23 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Sketsa Katak Sumbang Di Kedah

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas memalukan dirinya sendiri apabila beliau gagal untuk membawa mana-mana ADUN lain untuk bersamanya.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.

"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah, lapor harakahdaily.

Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.

Radzhi mempunyai masalah disiplin terutamanya dari segi perbelanjaan dan tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menurut TVAntara.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada beliau bulan lalu serta menggantung PKR Bahagian Padang Serai dan cabang-cabang di kawasan berkenaan.

“Kita mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu beliau mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid untuk membeli wakil rakyat.

“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau berjumpa kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” katanya.

Katanya isu beliau ini melibatkan isu peribadi dan kerana itu pimpinan telah mengambil tindakan kepadanya dan beliau dinasihatkan supaya meletakkan jawatan.

Anwar berkata, Radzhi turut cuba bersekongkol dengan Umno apabila mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat yang lain untuk menyertai Umno dengan tawaran bayaran yang tinggi.

“Itu percubaan umno mengambil peluang daripada Adun Lunas dan menggunakan beliau untuk menarik yang lain dan kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.

Katanya, Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat dalam usaha mengelakkan berlakunya perkara seperti ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mengemukakan nama beliau supaya dipertimbangkan menjadi Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, 25 Ogos ini tidak akan diisytiharkan sebagai cuti umum sebaliknya kerajaan negeri akan memastikan majikan memberikan pelepasan kepada pengundi untuk mengundi pada hari berkenaan.

Era Najib Altantuya : Cubaan Rampas Kedah Oleh Najib

Banyak pihak melihat perkembangan mutakhir di Kedah adalah satu usaha Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk merampas Kedah dari Pakatan Rakyat. Modus operandinya adalah serupa dengan cara bagaimana UMNO BN merampas Perak.

Namun permerhati politik berpendapat kali ini usaha Najib akan menemui kegagalan kerana semua rahsia kebobrokan sistem pemerintahannya semakin terdedah. Segala usaha untuk memperhebatkan dirinya dan pemerintahan kerajaan UMNO BN di peringkat pusat akan tercemar ekoran tindakan bodohnya merampas negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tanpa menunggu pilihanraya umum.

Najib telah dilihat mempersiapkan perancangan untuk merampas Kedah dengan membenarkan Polis bertindak melampaui batas ke atas ahli dan penyokong Pakatan Rakyat seperti apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan di hari penamaan calon Permatang Pasir tempohari.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri akan ditentukan pucuk pimpinan PKR setelah beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Menurutnya, sebagai Menteri Besar, beliau berhak menggantikan mana-mana Exco yang tidak lagi mewakili parti pakatan pembangkang setelah memaklumkan dan diperkenankan Sultan Kedah kelak.

ADUN Lunas telah membuat kejutan mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

“Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain,”

Difahamkan, Radzhi sengaja tidak meletakkan jawatan Exco untuk menimbulkan keadaan huru-hara di Kedah, supaya kemelut itu berpanjangan dan ada masa untuk Najib berserta kumpulannya memujuk MB Kedah untuk membentuk kerajaan bersama dengan BN.

Radzi mendakwa seramai 200 ahli PKR Padang Serai turut keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya setelah perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

"200 orang dari sejumlah 25,709 pengundi yang mengikut beliau, bererti tidak sampai 1%. Oleh itu lebih baik Radzhi letak jawatan sebelum beliau menerima kutukan sampai ke anak cucu," tegas seorang pemimpin PKR di Kedah.

Kedah mempunyai mempunyai lima ADUN dari PKR dan tiga daripadanya, termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Pas mempunyai 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. BN pula mempunyai 14 ADUN manakala DAP hanya seorang.

Oleh itu kerajaan Kedah tidak tergugat lansung dengan pengumuman Radzhi tersebut. Kerajaan Pakatan Rakyat masih lagi kukuh dengan 21 Pakatan Rakyat dan 16 BN.


BERITA SEBELUM INI

Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lunas hari ini kesal dengan tindakan ADUN mereka yang mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

Seorang pemimpin PKR Bahagian hari ini mencabar Mohd Radzhi untuk meletakkan jawatan dan mengisytiharkan kerusi DUN Lunas kosong jika beliau ikhlas di dalam perjuangannya.

Apa yang nyata ini adalah satu permainan kotor orang-orang Perdana Menteri, Najib Tun Razak di dalam usaha untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat sepertimana mereka telah melakukan di Perak awal tahun ini.

Mohd Radzhi sebelum pun menafikan beliau dibeli atau dibayar kerana menjadi ahli Bebas. Namun beliau dicabar untuk bersumpah dengan Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini jika benar beliau tidak disogok atau dibayar oleh pihak tertentu di dalam membuat keputusannya itu.

Banyak pihak termasuk pemerhati politik melihat isu terbaru ini sebagai usaha terdesak Najib dan UMNO BN untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir dengan cara menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Namun yang nyata, Najib dan akan terus dilihat sebagai pemimpin dan parti yang bacul dan takut untuk menghadapi pilihanraya tetapi mencari jalan singkat dan mudah untuk menang iaitu dengan membeli ADUN-ADUN dan MP-MP Pakatan Rakyat yang mudah untuk disogokkan dengan nilai-nilai kebendaan seperti wang ringgit dan sebagainya.

Rakyat akan terus mengutuk tindakan Radhzi tersebut, lebih-lebih lagi tindakan Najib dan UMNO yang mempersendakan demokrasi serta pilihan rakyat di dalam negara ini dengan melakukan konspirasi untuk membeli ADUN-ADUN parti lawan mereka setelah gagal bertarung di dalam pilihanraya.

Greenboc

ERa Najib Altantuya : Radzhi Dicabar Bersumpah Di Bulan Ramadhan

Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lunas hari ini kesal dengan tindakan ADUN mereka yang mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

Seorang pemimpin PKR Bahagian hari ini mencabar Mohd Radzhi untuk meletakkan jawatan dan mengisytiharkan kerusi DUN Lunas kosong jika beliau ikhlas di dalam perjuangannya.

Apa yang nyata ini adalah satu permainan kotor orang-orang Perdana Menteri, Najib Tun Razak di dalam usaha untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat sepertimana mereka telah melakukan di Perak awal tahun ini.

Mohd Radzhi sebelum pun menafikan beliau dibeli atau dibayar kerana menjadi ahli Bebas. Namun beliau dicabar untuk bersumpah dengan Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini jika benar beliau tidak disogok atau dibayar oleh pihak tertentu di dalam membuat keputusannya itu.

Banyak pihak termasuk pemerhati politik melihat isu terbaru ini sebagai usaha terdesak Najib dan UMNO BN untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir dengan cara menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Namun yang nyata, Najib dan akan terus dilihat sebagai pemimpin dan parti yang bacul dan takut untuk menghadapi pilihanraya tetapi mencari jalan singkat dan mudah untuk menang iaitu dengan membeli ADUN-ADUN dan MP-MP Pakatan Rakyat yang mudah untuk disogokkan dengan nilai-nilai kebendaan seperti wang ringgit dan sebagainya.

Rakyat akan terus mengutuk tindakan Radhzi tersebut, lebih-lebih lagi tindakan Najib dan UMNO yang mempersendakan demokrasi serta pilihan rakyat di dalam negara ini dengan melakukan konspirasi untuk membeli ADUN-ADUN parti lawan mereka setelah gagal bertarung di dalam pilihanraya.

Era Najib Altantuya : Rohaizat, Malam Terakhir Untuk Buat Pengakuan - Bapa Mertua

Rohaizat Othman - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewengan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Kini, keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang, demikian lapor malaysiakini.

Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.

"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan
anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

Era Najib Altantuya : Hantu Lapar Di Shah Alam Beres

Masalah perayaan Phor Thor yang diraikan di kawasan penduduk Blok 19,20,21 Flat PKNS, Seksyen 24 kini telah diselesaikan dengan memindahkan lokasi ke kawasan tanah lapang berhadapan kilang Cadbury.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Perayaan Phor Thor yang dirayakan selama 3 hari setiap tahun mengikut kalender Luna pada asalnya dilakukan di kawasan perumahan Blok 19,20,21, Seksyen 24 dan telah menganggu ketenteraman penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, masalah yang dihadapi sejak 13 tahun lalu diselesaikan dengan cara berhemah dengan berbincang dan mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Inilah apa yang kita capai untuk tahun ini, satu penyelesaian dimana tapak untuk menyambut perayaan perayaan phot thor itu di mana persatuan Phor Thor setuju dan penduduk di Blok PKNS pun seronok kerana mereka tidak lagi terpaksa berhadapan, sekarang ini dapat kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pas Parlimen Shah Alam, pagi tadi.

Beliau berkata, masalah ini tidak diselesaikan ketika Barisan Nasional memerintah walaupun pelbagai aduan telah dibuat namun tiada tindakan yang dilakukan.

Katanya, Pakatan Rakyat sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut untuk kedua-dua belah pihak.

“Hari ini saya nak buktikan bahawa bukan sekadar masalah kul 19 dapat tangani dengan bertanggungjawab, masalah Phor Thor antara Melayu dengan Cina juga dapat diselesaikan jika kita duduk berbincang dalam suasana yang saling hormat menghormati,” katanya.

Bekas Presiden Persatuan Penduduk Blok Flat 19,20,21, Mohd Nasir Buyong berkata usaha untuk menyelesaikan masalah ini dilakukan sejak tahun 1996 namun aduan yang dibuat tiada sebarang tindakan diambil.

“Saya duduk tahun 96 dah start complain bukan, MBSA, tapi MPSA, PKNS, Jabatan Alam Sekitar, Polis, Jabatan Pencegah Rasuah saya dah bagi surat dah register dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Setiausaha Persatuan Phor Thor, Seksyen 24, Lim Kooi Huat berkata, sebelum ini tiada tempat untuk berbincang tentang masalah ini, dan sejak Pakatan Rakyat memerintah pekara ini boleh dibawa berunding dan mendapat penyelesaian terbaik.

Katanya, kali ini perayaan Phor Thor disambut pada 31 Ogos hingga 3 September di lokasi baru.

“For this year onwards, with the help of YB Khalid Samad and Datuk Bandar of Shah Alam, we have managed to find a more suitable location to hold our celebration. This area is the size of 3 football fields, far from any residential area and hence its suitable for us to hold our celebration,” katanya. -selangorkini

Era Najib Altantuya : Pecat Pengerusi SPR Jika Benar Wujud Kes Pengundi Hantu

Pakatan Rakyat (PR) mahu kerajaan memecat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekiranya benar dakwaan wujud ‘kakitangan hantu’ dalam suruhanjaya itu yang yang bersubahat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pembangkang untuk memindahkan pengundi di beberapa negeri.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, Barisan Nasional (BN) tidak perlu menjadikan isu ini sebagai satu bahan kempen dalam pilihan raya kecil ini.

“Sebagai contoh, dalam perlawanan bola sepak, kita tahu pengadil ini telah dibeli, takkan kita nak tunggu sehingga wisel penamat baru kita cakap dah ada bukti,” katanya kepada pemberita di Markas Angkatan Muda, semalam.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud ‘kakitangan hantu’ dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersubahat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pembangkang untuk memindahkan pengundi di beberapa negeri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menggesa SPR menubuhkan satu suruhanjaya ataupun jawatankuasa khas bagi membersihkan isu pengundi hantu yang telah wujud pada pilihan raya lalu.

“Saya percaya SPR menjalankan tugas dengan telus, malah saya turut ada menerima aduan menyatakan dalam SPR ada dalang-dalang tertentu. Ada 'hantu' dalam kakitangan SPR yang membantu memindahkan pengundi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, sekiranya Khairy mempunyai bukti, beliau perlu mengemukakan laporan.

“Kita mahu beliau membuat laporan kerana sebelum ini kita telah mengemukakan laporan kita mahu satu pembersihan secara menyeluruh dalam pendaftaran pengundi," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya ada menjumpai dua buku yang menyerang kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim di Permatang Pasir, beliau berkata, setakat ini belum lagi.

“Buku tanpa penulis dan penerbitnya berjaya dikutip oleh anggota Angkatan Muda PKR di beberapa tempat tumpuan ramai di Petaling Jaya, Subang dan Damansara dua minggu lepas,” katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Majlis Fatwa Pun Nak Jadi lembu UMNO

Pesuruhjaya Pas negeri Johor,Professor Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan isu syurga dan neraka daripada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak seharusnya di ulas sesetengah pihak sehingga ada yang menyifatkannya (Nik Aziz) ‘manusia luar biasa’ dan memintanya bertaubat.

Beliau berkata, kenyataan juga tidak seharusnya diberikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Abdul Shukor Husin (gambar) terhadap kenyataan Nik Aziz mengenai sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam, tanpa bertanyakan hal itu terlebih dahulu kepada Nik Aziz.

Menurutnya, ulasan sesetengah pihak terhadap Nik Aziz itu hanya berdasarkan laporan akhbar yang dibuat justeru ianya tidak perlu dipanjangkan pihak lain sebelum pasti kesahihannya.

“Jika hendak buat kenyataan terhadap kenyataan seseorang itu, mesti tanya dulu tuan punya diri dan saya juga tidak mahu ulas apa-apa kerana tiada ditempat kejadiaan dan saya sendiri belum berkesempatan bertanyakan hal ini kepada beliau(Nik Aziz).

“Pas memang perjuangkan islam dan UMNO berdasarkan perkauman.Pada dasarnya memang betul apa yang ditimbulkan Nik Aziz itu, isu syurga dan neraka ditujukan kepada mereka yang berbuat baik akan dibalas baik dan jahat dibalas jahat namun janganlah disalah fahamkan maksud yang cuba disampaikannya itu,”katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi disini..

Sementara Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Johor, Anuar Salleh berkata, bukan sahaja isu syurga dan neraka yang diperkatakan UMNO dan BN malah pelbagai isu akan cuba dikeluarkan UMNO dan BN sempena pilihanraya kecil di Permatang Pasir.


Pas kesal Majlis Fatwa dimanipulasi

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan menyifatkan media arus perdana tidak amanah dan menyalahi etika kewartawanan.

Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan UMNO yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga, justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya.

Beliau turut kesal dengan tindakan Majlis Fatwa yang sanggup dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu khususnya pemimpin UMNO untuk kepentingan politik mereka.

“Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan Tok Guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika kewartawanan itu sendiri.

“Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor UMNO/BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.

Nasruddin berkata, pelbagai tafsiran serta kenyataan balas oleh Majlis Fatwa khususnya serta ahli agama dan akademik lain dibuat hanya berdasarkan andaian tidak berasas masing-masing tanpa merujuk maksud sebenar ucapan Nik Aziz. -SH



Era Najib Altantuya : Mat Jenin Dengan Teori Prndulumnya

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hilang kawalan apabila berasa yakin bahawa sokongan pengundi di N11 Permatang Pasir akan berpihak kepada Umno Selasa depan; berdasarkan teori pendulum.

"Selalunya teori landung jam ini sekali ke kiri dan tentunya (kemudiannya) ke kanan. Ini (teori Maslan) tak betul... (tahun) 1995 ke kiri (Umno) dan selepas itu (penggal) 1999, 2004 dan 2008 ke kanan (Pas). Yang ini bukan lagi teori pendulum, tapi 'merudum' (kekalahan berterusan dalam pilihanraya)."

"Dari segi berfikir pun, Maslan sudah tersalah berteori. Saya yakin, sama ada Maslan sudah hilang kawalan (tidak rasional) atau sengaja enggan terima hakikat bahawa mood pengundi sebenarnya tidak lagi bersama mereka (Umno BN)."

Idris secara sinikal turut menjelaskan bahawa teori pendulum Maslan juga bertentangan dengan teori pendulum dalam disiplin sains.

Di sebalik itu, Idris mengatakan bahawa Maslan seorang yang agak Islamis sewaktu di bangku sekolah menengah; dan beliau tidak menjangka dia akhirnya memilih Umno sebagai jalan perjuangan.

Jelas Idris lagi, beliau sewaktu mewakili Kolej Islam Klang (KIK) 1983 dahulu, pernah mengalahkan Maslan yang mewakili Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) dalam Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri.

Beliau berharap peristiwa kemenangan itu akan berulang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pilihanraya N11 8 Mac lalu, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mewakili PAS menang majoriti 5433 undi mengalahkan Ahmad Shahar Shuib dari Umno.

PAS berjaya memenangi kesemua sembilan peti undi; untuk semua saluran dua (2) hingga hingga lima (5).

Bagaimana pun, Umno hanya mendapat 7 undi majoriti (saluran 1) untuk peti undi Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir; dan 47 undi majoriti (saluran 1) untuk peti undi Sekolah Bukit Indera Muda.

Petang tadi, Maslan menegaskan bahawa Umno kalah lebih 600 undi pada pilihanraya umum ke 11 disebabkan landung jam ke kanan. Pilihanraya umum 2008, landung jam ke kiri menyebabkan Umno kalah lebih 5000 undi.

"Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009; ia akan pergi kanan, (dan) BN akan menang," kata Maslan berteori. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Skandal Rohaizat Hancurkan UMNO

Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.

“Dengan segala kerendahan diri dan berat hati, saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki.” kata beliau

Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin.

Tambah beliau, pribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa isu yang beliau dedahkan baru – baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau, dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala.

“Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat.” jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Rafizah.

Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato’ Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Rafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato’ Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas. “Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu.” kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Rafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Rafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.

Ibu Rafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

“Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah” jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali – kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Rafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman – teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara – gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

Rafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Rafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain .

Ustaz nasrudin yang mengatakan bahawa beliau mendapat keizinan Rafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

“Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.

“Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang”.

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai–ramai.

“Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang.” tegas beliau.


Dari Blog Pro-UMNO, Singamaraja

Islam melarang membuat fitnah, namun islam juga melarang membuat bohong ! demikian bala yang menimpa calon UMNO di Permatang Pasir, tidaklah salah jika seorang lelaki bernikah sampai empat sekiranya dia layak berbuat demikian, apa yang menjadi masalahnya ialah apabila seseorang itu tidak mengakuinya secara tipu muslihat

Rohaizat mungkin akan menjadi seorang pemimpin kepada rakyat, kesalahannya bukan kerana dia kahwin dua akan tetapi kerana dia menafikan bahawa dia pernah berkahwin dua dengan Rafizah bt Ali bt Embun, di sinilah kesalahan Rohaizat kepada kaum wanita seolah-olah dia meremuk redamkan hati dua orang wanita sekali gus tidak melayakkan dirinya sebagai wakil rakyat kerana seorang wakil rakyat perlu jujur



Era Najib Altantuya : Sah Polis Alat UMNO BN - Ust Idris

Pada 20hb Ogos 2009, khamis malam Jumaat saya, Dato Haji Mahfuz, YB Azmin Ali dan Saudara Azmi Abdullah berceramah di UPU Sama Gagah dalam siri kempen pilihanraya kecil permatang Pasir.

Saya sampai lebih kurang pukul 10.15 Malam bersama Awang Salahudin, selepas mesyuarat PRK di Markaz Besar. Sewaktu saya sampai saudara Azmi Abdullah sedang berceramah. Dalam masa yang sama pos Umno di sebelah jalan, jarak lebih kurang 50 kaki daripada tempat ceramah Pas. Pihak Umno menayang CD menggunakan LCD serta menggunakan speker yang begitu kuat sekali dan mengganggu ceramah Pas pada ketika itu.

Apabila Tuan Haji Mahfuz berceramah dia minta supaya pegawai polis yang bertugas memberhentikan tayangan LCD. Malangnya polis hampir 100 orang yang berada di tempat kejadian tidak berani bertindak untuk memberhentikan tanyangan LCD tersebut.

Maknanya memang pihak polis membiarkan keadaan itu berterusan berlaku. Sewaktu saya berceramah hampir hendak berlaku pergaduhan kerana penyokong PR sudah ada yang hilang sabar.

Maknanya kalau berlaku kejadian yang tidak diingini maka pihak polis yang bertanggung jawab. Sah mereka datang bukan hendak jaga keamanan pilihanraya tetapi hendak jaga keselamatan umno.

Saya yakin kalau perkara itu dilakukan oleh penyokong Pas/PR, sahlah ada pula yang masuk lokap dan ditembak oleh FRU atau ada yang patah tangan. Tetapi oleh kerana dilakukan oleh parti rakan sejawat dengannya maka mereka menjadi bacul dan dayus. Mereka datang bertugas menggunakan wang rakyat dan wang saya sebagai pembayar cukai tetapi telah berkhidmat untuk umno

Inilah sejarah pilihanraya kecil, ceramah begitu sukar hendak diadakan. Cuba bayangkan pihak Pas kena isi 6 salinan borang (sebelumnya 8 salinan) dan peta tempat ceramah setiap kali hendak ceramah.

Polis yang bertindak sebagai pegawai keselamatan umno tunggu dengan senarai nama yang ada di tangannya sahaja. Kalau ada penceramah yang tidak ada dalam senarai akan diarahkan berhenti.

Peliknya tempat umno mengadakan ceramah polis tidak ramai, seolah-olah yang jahatnya Pas/PR. Patutlah jenayah di Malaysia makin tinggi kerana polis menjaga umno bukan jaga keselamatan rakyat.

Kalau PR memerintah nanti kita pastikan semua polis yang menjadi tali barut umno kita hantar kursus supaya perbetul balik sikap mereka, supaya mereka faham mereka adalah orang yang menjaga ketenteraman awam bukan ketenteraman umno. Apa yang terjadi semalam menambah kebencian rakyat kepada polis di negara ini.

Kita kasihan kepada polis yang professional, kita benci kepada polis yang menjadi tali barut umno. - Ust Idris (Ketua Penerangan PAS)