1 Dis 2013

Di Akhir Zaman, Zina Dilakukan di Jalanan

Ketika ini perzinaan merebak di mana-mana. Jika dulu kita mendengar zina terjadi hanya di television atau membaca di akhbar, sekarang kita mendengarnya di sekeliling kita.

Menjelang hari kiamat, setelah manusia melewati zaman keemasan (dengan turunnya Nabi Isa Alaihisalam dan dipimpinnya manusia oleh al-Mahdi), manusia memang akan hidup dalam keadaan yang seburuk-buruknya, layaknya binatang.

Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam menceritakan tentang peristiwa itu sebagaimana yang diriwayatkan Abu Hurairah Radhiyyalahu’ Anhu:

“Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, umat ini tidak akan punah, sampai ada laki-laki mendatangi perempuan, lalu menyetubuhinya di jalan. Lantas orang yang terbaik pada saat itu adalah yang mengatakan: ‘Alangkah baiknya jika kamu bersembunyi di balik tembok ini.” (H.R Abu Ya’la) Inilah puncak kebejatan manusia dalam perzinaan yang akan terulang kembali di akhir zaman, pasca wafatnya Nabi Isa Alaihisalam dan Imam Mahdi. Manusia akan kembali ke zaman jahiliyah, bahkan lebih buruk lagi. Orang-orang yang tidak waras akan melakukan hubungan badan layaknya binatang secara terang-terangan, di jalanan, di jembatan, di tempat terbuka dan banyak ditonton orang.

Parahnya lagi, orang-orang terbaik saat itu tidak mampu berkomentar apa-apa saat menyaksikannya, selain menghimbau agar pelaku zina di tempat itu beralih dan melakukannya di di tempat yang agak tertutup.

Bahkan, ada di antara orang terbaik saat itu yang melihatnya juga tertarik untuk melakukan perbuatan bejat tersebut, namun hati nuraninya meminta dirinya untuk melakukannya di tempat yang tersembunyi. Jika demikian adalah manusia terbaik saat itu, bagaimana dengan manusia bejatnya?

Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wassalam bersabda : “Dan yang tersisa adalah seburuk-buruk manusia, mereka melakukan hubungan intim di dalamnya bagaikan keledai, maka pada merekalah kiamat akan terjadi.” (H.R Muslim) -islampos

Perlantikan Ustaz Kazim Dalam MT Umno Kurang Dipersetujui Abangnya

Ipoh – “Secara peribadi saya kurang bersetuju beliau terlibat secara keseluruhan dalam parti,” luah Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berhubung pelantikan adiknya, Mohammad Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohd Najmuddin berkata, sebagai ahli keluarga, beliau melihat situasi pelantikan itu hanya akan menguntungkan sebelah pihak berbanding tugas pendakwah bebas yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Menurutnya, sekiranya benar perdana menteri mahu menempatkan Ustaz Kazim dalam kerajaan, satu jawatan yang lebih sesuai boleh diberikan agar tugas sebagai pendakwah masih boleh dijalankan tanpa perlu ada ‘double standard’.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan, penerimaan jawatan itu kelak akan mengganggu perjalanan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang selama ini di bawah tanggungjawab Ustaz Kazim.

“Buat masa ini, saya tidak mendapat penjelasan dari mana-mana pihak mengenai perkara ini. Saya juga tidak tahu di sebalik perlantikan tersebut.

“Sebagai abang saya tidak bersetuju, kecuali perdana menteri menyediakan satu jawatan yang lebih sesuai agar dia boleh terus berdakwah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga Pegawai Penerangan Agama Pejabat Menteri Besar Perak memaklumkan akan mengadakan satu sidang media khas bersama seorang lagi adiknya yang juga Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah setelah mendapat penjelasan daripada Ibu Pejabat Umno mengenai pelantikan itu.

Mengulas mengenai keahlian Pas, Mohd Najmuddin tidak menafikan Ustaz Kazim pernah menjadi ahli parti itu 15 tahun lepas, bagaimanapun sudah mengisytiharkan diri keluar parti.

“Setahu saya memang (Ustaz) Kazim pernah jadi ahli Pas, tapi dah lama keluar dan sejak itu dia jadi pendakwah bebas,” katanya. -SH


Umno guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS


KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.

"Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata. Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.

Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru SUngai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.

Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka.

"Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat. Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kemasukan Ustaz Kazim ke dalam Umno itu langsung tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya lebih menyenangkan PAS untuk meneruskan siri dakwahnya kepada Ummah tanpa diganggu oleh 'individu yang mengakui PAS'.

Menurut beliau lagi, hakikatnya individu berlatarbelakang agama apabila menyertai Umno akan hilang serinya dan akan tenggelam dibawa arus.
-HD


Al-Sisi Akan Diadili Di Britain


Kaherah. Wartawan television Aljazeera dan juga pengamat politik Mesir, Ahmad Mansur, memberikan komentar terhadap perkembangan terakhir proses mengheret As-Sisi dan tokoh-tokoh yang terlibat dalam kudeta di Mesir ke muka pengadilan.

Mansur memetik kenyataan pasukan peguam antarabangsa, “Kita semua bertanggung jawab secara bersama-sama dalam menunaikan amanah bersejarah ini. Masa depan kita dan masa depan Hak Asasi Manusia yang kita yakini, akan sangat bergantung pada hasil dari usaha kita ini.” Menurutnya, kumpualn peguam sudah memulai langkah nyata memproses As-Sisi dan rakan-rakannya di mahkamah Britain.

Mansur menyatakan, bahwa pada bulan September yang lalu, beliau telah bertemu dengan penyelaras kumpulan peguam antarabangsa berkenaan. Menurut penyelaras tersebut, akan terdapat lebih kurang 30 orang peguam besar akan bergabung. Mereka adalah para peguam yang selama ini memberikan perhatian besar kepada masalah Hak Asasi Manusia. Di antaranya ialah tokoh seperti Lord Ken MacDonald dan Michael Mansfield, yang dua-duanya merupakan penasihat Ratu Britain.

Kumpulan ini sudah memulai langkah nyatanya untuk mengheret As-Sisi ke pengadilan. Mereka sudah melakukan pengumpulan bukti-bukti yang menguatkan bahawa penguasa kudeta telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan pada peristiwa-peristiwa pembantaian, di antaranya pembantaian di ibu pejabat pegawai presiden, Rabi’ah, Nahdhah, monumen pahlawan, dan Abu Za’bal.

Perlu diketahui, pengadilan di Britainmembolehkan diadakannya pengadilan terhadap orang-orang yang terlibat dalam kejahatan terhadap kemanusiaan di manapun dilakukannya. Orang-orang yan terlibat tersebut akan menjadi orang pelarian ketika keluar dari negaranya.

Kumpulan yang sama sudah berhasil menghukum Tzipi Livni (mantan menteri luar negeri Israel) dan para pejabat Israel lainnya yang terlibat dalam kejahatan terhadap bangsa Palestin di Gaza tahun 2008-2009 yang lalu. Bahkan sudah keluar surat perintah penangkapan Tzipi. Hingga kini, Tzipi dan orang-orang yang terlibat dalam serangan tersebut tidak boleh masuk wilayah Brtain.

Jauh sebelumnya, pengadilan Britain juga telah mengadili Pinochet, diktator berasal negara Chile, dengan tuduhan melakukan kejahatan perang.

Pada sidang konferens terakhirnya, Michael Mansfield menyatakan keberatannya jika dikatakan bahwa dunia hanya diam melihat kejahatan terjadi di Mesir. Menurutnya, membawa kaum pengkudeta di Mesir ke pengadilan adalah hal yang sangat penting kerana apa yang terjadi di Timur Tengah akan terjadi juga di bahagian dunia yang lain.