5 Mac 2009

Berita Penuh Kisah Altantuya Dari Perancis

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Razak Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Razak Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan sistem persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India (Balasubramaniam? - Kelab GB), si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membalas surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya.

Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang Baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

kerajaanrakyat
susunan illustrasi: GB

GEMPAR: Akhbar Paris Kata Najib Jumpa Altantuya

Sebuah akhbar yang diterbitkan di Perancis di dalam keluarannya hari ini mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, hari ini mengemparkan Dewan Rakyat apabila menimbulkan perkara tersebut yang mana di dalam laporan itu menyatakan ia diperolehi dari sumber yang bocor dari polis Malaysia. Saifuddin telah membaca petikan kisah bagaimana Altantuya telah memohon bantuan dimana dikatakan mangsa waktu itu sedang mengandung sebelum dia ditembak mati.

Timbalan perdana menteri sebelum ini menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Mneteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang menggulung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong, menyatakan bahawa dakwaan itu tiada kaitan dengan kementeriannya.

“Apa juga maklumat boleh bocor namun dakwaan yang ini hanyalah spekulasi.” tambahnya.

Saifuddin walaubagaimana pun menyatakan akhbar tersebut mempunyai pembaca yang ramai di Eropah dan telah mencemarkan imej negara.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee tidak membenarkan Saifuddin untuk meneruskannya kerana perkara tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

Razak, yang dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dalam keputusan mahkamah tinggi yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak sebagai tidak masuk akal dan sesuatu yang direncanakan.

Menurut akhbar itu, Razak dan Altantuya bertolak pada Mac 2005 ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa aspek berhubung dengan kontrak pembelian kapal selam oleh Malaysia bernilai RM4.7 bilion.

Menurut akhbar itu, ketika di Paris, Najib bertemu dengan Altantuya dan Razak serta bergambar dengan mereka.

Razak bertindak sebagai pengantara untuk menghasilkan rundingan pembelian kapal selam itu daripada Syarikat Armaris, sebuah usahasama Peranchis-Sepanyol.

Altantuya seterusnya datang ke Kuala Lumpur October 2006 apabila menerima berita Armaris telah membayar komisyen RM541juta kepada Perimekar yang di miliki oleh Razak.

Altantuya menuntut komisyennya berjumlah 500,000 dolar Amerika daripada Razak.

Menurut akhbar itu, siasatan mendapati Rosmah, isteri Najib membantah sebarang pembayaran kepada Altantuya.

Altantuya mendesak Razak untuk membayarnya untuk beberapa hari dan ketika inilah keputusan diambil untuk bertindak terhadap wanita Mongolia itu.

Tugas itu diberikan kepada dua anggota polis unit tindakan khas untuk melindungi orang kenamaan termasuk Najib.

Malaysiakini melaporkan selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Beberapa jam sebelum Razak di tahan, Najib menghantar sms kepada sekutunya berbunyi: Saya akan berjumpa dengan Ketua Polis Negara pukul 11 pagi hari ini, Masalah ini akan diselesaikan. Sabar.”

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Berita Hari Ini 5 Mac 2009 Edisi Petang

KES LIWAT ANWAR KE MAHKAMAH TINGGI

kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara tersebut kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah. Katanya, Abdul Gani hanya menjalankan fungsi pentadbiran dengan menandatangani sijil tersebut dan bukan menjalankan fungsi penghakiman atau separa-penghakiman.

Sementara itu, salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan tersebut, namun terpaksa menerimanya. Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan esok bagi semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

PAKATAN RAKYAT BINCANG CARA EXCO ISYTIHAR HARTA

Kerajaan Pulau Pinang telah berbincang pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang lain mengenai garis panduan yang seragam mengenai perisytiharan harta exco masing-masing.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng, langkah tersebut diambil supaya dapat menggunakan garis panduan yang sama bagi semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat

SIVAKUMAR PERLU DIWAKILI PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, v. Sivakumar sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang kerajaan negeri dalam saman yang dikemukakan terhadapnya.

Ini kali kedua Mahkamah Tinggi mengeluarkan keputusan itu. Kali pertama ialah pada hari semalam apabila peguam-peguam Sivakumar dihalang dari mewakilinya kerana menurut Pesuruhjaya Kehakiman, peguam-peguam berkenaan tidak mempunyai locus standi untuk mewakili Sivakumar yang pada pendirian mahkamah Sepaker ialah seorang penjawat awam.

PEGUAM PERTIKAI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI

Peguam Haji Asmuni Awi mempertikaikan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim yang menghalang Tommy Thomas seorang pakar Perlembagaan mewakili V.Sivakumar.

Menurut Asmuni mahkamah sepatutnya memutuskan samada kedudukan Speaker adalah sebahagian daripada entiti kerajaan atau sebaliknya.

"Mahkamah sepatutnya tidak boleh meneruskan keputusan mendengar kes tersebut sehingga Sivakumar diberi peluang untuk menjawab samada beliau boleh melantik peguam dari peguam Negara.



Bukit Selambau: Samy Vellu Liabiliti Kaum India

Polis telah menemui Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu selama lima jam di ibu pejabat MIC Rabu lalu berhubung siasatan terhadap Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun mengesahkan polis telah memulakan siasatan ke atas pembinaan dan penyelenggaran AIMST selepas anggaran kos awal universiti itu melonjak dari RM230 juta kepada RM500 juta di akhir tempoh pembinaan awal tahun lalu.

AIMST, yang terletak di Semeling, Kedah, mula dibuka 18 bulan lalu sebagai hasrat MIC memiliki dan menguruskan sebuah universiti.

P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST.

"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media satu ketika.

Pada Disember lalu, Tan Sri M. Mahalingam, salah seorang penandatangan cek MIED, disingkirkan sebagai Bendahari Agung MIC oleh Samy Velu, yang memberi alasan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula parti.

Laporan media juga menyebut berlaku beberapa penyalahgunaan dalam pemberian kontrak khususnya membabitkan kerja-kerja landskap dan perkhidmatan keselamatan di AIMST.

Bulan lepas, Naib Presiden MIC dan Pengarah MIED, Datuk S. Sothinathan membuat dua laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul di sini mengenai kehilangan fail MIED.

"Beberapa orang masyarakat India sedang menunggu Presiden MIC itu dengan sepasang kasut buruk jika beliau datang ke Bukit Selambau," kata seorang penduduk yang telah mual dengan Samy Vellu.

Bukit Gantang Bakal Mengulangi Sejarah Panglimanya?

Mengikut sejarahnya Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957 telah dipecat daripada UMNO untuk menubuhkan satu parti baru bernama Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party).

Maklumat dari Wikipedia:

Haji Abd Wahab selaku Menteri Besar Perak telah menubuhkan Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party). Pada peringkat awal, parti-parti politik bercorak kenegerian sahaja. Ketika itu seseorang boleh menyertai dua atau lebih parti politik.

Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang (walaupun sebagai Pengerusi UMNO Perak) telah mula mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO dan memberikan sokongan politiknya kepada Dato Onn Jaafar yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence of Malaya Party / IMP).

Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15. Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak. Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya


Justeru Bukit Gantang ada sejarah uniknya. Jika Panglima Bukit Gantang sendiri pernah menolak UMNO, apakah yang boleh menyekat penduduk Bukit Gantang kali ini menolak UMNO sekali lagi apabila jelas perjuangan UMNO yang ada kini sudah jauh terpesong dan merugikan umat Islam dan bangsa Melayu akibat dari kerakusan kuasa dan tamak haloba pimpinan tertinggi UMNO?

Apatah lagi di dalam keadaan Perak kini di dalam krisis politik yang begitu hebat berlaku sehingga roh Panglima Bukit Gantang terganggu akibat kedurjanaan pihak tertentu membelakangkan pilihanraya dan pilihan rakyat diadakan untuk seluruh negeri Perak.

7 April 2009 - Apakah "Bukit Gantang" bakal mengharumkan nama pengasasnya apabila penduduk setempat menolak UMNO sekali lagi di dalam pilihanraya kecil? Biar Pilihanraya Kecil Bukit Gantang menjadi pembuka mata seluas-luasnya kepada yang terbelenggu di tempayan UMNO yang telah mengkhianati waadat di Bukit Seguntang di antara Srti Tri Buana dengan Demang Lebar Daun. hari dimana diharap Datuk Seri Nizar akan membacakan talqin untuk UMNO Perak dan agar roh Panglima Bukit Gantang bersemadi secara aman di alam barzakh selepasnya.


Undang-undang ini negeri kanda yang bikin ....

Kalaulah Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee masih hidup, mungkin sahaja beliau tersenyum sinis dengan insiden yang berlaku di Ipoh, Selasa lalu (3 Mac 2009), apabila Dewan Undangan Negeri Perak bersidang di bawah pokok.

Setidak-tidaknya Speaker DUN Perak V. Sivakumar merealisasikan kerajaan ‘Pasir Dua Butir’ dalam filem ‘Laksamana Do Re Mi’ yang bersidang di bawah pokok. Apalagi menteri-menterinya memakai topi ‘fire briged’, yang menjadi lambang sekumpulan skuad pemadam api, angkara ‘rampasan kuasa’ yang digerakkan oleh Menteri Pasola.

Jam 5.00 petang di TV1 (4 Mac 2009), Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Syed Abdul Hamid Albar turut melahirkan rasa malu dengan insiden DUN Perak bersidang di bawah pokok, berikutan FRU digerakkan menghalang ADUN masuk ke Dewan.

Bagaimanapun Dato’ Seri Syed Hamid tak menyalahkan Menteri Pasola yang merampas kuasa, sebaliknya menganggap Sivakumar memalukan negara kepada pandangan masyarakat antarabangsa. Dato’ Seri Syed Hamid tak berasa malu, Menteri Pasola menyebabkan sistem perundangan di Malaysia dipertikai oleh masyarakat antarabangsa kerana amalan ‘Musang Berjanggut’ : "Undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. itu semua boleh padammmm

Apalagi Menteri Luar Dato’ Seri Dr Rais Yatim yang turut bertandiang untuk jawatan Naib Presiden UMNO 24 Mac 2009 ini, turut memberitahu pelantikan Menteri Pasola itu harus mengikut titah perintah Sultan.

Maknanya, dalam isu pelantikan Perdana Menteri juga Yang Dipertuan Agong berhak menolak ketua parti, justeru Dato’ Seri Dr Rais Yatim juga hendaklah mematuhi titah perintah DYMM Yang Dipertuan Agong sekiranya baginda menolak Presiden UMNO (selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti) untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.. Pimpinan UMNO tak seharusnya mempertikai kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong sekiranya perkara tersebut berlaku!

Musang Berjanggut yang berbangga memberitahu ‘Undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. itu semua boleh padammmm’ juga menerima padah apabila terkurung di dalam peti besi, di samping dipersembahkan kepada Sultan Alam Shahbana yang diperkuda oleh Puspawangi.

Kritikan yang dibuat Tan Sri P Ramlee menerusi filem-filemnya pada dekad 1950-an dan 1960-an, sekarang menjadi amalan UMNO/BN apabila pimpinannya tak menyedari: Pelanduk lupakan jerat; tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk. Tak hairanlah Melayu Abdul Wahab dan Melayu Abdul Wahib terus ‘kena jual’ apabila amalkan undang-undang Siddiq Sigaraga dengan Tuan Penasihat yang menunggu 25%. Aduhai!

Dharmala N.S.

EPISOD MUSANG BERJANGGUT


EPISOD TIGA ABDUL

SPRM Ada Kuasa Mentafsir Undang-undang?

SPRM tiba-tiba membuat kenyataan, kali ini bukan dari Ketua Pesuruhjaya yang kini berhadapan dengan kes polis terhadapnya kerana salahguna kuasa tetapi oleh Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa yang berkata Speaker DUN tidak kebal undang-undang dan boleh disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan itu.

"Berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima, Speaker DUN Perak disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009. Speaker adalah seorang pegawai badan awam yang tidak terlepas daripada disiasat mengikut seksyen itu, jika disyaki melakukan kesalahan menggunakan jawatan dan kedudukannya. "Beliau tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya," katanya.

Tambahnya, Sepaker tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya.

Beberapa peguam hari ini membidas kenyataan SPRM di atas yang mensifatkan tindakan SPRM itu sebagai usaha untuk menjustifkasikan tindakan mereka menyoal-siasat V.Sivakumar, Speaker DUN Perak sebelum ini.

"Dengan membuat kenyataan yang mentafsirkan Speaker dan ahli dewan undangan negeri sebagai penjawat awam, jelas menunjukkan SPRM telah melangkaui bidang kuasanya," tegas seorang peguam.

"Artikel 132(3)(b) dari Perlembagaan Persekutuan adalah instruktif. Ia jelas mengkategorikan bahawa “perkhidmatan awam tidak melibatkan” Speaker Parlimen dan juga Speaker dewan-dewan undangan negeri," tambahnya.

"Seperkara lagi, SPRM tiada hak untuk mentafsir apa-apa istilah atau kalimat yang ada di dalam sebarang akta atau undang-undang. Ia hanya tugas judiciary selepas pihak legislatif membahas dan meluluskan sesuatu undang-undang."

Perkembangan mutakhir di dalam negara kita berlaku gejala dimana undang-undang telah diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh beberapa pihak yang menganggap dirinya terlalu berkuasa sehingga doktrin pengasingan kuasa di antara legislatif, kehakiman dan eksekutif telah dicabuli dengan begitu parah.

SPRM secara terang-terangan bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila dengan terlalu berani mengisytiharkan mereka berhak untuk mentafsirkan undang-undang mengikut selera mereka walhal ia tidak lansung mempunyai kuasa sebesar kuman untuk melakukan hal demikian.

Mempersoalkan tindakan Speaker hanya berdasarkan kepada aduan-aduan liar pihak UMNO-BN yang merasa diri mereka tertekan akibat terkepung oleh tindakan Speaker yang menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Hak dan Kebebasan DUN untuk menggantung dan menghalang mana-mana ahlinya dari menghadiri persidangan akibat perlakuan yang dikira menasabah boleh dikenakan tindakan serta memanggil Sidang Tergempar sewaktu sidang itu tidak perlu memperolehi perkenan Sultan, adalah tindakan yang jelas didorongi oleh kepentingan-kepentingan dan amat berpihak.




Institusi Kehakiman Telah lama Dilacurkan

Apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin apabila Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim menafikan hak V.Sivakumar untuk menggunakan peguam persendirian mengajak kita untuk merenungi betapa kerajaan UMNO-BN telah lama melacurkan institusi kehakiman negara bermula daripada pemecatan Tun Salleh Abbas serta dua orang hakim lagi iaitu Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah pada tahun 1988.

Pengesahan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas kerana menyedari kesilapan kerajaan memecat mereka.

Betapa keadilan tiba-tiba boleh dijual beli dengan wang ringgit.

Ia tidak berkesudahan di situ. Hakim-hakim yang menggantikan hakim yang dipecat penuh dengan korupsi dan apakah kita boleh mengatakan insitusi kehakiman negara ini bersih dan boleh diharapkan rakyat untuk mendapatkan keadilan jika:

Kes percutian melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan peguam, V. K. Lingam di New Zealand pada 1994. Badan kehakiman itu adalah laksana ikan yang busuknya bermula daripada bahagian kepala. Ikan yang busuk di Kamar Ketua Hakim Negara akhirnya terus menular kepada kamar para hakim yang ada. Apabila Badan Pencegah Rasuah membuat siasatan ke atas Tun Eusoff, sepatutnya dia bertindak mengikut amalan seorang hakim yang bermaruah dan mementingkan kebebasan dan ketelusan badan kehakiman itu; dengan meletakkan jawatannya. Tetapi, Tun Eusoff Chin bukannya orang bermaruah seperti itu.

Nama bekas Ketua Hakim Tun Hamid Omar yang menggantikan Tun Salleh Abbas pernah disebut dalam perbicaraan melanggan pelacur artis (Haslinda Marican) satu ketika dahulu. Hamid juga pernah didakwa terlibat dengan rasuah oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang ketika era akhir 80an dan awal 90an, Wee Choo Keong seperti melibatkan diri dalam perniagaan Syarikat Seri Azha Sdn Bhd, kekayaan melebihi dari kelayakan, menjual kereta Mercedes Benz 280SE no.plat WBD 1 kepada presiden @ cheif executif MBF Loy Hean Hong dan pertemuan dengan Loy pada jam 10.00 pagi di Supreme Court yang mana kes Loy masih lagi berjalan melawan MP Bukit Bintang itu.

Malangnya tidak sebarang tindakan diambil terhadap Hamid, sebaliknya laporan polis dan laporan kepada BPR yang dibuat oleh Wee Choo Keong dianggap oleh Peguam Negara [ketika itu Mohktar Abdullah] sebagai laporan palsu dan Wee Choo Keong dihukum oleh Mahkamah Tinggi penjara dua tahun akibat laporannya itu membabitkan Hamid dianggap menghina mahkamah.

Hakim-hakim sendiri menolak keterangan saksi-saksi dalam perbicaraan sesuka hatinya saja, hakim menolak kehadiran saksi-saksi penting dan ini jelas di dalam kes Altantuya yang telah melepaskan Abdul Razak Baginda semata-mata ada kaitan dengan TPM.

Peguam Negara satu ketika bersubahat dengan polis mereka-reka tuduhan kepada Sdra Anwar Ibrahim, Dr Munawar, Sukma, Dato' Nalla dan lain-lain.

Itu semua rentetan betapa jijiknya institusi kehakiman negara dipenuhi oleh hakim-hakim bangsat yang mengkhianati profesyen mereka serta menipu rakyat yang mengharapkan keadilan dari institusi kehakiman. Terlebih-lebih lagi apabila ianya dilakukan oleh Ketua-ketua hakim negara.

Jika Ketua Hakim Negara sudah sedemikian hina dan kotor bagaimana pula hakim-hakim dibawahnya?

Kita juga masih ingat bekas setiausaha Datuk VK Lingam membuat pendedahan yang mengejutkan terhadap bekas bosnya itu ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.

Dalam akuan bersumpahnyanya, GN Jayanthi, 45, berkata beliau bekerja hingga jam 3 pagi di pejabat Lingam untuk menyediakan draf penghakiman yang akhirnya menjadi keputusan penting yang dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin dalam kes saman fitnah Tan Sri Vincent Tan terhadap MGG Pillai.

Lingam waktu itu mewakili Tan, seorang ahli perniagaan, dalam kes saman sebanya, RM10 juta itu.

"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.

Moktar Sidin masih bebas tanpa disiasat dan didakwa. Demikianlah betapa dasyat institusi kehakiman di negara ini.

Ini tidak kita masukkan lagi bagaimana penguatkuasa undang-undang pula menyeleweng dan rasuah. Kisah tahanan mati dalam penjara/kurungan. Kisah polis menggunakan modus operandi dengan cara menembak mati mangsa dengan sesuka hati. Kisah BPR melepas dan menyiasat secara terpilih. Tiada bukti kukuh terhadap Khir Toyo kata mereka, tetapi ada bukti kukuh terhadap Khalid Ibrahim.

Justeru itu apa yang berlaku di dalam mahkamah-mahkamah di negara ini penuh dengan pelbagai konspirasi dan skandal para hakim dengan pihak tertentu untuk kepentingan-kepentingan tertentu dan semuga Allah mendedahkan setiap satunya serta menjatuhkan hukuman ke atas hakim-hakim yang khianat ini, termasuklah polis dan anggota SPRM yang nampaknya mewarisi sebagaian besar najis yang terdapat di dalam institusi kehakiman negara.