan angkuh sedemikian. Membelakangi keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan PR adalah amat tidak wajar di dalam situasi dimana anda ponteng menghadiri mesyuarat. Jawapan mantan Setiausaha Agong PKR, Sdra Saifuddin adalah lebih hampir kepada kebenaran:


Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pernah mengulas perkembangan membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya lagi.


Begitu juga Dr. Mszlee Malik yang melihat isu tersebut menjadi ujian paling getir untuk menguji sejauh mana “politik baru” yang ingin dibawa oleh Pakatan, dalam keadaan tiada pihak dominan dalam gabungan mereka.

Walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya daripada PAS yang bertindak menyalahi keputusan itu.
-petikan mk (10/4/2014)

Itu hal ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Bagaimana pula ponteng sebagai ahli Parlimen Marang? Di dalam satu entri bertarikh 7.10.2011 lagi GB sudah peringatkan.. Petikan:

Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng.

Yang anehnya, Presiden PAS sendiri tidak hadir.

Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru. Kekalahan PR di dalam undi belah bahagi tersebut adalah kerana ramai MP PR yang ponteng.

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen, bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang" setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu. Bukankah tahap binatang apabila kamu menang tapi kini tiba-tiba kamu khianat? Sama tahapnya kamu dengan wakil rakyat katak yang melompat itu. Sesen tak guna.

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang. GB bagi amaran: jangan main-main dengan dengan rakyat!

Firman Allah s.w.t.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27

TAMBAHAN

Hadith Nabi bermaksud:

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya.(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)


Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Keengganan Datuk Mohd Asri untuk berundur dari jawatan Presiden PAS satu masa dahulu telah diberikan jawapan untuk dipaksa berundur oleh Muktamar PAS ke 28 di DBP pada tahun 1982!






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[TELADAN] Kisah Suami Yang Mulia Dengan Isteri Tercinta


Satu kisah seorang suami yang sangat mulia melayan isteri nya seorang wanita yang kurang upaya yang cacat penglihatan di sebuah pusat membeli beli belah.

Gambar dan kisah ini telah menjadi viral di media sosial betapa mulia nya hati sang suami melayan isteri nya dengan apa jua yang di mahukan oleh isteri nya itu.

Kisah ini telah di muat naik oleh seorang sahabat yang bernama Zaed mahmood melalui laman sosial nya dan menjadi viral di kalangan para pelayar media sosial mengenai apa yang berlaku sepertimana di ceritakan sahabat kita Zaed.



Semoga kisah yang di paparkan ini dapat menjadi tauladan kepada pasangan suami isteri tak kira lah dalam apa situasi pun semoga pasangan terbabit diberi kebahagian sehingga akhir hayat hidup mereka. -newsredapple/aans









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI