17 Sep 2012

Pemimpin BN Songlap RM200,000 Geran Bantuan Setengah Juta

Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.

Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.

Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan.

Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut.

“Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri,” dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.

“Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen,” kata beliau lagi.

“Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

“Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan,” tegas Chegu Bard. -KD

[EDISI KANTOI] NST Siar Gambar Palsu Persidangan Umno-APCO Pekan!



Nampaknya syaitan yang dikenali buat onar lagi.

Semasa merasmikan persidangan tahunan Umno-APCO Pekan yang ketua bahagiannya kebetulan perdana menteri Najib Altantuya, akhbar pencacai dari Kumpulan Media Prima, The New Straits Times didapati mengedit sekeping gambar yang dimuatkan di dalam laman webnya pada 16 September 2012 (semalam).

Gambar yang diedit ini kemudian dimuatkan dalam laman web akhbar berkenaan sebagai tajuk berita utama.

Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!

Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib Altantuya yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.

Dengan angkuhnya, Najib Altantuya berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.

(Perhatikan dua imej dalam bulatan itu - ia serupa - bererti "copy paste" dilakukan -GB)

Dengan nada marah bercampur geram, Najib Altantuya menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.

Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib Altantuya dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu. -jalanpulang/GB

Kerajaan Gagal Pantau Pembekal Netbook 1Malaysia Serah Komputer Tidak Berkualiti

Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan

TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Gambar: Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.

Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.

Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.

“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.

Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.

Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.

“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.

Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.

Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.

Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.

“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.

“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya. -SH



Saudara Baru Yang Berhenti Sebagai Pengacara TV Untuk Berdakwah


Mohd Zaid bin Tandang. Saudara baru. Keturunan Dayak. Berkhidmat di TV alHijrah selama 2 tahun. Berhenti sebagai pengacara untuk menyertai PAS dan kembali ke Sarawak untuk berdakwah di Sarawak. — passarawak


Ulasan GB

Syabas dan tahniah sdra Mohd Zaid.

Semuga Allah swt mengurniakan sdra rahmat dan pertolonganNya serta dipermudahkan urusan sdra.

Siapa Exco UMNO N9 Yang Lepaskan Tembakan?


Exco Umno-APCO Negeri Sembilan Lepaskan Tembakan!

Sambutan Hari Malaysia ke-49 tercemar hari ini!

Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari Umno-APCO hari ini didakwa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu.

Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan:

@anthonyloke Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis:

Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!

Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari Umno-APCO, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan.

Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan.

Ketua Polis negeri, Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut.

Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut. -jalanpulang


Negeri Umno exco in gun shot scandal

SEREMBAN: A Negeri Sembilan state exco member is under police investigation for allegedly firing his pistol at his home in Seremban on Friday night.

It could not be ascertained if anyone was injured as a result of his action but FMT learnt that the Umno politician fired his weapon following a personal problem involving a close relative.

The matter was revealed to the media today (Sunday) by DAP’s MP for Rasah Anthony Loke who questioned the delay of police action against the Umno exco man.

“I got to know that the exco member fired a shot at his home. The police took swift action when Opposition Leader Anwar Ibrahim’s bodyguard aimed his gun at individuals who provoked by trying to stop the latter’s car in Jasin last week.

“I urge the police to thoroughly investigate if the Negeri Sembilan incident really happened and take immediate action against the state exco,” said Loke who is also the DAP national youth chief.

When contacted Seremban district police chief OCPD ACP Saiful Azly Kamarudin said the matter was under investigation.

FMT also learnt that the state exco and another person had lodged separate police reports over the incident.
-FMT


Gambar Berbicara: Apa Sebab Stadium Runtuh Di Terengganu?





Benarkah Suspek Pijak Foto Nik Aziz & Guan Eng Sudah Ditahan?

Suspek pijak foto Nik Aziz, Guan Eng ditahan

KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.

"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

"Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata sebahagian sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu.

"Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara.

"Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Mana suspek yang ditahan?

Apakah ini hanya satu retorik Kementerian Dalam Negeri untuk buktikan kononnya KDN tidak pilih kasih?

Apakah KDN mahu kencingkan rakyat satu malaysia?

Rakyat belum dapat lagi menerima berita tersebut sebagai benar selagi suspek belum didedahkan dan didakwa!

Kelip-kelip di sangka api,
kalau api mana puntungnya?
Suspek kencing sudah ditahan menteri
jika ditahan mana buktinya?