2 Jul 2014

Ini Dia Wajah Rizalman, Segak Bergaya Tetapi Berperangai Binatang Malukan Negara

MMuhammad Rizalman Ismail (gambar) 38, merupakan pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan, telah dihantar untuk bertugas dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak tahun lalu.

Dia ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.

Muhammad Rizalman sepatutnya dijadualkan hadir ke mahkamah pada 30 Mei lalu bagi memberi keterangan untuk menjawab dakwaannya.

Anifah berkata, Mindef telah menyediakan satu Lembaga Siasatan (BOI) untuk menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.

Beliau berkata, Wisma Putra tanpa ragu-ragu untuk menghantar semula tertuduh ke New Zealand sekiranya terdapat keperluan dan sekiranya terdapat permintaan daripada negara itu bagi ekstradisi terhadap tertuduh.

“Tetapi kita yakin dengan Mindef dan lembaga akan berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand untuk mendapatkan bukti.

“Apa yang penting adalah dia mesti disiasat secara menyeluruh dan diberikan pendengaran yang adil. Jika dia didapati bersalah, hukuman perlu dikenakan dengan setimpalnya,” katanya.


Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik


Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.

Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.

Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.

Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.

Bukan setakat langgar disiplin

"Peguam for Liberty terkejut bahawa kerajaan Malaysia menegaskan ia memberi kekebalan diplomatik untuk melindungi Muhammad Rizalman (Ismail) daripada apa yang jelas satu kes serius serangan seksual dan pecah rumah - perbuatan yang tiada berkaitan dengan peranan diplomatiknya.

"Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa kekebalan diplomatik adalah penting untuk diplomat bekerja tanpa gangguan di negara asing, tetapi ia bukan satu lesen untuk melakukan jenayah dan sudah tentu tidak boleh digunakan dalam kes ini," katanya.

Beliau juga berkata Rizalman tidak sepatutnya hanya berdepan dengan mahkamah tentera seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar kerana dia bukan setakat dituduh melanggar disiplin.

"(Ianya) tidak munasabah kerana ini bukan isu disiplin tetapi kesalahan jenayah yang serius yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita," katanya.
~mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Polis Bertindak Ganas Terhadap Kami, Kata Peserta Perhimpunan Hijau


Peserta Perhimpunan Hijau menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM menyatakan bahawa mereka amat kecewa dengan tindakan pihak polis daripada Ibu Pejabat Daerah Kuantan dalam mengendalikan perhimpunan aman rakyat ini. Perhimpunan ini telah diadakan pada 22 Jun lalu bagi membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

“Bantahan pada 22 Jun 2014 merupakan upaya untuk menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng. Lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan dan memberikan sokongan solidariti kepada gerakan Himpunan Hijau ini,” kata salah seorang peserta himpunan, Dr. Phua Kia Yaw.

Menurut beliau, peranan polis sepatutnya memberi bantuan kepada Himpunan Hijau untuk memastikan perhimpunan aman dijalankan secara lancar. Tetapi apa yang berlaku, pihak polis langsung tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Pihak polis menghentikan perhimpunan ini dengan kekerasan yang akhirnya menyebabkan 16 orang peserta telah ditangkap di IPD Kuantan.

“Ini bukan sahaja mencabuli hak rakyat untuk berhimpun dan hak bersuara, malah hak kebebasan individu telah dilanggar oleh pihak Polis,” katanya. Tambah beliau, 15 orang tahanan telah dibebaskan pada awal pagi 23 Jun 2014 tetapi aktivis Friends of the Earth yang berasal dari Australia, Natalie Lowrey, telah terus ditahan dan hanya dibebaskan pada 27 Jun 2014. “Ini merupakan salahguna kuasa oleh polis. Penggunaan undang-undang immigrasi untuk menahan beliau selama 6 hari juga merupakan satu tindakan berniat jahat untuk menghukum Natalie Lowrey sebagai warga asing yang menyokong Himpunan Hijau,” katanya. Pada 22 Jun, telah berlaku pergelutan dan penangkapan oleh pihak Polis terhadap para peserta Himpunan Hijau. Menurut peserta, mereka mendakwa telah dipukul oleh pihak polis dan diberi layanan yang sangat teruk. Saksi dan mangsa kejadian telah membuat laporan polis tentang keganasan itu. “Kami rasakan bahawa penindasan, penyalahgunaan kuasa dan keganasan polis semasa Himpunan Hijau adalah pencabulan hak asasi yang teruk dan mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan. Sehubungan itu, para peserta Himpunan Hijau menggesa agar pihak SUHAKAM melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka terhadap tindakan polis yang bertindak ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun lalu. Sidang media ini turut dihadiri oleh ADUN Semambu, Lee Chean Chung. -FMT

SEKITAR DEMO ISU LYNAS DI GEBENG KUANTAN 22 JUN 2014









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[VIDEO] Anak 5 Tahun Hafal Al-Quran 29 Juz, Juri Menangis & Mencium Tangannya


SStesyen television RCTI menyiarkan acara bertajuk “Hafiz Indonesia”. Acara yang dibawakan oleh Irfan Hakim sebagai host ini, mempertandingkan hafalan Al-Quran oleh anak-anak. Yang menjadi juri pada ajang ini antara lain Lulu Susanti, Syeikh Ali Jaber, dan Ustadz Amir Faishol Fath.

Pada salah satu episode di acara ini, menghadirkan 2 orang peserta, yaitu Adi dan Musa. Adi berusia 4 tahun, berasal dari Tangerang Selatan, dan sudah hafal 2 Juz. Adi bercita-cita ingin hafal 9 Juz. Sedangkan Musa berusia 5.5 tahun, berasal dari Bangka, dan telah hafal 29 Juz. Ketika disebutkan anak ini telah hafal 29 Juz, sebagian penonton seperti tidak percaya. Kata bapaknya, Musa memang hafal 29 Juz dan masuk 30 juz, kecuali surat An-Nahl dan surat Bani Israil.

Untuk membuktikannya, Musa lalu diuji oleh Syeikh Ali. Irfan Hakim meminta Syeikh Ali membacakan ayat di manapun, surat berapapun, dan juz berapapun, lalu Musa yang akan meneruskannya. Kemudian Syeikh Ali membacakan sebuah ayat di surat Al-Baqarah. Lalu dilanjutkan dengan lancar oleh Musa. Salah seorang penonton pun menangis menyaksikannya. Syeikh Ali lalu membenarkan ayat yang dibacakan oleh Musa.

Irfan Hakim penasaran, lalu meminta Ustadz Amir Faishol Fath untuk turut mengujinya. Amir Faishol membacakan suatu ayat pada surat Ar-Rahman. Lalu Musa pun melanjutkan bacaan ayat tersebut dengan lancar. Setelah disaksikan, Amir Faishol membenarkan bacaan yang diucapkan Musa.

Ternyata Irfan Hakim masih penasaran lalu menawarkan penonton untuk menguji Musa. Salah seorang penonton lalu mengajukan diri untuk mengujinya. Lelaki ini membacakan salah satu ayat di surat Al-Baqarah, dan lagi-lagi Musa dapat meneruskannya dengan lancar.

Masih penasaran juga, Irfan Hakim pun menawarkan lagi kepada penonton untuk menguji Musa. Salah seorang wanita lalu membacakan salah suatu ayat pada surat Muhammad, dan lagi-lagi Musa-pun dapat melanjutkannya dengan lancar. Kali ini penonton mendengarkan dengan seksama bacaan Musa. Pada sesi ini Amir Faishol sebagai salah seorang juri terlihat menangis tidak dapat menahan air matanya.

Ketika ditanyakan komentarnya oleh Irfan Hakim, Amir Faishol semakin menangis, dan penonton pun turut menangis.

“Subhanallah…”, ujar Amir Faishol yang juga pernah menjadi redaksi dakwatuna.com ini.

Amir Faishol pun beranjak dari kursi juri, suatu kejadian yang jarang terjadi pada pertandingan ini. Dia menuju Musa lalu mencium tangan dan keningnya, disaksikan oleh para penonton yang terharu.

“Ayah bunda semua, inilah sebuah nilai. Bahawa anak kecil sekalipun dia sangat terbatas kemampuannya, ketika dia menjadi mulia karena Al-Quran maka kita semua tunduk, karena Allah telah memuliakannya dengan Al-Quran. Bapak ibu tahu, ini wang, ini kertas (sambil menunjukkan selembar wang kertas, red). (Wang) ini tidak ada apa-apanya. Diinjak-injak, tetap dia berharga. Karena apa? Karena nilai. Sekalipun diinjak dia punya nilai. Dia menjadi berharga. Ini anak tidak punya kemampuan apa-apa. Tapi karena nilainya membawa Al-Quran, dia menjadi mulia. Allah memuliakannya.” ujar Amir Faishol terbata-bata.

“Saya tidak bisa mengatakan apa-apa. Tapi saya merasakan betapa Al-Quran adalah fitrah manusia. Satu-satunya kitab yang bisa dihafal. Sampai anak yang paling kecil pun, tidak bisa baca Al-Quran pun, bisa menghafal Al-Quran. Itulah fitrah manusia.” tambah Amir Faishol.

Syeikh Ali Jaber pun berkomentar, “Itu sudah membuktikan janji Allah SWT. ‘Kami telah memudahkan Al-Quran untuk dipelajari‘ (Al-Qamar: 17). Saya percaya dan yakin bukan orang tua saja yang bangga, bukan kita sebagai juri di sini bangga, tapi saya yakin 100% Allah juga bangga terhadap seorang hamba yang bisa berhasil menjadi ahlul Quran. Dan saya percaya dan yakin, seperti Musa ini masih banyak di negeri kita. Mudah-mudahan dengan wujudnya anak-anak seperti ini Allah berkahi negeri kita”
.

Para penonton terharu menyaksikan sesi ini.

Video sesi pertandingan tersebut dimuatnaik ke Youtube dengan judul “Hafiz Indonesia 2014 – Musa 5.5 Tahun Dari Bangka Hafal 29 Juz – Membuat Semua Juri Menangis, pada hari Ahad (29/6/2014) oleh pengguna YouTube bernama “Hafiz Indonesia 2014″. -dakwatuna.com









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI