2 Apr 2012

Temberang "Video Murtad" Hassan Ali, Rupanya Hanya Sekadar Untuk Cari Publisiti

Video Hasan Ali dakwa kristianisasi 'mubaligh Australia'

Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menjelaskan latar belakangnya sehingga terjebak dengan gerakan tersebut, Ramli berkata ia bermula pada tahun 2002 sewaktu beliau mengalami masalah kesihatan.

Kemudian satu pasangan mubaligh daripada Australia memberi bantuan dengan membawanya ke hospital dan membenarkan beliau tinggal bersama mereka di Puchong.

Dakwa diberi wang, kereta

"Saya tidak tahu (mereka) adalah organisasi Kristian. Saya keluar masuk, dan tertarik dengan layanan (mereka). Dulu latar belakang saya yang kasar, tetapi boleh tertarik dengan kebaikan mereka," kata Ramli dalam video itu.

Ramli juga mendakwa, beliau pernah bertemu dengan sekumpulan orang Melayu yang juga telah dimurtadkan di Klang, dan juga sehingga 400 orang lain di seluruh negara.

Beliau juga mendakwa pernah menerima bantuan tempat tinggal di sebuah rumah di Kelana Jaya, barangan keperluan harian, wang untuk perbelanjaan berjumlah antara RM2,000 hingga RM5,000 dan juga sebuah kereta daripada kumpulan mubaligh tersebut.

Ramli juga mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan satu pekerjaan tetap, antara tahun 2004 hingga 2008, untuk menterjemah kitab Injil New Testament ke dalam bahasa Melayu.

'Dibaptis' di kolam renang

Dakwanya lagi, terdapat juga kumpulan Kristian, terdiri daripada "orang putih", yang turut mengamalkan cara hidup Islam.

Malah ada di antaranya yang pergi ke surau dan masjid dengan berjubah dan berketayap, dakwanya.

Kumpulan "orang putih" itu juga menggunakan bahasa Melayu dan juga perkataan Arab seperti "Assalamualaikum" dan "Alhamdulillah" serta menggunakan cerita dalam surah dalam Al-Quran untuk mendekati orang Islam, dakwanya.

Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang di sebuah apartmen di Kuala Lumpur, sebagai satu simbolik upacara pembaptisan.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.

Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.

Dihalang rakam foto, suara

Dalam sidang medianya, Hasan berkata identiti kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.

Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.

"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.

Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI. -mk

Ulasan GB

Memang hampeh. Video yang tidak ada standard dan tidak berkredibiliti untuk sebarang pendakwaan atau bahan bukti.

Hanya sekadar rakaman temubual pengakuan. Pengakuan boleh direka oleh sesiapa. Dan apatah lagi wajah orang yang membuat pengakuan tidak didedahkan kononnya di atas alasan keselamatan.

Kita sangkakan ada intipan ke atau ada rakaman CCTV sulit ke atau seumpamanya. barulah ada "merit" untuk dibincang, dibahaskan atau disiasat. Itu pun kena lalui proses tertentu terlebih dahulu. Bukan sekadar macam Video Datuk T yang jelas penipuannya dan kantoi sebelum dapat "ditayangkan di pawagam" lagi.

Kalau sekadar pengakuan "didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum", itu setiap hari ada dan berlaku di mana-mana. Tak payah cakap. Hanya yang mengikut tu sahaja yang bersalah sebab tak kuat iman.

Apatah lagi kejadian "kristianisasi" itu dikatakan berlaku pada tahun 2004. Siapa memerintah Selangor dan siapa Exco Agama Selangor ketika itu? Kenapa mahu serang exco agama sekarang?

Memang patutlah PAS arah ahlinya agar jangan layan temberang Hassan Ali tersebut.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[DEDAH] Pelajar Sekolah Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

Kulim - “Masalah mengandung bukan serius seperti dulu. Terdapat ubat tertentu yang dijual di kebanyakan klinik dan ia mudah diperoleh, saya juga pernah memakan ubat itu empat bulan lalu,” itu kata seorang pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali sebagai Adik.

Adik mengakui dia menjalin hubungan cinta dengan suami orang berusia 26 tahun sejak setahun lalu.

Menurutnya, teman lelakinya yang mempunyai seorang anak itu bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech.

“Saya rasa lebih terjamin dan selamat sekiranya menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang berbanding rakan sebaya kerana pada saya seorang lelaki bergelar suami merupakan lelaki paling penyayang dan bertanggungjawab,” katanya.

Adik berkata, dia hanya akan bertemu dengan kekasihnya pada hari cuti terutamanya Jumaat dan Sabtu. Untuk memastikan hubungan mereka tidak diketahui kenalan lain, mereka akan keluar bersama ke daerah lain untuk melepaskan rindu.

“Pada pagi hari Jumaat, saya selalunya akan ke sekolah untuk menjalani aktiviti kokurikulum antaranya berkawad. Saya akan ke sekolah seawal jam 7.30 pagi dan sampai kira-kira jam 8 pagi.

“Selepas meletakkan motosikal dalam sekolah, teman lelaki saya sudah menunggu dalam keretanya di luar sekolah. Selalunya kami akan ke Cameron Highlands yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Kulim.

Menurutnya, sebelum ke sana, teman lelakinya itu akan berhenti di hentian rehat Butterworth Kulim Express Highway (BKE) untuk menukar pakaian.

“Kami akan berada di pusat peranginan itu sehingga jam 3 petang sebelum berpatah balik ke Kulim dan sampai di sekolah sekitar jam 5.30 petang dan berada di rumah kira-kira jam 6 petang,”
katanya.

Adik berkata, mereka juga sering bercuti bersama sekiranya pihak sekolah menganjurkan sebarang lawatan yang memerlukan masa dua hingga tiga hari.

Menurutnya, dia tidak akan mengikuti rombongan sekolah sebaliknya bercuti bersama kekasihnya dan akan berada di sekolah semula, sama seperti teman lain ketika rombongan itu tiba di sekolah.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Cabang Kulim Bandar Baharu yang juga Pengerusi Pusat Khidmat Aduan Rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim berkata, beliau tidak menafikan ramai remaja bawah umur lebih tertarik dengan suami orang berbanding rakan sebaya. Ini kerana, memiliki kekasih yang merupakan suami orang dapat memenuhi hampir keseluruhan kehendaknya sebagai pelajar sekolah.

Menurutnya, sebagai pelajar tidak banyak komitmen yang harus diberikan kerana remaja itu tinggal bersama keluarganya.

“Remaja bawah umur dijadikan kekasih hanya untuk tujuan berseronok semata-mata dan selalunya terjalin dalam jangka masa singkat.

“Bagi seorang suami, mereka hanya ingin berseronok apabila didampingi remaja bawah umur ini. Selain itu mereka tidak akan bosan melayan kerenah mereka kerana pasangan itu akan berjumpa seminggu sekali sahaja,“ katanya.

Suraiya berkata, bagi remaja perempuan mereka akan seronok apabila kekasih mereka memberi kad tambah nilai ke telefon mereka biarpun dengan nilai RM10 kerana jumlah itu sudah besar bagi mereka.

“Dalam masalah ini ibu bapa seharusnya melihat perubahan anak mereka. Bawa anak berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, sekiranya disahkan pernah melakukan hubungan seks, ibu bapa harus membuat laporan polis,” katanya. -SH

Susulan Kes Pelajar Nigeria Mati Dibelasah: 7 Anggota Rela Ditahan & Mentaliti Menteri

Kuala Lumpur - Tujuh anggota Rela ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kematian lelaki warga Nigeria di Kondominium Venice Hills, Hulu Langat semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki warga Nigeria itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kawasan kejadian juga dipantau polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini, susulan perbuatan sekumpulan warga Afrika yang merusuh disebabkan insiden kematian rakan senegara mereka itu semalam.

"Setakat ini belum ada tindakan yang diambil ke atas warga Afrika yang merusuh semalam. Kita masih lagi menjalankan siasatan," katanya.

Semalam, seorang lelaki warga Nigeria, Onochie Martins Nwankwo, 35, mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu dan akibat kejadian tersebut kira-kira 200 lelaki Afrika yang tinggal di situ merusuh dengan merosakkan fasiliti harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela. – Bernama

Ulasan GB

Isunya: pelajar Afrika itu telah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu.

Sekalipun kes itu disiasat dan anggota RELA itu boleh disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun penyelesaiannya perlu dilakukan di peringkar akar supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Disiplin "Awang Hitam" ini memang teruk dan dasyat. Banyak kes telah dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih dasyat dan malang lagi apabila menteri yang bertanggungjawab iaitu Menteri Pengajian Tinggi, memandang remeh isu disiplin Awang Hitam ini dengan menyatakan bahawa "Kes jenayah pelajar Afrika rendah".

Maka tidak hairan jenayah Awang Hitam menjadi-jadi.

Inilah tahap mentaliti menteri kabinet yang Najib ada!




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Hujan Lebat Pagi Ini - KL Dilanda Banjir Kilat Lagi

Kuala Lumpur - Beberapa laluan utama menuju ke ibu negara mengalami kesesakan teruk pagi ini akibat banjir kilat dan kemalangan kecil berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi dan Duta-Ulu Kelang Expressway.

Kesesakan itu juga berpunca daripada penutupan Terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) bermula pukul 7 pagi tadi.

Menurut jurucakap SMART penutupan itu bagi membolehkan air banjir disalurkan ke terowong tersebut untuk mengatasi banjir kilat di beberapa laluan termasuk di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan Jalan Jelatek di Keramat.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur pula berkata kesesakan lalu lintas berlaku di hampir semua laluan menuju ke ibu kota namun keadaan adalah terkawal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat akan berterusan sehingga tengah hari ini.

Turut mengalami keadaan sama ialah Ledang, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulaijaya, Johor Baharu dan Kota Tinggi di Johor serta Jasin di Melaka.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Segamat, Johor serta Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka, yang mungkin menyebabkan angin kencang serta banjir kilat. - Bernama

Pendedahan Video Murtad Hassan Ali Hari Ini - Ahli PAS Tak Perlu Layan

Video murtad: Tak perlu layan, kata Pas

SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.

Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. -SH

Hasan Ali dedah video cubaan murtad Isnin ini

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata beliau akan mendedahkan pada hari Isnin ini, petikan video yang didakwanya akan membuktikan percubaan oleh orang Kristian untuk memurtadkan umat Islam.

"Isnin ini, anda boleh lihat sendiri," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur petang ini.

Sebelum ini, Hasan mendakwa beliau mempunyai bukti konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam - suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
-mk


Orang Kristian menunggu video tergempar Hasan Ali: Satu lagi gimik politik

Dimana sahaja Hasan Ali pergi, dunia bagaikan berpusing. Bukan sahaja untuknya, tapi untuk semua disekelilingnya terutama sekali orang Kristian. Isnin hadapan, rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh debar untuk video yang dijanjikan oleh Hasan Ali, yang menunjukkan orang Kristian sedang cuba memurtadkan orang Islam.

“Saya sudah berjanji untuk menyiarkannya didalam video. Pada hari Isnin, kamu boleh saksikan sendiri,” katanya pada sidang media semalam.

Menurutnya, ada video sepasang suami isteri yang mengaku telah dibaptis dan dimurtadkan untuk memeluk agama Kristian, adakah berkata sepasang suami isteri atau ribuan suami isteri? Jika hanya satu, dia tidak tahu perbezaan antara satu dan seribu. Jika diingatkan kembali, dia pernah berkata dahulu semasa kekecohan serbuan Pusat Methodis Damansara Utama ribuan orang Islam telah dimurtadkan oleh gereja Kristian dan untuk menjalankan kegiatan itu, mereka menggunakan alatan canggih seperti kitab injil yang dibekalkan tenaga solar.

Kenapa ambil masa yang lama?

Sekarang, dia hanya ada video yang menunjukkan sepasang suami isteri sahaja dan kenapa terlalu lama untuk dia menunjukkan bukti itu? Adakah dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memaksa mereka mengaku dosa itu dalam kes memalsukan bukti ala Umno? Jika terlalu lama masa diambil untuk membongkar cerita tentang sepasang suami isteri, bayangkan masa yang perlu diambil untuk membongkar kegiatan seribu orang Islam. Ia akan mengambil masa hamper 10 jangka hayat.

Ini sahaja telah membuktikan masalah menyesatkan orang Islam tidak berlaku sebenarnya, tidak sepertimana yang mahu dibuktikan oleh Hasan Ali. Kenapa orang Kristian begitu galak hendak menyesatkan orang Islam? Untuk kekal dalam politik, perlu ada agenda. Ibrahim Ali dan Perkasa sudah mengambil tanggungjawab mempertahankan ketuanan Melayu. Semua agenda Melayu yang lain sudah dijaga oleh Umno dan PM. Jadi, yang tinggal hanyalah mempertahankan orang Islam daripada orang Kristian. Tiada cara yang lebih baik daripada menakut-nakutkan orang Islam terhadap gerakan memurtadkan mereka oleh orang Kristian.

Menjadi begitu hina

Sudah tertipukah kita? Kekecohan 7 bulan yang lalu apabila JAIS menyerbu DUMC dimana kita sudah tahu didalanginya, ramai yang mula tahu apa yang boleh dilakukan oleh Hasan Ali. Sungguh menyedihkan bahawa Hasan Ali sanggup menjadi begitu keji dalam menjalankan agendanya untuk melindungi orang Islam dari Kristian.

Orang Islam yang takutkan Tuhan tahu ianya tidak mudah untuk mereka meninggalakan agama mereka dan memeluk Kristian dalam sekelip mata. Akan ada kes murtad dimana-mana dan bukan hanya orang Kristian yang memurtadkan orang Islam. Orang Islam juga menyebarkan dakwah untuk mengislamkan orang Kristian. Taksub adalah satu daripada sebabnya. Cintakan agama adalah satu lagi sebab. Di Malaysia, ada undang-undang yang menghalang agama lain dari berdakwah kepada umat Islam, jadi kemungkinan berlaku murtad adalah amat sedikit.

Lagipun, sungguh besar perbezaan antara sepasang suami isteri dengan 18 juta orang Islam di Malaysia. Adakah ini relevan? Adakah ini membuktikan kenyataan Hasan Ali tentang geraka anti Kristian yang berjumlah jutaan ringgit yang akhirnya akan memalukan orang Kristian yang terdiri daripada 10% dari 28 juta rakyat Malaysia yang juga haknya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tiada kerja dan mencari agenda untuk memenangi kerusi

Sekarang, Hasan Ali yang tiada kerja setelah dilucutkan jawatan dari PAS dan majlis eksekutif Selangor sekarang sudah menjadi penyelamat orang Melayu dengan NGO yang baru ditubuhkannya, JATI, yang akan dibiayai oleh tahu-tahu sajalah! Hasan mengharapkan JATI untuk menjadi penyambung karier politiknya.

Melalui NGO ini, dia berharap agar Umno akan memberinya kerusi untuk dipertandingi pada PRU ke -13 nanti. Tapi, dengan Najib sebagai PM, presiden Umno, sudah kedengaran permintaan untuk member kerusi pada ahli yang senior, jadi ada harapankah Hasan Ali?

Untuk Najib dan Umno, mereka tidak kisah untuk memberinya dana untuk mengacau pembangkang kerana ini membantu Melayu untuk menyokong mereka. Tapi amat sukar untuk mempercayainya kerana dia merupakan ahli PAS yang telah dipecat yang ingin menjadi MB yang tidak mendapat sokongan akar umbi, dan salah satu kerusi Umno yang amat berharga.

Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa JATI relevan pada Najib dan Umno. Dia mungkin boleh menipu mereka namun bukan rakyat yang mengundi nanti. Rakyat Malaysia sudah jemu pada katak yang tidak menghormati pengundi PRU ke 12 yang suka melompat parti. TIADA KATAK YANG AKAN MENANG PADA PRU KE-13!

Jadi, Hasan Ali, adakah anda telah membelanjakan RM 300,000 untuk mengubahsuai pejabat anda? Adakah ini cirri-ciri Islam? Apa sudah jadi pada semua ceramah motivasi dan moral anda tentang hidup berprinsip, adakah semua itu tipu belaka? Memang jenis pakar motivasi yang tidak tahu bagaimana untuk mengimbang keperluan sendiri!
-Malaysia Chronicle


Rakyat Malaysia Kandas Di Hatyai, Ada Yang Kantoi Rahsia Terbongkar

100 rakyat kita terkandas di Hatyai

HATYAI (Thailand): Lebih 100 rakyat Malaysia terkandas di pekan pelancongan ini berikutan barangan peribadi yang masih berada di Hotel Plaza Lee Garden, yang menjadi sasaran bom kelmarin, selain kenderaan mereka ‘ditahan’ pihak berkuasa Thailand.

Difahamkan selain barangan berharga termasuk dokumen ditinggalkan di bilik hotel, ratusan kenderaan di tempat letak kereta aras bawah premis 33 tingkat itu turut ditahan pihak berkuasa atas alasan keselamatan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pelanggan termasuk rakyat Malaysia terpaksa terus berada di negara ini, yang dianggap menyukarkan terutama apabila kebanyakan mereka terpaksa kembali bekerja hari ini.

Pihak berkuasa Thai ketika ditemui berkata selain khuatir dengan struktur bangunan yang mungkin sudah terjejas akibat letupan, tindakan tidak membenarkan orang awam memasuki bangunan turut dibuat atas faktor keselamatan terutama bimbang berlaku letupan kali kedua.

“Kalau boleh kita mahu benarkan semua orang masuk ke hotel dan ambil barang masing-masing yang ditinggalkan ketika letupan.

“Kita sedar ratusan kenderaan ditinggalkan di ruang letak kereta bawah hotel, namun kita tidak dapat benarkan mereka masuk atas alasan keselamatan,” katanya.

Seorang usahawan dari Shah Alam, Mustakim Omar, 55, ketika ditemui berkata pelbagai barangan peribadi miliknya dan keluarga gagal dituntut, walaupun selepas lebih 24 jam letupan berlaku.

“Saya menginap di tingkat 27 hotel terbabit dan ketika letupan, kami sekeluarga tiada di hotel kerana keluar atas urusan kerja.

“Sebaik pulang pada sebelah petang, kami dihalang daripada memasuki kawasan terbabit sehingga terpaksa berpindah ke hotel lain. Namun, barangan kami masih di sana.

“Justeru, saya harap pihak berkuasa Thailand dapat berbuat sesuatu untuk mengelak kami terutama rakyat Malaysia daripada terus menunggu.

“Saya adalah antara lebih 100 rakyat Malaysia yang menunggu di hadapan hotel bermula jam 8 pagi untuk menuntut barangan peribadi yang ditinggalkan,” katanya.

Namun, sehingga jam 3 petang semalam, majoriti mereka masih hampa menyebabkan ramai terpaksa terus bermalam di pekan ini kerana bukan saja dokumen peribadi seperti pasport yang ditinggalkan di hotel, malah kenderaan milik mereka juga turut terkandas.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Songkhla ketika dihubungi, berkata pihaknya akan berusaha mempermudahkan urusan terbabit. -BH

Rahsia pergi negara jiran terbongkar

HATYAI, SONGKHLA: Niat empat kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis cuba merahsiakan pemergian mereka ke negara jiran, terbongkar apabila seorang daripada mereka gagal pulang kerana kereta dinaiki terperangkap di kawasan letupan bom.

Lebih malang, pasport milik pemilik kenderaan itu tertinggal dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza, di sini. Difahamkan, mereka termasuk seorang wanita berada di Hatyai sejak awal pagi kelmarin, tinggal di hotel berasingan, dihalang mengambil kereta yang diletak di kawasan Hotel Lee Garden Plaza selepas letupan bom itu.

Empat kakitangan itu terpaksa hadir ke kaunter perkhidmatan sementara Konsulat Besar Malaysia di Songhkla yang dibuka di lobi Hotel Grand Plaza, bersebelahan lokasi kejadian di sini, semalam.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, pihaknya mewujudkan Pusat Operasi Sementara yang dibuka 24 jam bagi membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah.

“Keluarga atau waris yang mahu mendapatkan maklumat situasi terkini boleh menghubungi talian +6674311062 dan +6674316274 atau faksimilie +6674324004,” katanya. -hm




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Dari Seorang 'Anak Pondok' Jadi MB & Pemimpin ke 42 Berpengaruh Di Dunia

Kota Bharu: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan ‘menggunakan fikiran’ ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.

“Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan ‘fikiran’. Haatuu…. burhaanakum, bukannya ‘haatuu….ISA’. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.

“Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.

“Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.

(Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.)

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.

Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.

Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.

“Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.

“Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.

“Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.

Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang ‘anak pondok’ kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.

Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.

Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi. -HD

‘Menteri Besar budak pondok’

KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa bangga kerana pendidikan beliau berasal dari sekolah pondok, sekali gus membuktikan sekolah pondok mampu melahirkan pemimpin.

Beliau turut mengimbas semula pendidikan awalnya di beberapa pondok di Kelantan dan Jetih, Terengganu, termasuk di Jamek Merbau (kini Maahad Muhammadi), seterusnya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Deoband Darul Ulum, India.

“Saya bangga jadi Menteri Besar, budak pondok yang pernah dihina ‘budak pondok, budak agama, pandai buat gapo (apa).

“Saya hanya pandai baca talkin, solat hajat dan baca doa, tetapi dilantik jadi Menteri Besar,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Maahad Muhammadi di Jalan Merbau, di sini.

Nik Abdul Aziz berkata, selain menjadi pemimpin dari sekolah pondok, beliau juga gemar menggunakan bahasa ‘balaghah’ (iaitu bukan bahasa persuratan).

“Bahasa ini digunakan sebab terikut-ikut dengan ajaran tok guru dan ketika belajar pondok di Jetih, saya turut belajar asas bahasa Inggeris,” katanya.

Dari segi pengalaman dan penglibatan politik (menjadi wakil rakyat), beliau mahu menjalankan hukuman hudud dikenakan kepada pesalah semasa timbul isu pada pilihan raya kecil di Terengganu.

Selain itu, beliau mampu menangani masalah riba di Kelantan, misalnya pajak gadai ditukar kepada ar-Rahnu.

“Sejak jadi Menteri Besar, saya turut menukar beberapa nama tempat dan lokasi termasuk PCB, dahulu Pantai Cinta Berahi, sekarang jadi Pantai Cahaya Bulan, Bazar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khadijah (nama isteri Nabi).

“Saya juga minta Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) letak nama jalan di Pengkalan Chepa tukar kepada nama ‘jalan Tok Guru’, tetapi dipertikaikan,” katanya.

Katanya, tok guru itu bukan bermaksud Tok Guru Nik Aziz, tok guru boleh membawa maksud ‘Tok Selehong’, Tok Kenali atau tok guru pondok.

Pada majlis berkenaan, beliau turut dilantik sebagai Tokoh Jubli Intan Maahad Muhammadi Kota Bharu.
-SH




Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia petikan dari buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center :

The top 50

1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi
Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei,
Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the
Hashemite Kingdom of Jordan
5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the
Republic of Turkey
6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja
of the Hawza, Najaf
8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi,
Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al
Azhar Mosque
9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of
Muslim Scholars
10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab
Republic of Egypt
11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh,
Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim
Brotherhood
13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat,
Pakistan
16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan
Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama,
Indonesia
19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th
Imam of the Ismaili Muslims
21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum,
Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan,
Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander
of the UAE Armed Forces
23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in
Syria
24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb,
President of Al Azhar University
26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of
the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading
Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic
of Turkey
29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the
International Union of Muslim Scholars
31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi
Movement
32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya
Sufi Order
33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa,
Tarim, Yemen
34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya,
Indonesia
36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-
Hind, India
37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the
Tabah Foundation, UAE
38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti
of Bosnia and Herzegovina
40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary
General of the Organization of the Islamic Conference
41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary
Guard, Iran
42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami,
Bangladesh
44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and
Spiritual Guide
45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd
Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary
General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural
Organization