21 Mei 2008

Karpal dan Mukhriz : Lanjutan Dari UMNO Yang Kian Hancur

Ugutan yang berupa ancaman bunuh yang diterima oleh Karpal Singh seperti aduannya di Balai Polis Dang Wangi semalam yang mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu amat menarik prhatian kita

Demikian juga kisah ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN). Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk tinggalkan Umno.

Kedua-dua kes di atas berpaksi kepada satu sebab - iaitu lanjutan dari penyakit UMNO yang menghadapi gelombang kebejatan politik yang sedang membawanya ke lembah kehancuran.

ISU KARPAL SINGH

Menurut Karpal seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!

"Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa Raja-raja Melayu!

"Kalau kau tak berhenti!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau!" isi kandungan nota itu dipetik.

"Ini adalah amaran pertama."

Tidak susah sangat untuk mentafsir tulisan itu dari siapa dan dari kumpulan mana.

ISU MUKHRIZ MAHATHIR

Mukhriz dilaporkan tidak akan mengikut jejak langkah bapanya untuk meninggalkan UMNO tetapi terus mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya.

Tindakan exco Pemuda Umno tersebut menyebabkan beliau akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan parti yan dipengerusikan oleh timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak dan bertemu setiap Rabu.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media di lobi Parlimen yang mengambil sikap menyokong Datuk Seri Abdullah menyelar tindkan Mukhriz an berkata "sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu. Adakah beliau faham atau pura-pura tidak faham?"

Kedua-dua episod diatas menggambarkan tentang betapa kacaunya dan bergolaknya UMNO yang sedang menunggu saat kehancurannya!