16 Mac 2013

Puluhan Ribu Rakyat Kedah Berhimpun Bantah Salah Tadbir Semasa UMNO-BN -updated


Puluhan ribu rakyat berhimpun di Star Walk Alor Star hari ini bengang dengan salah tadbir BN semasa memerintah Kedah yang kerugian RM403 juta..

Inilah harapan rakyat agar Kedah tidak diserah kepada penyamun dan perompak ! -fb pemuda pdg terap





Puluhan Ribu berhimpun di ALor Setar



Pemimpin PAS dan Keadilan Di Atas Pentas


Cikgu BARD sedang berucap



p/s Nampaknya, kalau begini gelombang kebangkitan rakyat Kedah menjelang PRU13, musnahlah impian & angan-angan Mahathir untuk menaikkan anaknya Mukhriz sebagai MB Kedah...

Kerajaan Wajar Minta Maaf Kepada Rakyat, Keluarga Wira Terkorban


Kerajaan Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan keluarga anggota keselamatan yang gugur akibat kegagalan menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tuntutan itu dibuat bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

“Saya menjemput rakyat, tak kira apa bangsa, agama, fahaman, mana parti yang disokong untuk sama-sama bangkit dan menggesa kerajaan mengaku akauntabiliti ke atas kegagalan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Ghafir berkata, kerajaan tidak konsisten menangani isu pencerobohan itu dan hanya mengambil tindakan selepas 23 hari.

“Tindakan kerajaan tidak konsisten. Apabila tindakan lambat, mereka (penceroboh) telah ‘bekerja’. Dari kumpulan kecil menjadi besar. Kesalahan ini mesti diakui (kerajaan),” tegasnya.

Polis dan tentera Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.

Hadir sama sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar. – NS

Kenyataan Muhyiddin Satu Hasutan Melampau, PAS Bakal Kemukakan Saman Fitnah


Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Sebelum ini, Muhyiddin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor berkata, pakatan pembangkang akan menimbulkan huru-hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.

Katanya, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak-peranda.

“Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai daripada kalangan masyarakat.

“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat, khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau,” kata Riduan dalam kenyataan media.

Kata Riduan, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan serta sindrom ketakutan kepada rakyat.

“Beliau juga menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.

“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang boleh dipercayai seperti dakwaannya, pemuda PAS mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut,” katanya.

Ujarnya, sekiranya Muhyiddin gagal mengemukakan bukti tersebut, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau.

Sementara itu, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kenyataan tersebut adalah ‘songsang’ dan menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

“Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.

“Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat.

“Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal, bakal ke penjara jika Umno tewas di Putrajaya, yang mana ia seharusnya menimbulkan panik,” katanya.

Baru-baru ini di Bukit Katil, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa penceramah Pakatan Rakyat dibaling dengan batu sehingga pecah cermin. Ia merupakan insiden kedua di Melaka bas itu diserang and ke-enam semenjak jelajah itu dimulakan pada September tahun lepas.


TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak-peranda'

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.

Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
-mk


[VIDEO] Fitnah Untuk Anwar Beredar, Kali Ini Dengan Lelaki Pula


Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah.

Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.

Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.

Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja.

Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.

Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun.


“Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat,” tulis blogger Erapasca. -HD


Ulasan GB

Yang nyata ia bukan video, tetapi gambar-gambar yang diedit kemudian dikumpulkan untuk membentuk sebuah slaid.

Semenjak dari fitnah video yang pertama, muka "pelakonnya" tak pernah terang dan jelas. Gambar hitam-putih untuk tidak menampakkan kesan editing.

GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:


Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya dan ulamak mereka pula, baik yang tua dan yang muda, berdiam diri seolah-olah merestui fitnah-fitnah UMNO tersebut.

Makin jelas dan nyata "keengkaran" UMNO ini.

Yakin dan percayalah, UMNO tidak akan menang dengan fitnah malah fitnah itulah yang bakal menumbangkan UMNO. Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang kita kenali sebagai SUNNATULLAH! Hanya si "kufur" mahu melawan kuasa ALlah.

[BUKAN SANDIWARA] Tahniah Zul Kerana Tinggalkan UMNO & Sertai PAS


Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.

Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.

Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.

Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.

Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.

“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.

“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.

[GAMBAR & VIDEO] Program Najib Di Kelantan Diserang Ribut


HHebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca

p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang meghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai.









Laporan sebelum ini
klik untuk baca