14 Sep 2009

Era Najib Altantuya : UMNO-BN DiLanda Ribut Sebelum Tsunami

Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan (Selcat), hari ini mendapat perhatian apabila keterangan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Haji Marzuki Hussin menyindir BN dengan perkataan "Ribut Politik".

Beliau mengejutkan dewan apabila pegawai daerah itu mengatakan "satu ribut politik" melanda pejabat-pejabat daerah, menyebabkan mereka terpaksa memproses semua tuntutan sekitar 13 Feb, 2008 secepat mungkin, apabila dewan negeri itu dibubarkan.

Panel Selcat, Azmin Ali mempersoalkan bagaimana tuntutan tersebut diluluskan dalam satu hari, sedangkan surat pekeliling menetapkan tuntutan segera hanya untuk situasi kecemasan yang diproses dalam tiga hari bekerja.

Azmin: Jadi jika ia ribut, ia mengambil tiga hari tetapi jika ia satu ribut politik, ia mengambil satu hari?

Marzuki: Bila ia, ribut politik, datang pejabatpun macam rebut, maka ia perlu diproses lah. Dalam pemerhatian saya, kami mengikuti prosedur.

Azmin: Prosedur itu telah diikuti tetapi ia (adakah tidak sesuai) Digunakan?

Marzuki: Saya membenarkan dan meluluskan tetapi ia patut bergantung kebijaksanaan ahli-ahli dewan bagi merancang.

Azmin: Yakni wang pembayar cukai, bukan ahli-ahli dewan itu. Seperti seorang pegawai daerah, anda mempunyai tugas untuk menasihat ahli-ahli dewan walaupun "ribut". Siapa cemas dalam ribut politik? Adakah rakyat, kerajaan atau ahli-ahli dewan itu?
Marzuki: Ahli-ahli dewan itu lah. Ia menentukan masa depan mereka.

Perbicaraan awam Selcat pada hari kelima, setakat ini telah mendengar keterangan daripada lebih 20 pegawai kerajaan dari daerah Klang, Petaling, Gombak dan Kuala Selangor.

Pendengaran Awam kali kedua, selepas siasatan dana Balkis, awal tahun ini, kini meneliti perbelanjaan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor antara Januari 2008 dan Jun tahun ini bagi menyiasat peruntukan lebih RM2.7 juta yang dihabiskan oleh 54 ADUN BN tidak sampai tiga bulan.

Daripada testimoni yang diterima, kebanyakan perbelanjaan peruntukan negeri dibuat selepas pembubaran dewan negeri pada 13 Feb, 2008.

Peruntukan yang telah dihabiskan itu menyebabkan kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat terpaksa menambah peruntukan sebanyak RM375,000 lagi, bagi setiap kawasan.

Teng berkata, lima lagi Pegawai Daerah dan tiga ahli dewan undangan negeri akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan yang dilakukan menjelang pilihanraya umum lalu.

Perbicaraan awam Selcat akan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri ini, pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.



Era Najib Altantuya : Selangor Cari Kaedah Terbaik Urus Peruntukan DUN - SELCAT

Kerajaan Negeri sedang mencari satu mekanisma yang lebih ketat bagi memastikan peruntukan dana wang kerajaan dibelanjakan dengan lebih cekap untuk kepentingan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim berkata, ia bagi memastikan tiada lagi salah guna seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional ketika kempen pilihan raya umum lalu.

“Melihat kepada permohonan dalam peruntukan, banyak peruntukan telah disalah gunakan untuk kempen pilihanraya, untuk elakan perkara itu berulang dan memastikan peruntukan sampai dalam keadaan cekap, kami perlukan satu mekanisma yang lebih ketat, untuk pastikan peruntukan itu cepat, cekap, tetapi hendaklah disekat dengan prosedur supaya tidak ada penyalah gunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi pendengaran awam Selcat di Dewan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor, pagi tadi.

Selain itu, cadangan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussein agar satu Jawatankuasa Tindakan Daerah ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan peruntukan ADUN, Teng berkata, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk melihat kesesuaiannya.

Teng, turut berpuas hati dengan sesi pendengaran awam hari ini kerana pegawai daerah Klang dan Sabak Bernam, masing-masing bersikap mengakui kesilapan dan memberi cadangan yang membina dalam membelanjakan wang peruntukan tersebut pada masa akan datang.

“Saya rasa ini adalah sikap yang baik, kerana pegawai ini mengakui kesilapan kelemahan ini wujud, beliau turut membuat cadangan dimana adun turut akan diminta membuat perbentangan rcgan peruntukannya sepanjang tahun dalam mesyuarat diperingkat adaerah itu juga akan kami pertimbangkan kami akan lihat sama ada cara itu praktikal atau tidak,” katanya.

Malah dalam sesi pendengaran tersebut, mereka bersetuju terdapat “Ribut Politik” ketika pemerintahan Barisan Nasional ketika membuat permohonan untuk mengeluarkan peruntukan dengan kadar segera.

“Pegawai daerah, sedia mengaku bahawa peruntukan yang dipohon luarbiasa ketika menjelang pilihanraya umum, beliau juga mengakui bahawa cara peruntukan di belanjakan, menghabiskan dalam tempoh yang begitu singkat, malah beliau turut memberi contoh bahawa gaji sebulan dihabiskan dalam jangkamasa seminggu, itu adalah satu tanggapan yang lebih munasabah dan rasional dari pegawai daerah yang merupakan pegawal kewangan dlm soal peruntukan kawasan DUN,” katanya.





Era Najib Altantuya : MIC Tidak Telus Abai Kebajikan Kaum India

Pada pemilihan Kongres India Se-Malaysia (MIC) Sabtu lalu, jawatan Timbalan Presiden berjaya dikekalkan penyandangnya, Datuk G. Palanivel yang menewaskan lawannya, Datuk S. Subramaniam.

Walaupun kemenangan ini bukan kejutan besar, namun impaknya agak mendalam kepada pengundi kaum India negara ini, khususnya di Selangor.

Ini adalah kerana pimpinan tertinggi parti MIC itu masih diterajui Datuk S.Samy Vellu, mantan Menteri Kerja Raya dengan hampir 30 tahun beliau memegang jawatan Presiden parti tersebut.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manohran berkata demikian kepada Tv Selangor, ketika dihubungi melalui telefon berhubung pemilihan MIC yang berlangsung di PWTC, Sabtu lalu.

“Nampak ahli-ahli MIC masih tidak berubah, tidak mahu perubahan, masih mahu dijajah oleh Samy Vellu dan orang-orangnya. Nampaknya mereka tidak mahu menukar kehidupan mereka, kalau ahli MIC masih mewakili orang-orang yang tidak boleh membantu rakyat India, maka saya percaya ini tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada kaum India”, kata Manoharan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin MIC yang menang supaya merapatkan barisan dan memenangi kembali sokongan masyarakat India di negara ini.

Bagaimanapun, saranan Najib ini tidak berlandaskan platform yang betul apabila MIC terus mengekalkan Samy Vellu untuk memimpin parti itu yang dilihat semakin nazak dan tahap pemikiran mereka jauh ketinggalan.

“Lebih baik ahli-ahli MIC bertukar fikiran dan masuk ke parti-parti lain seperti PKR, DAP dan sebagainya sebab saya percaya MIC tidak boleh membawa perubahan selagi mereka masih di bawah Barisan Nasional.

“Mereka tidak boleh bertahan lagi, sebab pada pilihanraya akan datang mereka akan hangus sama sekali, sebab MIC tiada lagi sokongan daripada kaum India, hanya orang-orang lama, orang-orang tua saja menyokong MIC, orang-orang muda, orang-orang yang berpelajaran dan orang-orang yang sudah sedar telah mula keluar daripada MIC”, jelas Manoharan lagi.

Dalam pada itu, katanya, terdapat segelintir barisan pimpinan parti MIC hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa mengambil berat nasib serta kebajikan kaum India yang masih ramai miskin, hidup terpinggir daripada pembangunan malah sesetengahnya pula masih memerlukan bantuan pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

“Ramai yang masuk MIC sedikit-sedikit golongan muda yang cuba masuk MIC terbawa-bawa, mereka ingat mereka boleh masuk MIC untuk mencari kekayaan, itu satu pemikiran yang amat tidak baik, sebab saya percaya pemikiran sedemikian tidak boleh mendapat sokongan rakyat”, katanya. -TVS


Era Najib Altantuya : Tolak Provokasi, Mantapkan Perpaduan - Khalid

Menteri Besar Khalid Ibrahim menyeru rakyat Selangor untuk tidak terpengaruh dengan provokasi segelintir pihak yang menghasut kepada perpecahan dan pergeseran antara kaum.

Nilai hormati-menghormati serta pemahaman bahawa pelbagai masalah dapat diselesaikan melalui dialog matang perlu ditanam dalam minda anak-anak demi masa depan Selangor.

“Harapan ini saya serukan kepada golongan belia antara kaum supaya bersikap hormat-menghormati terhadap agama dan budaya berbilang kaum lantaran anda semua bakal menerajui masyarakat negeri dan negara ini," katanya.

Justeru itu, anda semua perlu mempamerkan sikap muhibah dan kewajipan sebagai warga negara yang tahan diuji. Janganlah kita bertindak melulu misalnya sebagaimana yang berlaku, segolongan belia Melayu sanggup menghina pengganut agama Hindu dengan berarak terjerit-jerit dan memijak kepala lembu sedangkan kita tahu lembu merupakan lambang suci bagi pengganut agama Hindu," katanya.

Khalid berkata mana-mana pihak yang menghasut kepada perseteruan agama dan konflik kaum adalah agen huru-hara yang bukan sahaja menjejaskan ikatan masyarakat, bahkan mencemar kemuliaan agama anutan masing-masing.

"Padahal sikap dan tanggungjawab ini jika dibiarkan berleluasa boleh menimbulkan pertumpahan darah antara kaum di bumi Malaysia yang tercinta ini. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha mengeratkan hubungan antara kaum dan menyemai semangat bertolak ansur dan hormat-menghormati terhadap berbagai kaum berbilang agama dan bangsa bagi orang Melayu ini adalah yang dikatakan Islam sebenarnya.

“Dengan larangan Allah SWT yang melarang umat Islam supaya tidak menghina berhala atau sembahan orang bukan Islam dan dengan hubungan ini apatah lagi yang hendak dibuktikan oleh pemimpin Umno dalam usaha untuk mengamalkan Islam yang sebenar," katanya. -TVA



Era Najib Altantuya : UMNO Sakit Otak - Amiruddin

Umno Barisan Nasional yang semakin terdesak untuk merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat mula menggunakan taktik-taktik kotornya dengan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari (gambar) menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR.

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya. -TVA

Era Najib Altantuya : Undi Pos, PAS Akan Temui SPR

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 28 Sept depan bagi membincang mengenai prosedur undi pos yang dilihat tidak telus dan boleh dimanipulasi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini berkata sehubungan itu, PAS akan mendesak SPR mengkaji semula sistem undi pos.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan Oktober depan, Salahuddin memberitahu pemberita di sini, PAS sudah ada tiga nama untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama-nama calon itu dan hanya berkata calon bagi DUN itu akan ditentukan PAS Pusat pada masa yang terdekat ini.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah 3 Oktober sementara tarikh pengundian, jika ada pertandingan, 11 Oktober.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi dan 4,604 adalah pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah. -BERNAMA

Era Najib Altantuya : K'jaan Pusat Berdolak Dalik Dalam Isu Royalti Minyak Kelantan

Kerajaan Pusat dilihat masih berdoalk-dalik mengenai isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin menyatakan permohonan tersebut setakat ini masih dalam peringkat kajian sebelum apa-apa keputusan mengenainya dibuat kerana kawasan tempat minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa.

"Kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan.

"Salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Awang Adek berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan kewangan Yayasan Tun Hamdan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pada awal Ogos lalu, seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan.

Didapati pelantar minyak Kelantan jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato’ Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.Image

“Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

“Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali,” katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

“Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.

“Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu,” ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.

Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini.


Era Najib Altantuya : SPRM Siasat Khir Toyo 6 Jam

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.

Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini siasatan SPRM ke atas laporan mengenai banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat. -mstar

Ulasan GB

Kita berharap siasatan itu bukan satu sandiwara tetapi bnar-benar siasatan yang profesyenal.

Ia juga mesti merupakan satu siasatan yang komprehensif. Terlalu banyak aduan dilakukan terhadap bekas MB Selangor itu, apakah SPRM hanya memilih hanya satu-dua kes mengikut kemahuan Ketua Pesuruhjayanya?



Perak Menyaksikan Najib Altantuya Beretorika Lagi.

Jika benar, seperti yang dilaporkan oleh Bernama bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini kuasa rakyat yang akan menentukan kelangsungan kuasa Barisan Nasional (BN), ada perkara yang perlu disemak semula.

Perdana Menteri berkata lagi bahawa bagi memastikan BN terus mendapat mandat memerintah negara ini, parti berkenaan perlu bersifat adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

"Ini semua adalah kerana kalau kita dapat pertahankan hak semua kaum dan berlaku adil maka rakyat akan lebih senang kepada kita dan inilah juga perinsip kerajaan kita iaitu kerajaan BN.

Jika demikian halnya, bagaimana dengan Perak? Apakah kerajaan BN yang memerintah sekarang ini adalah dari kuasa rakyat atau rampasan kuasa atau kuasa istana? Rakyat Perak melihat apa yang diucapkan oleh Najib tidak lebih dari hanya satu retorika yang akan memakan dirinya semula.

UMNO BN bukan sahaja telah melakukan satu pencabulan terhadap perinsip asas demokrasi, malah melakukan satu penghinaan terhadap kuasa rakyat dengan melakukan rampasan kuasa di Perak pada awal tahun ini.

Rakyat Perak telah mendesak berkali-kali agar kuasa rakyat dikembalikan, agar dewan undangan negeri dibubarkan, agar pilihanraya di adakan semula, tetapi kesemua seruan dan desakan itu telah tiba ke telinga yang tuli, malah kuasa rakyat dipersendakan sedemikian rupa untuk kelansungan Barisan Nasional di negeri itu.

Bagi rakyat Perak, tak kisah, rupanya masa begitu cepat berlalu, dan pilihanraya umum ke 13 pasti menjelma dan di situ, jangan ada lagi sikap apologetik dari UMNO BN atau istana, kerana suara rakyat sudah tidak dihormati, UMNO BN akan dihantar terus ke lembah kehancuran dan kehinaan.. bermula di Perak.

Rakyat Perak tak sabar menunggu detik-detik bersejarah itu.



Era Najib Altantuya : Harapan Untuk Melihat UMNO Berkubur Semakin Menjadi Realiti

Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

"Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya" katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Masjid Al-Hussain Bandar Baru Tunjong.

Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Turut hadir di majlis tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri, Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.

Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid. -Harakahdaily

Era Najib Altantuya : ADUN Pel Kelang Dalam Perhatian

Kerajaan Negeri memandang serius komitmen dari Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah (gambar), yang didakwa lesu dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan negeri pada 1 September telah menerima jawab balas kepada satu surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat terbabit bagi membincangkan permasalahan ini.

“Sebenarnya kita sudah ada menghantar surat tunjuk sebab kepada dia dan dia pun telah membalas surat tersebut dan memberi jawapan kepada perkara-perkara yang kita bangkitkanlah.

“Sekarang, Insyaallah kita akan atur bertemu dengan pemimpin parti dalam masa terdekat untuk berbincang lebih lanjut. Jadi itulah sekarang status YB Badrul,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Klang.

Kerajaan Negeri sebelum ini memberikan tempoh 14 hari kepada Badrul untuk memberi jawapan berhubung statusnya sebagai wakil rakyat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan wakil rakyat itu supaya mendapatkan rawatan doktor bagi mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.

Bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas, Pakatan Rakyat mempertanggungjawabkan beberapa ADUN dan Ahli Parlimen untuk membantu tugasan Badrul di Pelabuhan Klang.

Nazmi berkata tempoh 14 hari yang diberikan kepada Badrul untuk memberi jawapan telah pun berakhir pada hari ini dan akan mempertimbangkan keputusannya dalam masa terdekat.

“YB Badrul masih lagi ADUN dan kita membantu untuk menguruskan dari segi peruntukan, pengurusan pusat khidmat DUN dan sebagainya," katanya.

Ulasan GB

Ada pihak yang melihat ADUN Pelabuhan kelang itu telah berjaya diperangkap oleh UMNO/BN yang kini menjadi stok penimbal untuk UMNO/BN.

Dari maklumat yang boleh dipercayai bahawa UMNO BN Selangor sedang giat untuk memburu beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat untuk dipujuk keluar dari PR dan jika ada satu atau dua orang lagi berbuat demikian, maka Badrul Hisham akan mengumumkan dirinya juga.

Ini adalah untuk mengulangi modus operandi UMNO BN di Perak.

Penyelesaian : PKR perlu segera hadapkan Badrul Hisham ke Lembaga Disiplin Parti di peringkat pusat, bukan sekadar di peringkat negeri.


Era Najib Altantuya : PR Ambil Pendekatan Menyerang Untuk PRK Bagan Pinang

Walaupun berdepan dengan peratus undi pos yang terlalu tinggi di Bagan Pinang, Pakatan Rakyat (PR), PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil pendekatan menyerang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, demikian lapor Mohd Zuharman dari Malaysian Insider.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Ia turut disahkan juga oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Salahuddin yakin kedudukan Pakatan Rakyat cukup mantap dan menyifatkan keupayaan pakatan berada di posisi menyerang bakal mencerminkan aspirasi rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Selain itu PRK Bagan Pinang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam proses transformasi penentuan landskap politik negara.

Salahuddin turut menegaskan PR akan membawa momentum PRK Kuala Terengganu di mana ketika itu PR juga berada di posisi menyerang berdepan dengan BN dan Bebas ke Bagan Pinang bersama hujah konkrit bagi menangkis isu dibangkit pihak lawan.

“Persefahaman dalam Pakatan serta isu bersama akan lebih meyakinkan kita untuk menghadapi pilihan raya di Bagan Pinang nanti,” katanya kepada wartawan The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya.

PRK Dun Bagan Pinang merupakan PRK ke sembilan selepas Permatang Pasir. Ia bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd Nor. Dalam pilihanraya umum lalu Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333.

Umum menyifatkan satu sejarah tidak pernah berlaku dalam negara PRK diadakan sebanyak sembilan kali dalam tempoh lebih kurang setahun bermula di Permatang Pauh sejak Ogos tahun lalu.

Sepanjang lapan PRK dilangsungkan sebelum ini PR dua kali menghadapi kerusi yang dimenangi lawan iaitu di Kuala Terengganu dan Batang Ai. Keputusannya, di KualaTerengganu PR melalui calon PAS, Abdul Wahid Endut berjaya menundukkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dengan majoriti berganda namun Batang Ai terus dikuasai BN.

Di Bagan Pinang PR sudahpun bersetuju akan menurunkan calonnya dari parti PAS di samping BN akan menampilkan calonnya dari parti Umno.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berpersepsi PR yang berada di posisi menyerang tidak akan terganggu oleh sebarang kesan berbanding dengan BN yang berada di posisi bertahan.

“Walaupun BN menang ia tidak akan memberi apa-apa indikator kerana ia berada di posisi bertahan. Tetapi kalau sebaliknya, landskap politik kerajaan BN akan terus tercalar,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin semangat perjuangan PR tidak pernah lemah walau terpaksa berdepan dengan apa jua keadaan demi rakyat.

Kata Guan Eng, walaupun dari segi teori kemampuan menawan Dun Bagan Pinang hanya 40 peratus tetapi usaha bagi memastikan kejayaan PR tetap diteruskan hingga ke titik terakhir. Selebihnya berserah kepada tuhan, katanya.

Manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, semasa mengulas kekuatan status partinya menjelang PRK tersebut dilaporkan tidak boleh memberi jaminan kemenangan dalam setiap pilihan raya kerana dikhuatiri hilang semangat kerjasama selain daripada membantutkan usaha menarik undi.

Era Najib Altantuya : Kg Buah Pala Tinggal Kenangan

Operasi merobohkan baki rumah penduduk di Kampung Buah Pala dimulakan jam 11 pagi tadi dan pihak berkuasa tidak memberi sebarang tempoh untuk menangguhkan operasi itu lagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abd Hamid, berkata meskipun beberapa penduduk mendakwa mereka tiada tempat tinggal selepas menolak tawaran pemberian rumah sementara, operasi berkenaan perlu diselesaikan hari ini.

100 orang petugas dengan pasukan polis telah tiba sewal jam 7 pagi dan sebuah jentolak dilihat berda di lokasi pada jam 9.00 pagi.

Pada jam 11.00 pagi, bekalan eletrik diputuskan oleh TNB dan kerja merobohkan baki rumah-rumah penduduk disitu mula dijalankan.

Gary Ho, Pengarah Eksekutif Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd menyatakan penduduk yang menolak tawaran rumah dua tingkat masih boleh berbincang dengan pemaju untuk mendaptkan pampasan RM125,000 setiap rumah.

Katanya semua rumah akan dirobohkan hari ini dan pengujian tanah akan dilakukan. Pembinaan akan bermula selepas Hari Raya, katanya.



Era Najib Altantuya : 11 Okt PRK Bgn Pinang

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil untuk N31 Bagan Pinang Negeri Sembilan ditetapkan seperti berikut:

Penamaan Calon : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Pengundian : 11 Oktober 2009 (Ahad)


Pengumuman itu telah disampaikan oleh Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Ekoran kematian beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi.

Dun Bagan Pinang yang mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 14,192 ialah kawasan majoriti Melayu, sebanyak 66 peratus, dan pengundi Cina dan India masing-masing 10.5 dan 19.9 peratus.

Negeri Sembilan sebelum ialah negeri yang dikenali sebagai kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional, tetapi di dalam PRU 2008 yang lalu pembangkang mula meningkatkan usaha menawan beberapa kerusi di negeri ini. Pembangkang berjaya menyekat majoriti dua pertiga BN apabila menguasai 15 kerusi DUN berbanding BN yang menguasai 20 kerusi.


Era Najib Altantuya : Kartika Sabar Menanti Hari Hukuman

Wanita yang tetap mahu dihukum sebat kerana kesalahan minum arak di khalayak ramai, Kartika Sari Dewi, 32, tidak lagi mahu meminta-minta pihak berkuasa menjalankan hukuman sebat terhadap dirinya dengan segera.

Menurutnya, selepas kes itu dilanda kontroversi dan mendapat liputan meluas media, dia mengakui hanya akur dengan setiap keputusan bagi menghormati undang-undang.

“Saya hanya mampu menunggu keputusan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang lebih arif mengenai hukuman sebat yang bakal dijalani kelak.

“Saya lebih tenang sekarang dan tidak mahu lagi mendesak atau cakap segeralah sebat saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di kampung Jawang, Sungai Siput di sini semalam.

Kartika yang juga model sambilan dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan Cherating, dua tahun lalu.

:Kartika yang mempunyai seorang anak itu sepatutnya menjalani hukuman sebat di Penjara Kajang 25 Ogos lalu bagaimanapun dimaklumkan terpaksa ditangguhkan atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus kerana menghormati kemuliaan Ramadan.

S:ementara itu, bapanya, Shukarno Abdul Mutalib berkata, ada hikmahnya di sebalik penangguhan sebat ke atas anaknya itu kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar pandangan dan pendapat golongan cerdik pandai mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, biarlah masalah itu diselesaikan secara berhemah dan boleh menegakkan syiar Islam.

:“Ada golongan bukan Islam turut memberikan pandangan dan mahu sebat diteruskan. Jadi, biarlah hukuman ini diputuskan dengan cara berhemah dan betul serta mampu menaikkan imej Islam di mata dunia kerana Islam itu indah serta cantik.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada sebarang perkembangan diterima daripada pihak berwajib berhubung kes anaknya itu dan keluarganya hanya mengikuti laporan di akhbar dan media lain yang membicarakan tentang Kartika serta hukuman sebatnya.

“Setakat ini tidak ada khabar berita dan kita hanya mengikuti perkembangan daripada akhbar dan media sahaja... tetapi kami akan tunggu dan patuh dengan setiap arahan pihak berkuasa sehinggalah tarikh sebenar ditetapkan.

“Sekiranya pihak Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), mempunyai kekangan untuk mengambil Kartika di sini, atas dasar kerjasama kami sudi menghantarnya ke sana untuk menjalani hukuman sebat... tetapi jangan bila sampai ke sana, keputusannya masih tergantung,” katanya. -SH

Najib Altantuya Kena Herdik Dengan Samy Vellu

Selepas menyatakan orang-orang India meluat dengan Barisan Nasional (BN), semalam Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu membidas Perdana Menteri pula.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau yang dilihat menjawab balik apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung MIC kelmarin.

Dalam ucapannya semalam, Najib mengingatkan pemimpin parti-parti komponen BN supaya tidak hanya popular di kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular di kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.

"Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat."

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung kepada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN," katanya.

Ucapan Najib itu dilihat sebagai pemerhati sebagai tanda sokongan kepada seteru Samy Vellu, Datuk S Subramaniam yang mencabar calon yang disokong Presiden MIC itu, Datuk G Palanivel dalam perebutan tiga penjuru sebagai Timbalan Presiden MIC.

ImageDitanya sama ada "mesej" Perdana Menteri itu tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja".

Seorang lagi calon timbalan presiden, Datuk S.Sothinathan pula berkata: "Sekalipun apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri pagi ini...perwakilan telah membuat keputusan mereka dan tidak ada yang dapat mengubahnya".

Kekalahan Subramaniam itu juga dilihat oleh pemerhati sebabagai kekalahan Najib yang disifatkan memberikan mesej yang jelas supaya dilakukan perubahan dalam MIC dan juga kekalahan Umno yang dilihat cuba mempengaruhi pemilihan dalam parti itu.

Pada hari pemilihan parti itu diadakan, Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar Umno menyiarkan laporan muka depan yang bertajuk "Samy perlu berundur".

Akhbar itu menyifatkan tindakan berterusan Samy Vellu mahu mengekalkan penguasaan di dalam MIC bukan sahaja boleh menjadi liabiliti kepada parti itu tetapi turut menjejaskan kredibiliti BN.

30 Ogos lalu, Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Sampai bila Samy..."

Samy Vellu, yang sebelum itu menyifatkan Utusan sebagai akhbar perkauman dan berlagak "big brother," menjawab balik apabila menyatakan orang-orang India meluat kepada BN.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat meluat dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan meluat dengan saya. Mereka meluat dengan BN" kata beliau.

Sebelum itu, Samy Vellu bertikam lidah dengan dengan bekas bossnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan beliau menyokong Subramaniam.

"Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir suka juga mencampur tangan dalam hal-ehwal MIC," katanya.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau menuduh Dr Mahathir sebagai pakar "memusnahkan timbalannya".

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai sebelum itu, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Pandangan bekas Perdana Menteri itu turut dikecam oleh perwakilan perhimpunan agung MIC itu hari ini.

"Tak perlu nasihat" kata seorang seorang perwakilan dari Negeri Sembilan dan seorang lagi berkata: "Tolong jaga urusan sendiri. Kami tahu apa yang kami lakukan".

Walaupun diasak bertubi-tubi dari pelbagai penjuru, calon-calon yang disokong Samy Vellu menyapu bersih semua jawatan tertinggi yang ditandingi pada pemilihan parti itu semalam.

Selain Palanivel yang mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden, tiga calon Naib Presiden yang disokong Presiden MIC itu menang besar.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan muncul sebagai pemenang dalam perebutan sebagai Naib presiden.

Subramaniam memperolehi undi tertinggi iaitu 1,260, Devamany (1,122) manakala Saravanan (1,030) berbanding lima lagi calon yang bertanding jawatan Naib Presiden iaitu P. Subramaniam memperolehi 220 undi, Datuk V.K.K. Teagarajan (215), Datuk S. Balakrishnan (271), dan Ketua MIC Bahagian Jelebu, P. Mariayee (61).

Palanivel bagaimanapun tidak disifatkan menang bergaya apabila hanya memperolehi 629 undi berbanding Subramaniam (547) dan Sothinathan (280).

Ketika ditanya mengenai kekalahannya dalam percubaan untuk merebut kembali jawatan timbalan presiden MIC, Subramaniam mendakwa politik wang sebagai penyebab utama kekalahannya.

Beliau berkata wang diedarkan secara terbuka kepada perwakilan, minimum RM300 kepada setiap wakil.



Era Najib Altantuya : Syed Azman Setuju Pandangan Mahathir

Pas menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan mengalami nasib seperti parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun sebagai suatu pandangan tepat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak mustahil UMNO dan BN akan tumbang sebagaimana parti LDP, selepas lebih 50 tahun parti berkenaan memerintah di negara matahari terbit itu.

Menurutnya, lebih jelas apabila beliau melihat sokongan rakyat dalam lapan pilihan raya kecil di negara ini semakin berpihak kepada pembangkang dan sokongan rakyat terhadap pembangkang tidak berganjak walaupun pelbagai isu berlaku di negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

“Kita menyedari UMNO dan BN menghadapi masalah krisis keyakinan paling teruk ketika ini ditambah dengan masalah dalaman MCA, MIC dan Gerakan sehingga terpaksa menggunakan isu perkauman bagi menarik perhatian rakyat.

“Perkara ini sebenarnya tidak pernah berlaku dalam politik negara dan apa yang Dr Mahathir katakan adalah tepat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Dr Mahathir kelmarin berpendapat UMNO dan BN mungkin akan mengalami nasib sama seperti LDP di Jepun yang ditolak rakyat negara itu setelah memerintah negara tersebut lebih 50 tahun.

Dr Mahathir berkata, situasi politik yang berlaku dalam UMNO dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku dan berpendapat BN hanya boleh diselamatkan jika prestasi pembangkang lemah.

Dr Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Terengganu berkata, kenyataan Dr Mahathir berhubung perkara itu disifatkan sebagai amat berani.

“Kita mengucapkan terima kasih atas pandangan berani itu walaupun beliau tidak lagi memimpin kerajaan,” katanya.

Menurutnya, PR kini sedang memperkukuh kedudukan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Katanya, komponen parti PR bukan sahaja akan mengekalkan empat negeri yang diterajui pembangkang, malah dengan kekuatan dan kepercayaan yang ada, beliau yakin PR mampu menawan Malaysia. -SH

Era Najib Altantuya : Pesta Bikini, PM dan Menteri Agama Perlu Jawab

Sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam. Namun segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar.

Kumpulan anak muda Melayu itu dikesan menghiburkan diri dalam ‘parti bikini’ di sebuah disko di ibu negara, malam kelmarin.

Wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti itu untuk memastikan kesahihan maklumat diterima mengenai aktiviti liar dan lucah itu mendapati ia bukan sekadar gimik, tetapi benar-benar berlaku.

Seumpama kelab di luar negara yang kerap menampilkan tarian wanita separuh bogel kepada pengunjung, begitu juga situasi di disko itu.
Dalam tempoh tertentu, seorang penari bergoyang di satu sudut menempatkan sebuah tiang dan seorang lagi meliuk lentok di kawasan DJ memutarkan lagu.

Pesta tidak bermoral itu terang-terangan tidak menghormati Ramadan dan melanggar syarat pemberian lesen operasi pusat hiburan.

Penganjuran parti berkenaan dikesan selepas munculnya iklan bertajuk ‘Bikini In The City Party’ (parti bikini di kota) yang diuar-uarkan hanya satu malam di laman mencari kenalan popular di Internet, Facebook.

Iklan memaparkan poster wanita berbikini itu disiarkan beberapa hari sebelum pesta berkenaan diadakan.

Berdasarkan maklumat di iklan itu, pengunjung wanita bukan saja tidak dikenakan bayaran, malah diberi minuman percuma jika hadir dengan memakai bikini.

Ternyata iklan itu berjaya mengumpan ramai ‘kaki disko’ menyertainya apabila 202 orang mengesahkan penyertaan mereka melalui Internet.

Sebelum menghadiri parti itu, wartawan Metro Ahad membuat penyamaran dengan menghubungi penganjurnya untuk membuat tempahan awal.

Dimaklumkan, parti bikini itu dibuka kepada sesiapa saja dan ia bukan pesta rahsia atau eksklusif kerana sesiapa bebas membuat tempahan.

Seperti dijadualkan dalam iklan itu, wartawan Metro Ahad menyusup masuk sekitar jam 11.30 malam kelmarin. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pengunjung hanya perlu bayar jika menempah minuman.

Pemantauan mendapati beberapa kumpulan anak muda Melayu leka berhibur sambil meminum arak. Di atas meja mereka penuh dengan botol dan jag arak.

Masing-masing menanti kemunculan wanita berbikini seperti dijanjikan. Wartawan Metro Ahad diberitahu pelayan disko itu, parti tetap berjalan seperti dijanjikan tetapi lewat sedikit.

“Layanlah lagu dulu. Rileks abang... sekejap lagi muncullah (wanita memakai bikini). Nanti dia orang akan naik atas meja dan menari,” kata pelayan wanita berbangsa Melayu itu.

Ruang disko mulai padat apabila semakin ramai pengunjung datang. DJ pula bertanya jika ada pengunjung wanita yang hadir memakai bikini, tetapi tiada.

Kira-kira jam 11.45 malam di satu sudut, kelihatan beberapa wanita memakai bikini bersiap sedia untuk menghiburkan pengunjung.

Tepat jam 11.50 malam, dengan alunan lagu rancak dan pengumuman DJ, lima wanita terbabit naik ke atas meja dan mula mempamer tarian mengghairahkan mengikut alunan lagu sambil pengunjung tidak henti bersorak.

Umpama pertunjukan fesyen, pengunjung bebas mengambil gambar atau video sama ada menggunakan telefon atau kamera.

Tidak lama kemudian lima wanita itu berpecah dengan dua daripada mereka menari di beberapa sudut disko terbabit. Seorang di kawasan DJ memutarkan lagu dan seorang lagi di kawasan khas yang menempatkan sebatang tiang.

Limpahan cahaya menunjukkan dengan jelas liuk lentuk wanita berbikini itu menari ghairah dan sesekali membuat aksi terlampau.

Untuk tempoh 20 minit, disko itu hangat dengan aksi wanita berbikini sebelum mereka beredar meninggalkan pengunjung yang mahu persembahan mereka diteruskan.

Bagaimanapun, DJ memberitahu akan ada lagi kejutan. Selepas memutar beberapa lagu, DJ terbabit naik ke atas meja dan meminta seorang lelaki secara sukarela naik ke atas meja diikuti tiga wanita, juga secara sukarela.

Sekali lagi pengunjung dihiburkan dengan tarian mengghairahkan apabila wanita terbabit diminta menggoda lelaki itu.

DJ mengumumkan wanita bergaya paling berahi akan dipilih pengunjung sebagai pemenang menerusi sorakan paling kuat. Pemenang dipilih menerima RM150.

Hiburan diteruskan kerana seperti dijadualkan pengunjung boleh bergembira sepuas-puasnya sehingga jam 3 pagi.

Wartawan Metro Ahad berkesempatan berbual dengan beberapa pengunjung dan ternyata mereka teruja dengan penampilan wanita berbikini itu.

Seorang pengunjung yang memperkenalkan dirinya sebagai Man berkata, sukar untuk melihat pesta seperti dilangsungkan itu.

“Apabila mengetahui menerusi Facebook, saya segera mendaftar bersama beberapa rakan. Bukan senang nak tengok wanita berbikini menari ghairah di atas meja.

“Memang saya seronok. Sambil minum (arak), tengok aksi ghairah perempuan pakai bikini,” katanya separuh mabuk.

Bagi Zam yang mendakwa dirinya eksekutif, dia sememangnya gemar berhibur dan kerap menyertai beberapa parti.

“Bulan puasa pun saya berparti dan parti seperti ini memang saya tunggu sangat. Minum (arak), ‘goyang-goyang kepala’, tengok awek bikini... seronok beb.

“Tak tahulah bila disko ini nak tunjuk lagi perempuan pakai bikini sebab dalam iklan beritahu satu malam ini saja,” katanya.

Zam berkata, lebih ‘gempak’ jika ada pengunjung wanita yang datang memakai bikini seperti diuar-uarkan di dalam iklan.

“Tapi tak nampak pula pengunjung wanita datang pakai bikini. Kalau ada, memang gempak beb!” katanya. -HM



Era Najib Altantuya : Suara Seekor Lembu

."Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.

Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.

Nota:

inilah kata kata yang telepas dari mulut mereka yang mengakui mempertahankan agama. inilah rupa bentuk fikrah insan yang memperjuangkan agama.

sebenarnya bukan agama yang menjadi krisis.

yang menjadi krisis ialah apabila gerombolan hilang kuasa di selangor maka orang orang yang dahulunya boleh mencari makan dengan mendapat kontrek atau menjual kontrek kini terkapai-kapai. maka apabila ada kuil itu ingim dipindahkan maka mereka mendapat lubang untuk berkempen.

agama adalah agenda terbaik untuk membantai kerajaan pakatan rakyat di selangor.

tujuan cukup senang : sprm buat kes. tekan kes rasuah atau salah guna kuasa. sprm akan siasat sampi mati.

beberapa adun pakatan akan di tekan atau di beli.

pasti ada adun pakatan yang bermasaalah seperti berhutang pada bank atau pusat motivasi telah tertutup atau bercitacita untuk menjadi mb atau mabuk dengan kepala agung maka AGAMA adalah senjata terbaik.

tidak ada agama disini. masjid atau kuil hanyalah alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan kerajaan selangor dapat dijatuhkan.
-tukartiub