10 Mac 2010

UMNO Lepas Tangan Dalam Tragedi Natrah

Walaupun mengajak semua pihak bersatu dengan mengambil tragedi Natrah sebagai contoh, pimpinan Umno sebenarnya lepas tangan dalam memperjuangkan akidah gadis Belanda itu.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu sebelum diambil alih Umno, Said Zahari berkata, Umno tidak mengambil peduli isu berkenaan sebaliknya membiarkan tokoh pembangkang lain memainkan peranan.

"Umno sebagai parti tidak terlibat. Kecuali adalah beberapa orang pemimpin kelahiran Singapura antaranya (Tun) Saadon Zubir," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Beliau mengakui Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman terlibat dalam perjuangan berkenaan tetapi Presiden Umno kedua itu pada masa berkenaan, belum menyertai Umno.

Said berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya meminta umat Melayu-Islam di negara bersatu dengan mengambil contoh tragedi Natrah.

Sebaliknya Utusan Malaysia dengan memetik kenyataan Muhyiddin cuba memutar belit sejarah kononnya semua parti termasuk Umno mendukung perjuangan terhadap Natrah.

Kenyataan itu dibuat pada pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, kononnya Umno bersama-sama Hizbul Muslimin dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersatu mempertahankan kesucian Islam Natrah.

Tragedi Natrah atau nama sebenarnya Maria Hertogh di Singapura pada tahun 1950 hingga kini menjadi simbol perjuangan Islam dinegara ini.

Gerakan memperjuangkan akidah Natrah, bukan gerakan bersepadu parti politik sebaliknya didominasi tokoh parti pembangkang termasuk bekas Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmy.


Mengikut buku ‘Tragedi Nadra’, Umno tidak membuat apa-apa sebagai sebuah parti malah mengambil sikap berkecuali berikutan hubungan baiknya dengan penjajah, Inggeris yang ketika itu terikat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda.

Malah, Presiden Umno ketika itu, Datuk Onn Jaafar dipetik sebagai berkata beliau 'enggan campur tangan kerana ia bukan isu politik, sosial mahupun keagamaan.'

Sehingga kini, tragedi yang menimpa Natrah dipadamkan dari lipatan sejarah tanah air lantaran ia tidak terkandung dalam skema pembelajaran sejak dulu lagi.

Malah, sebuah lagu berjudul Natrah yang mengisahkan tragedi menyayat hati yang didendang sebuah kumpulan rock sekitaar tahun 80-an, diharamkan penyiarannya. -TVS

Nik Aziz Mahu PAS Anjur Seminar Hak-hak Bukan Islam Sebelum Muktamar

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan seminar menyentuh hak-hak bukan Islam dalam pemerintahan berteraskan Islam sempena Muktamar PAS pertengahan tahun ini dalam usaha memantapkan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, melalui seminar sedemikian PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam.

“Demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam bersempena Muktamar PAS akan datang,” kata beliau dalam perutusannya sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, Pakatan Rakyat menguasai lima negeri termasuk Kelantan yang dimenangi PAS pada 1999. Bagaimanapun Perak berpindah tangan awal tahun lalu.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR juga memperoleh satu pertiga kerusi di Parlimen — kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini beliau berharap para pemimpin dan pendukung perjuangan ikatan itu dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat.

“Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk “Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan.

“Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff tahun lalu adalah suatu titik persetujuan awal bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan.

“Sekali gus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut,” katanya.

Gobind Persoal Mengapa Kecederaan Teoh Tidak Ada Di dalam Laporan Pertama (updated)

Peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata kecederaan yang dialami bekas Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu adalah sebelum mangsa terjatuh, seraya mengundang beberapa ersoalan penting.

Gobind Singh Deo berkata dua patologis kerajaan tidak menjawab bagaimana, mengapa dan untuk apa kecederaan-kecederaan ini dalam laporan bedah siasat pertama mereka.

"Pertama sekali, laporan bedah siasat pertama tidak menyebut secara terperinci kecederaan pada leher mangsa, dan saya berpendapat kesaksian dari (pakar patologi kedua) Dr. Shahidan Md Noor telah menonjolkan betapa pentingnya kecederaan pada leher mangsa dalam kes ini," kata Gobind.

"Ini kerana kecederaan ini berlaku sebelum mangsa jatuh. Maka, seseorang perlu bertanggungjawab kerana mencederakan mangsa. Ini mengundang persoalan bagaimana dua pakar patologi sebelum ini tidak perasan atau tidak menonjolkan kecederaan ini dalam laporan mereka," tambah beliau.

Namun sebelum mencapai kesimpulan, Gobind berkata semua pihak perlu menunggu pendapat dari pakar-pakar patologi lain.

"Kita biarkan mahkamah untuk tentukan perkara ini, lagipun kita ada dua lagi pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Vanezis. Tuan Majistret telah meminta mereka untuk hadir, dan dengar penemuan mereka dahulu, sebelum kita panggil doktor-doktor dari bedah siasat pertama untuk menjelaskan kedudukan mereka," tegas beliau.


Ahli Patologi Nafi Teoh Dijerut Sebelum Terjatuh
Oleh Fazilah Sahir

SHAH ALAM 10 Mac - Ahli patologi yang melakukan bedah siasat kedua ke atas Teoh Beng Hock, Dr Shahidan Md Noor memberitahu mahkamah bahawa tidak mungkin mendiang dipukul atau dijerut sebelum jatuh dari tingkat 15, Plaza Masalam tersebut.

Menurut Dr Shahidan walaupun ada kesan tekanan pada leher namun lebam kebiruan pada bibir dan kuku serta bintik-bintik merah pada muka tidak ditemui bagi mencadangkan bahawa mangsa dibunuh.

"Mungkin terdapat tekanan yang digunakan di bahagian leher. Kesan lebam di leher tidak ada kesan asphyxia. Malah bintik-bintik merah di leher itu bukan penyebab kematian Teoh.” katanya ketika disoal balas oleh Ketua Pendakwa dan Bahagian Perundangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abdul Razak Musa.

Tambah Dr Shahidan lagi kecederaan di kawasan dubur Teoh bukan atas sebab diliwat namun ia konsisten dengan kecederaan akibat terjatuh.

"Kawasan tulang pinggul retak sebelum patah semasa si mati jatuh dan mengakibatkan ia tertusuk di belakang. Kecederaan adalah sebahagian daripada peringkat yang didapati ketika si mati jatuh," katanya lagi.

Malah tiada sebarang kesan atau bukti yang menunjukkan Teoh dipukul atau dilemaskan kerana tiada sebarang tanda seperti lebam di bibir, bintik kemerahan pada muka dan lebam kebiruan di hujung jari.

Dalam pada itu Dr Shahidan yang melakukan bedah siasat kedua pada 22 November lalu menolak laporan oleh ahli patologi Thailand yang mewakili kerajaan negeri Selangor Dr Pornthip Rojasunanand bahawa kepala Teoh dipukul dengan objek yang tumpul.

Ini kerana melalui siasatannya retak yang ditemui di bahagian kanan badan dan tengkorak Teoh menunjukkan konsistensi dengan kesan jatuh.

Jelas beliau keadaan "jatuh" juga boleh diklasifikasikan sebagai satu pukulan objek yang tumpul.

"Kesan retak di kanan tubuh mangsa dan tengkorak konsisten dengan jatuh. Bahkan, jatuh juga boleh ditakrifkan sebagai dipukul objek tumpul," katanya.

Sementara itu Abdul Razak turut memohon pihak Mahkamah Majistret Shah Alam memanggil semula dua ahli patalogi Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar yang melakukan bedah siasat pertama untuk tampil memberi keterangan.

Namun Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor membantah permintaan itu kerana dilihat memberi peluang kepada mereka memperbetulkan kenyataan awal.

Majistret Azmil Muntapha Abas kemudiannya menangguhkan inkues dan memberi ruang kepada Dr Pornthip memberi keterangan pada 20 April ini.

Manakala ahli patologi yang mewakili SPRM Dr Peter Venezis menyusul pada 26 dan 27 April bagi memberi keterangannya pula. - SK




Tiga Wanita Dirotan, Tapi Saiful Bebas

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 14 April depan bagi keputusan berhubung bantahan awal yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwaan Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain untuk membatalkan permohonan qazaf oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hujah di mahkamah pagi tadi, pihak responden mengatakan mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaan Syarie membuat dakwaan terhadap bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Mohd Azlan yang memfitnah Anwar beliau telah diliwat.

Selain dari Shamsuddin dan Jamil Baharom, seorang lagi responden ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Che Mat Che Ali.

Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mengetuai enam peguam syarie Anwar, dalam hujah balasnya berkata wujudnya bidang kuasa dalam mahkamah syariah dengan merujuk kepada beberapa kes terdahulu seperti kes Lina Joy.

Pasukan peguam Anwar membantah tentang ketidakhadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dengan berhujah beliau dikehendaki untuk hadir mengikut undang-undang dan tidak seharusnya berselindung di sebalik tugasnya sebagai seorang menteri.

Hakim Mohd Shukor Sabudin kemudian mengarahkan Jamil Khir supaya hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Beliau tidak hadir pada perbicaraan hari ini kerana menghadiri mesyuarat Kabinet.

Peguam bela Zainal Rijal Abu Bakar mengemukakan tiga sebab kenapa permohonan qazaf terhadap Saiful harus ditolak.

Pertama, afidavit mengandungi unsur kesalahan kerana ia bukan berasaskan notis permohonan dan bukan notis saman.

Kedua, permohonan itu tidak memasukkan keperluan syariah tertentu maka dengan itu bercanggah dengan undang-undang Islam.

Ketiga, sama ada ia dalam bidang kuasa mahkamah syariah untuk mengarahkan supaya Saiful dihukum.

"Persoalannya bukan perbuatan qazaf itu berlaku atau tidak.

Ianya sama ada mahkamah boleh mengeluarkan arahan pendakwaan atau tidak?", kata Zainal.

Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mengetuai enam peguam syarie Anwar, dalam hujah balasnya berkata wujudnya bidang kuasa dalam mahkamah syariah dengan merujuk kepada beberapa kes terdahulu seperti kes Lina Joy.

Beliau menambah, penolakan pihak responden tidak berasas kerana mereka mahu kes ini dibuang berdasarkan sebab teknikal dan bukan berdasarkan sebab-sebab ‘fundamental’.

"Jika mereka (pembelaan) mahu kami membuat permohonan semula dengan saman maka kami boleh lakukan. Selagi keadilan dapat ditegakkan," kata beliau.

Kamar Ainiah berkata, ketiadaan keperluan-keperluan syariah seperti mana yang disebut oleh Zainal adalah perkara kecil dan tidak memberi kesan dalam apa cara jua.

Beliau seterusnya memberi amaran jika permohonan qazaf ditolak maka ini merupakan satu ancaman kepada keadilan dalam undang-undang Islam.

"Saiful mengakui di depan masyarakat awam perbuatan liwat berlaku terhadapnya tetapi beliau tidak dikenakan tindakan, sedangkan ketiga-tiga wanita yang mengakui secara tersembunyi dirotan.

"Adakah ini bermakna undang-undang Islam dikecualikan kepada mereka yang disokong kuat oleh mereka yang berkuasa?’
, soal beliau.

Mohd Shukor memohon tempuh masa sebulan untuk membuat keputusan dan akan menetapkan tarikhnya kemudian.

Bagaimanapun, Kamar Ainiah meminta mahkamah menentukan tarikh sebelum perbicaraan ditangguhkan kerana beliau bimbang pengumuman tarikh pada kemudian hari mungkin bertembung dengan tarikh perbicaraan lain dan mengakibatkan kes ini tertangguh.

Bercakap selepas perbicaraan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa.

Beliau menekankan bahawa tidak ada tindakan diambil sejak beliau membuat permohonan ini hampir dua tahun yang lalu dan kini pihak responden sedang mencipta alasan untuk menolak kes ini sama sekali. "Saya juga merasa malu dengan tingkah laku dua orang ustaz dalam kes ini.

Mereka memilih untuk mengikut telunjuk Umno dengan menghukum tiga wanita itu dan membiarkan Saiful bebas,"
katanya.

Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat laporan qazaf terhadap Saiful di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, JAWI mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Ini disusuli dengan tindakan Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya itu atas tuduhan qazaf pada 7 Januari lalu.

Menurut seksyen tersebut sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. -FMT

Anwar : Kita Pecat Ahli Parlimen Kerana Kita Berani Ambil Keputusan Yang Tepat Dan Benar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setelah dua tahun kemenangan besar Pakatan Rakyat gagasan itu semakin teguh dan mantap dan sukar digugat walaupun diasak serta ditekan berterusan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Ini kerana rakyat berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat yang memberi kekuatan dan dorongan untuk membawa perubahan total yang diharapkan rakyat selama lebih 50 tahun di bawah Umno-BN.

Berucap di Commerce Square, Seremban malam tadi dihadapan lebih 10,000 penyokong yang tidk berganjak walaupun terpaksa mengharungi hujan lebat tanpa henti sempena majlis sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat, Anwar berkata dengan semangat jitu yang ditunjukkan rakyat Negeri Sembilan tidak mustahil Umno akan rebah di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

"Malam ini pemimpin-pemimpin Umno Negeri Sembilan tidak boleh tidur. Semangat rakyat tinggi menggunung. Berapa tinggi gunung Kilimanjoro, tinggi lagi semangat rakyat Negeri Sembilan," ujar Anwar.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abas serta pimpinan Pakatan Rakyat pusat dan negeri.

Anwar yang berucap dengan penuh semangat berkata walaupun pelbagai tekanan dan ujian yang dihadapi Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun pentadbirannya namun sambutan rakyat terhadap KEADILAN, PAS dan DAP lebih hebat berbanding sebelum ini.

Beliau tegas menyatakan hanya pemimpin yang berjuang untuk prinsip diterima dalam Pakatan Rakyat manakala pemimpin yang berjuang untuk mendapatkan kekayaan dan projek akan disingkirkan.

"Wajah dan peta politik Malaysia sudah berubah. Kita sekarang ambil pendekatan yang jelas berdasarkan apa yang benar. Sebab itu apabila ditanya mengapa kita memilih untuk memecat Ahli Parlimen KEADILAN meskipun jumlah kita menurun, kita pecat sebab kita berani, kerana kita mengambil keputusan yang tepat dan benar serta tidak tunduk kepada mereka," tegas Anwar lagi.

Pada masa yang sama Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulas isu integriti dan keselamatan negara membabitkan isu pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.

"Ini isu keselamatan negara kita. Sebab itu mereka (Umno) tak tahan dengan PAS, DAP dan KEADILAN sebab kita suarakan, walau hadapi risiko. Kalau kita tidak suarakan rakyat tidak akan tahu. Kalau perang, kapal selam tak boleh selam, kapal selam tak boleh naik, bermakna kalah Malaysia," tegas Anwar.

Berhubung isu penggunaan kalimah Allah bukan sahaja KEADILAN malah PAS dituduh sebagai pro-Kristian.

Sementara di Pulau Pinang pula Ketua Menteri Lim Guan Eng dituduh merampas hak orang Melayu.

Hakikatnya kata Anwar pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang telah banyak membantu kaum Melayu di negeri itu berbanding semasa ia ditadbir Gerakan-Barisan Nasional.

"Di Pulau Pinang, Cina majoriti, kita angkat Cina. Cina yang prihatin masalah rakyat, yang ada peribadi yang baik, yang tak rampas tanah kita, Cina yang tak rasuah, itu Cina kawan kita.

"Saya tahu Lim Guan Eng tegas, bagi arahan jelas tak akan ambil saham negeri, tak ambil tanah negeri, tak ambil kontrak negeri. Tanya Menteri Besar Umno, Ketua Menteri Umno, ya memang dia kata tak ambil satu kontrak, dia ambil 14 kontrak! Mana ada pemimpin Umno yang tak ambil (rasuah).

"Kerajaan negeri semasa Umno-Gerakan perintah peruntukan untuk majlis agama setakat RM12 juta sahaja. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah peruntukan untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang meningkat daripada RM12 juta kepada RM24 juta," tambah beliau.

Kata Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hidupnya secara sederhana turut menjadi mangsa fitnah dan tuduhan jahat pemimpin Umno.

Beliau mempersoalkan mengapa tiada siasatan dilakukan terhadap pemimpin Umno-BN yang memunggah kekayaan negara untuk diagihkan kepada kroni mereka.

"Kenapa tidak boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak. Kenapa mesti adik Najib, kenapa mesti menantu Abdullah Badawi, kenapa mesti jadi anak Mahathir, dah kaya beli kilang arak terbesar di Filipina. Ini yang kita lawan, kita lawan soal prinsip. Saya Melayu, saya tetap Melayu, saya tetap pertahankan Melayu. Tapi apa bezanya saya dengan Umno. Saya Melayu Muslim, saya pertahankan hak Melayu tetapi saya tetap pertahankan juga hak Cina dan India di negara ini," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Dalam isu Konspirasi II yang dihadapi beliau, Anwar berkata beliau tidak gentar kerana tidak bersalah melakukan perbuatan itu yang hanya merupakan satu konspirasi jahat.

"Ada orang kata orang tuduh supaya saya disiasat. Siasatlah. Saya tak marah polis siasat, saya marah kerana terlibat dalam konspirasi jahat dan fitnah orang," kata Anwar yang turut menjelaskan fatwa Pengerusi Majlis Ulama Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi mengenai fitnah dan tohmahan yang dihadapi beliau.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan tetap menyuarakan pelbagai isu membabitkan masalah rakyatdan soal kebobrokan kerajaan di Parlimen.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan memetik kata-kata pejuang bahasa dan anak kelahiran Negeri Sembilan, Pendita Zaaba dalam buku beliau yang ditulis sekitar 1920 mengenai prinsip perubahan.

"Daripada kepercayaan yang bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar (ala Umno) kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan pemikiran (ala Pakatan Rakyat). Daripada keyakinan dan ikhtiqad yang kering dan terpesong (ala Umno) kepada ikhtiqad yang subur dan merdeka (ala Pakatan Rakyat). Daripada kezaliman pemerintahan dan kerosakan hawa nafsu (ala Umno) kepada kesolehan dan keadilan (ala Pakatan Rakyat)," tegas Anwar. -SK

Anwar Terus Cabar Pemecatannya Dari Jawatan Kabinet

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencabar kesahihan pemecatannya dari jawatan Kabinet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 11 tahun lalu.

Hari ini, beliau memfailkan permohonan bagi menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya pada 8 Mac yang mengisytiharkan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah di sisi undang-undang.

Notis usul, yang dikembarkan bersama dengan afidavit Anwar, difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Dalam afidavitnya, Anwar memohon mahkamah tertinggi supaya menggunakan budi bicara sedia ada untuk menyemak semula kesnya mengikut Kaedah 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mengelak ketidakadilan yang didakwa dilakukan ke atasnya.

Anwar berkata penghakiman Mahkamah Persekutuan bertentangan dengan peruntukan Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menetapkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikannya daripada jawatan-jawatan Kabinet atas nasihat Perdana menteri dan bukan Perdana Menteri.

Anwar berkata panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, dalam menolak rayuan terakhirnya, melakukan kesilapan undang-undang dengan memutuskan bahawa ia adalah Perdana Menteri yang juga pihak yang berkuasa melantik dan mempunyai hak untuk membatalkan pelantikan Anwar.

Beliau mendakwa ia adalah satu penghinaan ke atas perumus perlembagaan bagi mencadangkan pematuhan kepada Artikel 43(5) dalam formaliti yang kosong dan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertahan terhadap penyeliaan penghakiman.

Anwar berkata perkara itu merupakan kes yang luar biasa bagi mahkamah untuk membatalkan budi bicara sedia ada bagi menghalang ketidakadilan terhadapnya.

Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa pemecatannya adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mahu beliau diberikan pampasan sebagai ganti kepada pengembalian kedudukan jawatan.

Beliau gagal dalam usahanya di Mahkamah Tinggi dan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. - Bernama

I Malaysia Dah Tak Terima Zulkulim, Gerakan Gesa UMNO Jangan terima Zul

Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan rasis.

“Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa. Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak “cemas” dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno “sentiasa terbuka” kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan racis dalam kumpulannya. — Bernama

Ulasan GB

Hamput lu, mahu tunjuk lagak, sekarang tak siapa pun suka.
Hantar pasar Baghdad, kasi lelong, pun lom tentu laku.

Gobind: Siapa Yang Mencederakan Mangsa?

Peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata kecederaan yang dialami bekas Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu adalah sebelum mangsa terjatuh, seraya mengundang beberapa ersoalan penting.

Gobind Singh Deo berkata dua patologis kerajaan tidak menjawab bagaimana, mengapa dan untuk apa kecederaan-kecederaan ini dalam laporan bedah siasat pertama mereka.

"Pertama sekali, laporan bedah siasat pertama tidak menyebut secara terperinci kecederaan pada leher mangsa, dan saya berpendapat kesaksian dari (pakar patologi kedua) Dr. Shahidan Md Noor telah menonjolkan betapa pentingnya kecederaan pada leher mangsa dalam kes ini," kata Gobind.

"Ini kerana kecederaan ini berlaku sebelum mangsa jatuh. Maka, seseorang perlu bertanggungjawab kerana mencederakan mangsa. Ini mengundang persoalan bagaimana dua pakar patologi sebelum ini tidak perasan atau tidak menonjolkan kecederaan ini dalam laporan mereka," tambah beliau.

Namun sebelum mencapai kesimpulan, Gobind berkata semua pihak perlu menunggu pendapat dari pakar-pakar patologi lain.

"Kita biarkan mahkamah untuk tentukan perkara ini, lagipun kita ada dua lagi pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Vanezis. Tuan Majistret telah meminta mereka untuk hadir, dan dengar penemuan mereka dahulu, sebelum kita panggil doktor-doktor dari bedah siasat pertama untuk menjelaskan kedudukan mereka," tegas beliau.


Ulasan GB

Thats right Gobind. Kalau betul pun Teoh mati terjatuh macam ahli patologi tempatan nyatakan, sekarang meraka akui kesan di leher mangsa adalah kerana dicekik sebelum jatuh.

Apa hak pegawai-pegawai SPRM "mencekik" mangsa, siapa yang mencekik, walaupun bukan penyebab kematian mengikut ahli pathologi tempatan.

Qazaf: Mahkamah Tidak Wajar Jadikan Isu Teknikal Alasan Menafikan Keadilan

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menyaksikan pasukan peguam mewakili kerajaan Malaysia terkedu bila disoal perihal layanan berat-sebelah yang ditunjukkan dalam kes Qazaf Anwar Ibrahim.

Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar, mewakili kerajaan Malaysia, berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pendakwaraya Syariah mendakwa Saiful Bukhari Azlan.

Selepas hampir dua tahun kes Qazaf tertunda, Anwar memfailkan permohonan meminta mahkamah mengarahkan Ketua Pendakwaraya Syariah Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful Bukhari Azlan diatas kesalahan membuat pertuduhan palsu.

Dalam perkembangan yang mengejutkan, Menteri Hal-Ehwal Agama Islam Datuk Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali memfailkan bantahan supaya permohonan Qazaf terhadap Saiful digugurkan.

Zainul Rijal berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau mengatasi bidang kuasa Ketua Pendakwaraya Syariah mengikut Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam.

Beliau juga berkata terdapatnya kesilapan dalam permohonan yang difailkan pihak Anwar Ibrahim, dan demikian itu permohonan Anwar harus ditolak.

Menyanggah hujah ini, Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman menyorot perhatian mahkamah kepada prinsip perundangan Islam.

Kamar Ainiah meminta mahkamah menjelaskan apakah kuasa pendakwaan Ketua Pendakwaraya Syariah bersifat muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Beliau juga menarik perhatian peguam kerajaan kepada turutan sebelum ini yang menunjukkan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mencampuri hal-ehwal undang-undang Islam.

Kamar Ainiah berkata jika mahkamah merasakan ia tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaraya mempercepatkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful, maka Anwar boleh merujuk kes beliau ke mahkamah sivil.

"Tetapi, apakah kita mahu isu masyarakat Islam di dengar di mahkamah sekular dan oleh hakim yang 'kafir'?" soal Kamar.

Beliau menjelaskan kerajaan mutakhir ini memberi penekanan kepada keutamaan undang-undang Islam, dengan merotan tiga wanita sebelum ini, namun keutamaan itu tergugur bila ia membabitkan Saiful Bukhari Azlan.

"Pihak menteri, ketua pendakwaraya dan pengarah jabatan agama nampaknya lebih yakin pada mahkamah sivil dari mahkamah Syariah, dengan membenarkan kes Qazaf ini ditunda sehingga kes sodomi selesai," tegas Kamar.

"Kerajaan mahu memperkasa undang-undang Islam di negara ini dengan merotan tiga wanita tetapi mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Saiful, yang telah membuat sumpah laknat, bahawa beliau telah diliwat? Apakah tiga wanita itu dirotan kerana mereka tidak dilindungi oleh pihak tertentu?" soal Kamar.

Kamar menegaskan mahkamah tidak sewajarnya mengizinkan isu-isu teknikal dijadikan alasan untuk menafikan keadilan.

"Matlamat mahkamah adalah mencapai keadilan, bukan menghalangnya," kata Kamar.

Ulasan GB

GB nak bertanya Datuk Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Datuk Che Mat Che Ali, kamu beragama apa yang sampai memfailkan bantahan supaya permohonan Qazaf terhadap Saiful digugurkan?

Kalau tak suka dan tak yakin dengan hukum Islam, isytiharkan diri-diri kamu keluar dari Islam.


PAS tolak kerajaan perpaduan sebab Umno ‘sesat-sesesatnya’ - TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menggariskan lima sebab mengapa partinya menolak kerajaan perpaduan dengan Umno, termasuk kerana perjuangan parti utama Barisan Nasional (BN) itu “sebenarnya amat dhalalah atau sesat sesesatnya”.

Nik Aziz berkata, Umno menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama, yang sekali gus menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan-rakan daripada kalangan bukan Islam.

Beliau membangkitkan pendirian membantah syor kerajaan perpaduan sejurus selepas 8 Mac 2008 dan juga ketika Muktamar PAS 2008 di Ipoh.

Kerajaan perpaduan PAS-Umno memfokus negeri Kedah, Perak dan Selangor.

Isu kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak turut dibangkitkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu, yang kemudiannya dikritik Nik Aziz sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Nik Aziz, antara pemimpin dalam PAS yang menentang keras sebarang usaha ke arah kerajaan perpaduan PAS-Umno turut menyenaraikan satu alasan lama yang beliau sering membangkitkannya.

Selain alasan Umno “sesat”, kata Menteri Besar Kelantan, tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS.

“Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS.

“Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977.

“Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno,” katanya.

Namun menurut beliau, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno dengan PAS telah ditendang keluar.

“Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN,” katanya.

Oleh itu Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1999 memberitahu PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Begitu pula sejak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, katanya, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP.

Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti tetapi pemimpin Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.


“Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan Gerakan.

“Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN,” katanya.

Nik Aziz menambah, kini PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkannya sebagai satu perkembangan baik memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam.

“Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam.

“Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

“Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam,” katanya.

Ulasan GB

Itu diatas, TGNA, Mursyidul Am PAS ulas Kerajaan Perpaduan lagi, yang pro-UG sangat, nak maki TGNA, makilah, katalah kat TGNA, UG dah tutup.

Inkues: Tak Logik Mati Bukan Kerana Dicekik Tapi Demikianlah Kata Pakar

Teoh tak diliwat tapi tertusuk tulang

Inkues bagi menyiasat punca kematian pegawai politik kepada seorang exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock bersambung semula pada jam 10 pagi ini.

Perbicaraan bermula dengan ketua pendakwa dan bahagian perundangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Musa menyoal Dr Shahidan Md Noor (kiri).

Dr Shahidan adalah ahli patologi yang melakukan bedah siasat kedua pada 22 Nov lalu.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak mungkin Teoh dipukul atau dijerut sebelum jatuh.

Menjawab soalan daripada Abdul Razak, Shahidan berkata walaupun ada kesan tekanan pada leher, namun lebam kebiruan pada bibir dan kuku, serta bintik-bintik merah pada muka tidak ditemui bagi mencadangkan bahawa mangsa dibunuh.

"Terdapat kesan lebam di leher tetapi tidak ada kesan asphyxia.

"Mungkin terdapat tekanan yang digunakan (di bahagian leher). Bagaimanapun bintik-bintik merah itu di leher tidak menyebabkan kematian Teoh.”

Shahidan juga berkata kecederaan di kawasan dubur Teoh bukan akibat diliwat tetapi konsisten dengan kecederaan akibat terjatuh.

"Kawasan tulang pinggul retak sebelum patah semasa dia jatuh dan akibat itu ia tertusuk di belakang."

Tidak dipukul objek tumpul

Shahidan juga berpendapat tiada kesan kecederaan menunjukkan Teoh dipukul atau dilemaskan.

"Ini kerana tiada tanda seperti lebam di bibir, bintik kemerahan pada muka dan lebam kebiruan di hujung jari," katanya lagi.

Beliau juga menolak laporan oleh Dr Pornthip Rojasunanand (kanan) - seorang ahli patologi dari Thai yang mewakili kerajaan negeri Selangor - yang kepala Teoh dipukul dengan objek yang tumpul.

"Retak di bahagian kanan badan dan tengkorak juga konsisten dengan kesan jatuh.”

"Lagipun, jatuh juga boleh dianggap sebagai satu pukulan oleh objrek yang tumpul.”

Selepas Shahidan mengakhiri kenyataannya, Abdul Razak meminta dua ahli patologi yang membuat bedah siasat pertama untuk tampil memberi keterangan.

Pornthip beri keterangan 20 April

Peguam kerajaan Tan Hock Chuan berkata beliau akan menimbangkan permintaan itu dan berkata permohonan itu mempunyai asas.

Bagaimanapun, Malik Imtiaz Sarwar (kiri) yang mewakili kerajaan Selangor membantah permohonan memanggil kedua-dua ahli patologi berkenaan.

Katanya, membenarkan mereka berbuat demikian akan memberi peluang kepaad mereka memperbetulkan kenyataan awal mereka.

Inkues kemudian ditangguhkan pada tengahari tadi dan Pornthip akan dipanggil memberi keterangan pada 20 April ini.

Ahli patologi yang mewakili SPRM, Dr Peter Venezis pula akan memberi keterangan pada 26 dan 27 April.

Ulasan GB

Dari perpekstif rakyat, memang tak masuk akal lansung dubur yang cedera sebab terjatuh dan tertusuk tulang. Tahu pulak tulang nak tusuk tang situ. Kesan pendarahannya bagaimana agaknya,

Kedua, ada kesan tekanan pada leher, pun bukan kerana mati dicekik.

Nak wat camana, dah pakar patologi kata gitu. Tapi ingat beliau juga manusia...
Pakar patologi dalam negara hampir serupa jawapannya. Kena tunggu pakar luarnegara pula, bagaimana "findings" mereka.

Zulkulim Semakin Sasau, Dari Firaun Kecil Kini Badut Hingusan

Selepas mendakwa terdapat Firaun kecil dalam PKR, kali ini ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula mendakwa wujudnya “badut hingusan” dalam PAS pula yang melatah berhubung ura-ura penyertaannya dalam parti Islam itu.

“Teman (saya) agak geli hati dan pelik bin hairan tengok beberapa badut-badut hingusan dok terkinja-kinja melenting tak tentu pasal, konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!” tulis Zulikfli dalam blognya.

Menjelang dan selepas Zulkifli dipecat daripada PKR Sabtu lalu, beberapa pemimpin kanan PAS dilaporkan menolak penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu dengan mengambil kira “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”

Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAs dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli.

Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula sebelum ini membayangkan gelapnya masa depan Zulkifli dalam parti itu.

Menulis dalam blognya lewat petang semalam, Zulkifli menyindir golongan tersebut sebagai “cukup hebat mengutip derma, tetapi mencaci-maki sampai iblis pun menangis”.

“Tapi teman maafkan badut-badut hingusan ini yop, sebab dema (mereka) ini golongan jahlun," katanya. Jahlun adalah bahasa Arab yang bermaksud jahil.

Kemuncak kemarahan Zulkifli itu tergambar apabila beliau menghias artikelnya itu dengan gambar seeokor monyet yang sedang tidur.

Bagaimanapun, beliau menegaskan itu hanya gambar hiasan dan “tiada kena mengena dengan mana-mana badut hingusan”.

Zulkifli juga memberika pengecualian kepada Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan yang turut mengulas berhubung kemungkinan kemasukannya itu.

Beliau malah berkata, kenyataannya sebelum ini “mencerminkan kematangan dan kewibawaan yang jelas”.

Manakala kenyataan Mustafa dan Dr Hatta pula disifatkan “bernas” kerana mengutamakan hubungan dalam Pakatan.

Ulasan GB

Sebelumnya beliau menggelar pengkritiknya sebagai "Firaun Kecil" dan apabila beliau menghidu bahawa PAS tidak akan menerimanya ke dalam parti itu lantaran terdapat penentangan yang besar dari parti itu, beliau kini keluar dengan satu lagi gelaran iaitu "badut hingusan".

Ia semuanya mencerminkan dirinya sendiri sebagai Firaun Kecil dan Badut Hingusan.

Yang melucukan katanya: konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!...

Sama lebih kurang macam Ibrahim Ali sewaktu menjadi wakil bebas dan berura-ura untuk memasuki UMNO. Apabila dikesani ada pihak di dalam UMNO sendiri menentang kemasukannya semula ke dalam parti itu, Ibrahim berkata : "saya sendiri pun kena fikir beberapa kali sebelum mohon, takut pisang berbuah dua kali" walhal hatinya teramat sangat nak bersama UMNO, apa kan daya ahli UMNO menolaknya.

Begitulah halnya Zul, hati nak sangat bersama PAS, tapi PAS tak mungkin dapat menerimanya.

Nasihat GB, dah boleh lah tandatangan borang PERKASA.

Trend Baru : Polis Buat Aduan Untuk Tekan Pemimpin PR

Susulan siri pemimpin Pakatan Rakyat ditemu siasat oleh polis sepanjang bulan lalu, kini giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siri ceramah yang dihadirinya di seluruh sejak kebelakangan ini.

Difahamkan polis akan mendapatkan keterangan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat berhubung empat ceramah setakat ini.

The Malaysian Insider difahamkan Anwar akan disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung laporan-laporan polis yang dibuat di Batu Maung, Kepala Batas, Kg Baru dan Kubang Semang.

Anwar lazimnya mengambil ceramah perdana yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ataupun diadakan oleh parti komponen ikatan itu.

Biasanya beliau menyentuh pelbagai isu termasuk soal kredibiliti institusi perundangan dan kehakiman, jet enjin, kes wanita Mongolia yang dibunuh empat tahun lalu, tuduhan liwat kedua yang dilalui beliau sekarang serta polemik penggunaan kalimah “Allah”.

Setakat ini, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang telah diambil keterangan berhubung ceramah mereka ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.

Anwar yang juga Penasihat PKR akan direkod kenyataan oleh pihak polis di ibu pejabat parti itu pada pukul11 pagi esok

Sivarasa dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Subang dan Kubang Kerian telah diambil keterangan berhubung dakwaan membuat kenyataan

berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan lalu.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Akta Hasutan.

Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Anwar yang sedang berjalan sekarang. -mi

Ulasan GB

Satu trend baru untuk menekan pimpinan PR, polis sendiri membuat laporan dan kemudian polis sendiri jalankan siasatan.

Kalau selama ini beratus-ratus aduan yang dilakukan oleh pimpinan PR, jarang sekali polis bertindak terhadapnya, namun apabila ada kes dimana polis membuat laporan ke atas pimpinan PR, ia sepantas kilat diambil tindakan.



2 muka baru dilantik, dua digugurkan dalam rombakan Exco Kedah

Dua muka baru dilantik sebagai Exco Kedah dalam rombakan yang menyaksikan dua anggota sedia ada digugurkan, hari ini.

Mereka yang dilantik untuk tempoh setahun itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Show Kang.

Dua Exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Majlis angkat sumpah Exco yang baru itu berlangsung di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak. -BH

Wang Palsu Diperolehi Dari Mesin ATM

Seorang pengawal keselamatan terkejut kerana wang yang diambil daripada mesin wang automatik (auto machine teller - ATM) didakwa wang palsu.

Mangsa, Rosli Naim berkata, dia mengambil wang berkenaan pada Sabtu lalu di sebuah mesin ATM seperti sebelum ini setelah wang gajinya masuk.

Menurutnya, dia tidak perasan antara wang yang diambilnya itu adalah wang palsu kerana terus menyimpannya di dalam dompet.

“Wang berkenaan adalah duit gaji saya dan memang kebiasaannya saya akan mengambilnya di mesin ATM berkenaan setelah gaji masuk.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian itu dan ini adalah kali pertama saya mendapat wang palsu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Rosli berkata, dia menyedari wang berkenaan palsu apabila mahu membeli barang di Teluk Intan pada hari yang sama dia mengeluarkan wang berkenaan.

“Saya mengeluarkan wang dari dompet kerana mahu membayar untuk barangan yang dibeli tetapi tuan kedai berkenaan menyatakan itu adalah wang palsu.

“Setelah saya meneliti memang benar itu adalah wang palsu dan menerangkan kepada tuan kedai berkenaan wang itu baru sahaja diambil dari sebuah mesin ATM,” katanya.

Menurutnya, setelah meneliti wang berkenaan beliau mendapati wang berkenaan tidak sama dengan wang RM50 yang lain.

“Wang berkenaan tidak mempunyai lambang dan garisan seperti mana wang biasa lain malah memang nampak perbezaan dari segi warna serta jenis kertas yang digunakan.

“Beberapa hari kemudian saya berjumpa dengan pengurus bank di situ dan dia menasihatkan saya supaya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis jika mahu siasatan lanjut dibuat,” katanya.

Katanya, pihak berkenaan seharusnya mengambil tindakan terhadap perkara itu supaya tidak berlaku kepada orang lain pula di kemudian hari.

“Saya berasa amat rugi kerana wang itu adalah palsu walaupun dikeluarkan dari mesin ATM.

“Perkara itu perlu disiasat dengan teliti kerana ia melibatkan orang awam dan jangan mengambil mudah perkara ini kerana dibimbangi ia akan berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, pihak bank ketika dihubungi Sinar Harian menyatakan mereka tidak dapat memberikan komen kerana setelah pelanggan keluar dari pintu bank menyelesaikan urusan mereka ia bukan lagi tanggungjawab bank. -SH

Ketua Pemuda Umno Cawangan Saman Sinar Harian RM5 Juta

Ketua Pemuda Umno Cawangan Parit 4, Sekinchan, Mohd Yazid Bai hari ini memfailkan saman fitnah ke atas akhbar Sinar Harian, menuntut RM5 juta ganti rugi kerana menyiarkan satu artikel yang menggambarkannya hidup dalam keadaan daif.

Mohd Yazid, 40, selaku plaintif menamakan penerbit akhbar Sinar Harian, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (Karangkraf) dan tujuh yang lain daripada akhbar tersebut sebagai defendan.

Defendan lain ialah syarikat pencetak, Akhbar Cabaran Sdn. Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan, Abd. Jalil Ali; Editor Kumpulan, Sri Diah; Editor Berita, Azmi Tarmizi; Editor Biro Selangor dan Kuala Lumpur, Lailatun Khalilah Nasir; dan wartawan, Nurul Huda Saiyuti.

Writ saman difailkan melalui peguam, Muhd Azmi Talib dari firma guaman Tetuan Azmi Talib & Associates di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd Yazid dalam pernyataan tuntutannya mendakwa artikel 20 Nov 2009 di akhbar itu bertajuk "UMNO Prihatin Nasib Rakyat Daif" menceritakan tentang aktiviti gotong-royong Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang di rumah plaintif yang dikatakan hidup dalam keadaan daif.

Dalam artikel sama, turut dimasukkan satu kenyataan plaintif bahawa dia bersyukur dengan sumbangan berbentuk pembinaan atap rumah, sedangkan beliau mendakwa tidak pernah ditemuramah wartawan berkenaan.

Mohd Yazid mendakwa artikel sama juga secara lalai, sengaja atau berniat jahat memberikan kefahaman salah kepada orang ramai iaitu gambaran bahawa beliau selaku ketua pemuda Umno cawangan sanggup mengaku seorang yang daif hanya untuk mendapatkan bantuan dari Umno demi kepentingan peribadi.

Disebabkan itu, plaintif mendakwa beliau dan keluarga kini mengalami tekanan emosi selain kerugian wang ringgit dan kehilangan reputasi.

Selain ganti rugi am RM5 juta, Mohd Yazid juga menuntut bayaran kos peguam sebanyak RM20,000 serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai. -- BERNAMA


Ulasan GB

Ada trend baru dalam saman-menyaman kini, semua angka juta...
ini semua angkara correct, correct, correct

Masalah Dalaman UMNO Perak Kronik

Masalah dalaman UMNO Perak cukup parah jika mahu dibandingkan dengan krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi bualan hangat pemimpin politik hari ini khususnya dari UMNO.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, hanya orang dalam sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam UMNO Perak.

Menurutnya, sikap Ketua Bahagian yang hanya mementingkan diri merumitkan lagi keadaan sehinggakan sanggup menganjurkan pelbagai gerakan berbentuk sabotaj terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sikap Ketua Bahagian yang angkuh dan sombong serta langsung tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin memburukkan lagi keadaan.

“Mereka ini dilihat hanya mahu mengaut keuntungan atau mengambil kesempatan terhadap Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir demi kepentingan diri sendiri,.

“Ada juga sanggup membuat aduan palsu kepada kepimpinan UMNO Pusat dengan menyatakan Menteri Besar tidak membantu ketua-ketua bahagian di negeri ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, Greentown di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Ketua Bahagian yang rata-ratanya sudah menjangkaui umur veteran dan sudah tidak relevan lagi untuk memimpin seharusnya sedar diri serta memberi peluang pula kepada golongan muda bekerja dengan rakyat.

Katanya, pemikiran golongan veteran ini terlalu konvensional dan sering kali melihat pembangkang sebagai musuh, walhal dalam kalangan golongan muda, persepsi berkenaan dilenyapkan sebaliknya kita boleh bergaul dengan semua parti, semuanya sebagai sahabat.

“Kita sebagai pemimpin parti jangan meletakkan perbezaan ideologi politik sebagai teras perjuangan sebaliknya letakkan rakyat pada kedudukan utama barulah dinamakan pemimpin.

“Banyak berlaku kesilapan dalam UMNO Perak, seharusnya perlu diubah dari sekarang, terutama golongan pemimpin veteran yang menerajui bahagian masing-masing perlu berundur secara terhormat dan bagi peluang kepada para pelapis untuk menerajuinya pula.

“Golongan veteran ini suka membodek pihak atasan serta mengugut Menteri Besar supaya memberikan projek untuk mereka dan kroni-kroni semata-mata mahu memuaskan kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku (mensabotaj Menteri Besar), pihak berkenaan membuat laporan palsu kepada kepimpinan Pusat dengan tujuan menjatuhkan Dr Zambry.

“Tindakan mereka ini tidak wajar, sepatutnya sebagai Ketua Bahagian, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan Dr Zambry bukan mengkhianatinya, sebab itulah saya gesa Menteri Besar mengambil tindakan terhadap mereka bagi menghadapi perubahan kepada UMNO Perak.

“Selagi golongan ini menganggotai dan mengepalai bahagian, UMNO Perak akan menuju kepada kehancuran serta tidak mustahil juga pilihan raya umum akan datang, UMNO bukan lagi pilihan rakyat.

“Sebenarnya musuh sebenar bukan pembangkang tapi dalam kalangan UMNO sendiri yang perlu dihapuskan dan boleh juga dilabel sebagai firaun kecil sebagaimana gambaran kepada PKR,” katanya. -SH

Polis Perlu Beritahu Kenapa Mazlan Aliman Ditangkap

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman ditahan polis Pahang di Raub tengah malam tadi dipercayai berkaitan dengan ceramahnya menyentuh pengurusan Felda.

Beliau yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dijangka akan dihadapkan di mahkamah hari ini, kata salah seorang pembantunya ketika dihubungi.

“Mazlan masih berada di balai polis, difahamkan mungkin akan dibawa ke mahkamah pagi ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipetik Harakah Daily berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang semalam.

Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub mahu polis menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

“Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan,” ujarnya.

Mazlan merupakan aktivis yang memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.

Pada 24 Februari lalu, Anak meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka. -MI

5 Anak Ditinggalkan Ibu

Seorang ibu sanggup meninggalkan lima anaknya yang masih kecil serta suami selepas Tahun Baru Cina lalu, semata-mata terpengaruh dengan ajakan rakan untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Lebih menyedihkan, lima anaknya itu, Muhammad Haziq Danial berusia setahun; Puteri Nabila Nasuha, 2; Muhammad Aidip Danish, 6; Muhammad Aizam, 7, dan Muhammad Aiman, 9, pernah hanya minum air gula kerana kehabisan susu dan bekalan makanan disebabkan bapa mereka tidak berupaya keluar bekerja kerana perlu menjaga mereka.

Maulana Shifee Khatib, 37, berkata, isterinya, Zuraidah Samsudin, 27, keluar rumah sejak pertengahan bulan lalu bersama empat rakannya termasuk seorang yang dikenali sebagai Farah dan tidak pulang hingga hari ini.

“Pada mulanya, isteri saya beri alasan untuk keluar sebentar bagi mengambil barang di rumah seorang rakan di Kampar.

“Bagaimanapun sehingga hari ini dia tidak pulang meninggalkan saya dan lima anak yang masih kecil tanpa sebarang khabar berita,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di perumahan Taman Bercham, di sini, semalam.

Maulana Shifee berkata, mereka tidak bergaduh, cuma beberapa hari sebelum kejadian isterinya ada meminta izin mengikut rakannya untuk bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya tidak benarkan kerana jauh. Lagipun saya mencurigai tingkah laku rakan-rakan Zuraidah.

“Isteri saya pernah bercerita mengenai seorang rakannya 'dibela' sugar daddy. Saya menasihatkannya supaya tidak terpengaruh, tetapi dia masih berdegil,” katanya yang bekerja sementara sebagai pemandu lori.

Maulana Shifee berkata, kelakuan isterinya juga mula berubah termasuk berpakaian seksi dan kasar tutur kata malah mula mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri serta seorang ibu.

“Sebelum ini, Zuraidah tidak pernah berperangai sedemikian, tetapi sejak berjumpa rakannya itu dia mula memberontak dan sering keluar serta pulang rumah lewat malam.

Menurutnya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Bercham berhubung kehilangan isterinya itu dan mengharapkan isterinya pulang, mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 012-5993281 -BH


Pelajar 17 Thn Terjun Bangunan Kerana Terdengar Suara Halus

Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini semalam diselubungi misteri apabila seorang pelajar perempuan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah sebaik mendakwa terdengar satu bisikan suara ghaib yang menyuruhnya terjun.

Kejadian pukul 7.05 pagi itu mengakibatkan, Noor Izzatie Nasir, 17, cedera parah apabila tulang pinggul, tangan serta kakinya patah dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, pelajar tersebut yang merupakan anak kepada pasangan guru dihantar oleh bapanya pukul 7 pagi ke sekolah berkenaan sebelum dia dilihat seolah-olah berada dalam keadaan separuh sedar.

Pada pagi itu juga, dia sepatutnya menyambung kembali peperiksaan ujian bulanan yang telah pun bermula sejak kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, pelajar berkenaan cedera di pinggul, tangan dan kaki sebelum dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Dia bernasib baik kerana tersangkut pada wayar pembesar suara yang merentangi antara dua bangunan berkenaan ketika terjun pada ketinggian lapan meter sebelum terhempas ke tanah.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, berkata setakat ini, pihaknya tidak mengetahui punca sebenar pelajar itu bertindak demikian memandang dia pelajar cemerlang.


Khalid Selar Najib Keluar Kenyataan Mendahului SPR

Kenyataan melulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, kononnya cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan hanya mewujudkan politiking, dibantah keras.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat yakin pilihan raya itu mampu mengangkat ahli majlis berwibawa dalam menangani masalah kehidupan harian yang membebani rakyat akar umbi, sejak sekian lama.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid hari ini menyelar Najib kerana mengeluar kenyataan yang mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung cadangan tersebut.

“Saya sudah tahu bukan SPR yang menjawab, sebaliknya Perdana Menteri sendiri yang jawab. Kita cuma mahu hak rakyat dipulangkan kepada rakyat,” katanya dalam satu temu bual eksklusif.

Khalid yakin pilihan raya kerajaan tempatan itu dapat melicinkan lagi pentadbiran kerajaan negeri di Selangor dan mampu meningkatkan kualiti hidup semua lapisan rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju pada masa yang sesuai, kita mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Tetapi sebelum itu, kita akan mengkaji dan menyemai semangat prasarana PBT," katanya.

Pada 6 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutus surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meminta mereka menguruskan proses pilihan raya kerajaan tempatan.

Khalid kemudian turut membuat pengumuman untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Sebaliknya, Najib dengan mudah dan tanpa berfikir panjang menyatakan pilihan raya itu tidak perlu dan hanya mewujudkan politicking sedangkan SPR masih mengkaji cadangan tersebut.

Pertama kali pilihan raya kerajaan tempatan diadakan ialah pada 1951 tetapi dimansuhkan kerajaan Umno-BN pada 1965 berikutan konftrantasi dengan Indonesia.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman yang berjanji untuk mengadakan pilihan raya itu semula tetapi sehingga kini, gagal ditunaikan kerajaan Umno-BN. -TVS



Populariti Najib Menjunam

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

Suara Keadilan melaporkan, TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soal Jawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri.

Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.



Anwar : Umno Tindas Melayu, Salahkan Cina (upodated)

Sering kali media arus perdana melabelkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan yang menjadi alat kepada bangsa lain di negara ini.

Namun persoalan yang timbul, adakah kerajaan UMNO-BN yang dikatakan telus dalam membela nasib masyarakat Melayu, membela keseluruhan rakyat Melayu di negara ini?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah perdana 2 tahun Pakatan Rakyat di Stadium Malawati Shah Alam semalam, mengajak rakyat berfikir seketika tentang perkara itu.

"Pemimpin Umno berkempen tuduh kita alat Cina. Tetapi kita tahu mereka alat siapa, dan mereka hanya perkayakan sanak-saudara dia. Siapa Melayu yang paling kaya di Malaysia?" kata Anwar.

Dasar Ekonomi Baru yang direncanakan oleh kerajaan UMNO-BN nyata hanya memberi tumpuan kepada golongan tertentu sehingga memberikan keuntungan berlipat ganda dan menindas kepada sanak-saudara serta kroni dan terus menindas masyarakat Melayu miskin.

Kata Anwar, bukti itu cukup jelas apabila antara lima nama baru yang tersenarai dalam 40 individu bergelar hartawan di negara ini ialah adik kepada Perdana Menteri, Nazir Razak.

"Adik kepada Perdana Menteri menjadi kaya kerana Dasar Ekonomi Baru. Inilah yang mereka pedulikan, pemimpin-pemimpin Melayu yang hanya memperkaya sanak-saudara, tindas orang Melayu kebanyakan, dan memperbodoh orang-orang Melayu lain," tegas beliau.



“Apa salahnya dedahkan sikap polis jahat itu?” - Jehan Miskin

Ada polis baik dan ada polis yang jahat, kami hanya karyawan yang mendedahkan hakikat yang wujud dalam masyarakat, demikian luahan kata pelakon Jehan Miskin menerusi sebuah klip video ringkas ketika membangkitkan isu rasuah polis.

"Contoh mudah, polis tidak mahu menunjukkan bahawa mereka adalah perasuah. Untuk melakonkan babak, adegan seperti itu pun, polis akan bertanya, kenapa anda mahu tonjolkan perkara buruk mengenai negara anda?

"Saya kata tidak (bukan niat memburukkan), kita bukannya ingin menunjukkan perkara buruk mengenai negara kita. Kita tunjukkan hal buruk itu kerana ia adalah perkara yang benar-benar berlaku," kata pelakon filem Qaisy dan Laila itu.

Di sana, tambah pelakon yang berdarah keturunan Afghanistan itu, ada polis yang baik dan ada polis yang jahat, dan bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk membuat pendedahan seperti itu.

"Jadi, apa salahnya jika kita menunjukkan sikap polis yang jahat itu? Kamilah cermin masyarakat. Daripada karya kami, masyarakat dapat lihat di mana mereka bagus atau tidak, atau kelakar," tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam laman portal YouTube di bawah klip video pendek di bawah program 'Your Grandfather's Road' dengan judul 'Malaysian Film Industry?'.

Tayangan klip video pendek selama 2:58 minit itu turut mengutip beberapa pendapat pemikir, pelakon, pembikin filem termasuk ahli politik negara berhubung industri perfileman negara.

Untuk rekod, filem-filem negara sehingga kini ketandusan dalam menyiarkan jenayah-jenayah rasuah polis. Sebaliknya, filem dan drama Gerak Khas banyak menampilkan sikap-sikap polis yang baik sahaja, di samping pertuturan dialog yang kerap membosankan khalayak. -erapakatan