9 Okt 2014

[KISAH MASYARAKAT] Gadis 16 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih Negro


Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.

Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari. -HM

ULASAN GB

Semakin menjadi-jadi nampaknya remaja belasan tahun terlibat di dalam bersekedudukan dan yang di atas, lebih berani lagi, dengan warga negro pula.

Tak payah tunggu Oktoberfest, tak payah arak, gejala maksiat berlaku di sebalik hiruk pikuk itu semua.

Kemajuan teknologi dengan segala gadgetnya yang melimpah ruah telah mengundang kemungkaran yang sama hebat dan sama banyak dengan perkembangan teknologi itu sendiri.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Apabila Menteri & MP Hanya Fikir Untuk Memboyotkan Perut Masing-masing


Gaji MP perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah ‘perubahan’ gaji.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.

“Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal ‘perubahan’ gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi,” katanya. Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan. “Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan,” katanya. Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.

Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen itu.

“Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti,” katanya.

Tambah beliau lagi, sepatutnya, ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi.

“Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan isu ‘perubahan’ gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini.

Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji.

ULASAN GB

Malang bertimpa-timpa menimpa rakyat apabila para menteri dan MP-MP hanya memikirkan tentang perut masing-masing yang semakin memboyot tetapi melupakan perut rayat yang semakin mengempis.

Satu Setelah rakyat dihadiahkan dengan kenaikan harga petrol dan GST, langkah kerajaan untuk menaikkan gaji para ahli parlimen dan ADUN hanya menambahkan kesengsaraan, zahir dan batin bagi rakyat jelata.

Yang paling mendertia nanti ialah rakyat yang tidak berpendapatan tetap seperti para penoreh, petani, nelayan, drebar teksi dan seumpamanya.

kadar inflasi akan terus meningkat lagi yang membawa erti peningkatan terhadap harga barangan dan perkhidmatan serta kos hidup.

kesenangan hidup hanya untuk untuk yang kaya-raya... yang akan terus bertambah kaya... sedang si miskin akan terus hidup merana dan papa kedana.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BERGAMBAR] Erina, Pemanah & Penunggang Kuda Dari Malaysia Yang Hebat


Kami mahu kenalkan anda dengan seorang gadis Melayu bertudung labuh, tangkas menunggang kuda sambil memanah ini.

Kenalkan Erina Emelina Ismail, berusia 24 tahun dan merupakan peserta Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa di Kuala Lumpur.

Walaupun bertubuh kecil, beliau kelihatan gah melepaskan satu persatu anak panah mengena sasaran, sambil mengimbangi diri di atas kuda yang begitu pantas melewati trek berselekoh.

Prestasi beliau di atas “Korean track” ketika hari kedua pertandingan begitu bagus sehingga meraih pujian daripada pemanah berkuda antarabangsa yang terkenal.

“Nampaknya Malaysia mempunyai pemanah berkuda yang berbakat dan cemerlang”, kata Lukas Novotny mengulas prestasi Erina.

Novotny, yang mewakili Amerika Syarikat, adalah pemanah berkuda tersohor dan pembuat Saluki Bow. Beliau memenangi kategori “Korean Track” dan pemenang keseluruhan pertandingan.

MUKA BARU

Sebenarnya, Erina adalah muka baru dalam dunia memanah berkuda dengan hanya enam bulan latihan sebelum memasuki kejohanan ini.

“Saya hanya mula belajar seni memanah tradisional ini September tahun lepas, jadi pengalaman saya hanya setahun. Bagi memanah berkuda pula, saya hanya mula latihan April lepas”, katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC), baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau mempelajari asas berkuda ketika di universiti.

Erina, berkelulusan kejuruteraan mekatronik di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor, juga adalah presiden Kelab Ekuin di universiti itu.

“Saya memang menggemari sukan ini tetapi terpaksa menangguhkannya setelah dua tahun berlatih untuk memberi tumpuan bagi peperiksaan akhir saya”, kata eksekutif Telekom Malaysia itu, yang menamatkan pengajian pada 2013.

Beliau mendapat tahu mengenai sukan memanah berkuda ketika di universiti namun tidak dapat menyertainya kerana kekangan logistik dan masa.

“Ketika itu kebanyakan kelas hanya diadakan di Lembah Klang. Jadi saya mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat pengajian”, katanya.

PELAJAR BERDEDIKASI

Erina, yang tinggal di Shah Alam bersama keluarga, mula mencari kelas memanah tradisional setelah tamat pengajian.

Guru memanah pertama beliau ialah Mohd Azizul Idris, pengasas Pusat Sukan Memanah Tradisional Bow and Arrow di Sungai Buloh.

“Saya memang kerap ke kelas. Ada saja masa terluang, saya akan ke sana. Apabila guru memanah saya berkelapangan, saya akan mengambil peluang itu untuk belajar dengan beliau”, kata Erina.

Ketika dihubungi, Mohd Azizul berkata Erina sememangnya pemanah yang komited.

“Erina akan berusaha sedaya mungkin untuk menguasai dan memperkemas sesuatu teknik itu sehingga sempurna. Saya lihat dedikasi beliau memang tinggi berbanding ramai pelajar lain”, kata Mohd Azizul.

Sebulan selepas menjalani latihan memanah, Erina menyertai satu daripada pertandingan memanah bulanan yang dianjurkan pusat itu.

“Sungguh tidak disangka, saya memenangi tempat ketiga dalam kategori ‘moving target’ dalam pertandingan itu”, katanya.

Beliau menyertai beberapa pertandingan selepas itu untuk menambah pengalaman dan mengukur kemajuan diri.

KEMBALI BERLATIH

Selepas dua tahun ‘berehat’ Erina kembali belajar menunggang kuda bermula April tahun ini di Pangkalan Udara Sungai Besi, dengan tunjuk ajar daripada Sarjan Marshal Ajail, penunggang kuda tentera yang mahir.

“Mula-mula agak janggal memandangkan sudah lama tak menunggang kuda. Badan pun semua terasa sakit.

“Bagaimanapun, selepas beberapa kelas latihan, semuanya bertambah baik dan menjadi mudah untuk mengikuti latihan”, katanya.

Hanya selepas Marshal yakin dengan kemahiran Erina menunggang kuda, barulah beliau diperkenalkan dengan asas memanah berkuda.

“Selepas saya menunjukkan kemampuan mengimbang badan dengan baik sambil menunggang kuda, barulah beliau (Marshal) mula melatih saya cara-cara menggabungkan kemahiran memanah dengan menunggang kuda.

“Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu, dengan setiap sesi berlangsung kira-kira sejam”, katanya.

Selepas menimba kemahiran memanah, Erina berlatih sendiri di rumah sementara mengikuti kelas latihan menunggang kuda di pangkalan tentera udara itu.

“Saya berlatih memanah tiga hingga empat kali seminggu, dengan memberi tumpuan kepada ‘memanah pantas’ (teknik melepaskan beberapa anak panah secara berturut-turut) kerana kepantasan adalah perkara penting dalam memanah berkuda”, katanya.

Erina adalah wakil peserta wanita tunggal Malaysia pada kejohanan itu dan seorang daripada lapan peserta yang mewakili negara.

Marshal yang turut mengambil bahagian memuji persembahan cemerlang yang ditunjukkan oleh anak didiknya itu.

“Bagi seorang penunggang kuda yang baru menceburi bidang memanah berkuda, Erina menunjukkan persembahan yang amat baik yang boleh mencabar kemampuan peserta antarabangsa.

“Saya mengambil masa dua bulan untuk melatih Erina. Beliau ada kemahiran asas menunggang kuda dan ini menjadikan tugas saya lebih mudah”, katanya kepada Bernama.

SOKONGAN KELUARGA

Erina, anak sulung daripada empat beradik dan anak perempuan tunggal berkata beliau amat bertuah kerana keluarganya memberi banyak sokongan.

“Bila saya menyatakan hasrat untuk menceburi bidang memanah berkuda, ibu bapa saya memanglah berasa amat bimbang. Alhamdulillah, mereka sudah boleh menerimanya sekarang.

“Memandangkan saya pernah terlibat dalam sukan menunggang kuda, ibu bapa saya sudah tahu apa yang akan berlaku, malah mereka semakin berminat dengan bidang ini.

“Ayah saya, yang berusia 50 tahun, juga mula mengambil kelas memanah sejak bulan Januari tahun ini”, katanya.

PUTERI PAHLAWAN

Orang yang bertanggungjawab kepada penganjuran kejohanan ini di Malaysia, Sheikh Fuad Sheikh Mahmud bercakap dengan penuh bangga akan persembahan Erina pada kejohanan itu.

“Erina membuat persembahan yang hebat di sebalik hanya mempunyai setahun pengalaman dalam bidang memanah. Saya amat bangga dengan beliau dan mahu menobatkan beliau sebagai Adruja kami”, katanya.

Adruja Wijayamala Singa adalah puteri pahlawan Melayu yang hidup pada kurun ke-14. Puteri ini memimpin sepasukan pemanah lelaki dan wanita menentang tentera Siam.

Puteri ini juga dikenali sebagai Che Siti Wan Kembang yang pertama. Kisah puteri pahlawan ini ada disebut dalam catatan pengembaraan Ibnu Battuta.


Sheikh Fuad, yang turut berbakat dalam memanah berkuda, juga presiden Persatuan Memanah Berkuda Adruja dan pengasas program Learning Archery through Play (LEAP). LEAP adalah program memanah tradisional formal di Malaysia. Kedua-dua persatuan dan program itulah yang mempelopori usaha memperkasa memanah berkuda di Malaysia.

SUKAN MEMANAH SAMBIL MENUNGGANG KUDA DI MALAYSIA

Kejohanan yang diadakan di STC dari 25-28 Sept adalah sebahagian daripada Pertunjukan Kuda Antarabangsa 2014 yang dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ia kejohanan yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia.

Beberapa pemanah berkuda paling mahir dunia mengambil bahagian antaranya Kassai Lajos dari Hungary (yang memenangi kategori trek Hungary pada pertandingan ini) dan Cozmei Mihai dari Romania (pemenang trek Poland).

Seramai 35 peserta dari 20 negara menyertai pertandingan ini antaranya Austria, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hungary, Iran, Jepun, Jordan, Luxembourg, Mongolia, Poland, Qatar, Romania, Afrika Selatan, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Memanah berkuda adalah aktiviti yang bermula daripada disiplin memburu dan peperangan dan melibatkan kepantasan dan ketepatan.

Ia dikembangkan sebagai satu sukan pada zaman moden ini yang mana pemanah berkuda diberi markah berdasarkan kepantasan menunggang kuda serta ketepatan memanah.

Lebih banyak markah akan diberi sekiranya seorang penunggang kuda menghabiskan treknya lebih pantas daripada masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun, sekiranya penunggang kuda mengambil masa yang lebih panjang untuk menamatkan treknya, markahnya akan ditolak.

Menurut Erina, beliau berpuas hati dengan persembahan pasukan Malaysia pada kejohanan itu.

“Kami telah membuat persembahan yang baik. Kami sememangnya menyasarkan untuk menang dan telah melakukan yang terbaik.

“Tapi kami sedar perlu berdepan dengan pemanah berkuda terbaik dunia. Itupun satu pengalaman yang amat berharga”, kata Erina. -Bernama



ULASAN GB

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Aktiviti riadah memanah dan menunggang kuda adalah termasuk di antara riadah yang dianjurkan oleh Rasulullah saw.

Ada banyak hadith mengenainya:

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersamda lagi: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Di dalam sejarah Islam terdapat ramai serikandi Islam yang pandai menunggang kuda dan memanah. Diantaranya termasuklah Al-Khansa binti Amru yang terkenal dengan gelaran lbu para syuhada. Seorang lagi ialah Khawlah Al-Azwar, pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang, seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda yang digelar bidadari besi...

Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya teah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Petikan: Khawlah Al-Azwar - Mujahidah Islam Sejati







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI