14 Okt 2013

Budaya Samseng UMNO Terbukti: Petugas Umno Bhgn Kota Raja Dipukul

Sshah Alam - Tidak sampai 24 jam keputusan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diumumkan, seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja dipukul bekas calon kawasan itu di hadapan sebuah cafe, di Kota Kemuning, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga petugas calon Pemuda yang menang di kawasan itu mendakwa dipukul oleh dua orang abang kepada bekas calon Ketua Pemuda kawasan itu.

Menurut mangsa, individu berkenaan tidak berpuas hati kerana kekalahannya kerana mendakwa dia difitnah petugas lawannya di peringkat bahagian.

"Bila saya tanya apakah fitnah itu dan siapa saksinya, abang-abangnya tidak dapat menjawabnya lalu terus memukul saya selepas 10 minit bertikam lidah.

"Selepas itu, kedua-dua abang individu itu terus memukul saya dan menumbuk di bahagian muka, badan serta menendang saya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, malam tadi.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.45 malam tadi selepas mangsa yang berusia awal 30-an itu bertengkar kerana adiknya tewas pada pemilihan semalam.

Mangsa sebelum itu menerima SMS pada jam kira-kira 7.45 malam semalam daripada abang bekas calon tersebut yang mahu bertemu mangsa di sebuah kafe di Seksyen 33, Shah Alam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi mendapatkan rawatan selepas cedera teruk di bahagian muka dan anggota badan yang lain. -SH

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Betapa dinafikan sekalipun, yang busuk itu akan tetap berbau juga. Samseng UMNO akan terus menyerlah, satu demi satu.

Pantun Lembu!!!







sumber:wargamarhaen

Kemenangan Pemimpin Terpalit Skandal Petanda Umno Hidapi Sindrom Beku, Jumud

Kemenangan pemimpin terpalit skandal dana awam dan politik wang dalam Pemilihan Umno 2013 menunjukkan ahli parti itu tidak menganggap perbuatan salahguna kuasa dan rasuah sebagai satu dosa, sebaliknya menganggapnya sebagai hak pemimpin mereka.

Menurut pengananalis politik, Dr Maszlee Malik, kemenangan pemimpin dari golongan itu sekaligus membuktikan Umno bukan sahaja masih takut hendak berubah, malah turut dilanda sindrom beku dan jumud.

“Masalahnya mereka tak anggap rasuah itu sebagai rasuah tetapi anggap sebagai hak pemimpin Umno dan mana-mana Menteri dan ini menyebabkan pemimpin terus bertindak sewenang-wenangnya.

“Mereka sudah selesa dalam keadaan ini, jadi mengapa mereka perlu berubah?” Soal pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu ketika dihubungi TV Selangor.

Dr Maszlee menambah, Umno turut berhadapan isu ketandusan pemimpin yang mampu menongkah arus yang mempunyai visi jelas dan berani bagi membawa Umno keluar dari acuan politik lapuk serta masalah rasuah.

“Pemilihan Umno ini tidak mempunyai sebarang signifikan, malah masih berada di takuk lama, tak nak berubah kerana takut berubah, ketandusan pemimpin yang mempunya visi yang jelas dan berani menongkah arus seperti pemimpin Umno dahulu sebab itu kita Umno dianggap masih menghidapi sindrom beku dan jumud,” kata beliau lagi.

Selain itu, Umno juga dikatakan gagal meletakkan wanita sebagai salah satu komponen penting bagi memperjuangkan isu kebajikkan rakyat dan wanita khususnya.

Ini berbeza dengan pendekatan parti lain yang berjaya meletakkan wanita sebagai salah seorang pemimpin tertinggi mereka sepertimana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar sebagai Presiden dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dalam Umno, wanita hanya disempitkan dalam Wanita Umno dan Puteri Umno sahaja, lain dalam parti politik lain yang wanitanya boleh sampai ke Naib Presiden.

“Wanita berkaliber pun kebanyakannya memilih tidak bersama Umno atau kalau bersama Umno sekadar mengikut arus yang ada,” ujar Dr Maszlee lagi. -tvselangor


Wanita Umno tidak mampu berubah


Keputusan yang berulang dalam pemilihan parti Umno di mana Shahrizat Abdul Jalil kekal menjadi Ketua Wanita Umno adalah bukti jelas bahawa Wanita Umno terus-menerus dalam state of denial – dalam keadaan menafikan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail apa yang dikehendaki rakyat supaya parti yang memerintah Malaysia itu melakukan perubahan yang berani, menggantikan kepimpinan yang terpalit dengan korupsi dan nepotisme.

Katanya, Wanita Umno adalah parti yang berpegang pada pemikiran lama dan jumud yang hanya bernilai dalam agenda tanpa perubahan, dengan para pemimpin yang ingin kekal berkuasa dulu, kini dan selamanya untuk menentukan perolehan habuan seperti NFC dan Awan Megah.

“Dengan keputusan pemilihan hari ini, Wanita Umno yang tinggal sekelumit saja harapan, telah terkubur sama sekali dari menjadi sebuah entiti yang boleh dirujuki dan diharapkan untuk menjadikan kenyataan agenda perubahan yang hakiki ke arah mencapai idealisme politik nilai yang menghasilkan keselamatan, keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat jelata khususnya wanita.

“Wanita Umno tidak boleh berubah,” tegasnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada Shahrizat yang mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan sayap parti itu yang diadakan serentak di seluruh negara semalam.
-HD


[VIDEO] Baling Mikrofon Kerana Bengang Ditolak Pencalonan


Insiden baling mikrofon Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati. Gara-gara pencalonan ditolak empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh naik angin.

Kekecohan itu bermula ketika mesyuarat sedang berlangsung dan seorang wakil Wanita bangun dan menyuarakan rasa tidak puas hati kerana senarai 21 calon ahli jawatankuasa Wanita Umno bahagian ditolak pada hari penyerahan pencalonan.

Mereka menganggap pemimpin Wanita Umno bahagian keterlaluan kerana menolak pencalonan itu walaupun diserah pada jam 5.01 petang pada 21 September lalu.

Berikutan itu, seorang daripada mereka merampas mikrofon dan terus melemparkannya ke lantai sebelum mereka dipujuk seorang pemimpin Wanita supaya bersabar kerana keputusan penolak permohonan pencalonan itu diputuskan peringkat Umno Pusat.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda untuk memberi laluan kepada Ketua Wanita Umno bahagian itu, Datuk Wan Hazani Mohd Noor, yang menang tanpa bertanding jawatan berkenaan berucap dan menjelaskan perlembagaan Umno yang menetapkan cara baru pemilihan pemimpin tahun ini.

Perwakilan terlibat, Rohaya Abdul Gani mengakui membuat bantahan begitu kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan Wanita Umno bahagian berkenaan.

Menurutnya, walaupun menyerahkan borang pencalonan itu lewat tetapi ia seharusnya diterima untuk menunjukkan amalan demokrasi dalam parti.

“Saya tidak setuju dengan penolakan itu kerana kita mahu ada pertandingan secara sihat bagi masa depan Melayu dalam Umno,” katanya.

Sumber juga cuba mendapatkan maklum balas daripada perwakilan yang melemparkan mikrofon itu namun, beliau enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abd Aziz, yang tampil memberi penjelasan itu kepada pemberita berkata, perkara itu sepatutnya tidak timbul lagi kerana borang pencalonan mereka ditolak sendiri di peringkat Pusat.

Beliau mengakui pada mulanya kumpulan seramai 21 orang, termasuk calon pencabar Ketua Wanita Umno bahagian, Siti Khadijah Mohd Noor menyerah borang pencalonan serentak pada jam 5.01 petang selepas ditutup jam 5 petang.

“Ketika menerima borang pencalonan mereka, kita sudah mengadakan mesyuarat membincangkan perkara terbabit dan semuanya memutuskan borang itu terpaksa ditolak kerana melebihi masa. Tetapi kita mengambil borang mereka untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Kelantan.

“Selepas itu, borang itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, tetapi sebelum keputusan penolakan itu dibuat, Siti Khadijah membuat permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno,” katanya.

Katanya, perwakilan Wanita Umno yang masih membangkitkan perkara itu perlu faham perkara sebenarnya dan surat mengenai penolakan mereka juga sudah diterima Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Peringkat Pusat, Tajol Rosli Mohd Ghani.


[KISAH BENAR] Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang

Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya, tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuksemua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …Kisah ini diambil daripada isteri tersebut yang di emel kepada Pakar Diari Hati.

Assalamualaikum.. Tolong hide nama saya. saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

saya dan suami kenal dr zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin.. makin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan 5 bln, Allah turunkan dugaan. saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani saya selepas pembedahan. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya.suami saya seorg yang baik sebenarnya.solat tak tinggal.. imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.. tapi dia lupa, Allah itu ada..

tak disangka2, Allah tunjuk petanda. Di FB suami , ada wanita yang tidak saya kenali. saya stalk FB wanita tersebut.terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya.hati isteri mana yang tak hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya.. sbg isteri, saya percaya kata2nya.. tapi dia lupa, Allah itu ada.. Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini.. Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

tapi dia lupa, Allah itu ada.. 1malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbotak-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang.. yang membuktikan mereka ada hubungan.. lagi sekali, hancur luluh hati saya.. saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. saya paksa dia mengaku.. pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

Ya Allah.. terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi…macam org gila.ya, macam org gila.. tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu.tapi tidak. saya terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati saya meluah segalanya.. saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian.sampai disana, kereta suami tiada.tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga saya bilik ke rumah mertua. saya cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua). Suami call saya dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka. saya dah tak ambil pusing.mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur..

Suami pulang pada hampir jam 11mlm. saya dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta saya dan terangkan bhw perempuan tu yang gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tapi janda anak 4!

Ya Allah, kami baru saja 25thn!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sbb perempuan tu akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka.Bila saya tanya knp tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah.. ya Allah, macamla saya tak marah ketika ini.. saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah smbil pegang perut saya atas nama anak.suami pada mulanya tak setuju.tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri.. saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan.. betul, suami saya lupa.. Allah itu ada..

Pada subuh hari, saya kejut suami. saya tanya elok2.. saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fitnah, tak ugut dia lagi. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3tak.. Allah….berat sungguh dugaanMu.. bayangkanlah, saya sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!

Ketika itu, saya diam.setitik air mata pon tiada.. saya pandang kosong suami saya. saya rasa cinta saya yang 8thn itu telah terkubur. saya diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis. saya biarkan.. baru menyesal mungkin? saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya.. ’abg bertaubatlah, solat taubat byk2. saya maafkan abg.. dan saya tiada dendam dalam hati’ suami pandang saya sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi.dan saya hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya.. saya terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata saya jatuh.. pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.. hati saya tak tenang. saya baca surah ar rahman. Tersedu2, sebak yang tak tahu nk dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis.dia tak sanggup tgk keadaan saya.. dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya. saya tak mampu untuk berkata2 ketika itu. saya hanya menangis dan menangis.. suami cerita, dia tak tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali. saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. saya ada rupa, 1000tak cantik pada janda tersebut. saya solat, saya taat pada suami. saya bekerja, saya dah bg dia anak.. saya tutup aurat.ape lagi??

suami kata dia macam lupa diri.. dia taktahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada saya.. sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg, sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yang tahu. saya hanya bertahan untuk sekejap.kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin mrh. saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tapi suami tak nk. dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak kan ceraikan saya. pada saat itu saya kerap menangis.. tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pada suami dan saya.. habis dia cerita semua yang saya tak tahu.. yang amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). saya bls msg ya dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. saya dan suami saya baik2 saja. Pastu, dia balas dan kata tahniah kpada saya kerana bersuamikan ya. perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu..

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang… sedih dan pilu hati ni taktah nk khabarkan macam mana..

tapi Allah nk ada.. siapa la yang tak marah.. memang saya mrh.tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan.. saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada.. mcm2 suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..

Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang.. anak saya pn telah selamat lahir.. kami cuba untuk lupakan segalanya. kami buka buku baru.. suami pun dah berubah. sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?

Mungkin ramai yang kata saya bodoh sbb saya bg peluang.tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri.. saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai.. mungkin, balas dendam..

Sabar sahabat2ku, Allah itu ada.. kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia.. yakinlah ALLAH ITU ADA~

Allah.. Allah.. Allah.. :’(

summber: diarihati ULASAN GB

Kisah di atas juga terpakai untuk kes di sebaliknya iaitu jika isteri berlaku curang terhadap suami...

Yang utama, ingatlah sentasa, Allah itu ada...