3 Feb 2010

"Berilah kami ruang untuk tegak keadilan!" – Nurul Izzah

Perbicaraan tuduhan liwat ke atas Ketua Umum KEADILAN Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja menghina dan menghancurkan karier politiknya malah mengoncang keutuhan keluarga.

Malah perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan malah pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.

Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) yang menegaskan bahawa kes dilengah-lengahkan datang daripada setiap pendusta, pemfitnah dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.

"Sewaktu kes di bicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan dipinta mereka," katanya.

Semua sedia maklum bagaimana Anwar diminta hadir membela diri ke mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan kes ‘prima facie’ tidak diserahkan.

Malah ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa untuk berbuat demikian.

Jelas Nurul Izzah, Anwar terpaksa menggunakan saluran mahkamah untukmendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan.

"Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes. Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas.

Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan," kata Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Anwar.

"Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh
diteruskan? soalnya.

Tambah beliau lagi, mereka sekeluarga tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator namun tidak mahu dituduh menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes walaupun dari awal keputusan mahkamah tidak berpihak kepada Anwar.

"Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain," katanya.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong mereka dalam usaha mengembalikan maruah sekeluarga, negara dan bangsa.

"Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul AM PAS, Tok Guru Nik Aziz, hadir bersama, menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan," katanya. -SK

Anwar Mahu Najib Dan Rosmah Disapina. Soalnya Apakah Hakim Akan Membenarkan?

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai bukti cukup untuk mensabitkan bahawa dakwaan fitnah terhadapnya adalah konspirasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Anwar mengarahkan peguamnya, Karpal Singh untuk memanggil Perdana Menteri dan Rosmah menjadi saksi dalam perbicaraan beliau yang bermula hari ini.

Anwar berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Saiful telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Orang yang terlibat berpakat dengan orang yang menuduh saya termasuk Najib dan Rosmah harus hadir ke mahkamah jelaskan keadaan".

"Kita membuat tuntutan supaya Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah. Saya hendak tengok mereka hadir atau tidak. Kenapa hendak larang, nafikan hak saya bela diri, sekarang saya ada bukti Najib dan Rosmah mempengaruhi budak ini", ujar Anwar.

Anwar berkata Saiful Bukhari Azlan yang membuat tuduhan fitnah itu hanyalah kambing hitam di dalam episod ini, manakala dalangnya adalah Najib dan Rosmah.

Pemerhati berkata kesediaan mahkamah untuk memanggil Najib dan Rosmah adalah ujian getir untuk kewibawaan perbicaraan kali ini.

Pada 1999, hakim dalam kedua-dua perbicaraan Anwar enggan memanggil Tun Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan walaupun mantan Perdana Menteri itu melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar disamping memecat beliau dari kerajaan dan Umno.

Anwar sebelum ini berkata konspirasi politik kali ini digerakan oleh Perdana Menteri dan isterinya dalam satu lagi cubaan untuk membunuh kerjaya politik beliau selaku Ketua Pembangkang dan seteru utama Umno.

Dengan menghantar Anwar balik ke penjara, Najib berharap untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan sekali gus memastikan kelangsungan Umno. -TVS



Ulasan GB

Banyak pihak menyifatkan kes ini lebih kepada konspirasi, kes politik, justeru itu kita sudah dapat mengagak, Hakim akan menolak permohonan untuk mensapinakan Najib dan Rosmah.

Dari semalam ke hari ini nampaknya, agenda yang diatur oleh konspirator nampaknya berjalan lancar.

Segala usaha pihak pembela belum menampakkan apa-apa hasil.

Oleh itu fikir-fikirkan apa yang mampu dilakukan lagi.

Dubur Saiful Ganti Tilam Sebagai Bahan Bukti?

Mengikuti perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengingatkan kita tentang peristiwa paling memalukan dalam sejarah politik Malaysia pada tahun 1998.

Pada tahun itu kali pertama Anwar telah diheret ke dalam mahkamah atas tuduhan MELIWAT pemandu peribadinya Azizan dan adik angkatnya Sukma Darmawan.

Pegawai polis yang menjadi agen utama konspirasi untuk menjatuhkan Anwar tampil dengan satu helah yang direka. Dia mengemukakan di mahkamah bahan "bukti" yang kononnya air mani Anwar terdapat pada sehelai tilam yang diambil dari sebuah flat di mana beliau dikatakan mengadakan hubungan jenis.

Sebenarnya bahan bukti demikian rupa hanya layak dikemukakan oleh seorang ahli kimia. Tetapi tujuannya sudah pasti bukan untuk mencapai kesahihan dari segi undang-undang, semata-mata untuk mengelirukan orang ramai. Malah keterangan Musa Hasan ini, bagi orang yang berfikiran waras, lebih banyak menimbulkan kemusykilan dan keraguan kepada kes pendakwa daripada mengesahkan tohmahan yang ditimpakan ke atas tertuduh.

Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui, dengan izin-Nya, sekali lagi terdedah komplot keji untuk mencemarkan nama baik Anwar.

Dari mulut Musa Hasan sendiri, tilam itu diambil dari flat tersebut pada 10 July 1998. Ia diserahkan pada Jabatan Kimia pada 5 November 1998. Selama hampir empat bulan tilam itu disimpan di Bukit Aman.

Kenapa tilam itu tidak diserah pada Jabatan Kimia dengan segera? Ini menimbulkan keraguan sama ada terdapat apa-apa tanda atau bekas (stain) terdapat pada asalnya. Kemungkinan juga tilam itu telah diserahkan pada Jabatan Kimia pada ketika itu dan hasilnya tidak memuaskan pihak polis.

Namun, pada 28hb September semasa ditahan di bawah ISA di Bukit Aman, Anwar membenarkan darahnya diambil. Beliau diberitahu darah itu untuk tujuan ujian HIV menurut peruntukan Akta Dadah Merbahaya. Hanya kemudian apabila dibenarkan bertemu peguamnya, beliau dinasihatkan tidak perlu menurut undang-undang memberi darah itu kerana dia bukan dituduh di bawah Akta Dadah Merbahaya. Jadi pengambilan darah itu sebenarnya sudah melanggar undang-undang.

Apa yang berlaku, sebahagian darah inilah yang mungkin telah dipercikkan kepada tilam itu. Darah atau air mani kedua-duanya mengandungi DNA yang boleh dikesan oleh ahli kimia untuk mengesahkan bawah kesan darah atau air mani itu milik sesorang.

Dalam hal ini, kalau kesan darah sudah lama pada tilam itu memang serupa dengan kesan air mani. Tidak dapat dibezakan sama ada betul air mani atau darah yang sedang diperiksa oleh ahli kimia yang berkenaan. Tambahan pula memang ada cara untuk menghilangkan warna darah itu, tetapi masih meninggalkan maklumat DNA-nya. Pihak polis memang dengan mudah mencipta bukti mengatakan kesan "air mani" yang terdapat pada tilam berkenaan datang dari tubuh Dato Seri Anwar!

Oleh kerana contoh darah didapati dari Dato Seri Anwar hanya pada 28 September, maka terpaksa menunggu hingga 5 November baru tilam itu diserahkan pada Jabatan Kimia!

Kemudian pada 6 Disember sebahagian lagi contoh darah Anwar diberi kepada Jabatan Kimia (tanpa izin Anwar) dengan tujuan untuk "membuktikan" yang DNA yang dikatakan didapati melalui bekas air mani pada tilam adalah sama dengan DNA dalam contoh darah Anwar.

Suatu kemungkinan lagi ialah air mani itu diambil dari tilam bilik tidur utama rumah rasmi Anwar di 47 Jalan Damansara. Anwar keluar dari rumah itu pada tengahari 3 September 1998, setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada petang 2 September. Pihak polis telah menggeledah rumah itu sebaik sahaja dikosongkan.

Cara yang ketiga ialah semasa beliau tidak sedarkan diri setelah dipukul pada malam 20 September, satu jarum suntikan boleh dibuat untuk mendapatkan air mani dari tubuh beliau. Ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor.

Air mani yang diperolehi dengan dua cara terakhir ini boleh dengan mudah dipindahkan kepada tilam berkenaan yang dipamerkan di Mahkamah.

Kesimpulannya, walaupun terbukti sah terdapat kesan air mani Dato Seri Anwar pada tilam berkenaan, ini tidak membuktikan yang beliau pernah menggunakan tilam itu, apalagi membuktikan beliau telah mengadakan hubungan jenis dengan sesiapa seperti yang didakwa.

Sebaliknya, pihak pendakwa sepatutnya menjelaskan kenapa terlalu lama waktu (hampir 4 bulan) tilam itu disimpan di Bukit Aman sebelum diserah kepada Jabatan Kimia. Ini menunjukkan percubaan sengaja untuk mencipta bahan bukti palsu yang memburukkan lagi Dato Seri Anwar.

Dan apa yang tidak ditimbulkan ialah "usia" air mani yang dikatakan menjadi tompokan di tilam itu. Sepatutnya peguam pada ketika itu menyoal ahli kimia, berapa lamakah tompokan itu telah berada di atas tilam tersebut.

Bertambah pelik, kesaksian mengenai tilam ini dibenarkan oleh Hakim, sedangkan ia tidak ada kena mengena langsung dengan tuduhan yang sedang dibicarakan! Hakim yang beberapa kali menghalang pihak peguambela untuk menanyakan soalan kepada saksi kerana kononnya "tidak relevan" membenarkan kesaksian yang lebih tidak relevan lagi.

Dan kini, bukan tilam yang di usung, dubur Saifulkah yang akan dijadikan bahan bukti? Dan ingat Anwar telah ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 lalu secara kasar selepas dua minggu setengah laporan Saiful diterima. Menurut Sivarasa:

Namun beliau ditahan seolah-olah beliau mahu melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di penjara.

Beliau tidur di atas lantai simen, memburukkan lagi sakit belakang yang telah lama ditanggung. Alasan yang diberi oleh pihak polis atas tahanan semalaman ialah bagi menghabiskan rakaman keterangan beliau.

Komitmen Anwar untuk kembali memberi keterangan pada keesokan harinya ditolak. Adalah jelas beliau ditahan semalaman dalam usaha mereka untuk mendapatkan DNA beliau secara haram.


Apakah episod lama berulang dan hakim yang kita dengar tadi jelmaan mendiang Augustine Paul?

Nordin Kardi, Naib Canselor UUM Didenda RM5,000 Kerana Langgar Perintah Injunksi

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi Rabu dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini, Julai lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Dr Nordin, atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.

Pada 8 Julai lepas, sebuah syarikat penganjur program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) UUM, memperoleh perintah injunksi Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang universiti itu meneruskan program berkenaan.

Peguam C.V Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM bagaimanapun gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfail waran komital pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat itu memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan syarikat berkenaan untuk mengendalikan program itu, berkuatkuasa 1 Jun lepas.

Azahar berkata mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak itu mesti memberikan notis secara bertulis selama enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka.

Sementara itu peguam Datuk Hashim Jahaya yang mewakili Dr. Nordin berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan merayu keputusan itu atau tidak. -BERNAMA

Lintas Lansung Kes Liwat Anwar 3 Feb 2010

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk menghadapi hari pertama perbicaraan kes liwatnya.

Laungan reformasi kedengaran sebaik saja Anwar masuk ke pekarangan mahkamah yang dikawal ketat anggota polis.

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk member keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

1.45pm: Peguam Karpal Singh dan Ram Karpal tiba di kompleks mahkamah untuk pendengaran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2.05pm: Naib Presiden PKR Mohd Azmin Ali tiba .

2.22pm: Pengarah Strategi PKR Tian Chua cuba memasuki bangunan mahkamah membawa banner tetapi telah ditahan oleh pegawai polis. Bersamanya ialaj Ketua PKR Hj Abdullah Hukum, Roslan Mat, yang kelihatan cuba berunding dengan polis.

Tian Chua menyatakan tiada sebab polis hendak menahannya kerana membawa banner.

2.23pm: MP Subang MP R. Sivarasa tiba dan cubaberunding dengan polis mengizinkan Tian Chua membawa banner.

2.25pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang tiba. Laungan “Reformasi” kedengaran.

2.37 pm: Bekas Ketua Gerak Malaysia Nazri Yunus, mula melaungkan “Reformasi”. Beliau dan lain-lain membawa banner “Perhimpunan bantah fitnah ke-2.”

2.49pm: Peguam Karpal Singh masuki ruang mahkamah.

3.00pm: Ruang mahkamah sesak, ada yang duduk di lantai.

3.15pm Beberapa orang membantah tindakan polis menghalang Tian Chua, "Bukannya bom, hanya sehelai banner." Polis menolak Tian Chua keluar dari bangunan.

3.16pm: Anwar kelihatan berada di bahagian pendaftaran mahkamah mengesahkan affidavit terhadap rayuannya ke atas keputusan yang tidak memihak kepadanya, iaitu mengenepikan tuduhan ke atasnya.

3.25pm Peguam Karpal Singh sebelumnya menegaskan, "Kami bercadang untuk bertemu semula Presiden Mahkamah Rayuan esok."

3.26pm Karpal menyatakan bahawa ia berdsarkan fakta bahawa keadaan telah berubah. Karpal menyatakan rekod rayuan kini sudah siap "jadi kami boleh meminta presiden mahkamah rayuan menangguhkan kes sehingga rayuan didengari."

3.27pm Anwar memasuki mahkamah ditemani isterinya Wan Azizah dan anak-anaknya.

3.30 pm Pendengaran kes bermula

3.36 pm Karpal meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga pertemuan pihak pembela dengan Mahkamah Rayuan esok.

3.40 pm : Hakim menolak permohonan Karpal, mengarahkan perbicaraan diteruskan

3.42 pm : Karpal meminta senarai saksi-saksi tetapi hakim menyatakan beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini keputusan Mahkamah Persekutuan. Perdebatan hangat diantara hakim dan Karpal tercetus.

3.45 pm :Pertuduhan dibacakan kepada Anwar, tetapi Anwar menyifatkan ia sebagai tuduhan jahat oleh mereka yang berkuasa.

3.49 pm : Pendakwa di dalam kenyataan pembukaan menyatakan mereka akan membuktikan kesan yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan mereka akan mengesahkan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah melampaui keraguan. Mereka akan membuktikan evidence terus dari Mohd Saiful dan pengesahan forensik dari doktor dan pakar kimia.

Selain itu, beberapa dokumen sokogan lain akan dikemukakan.

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menyatakan Mohd Saiful telah pergi melakukan ujian medikal di hospital KL pada Jun 28, 2008. Contoh tisu Mohd Saiful telah diambil pleh doktor yang memerikasa beliau untuk ujian DNA.

Mohamed Yusof berkata Mohd Saiful telah membuat laporan polis pada hari yang sama ketika insiden liwat itu berlaku di Kondominium Desa Damansara pada Jun 26, 2008.

3.55 pm: Pendakwa memanggil Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pertama. Seorang anak perempuan Anwar menjerit, "Taubat lah." Mahkamah senyap sepi.

3.36 pm: Saiful memberitahu mahkamah latarbelakang pendidikannya. Beliau menyatakan beliau tidak menamatkan pelajarannya di Uniten kerana keputusan yang lemah kerana kedudukannya sebahai ketua badan pelajar.

3.37 pm: Saiful menyatakan dia malu lantas berhenti dari menyambung pelajarannya.

3.39 pm: Saiful menuding kepada Anwar sebagai tertuduh. Anwar tidak melihat ke arah Saiful.

4.02 pm : Saiful menyatakan tugasnya sebagai Pembantu kepada Anwar termasuklah mengaturkan mesyuarat sulit dengan Ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat ke PKR pada waktu itu.

4.05 pm: Saiful mendedahkan gajinya yang rasmi ialah RM1,000 tetapi alaun tidak rasmi untuk ke luarnegara ialah HK$10,000.

4.08 pm : Saiful kelihatan tenang, menyatakan sebab sebenar dia berhenti dari jawatan Pembantu Peribadi adalah kerana "di tidak tahan dipergunakan seperti yang terkandung di dalam pertuduhan".

4.20 pm : Karpal membantah kandungan laporan polis yang menyatakan "kejadian TERAKHIR berlaku pada 26-08-08."

4.25 pm: "Terakhir" bermaksud wujudnya kes-kes terdahulu, katanya. Hakim bersetuju untuk mengeluarkan perkataan itu.

4.30 pm: Di luar mahkamah suasana gamat dengan penyokong Anwar memasang banner dengan ada diantaranya memakai topeng Najib dan Rosmah.

4.35 pm: Polis sedang memantau keadaan. Belum dipastikan samada akan berlaku tangkapan kerana Ketua Polis sudah menyuarakan bahawa tindakan itu sebagai melampau.

4.40 pm Anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar kelihatan meninggalkan kompleks mahkamah.

Tian Chua kelihatan memberikan taklimat dan bersembang dengan penyokong PKR mengenai perbicaraan.

4.53 pm: Saiful menyatakan di Desa Kondo Damansara semasa pertemuan dengan Anwar, dia ditanya, "Can I f*** you?"

5.00 pm: Mahkamah ditangguhkan. Bersambung esok pada 9.30 pagi, hanya berkamera kerana melibatkan sensitiviti pengakuan.

TAMAT KEMASKINI


Renungan - dari blog Pendikar Gunung Kriang

Dari Mahkamah Tinggi: Saiful Tak Basuh Berak?

Mahkamah Tinggi sebentar tadi diberitahu oleh Pendakwa mereka mempunyai bukti air mani kepunyaan Anwar Ibrahim di kesan di bahagian luar dan dalam dubur Saiful Azlan. Pihak Pendakwa seterusnya menyatakan mereka akan membawa bukti itu ke mahkamah yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai kepunyaan Anwar berdasarkan pemeriksaan DNA. (Petikan: Malaysian Insider)

Saya bukan pakar DNA dan tentu saja saya tidak layak komen mengenai penemuan air mani Anwar di dubur Saiful. Tetapi yang memusykilkan saya, DNA bukanlah satu-satunya bukti yang boleh mengesahkan berlakunya hubungan sex. Ini kerana bukti DNA boleh dicipta dengan mengubah palitan dari satu tubuh ke tubuh lain. Sewaktu perbicaraan Sodomy I pada tahun 1998 dulu, bukti DNA tidak dapat dipakai kerana ia sangat meragukan kerana ada unsur pemalsuan, hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah itu pun terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Itu kemusykilan pertama. Kemusykilan kedua, berdasarkan fakta kes, Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan dua hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan bagi memeriksa punggungnya. Yang herannya jika air mani Anwar masih dapat dikesan selepas dua hari kejadian liwat itu, adakah dalam tempoh dua hari itu Saiful tidak membuang air besar? Jika Saiful membuang air besar dan membasuh punggungnya, bagaimana kesan air mani masih ada di punggungnya.

Atau Saiful ini jenis orang yang berak tak basuh punggung?


Foto dari Malaysian Insider






Dari albanjari






Liwat 2 Untuk Halang Kemaraan Anwar Dan Pakatan Rakyat

konspirasi liwat nombor 2: Bahagian Akhir

Oleh R Sivarasa

Dimensi utama dalam perbicaraan kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memperlihatkan keperibadian politik pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak tertentu, terutama Peguam Negara, Gani Patail; Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Anwar dan Pakatan Rakyat mengkritik hebat mereka di dalam dan luar Parlimen. Gani, kerana tingkah lakunya dalam siasatan insiden “mata lebam” Anwar. Gani gagal mendakwa banyak kes rasuah yang serius, terutamanya gagal menangani jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip V K Lingam.

Musa sendiri didakwa melakukan jenayah dan rasuah serta hubungan sulit beliau dengan kumpulan bawah tanah, seperti B K Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan awam oleh Anwar mengenai penglibatan Najib dalam pembelian jet-jet Sukhoi dan kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan hanya kekal sebagai rekod, walaupun dicurigai terdapatnya unsur-unsur rasuah.

Anwar juga berulang kali meminta Najib supaya membenarkan dirinya disiasat untuk membersihkan namanya dari tuduhan bahawa beliau dan isterinya Rosmah Mansor dikaitkan dengan tragedi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tuduhan yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengenai hubungan intim Najib dengan Altantuya dan juga yang dikaitkan dengan urusniaga alat senjata.

Pada bulan Julai 2008 dan Februari 2009, Anwar telah memfailkan laporan polis terhadap kedua-dua Gani dan Musa kerana peranan mereka memalsukan bukti terhadapnya dalam siasatan kes “mata lebam” pada 1998.

Ini termasuk perbuatan mereka yang memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 berhubung dengan penahanannya di rumahnya di Bukit Damansara.

Tidak ada satu pun laporan-laporan berakhir dengan pendakwaan walaupun seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi mempunyai pandangan bahawa Gani telah melakukan kesilapan jenayah dalam siasatan kes “mata lebam”.

Salah guna ke atas agensi-agensi kerajaan seperti polis, kamar peguam negara dan lain-lain agensi dan kehakiman seperti yang berlaku pada 1998, berlaku lagi kali ini dalam kes ini.

Apa yang menjadi taruhan di sini bukanlah kes jenayah yang mudah ini. Tetapi kes ini dijadikan sebagai senjata politik untuk menghalang kemaraan Anwar dan gagasan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya.

Satu gagasan yang mengancam masa kini dan masa depan kerajaan Barisan Nasional itu sendiri dan para pemimpin utamanya.

BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2
BAHAGIAN 3
BAHAGIAN 4

Perbicaraan Kes Anwar Seperti "Serang Hendap"

Konspirasi liwat nombor 2: Bahagian Keempat

Oleh R. Sivarasa

SHAH ALAM: Berniat jahat dan berat sebelah oleh pihak pendakwa raya adalah satu kesalahan yang dipandang serius.

Peguam Negara Abdul Gani Patail telah menandatangani satu sijil untuk memindah kes Anwar Ibrahim yang sedang berjalan ini dari Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi.

Yusuf Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes yang sedang berjalan ini, terlibat secara aktif dalam kes Sukma dan juga pendakwaan terhadap Anwar pada tahun 1998.


Memandangkan pihak pendakwa raya berat sebelah dan mempunyai niat yang tidak baik dalam kes-kesnya yang terdahulu maka sayugianya Anwar merasa bimbang tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Malahan, niat jahat ini telah pun dimanifestasikan dalam kesukaran beliau mendapatkan dokumen dan bukti dalam kes dewasa ini.


Pihak DPP tidak melayan permintaan peguam-peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen yang sesuai sebagai persiapan Anwar untukmmembela diri.

Anwar memerlukan dokumen mengenai kenyataan kesaksian Saiful dan orang-orang lain di mana pihak pendakwaan akan memanggil, laporan forensik dan perubatan serta nota-nota.

Anwar kemudian membuat permohonan untuk mendapatkan dokumen-dokumen ini daripada hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah, yang memutuskan untuk membenarkannya.

Pihak pendakwaan memohon rayuan, menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman itu. Bagaimanapun permohonan rayuan oleh Anwar di Mahkamah Persekutuan masih belum diputuskan.

Berdasarkan keputusan politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang ada sekarang ini dalam kes Munawar, kita tidak boleh mengharapkan keputusan yang positif.

Walaupun rayuan Anwar kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting masih belum lagi diputuskan oleh mahkamah, hakim Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 menerima tekanan untuk menetapkan tarikh-tarikh lebih awal untuk perbicaraan itu.

Perbicaraan ini telah ditetapkan selama sebulan, bermula pada 25 Januari ini. (Baru-baru ini, tarikh ini telah ditunda kepada 2 Februari 2010).

Hakim yang sama mengatakan sebelum ini bahawa tarikh-tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehingga selepas isu mengeluarkan dokumen-dokumen diputuskan oleh mahkamah-mahkamah rayuan.

Keadilan perbicaraan kes Anwar kini menjadi tanda soal dengan penafian mendapatkan dokumen-dokumen penting sebagai persiapan membela diri.

Dalam kebanyakan sistem perundangan yang lain yang melibatkan perbicaraan kes-kes jenayah, sebelum dibicara orang yang dituduh akan diberi kenyataan-kenyataan saksi semua saksi.

Kemudian pihak pendakwaan akan memanggil mereka nanti untuk memberi kesaksian terhadap tertuduh dan semua dokumen akan ditunjukkan oleh para saksi tersebut.


Prosedur ini untuk memastikan keadilan kepada semua pihak dan menghalang dari perbicaraan tertunda.

Meskipun terdapat peruntukan-peruntukan ini dalam undang-undang di negara ini, perbicaraan kes ini akan diteruskan seperti “serangan hendap.”

Maklumat terperinci kes untuk pendakwaan dan banyak lagi dokumen penting hanya boleh dilihat oleh pihak pembelaan buat pertama kali pada hari perbicaraan. Ini meletakkan orang yang dituduh dan para peguamnya, secara tidak adil dalam keadaan begitu tertekan.

BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2
BAHAGIAN 3

Liwat 2 : Konspirasi Dan Niat Jahat

Konspirasi liwat nombor 2: Bahagian Ketiga

Oleh R Sivarasa

Abdul Gani Patail sekarang ini Peguam Negara dan Musa Hassan ialah Ketua Polis Negara.

Kedua-dua mereka dikaitkan dengan jenayah serius memalsukan bukti dalam siasatan insiden mata lebam Anwar Ibrahim oleh pegawai penyiasat Mat Zain.


Penyiasatan kes yang dihadapi oleh Anwar dewasa ini adalah di bawah kawalan pihak polis, di bawah arahan Musa Hassan.

Niat jahat dalam siasatan polis terserlah apabila anggota-anggota polis yang bersenjata lengkap dengan pakaian “balaclavas” menahan Anwar kira-kira jam 1.00 tengahari berhampiran rumahnya pada 16 Julai 2008 selepas dua minggu setengah laporan Saiful diterima.

Penahanan ini jelas tidak perlu dibuat kerana para peguam Anwar akan mengiringinya ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang pada hari berkenaan bagi menghadiri temujanji yang telah diatur dan dipersetujui dengan para penyiasat polis untuk merakamkan kenyataannya.

Namun beliau ditahan seolah-olah beliau mahu melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di penjara. Selagi lagi, ia mempunyai niat tidak baik dan tidak ada keperluan untuk berbuat begitu.

Beliau tidur di atas lantai simen, memburukkan lagi sakit belakang yang telah lama ditanggung. Alasan yang diberi oleh pihak polis atas tahanan semalaman ialah bagi menghabiskan rakaman keterangan beliau.


Komitmen Anwar untuk kembali memberi keterangan pada keesokan harinya ditolak. Adalah jelas beliau ditahan semalaman dalam usaha mereka untuk mendapatkan DNA beliau secara haram.

Tuduhan Saiful yang berunsur politik sekali lagi terserlah apabila Saiful mengambil bahagian dalam majlis “angkat sumpah” yang dirancang dan mendapat publisiti meluas, di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 di hadapan Ustaz Ramlang bin Porigi, salah seorang Imam di situ.

Berikut pada bulan Ogos tahun tersebut, Ustaz Ramlang mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dato’ Che Mat bin Che Ali, untuk hadir di situ sebagai saksi pada majlis “angkat sumpah” yang telah diatur itu.

Oleh kerana beliau membuat pendedahan ini di depan orang ramai, Ustaz Ramlang telah ditukar kepada bahagian kewangan JAWI dan beberapa bulan kemudian dikenakan tindakan disiplin.

Campur tangan politik juga kelihatan ketika mereka (JAWI) menangani aduan qazaf terhadap Saiful yang dibuat oleh Anwar pada 9 Julai 2008. Qazaf adalah satu kesalahan dalam undang-undang syariah berikutan fitnah bertulis terhadap seseorang, terutama berhubung dengan tingkah laku seksual.

Bahagian penguatkuasaan JAWI telah pun selesai membuat penyiasatan dalam tempuh beberapa bulan dan merakamkan kenyataan daripada Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang berkaitan.

Bagaimanapun JAWI sehingga ini belum mengisytiharkan bahawa Saiful tidak melakukan sebarang kesalahan. Pada masa yang sama, tidak ada pendakwaan yang dibuat terhadap Saiful.

Para pegawai JAWI telah diarahkan oleh Menteri yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam supaya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwat sedang berjalan.

Sikap JAWI ini adalah salah kerana bidang kuasa undang-undang syariah adalah berasingan dan bebas dan ini jelas menunjukkan terdapatnya campur tangan politik dalam kes ini.

BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2

Contoh Pemalsuan Bukti Untuk Kaitkan Anwar

KKonspirasi liwat nombor 2: Bahagian Kedua

Oleh R Sivarasa

Ini bukan pertama kali dalam kes mahkamah di mana Anwar Ibrahim atau salah seorang yang rapat dengannya iaitu orang yang dituduh, pendakwaan bergantung kepada pemalsuan bukti.

Kes tahun 1998 dan 1999 lengkap dengan insiden pengakuan-pengakuan yang direka cipta, bukti DNA yang dicemari dan penyembunyian bukti oleh pihak polis dan pegawai-pegawai kanan pendakwa raya yang terlibat.

Beberapa contoh segera boleh diberi. Nama Peguam Negara Abdul Gani Patail, salah seorang pegawai kanan, Timbalan Pendakwa Raya yang mendakwa Anwar pada tahun 1998, telah didedahkan pada tahun ini.

Gani telah melakukan pemalsuan bukti dalam laporan-laporan perubatan berhubung penyiasatan ke atas tindakan kasar bekas ketua polis negara Rahim Noor ke atas Anwar pada malam 20 September 1998.

Selepas dunia melihat mata lebam Anwar, keadaan menjadi riuh rendah dan kutukan tersebar di peringkat antarabangsa. Berikutan itu, polis menjalankan siasatannya.

Pegawai Penyiasat kes, Dato’ Mat Zain, mengesahkan dalam satu surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada April 2009 bahawa Gani giat memalsukan laporan-laporan perubatan dengan bantuan Musa Hassan (kini Ketua Polis Negara).

Pemalsuan laporan ini dilakukan untuk memberi gambaran bahawa kecederaan Anwar adalah akibat perbuatannya (Anwar) sendiri, bersesuaian dengan cadangan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir Mohamed.

Pemalsuan bukti terhadap Anwar juga berlaku terhadap kes-kes berkaitan melibatkan individu-individu yang ada hubungan dengan Anwar.

Gani dikaitkan dengan pendakwaan serius kerana mengancam Nallakaruppan dengan hukuman mati untuk memaksa beliau mencipta bukti palsu terhadap Anwar.

Perkara ini didedahkan dalam akuan bersumpah oleh peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon, yang menjadi saksi langsung kepada ugutan yang dirancang oleh Gani.


Anwar pernah memohon untuk mengisytihar Gani dan Azahar Mohamed tidak layak bertindak sebagai pegawai kanan pendakwa raya pada tahun 1998 kerana mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi memaksa beliau bekerjasama dalam memalsukan bukti.

Berhubung hal ini, Steve Shim dalam mengendalikan kes Zainur Zakaria v PP (2001) 3 CLJ memberi komen berikut:

“Dalam keadaan ini, adakah beliau tidak layak, atas dasar “prima facie”, membuat aduan terhadap tingkah laku Gani pada mesyuarat 2 Oktober 1998, adalah satu usaha supaya Nalla memalsukan bukti bagi mendakwa beliau secara sempurna berhubung lain-lain pertuduhan kesalahan seksual?”

Hakim Augustine Paul tidak mengisytihar Gani sebagai tidak layak menjalan tugas sebagai pendakwa raya. Sebaliknya beliau mengisytihar peguam Anwar, Zainul Zakaria menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan itu dan menghukum beliau dengan tiga bulan penjara.

Gani kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara dan Azahar dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Tinggi. Sukma juga, adik angkat Anwar telah ditahan pada September 1998 dan tidak dibenar berhubung dengan sesiapa pun selama 14
hari.

Para peguamnya berulang kali memohon untuk menemuinya tetapi ditolak. Beliau didera secara fizikal dan mental sehingga beliau membuat pengakuan diliwat oleh Anwar.

Pegawai polis yang disebut dalam penghakiman oleh Mahkamah Rayuan bertanggungjawab melakukan kekejaman ini ialah Musa Hassan, kini Ketua Polis Negara.

Pemeriksaan fizikal oleh Dr Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti tusukan dalam dubur. Laporan ini diketahui oleh pihak pendakwa raya, tetapi menyembunyikannya apabila Sukma dibawa ke mahkamah bagi mengaku “salah” berdasarkan pengakuannya
yang direka.


Mahkamah menghalang peguam yang dilantik oleh keluarga Sukma dari bercakap bagi pihaknya setelah dibantah oleh pegawai- pegawai pendakwa raya, Gani dan Yusuf Zainal Abiden.

Dalam laporan penghakiman terhadap Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP (2007) 4 CLJ 697 pada Jun 2008, Mahkamah Rayuan memberi komen tentang kes ini sebagai berikut:

“Di sini kita ada kes yang dikendalikan dengan tidak betul tentang pendakwaan yang sengaja menyembunyikan bukti yang memihak kepada yang tertuduh.

“Dan tidak ada kes yang lebih jelas mengenai ketidakadilan di mana pengakuan bersalah adalah ekoran tunduk kepada tekanan yang tidak sah.”


Dr Munawar Anees ditangkap dan ditahan dalam situasi yang serupa. Beliau juga dihalang dari berhubung dengan sesiapa pun ketika ditahan, diseksa, dan dipaksa membuat pengakuan palsu di bawah tekanan perasaan, meliwat Anwar. Baca sini.

Malang sekali, semua mahkamah rayuan menunjukkan sikap permusuhan terhadapnya. Para hakim seperti Low Bing di Mahkamah Rayuan bersama Zaki Tun Azmi (Ketua Hakim pada ketika ini) dan Zulkefli Makinudin.

Nik Hashim, di Mahkamah Persekutuan memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapatkan keadilan dan memohon kesnya dibuka semula untuk perbicaraan baru telah ditolak.

Mereka memastikan supaya Dr Munawar tidak akan dapat mendedahkan pengalaman buruk beliau pada tahun 1998 di tangan polis, pendakwa raya dan mahkamah-mahkamah dalam perbicaraan baru.

Permohonannya untuk mengkaji semula keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini – 28 Disember 2009 oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan, Arifin Zakaria, Mohd Raus Sharif dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Percanggahan tentang layanan ke atas kes Sukma dan kes Munawar di mahkamah-mahkamah rayuan adalah jelas.

Dalam mana-mana sistem perundangan, apabila sesuatu pengakuan dicabar berdasarkan hakikat bahawa ia bukan secara sukarela, orang yang dituduh secara otomatik berhak mendapat pendengaran penuh berdasarkan ketidakrelaan itu.

Apatah lagi memelihara sistem perundangan ini adalah penting apabila pengakuan bersalah dirakam berdasarkan pengakuan yang dibuat bukan secara sukarela.

Adalah dikesali kerana mahkamah-mahkamah tertinggi di Malaysia tidak memikirkan hal ini yang menjadi prinsip asas.

Dengan tindakan mereka ini, mereka telah menghalalkan jenayah serius dilakukan oleh polis dan pihak pendakwa raya dalam kes Dr Munawar, yang ditangkap, ditahan dan didera bagi memaksa membuat pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan, yang bertujuan untuk memburukkan imej Anwar.

Bahagian 1

Bagaimana Konspirasi Liwat 2 Bermula

Konspirasi liwat nombor 2 : Bahagian Pertama

Oleh R Sivarasa

Sebelas tahun telah berlalu, sejak Anwar Ibrahim, yang baru dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, mula dilemparkan dengan beberapa tuduhan keji liwat dan rasuah yang direka-reka.

Ini mengakibatkan beliau seterusnya melalui dua perbicaraan yang dikutuk di seluruh dunia ekoran dari tindakan yang sengaja dicipta dan berasaskan dorongan politik semata-mata.

Sebagai akibatnya, beliau menghabiskan masa enam tahun di Penjara Sungai Buloh, berseorangan disebalik tembuk besi dalam tempuh itu, hanya perhubungan dengan keluarga dan peguam-peguamnya sahaja dibenarkan.

Akhirnya, selepas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamed, dengan agak keberatan mengundur diri pada bulan Oktober 2003, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 pada peringkat akhir rayuannya atas tuduhan liwat.

Sekarang ini, mimpi ngeri bermula sekali lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan atas tuduhan liwat yang baru, selepas laporan dibuat pada 28 Jun 2008 oleh seorang pembantu muda dipejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kata Anwar, dakwaan ini juga didorong oleh motif politik. Suatu usaha yang diperbaharui untuk mengekang karier politiknya, yang menyaksikan beliau kembali berpengaruh, meskipun beliau menghadapi berbagai halangan, sejak pembebasannya.

Ramai mereka yang berada dalam dan luar negeri bersetuju mengenai penilaian ini.

Skrip lama diberi nafas baru dengan para pelakun yang baru. Skrip yang baru ini juga membenarkan campur tangan politik didedahkan seperti yang terdapat dalam skrip lama. Manipulasi oleh para pegawai di kamar Peguam Negara dan polis, dan pemalsuan bukti-bukti yang kesemua ini timbul dari konspirasi politik untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar.

Kes yang penuh dengan kecurigaan.

Banyak fakta tuduhan Saiful dan tingkah lakunya sudah menjadi pengetahuan umum. Fakta-fakta ini membuktikan kebenarannya sendiri dan menunjukkan terdapatnya kekurangan fakta atau hujah dalam kes yang direka cipta.

Saiful, dalam laporan polisnya pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa bahawa beliau diliwat oleh Anwar pada petang Khamis, 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful mendakwa beliau telah dikasari sebanyak lapan atau sembilan kali tanpa kerelaannya oleh Anwar selama dua bulan lalu.

Dalam laporan polis itu iaitu dua hari kemudian, pada 28 Jun 2008, beliau mendakwa insiden liwat berlaku tanpa kerelaannya.

Versi dakwaannya dengan serta merta menimbulkan keraguan kenapa orang mendakwa sebagai “mangsa” diliwat lapan hingga sembilan kali tanpa kerelaannya selama dua bulan tidak membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Pada masa itu, beliau sering berhubung dengan Anwar dan kesemua staf di pejabat Anwar.

Juga didedahkan pada Rabu, 25 Jun 2008, sehari sebelum beliau dikasari pada Khamis, beliau telah menemui Penolong Pesuruhjaya Kanan, Rodwan Mohd Yusof (Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia pada ketika itu dan kini CPO
Melaka) di Bilik Nombor 619, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Apabila disoal oleh wartawan mengenai pertemuan itu, Rodwan berkata, beliau tidak ada apa-apa komen. Rodwan memainkan peranan penting dalam kes Anwar pada tahun 1998/1999.

Rodwan, adalah orangnya yang menggunakan sampel darah Anwar secara haram untuk tujuan ujian DNA dan beliau juga terlibat dalam meletak kesan palsu DNA ke atas tilam yang diusung ke mahkamah.

Dalam perbicaraannya yang pertama tahun 1999, bukti DNA begitu tercemar sehinggakan membuat hakim yang mempunyai sikap negatif Augustine Paul dipaksa menolak bukti itu dalam membantu pendakwa raya.


Juga didedahkan bahawa “mangsa” itu juga bertemu dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, (Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu), beberapa hari sebelum insiden itu didakwa berlaku.

Apa yang menarik dalam pendedahan ini ialah Najib pada mulanya menafikan bertemu Saiful kepada media, kemudian mengakuinya, dan berkata pertemuan itu diadakan kerana Saiful (yang gagal menamatkan pengajiannya di universiti) memohon mendapatkan biasiswa.

Najib kemudian memberitahu media bahawa Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar dan kelihatan sugul ketika pertemuan itu. Tingkat laku Saiful selepas dakwaannya dikasari oleh Anwar pada hari Khamis itu juga menimbulkan berbagai persoalan.


Pagi keesokan harinya, Saiful pergi ke pejabat Anwar seperti biasa. Beliau tidak membuat aduan kepada sesiapa pun dan kelihatan normal. Pada lewat hari tersebut, beliau menghadiri majlis Kelab Anwar Ibrahim di rumah Anwar di mana Anwar juga hadir.

Di sana beliau membantu menyediakan kopi kepada beberapa orang yang hadir, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda bimbang dan resah gelisah, dan beliau dapat duduk dan berdiri tanpa memperlihatkan sebarang tanda ketidakselesaan.

Pada jam 2.00 petang hari berikutnya, hari Sabtu, Saiful pergi ke klinik swasta, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Jalan Tun Razak. Di sana beliau membuat aduan kepada Dr Osman, bahawa beliau merasa sakit pada bahagian dubur selama beberapa hari dan item ‘plastik’ telah dimasukkan.

Satu pemeriksaan ‘proctoscopy’ yang dilakukan oleh Dr Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda tusukan dan Saiful memiliki lubang dan saluran dubur yang normal.

Selepas pemeriksaan itu, Saiful memberitahu Dr Osman bahawa beliau telah diliwat oleh seorang VIP dan beliau kemudian telah dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.

Meskipun jarak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan Pusrawi adalah hanya dengan melintas jalan, Saiful mengambil masa dua jam setengah untuk tiba di sana.

Di HKL, di mana beliau membuat laporan beliau diliwat, beliau telah diperiksa oleh tiga doktor pakar, suatu keadaan yang luar biasa mengikut prosedur ini.

Ketiga-tiga doktor ini, dalam laporan rasmi mereka, telah menyatakan bahawa “tidak terdapat penemuan klinikal yang mutlak yang menunjukkan adanya tusukan terhadap dubur”, dan sekali lagi mengesahkan kesimpulan yang dibuat oleh Dr Osman.


Sesiapa pun, penyiasat yang bersikap objektif akan memahami bahawa pendakwaan terhadap liwat tidak boleh dibawa ke mana-mana ekoran dari laporan perubatan yang cukup jelas itu.

Di sini kita melihat yang sebaliknya – penyiasatan yang dipandu-arah, alaupun bukti perubatan menolak adanya sebarang tusukan terhadap dubur. Penyiasatan yang berniat jahat ini menguatkan hujah bahawa terdapat penglibatan yang bermotifkan politik.

Penyiasatan diteruskan walau terdapat penemuan-penemuan perubatan, yang segera boleh diperolehi oleh para penyiasat polis.

Kain lembut pencuci dubur Saiful, dengan penuh keraguan, mengambil masa dua hari untuk tiba di makmal pakar kimia untuk dianalisa.

Sekarang ini kita tahu bahawa pihak pendakwa raya bergantung kepada bukti DNA untuk mencuba membuktikan bahawa Anwar terlibat dalam perlakuan liwat dengan Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang lelaki berusia 61 tahun yang mengalami sakit belakang mampu memaksa dirinya ke atas seorang pemuda yang cergas dan tinggi lampai berusia 24 tahun adalah persoalan yang menarik untuk para pemerhati perbicaraan politik ini.

Soalan lain yang menarik ialah, memandangkan terdapatnya bukti perubatan yang jelas dan tidak ada penemuan klinikal yang menunjukkan adanya tusukan ke dalam dubur, kekurangan kredibiliti mana-mana laporan DNA menunjukkan DNA Anwar berada pada saluran dubur Saiful.

Laporan seperti ini pada asasnya menimbulkan keraguan tentang kredibiliti bukti DNA seperti itu, bermaksud bukti seperti itu telah dipalsukan atau diusik, mudah untuk menyediakan bukti DNA, terutama mereka yang mendakwa adalah para penyiasat itu sendiri, seperti dalam perbicaraan tahun 1998.

sambungan

Tg Razaleigh : UMNO Tetap Akan Berhadapan Dengan Undang-Undang Dan Rakyat

UMNO bebas mengambil apa sahaja tindakan yang mereka ingin terhadap saya,” kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, beliau tidak gentar terhadap desakan sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan mendapat royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini.

Menurutnya, isu itu bukan berkaitan dengan beliau, tetapi membabitkan ketetapan undang-undang mengenai royalti minyak dan hak Kelantan dan Terengganu.

“Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata melalui Astro Awani, semalam.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketika menjadi Pengerusi Petronas, beliau menggubal akta, merangka undang-undang dan menandatangani perjanjian atas arahan bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Beliau mahu memastikan negeri-negeri yang miskin di Semenanjung mendapat faedah dari minyak yang diperoleh di luar pesisir,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, UMNO tetap akan berhadapan dengan undang-undang negara dan rakyat, walaupun parti itu mengambil tindakan tegas ke atasnya.

Katanya, tindakannya menyokong Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan bukan wang ihsan, berdasarkan undang-undang.


Kontroversi royalti minyak Kelantan tercetus apabila Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Bagaimanapun, Kerajaan Pusat memutuskan memberi wang ihsan RM 20 juta.

Selepas itu, Kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa perundingan wang ihsan bagi membincangkan sebarang pandangan berhubung tindakan yang perlu dilakukan dengan wang ihsan yang akan disalurkan ke Kelantan kelak.

Namun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

Isu royalti minyak Kelantan menjadi semakin hangat apabila Tengku Razaleigh bercakap di hadapan 40,000 orang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan menyokong Kerajaan Kelantan dalam tuntutannya.

Tindakan Tengku Razaleigh itu membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli parti UMNO, setengahnya marah dengan tindakannya itu.

Ada yang menuduh Tengku Razaleigh mempunyai agenda politik tersendiri dengan mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang dan ada yang mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin.

Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO Kelantan tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan seperti itu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, hanya Majlis Tertinggi UMNO yang layak berbuat demikian.

Mustapa baru-baru ini mengumumkan Kerajaan Pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan mulai Mac ini kepada Kelantan. Jumlah itu adalah lima peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008. - SH

UMNO Tietap Tidak Akan Dapat Rampas Kelantan - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa apa saja yang UMNO lakukan, UMNO tetap tidak akan dapat rampas Kelantan.

Pengakuan Mahathir itu dilakukan sewaktu mengulas soalan mengenai tindakan YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang berkongsi pentas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semasa perhimpunan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru untuk menjelaskan isu royalti kepada rakyat Kelantan.

Bekas Menteri Kewangan itu dalam perhimpunan berkata bahawa negeri itu layak memperoleh royalti berkenaan sebanyak 5%. Sedangkan kenyataannya itu bercanggah dengan pendirian Kerajaan Pusat yang hanya mahu menyumbangkan wang ihsan.

Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat, kata Maahathir

“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya," ujar beliau.

Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin.

“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."

Mahathir juga menganggap bahawa beliau tidak layak untuk mengkritik tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan pentas pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan kerana bekas Perdana Menteri itu sendiri pernah melakukan perkara sama sebelum ini.

"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.

"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada Persidangan Logik Asean di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Mahathir mengkritik keras kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan penggantinya itu menguruskan negara.

Ulasan GB

Dahulu ya, UMNO boleh rampas Kelantan. Itu pun denga taktik "mendharurat"kan terlebih dahulu Kelantan dan mereka rampas, lebih kurang yang dilakukan di Perak setahun lalu.

Kini tidak lagi. Rakyat Kelan tidak bodoh. Mereka berhimpun beramai-ramai bersolat hajat di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baru di bawah pimpinan Menteri Besar, TG Nik Abdul Aziz.

Kelantan tidak dapat digunat.

Habis, bagaimana Terengganu pula yang boleh jatuh ke tangan UMNO BN di dalam PRU yang lalu?

Fikir-fikirkan sebabnya. Jelas dan nyata.

Gagasan 1Malaysia Terbakar Hangus Sebelum Sempat Ia Dijulang

Pegawai Khas PM Akan Letak Jawatan Ekoran Kenyataan Berunsur Perkauman

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman.

Kenyataan itu yang menyinggung perasaan kaum India dan Cina didakwa dikeluarkan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka pagi tadi.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada Najib yang bertungkus lumus mahu menarik sokongan pelbagai kaum terhadap konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu.

Keputusan beliau diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri lewat petang semalam.

“Kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir di Melaka hari ini tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

“... Nasir tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan menghina. Beliau bercakap dengan panjang lebar sumbangan semua kaum dalam pembangunan negara,” katanya.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, Nasir memohon maaf atas sebarang masalah yang timbul dan oleh itu akan melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun Nasir yang dihubungi The Malaysian Insider kira-kira dua jam sebelum kenyataan letak jawatan dikeluarkan memberitahu:

“Saya tidak mengatakan perkataan ‘pendatang’. Saya hanya mengatakan negara telah maju dengan adanya orang Cina dan India, dari dulu hingga sekarang, datang ke sini untuk bekerja.”

Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa telah mengugut untuk melucutkan kerakyataan bukan Melayu yang menuntut hak mereka dihormati.

“Saya tidak mengugut sesiapa dan saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Anda tahu saya sangat rapat dengan orang MIC. Saya hanya berkata adalah tidak baik untuk membuat tuntutan-tuntutan macam itu memandangkan komuniti lain akan bertindak balas,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin MCA, MIC dan Gerakan memulaukan sesi Nasir dengan bertindak keluar dari dewan persidangan ekoran kenyataan menyinggung perasaan itu kira-kira 10 pagi semalam.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Pemuda MIC dijangka membuat laporan polis terhadap Nasir.

Nasir menambah beliau juga tidak memperlekehkan bahasa lain tetapi hanya mempertahankan bahasa kebangsaan.

“Saya mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsan, hanya harus ada satu bahasa kebangsaan,” katanya. .

Bagaimanapun penjelasan Nasir ini dipertikaikan oleh mereka yang hadir pada seminar itu.

Seorang ahli MIC dari Alor Gajah yang mahu dikenali sebagai Maniam berkata beliau dengan jelas dengar bahawa Nasir mengatakan akan melucutkan kerakyataan jika isu subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terus dibangkitkan.

Seorang lagi anggota MIC yang dirinya tidak mahu dikenali berkata Nasir ada menggunakan perkataan “pendatang”.

Katanya, Nasir mengatakan Umno yang menggubal perlembagaan, seolah-olah orang lain tidak memainkan peranan langsung.

Dia menambah apabila Nasir didampingi untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata hanya merujuk kepada kumpulan Hindraf yang telah diharamkan.

“Bukankah Hindraf juga orang India. Kami tanya beliau,” katanya.

Pemimpin komponen BN Melaka merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Najib apabila beliau mengunjungi negeri itu Khamis ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata, Nazir bukan sahaja perlu meletakkan jawatan tetapi harus memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya.

“Gerakan juga mahu beliau memohon maaf,” kata beliau ketika dihubungi.

Teng menambah mereka seringkali mengatakan bukan Melayu tidak harus membangkitkan soal kontrak sosial tetapi kini pihaknya pula mengungkit aspek tersebut.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengecam kenyataan Nasir dan mahu tindakan diambil di bawah Akta Hasutan.

“Meskipun kenyataannya tidak mencerminkan pendirian Perdana Menteri tetapi telah menyinggung perasaan masyarakat India negara ini.

“MIC mengecam sikap kolonial orang (seperti) ini yang merendahkan orang India Malaysia dan kami menuntut dia dihukum di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mencabar anggota pentadbiran Najib agar membangkitkan isu terbaru ini dalam mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Adakah para menteri akan mempertikaikan tindakan Nasir memandangkan konsep 1 Malaysia semakin tercalar, kata Lim menerusi ruangan Twitter petang tadi. -MI

Ulasan GB

Sekalipun Datuk Seri Najib telah meminta pegawai khasnya, Datuk Nasir Safar melepaskan jawatannya kerana keceluparan menyatakan kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah, namun "Najib masih dengan sindrom penafian" bahawa gagasan 1Malaysianya tidak dihayati bukan sahaja oleh rakyat, tetapi oleh pegawai kanannya sendiri.

Najib sekalipun meminta Nasir meletakkan jawatan namun beliau masih mempertahankan Nasir : "Nasir tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan menghina".

Berjuta telah ditaburkan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, hasilnya tidak dapat disembunyikan bahawa UMNO BN adalah parti perkauman dan ia mengulangi beberapa insiden lepas yang mengesahkan fakta itu.

Seorang penganalisa politik Khoo Kay Peng, di dalam tulisan diblognya, menganggap kenyataan Nasir yang menyatakan “India datang ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan kaum Cina terutama wanitanya datang ke sini untuk jual tubuh” merupakan satu simptom politik perkauman BN yang hodoh.

Kenyataan Nasir itu bukan yang pertama dari kalangan Umno yang telah mengeluarkan kenyataan perkauman.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail telah pernah melabelkan Kaum Cina sebagai “pendatang,” sewaktu berkempen pada 2008, dan telah diambil tindakan tetapi pemecatannya ditarik balik tahun lalu.

Justeru, gagasan 1Malaysia Najib hanyalah satu retorika politik, satu slogan kosong, satu gimik untuk menipu rakyat, sedangkan hakikatnya UMNO sendiri masih disaluti tempura dari nasionalism sempit yang belum dapat dikikiskan sehingga kini.

Gagasan 1 Malaysia sudah terbakar hangus sebelum sempat ia dijulang.

Lagi Mengenai Laungan Reformasi Semalam

Perbicaraan konspirasi II mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini diiringi doa ribuan penyokongnya yang sedia menanti di tingkat bawah Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Laungan reformasi bergema lagi petang tadi dengan diketuai oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Chegu Bard yang ditemui Tv Selangor menyifatkan apa yang berlaku pada hari ini sebagai sambungan kepada kebangkitan reformasi 1998 dan ianya merupakan pergerakan yang lebih besar kepada menyatukan kaum Melayu, Cina dan India.

“Apa yang berlaku pada hari ini kita tidak melakukan mobilisasi secara rasmi, yang berlaku ini ialah pergerakan rakyat secara organik dan saya yakin dan jelas bahawa angin kebangkitan tahun 98 itu dapat saya hidu. Hari ini dapat saya lihat petanda jelas, dan lebih jelas lagi 98 hanya ada sekumpulan anak muda Melayu dalam kelompok yang besar, dan hari ini kita ada muka-muka baru. Anak muda Melayu, Cina dan India, muka-muka baru yang terpisah dalam gerakan 98” ujar Chegu Bard.

Selain Chegu Bard, penyokong yang lain juga punyai pendirian mereka sendiri mengapa mereka berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Nama saya Lim. Saya datang dari Ipoh. Tujuan saya datang adalah untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim”.

“Semua orang miskin sokong Anwar, sokong reformasi. Tadi masa saya mahu masuk, polis kacau. Ini pukul 2.30 polis tidak bagi jurukamera dan wartawan pula masuk” ujar Sasikumar pula.

Sementara menurut seorang lelaki tua yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ya berharap, kebenaran akan muncul kerana beliau percaya Anwar adalah mangsa fitnah kerajaan UMNO-BN.

“Saya Pak Ya. Saya datang dari Permatang Pauh. Saya datang untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar sebab kita tahu perbicaraan dia kebanyakannya berunsur fitnah. Akal saya tidak dapat terima. Bagi pandangan saya dia seorang yang agak warak. Orang seperti dia difitnah, memang tidak patut” katanya.

“Minta doa supaya Tuhan beri kemenangan kepada dia sebab kita rasa sayang kepada dia. Puak-puak UMNO memang sengaja hendak menjatuhkan dia” tambahnya lagi.

Menurut Pak Ya, beliau bersama rakan-rakan yang lain bertolak jam 12 malam tadi semata-mata untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

Manakala bagi Rajenand pula, meski apa pun yang berlaku, beliau sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat kerana yakin hanya gagasan ini yang telus dalam pemerintahan.

“Di tempat saya, Pakatan Rakyat, Keadilan, PAS atau DAP, saya sokong. BN saya tidak sukalah. Pagi dalam pukul 4.30am, lebih kurang 5 berada di Petronas Gopeng, dalam pukul 9 pagi sampai di sini”. -TVS


Kesan serangan ke atas gereja, rumah ibadat: Modal RM90 bilion ditarik keluar

Malaysia dikhuatiri mengalami pengaliran keluar modal asing bernilai kira-kira RM90 bilion, susulan serangan ke atas gereja dan masjid yang dikaitkan dengan beberapa anasir dalam Umno.

Sumber-sumber perbankan mengesahkan, syarikat korporat antarabangsa mengeluarkan simpanan berjumlah USD5 bilion (RM17 bilion) dari dua bank antarabangsa di Kuala Lumpur sejak awal bulan lalu apabila bermula serangan ke atas gereja, sekolah mubaligh, masjid serta rumah ibadat Sikh.

Dua bank berkenaan adalah antara 13 bank asing yang beroperasi di Malaysia. Sekiranya purata USD2 bilion dibawa keluar dari setiap bank berkenaan, Malaysia mengalami ‘pendarahan’ lebih USD26 bilion atau RM89 bilion.

"Syarikat asing yang menyimpan modal dan keuntungan di bank asing di Malaysia, melihat kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mampu lagi mengurus ekonomi dengan baik,” kata sumber-sumber perbankan antarabangsa.

"Ini diburukkan dengan kegagalan kerajaan mengurus siri serangan ke atas gereja, masjid dan kuil sehingga pelabur asing menganggap Malaysia tidak lagi selamat untuk menyimpan modal mereka," kata sumber berkenaan.

Pengaliran modal dari bank-bank terbabit bertambah rancak apabila berita serangan ke atas gereja tersebar ke seluruh dunia dan mencetuskan keresahan dalam pasaran kewangan antarabangsa.

Keadaan bertambah buruk apabila beberapa pihak mula tampil dan mendedahkan pembabitan anasir-anasir Umno di sebalik serangan ke atas gereja.

Menurut sumber-sumber itu, kenyataan-kenyataan oleh Najib mengenai perpaduan kaum dan rekod beliau menguruskan skandal-skandal kewangan Malaysia, kini lebih dilihat sebagai retorik di persada antarabangsa.

Hakikatnya ialah, umum melihat Umno cuba menimbulkan ketegangan kaum dengan menggunakan isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh kaum Kristian untuk meraih sokongan orang Melayu.

Sumber-sumber berkenaan juga merujuk kepada rasa tidak puas hati Washington terhadap Najib bersabit kehilangan dua enjin jet F-5E serta skandal rasuah PKFZ 12 bilion ringgit.

“Umumnya, pelabur semakin tidak yakin kemampuan Umno-BN mempamerkan sistem urus tadbir negara yang adil, telus dan bersih,” kata sumber-sumber berkenaan.

Sejak 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle dan 10 lagi gereja, dua masjid dan sebuah kuil Sikh rosak akibat serangan bom api, dibaling batu atau disimbah cat.

Pada 27 Januari lalu, kepala babi dilontarkan ke dalam pekarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama. Ia didalangi pihak tertentu untuk menimbulkan pergaduhan kaum.

Fenomena membawa keluar modal oleh syarikat asing kerana tidak lagi yakin terhadap kerajaan Umno-BN dijangka menjejas unjuran Kementerian Kewangan bahawa ekonomi Malaysia akan tumbuh sebanyak 5 peratus tahun ini.

Ekonomi negara mencatat penguncupan tiga suku tahun berturut-turut pada 2009, iaitu 6.2 peratus pada suku tahun pertama, 3.9 peratus pada suku tahun kedua dan 1.2 peratus pada suku ketiga.

Kemasukan pelaburan terus asing (FDI) ke Malaysia juga mengalami kemerosotan teruk sejak 2008.

Menurut Laporan Pelaburan Dunia 2009, yang diterbitkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Malaysia ketinggalan di belakang Thailand, Indonesia dan Singapura daripada segi FDI.

Negara mencatat pengaliran keluar bersih sebanyak USD6 bilion (RM20.4 bilion) pada 2008 berbanding USD2.7 bilion (RM9.2 bilion) pada 2007.

Laporan UBS Investment Research mengkategorikan Malaysia sebagai negara paling teruk mengalami penurunan rizab antarabangsa di seluruh Asia pada tahun lalu, iaitu sebanyak 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM355 bilion. -SK