15 Sep 2010

Kes Sosilawati: Polis Kata Selesai Rakyat Kata Belum

Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai

Pihak berkuasa dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan.

Laporan The Star Online hari ini berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan.

Polis juga menganggap kes itu sudah selesai.

Kesemua suspek kes ini sedang ditahan reman selama seminggu di lokap polis di Bukit Jalil di sini.

Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai.

“Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau.

Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik.

Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan.

Pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.

Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.

Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Motif kejadian tragis itu lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Dalam pada itu Ismail berkata, kesemua aduan kes orang hilang harus disiasat dengan segera dan secara terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Beliau mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil. -TMI


Sosilawati murder: Police preparing charges, consider case solved

Police are in the process of liaising with the Attorney-General's Chambers to prepare charges and the type of charges to be made against those detained for the gruesome murders of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others.

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said police considered the case solved and commended CID director Comm Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Deputy Comm Datuk Hadi Ho Abdullah and all the detectives in the team entrusted with apprehending the suspects.

"Please do not speculate that something is wrong if we do not charge the suspects soon, as we really want to make sure everything is in order," he said, adding that police wanted to ensure they had an airtight case.

The remains of Sosilawati, 47, and three others — lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, and driver Kamarudin Shansudin, 44, were found in Ladang Gadong on Sunday.

Eight suspects have been detained, among them, two lawyers who are brothers. The older brother, a Datuk, is believed to be the mastermind behind the murders.

Ismail said a task force had also been formed to investigate all missing persons reports linked to the lawyers.

Meanwhile, Ismail said all missing persons reports must be investigated immediately and thoroughly to avoid another similar incident.

He admitted that Sosilawati's case could have been prevented if fast and thorough action had been taken.

"I have already instructed my men that there should be no more slacking. Those caught slacking or ignoring missing persons reports will be severely reprimanded," he told editors at a briefing at his office in Bukit Aman Wednesday. -thestar


Ulasan GB

Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika belum lagi ada kepastian bahawa akan wujud pendakwaan dan penghakiman yang adil dan telus terhadap pembunuh? Sedangkan Peguam Negara selama ini dikenali amat licik untuk "mempermainkan" kertas-kertas siasatan yang ada diantaranya lansung tidak diambil tindakan?

Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika polis-polis masih lagi bergelumang di dalam sungai untuk mengumpul bahan bukti?

Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika "orang kenamaan" yang mengganggu siasatan polis seperti yang didedahkan oleh bekas KPN belum lagi ditahan dan disaolsiasat?

Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika PM, Datuk Seri Najib sendiri masih membisu terhadap kes yang sepenting ini?

Bagaimana kes boleh dianggap selesai jika belum ada jaminan bahawa mutu professionalisme polis akan dipertingkatkan selepas ini yang tidak sepatutnya hanya bertumpu untuk menangkap ahli parti pembangkang di ceramah dan demontrasi tanpa memandang berat kes-kes jenayah seperti kes pembunuhan kejam Sosilawati ini?

Tan Sri Ismail Omar sendiri kini mengaku bahawa:

kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil

Hal ini telah GB ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

Ekoran "pembunuhan Datuk Sosilawati ini, maka rakyat tertanya-tanya, apa terjadi dengan kecekapan polis?

Apakah polis hanya cekap membelasah, memukul dan menahan peserta demo di siang hari? Apakah polis hanya cekap menembak mati suspek-suspek jenayah? Apakah polis hanya cekap memukul mati mereka yang sudah berada di dalam tahanan? Apakah polis hanya cekap mengejar dan menembak mati remaja membawa kereta tanpa lesen?

Baru selang dua hari sebelumnya polis mengarahkan agar rakyat tidak mendengarkan khabar angin menyatakan Sosilawati dibunuh, yang rupa-rupanya khabar angin itu tiba-tiba menjadi benar.

Integriti polis kini dalam persoalan. Sentiasa kita dengar polis dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji.... tetapi jenayah menjadi-jadi. Apa ertinya semua ini?


dan juga di SINI. Petikan:

Tan Sri Ismail Omar, KPN baru menyatakan bahawa pembunuhan itu ‘gruesome and cowardice’ sedangkan rakyat melihat ia satu 'negligence and foolish' di pihak polis sehingga mangsa mati dibunuh begitu kejam.

Apa kata jika yang mati itu isteri Datuk Hishamuddin dan isteri Tan Sri Ismail sendiri? Tentu sekali bukan begitu suara-suara kamu berdua!

Berperikemanusianlah dan prihatinlah sebelum rakyat bertindak mendesak anda berdua dipecat dari jawatan.

Tiada siapa melihat kes ini dari kacamata perkauman kecuali golongan UMNO yang pekat Melayunya, sebar SMS yang bukan-bukan. Rakyat secara keseluruhannya melihat isu ini dari perspektif jenayah, dari perspektif setakat mana kecekapan dan keberkesanan KDN dan PDRM bertindak. Ternyata kedua-dua pihak gagal, pembunuhan itu berlaku juga walaupun dah ada maklumat mengenai kejadian terlebih awal.


Justeru itu, rakyat kata kes ini BELUM selesai.


TERKINI: Beberapa Objek Lagi Ditemui

Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.

Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada jam 5.30 petang.

Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun.

Ahad lalu, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama

Dua Kes Orang Hilang Ada Kaitan Dengan Pembunuh Sosilawati

Dua kes orang hilang ada kaitan dengan suspek kes bunuh Sosilawati

Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

“Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di sini hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lepas polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira pukul 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.

Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.

Sementara itu Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

“Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu. – Bernama

Apakah Murugiah Orang Kenamaan Yang Cuba Lindungi Suspek Sebelum Ini?

Kes Sosilawati: Murugiah duduk sebelah suspek dua hari sebelum ditangkap

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah yang turut mengunjungi keluarga jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menahan suspek kes itu.

“Kita minta polis siasat dengan terperinci kejadian ini dan jangan bagi satu peluang pun untuk penjenayah terlepas di mahkamah nanti. Kezaliman dan kekejaman seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Menteri itu turut mendedahkan yang beliau pernah duduk bersebelahan suspek dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada Orang Asli di Banting pada 8 September lalu di mana suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan pada majlis itu.

Beliau berkata pada pertemuan itu, suspek turut menyuarakan hasrat untuk menyertai MIC.

“Pada waktu itu, saya katakan kepada beliau, kenapa tidak memandangkan beliau seorang yang berpendidikan dan ditambah lagi sebagai peguam.

“Tapi sekarang, setelah tahu dia (suspek), saya ...sampai tidak boleh tidur bila memikirkan saya pernah duduk dan berbual dengannya,” katanya. – Bernama


Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Musa

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.

"Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu,"
kata beliau.

Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, Mahfuz mempersoalkan siapakah yang merampas kuasa mereka.

"Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau menjelaskan, oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.

"Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu," katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.

Bagi Mahfuz, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.

"Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku," katanya. -harakahdaily


Ulasan GB

Senator Datuk T. Murugiah merupakan diantara yang paling awal mengunjungi keluarga Sosilawati selepas suspek ditangkap. Beliau terhegeh-hegeh ke rumah mangsa selepas kes pembunuhan Sosilawati ini tercetus.

Ini menimbulkan banyak persoalan. Apatah lagi dengan pengakuan timbalan menteri itu sendiri bahawa beliau memang ada bersama suspek pada 8 September, iaitu seminggu selepas kejadian pembunuhan berlaku pada 30 Ogos 2010.

Bererti juga sudah ada hubungan rapat suspek dengan timbalan menteri berkenaan sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Pendedahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada pihak kementerian yang campurtangan di dalam tugas polis membuka ruang untuk rakyat menerjah bahawa kemungkinan Murugiah, sebagai timbalan menteri di JPM membuat permintaan atau memberi tekanan kepada pegawai KDN supaya suspek tidak dikenakan tidakan atau apa-apa yang menjurus ke arah itu.

Justeru itu amat perlu Murugiah juga disiasat. Ketelusan di dalam hal ini terlalu penting bagi membersihkan integriti dan kredibiliti polis.

Jika tidak rakyat tetap berpandangan bahawa kerajaan tidak peduli dan tidak prihatin terhadap kemarahan rakyat ekoran isu kes pembunuhan kejam Sosilawati ini, apatah lagi dengan keadaan Perdana Menteri, Dauk Seri Mohd Najib sendiri yang lansung tidak bersuara mengenainya, jauh sekali dari mendengar beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Beranikah Najib Arah Utusan Ditutup Dan Perkasa Di Bubarkan?

PM Tentang Sekeras-Kerasnya Perlakuan Puak Pelampau Di Negara Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menentang sekeras-kerasnya perlakuan puak-puak pelampau yang terdiri daripada kumpulan atau individu yang mempercayai pada pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain.

"Saya berasa sungguh sedih apabila di sebalik tinggal dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan merdeka lebih dari 50 tahun, masih ada di kalangan kita ini yang tidak boleh bertoleransi.

"Apatah lagi menerima kebaikan masyarakat yang berbeza-beza ini," katanya di dalam entri terbaru bertajuk "Perjuangan Kita Terhadap Faham Pelampau" dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini.

Najib berkata kesedihan yang beliau rasakan itu adalah disebabkan golongan itu menolak cara hidup masyarakat di negara ini yang berbeza-beza serta menolak gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata ketika negara menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia esok (pembentukan Malaysia pada 16 Sept, 1963), terlalu banyak yang perlu dibanggakan kerana Malaysia kini sebuah negara yang sedang membangun dan cemerlang dalam banyak bidang seperti pelancongan, perbankan dan kewangan, hab halal, perubatan dan banyak lagi.

Beliau berkata Malaysia bertuah kerana berupaya melalui pengalaman dalam pelbagai budaya, beraneka makanan dan kepercayaan agama yang berbeza tanpa perlu pergi lebih jauh ke luar negara.

"Sungguhpun kita telah mencapai sekian banyak kejayaan, namun ianya menggusarkan hati saya apabila melihat kemunculan isu-isu yang berpunca daripada faham pelampau di negara kita.

"Ia bukan terhad kepada fahaman bersifat perkauman sahaja. Mereka menganggap pihak yang bertentangan fahaman dengan mereka sebagai musuh dan berusaha menakut-nakutkan pihak yang tidak menerima pemikiran atau ideologi mereka dan dalam keadaan tertentu pada orang-orang yang hanya kelihatan berbeza daripada mereka," katanya.

Najib berkata, oleh sebab itu, faham pelampau di negara ini terangkum kepada segala macam faktor, termasuk pertentangan kaum, seni, budaya, cara hidup dan sebagainya.

Beliau berkata sungguhpun bilangan kumpulan ini agak kecil, namun kehadiran mereka diperbesar-besarkan melalui sentimen dan tindakan melampau mereka, bagaimanapun kerajaan akan terus mengawasi kumpulan-kumpulan seperti ini.

"Kita telah menangani beberapa kejadian ekstrem dengan berkesannya di Malaysia, umpamanya kumpulan militan yang cuba membangkitkan konflik dan ternyata benar-benar merupakan ancaman kepada keselamatan negara.

"Kami akan terus melindungi rakyat dan negara daripada ancaman dari dalam ataupun luar, melalui darat, laut, udara mahupun ruang siber," katanya.

Najib berkata beliau juga bersyukur kerana rakyat Malaysia telah menahan diri daripada bertindak balas terhadap contoh perbuatan pelampau di rantau ini juga di seluruh dunia, malah sebaliknya mempamerkan kematangan sebagai satu bangsa dan sebagai 1Malaysia.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia supaya terus tenang dan berfikiran rasional dalam menghadapi kenyataan sedemikian. Dengan memberikan respons sepertimana yang mereka lakukan hanya akan menyemarakkan lagi ketegangan antara dua negara dan akan menjadi halangan kepada kemajuan ktia sendiri," katanya.

Beliau berkata keadaan ekonomi telah terjejas oleh tindakan-tindakan ekstrem itu dan selalunya jalan ke arah pemulihan itu sering kali panjang dan menyulitkan.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita mampu berperanan mengekang faham pelampau di tanah air kita dengan mendidik diri kita sendiri dan menyertai dialog yang sempurna dari segi pemikiran dan rasional.

"Maka kefahaman yang lebih mendalam mampu dicapai antara dua pihak yang berpandangan berbeza. Kita mesti memupuk kebijaksanaan kita untuk lebih terbuka kepada pandangan dan idea yang berbeza," katanya.

Najib berkata rakyat Malaysia mesti melatih diri untuk mengaplikasikan diplomasi dalam interaksi harian dengan orang lain dan perlu menerima 1Malaysia sebagai falsafah dalam menyelesaikan konflik kerana ia tentu akan memanfaatkan rakyat sebagai satu bangsa.

-- BERNAMA


Bukti ada pemimpin 'syok sendiri'

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my
IPOH 13 Sept. - Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.

Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.

"Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.

"Beliau (Tengku Adnan) sepatutnya sedar bahawa orang Melayu di dalam Perkasa masih sayangkan UMNO. Hakikatnya, UMNO belum pulih sepenuhnya untuk mengasingkan diri daripada kelompok Melayu lain," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Kata bekas Perdana Menteri lagi, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi kesannya terhadap peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kemenangan tetap ada.

Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat BN sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Mengulas lanjut, Hamdi menegaskan, kewujudan Perkasa yang berjaya menarik penyokong di kalangan orang Melayu sepatutnya dijadikan iktibar oleh UMNO dalam memperkemaskan perjuangan agenda bangsa.

"UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.- utusan



Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib, sokong Perkasa

Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia seolah-olah memperlekehkan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil berkata, sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu ‘menggantikan’ beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa arah aliran laporan Utusan Malaysia dan editorialnnya sejak kebelakangan ini menunjukkan akhbar harian itu terbitan Kumpulan Utusan sudah lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

“Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir?

“Saya kadangkala tertanya-tanya jika mereka ada agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara awal April 2009.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, dengan memainkan kenyataan-kenyataan Dr Mahathir menyokong pertubuhan hak Melayu Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, ia dengan jelas memperkecilkan konsep 1 Malaysia dibawa oleh Najib.

“Mereka seharusnya mempromosikan konsep 1 Malaysia dan bukannya memperlekehkan program beliau. Saya lihat begitu... mereka menyokong Dr Mahathir,” katanya.

Jelas beliau ekoran perspektif laporan mereka, Utusan Malaysia mahu memberikan lebih banyak liputan kepada pendirian Dr Mahathir berbanding Najib.

“Mereka kelihatan mempunyai agenda sendiri. Adakah mereka mempunyai agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib?” kata beliau.

Bagaimanapun wakil rakyat dari Perak ini menegaskan, kemungkinan ini sangat tipis memandangkan akhbar harian dari Kumpulan Utusan ini adalah milik Umno yang presidennya ialah Najib.

Najib yang dipilih sebagai Presiden Umno akhir Mac 2009 dan kemudian sebagai Perdana Menteri yang keenam memperkenalkan konsep 1 Malaysia.

“Dan sudah tentu, 1 Malaysia adalah agenda Najib, maka akhbar dimiliki Umno seharusnya menyokong Najib dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia.

“Tetapi, saya tidak tahu... saya tidak terlibat dalam soal ini secara langsung.

“Macam di Harakah, mereka mempromosikan program PAS, Suara Keadilan mempromosikan PKR, The Star mempromosikan MCA tetapi akhbar Umno Utusan tidak menyokong ketua sendiri,” katanya.

Nazri mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang secara terbuka menyokong dasar Perkasa dan pendirian-pendirian memihak pertubuhan bukan kerajaan meskipun Umno mengumumkan tidak menyokong dan mahu menjauhkan diri daripada Perkasa.

Umno, komponen dominan dalam Barisan Nasional juga mengambil pendirian yang sama pada mesyuaratnya minggu lalu atas alasan tidak mahu Perkasa menghakis sokongan kepada perikatan 13 anggota itu.

Utusan Malaysia membawa laporan meluas menyokong Perkasa semalam - antara komen pelbagai pihak termasuk orang ramai serta rencana di halaman editorial.

Rencana itu bertajuk “Kenapa memusuhi Perkasa” manakala tinjauan orang membawa tajuk “Majoriti orang Melayu menyokong Perkasa”.

Edisi Ahad, Mingguan Malaysia juga menyatakan pendiriannya mempertahankan Perkasa.

Ahad lalu, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.

“Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah,” katanya.

Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.

Nazri berpendapat bahawa laporan tinjauan itu hanya berdasarkan temu bual terpilih dengan minoriti Melayu sambil menegaskan, ia tidak semetinya menggambarkan pandangan akar umbi.

“Bagi saya, mereka tidak mewakili perasaan orang Melayu di akar umbi kerana orang Melayu yang menyokong PAS akan terus menyokong PAS tanpa mengira apa yang diperkatakan oleh Utusan dan begitu juga pengikut PKR yang akan menyokong (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)... mereka tidak kisah apa yang Utusan kata, dan begitu juga yang membabitkan lain,” katanya lagi.

Nazri memberikan contoh persekitaran di bahagian Parlimen Padang Rengas, Perak dengan berkata, Perkasa tidak dapat mengocak pengundi-pengundi Melayu di kawasannya.

“Saya ketua Umno Padang Rengas... di akar umbi, tiada cakap-cakap mengenai Perkasa dan di bahagian saya, tiada mereka yang menyertai Perkasa.

“Begitu di bahagian jiran Kuala Kangsar, Sungai Siput, Lenggong, Bukit Gantang... Perkasa tiada impak langsung,” katanya.

Nazri menambah, Perkasa hanya dijadikan popular oleh Utusan Malaysia.

“Mereka tiada impak di kawasan luar bandar dan anda mahu tahu mengapa? Ini kerana pemimpin-pemimpin Perkasa adalah ahli Umno yang telah ditolak sebelum ini.

“Ahli Umno yang memegang jawatan dalam bahagian tidak akan menyokong Perkasa,” katanya.

“Lihat pada Ibrahim Ali, yang beliau sendiri adalah pemimpin ditolak oleh Umno. Timbalan beliau juga tewas dalam pemilihan bahagian dan begitu juga ketua pemudanya,” kata beliau lagi.

Ibrahim yang menubuhkan Perkasa dua tahun lalu telah dipecat Umno pada 2004.

Pada 2008, Ibrahim bertanding di Pasir Mas sebagai wakil Bebas atas tiket PAS tetapi memutuskan hubungan dengan komponen Pakatan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen itu.-TMI



Khairy bidas Utusan kerana sokong PERKASA

Dalam edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.

Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di akaun Twitter.

Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”.

“Saya penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk editorial akhbar tertentu,” tulisnya.

Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.

Ketua pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak bersekongkol dengan PERKASA dalam apa bentuk sekalipun.

Sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PERKASA.

Mereka mendakwa pandangan melampau PERKASA berhubung hak dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Utusan melalui beberapa artikelnya telah menyokong PERKASA dan rencana pengarangnya pada Ahad lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu. -mk



Ulasan GB

Najib perlu arahkan supaya Utusan ditutup, dan PERKASA dibubarkan jika Najib serius ingin mengatasi masalah golongan pelampau yang menggagalkan gagasan 1Malaysia. Tiada jalan lain. Tiada kompromi. Kerana itu saja penyelesaiannya yang praktikal.

Beranikah Najib?

Jangan hanya lantang bersuara tetapi takut untuk bertindak.

Surat Terbuka Untuk KPN

KPN, perasaan aman mula terhakis'

Assalamualaikum,

Tahniah saya buat Tan Sri Ismail Omar.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar atas perlantikan beliau selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Saya sebagai rakyat bawahan yang lemah meletakkan harapan yang tinggi terhadap kewibawaan Tan Sri.

Pemilihan Tan Sri sebagai satu kejayaan dalam kerjaya Tan Sri, di samping satu ujian besar daripada Allah yang akan menghitungkannya pada hari kiamat kelak.

Ya! Harapan rakyat amat besar terhadap Tan Sri KPN. Pada hari ini, lebaran Tan Sri selaku KPN masih lagi putih. Tindakan dan keputusan yang bakal diambil Tan Sri KPN selepas inilah yang akan mencorakkan warna kain tersebut. Rakyat akan berbicara mengenai baik atau buruk pada penilaian mereka.

Namun apa yang lebih penting segalanya akan tercatat di sisi Allah; adil atau zalim, amanah atau khianat, berjasa atau menganiaya.

Tan Sri, keadilan itu tetap tercatat dengan mulia di sisi Allah, walaupun ada yang menentangnya. Saya percaya Tan Sri akan berusaha sedayanya melaksanakan prinsip-prinsip keadilan itu. Rakyat marhaen seperti saya tentu sahaja akan selalu berdoa agar Tan Sri adil dan berjaya melaksanakan keadilan.

Adil dan amanah itu perintah Allah dan RasulNya. Insan yang betul fitrahnya sayangkan keadilan dan amanah, cintakan pula kepada pengamal dan pejuangnya.

Rakyat akan mencintai Tan Sri, insyaAllah. Adapun kezaliman dan khianat, ianya dikutuk di langit dan bumi. Allah dan Rasul memurkainya. Insan yang mukmin dan waras melaknatnya.

Adil itu merentasi perasaan dan kepentingan

Walaupun ianya dilupai di dunia atas kelicikan manusia, namun Allah menyebut:

(maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (Surah Ibrahim 42-43).

Kami berharap Tan Sri berusaha menghindari noda-noda kezaliman.

Saya percaya Tan Sri seorang yang berwibawa dan profesional, apatah lagi Tan Sri seorang muslim yang beriman tentang hari akhirat. Tan Sri, dosa manusia ada yang bersifat peribadi antara dia dengan Allah, dan ada pula yang membabitkan hak-hak makhluk Allah yang lain.

Dosa peribadi mudah untuk dilangsaikan; taubat dan istighfar antara dia dengan Allah sahaja. Adapun kezaliman terhadap orang lain; ia membabitkan hak hamba-hamba Allah yang tidak mudah untuk diselesaikan. Ada tuntutan yang lain yang mesti bayar, dan Allah juga ada hukuman-Nya yang setimpal.

Tan Sri, hak dan keadilan itu buta warna perbezaan. Adil itu prinsip yang merentasi batasan perasaan dan kepentingan. Merentasi batasan bangsa dan agama sekalipun.

Firman Allah: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Maidah, ayat 8).

Saya pasti Tan Sri lebih faham dan lebih berkesedaran dalam hal ini.

Jihad kembalikan keharmonian

Tan Sri, seperti yang kita bersama tahu bahawa asas sosial (basic social values) yang rakyat perlukan adalah security (keselamatan), freedom (kebebasan), order (peraturan), justice (keadilan) dan welfare (kebajikan). Polis berperanan besar dalam hal ini. Tan Sri adalah insan harapan!

Tan Sri, seperti yang Tan Sri maklum kadar dan jenis jenayah dalam negara kita hari ini amat membimbangkan. Perasaan aman yang merupakan asas kehidupan kemanusiaan mula terhakis hari demi hari. Tugas Tan Sri tentulah besar.

Ia adalah jihad yang agung pahalanya jika Tan Sri dapat mengembalikan keamanan dan memberikan keharmonian kepada rakyat. Salah satu sebab negara tidak aman, hilangnya keberkatan pemerintahan dan rakyat. Adil membuahkan rahmat Allah sekalipun jika pemerintah itu bukan muslim.

Zalim melahirkan kemurkaan Allah, sekalipun pemerintah itu muslim. Inilah yang sedang kita lihat dalam dunia hari ini. Kami mendoakan agar Tan Sri berjaya meneruskan jihad menegakkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Harapan kami agar Tan Sri dapat melaksanakan prinsip-prinsip yang dititahkan Allah dan RasulNya. Semoga Allah memberkati negara ini kerana keadilan insan-insan yang diberikan amanah.

Rakyat mengadu kepada penguasa tentang kezaliman orang lain terhadap mereka. Namun, jika penguasa itu yang zalim, rakyat mengadu kepada Allah tentang kezaliman penguasa mereka.

Nabi bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi kerana ianya dibawa atas lindungan awan dan Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan keagunganKu, akan Aku menangkan engkau sekalipun selepas beberapa lama" (Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, dinilai hasan/ al-Sahihah:870).

Tan Sri, selamat bertugas sebagai KPN yang baru. Bersama Tan Sri jutaan harapan rakyat. Jika saya boleh meminjam wasiat bertulis Abu Bakr al-Siddiq ketika amat uzur dan mencadangkan Umar al-Khattab sebagai penggantinya, antaranya beliau menyebut:

"Sekiranya 'Umar berlaku 'adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. "Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka" Wa al-Salam 'alaikum wa rahmatulLah". (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

Semoga Allah merahmati tugasan Tan Sri, amin.

Rakyat bawahan yang dhaif,
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kes Sosilawati Mengimbau Kenangan Mona Fendi

Kematian tragis Sosilawati ulangi kes Mona Fandey 17 tahun lalu

Jutawan produk komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiringnya dilaporkan dibunuh dan dibakar oleh pekerja-pekerja suspek utama — menyingkap kembali kes pembunuhan membabitkan pasangan Mona Fandey 17 tahun lalu.

Berdasarkan laporan media hari ini, keempat-empat mangsa kemungkinan dibunuh oleh sekurang-kurangnya tiga pekerja atas arahan suspek-suspek utama.

The Star melaporkan suspek-suspek utama mengarahkan tiga pekerja lelaki membunuh mereka di ladang kelapa sawit di Sungai Gadung.

Dipercayai ladang itu dimiliki oleh peguam adik-beradik yang ditahan.

Pembunuhan itu dipercayai berlaku selepas Sosilawati pergi menemui suspek berkenaan untuk mendapatkan wang pendahuluan berhubung urus niaga tanah bernilai RM25 juta.

Keempat-empat mangsa dikatakan dipukul dan dibunuh sebelum dibakar.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa yang didapati dibunuh dan dibakar, yang abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Polis mengesahkan kematian mereka setakat ini berdasarkan pengakuan suspek-suspek utama.

Pada Julai 1993, negara dikejutkan dengan modus operandi yang digunakan dalam kes menyayat hati.

Sekali imbas ia mirip kepada modus operandi yang digunakan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu Juraimi Hussin dalam kes bunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Datuk Idros.

Wakil rakyat itu dibunuh antara pukul 11 malam 2 Julai 1993 dan 12 tengah 12 tengah malam 8 Julai 1993.

Misteri pembunuhan Sosilawati terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Kesemua suspek disyaki membunuh Sosilawati, 47 bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32 dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohamad, 38 yang telah dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Penemuan beberapa barang bukti mangsa di Sungai Kanchong Laut, Tanjung Sepat yang dijumpai oleh Pasukan Penyelam Gerakan Marin semalam mengukuhkan lagi bukti kesemua mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa barang bukti yang dijumpai ialah besi, sebatang kayu dengan kesan terbakar, pisah bilah berbentuk sabit, dan barangan milik peribadi milik mangsa yang didakwa sebelum ini dipakai oleh mangsa iaitu jam tangan berjenama Rolex.

Malah terdapat bukti baru yang mengaitkan pembunuhan kejam itu dengan penemuan enam keping zink yang dipercayai digunakan untuk melapik badan-badan mangsa sebelum dibakar.

Maklumat mengenai pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini didedahkan sendiri oleh salah seorang daripada tiga suspek lelaki yang ditahan polis.

Bahan bukti yang dijumpai dapat mengukuhkan lagi pembabitan kesemua suspek dengan kes pembunuhan tersebut.

Misteri kehilangan mangsa terjawap apabila polis menzahirkan kecekapan mereka apabila berjaya menahan suspek yang akhirnya membantu siasatan dan membawa kepada penemuan barang bukti dalam pembunuhan kejam ini.

Kes Sosilawati bermula dengan laporan kehilangannya apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya pada 30 Ogos lalu iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk untuk urusan jual beli tanah.

Kesemua mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam terlebih dahulu sebelum dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dan dibuang abu mereka ke dalam Sungai Ladang Gadong bagi menghapuskan bukti.

Bahan bukti yang dijumpai dalam kedua-dua kes cuba dilupuskan dengan sebaik mungkin namun gagal apabila kecekapan polis dalam mengendalikan kes mengatasi segalanya.

Akhbar New Straits Times pula melaporkan penahanan suspek kes ini kemungkinan boleh membantu siasatan 17 kes pembunuhan sebelum ini.-TMI


Mona Fandey

Masih ingat lagi Mona Fandey/Fendi yg terlibat dlm satu kes pembunuhan? Alah wanita yg penuh enigma itu? Berikut ialah beberapa fakta yg pernah didedahkan oleh akhbar2 tempatan mengenai beliau disepanjang perbicaraan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan:

* Nama sebenar beliau ialah Maznah Ismail, tidaklah seglamour Mona Fandey. Bagaimana boleh dapat Mona Fandey tidaklah diketahui dgn pasti. Tapi aku rasa pangkal nama Mona Fandey itu mungkin datang dari nama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman. Alah mcm Aida Razwil lar jugakkan? Mengambil nama suami sebagai sebahagian daripada nama dirinya.

* Mona Fandey mendakwa dirinya berketurunan raja, bekas penari ballet air, seorang usahawan, pengamal ilmu kebatinan, artis rakaman dan juga pengamal ilmu hitam. Wah, byk betul bakat makcik nih yek? Aku pun tak mampu nak buat semua sekali... Setakat, makan dan minum sambil tengok TV dan bernafas aku pernah buatlah.

* Sebagai pengamal ilmu kebatinan beliau pernah menawarkan khidmatnya melalui syarikat Ambang Kurnia Sdn Bhd di mana beliau menghasilkan produk perubatan tradisional yg dinamakan Cahaya Mona Fandey. Aku tak pasti apakah bentuk produk si Mona Fandey nih dan apakah faedahnya mengambil produknya? Rasa2 boleh teka tak berdasarkan nama produknya?

* Kehebatan Mona Fandey dlm ilmu2 hitam dikatakan melampaui amalan biasa. Dia boleh memukau, boleh terbang di udara, boleh bertukar rupa dan boleh hidup tanpa makanan. Jadi ada yg memberi amaran bahawa Mona Fandey akan sukar utk ditangkap apatah lagi utk menjalani hukuman. Yalah tuh. Semua yg disenaraikan tuh mcm silap mata je.

* Mona Fandey mendakwa dirinya merupakan seorang ahli UMNO dan pernah menawarkan khidmat ilmu hitamnya utk membantu ahli2 politik UMNO dlm menggandakan kekayaan dan juga memenangi pilihan raya. Tak tahulah kalau yg lain tuh ada yg pernah berjaya. Tapi kita semua skrg tahu, Datuk Mazlan adalah antara pelanggan Mona yg sedikit malang.

* Dipuncak kerjayanya sebagai usahawan dan pengamal ilmu kebatinan beliau dikatakan memiliki berderet kereta2 mewah: Mercedes Benze, BMW, Honda Prelude dan beberapa buah kereta pacuan empat roda. Kalau betul dakwaan ini, nak buat apa dgn kereta banyak2 tuh? Bukannya boleh pandu semua sekali pun serentak?

* Beliau juga dikatakan memiliki sebuah pulau berdekatan dgn Phuket yg dibeli pada harga RM 5.8 juta. Menurut Mona dia merancang utk menjadikan pulau itu sebagai kasino dgn bantuan rakan-rakan kongsinya dari Amerika dan Eropah. Geliga betul otak si Mona nih. Tapi apalah agaknya nama pulau tuh yea? Pulau Mona tak?

* Sebagai artis rakaman, beliau pernah merakam sebuah album, sembilan lagu, di bawah naungan syarikat rakamannya sendiri. Hebat! Tapi hairannya, tak pernah pulak dgr lagu nyanyiannya. Ada sesiapa yg pernah dengar? Entah2 ada yg memiliki album si Mona nih tak... Siapa tau...

* Beliau mendakwa pernah melakukan pembedahan plastik berulang kali utk mengekalkan keremajaan btk tubuhnya. Remaja lagi ke? Alah bukan tua sgt pun dia masa tuh, baru saja mencecah 38 tahun. Nasiblah, botox tak wujud lagi pada tahun 1993, kalau ada mesti dia buat suntikan juga.

* Di sepanjang perbicaraan, beliau dikatakan berlagak diva; kerap mengenakan baju berwarna kontras hitam-merah, dandanan wajah yg tebal dan tingkah laku yg dramatik. Alah apa nak hairannya, Mona Fandey kan artis. Jadi sebagai artis haruslah pandai tampil menarik. Tambah2 pula masuk dlm akhbar muka hadapan? Itu tak masuk lagi siaran2 berita TV utama?

* Kalau dah melaram, tak lengkaplah kalau tak senyumkan? Jadi tak hairanlah apabila sepanjang perbicaraan beliau dikatakan sentiasa murah dgn senyuman bila diacukan lensa kamera. Malah selepas dijatuhkan hukuman pun beliau tetap senyum dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Berterima kasih utk apa agaknya tuh yea? Agaknya kerana menjadikan impiannya popular dan diingati sampai kini tak? Seramnya...

Mungkin kita juga harus berterima kasih kepada Mona Fandey. Kalau bukan kerana pendedahannya mungkin kita tidak akan tahu bahawa ada ahli2 politik kita pergi kepada pengamal ilmu hitam utk berjaya dlm politik. Sungguhpun begitu, pendedahan yg dibuat Mona Fandey tidak membantu dirinya dan juga suami serta pembantu mereka Juraimi Husin melepaskan diri dari hukuman. Pada subuh, 2 November 2001, tamatlah riwayat Mona Fandey ditali gantung. -Zampiada


KDN Dan Polis Cuba Tutup Kes Bunuh Sosilawati?

Jangan sebar khabar tidak benar mengenai kes Sosilawati: Hishammuddin

Semua pihak diminta supaya tidak menyebar sebarang khabar yang tidak benar atau berita tohmahan yang berkaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya and tiga individu lain, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang membuat gesaan itu berkata beliau melihat kes berkenaan sebagai satu kejadian jenayah kejam dan berat yang merentasi batas kaum dan agama.

“Semua kaum dan agama dalam negara dengan nada yang sama mengutuk apa yang terjadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya beliau berharap tindakan lanjut polis dan tindakan undang-undang nanti akan meredakan kemarahan orang ramai dan mampu menangani apa jua kemungkinan, termasuk menangani sebarang persepsi negatif antara mana-mana kaum.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Dua hari lepas polis mengesahkan suspek dalam kes kehilangan jutawan itu mengaku membawa semua mangsa ke sebuah ladang, sebelum mereka dipukul mati dan mayatnya dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Kuala Langat.

Hishammuddin seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan itu supaya membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula dalam satu kenyataan di sini menegaskan kes pembunuhan itu “tidak sama sekali berunsurkan perkauman”.

“Ia adalah kes pembunuhan atau satu kes jenayah yang ‘gruesome and cowardice’,” katanya
.

Ismail turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau tafsiran sendiri dengan hanya mendengar khabar angin sehingga boleh memudaratkan keadaan.

Beliau berkata dengan tertangkapnya beberapa suspek, kes ini boleh dianggap selesai dan ia merupakan satu kejayaan bagi Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.

“Siasatan akan disiapkan segera dan cadangan pertuduhan akan dikemukakan kepada pihak Peguam Negara agar mereka yang terlibat boleh diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya. – Bernama


Suspek bunuh: Polis perlu jelas kepada rakyat

Polis bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat apabila suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan mungkin terlibat dalam pembunuhan sehingga sembilan mangsa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Walaupun diumumkan Isnin lalu bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tercapai kerana kadar jenayah turun, rakyat yang semakin gelisah dengan pelbagai jenayah berat yang terus berlaku berhak mendapat tahu sejauh manakah tindakan polis menyiasat kehilangan beberapa orang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan pembantu-pembantunya itu.

"Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan dan berapa laporan polis yang diterima yang ada kaitan dengan suspek itu?" kata beliau.

Menurut beliau, polis dilaporkan telah mengakui bahawa mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini? Apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu?" kata Mahfuz.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan bahawa perkara tersebut penting dijelaskan kerana akhbar The Star melaporkan mungkin sembilan orang dibunuh dan dihapuskan dengan cara yang sama, Utusan Malaysia pula melaporkan sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini dipercayai dapat diselesaikan dengan berikutan pengakuan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Sosilawati bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu manakala Kosmo! pula melaporkan bahawa "ahli perniagaan terbabit mahir 'menghilangkan' pelanggannya".

"Yang lebih membimbangkan ialah apabila Kosmo! juga melaporkan bahawa 'maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan'.

"Laporan-laporan tersebut dibuat oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah pihaik polis bertanggungjawab mententeramkan kebimbangan orang ramai dengan menjelaskan sejauh mana siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat terhadap apa yang dilaporkan sebagai 'sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini'.

"Kita tidak mahu lagi membaca laporan ada penjenayah yang 'terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan' selepas ini," tegas beliau.

Mahfuz percaya, jika polis telah menyelesaikan empat aduan sebelum ini, mungkin tidak berlaku pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Beliau mempersoalkan, adakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru tersebut tidak berlaku.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,” kata beliau lagi.-harakahdaily


Ulasan GB

Ini bukan soal rakyat sebarkan khabar angin. Sedang yang dikatakan "khabar angin" sewaktu Sosilawati dibunuh itu akhirnya terbukti benar!

Mengapa kerajaan dan polis takut rakyat membincangkan hal ini sedangkan Menteri KDN dan KPN sendiri sebelum ini membisu? Baru sekarang sibuk keluar kenyataan tunjuk lagak dan tunjuk kuasa untuk tutup apa yang didakwanya khabar angin atau spekulasi?

Apa kisah tentang orang kenamaan yang dikatakan menjadi kenalan rapat suspek?

Tan Sri Ismail Omar, KPN baru menyatakan bahawa pembunuhan itu ‘gruesome and cowardice’ sedangkan rakyat melihat ia satu 'negligence and foolish' di pihak polis sehingga mangsa mati dibunuh begitu kejam.

Apa kata jika yang mati itu isteri Datuk Hishamuddin dan isteri Tan Sri Ismail sendiri? Tentu sekali bukan begitu suara-suara kamu berdua!

Berperikemanusianlah dan prihatinlah sebelum rakyat bertindak mendesak anda berdua dipecat dari jawatan.

Tiada siapa melihat kes ini dari kacamata perkauman kecuali golongan UMNO yang pekat Melayunya, sebar SMS yang bukan-bukan. Rakyat secara keseluruhannya melihat isu ini dari perspektif jenayah, dari perspektif setakat mana kecekapan dan keberkesanan KDN dan PDRM bertindak. Ternyata kedua-dua pihak gagal, pembunuhan itu berlaku juga walaupun dah ada maklumat mengenai kejadian terlebih awal.

Suspek Mempunyai Kekayaan Melampau

Peguam bergelar Datuk yang juga suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lagi, dipercayai memiliki banyak aset berharga, antaranya kenderaan mewah, rumah, firma guaman dan ladang di sekitar Selangor.

Gambar: Kelihatan seorang jurugambar sedang merakam gambar rumah peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut. Foto:Bernama

Lelaki berusia 41 tahun itu difahamkan memiliki, antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara yang dipercayai nilainya mencecah ratusan ribu ringgit.

Dia juga mengusahakan ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib.

Tinjauan Sinar Harian di rumah suspek, termasuk yang disewakan di Taman Cempaka, Banting, kelmarin, mendapati tempat itu tidak ada penghuni.

Dalam tinjauan semalam, Sinar Harian dapati sebuah lagi rumah milik suspek utama itu, iaitu di apartmen Palm Ville, Taman Kinrara, juga kosong serta berkunci.

Tinjauan di luar rumah itu, mendapati hanya terdapat rak kasut dan meja alat tulis, manakala pintu jerijinya dimangga.

Menurut seorang jiran berusia 50-an rumah tersebut hanya dihuni oleh isteri suspek utama bersama dua anak lelaki berusia antara 10 dan 11 tahun serta seorang pembantu rumah.

Katanya, suami wanita itu yang tinggal di Banting, hanya datang sekali sekala pada hujung minggu untuk menjenguk anak-anak dan isterinya.

“Saya dan keluarga tidak kenal rapat dengannya (isteri suspek utama) tetapi jika terserempak, dia sering menegur kami dan tidak lokek dengan senyuman.

“Kami tidak pernah berbual panjang tetapi mengenali siapa suaminya (suspek utama),” katanya semalam.

Beliau berkata, isteri suspek utama itu juga jarang berada di rumah tersebut dan hanya pulang pada hari tertentu berikutan kedua-dua anaknya bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di daerah terbabit.

“Saya hanya melihat kelibatnya kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia menjemput anaknya pulang dari sekolah. Selepas itu, sehingga petang tadi (semalam), dia tidak pulang lagi,” katanya. -SH

Sosilawati Dibunuh Kerana Desak Pulangkan Wang

Jutawan kosmetik rancang senarai syarikat di Bursa Malaysia

Gambar: KAWASAN lapang dipercayai tanah yang ingin dijual Sosilawati di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Datuk Sosilawati Lawiya sebenarnya bercadang menjual tanah seluas 4 hektar miliknya di Bukit Jambul, Pulau Pinang sebelum beliau hilang dan bukan mahu membeli tanah di negeri berkenaan seperti dilaporkan sebelum ini.Pendedahan itu dibuat sahabat karib jutawan kosmetik terbabit, Datuk Suhaimi Ibrahim yang kali terakhir berbual dengan Sosilawati melalui telefon pada 29 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dilaporkan hilang.

“Sebelum puasa, Sosilawati berjumpa saya untuk berbincang mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, selain mendapatkan nasihat mengenai cadangan mahu menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia.

“Pada perjumpaan itu di Hotel Sheraton dan Hotel Park Royal di Kuala Lumpur, Sosilawati menceritakan cadangan penyenaraian itu dan juga mengenai penjualan tanahnya bernilai RM12 juta di Bukit Jambul dan meminta nasihat saya.

“Malah, dalam perbualan pada 29 Ogos itu, Sosilawati turut mengajak saya ke Banting untuk urusan penjualan hartanah berkenaan, tetapi saya tidak dapat ikut berikutan ada urusan lain. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa yang akan ditemuinya di Banting,” katanya.

Beliau berkata, tanah terbabit dibeli Sosilawati kira-kira enam tahun lalu dengan harga RM2 juta, dan memutuskan untuk menjualnya pada harga RM12 juta bagi mengumpul aset untuk membolehkan penyenaraian syarikatnya.
Mengulas lanjut, Suhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pertemuan lanjut dirancang pada 31 Ogos, tetapi usaha untuk menghubungi Sosilawati gagal.

“Berikutan itu, saya membuat laporan polis dan memaklumkan kepada media atas nasihat Shahrizat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini, semalam.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, tanah milik Sosilawati terletak di kawasan bukit di belakang Universiti Sains Malaysia (USM).

Sumber itu berkata, pada mulanya seorang pemaju dari Negeri Sembilan berminat membelinya, bagaimanapun urusan jual beli gagal kerana tanah berkenaan dikategorikan sebagai kawasan hijau dan mempunyai syarat terhad iaitu pokok di sekitarnya tidak boleh ditebang.

“Apabila tanah terbabit gagal dijual, Sosilawati meminta peguamnya membantu mencari pembeli baru, tetapi saya dimaklumkan peguamnya tidak dapat mencari pembeli sesuai,” kata sumber ketika dihubungi, semalam. -BH


Desak kembalikan wang

Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.

Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.

Utusan Malaysia difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan.

Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa.

Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek.

Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup.

Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis.


Setakat ini, Utusan Malaysia diberitahu, polis sudah pergi ke rumah dan pejabat suspek untuk melakukan siasatan terhadap dokumen yang dimilikinya termasuk beberapa buku cek yang ditemui di pejabat guamannya.-UM


Ulasan GB

Mana satu yang betul?

Sosilawati mahu jual atau beli tanah di Pulau Pinang?

Ia termasuk di dalam siasatan polis. Polis perlu dedahkan hasil siasatannya erhadap motif pembunuhan yang sebenar. Jika tidak, KDN dan PDRM tidak boleh dan tidak akan mampu menghalang rakyat berspekulasi.

Dua Telefon Bimbit Dan Kunci Kereta Juga Ditemui

Kes bunuh Sosilawati: Kesan dua telefon bimbit dalam sungai

Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.

Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam.

Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.

Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.

Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.

Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka. -HM


Kunci kereta ditemui

Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya. -HM




Zink Alas Membakar Mangsa Ditemui

Enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam.

Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam.

Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini.

Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati. Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan.

Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan.

Ketika operasi, polis turut membawa tiga suspek bagi memudahkan pengecaman barang yang dijumpai dan mereka hanya menggeleng atau menganggukkan kepala apabila ditunjukkan barang yang ditemui.

Selain anggota polis dan petugas media, penduduk kampung dan orang awam turut berkumpul di tepi jalan berhampiran lokasi pencarian untuk melihat lebih dekat operasi, manakala anggota Trafik mengawal lalu lintas dan menghalang orang ramai daripada berkerumun lebih dekat di kawasan operasi.

Sementara itu, tiga kenderaan Pasukan Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat memasuki kawasan Ladang Gadong dekat sini, kira-kira jam 5.50 petang bagi membantu polis menyiasat kes bunuh dan bakar itu.

Dalam pada itu, seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan.

Selepas hampir setengah jam berada di kawasan semak itu, polis menemui barang kes yang mungkin boleh dijadikan bukti.

Pembunuhan Berlaku Pada 30 Ogos 10.30 malam

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dibunuh 10 malam 30 Ogos

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.

Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.

“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH


Pembunuhan kejam Sosilawati: Seorang lagi diburu bantu siasatan

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lagi lelaki, dipercayai bekas pengawal peribadi dua suspek utama kes bunuh dan bakar jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya bagi membantu siasatan kes itu.

Difahamkan, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai banyak maklumat berhubung kes berkenaan melarikan diri selepas menyedari diburu sebaik

kes pembunuhan itu terbongkar. Sumber memberitahu Berita Harian, polis sudah menyerbu rumah lelaki terbabit dan beberapa lokasi termasuk pejabatnya di Banting, namun gagal menemuinya.

"Suspek dipercayai melarikan diri selepas dua beradik peguam berkenaan ditahan bersama enam suspek lain, termasuk pekerja ladang mereka sebelum ini.

"Polis percaya suspek masih berada di kawasan berhampiran. Identitinya sudah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan," katanya. -BH


Ulasan GB

Bererti, khabar angin yang tersebar di kalangan rakyat yang dinafikan oleh polis sekitar awal bulan September adalah BENAR.

Samada polis telah sengaja menidakkannya untuk menutup berita itu atau memang polis tidak mengetahuinya samasekali.

Namun diberitakan oleh orang awam bahawa pihak polis telah berkampung di ladang berkenaan dua minggu sebelum pengumuman mengenai kematian tersebut dilakukan.

Sekaligus ini menimbulkan tandatanya "kredibiliti" polis dan kini masyarakat menunggu hasil siasatan seterusnya menunggu samada pembunuh itu dapat didakwa dan dihukum dengan wajar. Ia penting untuk memulihkan kredibiliti polis di mata masyarakat.