21 Jun 2011

Siapa Yang Sebenarnya Buat Kecoh Dalam Himpunan BERSIH?

BERSIH: Siapa yang mulakan kekecohan?

Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'.

Ada beberapa persoalan yang timbul di sini.

Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan?

Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 Julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan sistem demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan enam tuntutan yang di sepakati oleh rakyat.

Jika PERKASA benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula PERKASA tidak lancarkan 'anti-Umno', sebab Umno juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu PERKASA juga ingin berhimpun?

Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, Umno mahupun PERKASA, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman.

Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0?

Umno mahupun PERKASA yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang dilakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya.

Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya.

Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku.

Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Perta demokrasi tidak wajar dihalang.

Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.

Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya “ Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan”.

Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan.

Sepatutnya Umno, MCA dan PERKASA mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan. -mk

Penulis adalah Ketua Penerangan GAMIS Pusat

PAS Selangor, Khalid & Saari Kembali, Ibarat Sirih Pulang Ke Ganggang

Khalid, Saari kembali ke PAS Selangor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam semalam.

Pada November 2008, Khalid dan Saari Sungip dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang ketika itu pesuruhjaya PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya I.

Bekas exco pemuda PAS pusat, Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Dr Rani pada sidang akhbar sulung PAS Selangor di Shah Alam hari ini juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri.

Khairuddin walaupun dilihat sealiran dengan Dr Hasan, beliau dikatakan tiada masalah ekoran prestasi baiknya selama ini.

Dr Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru.

Dr Hasan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi exco Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.

Dr Hasan dan ketiga-tiga timbalan pesuruhjaya bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media itu kerana dikatakan mempunyai tugas lain.

Ulasan GB

GB ucapkan tahniah kepada kedua-dua YB berkenaan kerana telah dibawa masuk semula ke dalam barisan pimpinan PAS Selangor. Umpana sirih pulang ke ganggang.

Allah Maha Berkuasa dan Dia mendengar keluhan GB sebelum ini yang GB sampaikan di dalam entri bertajuk Tuntutan Akar Umbi: Pecat Segera Hassan Ali.

Masa itu ulasan GB berbunyi demikian:

GB pun hairan kenapa pimpinan PAS Pusat dulu begitu tegas mengambil tindakan ke atas Khalid Samad, tetapi lemah gemalai terhadap Hassan Ali yang telah berkali-kali melanggar ketetapan Muktamar.

Apabila ditinjau barisan pimpinan yang ada, empat jawatan tertinggi parti dikuasai oleh mereka yang mempelupori gagasan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan seorang Naib Presiden.

Maka tidak hairan mengapa terdapat semacam konspirasi di dalam parti. Di depan hentam UMNO komain lagi, seolah mereka pejuang PAS sebenar, sedangkan hakikatnya mereka masih atur pertemuan dalam gelap.

Memang jahat bangat kumpulan tersebut.

Hasbunallah!


Kini akhirnya tak sia-sia GB menyebut ungkapan "hasbunallah" itu. Allah benar-benar membantu dengan menyusun semula pimpinan Parti Islam SeMalaysia daripada rosak binasa angkara tangan-tangan durjana di dalam parti.

Dan GB sedar masih ada saki baki yang tercicir yang masih cuba untuk merosakkan parti, tapi insyaAllah mereka akan terus dihantar ke lembah kegagalan dan kebinasaan.

Kita jundullah dan parti kita hizbullah. Musuh dalam dan luar parti akan kita lawan kerana mereka aduwullah.

Allah akan tetap bersama-sama orang yang ikhlas berjuang keranaNya.

Walaupun GB cuma ahli/blogger biasa, yang tak dipandang lansung oleh pimpinan parti, namun Allah tak sia-siakan pengharapan dan doa GB dengan satu perkataan itu - hasbunallah. Dan itulah sebenarnya nikmat penghargaan dari Ilahi walaupun jasa blogger dilupai oleh pimpinan dalam parti.

Dan kini, ambang PRU, seperti dulu-dulu, tugas blogger PAS lagi besar menanti, untuk menghadapi hizbusy-syaitan yang jahatnya tak terperi. GB berpandangan ramai pemimpin PAS yang akan menang, tetapi, GB yakin juga ramai juga pimpinan PAS yang sombong-mombong dengan para blogger seperti GB ini juga akan tewas, kita sama-sama tunggu nanti.

Kemenangan Parti Ikut Sentimen Rakyat, Himpunan Bersih Juga Ikut Sentimen Rakyat!

SPR: Kemenangan parti ikut sentimen pengundi

Kemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar di Kuala Lumpur, malam semalam.

Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.

Katanya, tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang.

"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya.

Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

"Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Apakah Pengerusi SPR merasakan mudah sangat untuk menipu rakyat Malaysia?

Kita ingin suarakan bahawa jika demikian jawapan Pengerusi SPR, maka kita jawab: Himpunan Bersih juga adalah mengikut sentimen rakyat. Justeru itu anda perlu patuh dan ikut kehendak rakyat!

Buktinya:


Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden. -mk



Saman Ekor: Kerajaan Degil Tak Patuh Undang-undang, Harapan BN Kalah PRU Jelas

PDRM Tidak Bercadang Batal Senarai Hitam Pesalah Saman Ekor - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang membatalkan tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan, terutamanya yang terlibat dengan kesalahan trafik di bawah saman ekor.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata sehingga 30 April lepas sebanyak 11,814,008 saman ekor atau Notis Saman POL 170A masih belum dijelaskan lagi.

"Walau bagaimanapun tindakan menyenarai hitam ini ditangguhkan buat sementara waktu kerana PDRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini prosedur berkaitan dengan tindakan tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada sidang Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Sim ingin tahu jumlah tunggakan saman ekor yang masih belum dijelaskan serta adakah benar tindakan menyenarai hitam telah dibatalkan dan sama ada kementerian bercadang menghadapkan Orang Kena Saman (OKS) yang belum menjelaskan saman ke mahkamah.

Hishamuddin berkata, bagi pesalah trafik OKS, mereka boleh menyelesaikan saman masing-masing sama ada dengan membayar kompaun atau melalui perbicaraan di mahkamah. Beliau berkata, dalam hal tersebut, tindakan yang dilaksanakan oleh PDRM terhadap pesalah trafik adalah lebih bersifat prosedural dengan pendekatan awal iaitu melalui khidmat nasihat bagi menyemai budaya pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya kepada pengguna.

Hishammuddin berkata, pendekatan itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai tampil untuk menyelesaikan saman mereka di pusat pembayaran saman seperti ibu pejabat polis daerah (IPD), pejabat pos, kaunter PDRM di pusat beli-belah terpilih serta portal iaitu www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

"Sekiranya OKS enggan menyelesaikan notis ini, PDRM akan menjalankan operasi mencari dan mengesan pemilik yang melakukan kesalahan untuk menyerahkan saman POL 257 dengan turut menyatakan tarikh serta masa untuk mereka hadir ke mahkamah, bagi mencari pertuduhan,"katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Mengikut peruntukan undang-undang: seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah.

"Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini.


Anda mengharapkan rakyat saja yang mematuhi undang-undang sedangkan PDRM dan kerajaan sendiri tidak mematuhinya?


Saman Ekor: Fahami isu sebenar

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.

Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :

a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

11/3/2011



Himpunan Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal

Himpunan Bersih: Pemimpin BN lekas panik

Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

Sebenarnya, sesuatu perhimpunan aman yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak dilakukan perubahan dalam sistem pilihan raya dalam sebuah demokrasi tidak harus menjadi satu isu atau dihebohkan tetapi berbeza pula apa yang berlaku di Malaysia.

Di negara ini, agak menghairankan kerana berita mengenai cadangan untuk menganjurkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencetuskan rasa panik di hati sanubari para pemimpin parti yang memerintah.

Sejak Bersih bercadang diadakan perhimpunan aman itu pada 9 Julai bagi mendesak supaya dilakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar lebih bebas dan adil, sehari pun tidak sunyi dengan kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin yang meluahkan rasa bimbang mereka.

Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan amaran bahawa negara akan ditimpa ketidakstabilan ekonomi dan politik.

Sayap pelampau rasis Umno pula, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), juga ingin menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama yang bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengugut untuk menahan para peserta dan pada masa yang sama beratus-ratus laporan dibuat kepada polis oleh Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokongnya bagi menentang Himpunan Bersih itu.

Terbaru, ketika beliau berucap pada mesyuarat agung Umno di Beaufort, Sabah pada 18 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri

Muhyiddin Yassin mendakwa parti pembangkang yang mendalangi Himpunan Bersih itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, Bersih menjemput semua parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat dan NGO serta para aktivis untuk menyertai gerakan rakyat ini yang bertujuan untuk memulihkan intergriti sistem pilihan raya di Malaysia, yang telah sekian lama korup dan memihak kepada parti yang memerintah. Ketika mana Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, BN sebaliknya menolak.

Rasional BN pelik

Muhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil.

Beliau bertanya, “jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan?

“Jika mereka menang mereka diam dan jika mereka kalah, mereka mendakwa berlaku ketidakadilan. Saya fikir motif mereka ialah untuk mencari jalan pintas ke Putrajaya,” katanya.

Mengambil contoh kemenangan pembangkang sebagai bukti sistem pilihan raya adalah adil sudah menjadi jawapan yang standard untuk menepis segala salah guna kuasa BN yang semakin meruncing.

Tetapi hujah sedemikian tidak logik dan kelakar kerana sama ada sesuatu pilihan raya itu adil harus ditentukan oleh cara bagaimana pilihan raya itu dikendalikan.

Faktor-faktor seperti kehadiran atau ketidakhadiran suruhanjaya pilihan raya yang berkecuali dan sama ada wujud atau tidak wujud ‘padang permainan yang sama rata.’ Ia tidak boleh diukur dengan cara, sama ada seseorang calon itu menang atau kalah.

Pilihan raya di Malaysia dimanipulasi dengan tidak adil sehingga membuat kita tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyapu bersih bagi meraih kemenangan pada PRU 2008 jika sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, memandangkan pecahan undi popular adalah seimbang iaitu pada nisbah 50-50.

Sistem pilihan raya yang tempang

Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sebagai komponen dan agen BN?

Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila keseluruhan media massa di negara ini dikawal (kecuali Internet) dan berkhidmat sebagai alat propaganda BN?

Sejak PRU 2008, pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung mendapati BN berleluasa melakukan amalan rasuah, yang dicetuskan sendiri tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam dua PRK, Hulu Selangor dan Sibu.

Lebih mengejutkan ketika mana klip video tentang tawaran rasuah dipertonton di seluruh dunia melalui You Tube, hakim Azhar Mohamed menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor atas alasan “tidak cukup bukti.”

Walaupun mahkamah melarang sebarang bentuk rasuah yang dibuat secara terbuka oleh para pemimpin parti pemerintah, pintu rasuah tetap dibuka dengan luas, dan salah guna kuasa berleluasa untuk memberi kelebihan kepada BN.

Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana BN menyapu bersih bagi meraih kemenangan menerusi dua strategi, ugut dan rasuah.

Usaha Bersih harus dipuji

Berdasarkan keadaan ini, usaha Bersih harus dipuji dan masa untuk menganjurkan perhimpunan ini adalah bertepatan sekali di mana sebuah petisyen akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong bagi menyelamat sistem pilihan raya kita daripada dicemuh oleh masyarakat dunia.

Di antara tuntutan Bersih ialah, melarang sebarang bentuk beli undi,memulihkan kebebasan dan sikap berkecuali badan-badan penguatkuasa pilihan raya, akses kepada media, menyemak semula sistem undi pos dan membersihkan senarai daftar pemilih yang penuh dengan penipuan dan pengundi hantu.

Melihat dari cadangan-cadangan ini yang dituntut ini maka langkah Bersih ini tidaklah menjadi ancaman kepada kepentingan negara.

Tetapi ia merupakan suatu usaha untuk menyelamatkan demokrasi dan memulihkan keadilan dan kesaksamaan di mana kita dapati selama ini institusi-institusi kerajaan diperalatkan bagi mengekalkan pemerintahan autokratik mereka.

Berhubung keengganan pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu, kita ingin menasihatkan pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman itu.

Kebebasan untuk berhimpun adalah hak perlembagaan yang dijamin kepada setiap warga negara dan peranan polis ialah untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan itu dijalankan.

Sebarang percubaan daripada pihak polis atau mana-mana pihak untuk menghalang perhimpunan aman ini, yang mempunyai niat yang baik, dianggap sebagai percubaan untuk mencabul perlembagaan dan tidak dapat diterima oleh rakyat.

Kita harus sedar bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan hak tentang pilihan raya yang bebas dan adil serta hak kebebasan untuk berhimpun. -FMT

PAS Kedah: Mahfuz Dan Taib Beri Laluan, Jentera Penerangan Pula Lemah?

Pengguguran Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Taib Azamudden Md Taib sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III dalam senarai kepimpinan baru Pas Kedah dibuat atas permintaan kedua-dua pemimpin itu sendiri.

Mahfuz berkata, hasrat itu dimaklumkannya sendiri kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu pertemuan selepas Menteri Besar Kedah itu diumumkan mengekalkan jawatan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, 12 Jun lalu.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai naib presiden parti yang memerlukan tumpuan lebih di peringkat pusat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 menyebabkan beliau tidak mahu memegang jawatan berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, beliau juga mahu memberi laluan kepada pemimpin pelapis memegang jawatan tersebut.

“Saya jelaskan kesibukan saya dan Taib Azamudden menggerakkan jentera Pas Pusat memerlukan Pas Kedah menyerahkan tanggungjawab berat itu kepada pemimpin pelapis yang aktif dan banyak ruang masa untuk tumpu jentera pilihan raya negeri,” katanya.

Sementara itu, Taib Azamudden ketika dihubungi turut sependapat dengan Mahfuz dan menegaskan Pas Kedah kini memerlukan kemunculan pemimpin baru terdiri dari kalangan pelapis serta belia.

Menurutnya, beliau yakin kepimpinan baru akan lebih agresif memperkukuhkan jentera parti menghadapi pilihan raya setelah pengagihan tugas-tugas parti dilaksanakan. -SH


TAHNIAH SAFF PIMPINAN PAS KEDAH yang baru tapi untuk KETUA PENERANGAN ada sikit ucapan....

Assalamualaikum...

TAHNIAH Ust. Azizan kerana telah melantik saff pimpinan yang baru untuk PAS NEGERI KEDAH... dah tahniah kepada Ust. sekali lagi diatas terus diberi amanah untuk menerajui PAS NEGERI KEDAH.

Saya pada posisi jawatan yang dilantik tu so far tak ada komen apanya boleh dikatakan saya setuju sahaja namun ada satu sahaja disini yang mana saya rasakan saya perlu beri teguran iaitu di BAHAGIAN KETUA PENERANGAN iaitu dimana Ustaz telah melantik SETPOL Ust. sendiri iaitu Sdr Sanusi Mohd Noor diberi amanah untuk bab penerangan nie.

So far untuk pengetahuan Ust. yang mana SETPOL ini telah menjadi sasaran saya untuk menegur akan pergerakan beliau sebelum ini dimana saya boleh bagi 4/10 sahaja apa yang beliau lakukan sebelum ini w/pon pada hakikatnya saya ingin bersangka baik akan setiap gerak kerja beliau dalam jemaah. Saya bukannya apa dari pemerhatian saya dan para blogger semacam ada satu yg tidak kena dengan PENERANGAN NEGERI KEDAH dan PENERANGAN PAS NEGERI KEDAH.. 2 unit nie kena bergerak seiring dengan PANTAS untuk menangkis serta mamatahkan seranga2an musuh kepada negeri dan parti sendiri.. namun di lihat semacam ada benda tersekat dan terlekat akan pergerakan mereka.

Pada saya selepas ini diharap SETPOL kita berubah cara kerja beliau dimana selepas memegang tampok KUASA PENERANGAN PAS KEDAH maka peranan beliau kena lagi cepat dan pantas tetapi jika masik dok buat kelaku lama al-nampak gayanya makan kuah laa kita dengan apa yang akan dilakukan oleh pihak lawan kita...

Pada saya akan ketua penerangan ini lebih sesuai di pegang oleh manusia seperti Zulkifli Yahaya.. ini kerana beliau boleh dikatakan sentiasa up to date akan isu2 semasa untuk menangkis akan serangan lawan dan setiap artikal yg beliau keluarkan merupakan libasan maut yg mana tak mampu dijawab lagi...jadi manusia yg seperti ini yg layak dok di penerangan kerana kerja penerangan jika sekadar memenohi kerusi empok tersebut ianya tak ada gunannya seperti mana yg sebelum ini...ada macam tak ada.....

Pada hakikatnya saya bukan nak mengajaq cara bekerja nie tetapi nak beritahu apa yg sepatutnya yg dah kami lihat dan nampak dari bawah nie..antara benda yang pertama beliau kena lakukan adalah kumpulkan blogger-blogger yang friendly dengan kerajaan negeri seperti kedahlanie, anaksedaka, kedahla dan sewaktu dengannya dan juga rakan-rakan fb dimana golongan-golongan ini yang merupakan medium perantara penyampai dan penangkis serangan2 terhadap kerajaan negeri... mereka ini akan berhujah dan berdebat dengan pihak2 lawan untuk menyampaikan akan pergerakan negeri Kedah.... sudah nak masuk 4tahun sekali abok pun MB Kedah tak berjumpa dengan golongan-golongan ini yang berjumpa sekali tu pun macam malu-malu dan bodoh sombong jaa....sedangkan pada saya mereka inilah sebahagian drp medium penyampai utama dinegeri kedah terutama Kedahlanie yg mana menjadi rujukan dan ikutan rakyat negeri Kedah sehingga lanie...

Sebelum ini pun dah banyak kali saya tegur dan tegur akan Unit Penerangan nie...negeri pon sama parti pon sama....cuba lihat laman web PAS Kedah dan cuba lihat fb Azizan Abdul Razak... haram tak berupdate... cuba lihat fb SETPOL...tak ada informasi ILMIAH langsung...hangpa tengok sendiri laa..malas saya nak kata lagi dah berbuih dah dok tegoqnya....mai pemilihan tempohari dia bergerak laa sat...tapi sejak dua menjak nie nampaknya dia dah mandom semula... entah laaa....

Jadi saya harap selepas dilantik menjadi KETUA PENERANGAN ini..maka jadilah sebagai KETUA PENERANGAN yg sebaik-baiknya...tapi kalau masih nak mandom jugak macam yang lepas almaklumnya Kedah nie hangpa serah balik laa kat UMNO..itu jalah yang saya boleh katakan...... Selamat Bekerja dan bertugas....

Jawatan

Pesuruhjaya - Dato'Seri. Us. Haji Azizan bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya (I) - Dato'. Ir. Haji Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya (II) - Dr. Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya (III) - Us. Md Isa bin Shafie ( Bekas Adun Belantik )

Bendahari - Dato'. Ir. Haji Amiruddin bin Haji Hamzah

Setiausaha - Us. Musoddak bin Haji Ahmad

Penolong Setiausaha (I) - Us. Aizat bin Zakaria ( DPPNK )
Penolong Setiausaha (II) - Haji Ab Mutalib@Sobri bin Haji Awang
Penolong Setiasuah (III) - Kapten (B) Zamri bin Ibrahim

Pengarah Pilihanraya - Haji Muhamad Yusof bin Husin
Ketua Dewan Ulamak - Haji Sheikh Mohamad bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda - Us. Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Muslimat - Ustzh. Hajjah Siti Aishah binti Haji Ghazali
Ketua Penerangan - Haji Mohamad Sanusi bin Md Nor ( Setpol )

Ahli Badan Perhubungan yang dilantik
Us. Haji Abu Kasim bin Abdullah
Sheikh Ismail bin Kamis
Haji Che Had bin Dhali
Rosli bin Darus
Haji Md Akhir bin Thalib
Fadzil bin Baharom
Dr. Rohani binti Abd Mutalib

http://AnakKedah007.blogspot.com



Ulasan GB

Perhatian perlu diberikan terhadap pandangan yang diutarakan oleh AnakKedah007 di atas.

Terdapat kebenarannya, dimana kelemahan jentera penerangan akan menyebabkan parti juga menjadi lemah.

Ia sepatutnya juga diambil perhatian oleh PAS negeri-negeri lain, malah PAS Pusat juga.



Bekas Suami Tikam Muka Guna Gunting

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suaminya di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di bandar ini, petang semalam.

Gambar: HAZITA cedera parah di bahagian muka, leher kiri dan kanan dan belakang kepala selepas diserang bekas suami dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, pelatih salun kecantikan, Hazita Mohamad, 28, yang berasal dari Tumpat berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan salun.

Keengganan merujuk kembali kepada suspek menjadi punca motif kejadian berlaku. Wanita berkenaan mengalami kecederaan parah tetapi stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata mangsa dipercayai diekori oleh suspek sehingga ke tempat meletak kenderaan di pasar raya berkenaan sebelum bertindak menerpa masuk ke dalam kereta wanita itu.

“Suspek kemudian menggunakan gunting menikam belakang kepala, leher serta muka.

“Mereka bergelut dalam kereta berkenaan, orang ramai yang melihat kejadian cuba membantu mangsa, suspek pula bertindak melarikan diri," katanya. -BH


Azab Janda Muda

KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

“Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.



Husam Musa Menang Saman Ke Atas Akhbar

Kota Bharu - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu.

Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu.

Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.

Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: ‘Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK’, bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008.

Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya.

Malah artikel itu juga menyebut: ‘Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi ‘pelabur tempatan’ itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan.

Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf.

Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah.

Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu.

“Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi.

“Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif,” katanya. -husammusa.com



BERSIH: Masa Untuk Bercakap Sudah Berlalu

Masa untuk bincang sudah lalu, Bersih beritahu SPR

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataannya malam tadi.

“Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13),” kata beliau.

Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu tidak jauh ke mana pun.

Ambiga juga memberitahu The Malaysian Insider, idea-idea itu mesti dibentangkan di Parlimen untuk dikuatkuasakan.

Justeru beliau menggesa agar SPR demi kepentingan awam mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Najib, tetapi telah diketepikan.

Ambiga juga mengecam suruhanjaya itu yang mendakwa bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas, sedangkan pada masa yang sama ia juga tidak menggambarkan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak.

“Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit,” katanya.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.

“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai “rubber stamp” atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

“Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin,” katanya.

Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

“Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

“Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Mereka (Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR) akan tetap dipertanggungjawabkan di atas segala salahlaku yang mereka lakukan yang menyebabkan pilihanraya diadakan senget sebelah.

Terlkalu banyak bukti penyelewengan dilakukan oleh SPR sekalipun mereka menafikan.

Enam tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Pendaftaran pengundi automatik
2. Penggunaan dakwat kekal
3. Penghapusan undi pos
4. Kebebasan media.
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Jentera kerajaan tidak digunakan untuk berkempen

Sekarang, terima dan laksanakan tuntutan tersebut terlebih dahulu, kemudian baru boleh ajak bercakap. Bercakap bagaimana mahu melaksanakannya. Rakyat tidak semudah itu untuk diperdayakan lagi.

Lembu Naik Lif

Lembu, motosikal punca lif rosak

BUTTERWORTH: Tindakan tidak bertanggungjawab membawa masuk binatang ternakan termasuk lembu dan motosikal dalam lif, adalah antara punca menyebabkan kerosakan kemudahan itu yang disediakan untuk penghuni kediaman di bangunan tinggi di negara ini.

Kajian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke atas kira-kira 2,000 lif di bangunan tinggi di ibu negara pada tahun lalu mendapati ada penghuni yang mementingkan diri dengan membawa masuk ternakan ke dalam lif.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, ketika merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketiga 3 anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) di sini, semalam.

“Kajian JKKP mendapati salah satu punca kerosakan lif ialah (penghuni) membawa masuk motosikal dan ada juga membawa masuk lembu.

“Inilah yang menyebabkan lif rosak sehingga menimbulkan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Maznah bagaimanapun, berkata kes sedemikian bukan penyebab utama kerosakan lif kerana kajian mendapati kemudahan berkenaan rosak akibat tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Katanya, penyelenggaraan lif tidak dapat dilaksanakan berikutan sikap penghuni yang enggan menjelaskan yuran bulanan.
“Apabila satu lif rosak, pengurusan bangunan akan mengambil alat ganti daripada lif lain untuk memperbaiki dan akhirnya semua lif tidak dapat berfungsi sehingga menyusahkan semua penghuni,” katanya.

Bagi mengatasi keengganan penghuni menjelaskan yuran penyelenggaraan setiap bulan, Maznah berkata, kaedah yang dilaksanakan di beberapa negara dengan menyatukan yuran penyelenggaraan dengan sewa bulanan atau bil utiliti mungkin boleh dilaksanakan.

“Kajian wajar dilakukan untuk melihat kesesuaian yuran penyelenggaraan disatukan dengan sewa rumah ataupun bil utiliti dan ini dapat mengelak penghuni tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan berjumlah RM1.678 bilion kepada mangsa kemalangan di tempat kerja tahun lalu, peningkatan 19.3 peratus berbanding 2009 yang berjumlah RM1.354 bilion. -BH

Ulasan GB

Macam-macam hal. Semalam lembu dibawa dengan kereta Proton Perdana, hari ini timbul kisah ada yang bawa lembu naik lif.


[Bergambar & Video] Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan

Kuala Terengganu – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.

Gambar: SEBUAH kereta Perodua Kelisa di timpa sebatang pokok di Pantai Batu Buruk akibat dilanda ribut kuat. Foto: Aswadi Alias (19/06/2011)

Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.

Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.

"Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.

Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama

kredit foto: melayukini.net