Pemimpin Islam wajib sokong hudud, kata PAS Selangor
Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Talib menafikan beliau berkata PKR wajib menyokong hukum hudud, tetapi menyatakan semua umat Islam termasuk ahli parlimen PKR yang beragama Islam wajib menyokong hudud.
"Saya tidak pernah kata PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam.
"Apa yang saya kata, semua yang beragama Islam termasuk ahli parlimen PKR wajib sokong," kata Zaidi dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider.
Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan berita PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam, kata PAS Selangor.
"Apa yang saya maksudkan ialah pemimpin yang beragama Islam dari PKR bukan parti itu sendiri," kata Zaidy.
ULASAN GB
Dah pun pusing..... semalam kata lain...
Umat Islam memang wajib menyokong hudud, tetapi dalam keadaan sekarang ini bijaksanakah kita mengusulkannya?
Ada banyak perkara lain yang sepatutnya menjadi agenda utama PAS, bukan hudud. Tindakan PAS Kelantan adalah terburu-buru hanya kerana "kononnya" telah mendapat sokongan pemimpin UMNO. Sedang semua sedia maklum tindakan UMNO itu hanyalah sandiwara untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.
GB tertarik dengan komen berikut oleh pengkomen di blog ini:
Anonymous said...
UG ni memang bangangah beb... entah berapa kali nk kena tipu dgn UMNO... sampai ke kiamat bangangnya.... pergi settlekan masalah banjir tu dulu .... rakyat menderita skrg ni... itu hikmah Allah turunkan ujian banjir... tahu apa yang patut di prioritaskan untuk rakyat... bukan hudud...
4G said...
Stuju dgn anta sheh...ana tgok pas dn umno ni snasib dpt presiden...alahai...sesuai dgn lgu antik mlyu tudung periok....adakah tudung priok prioriti orng mlyu...ha..ha
Kedua, jangan lupa Sheikh Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia sendiri melalui satu wawancara dengan Al-Jazeera pernah menyatakan "nak hudud perlu bangunkan umat dan diri sendiri dulu"!
Kamu Zaidy, dan sekalian pemimpin UG termasuk Nik Amar, ilmu kamu tinggi mana nak lawan Sheikh Yusof Qardhawi? Kalau tak reti pergilah bertemu dengan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia iaitu Haji Abd Hadi supaya beliau bertanya sendiri kepada Syeikh Yusof Qardhawi.
Jadi jika mengikut kenyataan dari Sheikh Yusuf Qardhawi di atas, pemimpin dan umat Islam "tidak wajib" menyokong hudud yang hendak diusulkan oleh PAS Kelantan tersebut kerana ada perkara yang menyentuh umat yang belum beres di Kelantan yang lebih utama yang perlu dilakukan oleh PAS Kelantan, bukan hudud. Jangan jadikan isu hudud sebagai escapisme untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri terutama meningkatkan iktisad dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan. Dan di dalam keadaan sekarang, hentikan isu hudud, sama-sama selamatkan rakyat dari yang terkena musibah banjir.