10 Sep 2011

SPR Jangan Tahu Nak Makan Gaji Saja Kemudian Jadi Alat BN - Hadi

Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya

GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan “penipuan cukup besar” yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.

“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.

Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.

Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.

“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.

“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya. -TMI

Isu Mat Indera: PAS Yakin Sokongan Orang Melayu Tidak Terjejas - Hadi

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan isu pejuang kemerdekaan, Mohamad Indera (Mat Indera) yang menjadi isu kontroversi sejak dua minggu yang lalu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menimbulkan isu tersebut bagi menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya rasa mereka sengaja buat isu ini untuk tutup isu penipuan pilihan raya. Mereka buat isu untuk tutup isu sebenar bagi memulihkan demokrasi.

"Namun kita yakin orang Melayu hari ini bijak dan tidak mudah ditipu dengan permainan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada Sabtu.

Isu pejuang kemerdekaan Bukit Kepong mula panas apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dilaporkan berkata seorang lelaki Melayu, yang dikenali sebagai Mat Indera telah bersekongkol dengan 200 anggota komunis lain menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mohamad mendakwa, Mat Indera yang telah membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi itu ialah hero sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Ekoran kenyataan kontroversi itu, lebih 500 laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PAS itu sebagai mengecam tindakannya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu pejuang kemerdekaan yang cuba di bawa oleh BN itu sebagai ketinggalan zaman.

"Mereka gunakan isu yang ketinggalan zaman, kita bawa isu sekarang. Orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Umno bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar, Abdul Hadi berkata: “Ya.”

Sementara itu, Tuan Ibrahim pula menyifatkan Umno sebagai ‘hero Hindustan’ yang datang selepas orang lain habis berjuang ketika era kemerdekaan.

"Bila semua dah habis baru dia sampai..sebab nak ambil gambar dan isytihar dialah yang lawan penjajah," katanya. -mstar


Kenapa Payah Sangat Untuk SPR Berlaku Adil?

Mengapa SPR enggan bersikap adil – Oleh Daing Yahya

Sudah berulang kali pendedahan demi pendedahan telah dibuat, aduan dan pelbagai laporan, baik dari NGO mahu pun parti politik terutamanya Pakatan Rakyat, mengenai kesilapan dan kecatatan daftar pemilih pilihan raya Malaysia.

Pertindihan alamat, pengundi yang telah mati, kesilapan jantina dan pelbagai lagi kesilapan terus berlaku. Seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima semua ini sebagai lumrah dan tradisi.

Ia menjadi satu kitaran kejam. Berulang kali aduan dibuat, berulang kali pula SPR meminta pihak yang mendakwa mengemukakan bukti.

Tetapi apabila bukti dikemukakan, SPR pula bersilat lidah menyalahkan orang lain termasuk penolong pendaftar yang kononnya silap mengisi borang. Jarang didengar SPR menyiasat; malah tidak pernah didengar SPR mengakui kesalahan.

Kerana itulah tidak ada salahnya untuk rakyat menggelar SPR sebagai tokoh ‘pemberi alasan rasmi’ bagi pihak kerajaan UMNO-BN.

UMNO-BN selesa dengan masalah daftar pemilih

Dalam sibuk-sibuk SPR menepis semua dakwaan, terdapat satu keadaan yang amat menarik perhatian umum. UMNO-BN seperti selesa dengan masalah yang timbul, seolah-olah kecatatan daftar pemilih adalah satu rahmat.

Parti komponen BN, sama ada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, dan pelbagai lagi, tidak pernah pula mengeluh, mendakwa atau mengemukakan sebarang pendedahan mengenai kepincangan daftar pemilih SPR.

Adalah menjadi suatu hal yang amat pelik bila mana hanya satu pihak sahaja yang menemui kesilapan daftar pemilih tersebut sedangkan satu pihak lagi seolah-olah menyemak daftar pemilih yang berlainan versi dan sumbernya.

Memang boleh dituduh SPR adalah alat UMNO-BN. Tapi katakanlah segala kepincangan itu adalah kelemahan dalaman SPR sendiri. Mengapa UMNO-BN tidak peduli dengan kacatatan yang mencemar imej kerajaan semasa?

Adakah di sebelah pihak iaitu Pakatan Rakyat begitu cuai, jahat dan sengaja mencari salah SPR dengan mengemukakan kesilapan ( bukti ) palsu bagi memburukkan imej SPR?.

Jika begitu niat dan tindakan pihak PR yang seburuk dan sejahat ini, mengapa SPR tidak menyaman PR atas semua dakwaan palsu itu?

Jika dakwaan ini berasas, bermakna satu penyiasatan menyeluruh perlu digerakkan. Semua pihak termasuk semua parti politik harus mengambil bahagian.

Soalan mudahnya ialah, mengapa dalam situasi yang amat penting ini pihak BN tidak pro-aktif dalam bekerjasama untuk mendesak SPR bagi melaksanakan reformasi? Bukankah BN mendakwa, kerajaan mereka memang mahukan pilihanraya bersih dan adil?

Katakanlah, pihak BN tidak berminat untuk mendedahkan kecatatan daftar pemilih ini, maka sudah nyata bahawa kecatatan ini memberi kelebihan kepada pihak BN.

Jika ‘kelebihan’ ini wujud kepada pihak BN, SPR seharusnya bertindak sebagai pengadil yang adil. Bukankah SPR mahu dilihat adil? Jadi mengapa berkuntau mempertahankan kecacatan ini?

Semua ini sudah teramat jelas menunjukkan bahawa SPR tidak punya kredibiliti lagi. BN telah menang dengan segala kecatatan ini sebelumnya. Jika BN menang lagi pada pilihan raya akan datang, kerajaan itu tidak layak diiktiraf kerana ia melalui proses yang salah dan tidak sah.

Mampukah PR atasi masalah?

Jika PR pula berjaya mengambil alih pemerintahan negara, bukan bermakna SPR sudah bersih dan adil, sebaliknya itu menunjukkan hampir 100 peratus rakyat telah mengundi PR. Maksudnya, kecatatan dan sikap berat sebelah SPR sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pembelit dan pemanipulasi sistem pilihan raya bagi pihak UMNO-BN.

Dalam bahasa bolasepak, jika pengadil berat sebelah, dia mungkin boleh membatalkan dua tiga gol jaringan pasukan yang tidak disukainya. Tetapi jika 10 gol disumbatkan, pengadil hanya mampu gigit jari.

Namun, adakah mungkin rakyat akan meyokong PR 100 peratus? Jika kita berfikir secara realistik, itu adalah suatu hal yang amat mustahil sekali. PR amat sedar dan mengakuinya. Atas sebab itulah PR terus mendedahkan kepincangan dan kelemahan SPR supaya semua pengundi sedar apa yang sedang berlaku.

Atas sebab yang sama, Bersih dan Bersih 2.0 diadakan, untuk memastikan setiap pengundi sedar dan tahu tentang hak mereka.

Jika pengundi tidak peduli, maka pengundi sendiri akan terus dilanda masalah kerajaan yang menang secara tidak sah dan merasakan diri tidak perlu bertanggungjawab kepada pengundi yang sentiasa boleh diperkotakkatikkannya. – Roketkini.com

Laporan Polis Terhadap Najib Salah Guna Dana Awam Bercuti Ke Australia

Najib cuti di Australia, salah guna dana awam?

PM bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap salah guna dana awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bercuti di Perth, Australia serentak ketika negara merayakan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri 31 Ogos lalu.

“Laporan polis telah dibuat serentak oleh Penyelaras SAMM negeri masing-masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan,” kata Presidennya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang dimuat oleh portal berita Malaysiakini.com pada 2 September lalu yang melaporkan Najib bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurutnya, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Ujar beliau, “saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Najib pergi bercuti ke luar negara pada Hari Kebangsaan.

“Namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Najib bercuti dengan menggunakan kemudahan awam untuk tujuan peribadi,” katanya.

Tegas beliau, “pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat.

“Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Najib untuk kepentingan peribadi,” kata beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau. -FMT



Lawatan Australia PM - peribadi atau rasmi?

Datuk Seri Najib Razak pulang selepas memendekkan lawatan ke Australia, tetapi persoalan berhubung status dan pembiayaan terhadap lawatan itu masih kekal.

ADUN Komtar Ng Wei Aik berkata, memang perdana menteri menemui mahasiswa Malaysia di Perth tetapi beliau juga berjalan untuk urusan peribadi yang mesti ditanggungnya sendiri.

"(Lawatan Najib) lebih daripada bertemu mahasiswa di sana. Beliau patut pergi dengan jet peribadi dan gunakan wang sendiri.

"Apabila kamu menggunakan pesawat kerajaan, kerajaan harus membayar perbelanjaan kamu...," katanya.

Ng membandingkan tindakan itu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggunakan penerbangan ekonomi walaupun untuk urusan rasmi.-mk



Caj 6% Parabayar: Bantahan Rakyat Meningkat.

Reaksi rakyat kebanyakan sudah dijangkakan. Rata-ratanya melahirkan kekecewaan apabila kerajaan dan syarikat telekomunikasi (Telco) memutuskan untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Malah pendapat itu turut dikongsi oleh agen tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM, Roslinda Samad yang menyifatkannya sebagai beban kepada pengguna.

"Kenaikan caj perkhidmatan enam peratus ini bagi tambah nilai bagi saya satu kadar yang tinggi, sebelum ini pun caj untuk seminit mencecah 30 sen, ditambah dengan caj enam peratus itu jelas sangat membebankan kepada pengguna, saya sebagai agen telekomunikasi sejujurnya rasa ini tidak wajar, bagi syarikat telekomunikasi itu sendiri caj yang dikenakan untuk masa berbual pun sudah menguntungkan,"katanya kepada Tv Selangor.

Syarikat telekomunikasi melalui satu kenyataan semalam memberitahu, kadar cukai perkhidmatan enam peratus itu bukan sesuatu yang baru.

Namun yang pasti, seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal menerima kesan akibat pertambahan kadar enam peratus setiap kali membeli kad tambah nilai.

Cukai perkhidmatan ini meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu menurut Rosmaharza Zainuddin, seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di bandar ini, turut melahirkan rasa kesalnya di atas caj tambahan ini.

"Bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku, saya yang masih belajar sedia maklum memerlukan banyak perbelanjaan untuk pelbagai keperluan,"katanya lagi.

Manakala bagi seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairul Anwar Musa yang masih belum berpeluang menyambung pengajian berkata, walaupun pertambahan caj hanya enam peratus namun bagi pelajar dan mereka yang berpendapatan rendah, ia cukup membebankan.

Apatah lagi katanya, penggunaan telefon bimbit merupakan satu keperluan asas pada hari ini.

"Saya sejujurnya tidak setuju sekirannya kadar ini dinaikkan, keadaan ini agak membebankan,"katanya. -tvsnews

Cukai prabayar 6% untuk dana PRU-13 BN?

PETALING JAYA, 9 Sept: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenaikan caj prabayar sebanyak enam peratus bukan sahaja membebankan rakyat malah ia adalah satu sumber kerajaan Barisan Nasional mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui pada satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini juga menjelaskan tindakan itu dilihat sebagai sikap tidak bertanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dibawah yang dihimpit dengan masalah ekonomi yang semakin teruk.

"Tindakkan menaikkan caj prabayar sebanyak enam peratus ini bukan sahaja membebankan rakyat malah ia secara jelas adalah satu usaha kerajaan untuk mengumpul dana PRU13 nanti.

"Kita melihat kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak tidak pernah menyelami apa yang telah dialami oleh rakyat terutamanya tentang permasalahan ekonomi, rakyat terus dibebani setiap masa iaitu dari isu kenaikan harga minya dan juga barang keperluan dan sekarang caj enam peratus ini pula," katanya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Gologan berpendapatan rendah terbeban

Dr Dzulkefly juga memberitahu bahawa kalau kita melihat angka enam peratus itu amat kecil tetapi fokus utama bukan kepada angka tersebut malah ia perlu dilihat pada satu sudut yang berbeza.

"Kerajaan mahupun telco akan mengatakan enam peratus adalah satu angka yang amat kecil tetapi jika kita meihat dari sudut penggunaan dan juga kekerapan ia akan menjadi satu angka yang amat besar.

"Kita tahu rata-rata pengguna prabayar adalah dari mereka yang berpandapatan rendah dan jika mereka terus dibebani oleh kenaikkan caj tersebut apa yang mereka dapat lakukan selain terpaksa mengeluar perbelanjaan yang lebih setiap bulan dan ia secara tidak langsung akan menimbulkan masalah kepada pendapatannya setiap bulan," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, kenaikkan caj tersebut juga merupakan sumber pendapatan baru kerajaan dalam mengatasi masalah kewangan negara.

"Ini adalah sumber pendapatan baru kerajaan dalam bentuk tunai, persoalannya teruk sangatkan masalah kewangan negara ini sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan kenaikan caj tersebut dengan cara tergesa-gesa.

"Kita tahu caj yang dikenakan itu adalah dalam bentuk tunai dan dibayar dahulu oleh pengguna, jadi berapakah jumlah sebenar yang diperolehi oleh kerajaan setiap hari mahupun setiap bulan dan kita nak kerajaan jelaskan berapa jumlah serta kemana wang tersebut dibelanjakan.

"Sekali lagi apa yang saya ingin nyatakan disini Najib sekali lagi gagal melaksanakan prinsip yang beliau bawa dalam konsep 1Malaysia yang mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kalau Najib betul-betul perihatin terhadap rakyat bukan cara sedemikian ia dilakukan, dalam keadaan sekarang rakyat tidak lagi boleh dibebani oleh kenaikan harga barang," tambahnya lagi.

Semalam syarikat telekomunikasi telah mengumumkan kenaikan caj sebanyak enam peratus berkuatkuasa 15 September nanti dengan alasan mengatakan cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan dan ia termaktub di dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975. -HD




Keretapi Terbakar. Penumpang Terjun Dari Koc Selamatkan Diri

Gua Musang: Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Zailan Maarof, berkata pihaknya menerima penggilan ada jam 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh. - BERNAMA

Suami Isteri Maut Kereta Rempuh Bas Politeknik [updated]

Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandu si suami, Abu Saribi, 62, dipercayai terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang membawa 30 pelajar Politeknik Johor Bahru, di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 47 Jalan Johor Bahru- Mersing itu berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa, bersama isterinya, Zaharah Giser, 57, dari Felda Lok Heng Barat di dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya di Larkin Perdana, Johor Bahru.

Saksi kejadian, Nurakashah Kassim,26, berkata, dia yang duduk di barisan dua dari hadapan bas tersebut melihat sendiri kereta berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dinaikinya.

“Saya terkejut apabila melihat kereta dari arah hadapan tiba-tiba memasuki laluan kami. Bas yang kami naiki sempat mengelak sedikit namun kereta tersebut terus meluru ke arah bas.

"Kami yang begitu terkejut segera turun ke bawah sebelum pelajar di bawa menaiki bas yang lainnya untuk ke destinasi,” katanya yang juga pensyarah di politeknik tersebut.

Katanya, mereka ketika itu dalam perjalanan untuk ke Tanjung Leman bersama dua lagi bas yang lainnya membawa pelajar jurusan pelancongan mengikuti kursus selama tiga hari dua malam.

Sementara itu, pemandu bas, Mohd Ismail Daud, 29, berkata, kereta yang dipandu mangsa meluru dari arah belakang sebuah lori sempat dielak namun tetap bertembung dengan bas yang dipandunya.

“Keadaan terlalu pantas apabila kereta tersebut tiba-tiba muncul dari belakang sebuah lori lalu terus menuju ke arah bas. Saya juga sempat mengelak namun kenderaan kami tetap bertembung,” katanya yang sudah mempunyai pengalaman selama 8 tahun membawa bas.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Suhaimy Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan maut yang melibatkan pasangan suami isteri itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang bas yang lain terselamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Penumpang bas juga dibawa ke destinasi yang ingin dituju dengan menaiki dua bas politeknik yang lainnya,” katanya. -SH

Suami, isteri maut terperosok bawah bas

KERETA Proton Iswara dinaiki sepasang suami isteri remuk teruk selepas terperosok bawah bas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing.


Kenderaan mangsa remuk diseret lebih 20 meter

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri bukan hanya ditakdirkan mati bersama, tetapi lebih menyayat hati mayat si isteri ditemui dengan senaskhah surah Yasin di atas badan mangsa, dipercayai dibacanya sebelum kereta yang dinaiki bertembung bas Politeknik Johor Bahru (PJB) dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, pagi semalam.

Pasangan suami isteri itu yang juga peneroka FELDA Lok Heng Barat, Abu Sarimi, 63, dan isterinya, Zaharah Giser, dalam perjalanan ke rumah anak mereka untuk mengambil MyKad yang tertinggal.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi berhampiran ladang Lembaga Getah Malaysia (LGM) itu, Proton Iswara dipandu Abu, terperosok bawah bas berkenaan sebelum diseret lebih 20 meter, menyebabkan pasangan itu tersepit dalam remukan kenderaan itu.

Ketika kejadian, pasangan dari rumah di Blok 17 FELDA Lok Heng Barat, dalam perjalanan ke arah Kota Tinggi untuk ke rumah anak mereka di Larkin Perdana, Johor Bahru kerana Abu berhasrat mengambil MyKad miliknya yang tertinggal di sana, Rabu lalu.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menarik kenderaan yang terperosok itu sebelum mayat pasangan itu dapat dikeluarkan dari remukan kenderaan itu.

Pemandu bas PJB, Mohd Ismail Daud, 29, bersama 30 pelajar serta tiga pensyarah mereka yang menaiki kenderaan itu dalam perjalanan menghadiri kursus di Pulau Sibu dekat Mersing, bagaimanapun tidak cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Suhaimy Hashim, ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri itu mati di tempat kejadian. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, anak keempat mangsa daripada tujuh beradik, Suraya Abu, 30, mengakui pasangan itu dalam perjalanan ke rumahnya di Johor Bahru, kerana bapanya mahu mengambil MyKad yang tertinggal selepas mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Sultan Ismail, pada Rabu lalu.

Ayah berkeras nak memandu sendiri ke rumah kami walaupun dinasihatkan berulang kali supaya membatalkan hasratnya dan disuruh berehat kerana keadaannya yang kurang sihat.

Pagi ini, ayah ada hubungi beritahu nak datang ke rumah kerana mahu mengambil kad pengenalannya yang tertinggal. Kami tidak benarkan ayah memandu kerana tahu dia kurang sihat kerana menghidap penyakit semput dan gastrik. Lagipun kami adik beradik memang bercadang nak balik hujung minggu ini untuk mengadakan kenduri di rumah ayah, katanya.

Seorang lagi anak mangsa, Aida Abu, 34, pula tidak menyangka permintaan arwah bapanya yang begitu beriya-iya meminta mereka sekeluarga merakam gambar bersama-sama pada hari raya pertama lalu petanda ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini memang ayah tidak berapa kisah untuk mengambil gambar (dengan keluarga), namun pada hari raya kali ini dia bersungguh-sungguh mahu mengambil gambar bersama keluarga walaupun kami tidak memakai pakaian sama warna. Rupanya inilah kenangan terakhir kami bersama arwah sebelum dia pergi selama-lamanya, katanya. -BH


Kini Bukan Mat Sabu, Tapi UMNO Yang Nak Ubah Fakta Sejarah

Bukan dijajah: PAS cabar Majlis Profesor terbit bahan ilimiah

PAS mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Profesor Zainal Kling agar menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

“Demikianlah sepatutnya seseorang ahli akademik apalagi yang bergelar profesor mengemukakan sesuatu pandangan supaya pandangannya dapat dinilai dan dibahaskan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti akademik. Mengeluarkan sesuatu cadangan intelek atau tesis tidak memadai hanya melalui sehelai dua muka surat kenyataan akhbar,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

Malah kata beliau, mengemukakan cadangan intelek melalui cara itu bukanlah kaedah ahli-ahli akademik, sebaliknya cara orang awam termasuklah ahli-ahli politik.

“Sekiranya sesuatu pandangan ahli akademik termasuklah profesor dikemukakan melalui kaedah ini, maka ia tidak mempunyai nilai intelek, sebaliknya samalah seperti sembang-sembang politik orang awam di kedai kopi,” tambah beliau mengulas mengenai pandangan beberapa ahli akademik sejak kebelakangan ini bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British, sebaliknya hanya mendapat naungan Britain.

“Sebaliknya, sekiranya seseorang ahli politik menggunakan kaedah akademik iaitu menerbitkan artikel atau buku ilmiah untuk mengemukakan pandangannya, maka pandangan itu adalah sarat nilai akademik.

“Oleh sebab itu, PPP melihat tindakan MPN itu merendahkan martabat akademik mereka sendiri,” katanya lagi.

Ahmad Zuhdi juga menambah, cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal Kling, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil, sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai ahli akademik dalam mahupun di luar negara.

“Kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Tanah Melayu, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British.

“Di atas premis inilah, kajian-kajian sama ada di peringkat sarjana Muda, sarjana, doktor falsafah dan pasca kedoktoran telah dibuat sejak bertahun-tahun,” katanya lagi.

“Takrifan kolonialisme yang dipilih juga tidak dijelaskan kaedah pentakrifannya dan jauh sekali keabsahan sumbernya. Tidakkah istilah ‘naungan’ pada kurun ke-19 lazimnya adalah merujuk kepada ‘colonial protectorate’.

“Demikian juga dengan istilah ‘lindungan’ lazim merujuk kepada penjajahan sebagaimana status negara Brunei sebelum merdeka. Kalaulah kedua istilah ini tidak bermaksud jajahan, maka Empayar British adalah kecil iaitu hanya Australia, New Zealand, Kanada, India-Pakistan, Sri Langka, Nigeria, Papua New Guinea dan Negeri-negeri Melayu Selat.

“Menyedari hakikat tersebut, tesis yang dikemukakan oleh MPN bukan hanya melibatkan Malaysia, bahkan status negara-negara lain seperti Uganda, Maldives, Palestin dan Mesir,” kata Ahmad Zuhdi lagi. -TMI

Khaled: Subjek Sejarah dikaji semula

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Silabus subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya ‘Historical Fact and Fiction’.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (gambar) berkata sehubungan dengan itu satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah.

“Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silabus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu ‘what is the real’ sejarah,” kata beliau dipetik Bernama Online.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran buku karya Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di sini, hari ini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Sultanah Johor yang juga Canselor bagi universiti itu, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.

Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.

“Sejarah yang seperti dirujuk kita sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta.

“Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis.

“Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit sejarah, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul,” katanya.

Bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks sedia ada di peringkat sekolah, namun akan dijadikan sebagai rujukan bagi kajian yang lebih mendalam. -TMI


Ulasan GB

Pada awalnya, sewaktu kisah Mat Indera menggegarkan negara, Mat Sabu dituduh ingin mengubahkan fakta sejarah.

Namun setelah terbongkar beberapa kisah yang menunjukkan bahawa UMNO itu talibarut penjajah, terutama pihak "mata-mata" yang mempertahankan rejim kolonial, kini UMNO berhempas-pulas untuk menafikan "fakta sejarah" tersebut. Maka timbul kenyataan menyatakan kononnya Malaya tidak pernah dijajah, hanya dinaungi dan dilindungi British.

Kemudian timbul kenyataan bekas Ketua Polis Negara yang tersipu malu dengan kenyataan dan kebenaran bahawa anggota polis yang berkhidmat dahulu adalah polis kolonial tetapi sebaliknya beliau mendakwa "kami dari dulu bukan polis British, kami polis negara ini".

Sedangkan seluruh dunia tahu, polis-polis di negara-negara kolonial British mempunyai identiti yang serupa, samada di Malaya, Afrika, India atau mana-mana tanah jajahan British - dari segi pakaiannya, "rumah pasongnya", tindakannya, modus operandinya - kesemuanya adalah tertakluk kepada apa yang diamalkan oleh polis British sendiri. Bukan sekadar polis, malah tentera, sistem kehakiman, kabinet, semuanya adalah diwarisi dari 'penjajah' British dengan sedikit "make-up" sana sini untuk identiti setempat.

Malah saki-baki pegawai-pegawai kerajaan dengan mentaliti penjajah masih kedapatan di beberapa jebatan kerajaan. Termasuk para menteri kabinet juga. Malah ada diantaranya lebih inggeris daripada penjajah sendiri.

Itu fakta, itu kenyataan, itu kebenaran yang tidak boleh dipadam dari lembaran sejarah.

Tetapi kini UMNO terasa begitu malu kerana sudah terbongkar bahawa mereka adalah talibarut penjajah, maka fakta sejarah itu hendak diubahnya sesuka hati untuk memadamkan rekod berkenaan.

Sejarah sebenar itu tetap wujud, seperti matahari yang bersinar sekalipun awan mendung hitam pekat cuba melindungi cahaya berkenaan.

Baca juga:





Isu Caj 6% Kad Prabayar: CAP & FOMCA Turut Bantah

Pendapatan syarikat telekomunikasi merosot tidak benar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, syarikat telekomunikasi mendakwa mereka telah menyerap cukai itu sejak ia dikenakan pada 1998 dan disebabkan oleh kemerosotan hasil pendapatan, mereka kini mahu melepaskannya kepada pengguna.

"Untuk mengatakan bahawa pendapatan mereka telah merosot adalah jauh daripada benar," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, pengguna telefon prabayar telah menghadapi pelbagai syarat dan terma yang tidak adil yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi terutama sekali apabila syarikat menelan/merampas baki dalam akaun mereka apabila mereka tidak menambah nilai akaun mereka dalam tempoh yang sah.

Untuk mengekalkan nombor prabayar, ujarnya pelanggan perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM5.00.

Bagaimanapun, kata beliau menambah nilai dengan jumlah RM30 akan memberikan tempoh sah selama 30 hari.

Menurutnya, selepas tamat tempoh 30 hari, pelanggan akan disekat daripada membuat panggilan tetapi panggilan masuk sah untuk 90 hari.

Pelanggan, ujarnya boleh mengaktifkan talian dengan menambah nilai bila-bila masa dalam tempoh 90 hari.

Beliau berkata, jika talian tidak ditambah nilai dalam tempoh 90 hari talian akan dibatalkan dan baki kredit yang masih ada akan dirampas dan tiada bayaran semula diberikan.

Contohnya, kata beliau jika pengguna prabayar mempunyai talian yang bakinya RM100 tetapi tempoh sahnya telah tamat, syarikat telekomunikasi akan merampas baki yang ada.

“Adakah ini sah di sisi undang-undang?

“Jika ianya sah, di bawah undang-undang dan peraturan apakah syarikat ini dibenarkan untuk merampas baki yang ada,
” ujarnya.

Menurutnya, negara seperti England telah menghentikan pengendali telekomunikasi daripada menggunakan amalan ini.

Seharusnya, tambah beliau terdapat sistem di mana nombor perlu mempunyai kesahan sepanjang masa dan bila-bila masa pelanggan yang mahu mengaktifkan talian (malah selepas tempoh tamat) hanya perlu menambah nilai talian dan perlu diaktifkan.

Contohnya, ujar beliau ahli perniagaan asing yang datang ke Malaysia, katakan tiga atau empat kali setahun dan memerlukan nombor telefon tempatan tetapi tidak mahukan talian pascabayar yang dikenakan caj bulanan kira-kira RM30 perlu untuk mendapatkan talian prabayar yang mempunyai kesahan sepanjang masa tetapi dengan tempoh tamat selaras dengan jumlah tambah nilai pelanggan.

Ujarnya, apabila mereka kembali semula ke Malaysia dan kesahannya telah tamat, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menambah nilai talian dan perkhidmatannya boleh disambung semula daripada talian menjadi tidak sah dan terpaksa mendapatkan talian baru serta memulakannya semula.

Pengguna, katanya mungkin tidak menyedari bahawa pengguna prabayar dan pascabayar dikenakan bayaran bagi panggilan yang tidak dijawab atau bagi panggilan yang dialihkan ke kotak mel suara.

Caj yang dikenakan pada masa ini ialah 10 sen.

Pengguna sebenarnya, kata beliau boleh mendapatkan semula bayaran daripada pengendali telekomunikasi bagi caj yang dikenakan sekiranya mereka boleh menyerahkan penyata sebagai bukti.


Bagaimanapun dalam kes pengguna prabayar, penyata tidak disediakan melainkan pengguna meminta untuk mendapatkan penyata itu.

“Memandangkan kepada hakikat bahawa terdapat beberapa juta pengguna dan beberapa juta panggilan yang dibuat, pengendali telekomunikasi boleh mengaut sejumlah besar setiap bulan daripada caj yang dikenakan ini.

“Ini jelas satu pencatutan dan tindakan perlu diambil terhadap syarikat ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menangguhkan terlebih dahulu setiap usaha yang dibuat oleh pengendali telekomunikasi daripada pengenakan cukai perkhidmatan ini dan sebagai ganti menangani semua kekurangan dan terma yang tidak adil yang dikenakan terhadap pengguna telefon bimbit. -HD

Teliti Semula Caj Perkhidmatan 'Call Block' Bukan Naikan Caj Kad Prabayar

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa semua syarikat telekomunikasi (Telco) di Malaysia untuk mengemaskini caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna agar lebih relevan sebelum mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Justeru, Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah menyifatkan cukai perkhidmatan itu tidak wajar ketika syarikat-syarikat komunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.

Sebaliknya, beliau mahu Telco meneliti semula caj perkhidmatan 'call block' yang dikenakan selama ini kerana ia didakwa membebankan pengguna prabayar.

"Sebelum cukai (enam peratus) ini dikenakan kepada pengguna kad prabayar bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM, Telco seharusnya menukar kadar caj perkhidmatan yang dikenakan kepada perkhidmatan 'call block' iaitu tempoh caj penggunaan yang dikenakan kepada pengguna walaupun hanya beberapa saat ia digunakan," katanya memberitahu Tv Selangor.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Shani berkata ia adalah situasi dimana pengguna berdepan dengan caj membebankan menerusi 'call block' apabila terpaksa membayar caj perhidmatan untuk 60 saat walaupun pengguna membuat panggilan kurang daripada tempoh itu.

"Ini bermakna sekirannya kadar caj 30 sen untuk seminit, 15 sen akan dikenakan untuk 30 saat. Jadi dalam situasi ini pengguna terpaksa membayar 15 sen untuk setiap perkhidmatan syarikat itu walaupun dalam tempoh kurang daripada 30 saat," jelasnya.

"Jadi caj ini perlu dikaji semula, dengan menggurangkannya kepada 1 hingga 2 saat pengguna tidak akan terbeban dan sekirannya cukai enam peratus itu dikenakan ia tidak akan dirasai oleh pengguna," katanya lagi.

Semalam, Syarikat telekomunikasi yang mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, mengumumkan akan mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.

Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari semalam mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi Malaysia.

Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. -tvsnews





Penswastaan Indah Water: Najib Ulang Kerja Bodoh Mahathir

Langkah kerajaan mahu menswastakan syarikat pembetungan Indah Water Konsortium (IWk) kepada sebuah syarikat pelaburan strategik 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga, merupakan satu tindakan kurang bijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengulangi kegagalan regim Mahathir Mohamad kira-kira 10 tahun lalu.

Langkah itu menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kerja kurang bijak. Kerja Najib yang mengulangi kerja "bodoh" regim Mahathir. Najib mengulangi Mahathirisme.

"Penswastaan begini dengan diberikan langsung, tidak dibuka tender, tidak dicari oang yang layak, tidak ditentukan kepakarannya, kebolehan kewangannya. Apa yang merseka lakukan ialah untuk beri kepada kroni kerana dalam waktu terdekat ini akan berlakunya pilihan raya," kata Dr Dzul.

Portal The Malaysian Insider semalam memetik sumber-sumber dari Kementerian Kewangan memberitahu bahawa IWK bakal diambil alih oleh 1MDB dengan membabitkan Puncak Niaga.

Difahamkan juga, ia telah diberikan lampu hijau oleh Najib.

“Penswastaan dan berakhir dengan kegagalan... Dalam penswastaan yang kita saksikan (pada) zaman Mahathir, ia berakhir dengan cerita-cerita duka yang membebankan wang rakyat untuk syarikat-syarikat ini di bail-out. Hari ini setelah Najib membentangkan model ekonomi baru, ETP, EPP, NKRA, NKEA, berakhir dengan begini jugak, cara dan modes operandi urus tadbir sektor-sektor utiliti ini kembali kepada swasta. Esok bila gagal, ambil balik dan selamatkan balik. Jadi sampai bila kita harus macam ini?

“ Sampai bila rakyat dan dana rakyat akan diperguna cara begini,"
soalnya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Kira-kira 11 tahun lalu, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Menurut Dr Dzul lagi, projek yang diberikan kepada 1MDB dan Puncak Niaga secara terus juga menggambarkan ketidaktelusan pihak yang terbabit dalam pemberian projek ini.

“Kenapa diberi kepada Puncak Niaga, pihak paling tak layak nak uruskan tentang pembetungan dan sebagainya. Sebab terbukti mereka gagal di Selangor ini dalam industri air Selangor, dalam Syabas. Jadi kalaulah Najib bercakap tentang merit daya saing, mengapa terus-terusan beri kepada 1MDB dan Puncak Niaga," soalnya lagi.

Bagaimanapun menurut Dr Dzul, beliau memahami helah kerajaan di sebalik pemberian projek ini.

“Sebab inilah syarikat-syarikat yang didakwa memberikan dana politik kepada Umno-Barisan Nasional.

"Ini bukan saya cakap.. ini tokoh-tokoh akademik dalam buku-buku mereka mengenai ekonomi politik. Saya tak perlu mengungkap sendiri, saya tak perlu buat dakwaan kerana mereka telah banyak buat dakwaan tentang perhubungan sumbang antara orang bisnes dan elit politik tertinggi negara," tegas Dr Dzul.

Malah ujar Dr Dzul, sehingga kini tiada sebarang pembaharuan dari sudut ekonomi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dengan kata lain, apa yang baru di Malaysia ni, apa yang dikatakan dengan nafas baru, ekonomi baru, model ekonomi baru. Apa yang baru? Tidak ada apa yang berubah. Apa yang baru? Tiada. Dalam bahasa ekonomi di kata "doing more of the same thing" .Mengulangi kembali cara lama," tambah beliau lagi.

IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.

Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.

Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.

Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.

Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai perjanjian membabitkan IWK.

Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan, yang sebelum itu diselesaikan bersama
bil air.

Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.

Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya. -tvsnews



Kisah Cinta Terhalang: Mati Dalam Pelukan Teman Wanitanya

Riwayat cinta

SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.


Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.

Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku. -HM


Mati dipeluk teman wanita

RUMAH yang menjadi tempat Muhammad Faizal ditemui mati diruang tamu selepas meminum racun serangga manakala Zuzziana pula parah di Taman Bunga Sejati, Rantau semalam.

SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.


Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam. -kosmo




Gerakan Untuk Jatuhkan Najib Dalam UMNO Sudah Bermula

Kempen ‘Bersihkan Najib’ dari dalam Umno?

PETALING JAYA, 9 Sept: Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.

Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan, lapor Free Malaysia Today.

“Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur,” menurut petikan entri dari blog terbabit.

Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu.

“Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini,” tulis beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda ‘Bersihkan Najib’ dari Umno ini.

“Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan ‘Bersihkan Najib’ tersebut.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu.

“Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya,” ujar beliau ketika ditemui di sini.

Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri?

Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.

(Rosmah mendapat slot khas untuk memberikan ucapan hari raya di tv menimbulkan banyak tanda tanya)

“Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.

“Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.

“Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

“Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya,” ujarnya. -HD

Ulasan GB

Jika laporan dari blogger UMNO di atas adalah benar maka ia menepati pemerhatian GB sebelum ini. GB pernah menyatakan di SINI bahawa:

Jika sebelum ini diketahui, dahulu, Najib begitu beriya-iya ingin mengambil-alih tampuk pemerintahan dari tangan Pak Lah, kini, Najib akan merasakan hal yang sama malah mungkin lebih dasyat. GB difahamkan, pelbagai tekanan dilakukan oleh pihak Najib ke atas pentadbiran Pak Lah supaya Pak Lah berundur dan terpaksa melambaikan tangan mengucapkan sayonara kepada Jabatan Perdana Menteri lebih awal... tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi PM selama dua penggal (Tempoh Pak Lah sebagai PM ialah 31 Oktober 2003 – 3 April 2009).

Kini hukum alam mengambil tempatnya. Roda berputar dan Najib perlu merasai bagaimana beliau kini ditekan oleh rakyat supaya berundur kerana kekejaman itu tidak akan dapat mengatasi kebenaran.

Dan terdapat juga kemungkinan Najib bakal mengakhiri pemerintahan sebagai PM lebih awal daripada Pak Lah.


Dan diantara penyebab kejatuhan Najib adalah kerana perangai isterinya yang bernama Rsomah Mansor itu.

Di dalam satu tulisan GB sebelum ini iaitu Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah, GB menyatakan:


Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


Kesemuanya kini semakin hampir menjadi kenyataan.

[Bergambar] Isu Keluar Parti: Antara Pembohongan & Realiti

Kenyataan Rasmi : Isu 50 Ahli PAS Keluar Parti - pt_kedah

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu, kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat, sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS.

Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat.

Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk: “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka.

Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK, PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut.

Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.


Gambar : Ribuan Banjiri Ceramah Mat Sabu Di Taiping Perak

Sambutan terhadap ceramah Tim. Presiden PAS, Mohd Sabu akhir-akhir nie semakin hebat, dimana-mana sahaja ceramah beliau puluhan ribu hadir untuk mendengar sendiri penjelasan beliau. Rakyat khususnya golongan Facebook (pinjam kata2 bang mad dlm ceramah beliau) berpusu2 dan khusyuk mendengar satu persatu.

semalam bertempat di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting, Taiping. lebih 10 ribu yang hadir, hasil tinjauan mendapati pendengar yang hadir sanggup datang dari jauh. ada yang datang dari kuala Kangsar, Ipoh Parit buntar bahkan ada juga yang datang dari Lumut dan juga Tapah.

Ini menunjukkan rakyat semakin hilang keyakinan dengan media2 dari kerajaan, ini membuktikan kata2 Prof Dr Shamsul Amri baru2 ini bahawa "Rakyat telah berubah namun cara kempen kerajaan masih tidak berubah".

Oleh yang demikian kita berharap agar cara kempen kerajaan UMNO ini kekal dan tidak berubah supaya rakyat akan mengubah kerajaan yang sedia ada dala PRU 13. -tintahijau