14 Apr 2013

Nizar Berkata Benar: Sah Muhammad Taib Sertai PAS


Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.

Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

“Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider.

“Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.

“Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.”

Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi. -TMI


Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

.
-HD


Ulasan GB

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pernah menyatakan, sekalipun masih bersifat desas-desus, bahawa bekas seorang Menteri Besar akan menyertai PAS.

Cuma DS Nizar tidak menyatakan dengan jelas siapa MB yang dimaksudkan dan ramailah yang membuat telahan dan terkaan yang kebanyakan menumpukan bekas MB-MB Perak.

Rupa-rupanya bekas MB yang dimaksudkan ialah Tan Sri Muhammad Taib, yang pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Di dalam UMNO, jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09).

Apa-apa pun kita mengalu-alukan penyertaannya ke dalam PAS, dan kita tunggu acara rasmi dalamasa beberapa hari lagi.

Pesanan Mufti Perak Kepada Pencacai UMNO Yang Tak Reti Agama


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini:

Keengganan puak UMNO untuk mengaku merekalah selama ini di sebalik pembikinan dan penyebaran video-video lucah sebaliknya membuat cerita ia dilakukan oleh PKR sedangkan puak UMNOlah yang melompat-lompat macam kera dengan berita penyebaran video lucah itu menunjukkan parti UMNO itu sudah cukup terdesak dan sedang menuju kehancuran!

Islam meletakkan syarat yang ketat untuk menuduh seseorang itu berzina.

Empat orang saksi yang boleh dipercayai perlu dikemukakan. Itu QAZAF namanya. Demikian hebatnya keadilan yang dituntut oleh Islam. Bukkan sekadar tuduh-tuduh. Video boleh membantu siasatan tetapi tidak dapat diterima sebagai bukti kerana adakalanya video itu palsu dan rekaan. Ada video yang boleh diedit, diubah dan seumpamanya.

Di dalam inkues kematian Ahmad Sarbani di bangunan SPRM, video cctv dikemukakan, tetiba didapati ada bahagian rakaman cctv yang terputus. Dan bahagian yang terputus itu ialah bahagian yang paling penting dan krtitikal di dalam siasatan. Membuktikan bahawa cctv itu boleh diubah pihak tertentu untuk tujuan tertentu.


BN Di Penghujung Usia: Ketua Pemuda, Wanita & Presiden Parti Komponen Tak Bertanding


Mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno-BN, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kes lembu kondonya dalam isu penyalahgunaan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation (NFC) sudah mengisytiharkan diri tidak bertanding.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sudah membayangkan bahawa beliau juga tidak akan bertanding.

Nama beliau juga sudah mendapat 'gag order' agar tidak keluar dalam media yang dikawal BN.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin pula diura-urakan sebagai bukan calon winnable untuk pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Rahim dikatakan bukan 'winnable candidate' untuk Parlimen Baling. Ia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh orang kanan Mahathir, Rocky Bru.

Ketua Ulama Muda Ustaz Fathul Bari dilaporkan ditolak oleh Umno Perlis yang tidak mahukan calon payung terjun di negeri tersebut.

Perkara ini dilaporkan Malay Mail beberapa hari lepas yang menceritakan pertembungan antara ahli-ahli Umno Kangar dan Arau di PTWC.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak bertanding.

Di belah MIC pula, tidak diketahui samada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding.

Palanivel pernah ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil Hulu Selangor, di mana P Kamalanathan dipilih untuk menjadi calon yang mengatasi Datuk Zaid Ibrahim, yang mewakili PKR.

Kelakarnya, bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.

Lebih mengejutkan, satu insiden di mana seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki di Putrajaya minggu lepas dikatakan akan menyebabkan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak bertanding mempertahankan Putrajaya kali ini.

Ini pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Program pertama Husam di Putrajaya disambut hangat sehingga mengejutkan Umno sendiri.

“Ya.

Sambutan program pertama Husam di Putrajaya adalah di luar jangkaan Umno.

Bagi Umno, itu adalah luar biasa.

Kini mereka terpaksa mencatur semula.

Kemungkinan Mahathir turun kembali bertanding ada walaupun beliau menafikannya.

Tingkat 2 B4 sedang mengatur strategi,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Umno-BN, katanya, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon.

“Pemillihan calon kali ini ialah pertembungan Mahathir dengan Rosmah Mansor.

Kedua-duanya ingin memastikan calon mereka yang dikemukakan terpilih.

Mereka juga ingin memastikan jumlah calon Umno yang menang adalah dari kem mereka,” kata sumber itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan semua ketua sayap Umno tidak bertanding dan kesannya, berikut ialah jawapan sumber Umno tersebut: “Jika Umno betul berbuat demikian, Umno akan hancur secara dalaman.

Ahli-ahli Umno nak letak muka di mana? Nak jelaskan macam mana? Rakyat akan lihat Umno semakin tidak stabil dan akan tumbang.

"Saya tak pasti orang Tingkat 2 B4 sedang berfikir, tapi yang pastinya jika semua ketua sayap tidak bertanding, bersama dengan Chua dan juga Palanivel – BN akan hancur. Sebab itu Mahathir dan kroninya Samy Vellu dilaporkan seperti berminat bertanding,” tegas beliau.

Jadi siapakan calon-calon winnable pada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Harakahdaily bertanya kepadanya.

“Winnable itu main cakap saja. Winnable itu berdasarkan kesukaan Rosmah dan Mahathir. Mahathir dilihat cuba mencatur segalanya demi masa depan anaknya.

Rosmah pula ingin mengekalkan kuasanya.

"Pernah tak terfikir kenapa Najib menyandang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Siapa sebenarnya yang nak sangat jawatan itu? "Sebenarnya, jika rakyat celik politik, rakyat akan soal, Umno jadi macam hari ini bukan ke kerana Mahathir yang ingin menghancurkan Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) dulu. Sekarang beliau pula kata nak datang repair.

"Kita pun tak tahu apa beliau nak buat. Sekarang Mahathir kempen ikut skrip beliau sendiri – sehingga menyebabkan war room Najib kelam-kabut nak pertahankan kenyataan Mahathir,” kata sumber Umno tersebut.

Mengapa Najib biar Mahathir berkempen?

“Ada perjanjian,” kata sumber Umno tersebut yang enggan mengulas lanjut. -HD

[BONGKAR] Ini Sebabnya Tarikh Pembubaran Parlimen Dilambatkan...


UMNO Sudah Sampai Ke Klimaks Kemunafikan Penyebaran video lucah dimusim pilihanraya memang sudah menjadi tradisi UMNO dan juak-juaknya.

Terbaru, penyebaran video lucah Datuk Hj Mustafa Ali, video yang kalau ditelitikan nampak sangat telah dibuat menggunakan teknologi animasi dan superimpose yang hebat. Patutlah lambat tarikh pembubaran parlimen lambat dimaklumkan, rupanya untuk menyiapkan fitnah-fitnah.

Jangan bimbang, selepas ini UMNO dan BN akan keluarkan lebih banyak lagi video lucah tanpa ada sebarang sekatan pengedarannya. Inilah UMNO.... mereka tidak takut dengan kemunafikan dan kekufuran, kerana mereka tidak berjuang untuk memasukkan keyakinan kepada Allah dan hukumanNya.

Kepada wanita, anda sedar atau tidak, UMNO telah memperlecehkan wanita seolah barang dagangan dan pemuas nafsu semata-mata untuk melengkapkan fitnah demi mencapai tujuan menghalalkan cara oleh UmNO.

Surah AlNur ayat 12-17:

(12) "Mengapa orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata: "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata".

(13) Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah org yang berdusta.

(14) Dan seandainya bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu).

(15) (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar.

(16) Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya: "tidak pantas bagi kita membicarakan perkara ini. Maha Suci Engkau, ini adalah pembohongan yang nyata.

(17) Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang yang beriman.

SELEPAS INI, PENYIAR BERITA FITNAH DAN PALSU SERTA UMNO AKAN MENERIMA AZAB YANG SANGAT PEDIH!! -salehuddin

Najib Tak Reti Bezakan Tugas Kerajaan Dengan Parti!


Dalam Buletin Utama TV3 malam Ahad (& gambar dari Bernama di atas -GB), jelas sekali Najib Razak semasa turun ke Sabah, merasmikan program kerajaan berkaitan isu Lahad Datu, ESSCOM, memakai topi berlambangkan dacing BN, dan paparan kamera memberikan fokus kepada topi itu. Najib diiringi Ketua Polis Negara dan juga Jeneral Tentera (PAT), selain empat menteri, Hishammuddin, Zahid, Musa Aman dan Shafie Apdal. Makin menjolok mata berkempen atas platform kerajaan .... -fb Ahmad Lutfi Othman

Ulasan GB

Inilah tahap pemimpin UMNO BN.

Lansung tidak memperlihatkan pengetahuan dan hormatnya mereka terhadap perbezaan diantara kerajaan dan parti.

Menggunakan wang rakyat sesuka hato untuk kepentingan parti.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka akan dihumban keluar dari Putrajaya kerana pencabulan konsep kerajaan dengan perbelanjaan parti menggunakan wang rakyat tersebut.

Nizar Seru Rakyat Tamatkan Politik Perkauman UMNO BN Pada PRU13 Ini


Rakyat perlu mengambil kesempatan di dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang ini untuk menamatkan politik perkauman UMNO BN selepas 55 tahun memerintah negara, demikian kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang juga AJK PAS Pusat di Merlimau petang tadi.

Menurutnya, Islam telah lama mengkuburkan politik perkauman dengan seruan Allah swt. di dalam Al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang sentiasa menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Maidah : 8)

Rakyat perlu memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara Malaysia supaya segala kepincangan dan ketidak-adilan yang dilakukan oleh rejim UMNO BN dapat diperbetulkan. Semua kes-kes berprofil tinggi dapat buka semula supaya keadilan dapat ditegakkan seperti kes pembunhan Altantuya - siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau dibunuh, kes kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani, A.Kugan dan lain-lain kes yang menimbulkan banyak tandatanya dan misteri di kalangan rakyat negara ini.

Nizar yang juga seorang AJK PAS Pusat turut menyatakan bahawa pada PRU ke 13 ini, PAS akan menampilkan beberapa orang calon bukan-Melayu sebagai calon seperti Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow bagi kerusi Ayer Hitam menentang Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Kumutha a/p Raman di DUN Tiram.

Katanya, Mohd Najib Razak kini begitu tertekan apabila sehingga kini, UMNO BN masih gagal untuk mengumumkan senarai calon mereka.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat bakal menerajui semula kerajaan negeri Perak yang dirampas oleh Najib secara tidak bermaruah pada tahun 2009 yang lalu.

Majlis Hi-Tea anjuran MTD Merlimau turut menampilkan penceramah Radio Selangor, Ustaz Uda Kassim yang menyelar kenyataan Tun Dr. Mahathir yang mempersenda dan menghina kepimpinan TG Nik Aziz di Kelantan.

Beliau juga turut menyeru rakyat supaya menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. di dalam pemerintahan negara ini.


Sebelumnya, Pesuruhjaya PAS negeri Melaka, Tuan Hj Adly Zahari menyeru rakyat negeri Melaka supaya menamatkan politik berkepentingan diri tajaan UMNO BN selama ini dengan menjadikan "Melaka Milik Rakyat".

Beliau juga turut mendedahkan tentang peralihan sikap masyarakat Melayu yang begitu ketara mutakhir ini dimana orang Melayu sudah muak dengan politik sempit UMNO yang hanya mementingkan pemimpin-pemimpin dan kroni mereka.