7 Apr 2014

Apakah Najib Akan Ambil Tindakan Ke Atas Utusan?


Najib akan biar teori konspirasi Utusan?'

Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

"Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan “tidak masuk akal” itu.

Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

“Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.


“Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

“Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

“Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?,” soalnya.

Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370' oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

ULASAN GB

Sekarang Najib diuji. Apakah beliau akan bertindak mengikut telunjuk John Mallot (bekas Duta Amerika ke Malaysia) untuk mengambil tindakan ke atas Utusan kerana akhbar berkenaan telah mengaitkan kehilangan MH370 dengan peranan CIA?

Kebenaran akan terbongkar juga (samada disengajakan atau tidak) oleh akhbar milik UMNO sendiri sepertimana penyiaran artikel berkenaan.

Semua kini menumpukan perhatian kepada Najib. Apakah beliau seorang yang pemberani untuk membela Utusan atau pun beliau seorang pengecut terhadap teguran bekas Duta Amerika itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



MH370 Hilang: Pegawai Kanan Lapor Terus Kepada CNN, Bukti Ada Orang Dalam?


MH370 dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia elak dikesan

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia seperti dilapor agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan CNN turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya .

Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. -TMI

ULASAN GB

Menghairankan.

Bagaimana seorang pegawai kanan kerajaan boleh membuat kenyataan "MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke selatan Lautan Hindi" kemudian dilaporkan pula oleh CNN. Ia tidak dilaporkan melalui akhbar-akhbar arus perdana di dalam negara. Utusan sepatutnya membantah laporan ini seperti mana semalam, Penolong Pengarangn akhbar milik Umnoitu tidak menolak kemungkinan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ketika dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac itu angkara Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS). Baca SINI.

Lagipun, semacam wujud satu kerjasama erat di antara media CNN dengan pegawai kanan kerajaan yang dimaksud itu.

Kedua, apakah kenyataannya itu untuk menutup konspirasi Amerika khususnya CIA yang ada maklumat lain mengenai perbangan tersebut?

Ketiga terbang rendah menyusuri ruang pantai Indonesia untuk elakkan radar? Jika terbang rendah mesti sudah ada rakyat dari kedua-dua negara yang duduk di pantai Selat Melaka (samada pantai timur Indonesia atau pantai barat Malaysia) yang terlihatnya. Selat Melaka sentiasa sibuk dengan kapal-kapal dagang yang berulang-alik, namun tiada satu pun laporan dari mereka yang ada melihat jika ada pewasat yang terbang rendah.



Susulan Kes Pelajar UITM Perlis Dicabul Pensyarah


Pensyarah Cabul Kerhormatan Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Pensyarah Raba Payudara Itu Adakah Benar Professor Izzi Haji Ali? Semalam Harian Metro mengeluarkan berita mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah IPT Awam. Namun, baru hari ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu salinan Laporan Polis yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis itu yang mendakwa dirinya dir*ba oleh pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal.

Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh dibawah:

Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik.

Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.

Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya.

Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian d*da saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah mer*mas buah d*da saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal.

Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.

Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis.

Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.


Pelajar UiTM Arau buat laporan polis dakwa diraba Prof Izzi Hj Ali ‘Selamat beramal’


pic.twitter.com/sb5P1wIj31
— J o e (@azizul_MY) April 4, 2014

Sekiranya dakwaan Nurul Shuhada itu benar, kejadian ini pasti amat memalukan buat seorang pakar motivasi dan siasatan perlu dijalankan segera. Namun, sekiranya ini hanya fitnah semata-mata, Prof Izzi juga perlu tampil menjawab dakwaan itu untuk membersihkan namanya.

Sebelum ini, Prof Izzi mula dikenali melalui satu slot motivasi yang bersiaran di Radio Hot FM. Ramai yang mengenali beliau dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’…



Respon beberapa pengguna Twitter bercampur aduk
sumber: FB

Wa Allahu’alam..
-matabulat.my