5 Sep 2015

Halatuju PAS Semakin Kabur & Lebih Hampir Kepada UMNO - Penganalisis

Penganalisis: Hala tuju politik Pas kian kabur

SHAH ALAM - ‎ Penganalisis politik berpandangan berdasarkan penilian masa hadapan parti politik di Malaysia, parti Pas lah yang dilihat kian 'hilang arah' kerana hala tuju politik parti itu dilihat kian kabur.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) , Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani ‎berkata, ini berdasarkan tiga analisis komprehensif yang 'ditinjau' oleh beliau.

"Pas tidak jelas dari segi hala tuju politik. Dilihat semakin rapat dengan Umno.

"Dalam pada itu Pas dilihat terlalu kolot. Meminggirkan fahaman progresif. Hanya ada dominasi golongan konservatif agama. Tidak galakkan perdebatan dan kepelbagaian pandangan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizuddin ‎berkata isu bai'ah dan hudud turut menjadi faktor.

"Obsesi ke atas isu hudud. Menolak DAP menyebabkan dipinggir bukan Islam.

"Dan isu bai'ah talak tiga menjejaskan Pas menyebabkan orang Islam mula semakin menolak Pas," katanya.

Sementara itu menurut Pensyarah Sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof ketika ditanya perihal ini, Agus mengakui prestasi Pas kian merosot.

"Pas merosot teruk," katanya ringkas kepada Sinar Online.

ULASAN GB

Seperti biasa, pemimpin dan ahli PAS yang bodoh tapi sombong, bangang tapi angkuh tetap tidak akan mahu mengakui fakta di atas.

Mereka kini begitu senang dengan "PIHAK"nya untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang eksklusif hanya kepada para ulama ulama (definisi ulama yang konvensional dan sempit - iaitu hanya orang yang berilmu agama dan ahli PAS).

Sedangkan ulama (jamak bagi golongan alim -"berimu") menurut tafsiran sebenar adalah mereka yang berilmu - tanpa mengira disiplin - dari kalangan orang beriman, bukan sekadar pandai di dalam ilmu-ilmu ugama.

Malah jika pandai dalam ilmu uagama tapi bukan ahli PAS maka mereka tidak dikira sebagai ulama pada persepektif mereka.

Misalnya As-Syeikh Yusof Al-Qardhawi, Ketua Ulama Sedunia, sebahagian besar pandangannya tidak diterima oleh PAS. Sebagai contoh di dalam soal hudud, As-Syeikh Yusof Qardawi menyatakan: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud. PAS, sebaliknya membelakangkan kata-kata Yusuf Al-Qardhawi berkenaan dengan meletakkan hudud lebih utama.

Begitu juga di dalam soal cerai taklik. Begini pandangan Ketua Ulama Sedunia itu:

Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - Pandangan Al-Qaradhawi


SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz. "Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"

JAWAPAN :-

Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?

Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-

"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -

SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)

Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.

RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013

Malah bukan sahaja Yusof Qardhawi berpendapat demikian, malah jumhur ulama menyatakan Baiah Talak mesti ditolak dan tidak terpakai serta tidak ada khilaf sedikit pun.

Malah Setiausaha Ikhwan Dawli Abu Ahmed menyatakan bahawa baiah talaq ini adalah HARAM dan bersifat 'takfiri' dan boleh membawa kepada pemikiran Daesh.

Sebaliknya, PAS tetap mempertahankan baiah talak semata-mata untuk menghentam wakil rakyat PAS yang meyertai Parti Amanah yang juga sebuah parti Islam, malah Presiden PAS sendiri menyatakan orang yang melanggarnya dianggap sebagai dilaknat Allah dan RasulNya.

Tetapi Presiden PAS sendiri tidak mengulas apa-apa mengenai apa hukumnya mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat dan apa hukumnya orang yang kerap ponteng parlimen dan tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang wakil rakyat dengan baik. (Setiap wakil rakyat perlu mengangkat sumpah dengan memulai WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" dihadapan speaker untuk menjalankan tugas dan tanggungjwabnya dan menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai wakil rakyat dengan jujur dan sedaya upayanya). Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu dilaknat Allah dan Rasulnya?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerana kerap ponteng parlimen, parlimen tidak akan terima dan akan mencampak mereka yang ponteng itu keluar dari parlimen di pilihanraya akan datang!





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




[BERGAMBAR] Mantan Pimpinan PAS Melaka Isi Borang Parti Amanah Beramai-ramai


Beberapa orang bekas pimpinan PAS Negeri melaka telah mengisi dan menyerahkan borang keahlian Parti Pekerja Malaysia yang bakal dinamakan sebagai Parti Amanah Negara.

Mereka adalah terdiri dari dua orang mantan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Salleh Yusof dan Sdra Adly Zahari, tiga orang mantan Timbalan Pesuruhjaya iaitu Hj Bakrin Sidek, Ashraf Mukhlis Minghat dan Sofi Wahab, empat orang mantan Setiausaha Perhubungan iaitu Hj Azutdin Hassan, Sdr Adly Zahari, Sdra Harun Mohammad, Hj Yuhaizad Abdullah dan tiga orang mantan Ketua Pemuda PAS Melaka iaitu Sdra Yuhaizad Abdullah, Azreen Abd Majid dan Mohd Jauhar Mohamad Dawi.

Borang keahlian parti baharu telah mula diedarkan di negeri ini dan satu majlis penyertaan dan penyerahan borang keahlian parti baharu secara beramai-ramai akan diadakan di Century Mahkota Hotel, Melaka pada 12 September ini jam 9.00 pagi. Setakat ini lebih dari 400 orang dilaporkan telah bersetuju berbuat demikian pada hari berkenaan. Majlis berkenaan akan dihadiri oleh Pengerusi Parti AMANAH Pusat, Tn Hj Mohamad Sabu dan beberapa orang pemimpin yang lain.

Penyertaan yang paling ramai adalah dari kawasan Bukit Katil dan Kota Melaka dimana dilaporkan "borang oren" tidak mencukupi dan bekalan tambahan telah dipesan dari pejabat parti AMANAH Pusat untuk menampung permintaan di kedua-dua kawasan berkenaan. Sambutan menggalakkan juga dilaporkan diterima dari kawasan Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Parti AMANAH Negeri Melaka, mensasarkan 5,000 hingga 10,000 ahli akan dapat didaftarkan di dalam tempoh yang singkat ini.

Kepada sesiapa rakyat Melaka yang berhasrat menjadi Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menghubungi talian di bawah mengikut kawasan Parlimen yang disenaraikan.

1. Jasin 019 658 8587
2. Bukit Katil 019 682 1318
3. Kota Melaka 019 667 5521
4. Alor Gajah 019 628 8840
5. Tangga Batu 012 608 2489
6. Masjid Tanah 019 233 4645
7. Angkatan Muda (AMAN) 019 355 5053
8. Angkatan Wanita (AWAN) 019 729 5411
9. Amanah Melaka 016 770 5820 @ 013 627 9269


AMANAH - PROGRESIF - PEDULI

MAJLIS PENGISIAN DAN PENYERANG "BORANG OREN" Peringkat Negeri Melaka







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Baiah Talak PAS Ditolak Oleh Majoriti Umat Islam ... -updated

Bai’ah: Jangan berpegang satu pandangan

SHAH ALAM – Semua ahli dan pimpinan Parti Pekerja Malaysia khususnya yang berasal dari Pas diingatkan supaya tidak hanya berpegang kepada satu pandangan sahaja dalam menghadapi isu bai’ah.

Demikian kata pengerusinya, Mohamad Sabu sambil menegaskan, mereka tidak perlu melatah apabila perkara tersebut digembar-gemburkan, sebaliknya perlu mengambil pelbagai pandangan ulama lain sama ada dalam mahupun luar negara.

“Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulama atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

“Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Adun Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai PPM (sebelum itu dikenali sebagai Harapan Baru).

Menurutnya, sumpah bai'ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan yang mana semua wakil rakyat, sama ada di peringkat Parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, ahli digesa berpegang kepada pandangan ulama yang paling ringan yang boleh diterima pakai dalam isu bai’ah.

“Saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulama yang boleh diterima pakai.

“Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi,” katanya lagi. -SH


KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

"HENTIKAN POLEMIK BAIAH TALAK TIGA: WANITA DAN KELUARGA MENJADI BARANG PERCATURAN POLITIK"

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar, iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan percaturan politik.

Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan ini pula tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?

Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :

1. Kami menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan insititusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun. Perbuatan ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang telah meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di hadapan Pencipta 'Azza wa Jalla; suatu syariat membawa rahmah bagi sekalian alam.

2. Apa yang telah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa untuk membuat keputusan melalui ketetapan dan prosiding yang sewajarnya.

3. Kami menyeru semua pihak agar menghentikan polemik isu baiah talak tiga ini dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Sebenarnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan wanita dan keluarga pada tahap yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dikehendaki Islam. Ayuh kita sama-sama berganding bahu membangun dan memartabatkan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
4 September 2015



ISU BAI’AH & TAKLIQ TALAK TIGA

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.

Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.

Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik. Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.

Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.

Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam . Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah.

Fadhlina Binti Dato' Siddiq
Naib Presiden ABIM (HELWA)



Politik “baiah” menganiayai WANITA!

Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung. Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta’liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan dimana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan Keluarga itu dua perkara yang berbeza? Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar dari agama.

Penceraian talak tiga yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya. Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka. Maka, sebarang penggunaan “talaq” untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan dalil dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah.

Andai kata perjuangan PAS boleh berubah di masa-masa akan datang, PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islam? Apakah ahli-ahli parti tidak boleh meninggalkan PAS hanya kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya? Walaupun ianya satu acara yang dipersetujui, namun para lelaki seharusnya memikirkan akibat yang ditanggung oleh wanita sekiranya penceraian tanpa rela ini berlaku. Wanita tidak harus dianiaya hanya kerana sebuah perjanjian taat setia terhadap parti.

Semoga ini menjadi pengajaran bagi ahli politik di Malaysia, bahawa menjadikan wanita sebagai cagaran dan gadaian dalam politik adalah satu perkara yang sungguh mundur. Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah, sedangkan Allah sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya, tetapi pemimpin pemimpin Islam di Malaysia menganggap wanita itu sebagai satu bahan yang boleh dipermainkan.Jika penindasan begini terus berlaku terhadap wanita, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengiktiraf wanita khususnya wanita Islam di Malaysia.

YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan
4 Sept 2015




ULASAN GB

GB sudah ulas semalam bahawa Baiah Talak memaparkan wajah hodoh PAS. petikan:

Ia memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Allah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.


Dan dengan terbongkarnya isu ini, majoriti umat Islam akan menolak PAS di dalam pilihanraya. Setelah bukan Islam menolak PAS seperti yang GB laporkan semalam apabila DHPP pun dah ramai meninggalkan PAS, kini disusuli dengan isu Talak Baiah yang akan menyebabkan majoriti umat Islam menolak PAS, sewajarnya PAS tidak lagi perlu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Jika mahu bertanding juga... hadapilah kemungkinan akan kehilangan deposit di kebanyakan kerusi...





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR