8 Jul 2009

MANEK URAI : 1,000 Peraih Ikan Anjur Demontrasi Bantah UMNO

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka, demikian dilaporkan Malaysiakini.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

Misteri kehilangan Nasha

Mengenai ketidak hadiran Nasharuddin Mat Isa di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, timbalan presiden PAS itu mempunyai urusan lain dan tidak dapat hadir.

Ditanya sama ada ianya urusan parti atau urusan peribadi, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak tahu.

Beliau berkata, pihaknya berpegang kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan mengenai perkara yang sama pada hari penamaan calon.

Wan Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa Nasharuddin dilarang berkempen di Manek Urai.

Ditanya sama ada Nasharuddin tidak akan berkempen langsung di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak pasti dan tidak tahu.

Mengenai kempen setakat ini, Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin 60 peratus pengundi menyokong calon PAS.

KERANA MANEK URAI, PPSMI DIMANSUHKAN

Seperti yang kami ramalkan sebelum ini, kerajaan UMNO BN telah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Banyak pihak melihat pemansuhan itu mempunyai muslihat untuk UMNO BN mencari sokongan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Namun sungguhpun demikian, pemasuhan itu adalah hasil daripada perjuangan gerakan aktivis bahasa di dalam GMP (Gerakan maansuhkan PPSMI) bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.

Matlamat GMP ialah untuk melihat dasar PPSMI dimansuhkan oleh kerajaan, dan bahasa Melayu didaulatkan semula sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Dato' Hassan Ahmad, Pengerusi GMP, sudah menyatakan bahawa Himpunan 100 Ribu pada 7 Mac itu adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, pihak polis telah menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, termasuk kepada aktivis bahasa yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah menara gading dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di kalangannya terdiri dari ahli-ahli parlimen.

Pada ketika itu polis Malaysia telah bertindak seperti binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu.

Dan kini dimana pihak polis mahu meletakkan mukanya apabila kerana hendak menang pilihanraya Manek Urai, kerajaan telah terpaksa memansuhkan PPSMI yang menjadi matlamat kepada perhimpunan yang dimusuhi sangat oleh pihak polis berkenaan.

Justeru itu, pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk termakan dengan tindakan UMNO BN yang keterlaluan menggunakan polis sebelum ini untuk menekan dan menzalimi rakyat dengan pengumuman pemasuhan PPSMI tersebut, kerana UMNO dulu kini dan selamanya sememangnya memusuhi bangsa dan bahasa ibundanya sendiri.

NIZAR ZAMBRY : PR Perak Tidak Teringin Untuk Terima Osman dan Jamalauddin

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka.

Hj Nizar sebagai sifatnya seorang pemimpin ingin mengetahui kedudukan yang sebenar di mana mereka ketika itu, hidup atau mati, bukan tawaran untuk kembali kepada PR. Hj Nizar ada peluang menawarkan mereka kembali kepangkuan PR sewaktu terserempak dengan Osman suatu ketika dulu, tetapi Hj Nizar tidak berbuat demikian.

Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas. Orang macam ini tidak sepatutnya mendapat tempat dalam parti di atas pengkhianatan yang mereka lakukan. Seeloknya kalau mereka benar insaf di atas kesilapan mereka, minta maaf pada rakyat Perak dan letak jawatan sebagai ADUN.

Ada maklumat dari Tg. Malim yang Jamaluddin kononnya menjaja ditawarkan oleh PR 10 juta kalau mereka menyertai semula PR. Sebenarnya PR sudah tidak teringin untuk mempelawa mereka, sekalipun mereka pula yang menawarkan 10 juta kepada PR kalau PR menerima semula dua orang ini, saya percaya PR sebagai parti yang bermaruah tidak akan menerima tawaran yang jijik itu, sebaliknya mereka letak jawatan, jadi orang biasa sahaja, jutaan duit yang mereka dapat dulu gunakanlah dengan baik, pergi umrah banyak kali dan bantu orang miskin sebagai pernyataan insaf dan taubat, semuga rezeki yang mereka dapat boleh menjadi halal dengan cara yang sedemikian. -misbahulmunir


MANEK URAI : Muhyiddin Akan Umum Kemenangan Perjuangan Anti-PPSMI?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dijangka akan mengumumkan kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kabinet akan membuat keputusan itu selepas beliau membentangkan hasil pelbagai kajian terperinci dan menyeluruh mengenai kedudukan PPSMI kepada Jemaah Menteri.

"Saya telah pun mengemukakan memorandum kepada Kabinet berkenaan kedudukan PPSMI, apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris dan kedudukan mata pelajaran Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan sistem PPSMI ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) Amanah Raya Berhad di Dewan Seri Pekembar di sini, Selasa.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau akan turut membentangkan beberapa cadangan dan perakuan bagaimana kerajaan hendak terus memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa penggunaan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.

"Saya sebutkan ini (bentang) selepas kita menemui pelbagai kumpulan yang berkepentingan dalam soal pendidikan. Banyak badan pertubuhan yang kita hubungi, mengadakan perbincangan, mengadakan meja bulat, pertemuan dan sebagainya," katanya.

Walaupun Muhyiddin menyatakan bahawa "keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak berdasarkan kepada desakan dan tekanan daripada mana-mana pihak", namun ramai pemerhati berpendapat Muhyiddin akan mengambil kesempatan pilihanraya kecil Manek Urai sebagai medan untuk membuat keputusan tersebut sebagai "hadiah" kepada pengundi-pengundi.

Bahasa Malaysia akan dinobatkan semula sebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik di negara ini. Jika ia menjadi realiti (sains dan matematik diajar dalam BM), ia pasti menggembirakan semua ibu bapa, terutama Melayu di luar bandar, termasuk pengundi Manek Urai, yang hampir kesemuanya Melayu itu.

Dengan cara sedemikian juga akan mampu menarik perhatian para pejuang bahasa Melayu yang telah turun berkempen menggunakan platform pembangkang di dalam setiap kali pilihanraya kecil yang berlaku sehingga menyebabkan UMNO BN terkangkang untuk menjawabnya dan akhirnya kecundang di dalam setiap PRK.

Justeru itu, PPSMI inilah juga yang akan menjadi senjata UMNO BN untuk mencapai kemenangan di Manek Urai demi untuk menarik balik sokongan pengundi terutama dari kalangan orang Melayu yang tidk banyak berpihak kepada kerajaan di dalam isu PPSMI.

Walaupun demikian, ada pihak menyatakan bahawa jika benar BM dinobatkan sebagai bahasa pengantar di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, ia SEBENARNYA adalah perjuangan golongan pejuang bahasa bersama-sama dengan pembangkang (terutama PAS) selama ini dan jika benar Muhyiddin mengumumkannya, beliau sebenanrnya mengumumkan kememangan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.



MANEK URAI : BN vs PR - Rakyat Semakin Celik

Proses mencelikkan rakyat akan perbezaan pemikiran, pendekatan dan pelaksanaan program politik di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) memang amat kritikal kepada usaha menjamin keluhuran amalan dan lanskap politik negara.

Ia perlu dilakukan dalam skala besar dan sungguh-sungguh demi memastikan rakyat akan dapat membuat keputusan dan pemilihan lebih bijak menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka tiga tahun lagi.

Bagaimanapun proses ini kini nampaknya semakin mudah dan berkesan kerana ia ditaja dan dilaksanakan dengan gigihnya oleh media arus perdana. Memang sejak 8 Mac tahun lalu, media arus perdana sentiasa mengintai kesempatan untuk merapuhkan perpaduan yang cuba dibina oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Keghairahan media upahan BN ini memang mudah difahami. Sudah tentu sebagai tukang karut dan khadam politik yang fungsinya untuk mengampu dan bermusuh dengan sesiapa sahaja musuh majikan mereka, media arus perdana berusaha untuk membina persepsi buruk mengenai PR di mata rakyat.

Lantas setiap peluang yang timbul dan difikirkan dapat mengkerdilkan musuh BN khususnya PR dan meraksasakan komplot politik BN akan menjadi modal besar bagi media arus perdana untuk digembar-gemburkan bagi menyulam pandangan serong dan prasangka terhadap PR di mata dan hati rakyat.

Strategi mengampu sebegini ternyata sudah lapuk. Hasrat rakyat beralih angin dan menyokong PR dalam pilihanraya umum tahun lalu adalah kerana kegiatan menyokong yang tidak berpada inilah sehingga “menjadi sokong membawa rebah”. Kini walaupun hampir keseluruhan media milik Kerajaan Persekutuan dan parti BN sudah dirombak pengurusan dan barisan pengarangnya, kebebalan lama masih bertaut pada halatuju dan caragaya BN berpolitik.

Perpaduan PR semakin intim Tindakan menghebohkan apa yang dinamakan keretakan dan perpecahan PR sering berakhir dengan pendedahan hakikat bahawa perpaduan PR semakin intim dan matang. Bermula dengan bibit fitnah yang cuba ditanam terhadap dua wakil rakyat KEADILAN di Perak yang didakwa terbabit dengan rasuah, sehingga kepada silang-pendapat wakil KEADILAN dengan Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan wakil DAP dengan kerajaan PAS Kedah meninggalkan kesan yang bertentangan dengan harapan BN dan hulubalang media mereka.

Ternyata wakil KEADILAN yang mereka cuba palitkan dengan rasuah adalah individu sama yang terpaksa mereka julang untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak. Sementara tindakan untuk cuba meretakkan hubungan PAS dengan rakan PR lain dalam isu kerajaan perpaduan, juga berkesudahan dengan gambaran betapa kerdilnya semangat juang BN dan juak-juak media mereka.

Secara langsung mereka mengesahkan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim bahawa PR sentiasa menghormati dan menghayati doktrin bahawa “ada rahmat di sebalik perbezaan pendapat” dan sentiasa berusaha untuk menjadikan mesyuawarah berpandukan konsep kesemarataan dan kebebasan di dalam perbincangan serta pelaksanaan program politik PR.

Inilah satu hakikat yang amat sukar difahami oleh media BN dan pemimpin komplot politik itu. Sesungguhnya politik berteras fahaman dan formula perkauman yang digunakan BN sudah lapuk dan tidak boleh lagi digunakan dalam iklim masyarakat majmuk Malaysia. Terknologi maklumat kini lebih mudah untuk menelanjangkan hasrat dan permainan politik jelek BN yang sentiasa mencari kekuatan dengan mengadu-dombakan keperluan dan idealisme rakyat pelbagai kaum dan agama.

PR membina kekuatan dengan dialog terbuka dan berpegang kepada fahaman kebebasan bersuara. Amalan inilah yang cuba disekat oleh kerajaan BN lantaran telah terlalu mabuk dengan kuasa yang dirangkul sejak lebih 50 tahun lalu. Hakikat ini menjadikan BN kalis kepada sudut-pandang yang berbeza dan ada kalanya bertentangan. Justeru pendekatan yang sering digunakan BN dalam melayani pandangan orang lain, terutama saingan politik mereka ialah dengan menggunakan kuasa untuk memadamkan idea orang lain.

Lantas apabila dibelit perbezaan pandangan di kalangan ahli komponen masing-masing, pimpinan BN hanya tahu mengguna pendekatan mengarah dan perintah hingga menghampakan ramai penyokong mereka sendiri. Kemuncak protes dalaman BN ini tercatat apabila Pengerusi BN sendiripun diberikan memorandum oleh menteri-menteri bukan Islamnya. Maka semakin ketaralah perbezaan pendekatan, pemikiran dan amalan politik BN dan PR. Maklumat ini amat berharga bagi rakyat. Terima kasih media arus perdana.-TVA

Isu Ke Manek Urai : Pemimpin BN Lebih Penting Kekayaan Diri

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim sedia menghadapi tindakan mahkamah berhubung dakwaannya mengenai nilai sebenar kediaman Datuk Seri Dr Mohammad Khir Toyo.

Suee Lim berkata, sebagai ahli politik beliau tidak akan mengalah dan bersedia menghadapi cabaran di dalam usaha untuk membongkar penyelewengan para pemimpin politik negara ini.

“Saya bersedia sekiranya Khir Toyo ingin saman saya berhubung kenyataan mengenai istananya yang bernilai RM24 juta itu kerana saya yakin, dakwaan saya adalah benar berdasarkan bukti dan maklumat daripada kontraktor yang mengubahsuai rumah itu.

“Saya juga hairan, kawasan kediaman yang paling besar di kawasan itu ditambah pula kos pengubahsuaian yang menggunakan peralatan dan perabot import dari Bali itu hanya bernilai RM 3.5 juta sahaja,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini,hari ini.

Sementara itu, Suee Lim berkata, beliau berbesar hati menerima tawaran Khir Toyo untuk melantiknya sebagai ejen hartanah bagi menjual kediaman seluas 52 meter persegi itu.

“Saya terima tawaran Khir Toyo dan saya minta agar dia menghantar surat tawaran terbuka dan menyerahkan kunci rumah terbabit supaya saya dapat membawa pembeli melihat rumah itu.

“Sekarang pun saya sudah ada dua, tiga pembeli yang berminat untuk membeli rumah itu. Saya harap Khir Toyo mengotakan janjinya untuk memberikan 50 peratus komisen tersebut,” katanya.

Kelmarin, Khir Toyo memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya dakwaan Suee Lim mengenai nilai sebenar kediamannya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam sebanyak RM24 juta adalah tidak benar.

Khir Toyo turut melahirkan hasratnya untuk melantik Suee Lim sebagai ejen hartanah bagi menjual kediaman tersebut dengan harga RM 24 juta dan menawarkan 50 peratus komisen dari hasil jualannya.

Dalam pada itu, Suee Lim turut mempersoalkan bagaimana Khir Toyo mampu menjelaskan bayaran ansuran kediaman terbabit sebanyak RM16,709 sebulan sedangkan elaun bulannya sebagai ADUN Sungai Panjang hanya sekitar RM8 ribu sahaja.

“Apa yang menghairankan adalah bagaimana beliau mampu membayar ansuran bulanan pinjamannya yang berjumlah satu kali ganda lebih banyak dari elaun bulannya.

“Sekiranya wang yang dia dapat diperolehi dengan cara halal, saya setuju benar dan ingin belajar daripadanya cara-cara menjadi jutawan dalam masa yang singkat,” katanya.

Suee Lim turut menyangkal kenyataan Khir Toyo yang mendakwa beliau kurang senang dengan tindakan Khir Toyo yang sering melawat ke Sekinchan.

“Saya tidak pernah marah terhadap tindakan Khir Toyo melawat ke kawasan saya (Sekinchan) kerana inilah lumrah dunia politik yang sering dikritik dan mengkritik.

“Saya mengalu-alukan lawatannya dan saya harap dia akan membawa lebih banyak dana dan sumbangan kepada penduduk di Sekinchan,” katanya.

Sementara itu setelah sekian lama berdiam diri disebalik pelbagai pertuduhan rasuah yang berpalit pada pemimpin-pemimpin politik Umno-BN dan GERAK mula bertindak. Kali ini memfailkan laporan kepada SPRM Selangor berhubung kontroversi rumah agam Khir Toyo.


MANEK URAI : Presiden PAS Membelakangkan Ahlinya?


Nak tulih ker idak. Aah, tulih jer ler.

Pening teman dengan kelaku TGHA ni. Presiden PAS yang tak gheti berpolitik. Presiden yang gagal menggunakan ruang dan peluang untuk menguatkan PAS dan PR. Presiden yang bukannya nyenangkan hati penyokong, tetapi menambahkan lagi keluh kesah pengundinya. Tak abih-abih nak bincang dengan UMNO. Nak bincang pasai politik dan ekonomi. Kalo sebelum ini bincang demi perpaduan Melayu melalui UG, ler ni nak bincang demi kepentingan rakyat pula.

Timbalan Presiden PAS udah soh. Udahler soh, macam tak laku pula di Manek Urai. Kesian. Tapi TGHA masih degil. Dulu presiden juga yang kata UG udah tutup buku. Sekarang masih sebut boleh bincang sekiranya boleh menguatkan PAS. Semalam kata berbincang demi rakyat. Hari ini pula kata berbincang kalo boleh nguatkan PAS. Udah terkolap agaknye lidah TGHA.

Cakap pun udah berbelit macam UMNO. Teman nak tanya Tuan Presiden, bukanker gagasan UG ala PAS telah dibincangkan dengan UMNO? Mestiler udah ada tepak sirehnya yer. Mestiler udah ada janji setianya. Apabila TGNA dan penyokong PR menolak UG dengan UMNO, baruler tergesa-gesa pimpinan PAS memutuskan hubungan dengan UMNO.

Rupa-rupa sohnya sekejap ajer. Mungkin telah ada janji besar antara presiden PAS dengan UMNO. Berdosa kalo presiden mungkir janji. Sebab ituler agaknya Ketua Dewan Pemuda PAS boleh duduk sebelah menyebelah dengan Naib Ketua Pemuda UMNO di lobi Parlimen. Pemuda PAS akan mengadakan Wacana Ilmu dengan UMNO. Lantaknyer ler. Lagipun ketua pemuda PAS tu baru lagi. Bior ler dia belajor dan tahu akan kesilapannya sendiri sebelum dia mampu memimpin PAS.

Tapi kalo TGHApun udah senada dengan pemudanya, teman tak tahuler nak kata apa lagi. PAS cuma nakkan undi daripada ahlinye jer. PAS tak harapkan lagi undi penyokong yang bukan ahli. Undi ahli PAS campur undi UMNO udah cukup untuk memenangkan PAS-UMNO.

Sepatutnya pada ketika ini TGHA senada dengan TGNA. Sepatutnya TGHA menambahkan lagi tekanan kepada PM Satu Malaysia yang takut berdebat dengan TGNA pasai dakwaan TGNA yang UMNO itu komunis dan sesat. Ini idak, TGNA jer yang beria-ia menyerang UMNO. TGHA pulak macam nyebelah UMNO. Kaborjer pada UMNO tu, debat any time, bincang-bincang tak mainler.

PAS Kelantan telah menyediakan isu royalti minyak di perairan Kelantan. Tetapi sayang isu yang besar ini tidak bersambut. Benak benar ker pimpinan PAS. Apakah pimpinan PAS hanya melihat isu ini dalam konteks Kelantan jer? Jadikanler isu ini untuk menguatkan PR di negeri-negeri lain. Pahamkan rakyat Kelantan dan negeri lain tentang isu royalti ini. Isu ini akan membuktikan betapa tak gunanya UMNO sehingga sanggup merompak menyamun harta Kelantan. Rakyat Kelantan miskin bukan kerana PAS. UMNOler punca utama kemiskinan rakyat Kelantan.Patutnya TGHAler yang lantang menyuarakan isu ini. Bukannya pasing pada naib-naib PAS jer.

Terus terang teman kata, teman tak respek dengan pimpinan nombor satu dan nombor dua PAS. Teman tak nampak PAS semakin kuat. Kualiti pimpinan PAS semakin mundur. Namun begitu kami rakyat takde pilihan. Kami terpaksa juga mengundi PAS selagi PAS dalam keluarga PR. Ini kerana kami rakyat marhaen udah getik bebenor dengan UMNO.

Kekadang teman terpikio, kaloler TGNA ditakdirkan takde, macam manaler agaknya rupa PAS? - Dango Mamamat