30 Mei 2014

[GAMBAR & VIDEO] Dyana Gigih Ke Saat Akhir.... Kini Bertawakkal Kepada Allah...


Kempen PRK Teluk Intan menghampiri penamatnya. Apakah Lyana Sofya mampu untuk melakar satu sejarah baru sebagai gadis termuda yang akan menjadi ahli parlimen dan sekaligus menjadi peruntuh kepada tembok perkauman dalam usaha membentuk sebuah negara yang lebih aman, damai dan makmur? Dipuji, disanjung, dikeji dan difitnah semua sudah dilaluinya. Dyana telah berusaha sepenuhnya hingga ke hari terkahir dan kini bertawakkal kepada Allah terhadap keputusannya esok.

Dyana lancar buku sulung bertajuk ‘Di sini Bermula’

TELUK INTAN, 29 MEI: Tidak seperti biasa, ceramah Pakatan Rakyat malam ini menampilkan kelainan apabila turut menjadi pentas pelancaran buku sulung calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, bertajuk ‘Di sini Bermula’.

Buku itu dilancarkan Dyana sendiri dengan diiringi pimpinan Pakatan Rakyat, antaranya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dari PKR Rashid Hasnon.

Dalam ucapan ringkas selepas pelancaran, Kit Siang menyatakan kekagumannya terhadap Dyana yang berjaya menerbitkan buku pertama seawal usia 27 tahun.

“Buku pertama saya, ‘Time Bombs in Malaysia’ terbit pada tahun 1978, ketika saya berusia 37 tahun. Namun, Dyana berjaya terbitkan pada umur 27 tahun,” katanya bangga.

Beliau juga menyifatkan buku itu pasti akan menyangkal tohmahan Barisan Nasional bahawa Dyana adalah ‘boneka’ semata-mata.

“Mereka kata Dyana ini boneka, alat dan tiada fikiran sendiri…Saya kata beliau adalah 3B – brain, beauty, bravery (bijak, cantik, berani),” katanya lagi.

Buku tersebut menampilkan kumpulan tulisan Dyana yang disiarkan pelbagai media sebelum ini.

Dalam pada itu, Dyana menyatakan penghargaannya kepada Kit Siang yang tanpa henti mendorong beliau untuk menyampaikan buah fikiran dalam bentuk tulisan.

“Ketika awal berkhidmat (sebagai setiausaha politik Kit Siang), mentor saya selalu kata, ‘awak perlu mula menulis, perlu terus menulis’.

“Jadi, saya tujukan buku ini kepada beliau yang sentiasa mendorong saya. Buku ini adalah tulisan seikhlas hati saya,” katanya lagi.



Teluk Intan- Pengundi yang Celik dan Cerdik akan menolak BN

Semalam kita membaca kenyataan Mah Siew Keong bahawa PRK Teluk Intan adalah PRK yang paling kotor sekali. Tidak ada misteri siapa yang melakukan kotor itu Mah. Ianya kotor kerana BN menggunakan cara2 yang ganas, jijik lagi kotor. Daripada penyokong upahan yang kerja mereka mengacau dan menakutkan; kepada budak2 upahan yang mengoyak dan mengotori poster sendiri. Jika ada poster BN yang disimbah cat dan lain2 lagi, ianya kerja budak2 suruhan BN. Budaya samseng UMNO ialah membaling batu dan menyimbah cat.

. Biarlah pengundi Teluk Intan sedar bahawa penyokong dan perkerja Pakatan Rakyat tidak buat kerja2 begini.

Sebagai bandingan- lihat kenyataan ketua polis Pulau Pinang yang mengatakan bahawa PRK Bukit Gelugor adalah yang paling baik dan aman. Ianya baik dan aman kerana BN tidak ada calun- terutama UMNO yang baru mahu belajar perasaan hilang kuasa. Hilang kuasa membawa kepada hilang akal mereka.Ia jadi huru hara hanya jika UMNO bertanding.

Kerana hilang akal maka pemimpin UMNO berkempen menyerang peribadi seorang anak muda berumur 27 tahun. Kerana Dyana Daud bakal mencipta sejarah sebagai MP yang termuda dari DAP mewakili Pakatan Rakyat. Melayu bangsa nya, dan Islam Agama nya. UMNO tidak terfikir lansung bahawa Pakatan Rakyat terutama DAP mempunyai pandangan jauh dan stratejik meletakkan calun Melayu.

Ianya menyebabkan orang UMNO khususnya menjadi sasau fikiran kerana selama ini mereka berhempas pulas menggambarkan DAP sebagai parti rasis Cina , cauvinistik cina, komunis, yang mesti dibenci oleh semua orang Melayu. Kemasukan dan pemilihan Dyana Daud sebagai calun Melayu atas tiket DAP memmecahkan prejudis dan mental blockage yang selama ini mahu diterap UMNO.

Jika parti itu rasis, cauvinis dan komunis, bagaimana ia menarik minat orang Melayu menyertainya? Ini membuktikan bahawa selama ini, gambaran yang diterapkan oleh UMNO hanyalah pembohongan besar. DAP parti cauvinis selagi kita membiarkan ianya demikian- ia sudah bukan cauvinis dan rasis apabila ramai bukan Cina sedar bahawa ia sebuah parti yang menyatupadukan semua yang sepemikiran- menentang ketidak adilan, peninidasan, pemiskinan rakyat, salah tata urus negara, penyalah gunaan kuasa, rasuah, pencurian wang perbendaharaan, tektik membuli dan menakutkan rakyat- keangkuhan pihak berkuasa. DAP sebuah parti yang strike terror at hidden vested interests dalam penguasaan pentadbiran negara. ini perkara yang menyatu padukan orang untuk berminat kepada DAP dan perjuangan mereka- bukan kerana sebab kepentingan lain.

Jika gila kuasa- orang tidak masuk DAP. sehingga pulau Pinang, DAP tidak pernah memerintah negeri dan mustahil memerintah negara. Jika mahu wang, jangan masuk DAP kerana tidak ada wang dalam DAP. sesiapa bertanding atas tiket DAP tahu bahawa DAP tdiak memberi sesen pun untuk pilihan raya Umum. Sekali lagi- satu sen pun. Semua kena pakai duit sendiri, meminjam dari kawan, memohon derma dan berhutang. Ianya memerlukan jenis manusia yang kental semangat untuk meyertai parti seperti DAP, PAS atau PKR.

Siapa yang tidak mahu ketawa pada kenyataan dari Ahmad Maslan yang selalu mendabik dada mempunyai CGPA 3.8 mengenai jika isteri nya atau isteri Tajudin Rahman memasuki peraduan kecantikan dengan Dyana Daud- pasti isteri mereka akan menang. Dangkal benar kenyataan dari seorang timbalan menteri yang mengakui ada kelayakan akademik yang tinggi.


Atau kenyataan Zahid Hamidi yang mengulangi obsesi nya mengenai kecantikan Dyana Daud. Zahid mengeluarkan kenyataan apabila bercakap dihadapan himpunan polis bahawa Dyana Daud tidaklah secantik , bahkan isteri seorang pegawai tigggi polis lagi cantik. Kerja menteri dalam negeri kita ialah mengintai ngintai perempuan cantik kah? Atau kenyataan Zahid Hamidi yang dilapurkan mahu menampar Dyana Daud tapi itu hanya akan mengotori tangan nya.

Yang kotor Dato Zahid dan huduh dato Maslan ialah ketegangan kaum yang sengaja dihidupkan oleh UMNO dan penyokong mereka. Huduh dan kotor ialah rasuah yang meyelinap masuk kesetiap rongga pentadbiran negara. yang kotor dan huduh ialah rompakan disiang hari projek2 kerajaan yang menelan belanja yang besar. Semua orang tahu, projek ini sumber pendanaan peribadi sesetengah ahli politik UMNO dan parti politik BN.

Isiu di Teluk Intan bukanlah tafsiran kecantikan, atau muda nya calun DAP atau hal2 peribadi yang lain. Bahkan dalam kegilaan kempen BN, ibu Dyana Daud pun turut jadi mangsa.

Isu nya ialah kos kehidupan yang makin meningkat sebab UMNO tidak tahu mengurus negara. Isiu nya hutang negara yang kian meningkat memecah siling 55% dari KDNK kerana belanja berhemah bukan dalam kamus BN dan UMNO. Pemimpin UMNO dan BN belanja macam duit rakyat itu duit bapak mereka. Isiu nya ialah rasuah yang berlaku tapi tidak ada atau dujumpai pelaku nya. kos PKFZ yang lebih dari 12 billion, kos kehalimunan wang dan dana 1MBD. Isiu lesap nya RM250 juta untuk projek lembu; Isiu nya ialah ketidakpertanggung-jawaban pihak kerajaan membiarkan ketegangan kaum dan agama berlaku.

Issu nya ialah kekacauan yang tercetus kerana tidak ada patuh kepada undang dan peraturan. Belum pernah terjadi symbol demokrasi iaitu dewan undangan negeri dicerobohi dan pelaku nya tidak dikenakan tindakan tegas. Keruntuhan law and order kelihatan apabila ada kumpulan yang secara terbuka melakukan intimidasi jinayah dan ugut mahu bakar bangunan. Sehingga sekarang, tidak ada tindakan.

Ini isu2 yang lebih besar dari isu kecantikan calun DAP. jika ini pertandingan kecantikan, isteri menteri dan timbalan menteri tidak petrlu masuk PRK. Hanya perlu mereka hari hari memperagakan pakaian, handbag yang mahal, kasut dan aksesori kecantikan yang mahal2. Hanya perlu isteri para menteri dan timbalan menteri menggayakan hasil suntikan botox dan pembedahan plastic yang mutakhir. Pasti mereka akan menang kerana rakyat rupa2 nya kurang cerdik dan berfkir macam UMNO dan BN berfikir. Maka sesiapa walaupun hanya mimpi mereka berfikir macam UMNO dan BN, segralah bangkit dan mohon maaf dan keampunan.
-sakmongkol















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[GAMBAR & VIDEO] Fenomena Dyana Sofya - Kemunculan Politik Baru Di Malaysia


Apa saja tentang Dyana 'terlaris' di Teluk Intan

ANALISIS Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud sudah menjadi 'ikon' dalam masa hampir dua minggu kempen berlangsung.

Masakan tidak, di tengah-tengah kehangatan pertembungan antara biru 'BN' dan merah 'DAP', mencuri perhatian orang ramai di sekitar Teluk Intan adalah kelibat baju-T merah berkolar bulat yang terpampang lakaran bayang wajah Dyana Sofya Mohd Daud di tengah-tengahnya.

Di bawah wajah Dyana itu tertera namanya dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Sementara bahagian belakang baju-T itu pula tertera capaian Facebook laman kempen beliau.

Baju-T itu kelihatan dipakai ramai penyokong Pakatan Rakyat pada acara-acara kempen mereka tanpa mengira umur, jantina atau kaum dan ia juga bukan diedarkan secara percuma.


Baju-T itu yang dijual oleh DAP pada harga RM10 untuk semua saiz itu tanpa disedari bertindak sebagai papan iklan mudah alih buat Dyana.

Sesetengah penyokong Dyana kadangkala akan memintanya menurunkan tandatangan pada baju tersebut jika mereka terserempak dengannya sewaktu beliau berkempen.

Tindakan mengabadikan wajah Dyana pada baju-T itu secara tidak langsung menjadikannya seolah-olah sebaris dengan beberapa personaliti utama Pakatan Rakyat dalam masa dua minggu sahaja.

Selain Dyana, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, dan Nurul Izzah Anwar adalah di antara personaliti Pakatan yang wajah mereka juga diabadikan dengan cara yang sama pada baju-T penyokong Pakatan selama ini.

Mungkin mengambil isyarat daripada kelarisan produk itu, DAP semalam turut bertindak melancarkan satu buku tulisan Dyana Sofya berjudul 'Di Sini Bermula' walaupun tempoh kempen tinggal sehari sahaja lagi.

Buku dengan wajah Dyana berpakaian kemeja putih sebagai muka depan itu laris di kalangan penyokongnya walaupun ia sekadar memuatkan rampaian 11 rencana dan kenyatan media beliau.

Sebanyak 200 naskhah buku itu yang dijual pada harga RM20 setiap satu, habis disambar hadirin ceramah di padang sebelah Bank OCBC, Jalan Mahkota, semalam.

Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, barang Dyana Sofya terbukti 'baik' dan laku di bandar ini! -mk


Surat terbuka untuk orang Teluk Intan - Dyana Sofya

Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,

Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.

Dengan tiba-tiba saya menjadi tumpuan menteri-menteri UMNO yang tidak dapat menahan diri daripada memberi komen tentang rupa paras saya. Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu tuan-tuan supaya jangan undi saya hanya sebab saya memakai gincu. Datuk Zahid Hamidi pula berkata saya ini tidak lah cantik sangat jika jumpa berdepan. Datuk Ahmad Maslan pula menekankan bahawa isterinya sendiri, bahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman pun boleh menang jika ini satu pertandingan ratu cantik.

Rupa paras saya langsung tidak penting dalam pilihanraya kecil yang sangat penting ini. Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Saya menyeru orang Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik. Saya mahu memenangi pilihanraya ini bukan kerana rupa paras, tapi kerana kebolehan saya untuk membawa perubahan dalam lanskap politik Malaysia di Parlimen.

Lawan politik saya telah menyerang dengan ganas dan bersembunyi di sebalik blog-blog yang menyokong Barisan Nasional, dan juga risalah-risalah yang menfitnah saya dengan menggunakan gambar palsu dan tuduhan-tuduhan tidak berasas tentang moral dan etika saya. Sewaktu melawat beberapa pasar malam, saya bertemu beberapa pembuli dari kalangan penyokong UMNO yang mengejek-ejek, menggangu malah cuba menghalang laluan kempen.

Terdapat menteri yang malah turut menyebarkan penipuan bahawa saya bukan seorang peguam dan tidak mempunyai ijazah undang-undang. Walaupun saya telah membuktikan bahawa saya telah diiktiraf sebagai peguam pada tahun 2011, itu nampaknya tidak relevan bagi BN, yang begitu terdesak untuk menang dengan apa cara sekali pun.

Serangan paling jahat datang daripada seorang bekas menteri yang menuduh saya ini seorang pengkhianat Melayu. Jelas sekali mereka tidak peduli bahawa pengkhianat sebenar orang Melayu adalah pemimpin BN yang menyalahgunakan kuasa, memperkayakan kroni dan sanak saudara serta melakukan rasuah yang merugikan kita semua.

Taktik kotor dan jahat oleh pihak lawan tidak akan mematahkan semangat saya untuk memperjuangkan hak kesemua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terpinggir dan didiskriminasi. Saya tidak akan merasa lemah semangat dan saya tidak akan menjadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia.

Sementara pemimpin UMNO melabel saya sebagai pengkhianat orang Melayu, pemimpin Gerakan pula menyerang saya kononnya saya ini ekstremis Melayu kerana dakwaan hubungan saya dengan pertubuhan Perkasa. BN terus melakukan pendekatan pecah dan perintah di mana mereka memberi mesej berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza.

Biar saya jelaskan di sini. Pada waktu saya diminta ibu saya untuk membantu dengan tugas-tugas mendaftarkan peserta atau memakaikan bunga kepada VIP sewaktu penubuhan Perkasa ketika saya masih seorang mahasiswa lebih 5 tahun lalu, saya tidak terlibat dengan aktiviti Perkasa, dan saya juga bukan seorang ahli. Bahkan ibu saya sendiri menjauhkan diri daripada Perkasa dan tidak lagi aktif setelah beliau tidak bersetuju dengan aktiviti dan prinsipnya.

Saya membesar dalam keluarga UMNO dan melihat sendiri bagaimana Perkasa berfungsi, dan ini meyakinkan saya bahawa DAP mempunyai platform dan nilai-nilai terbaik demi memperjuangkan negara Malaysia yang lebih demokratik, adil dan makmur dari segi ekonomi.

Saya yakin bahawa Malaysia telah rosak akibat 57 tahun poltik perkauman melalui sistem pecah dan perintah oleh BN. Saya sedih melihat bagaimana pemimpin BN dan proksi mereka seperti Perkasa menghasut rakyat pelbagai kaum untuk membenci sesama sendiri, berbanding berjuang demi kebaikan sesama sendiri.

Saya mahu buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan hanya orang Cina yang boleh membantu orang Cina, bukan hanya Melayu yang boleh membantu Melayu, dan bukan hanya orang India boleh membantu orang India.

Saya ingin menunjukkan contoh, demi membina sebuah negara di mana seorang Melayu boleh membantu seorang Cina, seorang Cina boleh membantu seorang India dan seorang India boleh membantu seorang Melayu. Impian saya adalah untuk MeMalaysiakan semula Malaysia.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas budi baik dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya oleh orang Teluk Intan. Sambutan hangat dan kasih sayang dari semua kaum – Melayu, India dan Cina memperkukuhkan keyakinan saya terhadap masyarakat negara ini, serta memperkuatkan keazaman saya untuk berjuang demi Malaysia.

Dengan sokongan pengundi Teluk Intan, saya berharap dapat menunaikan janji saya untuk berpindah dan tinggal di daerah yang begitu indah dan bersejarah ini. Saya berjanji untuk memberikan khidmat bakti kepada anda dengan penuh komitmen dan dedikasi, dan memastikan ngauman Teluk Intan menggegarkan Parlimen Malaysia.

Dyana Sofya Mohd Daud



ERA DYANA SOFIA : MUNCULNYA POLITIK BARU DI MALAYSIA

Satu trend baru kelihatan dalam masa berkempen PRK Kawasan Teluk Intan ialah kecondongan kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat untuk menonjolkan golongan muda supaya bergiat cergas dalam politik. Perkembangan ini amat jelas kelihatan pada kepimpinan PAS ataupun DAP mahupun PKR. Dan tentunya amat berbeza dengan ‘fahaman’ yang masih ditonjolkan oleh UMNO (BN) yang masih berpaut kepada cara lama ia itu seolah-olah mengenepikan orang muda. Dengan sebab itulah sekiranya Dyana mengikut jejak langkah ibunya menyertai puteri UMNO berkemungkinan beliau tidak akan dapat menduduki tempat sebagaimana beliau diletakkan oleh DAP kini.

DS Anwar Ibrahim, TG Haji Hadi dan YB Saudara Lim Kit Siang nampaknya telah mengorak langkah yang luar biasa memberikan perhatian khusus kepada anak muda. YB Lim misalnya telah mempertaruhkan tindakannya dengan pengorbanan yang bukan kecil meletakkan Dyana bertanding di PRK Teluk Intan. Seorang calon muda. Melayu. Masih dikira tidak berpengalaman dalam sepak terajang politik, tetapi ‘disuruh’ bertanding di situ. Menunjukkan bahawa YB Saudara Lim Kit Siang telah ‘memperjudikan’ masa hadapan politiknya. Pastinya ada suara-suara sumbang yang menentang tindakannya itu. Namun disebabkan keyakinannya untuk mengenengahkan anak muda sebagai calon maka keputusan terpaksa dibuat.

Melalui gerak gerinya, dapat ‘dibaca’ bahahwa sememangnya beliau sangat mengharapkan kemenangan Dyana, kerana kemenangan itu nanti akan membawa kepada implikasi yang amat besar. Melalui gerak gerinya juga dapat ‘dibaca’ bahawa sememangnya hasrat YB Lim Kit Siang berusaha untuk ‘memadamkan’ tanggapan banyak pihak yang mengatakan bahawa partinya DAP adalah parti milik orang Cina. Tetapi dengan mengemukakan Dyana sebagai calon, gambaran sedmikian sudah mula agak pudar. Dan akan lenyap sekiranya Dyana menang dalam PRK nanti dengan undian dari berbagai kaum yang dapat membuktikan dengan jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak memihak kepada mana-mana kaum di Malaysia..

Aku yakin kemenangan Dyana nanti (Insyallah) akan merupakan titik tolak dalam pembentukan satu rupa bangsa Malaysia yang akan dicorakkan oleh anak muda dengan restu dan bimbingan ‘orang tua’ yang berpengalaman. Aku perhatikan tindak tanduk YB TG Haji Hadi adalah luar biasa sekali dalam PRK Teluk Intan ini. “kemesraan’ dan hubungan ‘bapak-anak’ yang ditonjolkannya terhadap Dyana adalah merupakan sesuatu yang luar biasa. Aku tidak tahu apakah tarikan yang ada pada anak gadis ini yang menyebabkan seolah-olah TG Haji Hadi sanggup memberikan sokongan PAS yang tidak berbelah bagi pada DAP untuk memenangi PRK ini.

Dengan kehadiran dan penglibatan DS Anwar Ibrahim sudah cukup memberikan bukti bahawasanya ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengharapkan kemenangan DAP dalam PRK. Seolah-olah kemenangan itu nanti akan merupakan kemenangan calon muda yang akan mencorak dan menentukan masa depan politik negara.

Anak-anak muda di seluruh negara sudah dapat ‘membaca’ dan memerhati bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat sedang melatih dan membimbing anak-anak muda supaya terjun ke kancah politik. Dan sememangnya PRU 14 nanati adalah PRU yang akan ditentu dan dimiliki oleh anak muda. Anak muda akan menjadi penentu segalanya. Dengan demikian kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengorak langkah dengan menampilkan orang muda untuk ditonjolkan menduduki kerusi di parlimen atau di dewan undangan negeri nanti.
-abuhassanadam

















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[20 GAMBAR LAGI] Fenomena Dyana Mania Berterusan, Ramai Ramalkan Dyana Menang


Tinjauan: Lebih ramai Melayu sokong DAP

Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universiti swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.

Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.

"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.

Sementara itu, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.

Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.

Ngerng berkata, satu kajian kumpulan tumpuan untuk pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum ke-13, dengan kira-kira 75 peratus memilih DAP.

Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei.

Jangkaan itu jauh berbeza berbanding majoriti 7,313 undi yang diperolehi pada 2008, dengan 80.4 peratus jumlah keluar mengundi.

Tinjauan itu menyatakan jangkaan sekurang-kurangnya 69 peratus akan keluar mengundi pada 31 Mei.


PRK Teluk Intan: DAP tumpu peniaga Cina dengan kempen berbisik

Perhatian pada peringkat akhir kempen di Teluk Intan kini tertumpu pada pengundi Melayu yang dijangka akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, Sabtu depan.

Sejumlah 38 peratus daripada keseluruhan 60,349 pengundi berdaftar ini – dua kali ganda daripada jumlah pengundi India – akan menentukan sama ada DAP mampu menghantar seorang wakil rakyat Melayu ke Parlimen.

Sasaran tersebut dinyatakan dengan jelas melalui pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu parti itu meningkatkan sokongan dari pengundi Melayu dari 25 peratus dalam pilihan raya umum lalu kepada 40 peratus.

DAP mahu merealisasikan impian tersebut melalui calon mereka, peguam muda berusia 27 tahun Dyana Sofya Mohd Daud.

Dalam suasana kempen yang hanya berbaki dua hari, DAP nampaknya berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran tersebut.

Ia boleh dilihat berdasarkan kenyataan rakan sekutunya, PAS yang hanya menetapkan sasaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang sudah sedia menyokong Pakatan Rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata strategi berkenaan sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan.

Katanya lagi, pengundi Melayu yang bersama BN "boleh dilupakan" sahaja kerana mereka sudah terlalu lama dimomokkan dengan propaganda BN.

Katanya, golongan berkenaan sudah lama termakan dengan dakwaan, antaranya seperti tuduhan kononnya DAP akan mengancam kedudukan agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Pemerhatian berhubung peluang DAP dalam meningkatkan sokongan Melayu itu juga berdasarkan kekangan yang dihadapi kem BN.

BN dilihat tidak mampu meluaskan pengaruh mereka berdasarkan gaya berkempen tradisional parti tersebut, yang tidak mampu memikat pengundi setia Pakatan.

Ini diperhatikan dalam isu yang diutarakan dalam ceramah BN, antaranya dakwaan bahawa Dyana Sofya mahu UiTM dibuka kepada bukan Melayu.

Perkara ini sudah diketahui oleh penyokong Pakatan sebagai satu putar belit politik untuk memburukkan imej DAP.

Begitu juga dengan kempen memburuk-burukkan DAP sebagai parti yang menolak hudud. Dakwaan ini juga tidak lekat di kalangan pengundi setia Melayu yang menyokong Pakatan.

Mereka sedia maklum bahawa MCA dan GERAKAN yang berada di dalam BN turut menolak hudud.


Mengikut perkiraan ini, golongan pengundi Melayu Teluk Intan nampaknya sudah pasti siapa yang mereka mahu undi.

Samseng Umno

Sementara itu, peristiwa kemangkatan Sultan Perak, Raja Azlan Shah semalam turut memberikan kesan besar kepada kempen kedua-dua parti.

Tinjauan Malaysiakini pada malam tadi menunjukkan acara ceramah politik bertukar menjadi majlis bacvaan Yassin dan tahlil selepas DAP dan BN mengumumkan untuk menangguhkan kempen sehingga majlis pemakaman selesai hari ini.

Bagaimanapun perkembangan itu tidak merencatkan kempen 'berbisik' di kalangan pengundi Cina di Teluk Intan.

Kempen tersebut dikesan bagi menyebar sentimen untuk menolak BN dan "samseng Umno" bermula semalam, yang mensasarkan golongan peniaga kecil Cina di kawasan bandar Teluk Intan.

Kempen berkenaan timbul ekoran ucapan naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu, yang menyifatkan golongan peniaga Cina yang menyokong DAP sebagai pihak yang "tidak mengenang budi".


Kempen untuk menolak tindakan 'samseng Umno' itu pula merujuk kepada siri serangan dan kekasaran dilakukan kumpulan Pemuda Umno yang mensasarkan wakil rakyat dan pejabat DAP minggu lalu.

Kejayaan kempen tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan, namun cakap-cakap di kalangan pengundi mungkin boleh memberi beberapa petunjuk.

Antaranya, seorang peniaga kedai haiwan yang menyatakan kebimbangan bahawa 'samseng Umno' akan bertambah kuat sekiranya pengundi memilih BN.

Kempen demikian akan meletakkan BN dalam kedudukan sukar seandainya ia terus dibisikkan di kalangan pengundi dalam tempoh genting ini.

Dengan sekutu seperti Umno, parti GERAKAN tidak perlukan lebih ramai musuh untuk menyukarkan kempen mereka di saat akhir ini.
-mk



‘Shock and awe’ Dyana a shoo-in for Mah's ‘bye-election’

OUTSPOKEN: Is she a diamond? A princess? A tigress? Yes, she's all that. She is DAP's "shock and awe" candidate for the next MP of Teluk Intan.

Yet Dyana Sofya Mohd Daud claims she is the underdog in the one-on-one tussle against the BN.

Is she really? Her opponent, Gerakan president Datuk Mah Siew Keong, also claims it is an uphill battle for him in Saturday's by-election.

Well, Dyana will definitely be unable to match her colleague Ramkarpal Singh's massive victory in Bukit Gelugor where the Tiger of Jelutong's scion polled nine out of every 10 votes cast.

Neither will Mah suffer the humiliation of his former Gerakan colleague, PCM vice-president Datuk Huan Cheng Guan, in losing his deposit as the latter did in Bukit Gelugor along with the two Independents.

But Dyana is headed for victory on Saturday and making history as DAP's first Malay female MP, joining her two Malay male and 35 other colleagues on the party's backbenches.

At 27, she will be the youngest member of the 13th Parliament. A "very pretty one", besides being able to "think, write and articulate".


She will join the ranks of Bernadette Devlin from Northern Ireland who won a by-election in 1969 to enter the British House of Commons.

Bernadette was the youngest MP when elected at aged 21, and remains the youngest female ever elected to Westminster. She made her maiden speech on her 22nd birthday, within an hour of taking her seat.

The gutsy woman stood on the slogan "I will take my seat and fight for your rights".

That sounds like it's coming from Dyana herself.

Here's a sampling:

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) said that Malays were smart in joining Pakatan Rakyat. He's correct," she said. "After that he calls us traitors. Wow, that's rich."

That didn't stop DAP supremo Lim Kit Siang making an SOS for netizens to help boost the chances of his political secretary.

The DAP, he said, took a big risk by fielding the Malay lawyer in Chinese-dominated Teluk Intan.

Truth be told, voters in the Perak riverine constituency have consistently elected non-Chinese to Parliament and the Perak state assembly.

In fact, DAP's current Ipoh Barat MP M Kulasegaran first entered Parliament in the 1997 Teluk Intan by-election by turning round a BN majority of 13,968 in the 1995 general election to a DAP majority of 2,916.

Although Mah wrested the seat back for BN in 1999 and retained it in 2004, he lost to another DAP Indian, M Manogaran, in 2008 and failed in his second bid last year.

In last year's general election, the Chinese voted for yet another DAP Indian, Terence Naidu V Raja, to represent Pasir Bedamar, the town centre state seat.

In the past, they had elected Fadzlan Yahya as DAP assemblyman for three consecutive terms.

On the basis that the local Chinese have proven their "colour blindness", are Dyana's chances really only 40% as claimed by her boss?

To begin with, the DAP has firmly held on to Pasir Bedamar, the bigger of the two state seats that make up the Teluk Intan parliamentary constituency.

The only time since 1969 that the opposition party lost the state seat was in 1995 when Mah made his election debut.

Mah contested under the platform that he is the grandson of Datuk Mah Pooi Soo, the richest man in town, and won out of the townsfolks' gratitude to his grandfather for his benevolence.

Even so, the DAP snatched back the seat from Gerakan in the following general election when Mah "graduated" to contest the parliamentary seat.

Last year, Mah polled only 15% of the Chinese votes when he lost in his second bid to win back Teluk Intan even though 75% of the Malay voters chose him over the DAP's Seah Leong Peng, whose death caused this by-election.

Teluk Intan has a current voter profile of 42% Chinese, 38% Malay and 19% Indian.

To be assured of victory, Dyana needs the support of 85% of the Chinese votes or 35% of the total.

In addition, she requires 50% of the Indian votes or 9.5% of the total, and 15% of the Malay votes or 5.5% of the total.


Seah polled just 25% of the Malay votes last year and still beat Mah convincingly by over 7,000 votes.

Fielding Dyana could very well see the DAP cut into the BN's Malay vote bank.

With up to 90% of the Chinese vote behind her and currently commanding more Indian support than Mah, the DAP candidate will romp home if she snares just 12% of the Malay votes.

Barring last minute stunts by Umno, which has more to lose in the event of Gerakan's Mah falling yet again, the DAP seems headed for a thumping victory.

Don't be surprised if Dyana beats Mah by 60% to 40%. Saturday is looking like Mah's "bye-election"
. -Tan Jooi Lang

Tan Jooi Long resigned as an editor in Bernama to head the Asia Pacific operations of a U.S.-based newswire. He is a prolific tweeter.
-theantdaily














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI