Kalau anda nak tahu inilah Rachid Nekkaz,
Seorang ahli perniagaan muslim Perancis yang mengumumkan dia akan membayar setiap denda bagi wanita yang didakwa dengan kesalahan memakai niqab -
Bukan sahaja di Perancis tetapi "dalam mana-mana negara lain di dunia yang melarang wanita daripada berbuat demikian" .....
Jutawan Muslim Bersedia Membela Wanita Hijab Di Perancis
Pada malam sebelum sambutan Hari Bastille keesokannya, terdapat satu revolusi ke udara di Perancis dan kali ini di pimpin oleh seorang ahli perniagaan Islam yang dikenali sebagai Rachid Nekkaz. Pemaju hartanah berusia 38-tahun ini marah apabila Perancis telah berusaha satu langkah lebih dekat untuk mengharamkan burka (purdah), apabila wanita yang ditangkap memakai tudung penuh dikhalayak awam akan dikenakan denda € 150 (RM582) dan sesiapa yang disabitkan memaksa seorang wanita untuk menutup atau memakai tudung akan menghadapi denda sehingga € 30.000 (RM121,600) dan setahun penjara.
Peringkat pertama dalam meluluskan undang-undang kontroversi hari ini, telah diluluskan di dalam Dewan Rendah Negara itu dengan ahli-ahli mengundi Dewan Rakyat dengan bilangan undian 335 undi berbalas 1 bagi memperkenalkan larangan itu. Jika senator Perancis di Dewan Atas Negara itu mengesahkan cadangan itu pada bulan September, ia akan menjadi undang-undang rasmi pada musim bunga 2011.
Nekkaz, bersama-sama dengan majoriti 5,000,000 umat Islam Perancis, marah akan undang-undang baru ini kerana ianya dilihat sebagai penganiayaan agamanya, ini menunjukkan bahawa kurang daripada 2,000 orang Islam Perancis sebenarnya memakai tudung penuh.
Beliau telah memulakan kempen untuk menentang undang-undang dan beliau menyediakan €1,000,000 (RM3,887,111) wang sendiri untuk membayar denda mana-mana wanita muslim yang disabitkan. Bercakap di luar Dewan Negara itu, Nekkaz berkata:
"Satu juta bunyinya banyak, tetapi untuk melindungi kebebasan seseorang itu tidak lah banyak, dan saya berharap, orang lain di negara ini yang berpegang kepada perlembagaan dan mahu melindungi kebebasan asasi kami, supaya menyertai saya bagi membanteras undang-undang ini"
Nekkaz, merupakan seorang Muslim moden Perancis (beliau dilahirkan di Perancis hasil daripada perkahwinan ibu bapa beliau yang berbangsa Algeria), telah menubuhkan sebuah kumpulan kempen yang dipanggil 'Hands off my Constitution', dan merancang untuk meningkatkannya kepada 1m € dengan menjual beberapa hartanah yang beliau miliki di pinggir bandar Paris.
Di hadapan kamera beliau menulis cek peribadi sejumlah tujuh angka sebelum menerangkan undang-undang yang dicadangkan sebagai 'Anti-Perlembagaan' dan menuntut bahawa Presiden Sarkozy mengambil ideanya.
Ianya seolah-olah tidak mungkin. Bukan sahaja Sarkozy telah menyifatkan tudung penuh sebagai menjatuhkan maruah kepada wanita, tetapi hal ini merupakan isu yang mempunyai sokongan padu daripada pihak UMP beliau. Menteri Keadilan, Michele Alliot-Marie berkata minggu lepas bahawa memakai tudung "adalah berjumlah terputus hubungan dari masyarakat dan menolak semangat republik Perancis yang diasaskan pada keinginan untuk hidup bersama''.
Dan Nekkaz seumpamanya telah tidak membantu dalam membanteras undang-undang oleh pendekatan berkecamuk dari Parti pembangkang Sosialis. Mereka ingin melihat pengharaman terhad kepada institusi negeri. Tetapi tanggapan itu telah dihina oleh Alliot-Marie, yang berkata ia akan menjadi "di sisi undang-undang tidak keruan" dan mustahil untuk menguatkuasakannya. "Bagaimana kita dapat meyakinkan rakyat Perancis bahawa kebebasan, kesaksamaan dan menghormati maruah wanita bermula di stesen keretapi tetapi berhenti di pintu keluar?''
Sosialis berkecuali dalam undi hari ini di Dewan Rakyat dan telah berkata mereka akan mengambil pendirian yang sama dalam undi Senat September, di mana ia kelihatan undang-undang tertentu itu akan ditulis ke dalam Perlembagaan Perancis. Tetapi pasukan polis negara sedang bersiap sedia dengan serangan balas. Keselamatan telah ditingkatkan di Dewan Negara untuk undian hari ini dan terdapat kebimbangan rusuhan jalanan akan berlaku jika rang undang-undang itu diluluskan. -theweek.co.uk/
Senat Perancis haram purdahKENZA DRIDER membaca buku di sebuah kedai di selatan Perancis berikrar terus memakai purdah walaupun kerajaan mengenakan denda yang tinggi.
PARIS: Senat Perancis meluluskan rang undang-undang pengharaman memakai purdah di kawasan awam dan tempat lain, keputusan yang membabitkan kurang 2,000 wanita Islam, tetapi dilihat sebagai simbol mempertahankan nilai dan budaya tempatan.
Rang undang-undang diluluskan dengan 246 menyokong dan satu menentang, langkah terakhir sebelum pengharaman itu diluluskan sebagai undang-undang. Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat, Julai lalu.
Ia bakal menjadikan pemakaian purdah suatu kesalahan, termasuk yang dipakai pelancong di kawasan awam dan tempat lain.
Rang undang-undang pengharaman itu menetapkan denda AS$185 (RM582) bagi wanita yang memakai penutup muka.
Denda juga dikenakan kepada orang yang didapati memaksa wanita memakai purdah, manakala denda AS$38,000 (RM121,600) dan penjara setahun dikenakan jika wanita dipaksa memakai purdah di bawah umur.
Bagi umat Islam undang-undang itu adalah satu lagi tamparan kepada agama kedua terbesar di Perancis dan meningkatkan risiko Islamofobia di negara yang mana masjid dan rumah ibadat lain sering menjadi sasaran kebencian.
Tetapi, ada wanita termasuk Kenza Drider berikrar terus memakai penutup muka, walaupun ia diharamkan dan menegaskan beliau lebih rela didenda daripada tunduk kepada ketidakadilan.
“Ini tidak adil dan melanggar kebebasan beragama. Saya akan terus pakai purdah,” katanya. Beliau adalah wanita tunggal berpurdah ditemuramah jawatankuasa Parlimen yang mengambil masa enam bulan sebelum meneruskan langkah meluluskan undang-undang itu. – AP