27 Okt 2013

[EDISI MERENG] Dulu Tuduh PAS Sesat, Kini Kata Sedia Pula Bersatu Dengan PAS..


Umno Sentiasa Bersedia Bersatu Dengan PAS - Muhyiddin

YAN: Umno masih terbuka berhubung cadangannya untuk bersatu dengan PAS.

Dalam lawatan pilihan raya ke Sungai Limau, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu selama-lamanya bersedia untuk bersatu dengan PAS.

Muhyiddin berkata, selain perbezaan ideologi politik kedua-dua pihak, PAS dan Umno mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang sama.

"Kami mahu melihat masyarakat Islam bersatu," katanya, dengan mengaitkan perpecahan di kalangan umat Islam di dunia Arab telah membawa kepada konflik berterusan dan perang saudara.

Bercakap pada perhimpunan dengan imam, guru agama sekolah dan penduduk di SK Sungai Dedap di sini pada Sabtu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM118,000 kepada 22 pusat Kafa (Kelas Agama Fardhu Ain), Persatuan Guru Kafa Yan, Persatuan Guru Takmir Yan dan Persatuan pegawai Masjid Yan.

Terdahulu pada majlis lain, beliau berkata 12 buah sekolah di Sungai Limau akan diperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.

"Kita tidak memberikan ini untuk mendapatkan sokongan (untuk Barisan Nasional). Kami menghormati pandangan dan pendirian yang diambil oleh tokoh-tokoh agama masing-masing.

"Tetapi marilah kita sama-sama bekerja dalam satu pasukan untuk membina asas agama yang kukuh untuk masa depan yang lebih baik," katanya, sambil menambah beberapa orang telah menasihatkan beliau supaya tidak berkempen di Sungai Limau kerana ia merupakan kubu kuat PAS.

"Sebelum ini mereka juga kata bahawa PAS kuat di Kedah tetapi tetap kalah di negeri ini," katanya, sambil menyeru pengundi Sungai Limau memberi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim peluang. -mstar

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

PAS tidak sesat tetapi difitnah dan dituduh sesat oleh UMNO.

Akhirnya kini UMNO yang memperlihatkan mereka sendiri yang sesat, teraba-raba mencari kawan, teraba-raba mencari pedoman, terjerit-jerit mahu diri mereka diterima oleh PAS..... sekarang hidung yang tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong ke hadapan... kasihan..

Kita katakan: tinggalkan perjuangan perkauman/"assabiyah" kamu yang telah lama menyesatkan, kembalilah kepada Islam, kemudian baru boleh cerita soal perpaduan... tinggalkan barisan, masuk Pakatan dan bermula jadi orang bawahan.... jika ada keikhlasan dan kejujuran!

Rakyat Mesir Rancang Demontrasi Besar Pada Hari Perbicaraan Mursi, 4 Nov Ini.


Kumpulan pakatan Islam di ibu negara Mesir menggesa seluruh rakyat Mesir terutama penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi berhimpun di jalan-jalan utama untuk mengikuti kes perbicaraan pemimpin itu 4 November ini.

Perbicaraan itu menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa kerana dikhuatiri mencetus pertempuran baru.

“Kumpulan anti rampasan kuasa dan penyokong Ikhwanul Muslimin menyifatkan rampasan kuasa yang berlaku ketika ini bertujuan merevolusikan pemerintahan negara sekali gus memecah belahkan rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Kenyataan turut memetik, sokongan seluruh rakyat Mesir di dalam dan luar negara diperlukan bagi terus mengutuk pemerintahan tentera dan membebaskan Mursi.

Mursi kini menghadapi empat pertuduhan termasuk mencetuskan keganasan hingga membawa kematian.

Sehingga kini, lokasi pemimpin itu masih dirahsiakan termasuk ahli keluarnya sendiri sejak ditahan 3 Julai lalu.

Sementara itu, penuntut-penuntut universiti di Mesir meneruskan bantahan hari kelima dengan menyerang kampus dan menggagu sesi pembelajaran.

Insiden sama turut berlaku di Universiti al-Azhar, Universiti Zagazig, Universiti al-Mansoura, Universiti Kaherah, dan beberapa terkemuka lain.

Bantahan tercetus susulan perdebatan berhubung draf undang-undang diperkenalkan kerajaan sementara yang disokong tentera, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Muhyiddin Melampau Batas & Tidak Beretika, Kaitkan Azizan Dengan Harga Gula

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya. -HD


Gula: Najib kata lemah tenaga batin, Muhyiddin kata jangan jadi macam Azizan


Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.

"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.

Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.

Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.
-TMI



Menteri Kesihatan akui peningkatan diabetis dan obesiti bukan kerana gula


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.

Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.

Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.

Menurut Dr P Ramesh, langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.

"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.

"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.

Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat. Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan.

"Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya.

"Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol.

"Sekiranya pesakit diabetik pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur.
-TMI


Tujuh Sebab Jima Itu Baik Untuk kesihatan

Ada banyak cara untuk sihat. Salah satunya adalah ternyata melalui jima. Bagaimana mungkin? Ya, jima yang sehat tidak hanya baik untuk anda tetapi untuk hubungan kesihatan anda juga. Bahkan, jima memiliki banyak manfaat kesihatan — tentu saja hanya untuk pasangan suami isteri yang sah. Berikut ini hanya beberapa di antaranya:

1. Aktiviti jima adalah latihan – Jima tiga kali seminggu dapat membantu anda kehilangan sekitar 7,500 kalori dalam satu tahun, iaitu sama dengan berjalan 75 batu! Kita semua tahu bahawa ini adalah jarak jauh berjalan. Jima adalah pilihan yang jauh lebih menyenangkan.

2. Mengurangi stres – Jima merupakan cara untuk mengurangi stres. Hal ini juga diketahui bahawa stres dapat memiliki akibat serius kesihatan, yang penting adalah bahawa yang dapat mengakibatkan peningkatan dalam berat, khususnya di sekitar perut.

3. Manfaat Hormon – Jima yang teratur dapat meningkatkan tingkat hormonal yang dapat membantu perempuan dalam menangani beberapa kesan mati haid. Selain itu, jima adalah latihan untuk bahagian peribadi kita.

4. Tidur yang lebih baik – Jima yang sihat erana membantu kita tidur lebih baik. Sejak tidur merupakan keperluan dasar kesihatan yang baik, jenis kelamin dapat membantu anda menjadi sihat selama bertahun-tahun yang akan datang.

5. Jima mengurangi rasa sakit – Bila kita berhubungan jima endorphin level bangkit dan oxytocinis hormon yang dikeluarkan dalam jumlah besar. Hal ini dapat membantu meringankan penderitaan. Jadi, pada saat anda berkata, tidak malam ini, saya pusing, anda sedeang melarikan diri dari penyelesaian terhadap kesakitan.

6. Jima memperkuat otot – kerana tubuh fisikal aktif selama jima, maka jima juga memperkuat tulang Anda.

7. Jima membantu tetap awet muda – kajian menunjukkan bahawa jima yang teratur dapat membantu tetap awet muda dan meningkatkan sistem immuniti anda.

Jadi, jima tidak hanya menyenangkan, itu juga dapat membantu anda menurunkan berat badan dan menjadi sihat. -islampos