14 Jan 2011

Rahsia Bocor: Polis Bertindak Ikut Arahan Peguam Negara

Polis perlu masa lengkapkan siasatan kes hina Sultan Selangor: Bakri

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di dalam blognya sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata kes itu masih dalam siasatan.

"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor "beraja di mata, bersultan di hati" dalam blognya pada 30 Disember lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan pada 4 Januari lalu berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Sementara itu, ketika mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kes anggota polis cedera di kepala akibat terkena tembakan rakannya yang juga anggota polis di Kuala Terengganu, Bakri berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang dilakukan.

"Ini termasuk prosedur yang dibenarkan untuk melepaskan tembakan... Kita mempunyai latihan tertentu untuk menggunakan senjata api. Sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak, itu sedang kita lihat sekarang ini. Sekiranya ada unsur kecuaian dalam kes ini, tindakan seterusnya akan diambil," katanya.

Menurut laporan akhbar itu, mangsa, Konstabel Md Rudzki Mohd Rozlan, 20-an, terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka bersembang di rumah bujang kuarters Balai Polis Batu Rakit, Terengganu semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, rakan mangsa dikatakan sedang menutup semula tempat mengisi peluru pistol Smith & Wesson .38 yang dibawanya sebelum ia tiba-tiba meletup.

Peluru berkenaan menembusi kepala Md Rudzki melalui kening kiri sebelum serpihannya keluar melalui sisi kepala mangsa dan terlekat pada dinding rumah berkenaan.

Mangsa yang telah pun dibedah untuk mengeluarkan darah beku berhampiran otaknya, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. - BERNAMA

Ulasan GB

Keratan ini amat penting dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin boleh dikenakan tindakan. Ini menunjukkan pihak polis tidak bebas dan tidak berkecuali. Ia mengikut telunjuk Peguam Negara. Beliau sewajarnya dipecat dari jawatannya.

Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua, polis tak perlu buang masa siapkan hasil siasatan kerana TIDAK ADA APA-APA YANG DIKATAKAN "MENGHASUT" di dalam tulisan ADUN Sri Muda itu. Ia hanya digembar-gemburkan melalui laporan polis oleh pihak-pihak yang sengaja mencipta isu seperti isu kononnya Karpal Singh menghina Raja dahulu.

Itu, laporan polis mengenai isu menteri perogol, mengapa tiada siasatan?


Di Perak, Ada Gajah Mati Dirempuh Lori

Pantau gajah liar: Perhilitan

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melakukan pengawalan dan pemantauan secara berkala ke atas gajah liar yang berkeliaran berhampiran Jalan Raya Timur-Barat di Gerik di sini.

Pengarahnya, Sabrina Sharif berkata terdapat antara 20 hingga 30 gajah liar di Hutan Simpan Temenggor dan ia perlu dilindungi bagi mengelakkan ancaman seperti kemalangan.

Katanya, mengikut rekod Jabatan Perhilitan, kawasan itu merupakan lokasi gajah berkeliaran dan papan tanda amaran iaitu gajah melintas, juga diletakkan di situ.

Beliau mengulas kematian seekor gajah liar betina yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 32, Jalan Raya Timur-Barat pada 10.45 malam, Rabu lalu.

Bagaimanapun, dalam insiden itu, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Semasa kejadian, sekumpulan lima ekor gajah liar dari hutan simpan itu dipercayai tersesat dan memasuki laluan jalan raya dan dirempuh lori yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli," katanya.

Bangkai gajah itu kemudian ditanam kira-kira 50 meter dari tempat kejadian menggunakan jentolak. - BERNAMA.

Ulasan GB

Kita tunggu apa berita nanti dari Perak!

[Bergambar] Jumlah Mangsa Banjir Sri Lanka Meningkat

Jumlah kematian banjir Sri Lanka meningkat

COLOMBO: Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sri Lanka kini meningkat kepada 13 orang termasuk empat mangsa terbaru dilaporkan sejak hujung minggu lalu.

Jabatan Pengurusan Bencana Alam berkata, kira-kira 120,000 orang pula terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di kawasan berkhemah.

Kerajaan negara itu sudah mengarahkan tentera udara dan tentera laut untuk menghantar makanan serta menyelamatkan penduduk terutama di daerah yang paling terjejas iaitu Batticaloa. - AP
















MB Kedah Bersikap Terbuka, Tak Marah Pelajar KUIN Demo

Tindakan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan perhimpunan aman kelmarin tidak salah kerana mereka berhak menyuarakan pandangan sebagai penuntut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah berkata, tindakan itu juga boleh memberi penuntut pengalaman baru supaya berani berdepan masalah dan menyuarakan pandangan, selagi tidak menyalahi peraturan kolej.

“Saya tak marah dengan insiden itu, malah gembira kerana ini menunjukkan penuntut Kuin pro-aktif. Saya tidak akan menyekat kebebasan bersuara jika disalur dengan baik.

“Mana ada negeri lain yang bagi penuntut buat tunjuk perasaan dalam kampus macam itu, kita sahaja benarkan. Ini adalah sikap terbuka kita terhadap penuntut,” katanya kepada media semalam.

Beliau diminta mengulas perhimpunan aman oleh hampir 3,000 penuntut Kuin kelmarin, menuntut kolej berkenaan memperjelas isu-isu berbangkit selain mahu penambahbaikan dibuat terhadap pengurusan Kuin.

Menurutnya, jika penuntut terbabit tidak mengadakan perhimpunan seperti itu, semua pihak tidak tahu apa masalah yang membelenggu mereka selama ini.

“Sekarang kita sudah tahu dan ambil tindakan selesaikannya. Cuma ada beberapa perkara tidak dapat diatasi segera, antaranya kemudahan asrama kerana masih di peringkat pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil yang dijangka siap 2012,” katanya.

Azizan turut meminta Kuin membuat semakan semula terhadap yuran pengajian agar tidak membebankan penuntut selain bertindak wajar menyelesaikan masalah yang dibangkitkan pada Perhimpunan Mega Mahasiswa itu.

Beliau berkata walaupun yuran pengajian di Kuin antara yang terendah di negara ini namun mahu semakan dibuat semula untuk manfaat kedua-dua pihak.

“Saya cadangkan semak semula yuran pengajian supaya masalah penuntut dapat diatasi. Yuran itu juga adalah untuk kegunaan pengurusan namun difahamkan wang penyelenggaraan tidak mencukupi untuk mengatasi masalah berbangkit,” katanya.

Menurutnya, semakan juga harus mengambil kira kemampuan penuntut sekiranya yuran terpaksa dinaikkan bagi mendapatkan kemudahan asas yang lebih baik untuk menampung kos penyelenggaraan.

“Mana pilihan mereka, mahu kemudahan asas sempurna tapi kenalah bayar sedikit atau tidak perlu bayar apa-apa dan terima kemudahan sedia ada. Yuran pengajian hanya sekitar RM1,000 semester manakala pinjaman PTPTN RM8,000.

“Elaun pelajar dapat RM7,000, apa salahnya salur pada penyelenggaraan untuk kebaikan Kuin,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya bukan bercadang untuk menaikkan yuran pengajian, tetapi sekadar dibuat semakan sahaja. -SH

Apakah Ini Bererti Anwar Semakin Dekat Ke Pintu Penjara?

Rayuan Anwar Minta Hakim Tarik Diri Ditolak

PUTRAJAYA: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengenepikan keputusan hakim itu enggan menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

Panel tiga hakim terdiri Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sebulat suara memutuskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi (menolak permohonan Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri), tidak boleh dirayu.

Panel itu menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Hanafiah Zakaria bahawa keputusan itu tidak boleh dirayu sepertimana ketetapan Seksyen 50 (1) (a) dan Seksyen 3, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Mohamad Hanafiah dalam hujahnya berkata Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana keputusan itu dibuat semasa perbicaraan sedang berjalan yang tidak melupuskan sepenuhnya hak pihak berkenaan.

Hakim Low hari ini berkata mahkamah berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika perbicaraan sedang berlangsung.

"Oleh yang demikian kami memutuskan bahawa mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan itu, begitu juga Anwar tidak mempunyai hak untuk merayu di peringkat interlokutori di Mahkamah Tinggi.

Kami menerima bantahan awal pihak pendakwa dan menolak rayuan ini," katanya.

Hakim Mohamad Zabidin pada 6 Dis tahun lepas menolak permohonan kedua Anwar supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Anwar, 63, membuat permohonan itu atas alasan hakim telah mengugut peguam belanya semasa prosiding lepas dan walaupun hakim telah menarik balik ugutan seperti didakwa itu, wujud bahaya akan berlaku berat sebelah sekiranya hakim terus mendengar kes itu.

Mohamad Zabidin turut menolak permohonan pertama Anwar supaya beliau menarik diri, yang difailkan atas alasan mungkin berlaku berat sebelah sekiranya Mohamad Zabidin enggan melayani permohonan peguam belanya untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Anwar memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi tetapi kemudian menariknya balik.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Kes itu dijadualkan untuk pengurusan kes pada Isnin.

Terdahulu, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh menggesa mahkamah menolak bantahan awal pihak pendakwa kerana menurutnya keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu kerana ia merupakan perintah muktamad.

Katanya jika Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu, masalah berhubung perkara itu akan berakhir. - BERNAMA

Waspada: Mesin ATM Juga Penyebar Bakteria Serupa Mangkuk Tandas

Mungkin tak pernah terbayangkan dalam benak apabila ruang mesin pengeluaran tunai atau automatic teller machine merupakan tempat yang sangat ideal bagi penularan penyakit. Padahal, kenyataan membuktikan sedemikian.

Bahkan, hasil sebuah pengujian menunjukkan, mesin automatis transaksi perbankan itu juga ternyata sama kotornya dengan toilet umum karena merupakan tempat yang sangat ideal bagi berkembangbiaknya bakteria dan kuman penyebab penyakit.

Para ilmuwan di England sebelum ini telah melakukan penelitian dengan cara membandingkan keypad atau papan tombol input beberapa ATM dengan tempat dudukan toilet umum. Hasilnya menunjukkan, keduanya ternyata memiliki tingkat pencemaran bakteria yang sama.

Sampel dari kedua tempat itu sama-sama merupakan tempat ideal bagi bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit infeksi dan disebarkan.

"Kami terkejut dengan hasil penemuan ini sebab mesin ATM terkontaminasi bakteria dengan tahap yang sama dengan toilet umum. Selain itu, bakteria yang dkesani di ATM juga sama jenisnya dengan toilet, yang mana menjadi penyebab penyakit paling umum di masyarakat," kata Dr Richard Hastings dari BioCote Ltd, perusahaan di bidang antibakteria yang menggagas kajian ini.

Sebelumnya, dalam sebuah kutipan pendapat terhadap pada pengguna menyatakan, toilet menempati peringkat pertama sebagai tempat paling kotor, sedangkan ATM menempati peringkat ke-10. Tempat lainnya yang dinilai sebagai sarang berkembangnya bakteria adalah pondok telefon umum serta tempat duduk bas dan kereta.


ATM machines 'as dirty as toilets' - says UK study

Experts took swabs from the numeric key pads on a string of city centre ATMs around England which are used by thousands of shoppers every day.

They then took similar swabs from the seats of nearby public lavatories and compared the bacteria under microscopes in a lab.

The swab were left to grow overnight and samples from both locations were found to contain pseudomonads and bacillus, bacterias which are known to cause sickness and diarrhoea.

Yesterday (Mon) Dr Richard Hastings, microbiologist for BioCote, a built-in, antibacterial product coating, said: "We were interested in comparing the levels of bacterial contamination between heavily-used ATM machines and public lavatories.
We were surprised by our results because the ATM machines were shown to be heavily contaminated with bacteria; to the same level as nearby public lavatories."

"In addition the bacteria we detected on ATMs were similar to those from the toilet, which are well known as causes of common human illnesses."

BioCote carried out the swab tests after they carried out a survey which revealed Brits consider public lavatories to be the biggest health risk.

The study of 3,000 adults also revealed public telephones are considered the biggest health risk.

While public lavatories were thought of as the dirtiest places in the country, chip and pin pads and cash machines only ranked tenth.

Fears over germs spreading saw almost a quarter of people labelling public telephones as 'very dirty' with more than one in ten wiping the handset and buttons down before using one.

And 48 per cent of people – 23 millions adults – even avoid using them altogether unless they have to because they are concerned about the dirt or bugs they may pick up from it.

Only public lavatories were ranked higher than phone boxes in the grime league, with almost two thirds calling them either 'very dirty' or 'fairly dirty'.

Third place in the study went to bus stops, while the dusty and grimy atmosphere in London Underground and metro stations saw them ranked fourth.

Seats on a bus completed the top five, with one in ten people admitting they regularly try to clean or cover them before sitting down.

Tube and tram seats followed close behind in sixth place while cash machines were at number seven.

More than forty-two per cent of Brits – 20 million – reckon the ATMs are dirty, with a quarter admitting they try not to use them to avoid having to touch the buttons, getting cashback from shops instead.

Eighth place went to train stations, followed by the grimy seats on the trains.

Thirty five per cent of Brits are so concerned about using public transport and picking up the dirt and germs that they try not to use a bus, train or tube.

Chip and Pin machines completed the top ten thanks to worries about the germs from the thousands of people who touch the buttons every day.

Dr Richard Hastings added: ''Public telephones can be a real hot spot for germs and grime.

"Not only are they handled by different people each day, but the handsets are then held close to people's nose and mouth."

"All it takes is for one person to have a cold or bug and this would get passed on to everyone else who uses the phone."

"But it's ironic that while people perceive chip and pin pads to be the least dirtiest, our swabbing experiments have actually shown them to be dirtier than public lavatories."


Source: telegraph.co.uk


Penerbangan Mandala Indon Hentikan Operasi Kerana Kerugian

Jakarta, 14 Jan — Syarikat penerbangan Mandala menghentikan operasi secara tiba-tiba semalam untuk satu tempoh yang belum ditentukan berikutan masalah kewangan dan langkah itu sekaligus mengundang kemarahan para penumpang yang terkandas di lapangan terbang beberapa bandar utama di republik ini.

Sebahagian daripada penumpangnya yang tiba di lapangan terbang terbabit pagi semalam diusahakan untuk menaiki pesawat syarikat penerbangan lain, namun ada juga yang dijanjikan wang tambang dikembalikan pada suatu tarikh lain.

Stesen televisyen menyiarkan keluhan para penumpang yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah akibat pemberhentian operasi syarikat itu.

Sejak pagi lagi mereka telah berada di beberapa pejabat Mandala di Jakarta untuk menuntut penggantian tiket dengan wang tunai, namun syarikat itu belum dapat memenuhi tuntutan mereka.

Media tempatan melaporkan pemberhentian operasi Mandala yang mengejutkan banyak pihak kerana ia merupakan syarikat penerbangan yang dianggap sangat baik layanannya dan menjadi salah satu daripada dua syarikat yang mempunyai sijil keselamatan IATA atau IATA Operating Safety Audit (IOSA) selain Garuda Indonesia.

Mandala, yang ditubuhkan pada 1969 sebagai syarikat penerbangan milik tentera Indonesia, kini dimiliki Cardig International (Indonesia) dan Indigo Partner (Eropah).

Ia dikenali sebagai syarikat penerbangan yang cukup baik dengan pesawat Airbus A319 dan A320 dan melayani 25 laluan penerbangan domestik, manakala perkhidmatan penerbangan antarabangsanya telah dihentikan terlebih dahulu.

Pada awal 2010, ia beroperasi dengan 11 pesawat Airbus, namun, pada pertengahan tahun lalu empat buah ditarik balik oleh syarikat yang menyewakannya (lessor) di Eropah dan pada suku ketiga tahun sama dua lagi pesawatnya ditarik.

Pada awal 2011 Mandala hanya beroperasi dengan lima pesawat.

“Syarikat penerbangan Mandala akan menghentikan layanan sementara sejak Khamis, 13 Januari 2011. Langkah ini diambil agar kami dapat memberi tumpuan kepada upaya pengstrukturan semula bagi menyelamatkan syarikat ini,” kata Direktur Utama Mandala Diono Nurjadin di pejabat syarikat itu malam tadi.

Diono berkata masalah utama Mandala adalah ketiadaan pesawat.

“Sebelumnya Mandala memiliki 11 pesawat, kemudian enam pesawat ditarik lessor. Mulai hari ini yang lima (pesawat) dikembalikan ke lessor,” katanya.

Soal pengembalian biaya tiket yang sudah dibeli penumpang, Diono mengatakan, pihak Mandala akan melaksanakannya sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya petugas syarikat itu tidak akan diberhentikan dan buat sementara waktu Mandala akan bekerjasama meminjamkan juruterbang mereka kepada syarikat penerbangan lain.

Menteri Perhubungan Freddy Numberi berkata kerajaan masih meneliti masalah yang dihadapi Mandala selain memastikan laluan untuk destinasi tertentu diisi oleh syarikat penerbangan lain. — Bernama

Makkah Sudah Jadi Seperti Las Vegas?

Pembinaan bangunan-bangunan komersial menimbulkan rasa kurang senang


Ketika jutaan bakal jemaah di seluruh dunia sedang dalam perjalanan menuju ke tanah suci kota Makkah, 820 bakal jemaah haji Singapura yang sudah hampir setahun membuat persiapan untuk ke sana, terpaksa memendamkan dulu niat mereka untuk sama-sama menunaikan ibadah haji tahun ini.

September lalu, apabila tersiar laporan berita kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota bagi jemaah haji Singapura kepada 2,180 jemaah sahaja, mereka yang terjejas begitu terkejut, sedih dan hampa.

Namun, berita sedih ini bukan melibatkan jemaah Singapura saja, malah menurut laporan akhbar Berita Harian, ia juga menjejas bakal jemaah dari seluruh dunia. Ini disebabkan kerja-kerja pembangunan prasarana yang rancak dijalankan di Makkah ketika ini. Berita terkini ialah fasa pertama pembinaan landasan monorel yang menghubungkan Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi melancarkan pergerakan jemaah haji akan dimulakan Disember ini sebaik musim haji berakhir.

Setiap tahun dianggarkan lebih empat juta umat Islam sedunia berkumpul di Makkah. Suasana penuh sesak dengan manusia berhimpit-himpit, bak sardin disumbat dalam tin, ketika melakukan tawaf di keliling Kaabah, sai dan melontar jamrah. Setiap tahun umat Islam berdoa agar tidak akan berulang insiden yang meragut nyawa ratusan jemaah.

Memang satu tugas yang sukar untuk menguruskan jutaan jemaah yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Justeru, segala usaha untuk memperbaiki prasarana di sana untuk kemudahan jemaah amat dialu-alukan. Usaha renovasi dan perluasan besar-besaran memang giat dijalankan di kawasan sekitar Masjidil Haram dan seluruh lokasi ibadah haji lainnya sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, pada masa yang sama terdapat juga suara-suara yang meluahkan rasa tidak senang apabila pembangunan mengubah profil kota suci itu sehingga mereka turut melihat Starbucks, Cartier dan Tiff any, H&M dan Topshop.

Pusat membeli-belah Abraj Al-Bait, salah satu pusat membeli-belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang besar, lampu-lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam.

Pusat membeli-belah ini, yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini, adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja AS$13 bilion ($20 bilion). Ia terletak di Menara Abraj Al Bait, menara yang dijangka diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ia bakal mempunyai 76 tingkat merangkumi keluasan 1,455,000 meter persegi. Menara itu akan mempunyai enam bangunan untuk perumahan, dewan solat yang boleh memuatkan 3,800 orang, pusat konvensyen untuk 1,500 orang, dua pangkalan helikopter dan bangunan empat tingkat tempat meletak kereta untuk 780 kereta dan 10 bas serta keluasan untuk banyak lagi hotel-hotel lima bintang.

Ia merupakan bangunan pencakar langit yang bakal merubah wajah kota Makkah.

HARGA PEMBANGUNAN

Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang menganggap ia satu kemajuan.

Dalam satu laporan, Ali al-Ahmed, pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi, ditukil sebagai berkata: "Makkah sedang menjadi seperti Las Vegas dan ini satu bencana. Ia akan menjadi bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Makkah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen."

Ada juga jemaah yang sekembali daripada menunaikan ibadah haji tahun lalu menyoal kenapa Hotel Hilton dibina begitu dekat dengan Masjidil Haram?



Menurutnya, jemaah yang berada di hotel itu boleh membuka saluran TV, yang menyiarkan waktu solat secara langsung, untuk sama-sama berjemaah di Masjidil Haram walau masih dalam Hotel Hilton.

Ia satu perkara yang aneh, katanya.

Adakah Hilton sudah menjadi sebahagian kawasan Masjidil Haram atau kawasan masjid itu kini menjadi sebahagian Hilton? Ia menimbulkan satu perasaan yang kurang enak, katanya.

PERUBAHAN DRAMATIK

Berdekatan Jabal Omar, seluruh bukit itu diratakan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks dan hotel pencakar langit. Di mana-mana tedapat kren pembinaan dengan 130 menara baru yang dirancang di kawasan itu.

"Ini merupakan tanda berakhirnya kegemilangan Makkah," kata Irfan Ahmed yang membentuk Yayasan Warisan Islam (IHF) khusus untuk mencuba memelihara sejarah Islam Makkah, Madinah dan tapak agama penting yang lain di Arab Saudi.

"Sebelum ini, malah di zaman Uthamaniyah, tidak ada bangunan di Makkah yang menaranya lebih tinggi daripada Masjidil Haram. Kini semakin tinggi dan lebih tidak dihormati," ujarnya dalam satu laporan.

Meskipun rombakan besar-besaran ini diiringi dengan pembangunan infrastruktur, bagi sebahagian ahli sejarah, perubahannya terlalu besar. Salah seorang daripada mereka ialah Encik Sami Angawi, arkitek Saudi. "Seharusnya landskap tradisional kota Makkah ini tetap dipertahankan. Jangan hanya memikirkan bagaimana menampung sebanyak mungkin orang dan seberapa banyak wang yang boleh diperolehi," katanya.

Pegawai kerajaan Saudi pula berkata lebih AS$19 bilion telah dibelanjakan untuk memulihara warisan Islam negara.

Mereka menolak kritikan-kritikan itu sebagai tidak mengikuti perkembangan.

Sementara itu, pemaju dan ejen hartanah berkata pembinaan itu memberi lebih banyak ruang bagi lebih ramai umat Islam mengambil bahagian mengerjakan haji dalam keadaan yang lebih baik.

Ia menunjukan perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. "Makkah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang, kata Encik Sami Angawi lagi. "Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi)." -bhs

Lagi Ular Sawa Ditemui

Ular sawa disangka pencuri

MERSING - Penduduk Kampung Sri Pantai di sini gempar apabila terjumpa ular sawa batik sepanjang kira-kira empat meter dan seberat 20 kilogram, semalam.

Haiwan tersebut dipercayai memakan haiwan ternakan penduduk kampung terbabit sejak beberapa hari lalu.

Salah seorang penduduk, Mohd Ramadhan Abdullah, 30, berkata, dia terkejut apabila mendengar jirannya menjerit meminta bantuan.

“Sebaik saja saya mendengar jiran menjerit meminta tolong, saya terus keluar dari rumah sambil memanggil beberapa rakan lain. Alangkah terkejutnya kami melihat ular sawa batik menjalar daripada reban ayam,” katanya.

Menurutnya, ular berkenaan dipercayai baru saja hendak memakan ayam di dalam reban jiran berkenaan.

“Ular berbisa ini sedang mencari makanan di reban ayam, namun tidak sempat kerana jiran saya ternampak terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Ramadhan berkata, pada mulanya dia menyangka ada pencuri sebaik mendengar jeritan jiran, tetapi sangkaannya itu meleset.

“Sebaik saja ternampak kelibat ular berkenaan, saya bersama beberapa rakan menangkapnya bagi mengelakkan ia memakan ternakan penduduk kampung ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ular sawa terbabit berjaya ditangkap dengan bantuan beberapa penduduk kampung terbabit dan dimasukkan ke dalam karung gula.

Katanya, ular itu mungkin akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah untuk tindakan seterusnya.

“Ular ini akan dilepaskan di hutan yang jauh dari perkampungan berkenaan bagi mengelak ia datang kembali mencari mangsa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Perhilitan Daerah ketika dihubungi berkata, spesis ular sawa batik berkenaan adalah jenis binatang yang dilindungi .

Sehubungan itu, ular berkenaan tidak boleh dibunuh, sebaliknya dilepaskan di kawasan hutan berhampiran bagi mengelakkan ia pupus atau menghubungi tempat bersesuaian untuk dibela. -SH

Berita sebelum ini

Ular Sawa Ditangkap Di Dua Negeri

Insiden Kapal Kargo Karam, 10 Selamat 8 Masih Hilang

Kuching: Sepuluh daripada 18 anak kapal kargo MV Soon Bee II yang karam di perairan Kuala Rajang Selasa lepas, dijumpai dalam keadaan selamat di Kampung Kabong Sarikei pagi Khamis.

Gambar: Inilah kapal kargo yang membawa 18 anak kapal kargo M.V, Soon Bee II yang membawa muatan kontena dari Kuching ke Sibu karam di perairan kira-kira 10 batu nautika dari muara Sungai Rejang di sini, semalam. FotoBernama

Pengarah Operasi Maritim Wilayah Sarawak Kapten Maritim Abdul Razak Lebai Omar berkata lima daripadanya ialah rakyat Malaysia iaitu Iman Fahrudi (jurugan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kiniding dan Jong Poh Siong.

Lima lagi merupakan rakyat India iaitu Athoaba Baremron Kabul, Vivek Kumar Sharma, Narotam Banshiyar, Maniah Kumar Singh dan Ravinderdeep Singh.

Abdul Razak berkata mereka dijumpai terdampar di pantai Kampung Kabong olehpasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Kuching dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin dan Bomba dari Sarikei, unit udara Tentera Udara Diraja Malaysia Labuan serta polis Kuching.

"Tujuh anak kapal yang terselamat telah dihantar ke Hospital Saratok dan tiga ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa hanyut sejauh 21 batu nautika ke selatan selepas kapal kargo itu karam di kedudukan lapan nautika dari Boya No 1 Kuala Rajang, ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu Selasa lepas.

Lapan mangsa yang hilang ialah Bong Youn Choi, Jong Qing You, Bong Kui Son serta Paturaa anak Sipor dari Malaysia, manakala empat lagi rakyat India iaitu Tripati Yogesh Kumar, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika dan Akhand Pratap Singh.

Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit berkata operasi mencari dan menyelamat yang terpaksa dihentikan awal Khamis berikutan ombak besar, akan diteruskan di lokasi kapal kargo berkenaan tenggelam sebaik keadaan cuaca mengizinkan.

Beliau berkata kapal nelayan, terutama yang ke laut dalam di Tanjung Manis, telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan diminta membantu usaha mencari dan menyelamat anak kapal yang masih hilang.

Katanya, APPM menerima laporan kecemasan daripada kapal terbabit yang berdepan masalah kebocoran pada Selasa malam, namun cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar. - BERNAMA

Apakah Kes Rogol Menteri Dibakulsampahkan Sahaja?

Menteri, Bibik dan Moshe Katsav yang malang

Ia sangat sinonim malah dekat dengan hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dengan masyarakat Melayu. Samaada sedar atau tidak sedar; perkataan rogol (selain bunuh atau dibom- tetapi "dibom" sangat jarang berlaku di Malaysia) diulang hampir setiap hari oleh media arus perdana dan hari ini anda menemuinya di sini.

Isu ROGOL bukan sebagai strategi pemasaran murahan tetapi cuba untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh majikannya seorang menteri kira-kira empat tahun lalu. Menteri tersebut masih berkhidmat dalam Kabinet Najib sehingga detik ini.

Maklumat bocor anggota kabinet yang terlibat dalam jenayah rogol ini telah didedahkan kembali dalam WikiLeaks sebelum tersebar dengan meluas di kalangan blog-blog lokal dan laman sosial yang lain. Ia telah menjadi rahsia umum dan semakin rancak diperbualkan rakyat. Memang benar kata sesetangah dari kita; WikiLeaks menyusahkan orang!

Menurut pendedahan "Laporan Investigasi" yang dikeluarkan oleh Migrant Care Indonesia, Menteri yang tertuduh melakukan jenayah rogol ini adalah Rais Yatim yang memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kes ini dilihat sebagai "Pembuka 2011 yang panas".

Telah lama diketahui

Persoalan demi persoalan timbul. Anehnya, Menteri tersebut masih "selamat" walaupun laporan mengenainya telah lama sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Subjek (mangsa) dalam kes Menteri rogol ini adalah Robengah yang berasal dari Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah. Seperti yang umum ketahui, Ibu kepada Monica dan Tina ini telah berkhidmat dirumah Menteri tersebut selama lapan tahun. Laporan penyiasatan yang dibuat Migrant Care, Robengah mendakwa "pernah diperkosa" majikannya saat terakhir akan pulang ke kampung halamannya.

Menurut Pengarah Migrant Care Malaysia, Alex Ong, Robengah dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007.

Laporan polis dan penafian Menteri?

Saat artikel ini ditulis, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telahpun membuat laporan polis terhadap Menteri tersebut berhubung kes ini dan pada masa yang sama pula, Menteri tersebut mengeluarkan kenyataannya kepada media seperti berikut "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik."

Penulis ingin membawa anda semua lari sebentar untuk menghayati sebuah filem bertajuk Jamila dan Sang Presiden karya Ratna Sarumpaet yang meraih anugerah NETPAC di Festival Filem Mediale Rom. Jamila (lakonan Atiqah Hasiholan) telah membunuh seorang Menteri bernama Nurdin (lakonan Adjie Pangestu) atas kebenciannya terhadap ahli politik dan negara yang telah membiarkan kehidupannya sengsara sejak kecil. Atas desakan pelbagai "aktivis masyarakat" pro-Nurdin, Jamila dijatuhkan hukuman mati. Sehingga saat akhir beliau tidak mahu untuk membuat sebarang rayuan atas hukumannya. Jamila mati bermaruah mempertahankan tindakannya.

Sinonim dengan kes rogol yang hangat diperkatakan ini. Walaupun Bapak Sukirman (suami Robengah) tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana ia melibatkan "orang atasan", cerita ini telahpun "heboh" dan langkah seterusnya harus diambil. Siasatan terperinci dibuat dengan kadar segera demi keadilan dan menjamin keselamatan mangsa, keluarga serta menjaga kemaslahatan kedua negara.

Nasib Moshe Katsav yang malang

Di Israel, keadilan dua pekerja bawahan Katsav akhirnya terbela selepas bos mereka itu didapati bersalah dengan tuduhan merogol. Bekas Presiden Israel yang berumur 65 tahun itu didapati bersalah merogol pekerjanya dalam tempoh semasa berada dalam kabinet Israel. Pada tahun 1998, seorang pekerja wanitanya telah ditolak ke lantai sebelum dirogol manakala pada tahun 2005, seorang lagi pembantunya dipeluk dalam jangkamasa agak lama sambil lehernya dihidu. Walaupun Katsav mengatakan bahawa dia telah menjadi mangsa kepada politik, Mahkamah Israel menjatuhkan beliau hukuman minimum empat tahun sehingga enam belas tahun penjara.

Memetik kata-kata Shimon Peres yang menjadi pengganti Katsav sebagai Presiden, "Tidak ada dua negara Israel, cuma satu negara". Katanya lagi, "Di sini tidak ada dua jenis warganegara...semuanya sama di mata undang-undang."

Kita berada dalam dunia ketiga. Situasi di mana yang berkuasa adalah absolute dalam hampir semua keadaan! Walaupun kita lebih baik dan maju dalam beberapa bidang berbanding negara seangkatan, tetapi dalam soal keadilan, status selalunya menjadi kasta yang mungkin akan "mencipta keadilannya tersendiri secara magis" terutama apabila melibatkan kes yang berprofil tinggi.

Penulis samasekali bukan merendahkan atau mempersoal kreadibiliti sistem perundangan negara ini mahupun negara apapun. Cuma, persoalan akan terus timbul sekiranya perlaksanaan keadilan terus diganggu maupun terganggu oleh entiti-entiti asing seperti "politik".

"Tiba-tiba" Robengah nafi dirogol?

"Magik" sedang berlaku? Setelah laporan "diperkosa" dibuat beberapa tahun lalu, dengan tiba-tiba ada berita dikhabarkan dari Banjarnegara. Sepucuk surat yang ditandatangani Robengah pada 7 Januari 2011 menyatakan antaranya "...Mulai keberangkatan selama di Malaysia sampai pulang di Indonesia, tidak pernah terjadi masalah apapun pada diri saya..". Media arus perdana mengganggap surat ini sebagai "killer point" mereka dan seolah-olah Rais "manusia bersih dari tuduhan". Adakah ini bermaksud kes selesai?

Seolah-olah isu ini tidak perlu siasatan terperinci; penafian sudah cukup. Kerajaan harus ingat bahawa rakyat sekarang tidak terlalu bodoh untuk dibohongi. Penulis bertegas bahawa tulisan ini bukan beerti menuduh menteri terbabit bersalah tetapi mahukan siasatan terperinci dijalankan.

Perbicaraan Lim Guan Eng 1997 dan Menteri kanan dari Kedah

Anda tentu masih ingat perbicaraan Lim Guan Eng pada tahun 1997 (Ketua Menteri Pulau Pinang ketika ini). Kes ini adalah kes pembelaan beliau untuk mangsa rogol seorang gadis Melayu bawah umur berusia 15 tahun oleh tertuduh pada waktu itu bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.

Pada 28 Februari 1995, Lim Guan Eng telah didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Rentetan dari pendakwaan itu, pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana "mencetak dengan niat jahat" risalah yang mengandungi "maklumat palsu", khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan "mangsa terpenjara" untuk menggambarkan murid sekolah itu yang akhirnya menyebabkan beliau dipenjarakan tiga tahun.

Para pemerhati politik melihat beliau sebagai mangsa kepada campurtangan politik dalam perjuangannya membela mangsa yang rogol.

Kalau anda masih ingat lagi pada tahun 2005 seorang "Menteri kanan dari Kedah" yang dituduh terlibat dalam kes rogol dilupakan begitu sahaja. Malah pembelaan terhadap gadis-gadis Penan yang diperkosa sekitar 2008 juga tidak dapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan.

Berbalik kepada kes Menteri rogol amah ini. Persoalan pertama; adakah ini akan disiasat dengan telus dan terperinci? Persoalan kedua; adakah rakyat akan diperlihatkan lagi dengan keadaan di mana campurtangan politik mengganggu proses siasatan dan perundangan dijalankan? Persoalan ketiga; adakah kes ini akan "masuk bakul sampah" begitu sahaja?

Hubungan Malaysia-Indonesia

Rakyat negara ini, malah dunia sedang memerhati dan menuntut agar kes rogol yang melibatkan Menteri ini di tangani dan diadili sebaiknya. Rakyat di kedua-dua negara pasti ternanti-nanti di hadapan kaca televisyen masing-masing mengenai laporan berita "Menteri Malaysia rogol Amah Indonesia" bersama popcorn dan Coke mereka di sisi!

Sekiranya sistem perundangan negara kita gagal menangani "skandal" ini dengan baik dan adil. Ia akan membawa "kecelakaan lebih besar" dalam hubungan baik diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Jakarta manakala rakyat pula mampu untuk membuat pengadilan mereka dengan cara yang tersendiri.

Penulis suka menggungkap sebahagian kenyataan Marina Mahathir, merujuk kepada kes perbicaraan Lim Guan Eng pada tahun 1997 "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas... pilihlah perogol anda dengan teliti... Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"

Malah kita juga bersetuju; bukan sahaja gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan mudah; siapapun boleh menjadi korban mudah "politik", kerana kezaliman, penindasan dan salah guna kuasa takkan kenal apa itu "undang-undang". Rakyat sudah lama menanti sinar baharu dengan penuh harapan agar keadilan akan tertegak dengan gemilangnya di tanah air ini. -MR

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

[Bergambar & Video] Hillary Clinton Terjatuh Di Pintu Pesawat

Sanaa - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton terjatuh di pintu masuk sebuah pesawat di sini untuk ke Oman, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stesen televisyen Fox di AS menerusi siaran beritanya turut melaporkan insiden itu pada Selasa lalu.

Hillary tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, insiden Hillary Clinton itu disebarkan di Internet.

Beliau berada di Sanaa dalam lawatan yang tidak diumumkan itu dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan antara Yemen dan AS.

Semasa melawat Yemen, Hillary mendesak Yemen meningkatkan kerjasama keselamatan dengan AS.

Sebelum terjatuh, beliau memberitahu pemberita bahawa perkembangan ekonomi dan isu-isu keselamatan menjadi keutamaan dalam perbincangan.

Lawatan itu juga bertujuan untuk membantu Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menangani masalah berkaitan kumpulan Al-Qaeda yang mengancam kedua-dua buah negara.

Semasa lawatan itu, Hillary menyerahkan surat kepada Ali daripada Presiden AS, Barack Obama termasuk undangan untuk melawat Washington.

Di Oman, Hillary menemui pemerintah negara itu, Sultan Qaboos dalam lawatan selama lima hari di rantau Arab.

Dalam satu mesyuarat dengan beberapa pemimpin Oman, Hillary turut memuji perkembangan di Oman sejak Sultan Qaboos memerintah selepas baginda merampas kuasa daripada ayahandanya, Sultan Said bin Taymur pada 1970. - Agensi









Penyanyi Tuduh Ulama Perkosanya Dakwa 'Orang dalam' Sebar Video Adegan Mandinya

Penyanyi dangdut Indonesia, Aida Zaskia, hairan bagaimana adegan mandi yang dilakonkannya ketika sesi penggambaran sebuah filem kini tersebar luas di Internet.

Beliau mendakwa hal itu sengaja dilakukan untuk tujuan mempromosikan filem tersebut.

'Di sini saya ingin menjelaskan bahawa tersebarnya video itu hanya untuk mempromosi filem dan bukan daripada saya,' ujarnya ketika ditemui di Tebet, Jakarta Selatan, kelmarin.

'Dalam adegan itu, sepatutnya saya sedang mandi apabila tiba-tiba ada syaitan yang menyiram darah ke badan saya, tetapi adegan itu sudah dipotong,' katanya.

Aida menganggap penyebaran video adegan mandi itu sengaja dilakukan pihak penerbitan filem untuk tujuan promosi.

'Saya menduga mereka yang terbabit dengan penerbitan filem itu yang menyebarkan video adegan berkenaan kerana ketika penggambaran cuma ada jurukamera, pengarah dan kru pakaian,' jelasnya.

'Saya tidak mengesyaki sesiapa tetapi pasti memang 'orang dalam' yang bertanggungjawab menyebarkan video itu,' katanya lagi.

Aida sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ulama Zainuddin MZ merogolnya ketika beliau berusia 16 tahun. -- Agensi.

Polis Tertembak Rakannya

Kuala Terengganu: Seorang anggota polis cedera di kepala selepas terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka bersembang di rumah bujang kuarters Balai Polis Batu Rakit, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi ketika anggota polis berkenaan yang berusia 20-an dikatakan menutup semula tempat mengisi peluru pistol Smith & Wesson .38 yang dibawanya sebelum ia meletup tiba-tiba.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian, anggota berkenaan yang akan memulakan tugas kira-kira jam 8 pagi memeriksa senjata itu di hadapan mangsa, Konstabel Md Rudzki Mohd Rozlan dari Melaka yang berusia 20-an.

Peluru berkenaan menembusi kepala Md Rudzki melalui kening kiri menyebabkan berlaku pendarahan beku berhampiran otaknya sebelum serpihan peluru keluar melalui sisi kepala mangsa dan terlekat pada dinding rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd Jamil ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kedua-dua anggota itu kawan baik dan berada di berek untuk bersiap memulakan tugas.

Menurutnya, selepas menyedari mangsa terkena tembakan, rakannya itu dan beberapa anggota lain membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Setakat ini, polis mendapati tembakan itu dilepaskan secara tidak sengaja dan menolak sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Harian Metro difahamkan sebelum kejadian mangsa sedang memakai kasut sebelum rakannya yang siap berpakaian seragam datang ke rumah itu untuk bersama-sama bertugas mengawal lalu lintas kejohanan merentas desa di sebuah sekolah berdekatan.

Bagaimanapun, ketika anggota berkenaan memeriksa peluru dalam pistolnya, senjata itu secara tidak sengaja meletup dan mengenai mangsa.

Ketika dibawa ke hospital, mangsa masih sempat bergurau, namun selepas dibedah bagi mengeluarkan darah beku di kepalanya, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan berbalut di kepala dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sehingga petang semalam, hanya rakan mangsa berada di pekarangan hospital manakala ahli keluarganya dilaporkan dalam perjalanan ke HSNZ. -hm

Ulasan GB

Penggunaan senjata api polis perlu sangat disemaksemula. Terlalu banyak insiden penyalah-gunaan senjata api oleh pihak polis.

Pernah Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah yang mengkaji prosedur penggunaan senjata api oleh polis yang digunapakai di negara lain. Kita tidak tahu apa jadi dengan cadangan-cdangan dari kajian Panel Khas ini.

Kes di atas adalah satu signal jelas kepada pihak polis.

Burung - Haiwan Istimewa Yang Sering Disebut Dalam Al-Quran

Diantara haiwan yang banyak disebut di dalam al-Qur'an ialah burung. Kisah mengenainya dimulakan dengan menurunkan dua ayat berbunyi,

"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu." (6:38)

"Tidakkah mereka merenungkan burung-burung yang di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka, dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka kecuali Yang Pemurah." (67:19)


Burung-burung didapati bersolat dan menyanjung Allah. Dia menjelaskan,

"Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat." (24:41)

Mereka boleh dijinakkan. Cerita-cerita yang berkait dengan mereka didapati di dalam lima kisah Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf, Daud, Sulaiman dan Isa.

Dalam kisah Nabi Ibrahim, mereka disebut apabila Nabi Ibrahim menyeru Tuhan supaya diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan orang-orang yang mati. Dia menjelaskan dengan suatu suruhan supaya iktibar diambil daripadanya.


Suruhan-Nya berbunyi,

"Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggilah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera." (2:260)

Nabi Yusuf pula diminta interpretasi mimpi bagi seorang daripada dua banduan yang dipenjara bersamanya. Dia bermimpi membawa roti di atas kepalanya dan burung-burung memakan sebahagian daripadanya (12:36). Mimpi itu dihuraikan dengan Nabi Yusuf menyatakan bahawa,

"dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya." (12:41)

Kepada Nabi Daud, Tuhan telah membuatkan gunung-gunung dan burung-burung memuji-Nya bersamanya (34:10). Dan burung-burung selanjutnya ditundukkan kepadanya:

"burung-burung dalam keadaan berkumpul, masing-masing kembali kepadanya." (38:19)

Anaknya, Nabi Sulaiman, telah diajar percakapan burung (27:16), yang menjadi satu daripada barisan-barisan dalam tenteranya, selain jin dan manusia (27:17). Burung hud-hud berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai sebuah negeri, Sabak, yang diperintah oleh seorang perempuan (27:22). Hud-hud kemudiannya diperintah membawa sepucuk surat daripada Nabi Sulaiman kepada pemerintah tersebut.

Dan Nabi Isa, sebagai satu daripada mukjizatnya, telah membuat dengan tanah liat suatu imej berbentuk seekor burung, kemudian dia menghembus ke dalamnya lalu bentuk itu menjadi seekor burung yang hidup (3:49).

Burung-burung, bersama beberapa haiwan lain, seperti yang sedia maklum, telah sejak dari zaman dahulu lagi dilatih untuk berburu. Begitu kata Allah berbunyi "daripada binatang berburu yang kamu mengajari" (5:4).

Kecerdikan burung diriwayatkan lagi di dalam al-Qur'an. Seekor burung gagak telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya. Burung itu menunjukkan dengan mencakar-cakar tanah (5:31).



Allah juga telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah.


Dia menjelaskan,

"Dan Dia mengutus kepada mereka burung-burung berduyun-duyun, dengan membalingkan kepada mereka batu-batu daripada tanah liat yang dibakar," (105:3-4).

Sesetengah daging burung baik dimakan, seperti burung puyuh (salwa), yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian (2:57, 7:161, 20:80). Kerana keistimewaan daging burung, ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga. Firman-Nya,

"Dan daging burung, seperti yang mereka menginginkan," (56:21).

Untuk mengakhiri perbincangan mengenai burung, diturunkan sebuah misal daripada Allah berbunyi,

"sesiapa menyekutukan Allah, ia seakan-akan dia jatuh dari langit dan burung-burung menyambarnya, atau angin menerbangkannya ke dalam sebuah tempat yang jauh." (22:31)

Kisah tentera bergajah yang diceritakan tadi dilengkapkan dengan ayat- ayat di bawah, yang mengandungi satu-satunya perkataan gajah di dalam al-Qur'an:

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Pemelihara kamu buat terhadap Orang-Orang Gajah? ..... Dia membuatkan mereka seperti daun yang dimakan." (105:1-5)

Spesis: Burung gagak
Nama saintifik: Corvus corax (Common raven)
Era: Nabi Adam a.s.
Sinopsis: Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Habil dibunuh oleh Qabil, Allah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil cara untuk menanam mayat Habil).



Spesis: Hud-hud/belatuk
Nama saintifik: Upupa epops
Era: Nabi Sulaiman a.s.
Sinopsis: Hud-hud telah berhasil menemukan Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh seorang ratu bernama Balqis. Mereka menyembah matahari. Setelah menerima utusan Nabi Sulaiman a.s., rombongan ratu Balqis berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah, Sang Pencipta Matahari.



Spesis: Burung pipit
Nama saintifik: Passer (true sparrow)
Era: Nabi Ibrahim a.s.
Sinopsis: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.



Spesis: Merpati
Nama saintifik:Columbia livia (Rock Pigeon)
Era: Nabi Muhammad s.a.w.
Sinopsis: Ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Thur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi(sebagaimana lazim, burung merpati berbunyi jika ada manusia berhampiran mereka)