30 Jan 2013

Kajian: Siswa UM, UKM Lebih Condong Pada Pakatan


Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan lebih ramai siswa cenderung memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.

"Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Beliau (atas, bersongkok) juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing.

Kedua-dua kampus berkenaan merupakan kubu kuat kumpulan siswa pro-Mahasiswa dan menjadi tumpuan utama pemerhati dalam siri pilihan raya kampus yang lalu.

Kajian sikap ke atas 1,009 orang siswa UM itu menunjukkan, seramai 18.6 peratus daripada responden tersebut memilih Pakatan untuk kerusi parlimen, berbanding 8.7 peratus yang memilih BN.

Sebahagian besarnya, seramai 72.6 peratus memberi jawapan tidak pasti.

Di UKM pula sebanyak 30.1 peratus daripada 1,006 responden memilih Pakatan di peringkat parlimen, manakala 29.8 peratus menyokong BN, sementara 40.1 peratus menjawab tidak pasti.

Bagi peringkat DUN pula, seramai 22.4 peratus mahasiswa UM memilih calon Pakatan berbanding 8.7 peratus yang memilih BN, dan selebihnya tidak pasti.

Trend sama juga dilihat di kalangan pelajar UKM – seramai 31.6 peratus memilih Pakatan manakala 27.1 akan menyokong BN untuk kerusi DUN tersebut.

Majoriti daripada mahasiswa di kedua-dua universiti ini turut menjangkakan bahawa BN akan kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum tersebut.

Seramai 63 peratus daripada mahasiswa UM menjangkakan kemenangan BN, berbanding 37 peratus yang mahu melihat kemenangan Pakatan.

Di UKM, seramai 54.6 peratus daripadanya menjangkakan kemenangan BN, berbanding 45.4 peratus yang lain.

Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.

[VIDEO] PAS Dedah Warga Asing Guna IC Tak Dituntut

Isu MyKid: Pas tuntut penjelasan JPN

KUALA LUMPUR - Pas menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isi kandungan surat jabatan itu berhubung arahan mengembalikan semua kad pengenalan dan MyKid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Keningau sebelum dihantar ke agensi tersebut.

Salinan surat tersebut diterima sendiri oleh Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar seminggu lalu oleh pihak tertentu.

Mahfuz berkata, JPN perlu memberi penjelasan kerana berdasarkan maklumat surat tersebut terdapat keraguan berhubung prosedur sebenar bagaimana pelupusan kad pengenalan dibuat di negara ini.

"Perkara yang meragukan adalah arahan kepada semua pengarah bahagian, negeri dan ketua jabatan JPN daerah/daerah kecil adalah untuk menghantar kad pengenalan dan mykid ini terlebih dahulu ke Keningau, Sabah sebelum ke JPN.

"Ini kerana juruaudit JPN sedang berada di Keningau," katanya yang membacakan isi kandungan surat bertarikh 14 Disember 2012, dalam sidang media, di Ibu Pejabat Pas, hari ini.


PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Beliau mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.

Mahfuz yang membacakan kandungan surat berkenaan berkata, kad pengenalan dan Mykid tersebut diarahkan untuk dihantar ke situ kerana juruaudit terbabit didakwa berada di lokasi tersebut untuk mengemaskini status dokumen berkenaan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz juga mendakwa surat berkenaan juga menyebut bahawa dokumen berkenaan seterusnya akan dihantar ke JPN Putrajaya.

"Saya nak tahu sejauh mana dan berapa jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut ini.

Kerajaan perlu umumkan kerana mereka sudah pun kumpul (kad pengenalan dan Mykid).

"Saya juga nak minta penjelasan bila dan di mana ia dilupuskan," kata MP Pokok Sena itu lagi.
-mk



Polis Abaikan Jenayah Sebab Sibuk Ekori Pemimpin Pakatan – Shamsul

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tidak matang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang biadab apabila menyatakan kebenaran kanak-kanak di negara ini tidak selamat ekoran kematian William Yau Zhen Zhong, 6.

Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ali selaku pemimpin veteran tidak wajar berbuat demikian itu kerana hakikatnya negara berhadapan masalah kadar jenayah terlalu tinggi.

“Ali perlu berhenti membiadapkan pemimpin pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat. Sebaliknya beliau perlu lebih santun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh negara.

“Apakah Ali tidak sedar memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun lamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, kerana ia turut melibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya,” katanya pada kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu menambah, masalah jenayah semakin meningkat berpunca daripada sikap polis yang lebih berminat mengekori pemimpin pembangkang daripada menjaga keselamatan negara.

“Di saat ada kelompok Cawangan Khas (SB) yang diarah mengekori jejak langkah pembangkang di seluruh negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita.

“Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat,” ujarnya. -KD

[KES ANIAYA] Bank Enggan Bayar Walaupun Wang Mustafa Hilang Dari Akaun

Kuala Lipis - Seorang kakitangan kerajaan di sini mendakwa kerugian RM1,500 apabila wang yang disimpan dalam akaun sebuah bank lesap setelah mesin juruwang automatik (ATM) gagal berfungsi ketika dia mengeluarkan wang.

Mangsa, Mustafa Kamal Kamarudin, 51, berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bank di Raub pada 27 November tahun lalu kira-kira jam 11.45 malam apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun miliknya.

“Ketika itu, mesin ATM terbabit berfungsi seperti biasa namun setelah saya memasukkan jumlah pengeluaran, tiba-tiba perkhidmatan mesin terbabit tergendala.

“Kad ATM saya keluar seperti biasa namun wang tunai sejumlah RM1,500 bersama resit pengeluaran tidak dapat dikeluarkan. Saya mula bingung dan menanti untuk beberapa minit namun wang terbabit masih tidak dikeluarkan,” katanya semalam.

Mustafa Kamal berkata, pada keesokan harinya dia yang sedang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan berhenti di sebuah bank di Bentong untuk mengeluarkan wang simpanan terkejut apabila melihat baki wang di dalam akaun hanya RM513 sahaja.

Menurutnya, selepas pulang dari Negeri Sembilan, dia kemudiannya membuat laporan kepada bank berkenaan kehilangan wang terbabit namun pihak bank meminta tempoh sebulan untuk melakukan siasatan.

“Minggu lalu saya terima laporan daripada bank dan dalam laporan itu tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam. Saya hairan kerana waktu di dalam laporan terbabit tidak sama dengan waktu saya mengeluarkan wang.

“Saya kemudian meminta kebenaran pihak bank melihat kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan saya tidak menerima wang berkenaan namun pihak bank minta saya buat laporan polis dahulu,” katanya.

Mustafa Kamal berkata, setelah membuat laporan polis, pihak bank kemudiannya membenarkan dia melihat CCTV berkenaan dan pegawai bank terbabit mengesahkan bahawa dia tidak menerima wang simpanan berjumlah RM1,500 itu.

“Saya kemudiannya menuntut pihak bank agar memulangkan kembali wang terbabit namun saya terkejut apabila pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa tiada ganti rugi dalam kes seperti ini," katanya.

Dia melahirkan rasa kecewa kerana pihak bank terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku padanya. -SH

Ulasan GB

GB merasakan pihak polis perlu jalankan siasatan ke atas bank berkenaan.

Ini kerana laporan daripada bank dan tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam.

Sedangkan En Mustafa, pemilik akaun berkenaan membuat pengeluaran pada 27 November jam 11.45 malam

Siapa "hantu" yang telah mengeluarkan wang hampir tiga jam sebelum Mustafa tiba di ATM?

Ini mengingatkan kita kes Lisa Surihani yang kehilangan wang sebanyak RM50,000 dari akaun banknya yang juga terletak di negeri yang sama. (Baca berita lampiran)

Nampak gayanya ia seperti menggunakan modus operandi yang serupa. Persoalan kini, berapa ramai lagi bakal jadi mangsa dan berapa banyak lagi jumlah wang pelanggan di bank akan hilang akibat sikap bank yang lepas tangan dan enggan bertanggungjawab, seperti didakwa oleh Mustafa di atas?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[EDISI DAJAL] Kononnya Gadis Melayu Dimurtadkan Di Gereja...

Imej didajalkan oleh cyber-trooper UMNO

Gambar Asal

Akhirnya kebenaran terbongkar jua Gambar gadis-gadis Melayu sedang asyik mendengar ceramah kursus pra perkhawinan didalam sebuah dewan telah dioplah, diedit dan disuperimpose dengan menambah salib besar oleh para gurkha siber berjiwa UMNO totok dengan memfitnah kononnya seorang Paderi Kristian sedang asyik memberikan kuliah dalam satu upacara "permurtadan" disalah sebuah gereja di Ipoh , Perak.

Ada fren Omakkau memberitahu bahawa setahu beliau belum ada salib diletakkan disebelah kiri maupun kanan dimana-mana gereja. Pada lazimnya diletakkan ditengah-tengah.

Punyalah dahsyat dan jijik yang amat paling tanpa ada rasa takut pada dosa dijiwa.

Akan lakukan apa saja dengan hasrat hatta isu Agama keperingkat yang boleh menggugat kestabilan negara dan kenteraman awam semata-mata bertujuan mau meraih sokongan dalam PRU 13 nanti.

Etika, adab, santun, berhemah, berilmiah langsung tiada dalam kamus para gurkha siber UMNO.

Belum pernah dalam sejarah negara pencacai UMNO begitu terdesak dalam mereka cipta fitnah.

Apakah mereka ingat rakyat ini mudah termakan berita yang langsung tidak masuk akal itu?.

Adakah para gurkha siber UMNO fikir fitnahnya itu tidak akan terbongkar?.

FITNAH DENGAN UMNO TIDAK DAPAT DIPISAHKAN.

.

SUDAH SEBATI HINGGA KETULANG SONSOM UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK!!!!! -omakkau

[ISU NASHA] Terserah Kepadanya Untuk Sertai Mana-mana Parti Selepas Ini


Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. -SH


Nasha dipecat dari Majlis Syura kerana merugikan parti, kata Dr Mahfodz


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Majlis Syura menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau dipecat dalam majlis tersebut.

“Majlis Syura memecat beliau kerana tindak-tanduknya merugikan parti, jadi kita anggap ini adalah proses saringan untuk membaiki dalaman parti.

“Lagipun, beliau tidak hadir dalam tiga mesyuarat Majlis Syura, dan memang ada dalam perlembagaan parti mengatakan beliau boleh dipecat. Ini satu tindakan disiplin,” kata Mahfodz yang dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Mahfodz lagi, sokongan akar umbi tidak akan berpecah, memandangkan mereka lebih mengutamakan perjuangan parti dari perjuangan individu.

“Sejarah keluar parti ini dah banyak kali berlaku. (Datuk) Asri Muda, yang merupakan bekas Presiden parti sendiri keluar parti, begitu juga ramai lagi pemimpin PAS juga keluar parti, tetapi akar umbi masih bersama PAS kerana perjuangan parti lebih penting dari individu.

“Yang angkat dia pun orang luar, jadi saya tak nampak perpecahan dalaman parti,” kata Mahfodz lagi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata banyak lagi isu yang boleh diulas, kerana pemecatan Nasharuddin bukan satu isu penting bagi parti.

“Banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan, Nasha ni dah tak ada benda, we move on.

“Lagipun dia dah boleh masuk mainstream media, biarlah dia, kalau dia nak masuk Umno pun tak kisah. He is gone case,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Mustafa Ali enggan memberi komen, dengan berkata pihak eksekutif menerima keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Semalam Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharuddin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya,” kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian Online semalam.

Pada September tahun lalu, Majlis Syura menjadi perhatian apabila kedengaran desas-desus membincangkan perkara mengenai bekas timbalan presiden PAS itu, bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharuddin.

Isu itu berlaku apabila Nasharuddin menggesa PAS mengkaji semula keanggotaan dan kerjasama parti Islam tersebut dengan Pakatan Rakyat, berikutan percanggahan pendapat beliau dengan pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.

Nasharuddin baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Lawatan tersebut walau bagaimanapun dikecam oleh Presiden Mahmoud Abbas yang mewakili pergerakan Fatah.
-TMI

Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Drama


Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

Gambar: Imej terbaharu Azza bersama suaminya Azlan. Foto: Twitter milik Azza

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

“Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

“Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

“Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu.

“Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

“Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga,” tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.

“Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

“Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.

“Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -mstar