19 Feb 2010

Dua Anggota Imigresen Jatuh Bumbung Kejar Pendatang

Dua anggota Jabatan Imigresen cedera terjatuh dari bumbung ketika cuba menahan dua pendatang asing tanpa izin warga Indonesia yang mahu melarikan diri dengan meniti titi sebatang kayu daripada bumbung rumah sewa mereka ke rumah lain.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata ia berlaku kira-kira 1 pagi ini ketika mereka membuat operasi di Kampung Pasir Pantai, di sini.

Katanya, kedua-dua lelaki itu bertindak demikian setelah dua jam duduk di atas bumbung rumah tersebut apabila gagal melarikan diri setelah dikepung.

Mohd Azmi berkata, setelah usaha memujuk kedua-dua lelaki itu gagal, dua anggota Imigresen cuba untuk naik ke bumbung tetapi pendatang asing itu cuba melarikan diri dengan meniti titi kayu itu.

"Dua orang pegawai Imigresen cedera setelah jatuh dari bumbung. Bagaimanapun, mereka hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua lelaki itu akhirnya dapat ditangkap bersama tujuh lagi pendatang wanita dari Indonesia yang semuanya berumur dalam lingkungan 30an.

Mohd Azmi berkata, selain Kampung Pasir Pantai, Imigresen turut membuat operasi di sekitar Bukit Kemuning, Shah Alam kira-kira jam 3.30 pagi dan menahan 10 warga Indonesia, termasuk lima wanita yang tiada dokumen perjalanan yang sah.

Mereka kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 6(3)Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imegresen 1956/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah. - Bernama



MP Australia, Michael Danby Anggap Ibrahim Ali 'Bodoh' dan Jahil'

Ahli Parlimen Australia Michael Danby menganggap perbuatan Datuk Ibrahim Ali yang menggelar beliau peliwat sebagai "bodoh" dan "jahil"

Dalam komen beliau kepada Suara Keadilan, anggota Parlimen daripada Parti Buruh Australia (ALP) itu berkata tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa hanya memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan Umno di mata dunia.

Semasa demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia yang dianjur bersama oleh Perkasa, Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Rabu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Danby sebagai "homosexual" (peliwat).

Ibrahim memetik peribahasa Inggeris, "birds of a feather flock together" sambil berkata, "Saya dengar Danby adalah peliwat!," pada demonstrasi tersebut.

"Menyerang secara peribadi dengan melabelkan saya sebagai "homosexual" adalah menjijikkan dan perbuatan hina.

"Berbeza dengan negara ini, kami menilai seseorang di atas kekuatan peribadi dan tidak menghakimi seseorang itu berdasarkan kepada peribadi mahupun kaum, agama ataupun orientasi seks mereka.

"Kenyataan bodoh daripada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan seperti Ibrahim Ali bukan sahaja membuktikan pemikiran yang lemah dan jahil tetapi juga memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintah Umno.

"Kenyataan tersebut membuktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa asas kukuh untuk mempertahankan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim melainkan menggunakan taktik melempar gelaran hina kepada orang lain," kata Ahli Parlimen Melbourne Ports berusia 55 tahun itu.


Perkasa bersama anggota Pergerakan Pemuda Umno dan BN berdemonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng bagi membantah tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia yang mendesak pertuduhan tidak berasas ke atas Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Pada 11 Februari lalu Danby serta 50 Ahli Parlimen Australia menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Salman Ahmad bagi mendesak tuduhan tersebut digugurkan. -SK

Benarkah Ustaz Abd Hadi Berkata Demikian?

Presiden Pas selar Ahli Parlimen Australia - Bernama

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini menyelar tindakan beberapa Ahli Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara Barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Tindakan mereka ini dikecam hebat pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi, bagaimanapun, berkata Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan Ahli Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi mereka yang berkepentingan.

Mengenai cadangan Pas untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata Pas sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku.

Ulasan GB

Ya itu persoalannya: benarkah Haji Hadi berkata demikian?

Jika benar nampaknya ia selari dengan suara para pendemo tempohari oleh Ibrahim Ali dari Perkasa, UMNO dan BNBBC yang dikatakan membantah campurtangan Australia di dalam urusan kehakiman di dalam negara ini. Dan sewajarnya Presiden PAS telah menyertai demo berkenaan.

Sedangkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini telah mengecam tindakan Ahli-ahli Parlimen daripada juak Umno-Barisan Nasional (BN) yang membuat demonstrasi di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu, sebagai tidak wajar dan tidak mewakili hati dan pemikiran mereka.

Malah demonstrasi itu jelas menunjukkan ketakutan pihak Umno-BN yang mendapat tekanan daripada 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini, meminta kerajaan Malaysia mengugurkan pertuduhan kes liwat terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli Parlimen PR sepakat akan menghantar memorandum kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar menggugurkan pertuduhan ke atas Anwar secepat mungkin.

Malah mereka akan memohon satu tarikh bagi mesyuarat tergempar kepada Speaker Dewan Parlimen, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia sebelum Parlimen bersidang Mac depan.

Sementara itu menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kes itu perlu ditarik balik kerana tidak mahu Malaysia dan badan kehakiman secara keseluruhannya dianggap sebagai raja lawak.

Jika kenyataan Hj Hadi itu tidak benar dan diputarbelitkan oleh media arus perdana, sekali lagi Presiden PAS perlu membuat "pembetulan" setelah pembetulan dilakukan terhadap satu kenyataannya yang lain sebelum ini yang dikatakan telah diputarbelit oleh Utusan Malaysia.



Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS
Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk "Umno mula alami perubahan yang baik - Hadi" dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.

Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.

S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.

Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.

Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.

Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.

Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.

Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.

Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.

Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.

Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.

Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.


Yang bertanda merah itu, dipertikaikan oleh kebanyakan oleh ahli-ahli PAS sendiri. Apakah benar sudah berlaku anjakan paradigma di kalangan ahli UMNO seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS? Apakah benar tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma?

Penolong Penguasa SPRM Dituduh Rasuah

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini, terhadap tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah daripada seorang suspek siasatan kes rasuah, pada Oktober tahun lalu.

M Mohan, 37, yang merupakan Penolong Penguasa SPRM Selangor didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dia dituduh meminta bagi dirinya suapan RM250,000 daripada A Sinnaiah sebagai dorongan tidak meneruskan siasatan terhadap suspek yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Tertuduh yang sudah berkhidmat selama 15 tahun turut didakwa mengikut Seksyen 17 (a) akta sama, iaitu bersetuju menerima suapan RM200,000 daripada Sinnaiah untuk tujuan sama.

Mohan didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 pagi hingga 1 tengahari pada 22 Oktober 2009 di pejabat SPRM, Tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Hakim Azhariz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dan menetapkan 23 Ogos ini untuk perbicaraan kes itu.



Malaysia Bakal Terpinggir Dan Dipulaukan - AMK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak, terutama Pemuda Umno, menghentikan demonstrasi bagi membantah sokongan masyarakat dunia supaya memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat keadilan.

“Sebaliknya mereka perlu memberikan tumpuan dan berusaha untuk memastikan negara mampu menjadi warga dunia yang bertanggungjawab dengan keadilan ditegakkan dan mahkamah tidak diperalatkan,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin (gambar).

Bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam ketika menghadiri perbicaraan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau berkata, “Tindakan tidak ambil peduli terhadap tuntutan dan bantahan masyarakat dunia ini memberi impak yang akan menjejaskan kedudukan Malaysia di mata dunia.”

Shamsul menegaskan, “tuntutan agar negara-negara lain tidak ambil peduli dengan segala kezaliman yang berlaku di Malaysia akan mengasingkan Malaysia daripada komuniti demokratik dunia.

“Risikonya Malaysia mungkin terjerumus ke dalam kelompok negara-negara yang terpinggir dan dipulaukan,” ujar beliau.

Beliau menjelaskan perjalanan ‘kangaroo court’ yang membicarakan kes Anwar ini secara tidak langsung menyebabkan kredibiliti sistem kehakiman negara terjejas dengan teruk.

Kesannya, syarikat-syarikat asing tidak yakin untuk melabur dan berurusan dengan Malaysia sekiranya tiada keyakinan mereka boleh mendapat perlindungan yang adil dari mahkamah-mahkamah.

Menurut beliau, perbicaraan terhadap Anwar dan skandal pelantikan hakim dalam kes V K Lingam menimbulkan kepercayaan bahawa mahkamah di Malaysia boleh dimanipulasi dan diperkudakan mengikut telunjuk pemerintah.

“Lihat sahaja keterangan tidak masuk akal yang dilemparkan serta usaha menghalang Anwar daripada mendapatkan bukti dan senarai saksi menyebabkan bukan sahaja rakyat malah dunia melihat perbicaraan tersebut sebagai sandiwara atau ’sham trial’.

“Maka masyarakat dunia yang berpegang kepada nilai keadilan akan terus mengecam kezaliman dan menuntut dihentikan,” jelas beliau.

Beliau berkata, “ini dapat dilihat apabila ulama terkenal, Dr Yusof Qaradawi mengkritik perbicaraan yang penuh dengan fitnah ini.

Ahli-ahli Parlimen Australia menuntut perbicaraan ini dihentikan.

Pengerusi Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat, John Kerry menuntut Anwar diberi keadilan yang sewajarnya.”

Shamsul turut menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional cukup terdesak kerana terpaksa mengharapkan fitnah dan konspirasi untuk terus bergayut kepada kuasa di negara ini.



Nikah Koboi Di IPTA

Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.

Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.

Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.

Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.

Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.

“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.

“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.

“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.

Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.

“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.

“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.

Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.

“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.

“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya. -hmetro

Saman RM1 juta Terhadap Mawi World Ditolak

Syarikat minuman Yassa Sdn Bhd gagal dalam tuntutan saman RM1 juta yang difailkan terhadap Mawi World Sdn Bhd selepas Mahkamah Tinggi menolak saman itu atas alasan ia tidak berasas.

Hakim Datuk Azahar Mohamed berkata Yassa sebagai plaintif dalam kes ini tidak menunjukkan keterangan mengenai kerugian dialami hasil penggunaan butiran maklumat lesen Yassa yang digunakan oleh Mawi World bagi pengeluaran air mineral berjenama "Mawi World".

"Dengan alasan-alasan itu, saya tidak ada pilihan lain, tetapi untuk menolak tuntutan plaintif dengan kos," katanya.

Pada 31 Okt, 2006, Yassa menyaman Mawi World kerana mendakwa ia melanggar hak harta Yassa dengan memasarkan air galian berjenama "Mawi World", menggunakan butiran maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu.

Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral jenama "Streamline" keluaran Yassa.

Mawi World selaku defendan, dalam pernyataan pembelaan berkata syarikat itu tidak pernah melanggar mana-mana hak harta sebagaimana didakwa syarikat Yassa.

Dalam keputusannya, Hakim Azhar berkata mahkamah menerima keterangan saksi defendan kedua, Ahmad Rathi Mohd Mohyodin, bekas pengurus syarikat Johtaw Corporation iaitu syarikat yang dilantik Mawi World untuk mengeluarkan dan membekalkan air mineral berjenama "Mawi World" bahawa syarikat Johtaw diberi kebenaran menggunakan butiran maklumat lesen yang dipegang Yassa pada botol air mineral "Mawi World" itu.

Hakim Azhar berkata mengikut keterangan Ahmad Rathi yang ketika itu berurusan dengan pengurus Yassa, arwah Bahari Othman bahawa dia (Ahmad Rathi) mendapat kebenaran menggunakan butiran maklumat itu oleh arwah Bahari bagi pihak Yassa.

"Berdasarkan keterangan saksi defendan kedua, saya tidak nampak alasan untuk menolak keterangannya," katanya.

Hakim Azahar berkata dalam hujahan hari ini peguam Adnan Seman yang mewakili Yassa berasaskan kepada "tort of conversion" iaitu melanggar atau menggunakan hak milik orang lain, tetapi Adnan tidak menggunakan autoriti yang jelas bagi menyokong sama ada butiran maklumat lesen yang dipegang Yassa itu adalah hak harta Yassa.

Beliau berkata dalam satu kes undang-undang yang diputuskan mahkamah di negara ini yang dirujuk oleh peguam Adnan, maklumat sulit seseorang itu ialah hak hartanya tetapi dalam kes ini butiran maklumat dan lesen yang dipegang Yassa bukan sulit kerana lesen boleh ditarik bila-bila masa jika berlaku percanggahan.

Lesen pengeluaran air mineral itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hakim Azhar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Terdahulu, Adnan dalam hujahannya berkata kesan daripada penggunaan butiran maklumat lesen oleh pihak ketiga tanpa kebenaran akan menyebabkan pemegang lesen mengalami kesusahan, antaranya jika berlaku keracunan dalam air mineral itu, lesen akan ditarik.

Semasa diminta Hakim Azhar mengemukakan bukti seperti penyata akaun, jumlah keuntungan bagi menyokong jumlah gantirugi RM1 juta yang dituntut Yassa, Adnan berkata kerugian Yassa tidak dialami secara terus tetapi hasil penggunaan butiran maklumat di lesen itu menyebabkan pihak Mawi World mendapat keuntungan dengan cara salah.

Hakim Azhar meminta penjelasan Adnan sama ada Yassa mengetahui keuntungan yang diperoleh oleh Mawi World hasil daripada penjualan air mineral jenama "Mawi World" itu, Adnan berkata mengikut rekod syarikat Johtaw, Mawi World ada membuat tempahan air mineral minimum sebanyak 300 kotak.

"Ambil kira jumlah tempahan minimum itu dan promosi yang dibuat Mawi World itu, membuatkan kerugian pada plaintif," katanya.

Peguam Juliana Mohamed, yang mewakili Mawi World, berhujah bahawa butiran maklumat pada lesen adalah maklumat awam dan ia tidak boleh dimiliki.

Beliau berkata tidak wujud perlanggaran hak harta kerana keterangan daripada Ahmad Rathi membuktikan bahawa Yassa membenarkan Johtaw menggunakan butiran maklumat pada lesen yang dipegang Yassa bagi mengeluarkan air mineral "Mawi World".

Perbicaraan kes itu mengambil masa sehari iaitu pada Rabu, dengan memanggil tiga saksi.

Pengarah Yassa, Muhammad Nizam Bahari, yang mengambil alih perniagaan syarikat Yassa selepas kematian bapanya Bahari, pada 22 Okt 2006, merupakan saksi tunggal plantif dan saksi pertama memberi keterangan.

Kemudian diikuti keterangan daripada Mohd Azhar Arifin, saksi defendan pertama, iaitu pegawai pemasaran di Mawi World yang bertanggungjawab mencari peluang bagi mengembangkan perniagaan Mawi World. Ahmad Rathi adalah saksi defendan kedua.

Ketika ditemui selepas keputusan itu, Adnan berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

-- BERNAMA

Inkues Beng Hock Prosiding Ditangguh 1 Mac

Hasil bedah siasat mayat mendiang Teoh Beng Hock dijangka menjadi tumpuan pada inkues untuk menyiasat punca kematian beliau.

Sebentar tadi Pakar Patologi Hospital Sungai Buloh Dr. Shahidan Mohd Nor tampil memberi keterangan.

Menurut beliau jasad Beng Hock diterima dalam keadaan baik.

Doktor Shahidan berkata hasil pemeriksaan beliau mendapati kecederaan pada Beng Hock konsisten dengan mangsa yang jatuh daripada tempat tinggi.

Kenyataan itu menidakkan pendapat Pakar Forensik Thailand Dr. Pornthip Rojanasonand sebelum ini yang mengatakan kecederaan mendiang pada beberapa bahagian anggota badan bukan mirip mangsa yang jatuh dari tempat tinggi.

Pendengaran Inkues bagi menyiasat punca kematian Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disambung hari ini setelah ditangguh sejak Januari lalu.

Koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan Inkues pada 1 Mac 2010.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo menganggap keterangan Dr Shahidan sebagai keterangan saksi yang belum diuji.

"Tidak adil untuk saya komen. Ia belum diuji," katanya ketika ditemui media.



Liwat : Polis, Umno dan Mahkamah Lintang Pukang - Zabiedie Abas

Kerajaan UMNO-BN sedang huru-hara cuba melindungi Mohd Saiful Bukhari dalam pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Polis dikerahkan ke segenap ceramah Pakatan Rakyat untuk sedaya upaya mengagalkan penerangan yang disampaikan.

Mahkamah Umno-Barisan Nasional (BN) pula gagal berlaku adil dan terkial-kial apabila diserang bertali-arus. Terpaksa bertangguh akibat salah membuat pertimbangan dan keputusan," tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabiedie Abas (gambar) dalam kenyataan media yang dihantar kepada Erapakatan. com.

Beliau berkata, hakikatnya polis, mahkamah, Utusan Malaysia dan TV3 berhempas pulas menghabiskan wang rakyat dan keringat untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.

"Tiada dapat dinafikan ahli, penyokong dan pemimpin akar umbi Umno dan BN makin terkedu masalah yang dicipta oleh Presiden Umno.

"Majoritinya yang mengatakan 'jerat makan tuan'," tegas beliau lagi.

Menurut beliau, para hakim pula tiada cukup tanah untuk menyorok bila diserang oleh barisan peguam professional yang mewakili Anwar Ibrahim.

"Adakah anda percaya Anwar Ibrahim meliwat ? Mohd Saiful, Ghani Patail dan Musa Hassan dan ahli UMNO ada jawapannya," kata Zabiedi. -erapakatan

Karpal Dakwa Najib, Rosmah Dalangi Kes Liwat Saiful

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang kali ini.

“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang… ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata Karpal Singh di mahkamah semalam.

Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”

Ini merupakan dakwaan terbaru dilemparkan oleh pasukan pendakwaan terhadap Najib dan Rosmah, dilihat sebagai suatu usaha untuk mengaitkan mereka dengan "konspirasi politik".

Kedua-dua mereka telah disenaraikan sebagai saksi yang dikehendakki oleh pasukan pembelaan yang akan dipanggil semasa perbicaraan.

Karpal membuat dakwaan ini sejurus selepas mahkamah meneruskan perbicaraan dan selepas beliau gagal dalam permohonannya untuk menyingkirkan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dari mendengar kes ini.

Beliau memohon untuk mengenepikan hakim itu kerana tidak berpuas hati dengan cara mahkamah mengendalikan liputan berita Utusan Malaysia mengenai perbicaraan kes ini.

Karpal terus mendesak dalam usahanya menyingkirkan Zabidin kerana beliau mendakwa hakim tidak bersifat objektif mengenai laporan akhbar itu yang disiarkan ketika Mohd Saiful Bukhari Azlan disoal oleh pihak pendakwaan pada hari pertama perbicaraan.

Zabidin, ketika merumuskan keputusan itu berkata, beliau tidak nampak kenapa beliau harus mengundur diri dari mendengar kes itu.

"Jika saya menarik diri dari perbicaraan bermakna saya lari dari tanggungjawab saya sebagai seorang hakim yang telah mengangkat sumpah untuk melaksanakan tugas sebagai seorang hakim," terang beliau.

Karpal memberi notis kepada mahkamah bahawa pasukan pembelaan Anwar akan memfail permohonan rayuan terhadap keputusan hakim yang tidak mahu menarik diri.

Beliau juga menggesa supaya perbicaraan diteruskan dan pasukan pembelaan dibenarkan untuk menyoal balas Saiful dan tidak mahu kes ini ditangguhkan lagi.

"Tuduhan bahawa pihak pembelaan sengaja melengah-lengahkan kes ini hendaklah dikikis dari pemikiran orang ramai," kata Karpal kepada mahkamah.

Pada ketika ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menjawab dengan menyatakan bahawa, baik pihak pendakwaan mahupun hakim tidak pernah menuduh pasukan pembelaan menggunakan taktik melengahkan perbicaraan kes ini.

Karpal membalas dengan menyatakan ada beberapa syarikat media telah membuat tuduhan ini. "Kami bersedia untuk meneruskan kes ini."

"Terdapat banyak demonstrasi, banyak perkara berlaku seperti protes di Kedutaan Australia. Kami tidak mahu perkara ini berulang dan Pemuda Umno tidak harus dibiarkan bertindak liar," katanya.

Yusof sebaliknya, menekankan bahawa perbicaraan ini harus diteruskan kerana kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia, bukan kepada rakyat Australia.

Hakim kemudian memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan pada 25 Mac ini sementara menunggu keputusan rayuan dari Mahkamah Rayuan.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful di kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008. Beliau menafikan tuduhan ini, kali kedua yang dihadapi beliau sejak 12 tahun yang lalu. -FMT

Lintas Lansung Inkues Kematian Teoh Beng Hock 19/02

Pendengaran Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum tertangguh Januari lalu, kembali hari ini.

Inkues itu ditubuh berikutan desakan pimpinan Pakatan Rakyat selepas kematian mencurigakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah itu, apatah lagi pihak berkepentingan mendakwa Beng Hock membunuh diri sehari sebelum pertunangannya.

Prosiding inkues itu bertambah hangat apabila pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand secara 80 peratus percaya kematian Beng Hock akibat dibunuh.

Berikutan itu, bedah siasat kedua dijalankan tapi laporannya belum diumum tetapi artikel akhbar Suara Keadilan dengan memetik sumber, mendedahkan Beng Hock memang dibunuh.


9.30 am: Mahkamah hari ini sepatutnya memperolehi autopsi kedua dari bedahsiasat ke atas mayat mendiang Teoh.

9.35 am: Ketibaan ibu abang dn kakak Teoh.

9.40 am: Mahkamah telah penuh sesak dengan wartawan dan polis. Keluraga Teoh sedang menunggu untuk inkus disambung semula.

10.00 am: Koroner muncul dan memulakan inkues

10.15 am: Ahli Pathologi dari Sg Buloh Dr Shahidan Md Noor dipanggil untuk memberikan keterangan.

10.20 am: Dr Shahidan memberitahu inkues yng beliau telah menjalankan 1,200 autopsi di dalam kerjayanya.

10.25 am: Pada awalnya dia agak keberatan untuk menjalankan autopsi ke atas mayat Teoh apabila dia ditemui pada Nov 6.

10.30 am: Dr Shahidan beritahu pegawai Kerajaan Selangor Tricer Tricia Yeoh, untuk membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Kesihatan.

10.40 am: Gobind Sing Deo baru sampai selepas menyelesaikan satu kes lain.

10.42 am: Dr Shahidan menyatakan bedahsiasat luaran ke atas mayat mendiang Teoh dilakukan pad 12.45pm dan kondisi badannya di dalam keadaan baik kerana ia telah diawetkan.

10.44 am: Dr Shahidan menerangkan kepada Koroner gambar-gambar yang diambil semasa autopsi.

10.50 am: Hadirin berdiri untuk melihat gambar autopsi dengan lebih jelas sewaktu Dr. Shahidan menunjukkannya di dalam mahkamah.

10.57 am: Penemuan melalui siasatan luaran mendapati terdapat kecederaan pada lidah dan krongkong sebelah dalam si mati, kata Dr Shahidan.

11.01 am: Dr Shahidan berkata tengkorak sebelah atas mayat retak.

11.02 am: Dr Shahidan menambah tulang-tulang di kawasan punggung si mati juga patah.

11.12 am: Dr Shahidan menunjukkan kepada koroner X-ray dri tulang dan bone & rawan thyroid kepunyaan Teoh.

11.25 am: Kecederaan termasuklah kecacatan yang terdapat pada tangan dan kaki kerana tulng-tulang humerus, femur & fibia yang patah.

11.35 am: Dr Shahidan merumuskan kematian Teoh disebabkan terjatuh dari tempat tinggi, kecederaan yang diamalami adalah hasil dari kejatuhan itu.

11.38 am: Autopsi pertama dijalankan dengan betul dan beliau bersetuju dengan hasil penemuan itu.

11.40 am: Dr Shahidan mempertikaikan testimoni Dr Pornthip Rojanasunand terhadap kecederaan Teoh pada punggung, menyatakan ia konsisten dengan kejatuhan yang kuat.

Ulasan GB
Bebarapa persoalan untuk rengungan:

Jika jatuh dengan keadaan terduduk yang menyebabkan tulang-tulng di punggungnya hancur, bagaimana pula dengan tengkorak kepala sebelah depannya yang retak? Mengapa bukan bahagian tengkorak sebelah belakang?

Kedua, apa pula kaitan kecederaan di lidah dan kerongkong dengan kejatuhan?


11.50 am: Dr Shahidan tidak bersetuju dengan teori Dr Pornthip kesan calar pada leher Teoh adalah disebabkan pergelutan.

11.55 am: Dr Shahidan menyatakan kesan calar berkenaan adalah disebabkan kejatuhan, tiada bukti asphyxia. Sukar untuk ditentukan di dalam kes-kes sebegini, tambah beliau.

11.59 am: Dr Shahidan berkata kesan calar terdapat di kiri kanan leher tetapi tiada kesan di rawan thyroid.

12.03 am: Dr Shahidan menambah kecederaan adalah bukn disebabkan pergelutan.

12.05 am: Inkues ditangguh pada 1 Mac 2009

12.08 am: Peguam Teoh, Gobind menyatakan beliau perlu masa untuk menyemak testimoni Dr Shahidan terutama pendapatnya mengenai laporan Dr Pornthip.

TAMAT KEMASKINI

Bekas Tim Menteri BN Yakin Dengan Perjuangan Pakatan Rakyat (updated)

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan keanggotaannya dalam Barisan Nasional (BN).

Bercakap dalam sidang media di Tamparuli, beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco).

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Beliau mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihan raya umum ke-13.

Kalakau berkata, walaupun pemimpin Sabah dari dulu sehingga sekarang melakukan yang terbaik untuk mempertahan hak-hak negeri namun pucuk pimpinan dan sebilangan pemimpin persekutuan tidak serius atau komited dengan saranan dan tuntutan wakil rakyat Sabah mahupun kerajaan Sabah sendiri.

"Saya yakin dengan kesepakatan pimpinan Pakatan Rakyat dalam konvensyen pertama tahun lalu, mereka bersetuju menyemak semula kepentingan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak.

"... seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan pelbagai pihak semasa penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.

"Perkara dan agenda ini hanya dapat direalisasikan dengan pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu pendatang tanpa izin. Pperkara ini berlarutan sekian lama dan tidak akan dapat diatasi kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat pada konvensyen itu bersetuju menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jadi saya bertekad membantu Pakatan Rakyat memberi penjelasan ke seluruh negeri," katanya.

Menjawab satu soalan, Kalakau bagaimanapun, berkata beliau belum menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalakau, yang juga merupakan presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda), juga pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Dis 2005. Bernama



Mengapa Kes Liwat Saiful Ditunda Kepada 25 Mac?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini secara rasmi diberitahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh membuat kenyataan berani itu selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan mengundur diri walaupun dituduh berat sebelah dalam beberapa keputusannya.

Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 25 Mac, walaupun dibantah oleh Karpal yang mahu prosiding diteruskan.

Namun Zabidin menolak bantahan berkenaan dan berkata Anwar boleh mengambil masa untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan beliau untuk terus membicarakan kes itu.

Dalam silang hujah di antara hakim dan peguam, Ketua pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden mengesahkan bahawa mahkamah dan pejabat Peguam Negara tidak menyalahkan Anwar atas sebarang kelewatan berhubung perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi kembali bersidang pagi tadi dengan hakim Mohamad Zabidin menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau berbohong sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh.

Justeru Mohd Zaibidin berkata beliau akan terus menghakimi perbicaraan ini.

Keputusan beliau sudah dijangka tetapi yang mengejutkan ialah apabila Zabidin kemudian menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menegaskan pihaknya sudah bersedia untuk menyoal balas saksi utama dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Di luar mahkamah, Anwar menghuraikan bagaimana institusi keadilan Negara diperalatkan untuk melengkapkan agenda perdana menteri dan isteri bagi menjatuhkan beliau dan melemahkan gagasan Pakatan Rakyat.

"Ini kita bicara mengenai proses undang-undang yang saksama dalam hukum seperti yang ditegaskan Karpal tidak ada asas tapi kita melibatkan campurtangan Perdana Menteri Najib dan Rosmah dengan memperalatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail teruskan dengan pendakwaan ini dan sebab itu kita tegaskan mesti ikut hukum dan jangan mempermainkan untuk memenuhi cita politik mereka,”katanya.

Najib mengakui menemui Saiful di rumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa berlakunya pertuduhan berkenaan pada Jun 2008.

Saiful juga disahkan berjumpa dengan pegawai kanan Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar berkata Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi pada perbicaraannya namun permohonan itu belum mendapat persetujuan mahkamah.

Karpal sebelum itu menuduh hakim Zabidin berlaku tidak adil apabila enggan bertindak atau mencela Utusan Malaysia atas dua laporan yang dikata berasaskan bukti reka cipta dan bukan sebahagian daripada keterangan mahkamah.

“Dia mengatakan tidak ada asas atas pertuduhan saya ke atas di abahawa dia pembohong. Oleh itu ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

“Biar Mahkamah Rayuan putuskan, bahkan Hakim enggan menundurkan diri dan kita lihat keputusan Mahkamah Rayuan dan perbicaraan perlu ditangguh sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan,”katanya.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR Tian Chua pula mencurigai kesediaan hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan semata-mata untuk membolehkan Anwar menfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, penangguhan itu akan memberi kelebihan kepada pengadu mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau ada rayuan ikut undang-undang, dia boleh terus untuk soal Saiful, pandangan saya ialah kerana kalau Saiful ini disoal sekarang, banyak masalah akan timbul.

Kalau betul kita menang dalam mahkamah rayuan, hakim ini ditukar peguambela ada peluang untuk pemeriksaan balas sekali lagi sebab hakim baru, mungkin inilah takutnya Saiful nanti ceritanya akan berbeza”

“Sebab itulah saya lihat mereka tidak ada keinginan untuk meneruskan perbicaraan sekarang,”katanya. -TVS



Ulasan GB

Lazimnya apabila pihak pembela meminta penangguhan kes sementara menunggu keputusan sesatu mahkamah, pihak pembela akan dituduh sebagai cuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Namun senario semalam berbeza.

Selepas enggan untuk menarik diri dari membicarakan kes, hakim Mohd Zabidin tiba-tiba menyatakan menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

GB mengesani beberapa sebab hakim mengambil keputusan menangguhkan keputusan tersebut.

1) Karpal telah menyebut nama Najib dan Rosmah, yang berkemungkinan Karpal akan memohon supaya kedua-duanya disapinakan untuk hadir ke mahkamah. Hakim tidak bersedia untuknya.

2) Pendakwa gamam tiba-tiba melihat 3 orang pakar DNA dan forensik telah berada di dalam mahkamah untuk menyoal-balas saksi pertama mereka, Saiful Bukhari Azlan. Yang pasti mereka tidak/belum bersedia.

3) Kes tersebut diikuti oleh pemerhati luarnegara. Hakim tidak mahu meneruskan prosiding yang beliau tahu penuh kecacatan itu di hadapan pemerhati-pemerhati berkenaan kerana khuatir akan dikritik di peringkat antarabangsa.

4) Apatah lagi di dalam keadaan pakar-rujuknya, Peguam Negara tidak berada di dalam negara, yang kini berada di Uruguay untuk membawa pulang besi buruk jet yang dikatakan hilang dari Kementerian Pertahanan.


Polis Berat Sebelah Tangani Demo Anti Australia

Gabungan mahasiswa bantah e-undi (Bantah) hari ini mengecam sekeras-kerasnya sikap berat sebelah polis berhubung isu perhimpunan haram yang diterajui menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin dan lain-lain pimpinan BN, Umno, di hadapan Kedutaan Australia baru-baru ini.

"Kami kecam sikap polis yang pilih bulu dalam menangani perhimpunan aman di negara ini. Kami kesal apabila polis bertindak mengikut kepentingan tertentu," kata Mohd Aizat Mohd Salleh dalam suatu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap polis yang menahan sembilan mahasiswa yang melakukan perhimpunan aman ketika menuntut ketelusan amalan demokrasi kampus di Kuala Lumpur dalam kejadian lalu atas alasan mengganggu lalu lintas dan ketenteraman awam.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin hari ini mengetuai lebih 500 ahli Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan dan para penulis blog untuk berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, semalam bagi membantah campur tangan 50 ahli Parlimen Australia dalam sistem perundangan negara.

Turut serta dalam perhimpunan tanpa permit itu adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

"Dalam demonstrasi anjuran Pemuda Umno di Kedutaan Australia semalam, tiada apa-apa tindakan pun yang diambil oleh walaupun tidak memohon permit daripada pihak polis.

"Apakah polis hanya alat kepada parti pemerintah? Jika ini berlaku, maka Malaysia menjadi negara autokrasi dan polis adalah alat digunakan dalam menangani hal-hal yang memenuhi hasrat parti pemerintah," kata Mohd Aizat lagi.

Polis, kata beliau, sepatutnya menjadi kelompok profesional dalam semua perkara, menjadi pelindung rakyat, dan golongan dipercayai rakyat, bukan sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu berada dalam keadaan terkawal.

Tambah beliau, kesemua wakil pertubuhan yang menyerahkan memorandum hari ini tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

"Namun, tiada insiden yang luar biasa berlaku sepanjang perhimpunan kali ini dan polis tidak menahan mana-mana individu," katanya. -erapakatan

Pesalah Syariah Insaf Selepas Dirotan. Tapi Kenapa Nafikan Anwar Untuk Dapatkan Keadilan Melalui Mahkamah Syariah?

Tiga wanita yang menjalani hukuman sebat syarie menyatakan rasa reda dan insaf mereka terhadap kesalahan yang dilakukan selepas pelaksanaan hukuman pada 9 Februari lepas di Penjara Wanita Kajang.

Pengakuan mereka dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berdasarkan maklum balas yang diterima.

"Mereka melahirkan rasa keinsafan sebab mereka merasakan hal ini melepaskan diri mereka daripada dosa dan rasa bersalah kepada Allah SWT," katanya kepada pemberita semasa Program Pemukiman agensi di Jabatan Perdana Menteri di Genting Highlands hari ini.

Jamil berkata, mereka kini sedar perbezaan antara sebatan syariah dan sivil, selain terharu selepas mengetahui apa yang didengar tentang sebatan syariah sebelum ini ternyata tidak benar.


Sebatan syariah tak sama sebatan sivil

"Kata mereka, 100 sebatan syariah tidak sama walaupun dengan satu sebatan sivil. Dia rasa keinsafan kesedaran sehingga dia memohon supaya rakan-rakan yang lain untuk tidak melakukan kesalahan seperti yang dilakukan mereka," katanya.

Ketiga-tiga mereka turut diberi khidmat kaunseling dalam konteks keagamaan sebelum dan selepas menerima hukuman bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang dilakukan.

Tiga pesalah wanita itu dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong penuh pelaksanaan hukuman sebat dan membuktikan kerajaan serius mahu melaksanakan hukuman itu.

"Pelaksanaan ini (hukuman sebat syarie) menyangkal pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan seolah-olah hukuman sebat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan," kata Presidennya, Mohamad Isa Abdul Ralip, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu takut dengan hukuman sebat syarie kerana ia sebenarnya bertujuan mendidik, memberi pengajaran dan keinsafan kepada pesalah.

Mohamad Isa berkata, hubungan sebat ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor harus disegerakan bagi mengelakkan orang ramai memandang rendah institusi keadilan Mahkamah Syariah. - Bernama



Ulasan GB

Dalam mengalu-alukan hukum sebat dilaksanakan kita tertanya-tanya kenapa pula di dalam kes Qazaf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain telah memfailkan bantahan awal bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan?

Pada 7 Januari lepas, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin, selaku Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, supaya mendakwa bekas Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Dalam permohonan itu juga Anwar turut menamakan Shamsuddin, Jamil Khir dan Che Mat sebagai responden.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahu atau kedua-duanya.

Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat juga memfailkan satu afidavit bersama bagi menyokong permohonan bantahan awal itu.

Tidkkah menteri itu tidak rasa berdosa dan rasa bersalah kepada Allah SWT kerana menafikan keadilan buat Anwar melalui hukum syarak?