21 Feb 2013

[VIDEO & BERGAMBAR] Treler "Negara Berkebajikan" PAS Dilancarkan


Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.

Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.

Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.

Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." -HD









Pesta Ponggal: Ribuan Kaum India Ke Ceramah Pakatan


Banting 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.

“Terima kasih banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri,” kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.

“Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India,” kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.

“Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

“Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa,” katanya lagi.

“Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. -KD

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.


Boustead Atau Bastard Yang Bolehkan Ropiah Dapat RM15 juta?


Urusniaga tersembunyi Boustead bolehkan Ropiah dapat RM15 juta.

PETALING JAYA 20 FEB: Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan kepada Awan Megah Sdn Bhd (AMSB), milik Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Abdullah melalui satu surat lantikan bertarikh 26 Jun 2012.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, urusniaga tersebut disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.

“Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15,054,408 kepada AMSB, selain dari pembayaran RM130 juta yang pernah diumumkan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, petang ini.

Justeru menurut Rafizi, tindakan tersebut bercanggah dengan syarat peruntukan dalam perjanjian yang secara automatik menyebabkannya terbatal.

“Urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan, iaitu memberi durian runtuh kepada Raja Ropiah,” jelas Rafizi memaklumkan, sebagai pemegang saham minoriti, beliau akan berbincang dengan peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar dari keseluruhan 223.3 ekar yang akan dipindahkan kepada Bakti Wira Sdn Bhd,” dedah Rafizi lagi.

Tambahnya, perjanjian secara jelas menegaskan, 23.2 ekar tanah kekal dalam tangan Raja Ropiah, yang dijangka mencecah RM400 juta dan sekiranya pembangunan bercampur dilakukan, ia bakal mencecah nilaian RM1.5 bilion. -KD

Urusniaga LTAT beri durian runtuh kepada Raja Ropiaah, kata Rafizi
PETALING JAYA, 20 Feb — Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah menerima jutaan ringgit lebih dari klausa tersembunyi dalam rancangan kerajaan persekutuan membeli tanah di Bukit Raja, kata Rafizi Ramli hari ini.

Pengarah strategi PKR itu pagi tadi dibenarkan menyemak dokumen perjanjian tanah dan mengkaji saham Boustead Holdings Bhd selepas beliau membeli saham firma tersebut.

"Saya terperanjat kerana apabila kita semak klausa itu satu per satu, sebenarnya ada banyak lagi penyelewengan yang dilindungi dari pengetahuan orang ramai dan pemilik saham," kata Rafizi dalam sidang medianya hari ini.

"Raja Ropiaah menerima keuntungan berjuta ringgit atas angin."

Boustead, syarikat yang dilaburkan oleh tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan tahun lalu membeli 80 peratus saham syarikat Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

Selain dari RM130 juta yang diumumkan sebelum ini, Kementerian Pertahanan menganugerahkan syarikat Raja Ropiaah Awan Megah Sdn Bhd RM15 juta dalam kontrak tambahan pada 26 Jun 2012.

Awan Megah juga menerima 23.2 ekar tanah dari asal 223.2 ekar, yang berpotensi bernilai jutaan ringgit.

Sejumlah RM4 juta juga diberikan kepada Boustead kepada proksi bernama Putra Nazrain Abdul Jalil untuk membeli 20 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki peniaga permaidani kontroversi Deepak Jaikishan.

Anak syarikat Boustead, Bakti Wira Sdn Bhd mengambil alih semua komitment Awan Megah kepada syarikat pembuat plastik GuppyUnip Sdn Bhd untuk membatalkan perjanjian sebelum ini.

Dalam perjanjian sebelum ini, Awan Megah bersetuju untuk bekerjasama dengan GuppyUnip, dan pemberian kredit diberikan oleh United Overseas Bank (UOB) kepada GuppyUnip untuk membiayai modal Awan Megah berjumlah RM59.25, premium untuk perpindahan nama tanah dari kerajaan Selangor dan kos penyediaan pembangunan kawasan tersebut.

Dalam dokumen tersebut, ia juga dipersetujui Deepak tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead.

"Ini membuktikan dakwaan saya bahawa perjanjian ini hanya mahu mendiamkan Deepak," kata Rafizi yang membuat dakwaan tahun lalu sekiranya tuduhan dibuat oleh Deepak ke atas pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dianggap serius, tidak sekali-kali LTAT akan membuat perjanjian itu.

Beliau mengulangi bahawa beliau "tidak sabar dan bersedia" menghadapi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah selepas kes saman di Mahkamah Tinggi bulan lalu, Rafizi menegaskan Ahmad Zahid belum lagi berhadapan dengannya dengan sebarang kes mahkamah.

Pengarah strategi PKR itu berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi perjanjian sejak beliau mendapat banyak maklumat dari lawatan beliau ke Boustead.

"Pasti akan seronok menjelang pilihan raya ini," katanya lagi, bergurau.
-TMI

UMNO Pengkhianat Sebenar: “Orang Melayu Tidak Perlu Takut Kepada DAP” – Hanipa Maidin

Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara.

Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Hanipa, tohmahan jahat UMNO terhadap DAP sebelum ini bukan kerana parti itu mahu menjaga Melayu dan Islam tetapi mereka tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat (PR) adalah malapetaka bagi mereka.

“Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Adakah DAP atau UMNO sendiri yang mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sehingga kedudukannya sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Menguatkan hujah itu, peguam bagi PAS ini membangkitkan lagi beberapa persoalan siapakah yang menjadi dalang sebenar hingga menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam negara ini terhakis.

“Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan? DAP atau UMNO? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu?

“Siapakah yang enggan menambah kerusi Parlimen dan DUN di negeri Kelantan dan Terengganu supaya boleh menambah kerusi orang Melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu di Terengganu dan kini di Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah? DAP atau UMNO?

Ia termasuklah insiden mengheret institusi Raja Berperlembagaan ke kancah politik menjatuhkan kerajaan sah dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak secara terang-terangan.

DAP hormati Islam, galak dan bela pendidikan Islam

Tambah Hanipa, jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi peruntukan lebih besar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari peruntukan kepada Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

“SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97,000 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM60,000 dan RM63,000 masing-masing bagi setiap sekolah. Bukankah UMNO sendiri pernah menarik bantuan per kapita SAR?

“Lim Guan Eng juga mahukan ramai huffaz al-Quran dengan memberi bantuan kepada madrasah tahfiz selain penghargaan dan pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran.

“Lebih aneh lagi, elaun para imam masjid-masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi dari elaun imam-imam di negeri-negeri UMNO. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?,” soalnya.

Dalam satu wacana bertajuk “Adakah dasar DAP mengancam Islam” pada Jun 2012 yang lalu anjuran Roketkini.com, panelis dari Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, setiap orang mempunyai aqidah atau pegangan yang berbeza, malah Islam mengajar untuk saling memahami dan hormat-menghormati dan berlaku adil.

“Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan nilai bersama seperti keadilan. Kebanyakan persepsi negatif yang timbul bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang Islam sendiri terhadap Islam.

“Walau pun DAP telah berevolusi, persepsi itu masih ‘dijual’ sehingga sekarang. Ini sebab kita suka menyamakan Melayu dan Islam wal hal ia berbeza,” jelasnya yang juga pakar dalam bidang politik Islam antarabangsa.

Rafizi Kepada Zahid: Kata Hendak Saman Saya, Samanlah Kalau Berani!


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.

“Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman,” kata Rafizi.

Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.

“Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada ‘orang lain’ yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.

“Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit.

“Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi,” kata Rafizi.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

[KEJAMNYA] Mayat Wanita Ditanam Di Dalam Dinding


Bandar Seri Begawan: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini.

Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Voon diberi segugus kunci banglo terbabit.

Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya.

Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut.

Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu.

Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen.

Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut.

Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan.

Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini.

Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka. -mstar