27 Dis 2008

Berita TKOfm 27 Dis 2008

Indeks Persepsi Rasuah untuk Malaysia bertambah buruk. Ini menunjukkan gejala rasuah di dalam negara semakin serius di era Pak Lah sebagai PM. V. Mathiyalagan gagal dalam cubaannya untuk menghalang Puan Sri Jayashree Gnanapandithan daripada menjadi presiden IPF. Bekas banduan tidak boleh jadi ketua kampung di Perak, demikian tegas MB Perak Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Sukan: Bilakah lagi bolasepak negara akan maju?

Media massa perdana perlekehkan Hudud yang diperjuangkan PAS hasil provokasi jahat menantu PM, Khairy Jamaluddin yang sedang giat berkempen untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO.


25 Dis 2008

Berita TKOfm 25 Dis 2008

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS. Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas. Bapa Altantuya failkan permohonan batalkan pembebasan Razak Baginda.

Gapena beri tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. "Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media.

Luarnegara: Syarikat pengeluar susu tercemar, Sanlu di China diisytiharkan muflis.


24 Dis 2008

Berita TKOfm 24 Dis 2008

Mahfuz menang lawan Utusan, dianugerahkan RM120,000. Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pokok Sena, Mahfuz Omar memenangi saman fitnah terhadap Utusan Melayu Berhad dan diberikan RM120,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini sebagai ganti rugi bagi perkataan fitnah yang diterbitkan terhadapnya. Teresa Kok pula menyaman Utusan dan Khir Toyo RM30juta dengan isu azan.

Pelbagai karenah dilakukan terhadap kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Terbaru, Perak kena tunggu keputusan Majlis Tanah Negara. Othman Omar dilantik Pengurus Besar PKNS. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak boleh dilantik semula sebagai senator sekiranya beliau kalah pada pilihan raya kecil berkenaan. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini mengumumkan calonnya untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, iaitu seorang peniaga, Harun @ Ab. Rahman Mohamad.

Harga minyak mentah global terus jatuh kepada US$39.91 setong. Pasaran saham Asia merudum ekoran kejatuhan harga minyak dan krisis industri automobil di Amerika Syarikat.


19 Dis 2008

Berita TKOfm 19 Dis 2008

Wajarkah Institut Jantung Negara diswastakan? Pandangan pelbagai pihak terutama pendirian Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan tidak akan menghalang cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.

Mulai tahun depan, semua bakal pengantin beragama Islam akan diwajibkan menjalani ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Cadangan wujudkan dana khas untuk bantu golongan diberhentikan kerja. JERIT berjaya serah memorandum kepada wakil BN dan pembangkang di parlimen. Harga minyak merudum hari ini. Kapal China diselamatkan dari ditawan lanun Somalia.


18 Dis 2008

Berita TKOfm 18 Dis 2008

91% menyatakan tidak yakin Undang-undang perlantikan Hakim akan bawa kredibiliti kepada Badan Kehakiman. Demikian keputusan SMS yang dilakukan oleh television swasta, NTV7 berhubung dengan isu rang undang-undang Suruhanjaya Badan kehakiman yang diluluskan di parlimen semalam. Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. D. Jayekumar membidas polis yang berbohong dengan isu penggunaan remaja dalam ekspedisi JERIT. Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk Siva Subramaniam menyatakan aktiviti JERIT adalah aktiviti yang sihat dan polis sepatutnya boleh bekerjasama mengeluarkan permit dan tidak perlu kecoh serta menganggu peserta ekspedisi berkenaan.

Luarnegra: Raja Thai perkenan untuk terima perlantikan Abhisit sebagai PM Thailand yang baru. Kongres Mexico kecoh dengan berlakunya adegan bertumbuk dan membaling kerusi diantara pihak kerajaan dan pembangkang.


17 Dis 2008

Berita TKOfm 17 Dis 2008

Keluarga Muntadhar Al-Zeidi desak Iraq bebaskan Muntadhar yang membaling kasut ke arah Bush. Menurut Durgham, adik lelaki Muntadar, abangnya itu mengalami patah tulang lengan dan rusuk selepas dipukul oleh ejen keselamatan Iraq.

Rang Undang2 Perlindungan Saksi dibentangkan di parlimen dan reaksi ahli parlimen terhadapnya. Dakwaan rasuah cetus suasana panas di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini menyerahkan surat kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki TUn Azmi meminta beliau meletakkan jawatannya berikutan Zaki dikatakan telah mengaku secara terbuka terlibat dengan rasuah pada tahun 1987.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Disember ini keputusan kes saman Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd. kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel yang diterbitkan tujuh tahun lalu.


12 Dis 2008

Berita TKOfm 12 Dis 2008

Lembaga Disiplin PPP pecat Penasihat parti itu, S.I. Rajah yang juga bekas Presiden PPP. PAC cadang akta baru untuk tangani pembangunan tanah tinggi. BPR akan lakukan siasatan jika terdapat unsur rasuah di dalam isu Bukit Antarabangsa. Kedah akan tetap tebang balak di Ulu Muda selagi tidak dapat pampasan RM100 juta dari Kerajaan Pusat.

Parlimen: Ahli Parlimen mahu Badan Kehakiman benar-benar bebas. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, rang undang-undang tersebut tidak benar-benar bebas memandangkan Perdana Menteri masih mempunyai kuasa dalam pelantikan hakim. Pindaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 terus terima bantahan. Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata AUKU mengakibatkan satu ketakutan psikologi yang cukup besar kesannya.

"Mereka ada budaya 3M iaitu menyalin nota, menghafal nota dan muntah balik nota (semasa peperiksaan) dan tak ada perkara lain," katanya.

10 Dis 2008

Berita TKOfm 10 Dis 2008 Edisi Ptg

PM membentangkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim untuk bacaan kali pertama.

Parlimen akan membahaskan usul tergempar mulai pukul 4.30 petang ini selama sejam yang dibawa MP Gombak, Azmin Mohd. Ali untuk membincangkan soal pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit ekoran tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Bangkai anjing bukan mayat warga Sri Lanka yang ditemui semalam.

Keadaan banjir hari ini di semua daerah di Terengganu telah pulih kecuali di Kuala Terengganu yang masih lagi bertahan. Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata di Marang, semua pusat pemindahan banjir ditutup pukul 8 pagi ini dan kesemua 26 orang yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Siapa Calon PAS dalam PRK P36 Kuala Terengganu, Mohd Sabu atau Khazani?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.

Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau tidak dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

Namun, Dewan Pemuda Pas Terengganu sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi. Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

Calon tersebut ialah Prof. Dr. Mohamad Khazani Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia

Di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR, dan kini di Kuala Terengganu giliran PAS pula. Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil pada ketika itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi. Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061. Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648. Datuk Razali dapat 32,582 undi, Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Proses pemilihan calon ini akan berjalan mengikut proses biasa iaitu dari peringkat percalonan dari kawasan Kuala Terengganu ke Perhubungan Negeri Terengganu dan seterusnya dipilih di peringkat pusat.

Banyak faktor perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan pemilihan calon yang tepat untuk pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu nanti.

Menelek latarbelakang calon yang diketengahkan oleh Pemuda PAS Terengganu yang berbeza dari calon yang dihasratkan oleh Mursyidul Am PAS, nampaknya calon tersebut (Prof Dr Khazani) mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan calon-calon lain seperti Mohd Sabu dan Mustafa Ali (pesuruhjaya PAS Terengganu) yang juga namanya turut kedengaran disebut-sebut sebagai calon PRK P36 nanti.

Namun, ada banyak juga faktor yang perlu difikirkan dengan mengketengahan ahli akademis yang berpotensi dan berwibawa berkenaan.

Pertama sudahkah kita mampu untuk tidak lagi menerima calon yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS sekalipun ia adalah pilihan peribadinya. Kemungkinan ini peluang dan hasrat terakhir Mursyidul Am PAS berbuat demikian selagi hayatnya dikandung badan dan ketika masih menjadi Mursyidul Am dan tentunya pemilihannya berasaskan kepada beberapa sebab serta pengalamannya yang banyak sebagai tokoh politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Terbandingkah dengan orang lain?

Kedua, Prof Khazani, dengan usianya yang muda, sudahkah kita mampu untuk mengorbankan seorang yang begitu berpotensi dan berwibawa untuk mengketengahkan beliau di gelanggang politik sekalipun sumbangan beliau di dalam bidang akademik dan kejuruteraan begitu diperlukan oleh sekalian ummah (beliau ialah Tokoh Saintis Muda Negara 2001 sewaktu berusia 31 tahun).

Ketiga, oleh kerana pilihanraya ini adalah satu pilihanraya kecil, BN sepastinya akan mengerahkan segala tenaga untuk memenangi PRK ini "at all costs" dan mampukah kita mempertaruhkan masa depan seorang ahli akademis yang amat berharga sedangkan peluangnya lebih cerah jika bertanding di dalam pilihanraya umum dan bukan di dalam satu pilihanraya kecil.

Namun apapun keputusan yang ditetapkan oleh PAS Pusat tentunya adalah keputusan mesyuarah yang lebih baik dari pandangan-pandangan peribadi dan semuga ia mendapat limpahan keberkatan dari Allah s.w.t. jua.

Wallahu 'alam.


Berita TKOfm 10 Dis 2008

Mayat kelima dikesan tragedi Bukit Antarabangsa telah berjaya dikesan? Penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa di sini yang menghadapi pelbagai kesukaran akibat kejadian tanah runtuh pada hari Sabtu lepas merancang untuk menyaman pihak berkuasa tempatan dan menuntut ganti rugi. Masih ada penduduk yang enggan berpindah.

8 peserta kempen rakyat pengayuh Perubahan ditahan polis. Parti Progresif Penduduk (PPP) bebas membuat pilihan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika itulah pilihan mereka, kata Perdana Menteri.

Lima pengawal elit Blackwater dituduh bunuh 17 warga Iraq.


6 Dis 2008

Berita TKOfm 6 Dis 2008

SPR telah umumkan tarikh penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu iaitu pada 6 Januari manakala pilihanraya diadakan pada 17 Januari ini dengan lebih 80,000 pemilih layak mengundi. SPR juga telah tiba-tiba mengenengahkan isu nenek Maimon yang dikatakan layak bertanding. Kenapa sampai begitu sekali langkah SPR untuk menonjolkan Nenek Maimon di dalam satu persidangan yang sepatutnya tumpuan kepada tarikh dan proses pilihanraya? Polis kontinjen Terengganu pula dilaporkan akan kerah 1500 anggota untuk pantau PRK P36 nanti. Negeri Terengganu hendak berperangkah sehingga terlalu ramai anggota polis perlu dikerahkan ke satu pilihanraya kecil?

Majlis Peguam menyatakan RELA tidak layak untuk laksana penguatkuasaan keatas pekerja asing. Pemuda MIC Penang kecam cadangan Mukhriz, Samy Vellu dan Chua Soi Lek pun turut kecam.

3 syarikat kereta terbesar di Amerika di ambang kebangkrapan menuntut bantuan dan pembelaan dari Kongres. Syarikat Honda Jepun pula mengambil keputusan kemungkinan tidak akan sertai Formula1 malah bercadang akan menjual syarikatnya ekoran pendapatan yang statik.


5 Dis 2008

Berita TKOfm 5 Dis 2008

Keputusan Umno untuk memecat bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu, kata PM. Zaid pula pertikai cara pemecatannya walaupun mengetahui beliau bakal dipecat. Beliau menyatakan beliau tidak dipanggil untuk membela dirinya.

Parlimen: Hanya 123 hotel memohon Sijil Halal. Isu PDRM yang pilih bulu, berat sebelah dan sikap tidak profesyenal ditimbulkan oleh ahli parlimen Seputeh. Dua usul pembangkang untuk memotong gaji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sebanyak RM10 kerana dikatakan gagal dalam menjalankan tugas mereka hari ini ditolak oleh Dewan Rakyat.

Rakyat Malaysia tidak terlibat dalam tragedi Mumbai.

Bahagian Isi. Ini adalah bagian yg hanya muncul jika link 'Baca selanjut' diklik.

4 Dis 2008

Berita TKOfm 4 Dis 2008

Chua Soi Lek disiasat polis berkaitan isu ketuanan Melayu. Anwar menyifatkan tindakan UMNO memecat Zaid Ibrahim sebagai satu sikap tidak bertoleransi UMNO. Harga lantai petrol akan ditentukan pada 10 Dis. Pembangkang menolak cadangan penetapan harga lantai dan pertikai penurunan harga minyak yang terlalu kecil. Kadar sewa rumah rakyat PPR Selangor kekal.

Luarnegara: Parlimen Thailand akan melakukan undi untuk PM baru minggu depan setelah mahkamah membubarkan parti pemerintah kerana penipuan yang dilakukan di dalam pilihanraya umum yang lalu.


2 Dis 2008

Berita TKO.fm 2 Dis 2008

Perkembangan banjir di Kelantan dan Terengganu. Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi menyebabkan keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk petang ini dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat. Korban banjir kedua, Nur Amalia Ayob, 11, ditemui lemas setelah tergelincir ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Kampung Kayu Rendang, Melor, dekat sini.

Karpal Singh desak Majlis Peguam letak jawatan. SPR akan tentukan tarikh pilihanraya kecil Kuala Terengganu dalamasa terdekat ekoran pemergian Allahyarham Datuk Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran beberapa hari lalu.

Luarnegara: 2 lapangan terbang Bangkok terus dikepung. Sukan : Keputusan Liga perdana Inggeris.