9 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Reputasi Apa Yang SPRM Ada Kecuali Dilihat Rakyat Sebagai S/jaya Pembunuh?

Rakyat 1Malaysia cuba diperbodohkan oleh tindakan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka.

T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo hari ini memberi keterangan pada inkues yang berjalan hari ini dan mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.

Persoalan kini, reputasi apa yang SPRM ada ketika ini? Tiada siapa yang ingin menjatuhkan maruah SPRM tetapi SPRM yang sudah memang tidak bermaruah akibat dari kenyataan dan tindakan pegawai-pengawainya termasuklah Ketua Pesuruhjayanya sendiri Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon baru saja meminta Ahmad Said Hamdan dan pegawai-pegawai kanannya mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejas siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Koh berkata adalah tidak wajar bagi mereka mengeluarkan komen terhadap sebarang kes yang sedang disiasat.

"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata Koh dalam satu kenyataan.

Koh memberikan respons terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua MACC pada ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau.

Beliau berkata orang ramai mengharapkan hasil konkrit oleh MACC dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.

Koh, yang bertanggungjawab menangani soal perpaduan nasional dan prestasi, adalah juga pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapai (Pemandu) di Jabatan Perdana menteri.

Koh berkata pegawai-pegawai MACC boleh menjelaskan kepada orang ramai mengenai dasar, perkara prosedur dan perangkaan kes yang disiasat.

"MACC mesti bebas dan dilihat bersifat demikian, dalam pengendalian sebarang kes,' ujar Koh.

Teoh, seorang pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoalsiasat oleh MACC di bangunan yang sama

Rakyat melihat tindakan pegawai-pegawai SPRM yang mebuat laporan polis kononnya mereka tidak menggunakan kekerasn di dalam soalsiasat saksi-saksi adalah katun semata-mata dan mereka cuba untuk menyembunyikan diri dari kenyataan sebenar bahawa merekalah yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock.

Semakin mereka cuba untuk menipu dan menutup konspirasi itu, rakyat menjadi semakin curiga dan kebenaran akan semakin terdedah apabila lebih ramai saksi yang tampil nanti membuat pengakuan dan pendedahan.

Langkah yang diambil oleh pegawai-pegawai berkenaan adalah laksana meludah ke langit dan kahaknya tidak akan menimpa orang lain kecuali diri mereka sendiri.


Dan katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Era Najib Altantuya : Saksi Dakwa Didera SPRM (updated)

Dia digari dan dibawa ke sebuah bilik gelap dimana dia ternampak seorang yang agak tinggi bercerminmata membaluti sebatang keluli dengan kertas suratkhabar.

Dia diarah untuk berbogel. Beberapa orang yang lain menyerangnya. Dia dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga dia tidak tahan lagi menahan kesakitan.

Sivanesan Tanggavelu, 22, yang masuk ke kandang saksi di dalam Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock memberikan butiran bergrafik tinggi pengalamannya sewaktu disoalsiasat oleh pegawai SPRM Selangor.

Penolong pengurus sebuah syarikat yang bertempat di Kuantan mengingati kejadian bagaimana beliau diangkut dari rumahnya pada 4 Sept tahun lepas oleh tiga orang yang mengakui mereka pegawai pencegah rasuah dan meminta bantuan beliau di dalam satu siasatan kes.

Beliau mengikut mereka ke pejabat di tingkat 14 Plaza Masalam dan mereka cuba untuk memaksanya menandatangani dokumen pengauan bersalah.

Apabila dia enggan, seorang dari mereka, yang dipanggil “Mohan”, memberitahunya di dalam bahasa Tamil: “Jika anda tak bercakap benar, tempat ini akan menjadi seperti neraka.”

Pemuda berusia 22 tahun itu telah dibawa pada hari ini sebagai saksi baru di dalam inkues Teoh Beng Hock yang dikatakan terjatuh pada 16 Julai selepas menjaalani soal-siasat pada sebelah malamnya oleh SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam.

Peguam untuk SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah membantah pada sebelah pag tadi, penerimaan kenyataan Sivanesan dan juga repot mengenai serangan yang berlaku ke atasnya.

Beliau menyatakan laporan Sivanesan “tidak relevvan” terhadap inkues Teoh kerana ia berlaku dah terlalu lama, sebelum Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi SPRM.

Gobind telah membentak dengan menyatakan "Kami bersedia untuk teruskan. Anda kata, nama Ashraf tidak ada dalam laporan. Anda minta kami untuk menyediakan saksi kami; bila kami ada, anda katakan yang ia tidak relevan."


PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (RABU)
Saksi misteri tampil beri keterangan

BERIKUT adalah perkembangan inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini:

1.40 petang: Mahkamah ditangguhkan sehingga Khamis ini.

1.35 petang: Sesi soal jawab berkahir. Sivanesan berdiri dan kembali ke tempat keluarganya di tempat duduk awam.

1.23 petang: Sivanesan berkata dia telah membuat aduan kepada Suaram, Suhakam, polis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai biro pengaduan awam, Datuk T. Murugiah.

Katanya, daripada apa yang dia tahu biro tersebut sedang menyiasat kes berkenaan.

1.20 petang: Sivanesan berdiri dan menunjukkan kepada mahkamah sehelai seluar dalamnya yang koyak dipakainya ketika dia dipukul dibahagian kemaluannya.

1.15 petang: Sivanesan berkata dia telah ditahan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam bermula pada 4 September hingga 9 September 2008.

Katanya, dia telah dirawat ekoran kecederaan di kepala, buah pinggang dan kemaluan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

12.50 tengah hari: Sivanesan berkata dia telah diminta untuk menanggalkan pakaian dalamnya.

Dia berkata Ashraf mula menendang, tumbuk dan menampar dia berkali-kali dengan tangannya digari.

Tambahnya, buku lalinya turut digari apabila dia menjadi lebih agresif ketika isu perkauman dibangkitkan.

12.47 tengah hari: Sivanesan dibawa pejabat SPRM. Ketika itu dia melihat seorang pegawai memakai cermin sedang membungkus satu batang keluli dengan akhbar.

Dia berkata, keluli berkenaan telah dilihat pada siling bangunan yang masih dalam pmbinaan.

Katanya,pegawai berkenaan meletakkan rod dibawah dan menampar pipinya sambil berkata: "You ni keras kepala."

12.34 tengah hari: T. Sivanasan, 23, mengambil tempat sebagai saksi ke-20.

Semasa disoal oleh Gobind, dia berkata, tiga lelaki yang hanya dikenali sebagai Zulkifli, Ashraf dan 'J' datang ke rumahnya dan meminta dia mengikut mereka untuk membantu siasatan.

12.31 tengah hari: Koroner berkata, saksi boleh dipanggil untuk mengambil tempat dan SPRM boleh memfailkan permohonan untuk semakan semula pada masa yang sama.

12.13 tengah hari: Abdul Razak berkata, beliau akan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan koroner semalam yang laporan itu relevan dan saksi boleh memberi keterangan.

Peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar bangun dan berkata, Abdul Razak kemungkinan telah memikirkan tentang perkara itu semalam.

12.10 tengah hari: Gobind berkata, prosiding mahkamah masih pada tahap yang sama kerana Abdul Razak.

"Kami bersedia untuk teruskan. Anda kata, nama Ashraf tidak ada dalam laporan. Anda minta kami untuk menyediakan saksi kami; bila kami ada, anda katakan yang ia tidak relevan," kata Gobind.

12.05 tengah hari: Abdul Razak berkata, tidak sepatutnya ada masalah untuk saksi datang ke mahkamah memberi keterangan.

Mengenai saksi misteri yang duduk di galeri awam, beliau berkata:

"Mungkin mereka mahu mendedahkan identitinya hari ini."

Berhubung tindakan Gobind yang berdiri dan menjerit: "Apa yang anda cuba katakan?"

11.50 pagi: Gobind berkata, beliau tidak boleh memberi jaminan yang saksi boleh hadir lagi untuk memberi keterangan jika dipanggil memandangkan ramai saksi enggan tampil di khalayak berhubung dakwaan terhadap SPRM.

"Mereka malah tidak mahu memberikan nama mereka. Tetapi hari ini, kita ada saksi yang sudi tampil ke hadapan dan duduk di sini," katanya.

11.40 pagi: Mahkamah disambung semula. Koroner berkata, beliau menyebut tentang pendirian SPRM bahawa laporan itu tidak relevan. Bagaimanapun, ia bukan pendirian beliau.

10.53 pagi: Mahkamah berhenti rehat seketika untuk Koroner meneliti rakaman prosiding semalam.

10.25 pagi: Gobind membangkitkan mengenai saksi ke-19, pegawai SPRM Selangor, Mohd Ashraff Mohd Yunus, 25, tidak dipanggil oleh polis.

"Apa yang dimaksudkan beliau (Abdul Razak) dengan siasatan yang belum selesai sekiranya saksi tidak dipanggil oleh polis," tanya Gobind.

10.20 pagi: Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, beliau tetap dengan pendirian yang dibuat semalam untuk membenarkan saksi misteri memberi keterangan kerana laporan polis yang dibuat saksi tersebut relevan dengan fakta inkues.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Abdul Razak yang kes dalam laporan itu masih dalam siasatan.

10.15 pagi: Peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Muda berkata, sebelum mahkamah membenarkan saksi misteri memberi keterangan, mahkamah perlu mengambil kira bahawa laporan itu telah dibuat 10 bulan sebelum kematian Teoh dan ia adalah satu jurang tempoh yang besar.

10.12 pagi: Peguam Gobind Singh Deo berkata, 'saksi misteri' berada dalam mahkamah dan sedia memberi keterangan.

9.45 pagi Inkues bermula. 'Lelaki misteri' yang dinanti-nantikan berada di galeri awam dengan memakai kemeja putih dan seluar kelabu. Dia duduk bersama keluarganya.

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bermula pagi ini dengan semua yang hadir tertanya-tanya sekiranya 'saksi misteri' yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi keterangan.

Lelaki misteri itu adalah seorang penolong pengurus syarikat, T Sivanasan. -MSTAR





Skandal PKFZ : Penglibatan Umno Cuba Ditutup - Mahfuz

Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"

Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. "Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"

Saya mempersoalkan kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"

Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,"

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui." -gemasuara

Era Najib Altantuya : Esok Tarikh Bicara Zahid Hamidi

Sepanjang tahun 2008, empat tarikh mahkamah telah ditetapkan untuk mula bicara kes saman civil Amir Bazli terhadap Zahid Hamidi. Semua tarikh itu tertangguh kerana ada saja Zahid memasukkan permohonan. Ini menyerupai taktik yang diguna Anwar Ibrahim untuk melewat-lewatkan perbicaraan kes liwatnya.

Setelah tertangguh berkali-kali, affidavit dan asas kes ini ada dan mahkamah terpaksa menetapkan tarikh bicara. Tarikh bicara adalah pada Mac 2009. Hairannya apabila sampai masanya, tarikh tersebut telah ditunda pula untuk selepas Mesyuarat Agung UMNO yang berjalan pada akhir bulan Mac 2009. ianya seolah-olah membantu kes ini tidak merosakkan harapan Zahid. Tarikh baru itu adalah Mei 12hb, 2009.

Sampai pada tarikh tersebut, ianya ditangguh ke bulan June dan kemudian terakhir bulan Ogos. Tarikh bicara terkini adalah besuk September 10hb 2009 untuk mula bicara. Adakah kali ini akan bermula bicara atau Zahid ada lagi alasan untuk menangguh?

Usaha Amir Bazli mencari keadilan adalah pengembaraan yang jauh. Dari masa peristiwa ganas ini berlaku pada Januari 18hb, 2006, Amir menghadapai banyak masaalah untuk mendapat keadilan pada dirinya yang teraniaya.

Polis enggan membantu dan tanpa bantuan polis, tidak ada kes untuk Peguam Negara dakwa Zahid. Inilah apabila seorang marhaen tanpa wang dan kuasa ingin menentut keadilan.

Kecaman demi kecaman dan pelbagai fitnah dihala kepada Amir Bazli. Konon dia mempunyai masa silam dan pelbagai cerita peribadinya diungkit dalam komentar blog ini. Ada bunyi berdendam dan ada bunyinya padan muka kau. Sudah malas mahu dilepaskan komentar-komentar sedemikian.

Semua pihak enggan melihat perkara ini dari persepktif kes dan cuba mengaitkan kepada perkara-perkara yang langsung tidak ada kaitan. Satu perbuatan jenayah telah dilakukan dan penjenayah tersebut perlu dihukum. Tetapi mangsa jenayah pula dipersalahkan atas perkara-perkara yang tidak ada kena mengena.

Perkara yang dituduh terhadap Amir Bazli masih tidak dapat dijelaskan betul atau salahnya. Kes Amir Bazli ada bukti dan saksi. Kes ini adalah mengenai kes assault dan juga perbuatan yang ada niat membunuh. Walau apa sekali pun Amir Bazli konon lakukan di masa lepas, Zahid tiada hak untuk lakukan jenayah tersebut ke atasnya.

Tiada alasan politik boleh menjustifikasi melakukan keganasan terhadap Amir Bazli, tidak kira dia Menteri atau orang biasa.

Ada pihak cuba memberi putarbelit politik dengan menuduh Amir Bazli adalah budak PAS yang berhasrat untuk jatuhkan Zahid. Kalau dia orang PAS, sudah tentu dia di bela. Mana dia YB Salahuddin Ayub yang merupakan wakil rakyat Amir Bazli yang berasal dari kawasan Kubang Kerian?

Sebenarnya Amir Bazli adalah budak muda yang tidak ambil peduli perkara-perkara besar-besar seperti politik dan hal ehwal semasa. Dia berkenal dengan Zahid dan anaknya melalui acara membawa motor.

Sebagaimana yang berlaku pada Saiful Bukhary yang kes menjadi lewat, begitu juga yang dihadapi oleh Amir Bazli dan dalam kesnya, ia dilewatkan oleh salah guna kuasa dan pengaruh oleh Zahid Hamidi.

Adakah Amir Bazli akan dapat keadilan yang diharapkan selama ini besok? Kita sama-sama lihat samada kes ini akan ditangguhkan lagi atau tidak? -2 Dunia

Era Najib Altantuya : Saksi Dedahkan Deraan SPRM

Dia digari dan dibawa ke sebuah bilik gelap dimana dia ternampak seorang yang agak tinggi bercerminmata membaluti sebatang keluli dengan kertas suratkhabar.

Dia diarah untuk berbogel. Beberapa orang yang lain menyerangnya. Dia dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga dia tidak tahan lagi menahan kesakitan.

Sivanesan Tanggavelu, 22, yang masuk ke kandang saksi di dalam Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock memberikan butiran bergrafik tinggi pengalamannya sewaktu disoalsiasat oleh pegawai SPRM Selangor.

Penolong pengurus sebuah syarikat yang bertempat di Kuantan mengingati kejadian bagaimana beliau diangkut dari rumahnya pada 4 Sept tahun lepas oleh tiga orang yang mengakui mereka pegawai pencegah rasuah dan meminta bantuan beliau di dalam satu siasatan kes.

Beliau mengikut mereka ke pejabat di tingkat 14 Plaza Masalam dan mereka cuba untuk memaksanya menandatangani dokumen pengauan bersalah.

Apabila dia enggan, seorang dari mereka, yang dipanggil “Mohan”, memberitahunya di dalam bahasa Tamil: “Jika anda tak bercakap benar, tempat ini akan menjadi seperti neraka.”

Pemuda berusia 22 tahun itu telah dibawa pada hari ini sebagai saksi baru di dalam inkues Teoh Beng Hock yang dikatakan terjatuh pada 16 Julai selepas menjaalani soal-siasat pada sebelah malamnya oleh SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam.

Peguam untuk SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah membantah pada sebelah pag tadi, penerimaan kenyataan Sivanesan dan juga repot mengenai serangan yang berlaku ke atasnya.

Beliau menyatakan laporan Sivanesan “tidak relevvan” terhadap inkues Teoh kerana ia berlaku dah terlalu lama, sebelum Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi SPRM.

Gobind telah membentak dengan menyatakan "Kami bersedia untuk teruskan. Anda kata, nama Ashraf tidak ada dalam laporan. Anda minta kami untuk menyediakan saksi kami; bila kami ada, anda katakan yang ia tidak relevan."


PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (RABU)
Saksi misteri tampil beri keterangan

BERIKUT adalah perkembangan inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini:

1.40 petang: Mahkamah ditangguhkan sehingga Khamis ini.

1.35 petang: Sesi soal jawab berkahir. Sivanesan berdiri dan kembali ke tempat keluarganya di tempat duduk awam.

1.23 petang: Sivanesan berkata dia telah membuat aduan kepada Suaram, Suhakam, polis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai biro pengaduan awam, Datuk T. Murugiah.

Katanya, daripada apa yang dia tahu biro tersebut sedang menyiasat kes berkenaan.

1.20 petang: Sivanesan berdiri dan menunjukkan kepada mahkamah sehelai seluar dalamnya yang koyak dipakainya ketika dia dipukul dibahagian kemaluannya.

1.15 petang: Sivanesan berkata dia telah ditahan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam bermula pada 4 September hingga 9 September 2008.

Katanya, dia telah dirawat ekoran kecederaan di kepala, buah pinggang dan kemaluan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

12.50 tengah hari: Sivanesan berkata dia telah diminta untuk menanggalkan pakaian dalamnya.

Dia berkata Ashraf mula menendang, tumbuk dan menampar dia berkali-kali dengan tangannya digari.

Tambahnya, buku lalinya turut digari apabila dia menjadi lebih agresif ketika isu perkauman dibangkitkan.

12.47 tengah hari: Sivanesan dibawa pejabat SPRM. Ketika itu dia melihat seorang pegawai memakai cermin sedang membungkus satu batang keluli dengan akhbar.

Dia berkata, keluli berkenaan telah dilihat pada siling bangunan yang masih dalam pmbinaan.

Katanya,pegawai berkenaan meletakkan rod dibawah dan menampar pipinya sambil berkata: "You ni keras kepala."

12.34 tengah hari: T. Sivanasan, 23, mengambil tempat sebagai saksi ke-20.

Semasa disoal oleh Gobind, dia berkata, tiga lelaki yang hanya dikenali sebagai Zulkifli, Ashraf dan 'J' datang ke rumahnya dan meminta dia mengikut mereka untuk membantu siasatan.

12.31 tengah hari: Koroner berkata, saksi boleh dipanggil untuk mengambil tempat dan SPRM boleh memfailkan permohonan untuk semakan semula pada masa yang sama.

12.13 tengah hari: Abdul Razak berkata, beliau akan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan koroner semalam yang laporan itu relevan dan saksi boleh memberi keterangan.

Peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar bangun dan berkata, Abdul Razak kemungkinan telah memikirkan tentang perkara itu semalam.

12.10 tengah hari: Gobind berkata, prosiding mahkamah masih pada tahap yang sama kerana Abdul Razak.

"Kami bersedia untuk teruskan. Anda kata, nama Ashraf tidak ada dalam laporan. Anda minta kami untuk menyediakan saksi kami; bila kami ada, anda katakan yang ia tidak relevan," kata Gobind.

12.05 tengah hari: Abdul Razak berkata, tidak sepatutnya ada masalah untuk saksi datang ke mahkamah memberi keterangan.

Mengenai saksi misteri yang duduk di galeri awam, beliau berkata:

"Mungkin mereka mahu mendedahkan identitinya hari ini."

Berhubung tindakan Gobind yang berdiri dan menjerit: "Apa yang anda cuba katakan?"

11.50 pagi: Gobind berkata, beliau tidak boleh memberi jaminan yang saksi boleh hadir lagi untuk memberi keterangan jika dipanggil memandangkan ramai saksi enggan tampil di khalayak berhubung dakwaan terhadap SPRM.

"Mereka malah tidak mahu memberikan nama mereka. Tetapi hari ini, kita ada saksi yang sudi tampil ke hadapan dan duduk di sini," katanya.

11.40 pagi: Mahkamah disambung semula. Koroner berkata, beliau menyebut tentang pendirian SPRM bahawa laporan itu tidak relevan. Bagaimanapun, ia bukan pendirian beliau.

10.53 pagi: Mahkamah berhenti rehat seketika untuk Koroner meneliti rakaman prosiding semalam.

10.25 pagi: Gobind membangkitkan mengenai saksi ke-19, pegawai SPRM Selangor, Mohd Ashraff Mohd Yunus, 25, tidak dipanggil oleh polis.

"Apa yang dimaksudkan beliau (Abdul Razak) dengan siasatan yang belum selesai sekiranya saksi tidak dipanggil oleh polis," tanya Gobind.

10.20 pagi: Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, beliau tetap dengan pendirian yang dibuat semalam untuk membenarkan saksi misteri memberi keterangan kerana laporan polis yang dibuat saksi tersebut relevan dengan fakta inkues.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Abdul Razak yang kes dalam laporan itu masih dalam siasatan.

10.15 pagi: Peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Muda berkata, sebelum mahkamah membenarkan saksi misteri memberi keterangan, mahkamah perlu mengambil kira bahawa laporan itu telah dibuat 10 bulan sebelum kematian Teoh dan ia adalah satu jurang tempoh yang besar.

10.12 pagi: Peguam Gobind Singh Deo berkata, 'saksi misteri' berada dalam mahkamah dan sedia memberi keterangan.

9.45 pagi Inkues bermula. 'Lelaki misteri' yang dinanti-nantikan berada di galeri awam dengan memakai kemeja putih dan seluar kelabu. Dia duduk bersama keluarganya.

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bermula pagi ini dengan semua yang hadir tertanya-tanya sekiranya 'saksi misteri' yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi keterangan.

Lelaki misteri itu adalah seorang penolong pengurus syarikat, T Sivanasan. -MSTAR



Era Najib Altantuya : SPRM Takut Pendedahan Saksi, Mohon Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Koroner

Keterangan T.Sivanesan, lelaki yang mendakwa didera pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya didengar dalam prosiding inkues awal pagi tadi, tertangguh tiga jam berikutan pertikaian antara peguam-peguam terlibat mengenai isu kehadiran saksi itu ke mahkamah.

Ekoran itu, SPRM hari ini memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak semula keputusan koroner yang membenarkan laporan polis oleh Sivanesan mengenai dakwaan itu dikemukakan dalam prosiding inkues dan keputusan membenarkan saksi itu memberi keterangannya di mahkamah bagi membantu siasatan punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Permohonan yang difailkan pada 12.30 tengah hari di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini itu, dibuat setelah koroner Azmel Muntapha Abas semalam memutuskan bahawa laporan polis bertarikh 11 September tahun lalu oleh saksi itu adalah relevan dalam prosiding inkues ini.

Semalam peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah beliau akan memanggil pengadu itu hari ini untuk memberi keterangan bagi membuktikan dakwaan kononnya pegawai SPRM menggunakan kekerasan termasuk menampar dan memukul saksi dengan besi ketika melakukan soal siasat di pejabat SPRM.

Bagaimanapun pada prosiding pagi tadi, Sivanesan hanya dapat memberikan keterangannya pada pukul 12.30 tengah hari ekoran perbalahan berlarutan antara peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa, Gobind dan peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Abdul Razak hari ini meminta koroner menyemak semula keputusannya semalam atas alasan bahawa laporan polis itu akan memberi implikasi yang boleh memprejudiskan siasatan polis dan SPRM dalam kes itu jika ia dikemukakan.

Hujahan Abdul Razak itu dibantah Gobind dan Malik yang mahu supaya keputusan mahkamah semalam dipatuhi, dan bukannya membangkitkan isu baru memandangkan kesemua pihak telahpun diberi peluang untuk menghujahkan perkara itu semalam.

Gobind: "Apa yang dilakukan oleh peguam (Abdul Razak) ini bukan sahaja membuang masa, malah ia merupakan penghinaan mahkamah. Koroner telahpun memutuskan isi kandungan laporan itu relevan dan menetapkan tiga skop yang perlu dipatuhi semua pihak dalam soal balas saksi (Sivanesan), oleh itu kita semua perlu menghormati dan menerima perintah mahkamah ini."

Malik: "Pihak-pihak telah berhujah panjang lebar semalam dan perkara ini telah diputuskan, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghujahkan semula isu ini dan menukar keputusannya."

Abdul Razak: "Ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah dengan cuba membawa masuk dokumen yang meragukan dan mendengar keterangan seorang saksi yang tidak dirakam percakapannya oleh pihak polis."

Peguam itu juga mendakwa Gobind sengaja mendedahkan saksinya itu kepada umum dengan membenarkan beliau berada dalam mahkamah hari ini, dan bukannya di sebuah bilik khas untuk saksi, sebelum dipanggil memberi keterangan.

Gobind: "Beliau cakap apa ini? Saya bosan mendengar perkara mengarut daripada Abdul Razak. Saya hairan mahkamah boleh melayan benda mengarut ini. Apa salahnya saksi saya duduk di mahkamah ini? Saya tak boleh kemukakan laporan, saya tak boleh kemukakan saksi, apa semua ini?

Abdul Razak: "Jangan terlalu yakin. Saya akan sampai ke satu peringkat di mana saya akan bertanya kepada saksi itu nanti siapakah yang menyediakan laporan polis itu."

Gobind yang jelas berang dengan kenyataan itu bangun dan berkata dengan nada keras: "Berani anda kata yang saya sediakan laporan itu? Saya mahu anda tarik balik. Abdul Razak, tarik balik, sekarang."

Koroner kemudian segera menghentikan pertikaman lidah antara keduadua peguam itu daripada menjadi lebih tegang.

Setelah prosiding itu ditangguhkan setengah jam, koroner kemudian bersetuju untuk merujuk keputusan yang dibuatnya semalam kepada Mahkamah Tinggi.

Keputusan koroner itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Gobind dan Malik yang berpendapat permohonan untuk semakan dan rujukan perlu dikemukakan sendiri oleh Abdul Razak, dan bukannya melalui koroner.

"Datuk Abdul Razak tidak menunjukkan kepada kita semua apakah prejudis yang boleh berlaku jika keterangan saksi didengar dan laporan polis dikemukakan. Jika dia mahu menyemak juga, biarlah dia sendiri yang membuat permohonan ini dan bukannya mahkamah.

"Tuan telahpun membuat keputusan berhubung isu ini semalam, dan hanya kerana SPRM tidak berpuas hati dan membuat bising, Tuan mahu menukar keputusan dan perintah yang telah dibuat," kata Malik yang turut mengingatkan koroner supaya berhatihati sebelum membuat sebarang keputusan.

Gobind, yang turut berhujah panjang lebar juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan koroner dan berkata:

"Tuan harus menjaga maruah mahkamah ini dengan memberitahu beliau (Abdul Razak) bahawa dia tidak boleh berbuat demikian (berhujah bahawa laporan berkenaan meragukan dan tidak relevan.)"

Setelah hujahan kesemua pihak didengar, koroner kemudian memutuskan untuk membenarkan Sivanesan dipanggil memberi keterangan dan membenarkan laporan polis saksi itu dikemukakan dalam prosiding tersebut.

"Mengenai isu sama ada ia (laporan polis) itu relevan atau tidak, saya serahkan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Azmil Muntapha.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. -BERNAMA

Era Najib Altantuya : PAS Mungkin Calonkan Zul Di Bagan Pinang

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar menyifatkan desas desus dia bakal diangkat sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebagai pandangan peribadi akar umbi semata-mata.

Katanya, setakat ini belum ada sebarang nama disenaraikan di peringkat Pas Pusat dan beliau sendiri tidak berminat mengulas lmengenainya.

“Kita serahkan kepada peringkat Pusat untuk menentukan calon terbaik,” katanya.

Beliau berkata, Pas tidak berhadapan masalah mengenai isu calon dan yakin sesiapapun calonnya kelak, ianya diterima positif ahli di peringkat akar umbbi.

“Calon tak penting, yang lebih utama adalah melengkapkan jentera parti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zulkefly berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Khairil Anuar Wafa mendakwa Zulkefly adalah nama yang disebut mewakili parti pada pilihan raya berkenaan.

Selain Zulkefly, seorang lagi nama adalah Yang Dipertua kawasan Telok Kemang, Ramli Ismail yang juga calon Pas DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), tahun lalu.

Sementara itu, Khairil Anuar ketika diminta mengulas lanjut kenyataannya berkata: “Zulkefly antara nama terbaik untuk bergabung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani bagi menguatkan parti di Negeri Sembilan,” katanya. -


Era Najib Altantuya : PAS Ada Polisi Untuk Terus Bersama Pakatan Rakyat

Pas tidak akan mengadakan sebarang rundingan termasuk kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan pada masa depan tetapi sedia berunding sekiranya ia berkaitan isu kepentingan rakyat, kata setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali.

"Dalam konteks politik dan membentuk kerajaan, Pas sudah ada polisi untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan sudah menguasai beberapa buah negeri, (maka) kerjasama politik dengan Umno tidak perlu diadakan apa-apa perbincangan lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di sini Rabu.

Mustafa berkata Pas sedia mengadakan rundingan dengan Umno sekiranya ia berkaitan dengan isu kepentingan rakyat dan melibatkan kerajaan negeri dan Pusat seperti perbincangan Majlis Tanah Negara berkenaan pembangunan sesebuah negeri di bawah pemerintahan Pas.

"Rundingan itu boleh diadakan juga jika ada kepentingan masyarakat umum dan negara, Pas boleh dengan sesiapa untuk bincang soal negara ini seperti isu Palestin, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tapi dari sudut kerjasama Pas dan Umno dalam politik, tidak," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas bahawa Umno sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan umat Islam negara ini tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekalipun.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang, Mustafa berkata Jawatankuasa Pusat Pas akan bermesyuarat Ahad ini bagi membincangkan persiapan parti itu mengenai calonnya.

"Calon adalah dari Negeri Sembilan bukan dari luar negeri itu, kita ada ramai calon," katanya.

Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan hari pengundian pada hujung minggu bagi menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor daripada barisan Nasional pada Jumaat lepas akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi. -Bernama

Era Najib Altantuya : Nombor Telefon Bukit Aman Digunakan Untuk jenayah

Seorang eksekutif di sebuah guaman, di sini terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman yang mendakwa beliau bersekongkol dengan sindiket penipuan wang di Hong Kong.

Bagaimanapun, perasaan paniknya reda apabila mendapati panggilan tersebut sebenarnya palsu dan dipercayai dilakukan sindiket tidak bertanggungjawab mempergunakan talian Bukit Aman untuk mengelirukan mangsa.

Mangsa, Lee Kai Yet, 25, berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang yang mendakwa dirinya sebagai ‘Inspektor Tan’ yang mengendalikan kes jenayah komersil perdagangan kira-kira jam 10.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurutnya, berdasarkan nombor tertera pada telefon bimbitnya, ia ternyata nombor telefon ibu pejabat polis Bukit Aman.

“Inspektor Tan memaklumkan bahawa terdapat dua lelaki ditangkap di Hong Kong beberapa bulan lalu membabitkan kes penipuan. Beliau mendakwa, polis Hong Kong mendapati sebuah akaun bank atas nama saya telah dibuka pada Mei lalu dan digunakan kedua-dua lelaki terbabit.

“Dia bertanya sama ada saya pernah menerima sebarang ganjaran kerana membenarkan nama saya digunakan untuk akaun bank tersebut, sedangkan selama ini saya tidak mempunyai akaun di bank dinyatakan, selain pasport saya juga telah tamat tempoh April lalu,” katanya.

Berikutan itu, ‘Inspektor Tan’ meminta saya menghubungi Inspektor Loh Kok Keong dari Hong Kong di talian 0085265252443 kerana menurutnya, polis Hong Kong akan mengeluarkan waran tangkap terhadap saya tidak lama lagi, sebelum talian diputuskan.

“Disebabkan rasa sangsi, saya kemudiannya cuba menghubungi talian ibu pejabat polis Bukit Aman yang tertera di telefon bimbit untuk memeriksa sama ada benar ‘Inspektor Tan’ bertugas di sana.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan polis Bukit Aman bahawa tiada nama Inspektor Tan yang bertugas di situ dan penjelasan itu menunjukkan saya telah ditipu,” katanya ketika ditemui di pusat khidmat masyarakat DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang, di sini semalam.

Kai Yet yang juga pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, pihak polis Bukit Aman juga mengesahkan ramai pengadu menelefon talian itu menyatakan keadaan sama dan dipercayai talian itu telah disalah-gunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sejurus itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2, atas nasihat pihak polis Bukit Aman,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya sindiket terbabit menyalahgunakan talian ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kegiatan jenayah.

“Mungkin sindiket itu berbuat demikian untuk mengugut saya membayar sejumlah wang sekiranya mahu melepaskan diri daripada ditangkap polis Hong Kong. Saya bernasib baik kerana bekerja di firma guaman dan tahu selok belok perundangan. Bagaimana sekiranya orang lain yang tidak tahu undang-undang, pasti mereka akan terperangkap dengan penipuan itu,” katanya.

Sementara itu, ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin menggesa polis khu-susnya ibu pejabat Bukit Aman menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian itu bukan sahaja untuk mengelakkan orang ramai tertipu, tetapi turut membabitkan nama baik polis.

“Saya juga menasihatkan orang ramai yang terbabit dengan perkara sama supaya tidak terpedaya dengan penipuan berkenaan, sebaliknya merujuk terlebih dulu kepada pihak polis.

“Sekarang ini, sindiket melakukan pelbagai cara untuk menipu orang ramai dan saya harap polis dapat memperbetulkan semula keadaan itu,” katanya. -SH


Era Najib Altantuya : SKMM Pun Nak Jadi Lembu Seperti SPRM

Di dalam satu usaha untuk mengugut media siber dan internet, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyoalsiasat 12 lagi kakitangan Malaysiakini berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu turut disiasat.

yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.

Semalam Presiden Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), Dr Thomas Philips ketika mengulas arahan SKMM yang meminta Malaysiakini mencabut rakaman video demonstrasi di Shah Alam hujung bulan lalu, Dr Thomas berkata:

"Dalam kes ini, memberhentikan video aksi tersebut tidak boleh menafikan aksi tersebut. Kita mestilah terlebih dahulu mencegah aksi itu dan video itu dengan sendirinya tidak akan wujud."

Era Najib Altantuya : Kepala lembu - 6 Dituduh Menghasut

Enam orang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menghasut berhubung demonstrasi kepala lembu yang disertai bulan lalu.

Tertuduh tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi tadi dan disambut oleh sebilangan penyokong.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengarahkan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang. Bagaimanapun, jumlah itu kemudiannya dikurangkan kepada RM4,000 seorang.

Kes itu akan disebut semula pada 21 Oktober depan.

Tertuduh kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk didakwa di bawah Akta Polis kerana menyertai perhimpunan haram.

Mereka yang didakwa atas tuduhan menghasut dan menyertai perhimpunan haram adalah Mohd Azmir Mohd Zain, Ahmad Suhairy Zakaria, Mohd Hilmi Ni, Ibrahim Sabri, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf dan Eyzva Ezhar Ramly.

Sementara itu, enam lagi yang hanya didakwa kerana menyertai perhimpunan haram adalah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun dan Azhari Shaari.


Era Najib Altantuya : Masalah Kuil Warisan UMNO - Bilal Masjid Seksyen 19

Putus asa dengan politik Umno, ribuan penduduk Seksyen 19, Shah Alam kini meletakkan harapan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk memindahkan kuil Sri Maha Mariamman yang terletak hanya 20 meter daripada rumah mereka.

Kuil itu wujud lama sebelum Shah Alam dibangunkan dan amat ketara lokasinya tidak sesuai dalam realiti kehidupan harian penduduk setempat.

Untuk lebih 20 tahun, mereka dijanjikan penyelesaikan oleh kerajaan negeri janji itu tidak ditunaikan oleh Umno-BN.

Bilal Masjid Seksyen 19, Mej (B) Ismail Abbas berkata, penduduk tidak mahu isu itu berlarutan dan menyifatkan gelagat mereka yang mengapi-api sentimen politik perkauman, menyusahkan mereka.


"Dari bapa ke anak, masalah tak selesai-selesai," katanya kepada Suara Keadilan, merujuk kepada Bekas Exco Selangor, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan bapanya, juga bekas Adun Batu Tiga. Kedua-dua wakil rakyat Umno itu menabur janji menyelesaikan masalah itu tetapi membiarkan ia berlarutan.

"Saya banyak kali berurusan dengan Ahmad Nawawi mahupun bapanya tapi keadaan sama saja. Ahmad Nawawi sendiri mengaku masalah kuil ini sudah ada sejak bapanya masih Adun," katanya.

Ismail berkata beliau sendiri tidak faham kegagalan pemimpin Umno menangani masalah itu ketika berkuasa dulu, kerana kesudian penganut Hindu untuk bersepakat mencari penyelesaian.

"Pasti ada situasi menang-menang, asalkan jangan ada yang mahu mengambil kesempatan politik," katanya.

Beliau turut menyalahkan kepimpinan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang lalu sebagai punca masalah kerana kuil itu 'dipadamkan' dari pelan induk pembangunan kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Kuil Seksyen 18, M Vadiveloo berkata, mereka sedia berpindah ke lokasi lain tapi meminta supaya isu itu tidak dipolitikkan demi kelangsungan pemimpin politik tertentu.

"Kecoh-kecoh pasal kuil ini bukan pasal orang Melayu atau orang Islam tapi kerana orang politik masuk campur, jadi banyak masalah terjadi. Kita orang biasa boleh bincang baik-baik," katanya.

Penduduk, Ramdzan Mohd Nata, 56, menyalahkan BN kerana gagal mengatasi masalah itu tapi menggesa Pakatan Rakyat menumpu perhatian kepada usaha pemindahan kuil daripada terjebak dalam mainan politik Umno.

"Sebaik-baiknya, kita cari penyelesaian dan tidak gaduh-gaduh, nanti semua orang susah," katanya. -TVS

ERa Najib Altantuya : Bekas ADUN Selangor Berdepan Tindakan Mahkamah

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang gagal membayar balik peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang digunakan melebihi jumlah dibenarkan, bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim, semalam, meminta Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad (gambar) agar mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang berkenaan.

Menurutnya, peruntukan yang sepatutnya digunakan oleh ADUN ialah RM1,000 sebulan, dan sehingga Mac 2008, ADUN berkenaan hanya layak menuntut kira-kira RM3,000 sahaja kerana selepas itu Dewan dibubarkan.

“Ini bererti, ADUN itu berhutang kepada Kerajaan Negeri kira-kira RM10,000.

“Adakah hutang ini telah dituntut?” katanya pada sesi Pendengaran Awam Terbuka berhubung isu peruntukan DUN dari Januari sehingga Mac 2008 yang diuruskan oleh ADUN Barisan Nasional (BN), di sini.

Zulkepli yang menjawab pertanyaan Chang Khim berkata, pihaknya ada menghantar surat tuntutan agar individu yang berkenaan membayar balik namun tidak ada yang berbuat begitu sehingga kini.

Chang Khim kemudiannya memaklumkan bahawa tempoh yang diperuntukkan dalam undang-undang untuk membuat tuntutan ialah tiga tahun.

“Selepas tempoh itu, ia akan dikira sebagai tidak dituntut. Sehingga kini, sudah 18 bulan berlalu dan tinggal kira-kira satu setengah tahun lagi masa yang ada untuk membuat tuntutan terhadap semua DUN.

“Saya meminta agar Datuk (Zulkepli) memaklumkan kepada Penasihat Undang-undang Negeri (Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan) supaya mengambil tindakan mahkamah dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Chang Khim turut mempertikaikan beberapa perkara termasuklah permohonan peruntukan DUN, kelulusan daripada Pejabat Daerah, serta peruntukan yang melebihi jumlah dibenarkan iaitu RM500,000.

Difahamkan, antara kawasan yang menggunakan peruntukan tahun 2008 melebihi jumlah itu ialah Bukit Gasing (RM602,000, dengan 60 permohonan), Kota Damansara (RM613,950 dengan 122 permohonan), Kinrara (RM504,300 dengan 98 permohonan), Taman Medan (RM512,000 dengan 75 permohonan), Seri Setia (RM630,580 dengan 108 permohonan), Paya Jaras (RM504,500 dengan 165 permohonan), Seri Serdang (RM510,396 dengan 77 permohonan) Seri Kembangan (RM563,500 dengan 150 permohonan), Bukit Lanjan (RM502,678 dengan 127 permohonan), dan Damansara Utama (RM512,000 dengan 80 permohonan).

Era Najib Altantuya : Kedah Sedia Bubar DUN, Tidak Seperti Perak Yang Pengecut

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika benar ramai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini termakan umpan sama ada untuk 'melompat parti' ataupun mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas.

"Kalau benar berlaku, kita bubar Dewan (Undangan Negeri). Namun sehingga kini, tiada yang menyokong dakwaan itu. Pentadbiran negeri berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang mendakwa akan ada lagi ADUN PKR di Kedah bertukar status menjadi ADUN Bebas.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu setelah laporan dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kelmarin.

"Biarlah polis siasat untuk memastikan tidak ada ADUN yang 'dibeli', diugut ataupun dirasuah pihak tertentu untuk 'melompat parti' ataupun mengisytihar sebagai ADUN Bebas.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat. Anggap sahajalah mereka yang membuat dakwaan itu umpama berangan pada waktu siang hari.

"Mungkin sebelum ini, mereka berjaya umpan seorang dua, tetapi saya yakin, keempat-empat ADUN PKR yang ada sekarang tidak akan berbuat begitu,” katanya selepas majlis sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat, di sini, semalam.

Azizan berkata, strategi pihak lawan yang tidak putus-putus cuba ‘mengumpan’ anggota PR Kedah tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Saya percaya pihak lawan akan umpan mana-mana ADUN PR sampai bila-bila, sehinggalah pada hari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlaku situasi di mana terdapat ADUN dari Pakatan Rakyat Kedah yang ‘termakan umpan’ dan bertindak lompat parti mahupun menjadi wakil rakyat Bebas, beliau bersedia untuk membubarkan DUN.

Aziz dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin berkata, beliau yakin akan ada lagi ADUN PR di negeri ini yang mengisytihar diri sebagai Wakil Rakyat Bebas daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Sebelum ini, ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN Bebas. -SH

Era Najib Altantuya : Bongkar Penipuan Undi Pos

BBagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.

Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

Era Najib Altantuya : Ismail Sabri Tak Layak Sebagai Menteri

Tergamak (Datuk Seri) Ismail Sabri menaikkan harga petrol dan mengabaikan kekurangan bekalan gula padahal beliau tahu rakyat sedang sibuk mahu menyambut hari raya,” keluh Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Azan yang juga Timbalan Pengerusi II Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, menyuarakan kekesalan ini ketika mengulas kenaikan harga petrol dan kekurangan bekalan gula yang beliau sifatkan berlaku di sebalik kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang jelas menipu rakyat.

Penipuan pertama, ujar Azan adalah kenyataan Ismail kononnya harga petrol tidak naik semata-mata kerana pengenalan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter, padahal harga RM1.80 ini sebelum ini adalah untuk petrol RON97 yang sekarang berharga RM2.05 seliter, petrol yang telah diguna sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia.

Penipuan kedua tentang petrol adalah kononnya seperti didakwa Ismail, kenaikan harga petrol tidak akan memberi kesan. Sementara penipuan ketiga dan paling ketara tentang harga petrol ialah ketika pengumuman kenaikan harga petrol dibuat, Ismail mengatakan yang harga petrol mentah dunia waktu itu adalah US$82 setong, sedangkan harga sebenarnya adalah US$71.35.

Tentang gula pula, Azan memberitahu yang dakwaan bekalan gula mencukupi adalah satu penipuan kerana pada masa yang sama belian rakyat dicatu untuk 2kg gula sahaja setiap belian.

Jaminan Ismail yang tiada kenaikan harga gula dianggap tersasar kerana catuan ketika permintaan mendadak naik di musim perayaan memungkinkan wujudnya pasaran gelap gula. Dalam pasaran gelap, harga gula boleh sahaja naik sehingga 100 peratus.

Bila diaju soalan apa natijahnya kepada rakyat akibat dari keadaan ini, Azan cuba menggariskan fakta sebenar. Harga petrol, RON97, yang digunakan oleh rakyat Malaysia selama ini naik RM0.25, atau 13.89 peratus.

Kenaikan harga petrol jelas Azan akan menghasilkan kesan berganda, kenaikan 1 peratus dalam harga petrol akan mengakibatkan kenaikan 3 – 5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (CPI). Ini kerana petroleum kini telah menjadi komoditi utama dalam mengukur CPI. Jadi kenaikan RM0.25 petrol sebenarnya telah membawa CPI naik ke sekitar 50 peratus.

Kenaikan harga gula di pasaran gelap yang mencecah 100 peratus dan kenaikan harga petrol yang mengakibatkan kenaikan CPI sehingga 50 peratus diterukkan lagi dengan gelagat musim perayaan yang mana biasanya isirumah berbelanja secara tidak rasional. Tegas Azan, perbelanjaan isirumah biasanya naik 100 peratus di musim-musim sebegini.

Azan memberi amaran yang keadaan sebegini boleh menjerumuskan negara ke dalam inflasi tukulan (hammering inflation) bilamana tekanan akibat kenaikan harga petrol bertembung dengan ketidakupayaan memenuhi permintaan pasaran terhadap gula.

Kadar “hammering inflation” ini adalah jumlah di antara 50 peratus kenaikan CPI akibat tekanan kenaikan harga petrol dan 100 peratus kenaikan harga gula di pasaran gelap. Jumlahnya adalah 150 peratus, ia bagi Azan adalah angka yang menakutkan dan merupakan senario yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Lebih malang, tambah Azan, Ismail jelas tidak punya persediaan untuk berhadapan dengan “hammering inflation” ini, yang biasanya berlaku dalam tempoh 15 – 30 hari.

Azan dalam merumuskan kenyataannya tertanya-tanya, sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bagaimanakah bentuk kesan “hammering inflation” ini di luar musim? Dan bila pula ia akan pulih?

Satu keadaan yang teruk bagi Azan, yang berlaku bukan kerana masalah ekonomi dalam negara atau serangan spekulator ekonomi luar, tetapi kerana kebodohan seorang menteri yang gopoh dalam membuat polisi dan tidak bersandarkan kepada rujukan yang konkrit. -Zukri Aksah

Era Najib Altantuya : Terima Kasih Sajelah, Saya Tak Minat - TGNA

Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.


Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin. -Mohd Zuharman

PKFZ : Pesta Londeh Melondeh, Dokumen Ong Terima RM10 juta Tersebar

Dakwaan wujudnya pemberian wang RM10 juta daripada seorang ahli parlimen BN kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat – yang menjadi pertikaian besar baru-baru ini – kini muncul di Internet.

Berdasarkan dokumen yang ditandatangani 22 Ogos lalu oleh seorang pembantu ahli parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, wang tunai itu dibawa kepada Ong beberapa kali pada 2008.

Dihubungi hari ini, Tiong mengesahkan dokumen itu tetapi bertegas beliau tidak tahu-menahu bagaimana ia dibocorkan kepada umum.

Tambahnya, selain peguam-peguamnya, agensi-agensi kerajaan tertentu turut memiliki dokumen tersebut.

Tiong juga berkata pembantu politiknya itu menyaksikan pemberian wang tersebut dan kini dalam persembunyian kerana bimbang keselamatan dirinya.

Dokumen tiga halaman itu lebih kurang sama dengan satu laporan polis Tiong terhadap Ong, yang juga menteri pengangkutan, pada 26 Ogos lalu tetapi mengandungi butiran-butiran lebih terperinci.

Ong, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menafikan menerima wang RM10 juta daripada Tiong dan memulakan tindakan saman sejumlah RM500 juta terhadap pengerusi kumpulan penyokong BN di Parlimen. -malaysiakini

Najib Altantuya : Pergi Jahanamlah UMNO Dengan Isu Perkaumannya

PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.

"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Badi kepala Lembu, 4 Ditahan

Polis hanya menahan empat daripada 12 orang yang menyertai demonstrasi membawa kepala lembu di Shah Alam pada 29 Ogos lalu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Sementara itu katanya, baki lapan orang lagi telah diminta datang ke balai polis hari ini, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan polis bertindak menahan mereka.

Khalid berkata, mereka akan didakwa di mahkamah hari ini.

"Sebahagian mereka akan didakwa kerana mengadakan perhimpunan haram, sebahagian lagi di bawah Akta Hasutan dan ada yang kedua-duanya sekali," katanya.

Banyak pihak mempersoalkan tindakan polis yang hanya menahan 4 orang manakala yang lapannya diarah untuk datang ke balai polis tanpa ditahan. Sedangkan selama ini, polis bertindak ganas dan zalim ke atas ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dengan terus menahan dan membelasah tanpa rasa belas.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kesemua penunjuk perasaan terbabit akan didakwa setelah beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa mereka perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Pada 28 Ogos lepas, sekumpulan penduduk Seksyen 23, Shah Alam telah berarak kira-kira 300 meter dari masjid negeri ke pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah pemindahan kuil Sri Mahamariamman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Mereka membawa kepala lembu dan memijaknya ketika demonstrasi itu.

Tindakan itu telah mengundang kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan yang menghina sensitiviti agama memandangkan lembu dianggap haiwan suci oleh penganut agama Hindu.

Era Najib Altantuya : BN Rompak Rizab Emas Negara

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999.

Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan.

Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit.

Lebih mengelirukan lagi rakyat tidak diberikan maklumat tepat mengenai kedudukan sebenar rizab emas negara kerana Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama "gold swapped" atau emas yang ditukar.

Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu "dipinjamkan" kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara.

Langkah "meminjamkan" rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendaptkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.

"Amalan ini amat merbahaya kerana apa pun boleh berlaku jadi sekiranya rezab emas negara tidak dapat dipulangkan kepada Malaysia disebabkan negara yang meminjam telah menggunakan kesemuanya dan tidak mampu untuk mengembalikannya setelah habis tempoh kontrak,' kata seorang pakar eknomi yang tidak mahu dikenali.

"Ini mungkin berlaku sekiranya negara peminjam menghadapi kegawatan ekonomi seperti yang dihadapi oleh dunia sekarang. Akhirnya rezab emas negara hanya tinggal sebagai butiran pada kertas sahaja," kata beliau.

Pendekatan Bank Negara menyatakan simpanan emas negara hanya dalam bentuk nilai dan bukan berat fizikal boleh memberi gambaran salah terhadap status simpanan itu.

Nilai rizab tidak banyak berubah pada purata USD293 juta antara Jan 2006 dan September 2008 walaupun harga emas pada pasaran dunia turun naik.

Ini bererti pada purata USD293 juta nilai rizab emas pada 27 Jan 2006 BNM mampu membeli 18.5 tan emas tetapi pada nilai rizab yang sama pada 30 Sept 2008 emas yang boleh dibeli ialah 10.7 tan.

Kesimpulannya langkah BNM mencatatkan rizab emas negara hanya pada nilai matawang adalah tidak tepat tanpa menyatakan dengan jelas harga emas semasa.

Namun yang lebih parah, ialah ketirisan ekonomi negara yang disengajakan oleh Umno-BN sehingga menyebabkan rizab emas negara yang menjadi kemegahan Malaysia pada satu ketika, kini hampir luput sama sekali.

Era Najib Altantuya : Isu Penan, Kemntrian Sharizat DIbidas Kerana Laporan Tak lengkap

Laporan siasatan rogol dan penderaan seksual melibatkan wanita Penan yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ibarat melepaskan batuk ditangga dan langsung tidak memperuntukkan langkah yang spesifik untuk menanganinya.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyatakan demikian sebaik sahaja pihaknya mendapatkan laporan yang sebelum ini seolah- olah mahu disembunyikan oleh pihak kementerian yang dikepalai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Namun penantian Zuraida dan beberapa NGO berkenaan wanita, sia- sia sahaja apabila laporan yang mereka nanti- nantikan tidak lengkap dan lompang disana- sini.

"Kita tidak dapat terima laporan ini. Tidak ada perancangan yang spesifik. Hanya cadangan mahu tambah sekolah, tambah guru. Mereka tidak sediakan perancangan yang khusus. Dalam masa terdekat bulan Oktober atau November, kementerian ini langsung tidak ada apa- apa perancangan mahupun peruntukan," kata Zuraida.

Kes rogol melibatkan kaum Penan ini dikesan sejak 1993 namun tiada sebarang tindakan yang diambil meskipun laporan polis telah dibuat.

Pada tahun 2000, perjumpaan diadakan dengan Suruhanjaya Hak Asasai Manusia SUHAKAM. Beberapa Tuai Rumah dan NGO telah menghadiri sesi perjumpaan tersebut tetapi tiada tindakan lanjut diambil selepas itu.

Tahun lepas sahaja seramai 11 wanita Penan telah dikenalpasti dirogol oleh pembalak di Baram. Tiada yang berani menerbitkan kes tersebut kerana dipercayai ada 'tangan-tangan tertentu' yang menghalang.

Kerajaan diharapkan untuk menghulurkan bantuan dengan penubuhan jawatankuasa siasatan keatas masalah masyarakat Penan, namun kementerian dibidas kerana tidak memperincikan langkah-langkah susulan sewajarnya.

Zuraida mempersoalkan mengapa perlu menunggu nasi menjadi bubur, walhal banyak langkah- langkah progresif yang boleh diambil bagi membela nasib wanita Penan ini.

"Tidak ada langsung langkah- langkah untuk mengesan penjenayah yang terlibat. Tidak ada cadangan untuk institusi polis. Cadangan untuk institusi kesihatan ada tetapi hanya menganjurkan program penerangan dan langkah- langkah yang perlu diambil selepas dirogol. Cadangan untuk sekolah pula hanya melibatkan penambahan guru dan kegiatan kokurikulum sahaja," ujar Zuraida lagi.

Malaysia sebagai negara yang menyertai Program Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan menandatangani Deklarasi Hak Pribumi Bangsa- Bangsa Bersatu PBB seharusnya mengambil langkah progresif dalam membela nasib kaum pribumi ini.

Wanita Keadilan mengecam sekeras-kerasnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga kerajaan Sarawak atas sikap sambil lewa atas perkara serius ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sebelum lebih ramai kaum pribumi ini menjadi mangsa penderaan seks. -TVA



Era Najib Altantuya : Kes Dera Malek, Kerajaan Selesai Buat Rayuan

Kes mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Abdul Malek Hussin selesai dirayu hari ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Menghadapi rayuan dari pihak kerajaan, Peguam Sivarasa Rasiah mewakili Malek membuat penghujahan hari ini meminta supaya penghakiman Hakim Datuk Mohd Hishamuddin mohd Yunus dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikekalkan.

"Kita menghadapi rayuan dari pihak kerajaan yang merayu terhadap penghakiman yang memihak kepada mangsa," kata Sivarasa.

"Kami juga telah mengemukakan hujah dan mahkamah akan mengumumkan keputusan rayuan ini pada satu tarikh nanti," tambah beliau.

Pada 18 Oktober 2007, Hakim Hishamudin memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi am RM2.5 juta kepada Malek sebagai gantirugi kepada penderaan yang dialaminya dalam tahanan pemerintah.

Pada Mac 1999, Malek menfailkan saman terhadap pendera, iaitu Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud dari Cawangan Khas PDRM sebagai defendan ke-1, Tan Sri Rahim Noor defendan ke-2 dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-3.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Malek telah didera fizikal, mental dan seksual sehingga tidak sedarkan diri semasa dalam tahanan polis.

Malek ditahan pada 26 September 1998 selepas menyertai satu demonstrasi reformasi di Masjid Negara.

Beliau ditahan selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA.

"Banyak isu yang kami bangkitkan, terutama sekali hak dalam tahanan serta penemuan-penemuan kesan deraan yang dihadapi mangsa," kata Sivarasa.

"Bagi saya, keputusan Hakim Hishamuddin menghukum pihak berkuasa di atas apa yang berlaku adalah tepat dan keputusan ini harus dikekalkan dan tidak diubah dalam apa cara pun," tambahnya lagi. -TVA