Krisis Mesir: Kerajaan Malaysia Tidak Wajar Diam Diri
Malaysia perlu menyatakan pendirian berhubung pencerobohan tentera di Mesir yang menyebabkan kejatuhan Presiden Mohammed Morsi.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan Malaysia tidak sewajarnya terus berdiam diri dalam perkara ini kerana pergolakan di negara itu kini mengorbankan ratusan nyawa rakyatnya.
Katanya, berdasarkan sokongan ditunjukkan adalah jelas rakyat negara itu mahu Dr Morsi dikembalikan sebagai Presiden Mesir.
“Kita meminta kerajaan Malaysia bagi memainkan peranannya dan menggunakan apa juga pengaruh yang ada untuk mempengaruhi kerajaan tentera Mesir untuk kembalikan negara itu kepada landasan demokrasi yang diasaskan semula oleh Dr Morsi.
“Apabila kerajaan Malaysia berdiam diri nampak seolah-olah kita boleh terima amalan rampasan kuasa itu dan akibat daripadanya ialah tekanan yang hebat dikenakan kepada umat Islam di Gaza, Palestin,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Menurutnya, maklumat diperoleh yang boleh dipercayai ialah rampasan kuasa itu didalangi hasil campurtangan Israel dan Amerika Syarikat yang tidak mahu Mesir menikmati sistem demokrasi yang akan menyebabkan golongan Islamis untuk berkuasa.
Katanya, PAS telah menghantar seorang wakil, Dr Syed Azman ke Mesir dan kini bersama dengan penunjuk perasaan di negara tersebut.
“Ia adalah sebagai tanda sokongan PAS terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi,” ujarnya.

Medan Raba'ah bakar semangat juang pro Morsi
Laporan Khas Dr Syed Azman Yang Kini Berada Di Mesir
KAHERAH: Medan Raba’ah Adawiah yang terletak di pinggir Kota Kairo merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Mohamad Morsi yang di guling oleh junta tentera.
Di sinilah lokasi yang dijadikan markas serta tempat himpunan utama mereka sejak lebih sebulan yang lalu.
Pengorbanan yang begitu tinggi ditunjukkan oleh penyokong Presiden Morsi yang telah berkhemah walaupun di tengah-tengah musim panas di bulan Ramadan sangat-sangat menakjubkan.
Walaupun pada 26 Julai lalu, telah berlaku pembunuhan kejam, lebih seratus mereka yang tidak berdosa dan ribuan yang tercedera akibat serangan tentera Mesir dan polis khas rejim junta tentera yang merampas kuasa, namun semangat yang ditunjukkan mereka yang berhimpun di Dataran Adawiah ini amat tinggi sekali.
Malah pembunuhan kejam yang berlaku telah menambahkan lagi semangat mereka untuk terus berada di sana bagi menentang kekejaman junta tentera itu.
Pidato serta ucapan daripada pimpinan Ikhwan di sani juga amat besemangat dan mereka tidak sedikitpun menunjukkan mahu mengalah dan berundur daripada perjuangan menegakkan hak mereka dan tuntutan demokasi di Mesir.
Di dataran ini disediakan khemah-khemah sementara dengan pelbagai kelengkapan asas seperti kemudahan air, saluran letrik serta makan minum yang sentiasa mencukupi kepada ratusan ribu yang berkumpul setiap hari.
Malah sebuah hospital sementara juga disediakan di sani dan pada hari minggu himpunan besar yang biasanya diadakan dianggarkan lebih 3 juta rakyat akan berhimpun.
Semua yang saya temui amat besemangat mahu dikembalikan hak dan suara mereka walaupun telah berlaku pembunuhan berdarah. Mereka bersolat waktu dan solat Tarawih berjemaah setiap waktu dengan penuh disiplin sepanjang bulan Ramadan ini.
Anak-anak muda juga begitu sibuk menguruskan urusan di dataran ini setiap hari. Semangat mereka juga begitu tinggi untuk mempertahankan dataran Adawiah ini daripada serangan junta tentera serta pengganas upahan yang disediakan oleh pihak polis.
Selain menjaga keselamatan serta keamanan di sekitar dataran, mereka ditugaskan membantu setiap urusan harian ribuan penghuni dataran ini.
Begitu juga dengan kaum muslimat. Mereka juga amat bersemangat untuk terus kekal di Dataran Adawiah selagi Presidan Morsi tidak dikembalikan ke tempat kuasa beliau walaupun telah berlaku pertunpahan darah.
Mereka dilihat begitu sibuk menyediakan makanan dan minuman serta membantu mereka yang cedera untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Laungan-laungan seperti; "dengan darah, dengan nyawa, kami akan korbankan untuk mendapatkan yang hak" dan "cukuplah Allah sebagai pembantu kami" terus berkumandang sepanjang masa bagi membakar semangat mereka.
Inilah realiti politik penentangan yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Rakyat terus bangkit menentang kekejaman junta tentera walaupun dengan darah mereka.
Di Dataran Adawiah, pembunuhan berdarah tidak sedikitpun melunturkan semangat mereka. Malah kekejaman inilah yang terus membakar semangat mereka untuk terus berhimpun di dataran yang di anggap sebagai "Dataran Demokrasi" ini. -HD