30 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Kredibiliti Musa Hassan Dipersoal Untuk Disambung Perkhidmatannya Selaku KPN

Sikap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, lapor harakahdaily.

Malah, katanya lagi, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.

"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?

"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.

"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.

Mengulas lanjut keengganan Musa mengulas pelbagai tuduhan terhadapnya itu, beliau berkata, "itu bukan sifat seorang KPN".

Sepatutnya, kata Salahuddin, Musa berdiri tegak untuk menangkis pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Umno tidak henti-henti memperlekehkan kenyataan-kenyataan bersumpah yang disiarkan oleh Raja Petra (Kamarudin) sebagai tidak ada nilai, bohong dan sebagainya.

"Kenapa Musa tidak matikan sama sekali pendedahan Raja Petra kalau pendedahannya tidak ada nilai dan bohong?

"Bukankah orang kita terkenal dengan pepatah berani kerana benar?" kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.

Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.

Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.

Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.

Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.

Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".

Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Pegaawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.

Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.

Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.

Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.

"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.

Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.

"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.

"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra

Era Najib Altantuya : Arak Kepala Lembu Boleh Timbulkan Tindakbalas Anarki

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam.

Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam.

Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah. Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan.

Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat.

Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi. Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An'am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini.

Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib — polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri.

Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya. Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak.

Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya.

Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan? -Dr.Muhammad Nur Manuty


Era Najib Altantuya : Rakyat Nilai SPRM Selasa Ini

Rakyat 1Malaysia akan menilai keadilan dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam mengendalikan dan menetapkan samada SPR mengikut undang-undang atau mengikut kepentingan parti kerajaan UMNO BN apabila SPR membuat keputusannya di dalam menentukan kedudukan kerusi DUN Seputeh, Kedah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Sejak Pilihanraya Umum yang lalu, negara telah mengharungi lapan kali pilihanraya kecil dan daripadanya, tujuh telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. BN hanya memenangai satu iaitu di Batang Ai sarawak.

UMNO BN telah lama mengelak untuk berpilihanraya kerana mengetahui arus kebangkitan rakyat semenjak pilihanraya umum ke 12 tahun lalu tidak memihak kepadanya, apa tah lagi parti-parti komponen BN terutama MCA, MIC dan PPP kini sedang menghadapi kemelut dan krisis yang parah yang memungkinkan kekalahan teruk BN di dalam mana-mana pilihanraya kecil ketika ini.

Era Najib Altantuya : Arak Kepala Lembu, Islam UMNO Tak Bawa Ke Syurga, Benar Kata TGNA

Melayu Mudah Lupa

Benar sekali ungkapan bekas Presiden sebuah parti tua di Malaysia, bernama UMNO, iaitu Melayu Mudah Lupa, sedikit masa dulu, iaitu saat sebelum kejatuhannya.

Adakah ‘penyokong – penyokong’ UMNO ini, yang mengarak kepala lembu dan memijak – mijak nya, dengan tujuan menghina agama kaum lain, mampu membawa mereka ini ke Syurga? Bukan kah kata – kata keramat itu lahir dari pemimpin agung parti mereka sendiri?

Islam Yang Dibawa UMNO Tidak Membawa Penyokongnya Ke Syurga

Lebih benar lagi kata – kata yang disebut oleh TGNA beberapa hari lalu.

Peristiwa mengarak kepala lembu dan memijak – mijaknya sebagai tanda protes bagi pembinaan sebuah kuil di Shah Alam , oleh sekumpulan ‘penyokong – penyokong’ UMNO, adakah melambangkan benar sekali kata – kata TGNA ?

Boleh kah orang – orang sebegini mampu mendapat keredhaan Allah untuk ditempatkan di dalam Syurga milikNya ?

Bukan kah dalam islam itu ada toleransi beragama. Islam yang diturunkan tidak memusuhi sebarang bentuk ajaran dan agama lain.

Jadi adakah islam yang dibawa dan dipegang oleh ‘penyokong – penyokong’ UMNO ini serupa dengan islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw ? -prof

Era Najib Altantuya : Sidang Bawah Pokok Episod Kedua?

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

DS Nizar memaklumkan bahawa persiapan Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan. Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan. -loveperak

Era Najib Altantuya : Laporan Polis Terhadap Bekas ADUN BN

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San hari ini membuat satu laporan polis berhubung salah guna peruntukan bekas Adun Barisan Nasional serta penyelewengan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lau yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, laporan itu dibuat setelah mendapati wujud salah guna peruntukan di kawasan pembangunan DUN Kampung Tunku dan DUN lain, di Selangor.

Katanya, beliau mempunyai bukti untuk mengesahkan laporan yang dibuat.

“Dokumen yang saya perolehi daripada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling telah menunjukkan setiap satu butiran kegunaan peruntukan ini dan persoalan-persoalan serius timbul, bagaimana bekas Adun ini dapat membelanjakan wang rakyat ini dengan begitu boros dalam masa kurang daripada tiga bulan, lebih-lebih lagi apabila Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008.

“Dan persoalan timbul sama ada Adun-Adun BN ini sengaja berbuat demikian supaya wang ini dapat dikeluarkan untuk membiayai perbelanjaan kempen pilihanraya BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mendakwa, Adun BN telah membelanjakan 90.6 peratus atau RM26.6 juta daripada peruntukan kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama, tahun 2008.

“Jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76. Sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800, mala Speaker DUN yang bukan Adun, turut membelanjakan RM600,000,” katanya.

Lau berkata, beliau juga telah membuat laporan kepada SPRM pada 16 Julai lalu, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM untuk menyiasat salah guna peruntukan DUN berkenaan.

“Saya mengesyaki, terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes ini. Saya juga meminta PDRM menjalankan siasatan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam kes ini kerana saya mengesyaki mungkin terdapat unsur-unsur jenayah seperti penyelewengan mungkin sengaja ditutup oleh pihak berkuasa yang sepatutnya menjalankan siasatan”, katanya.

Era Najib Altantuya : Bodoh Jika Lompat Ke UMNO BN

Hanya ahli politik yang tidak memahami perjuangan parti sahaja yang akan melompat parti.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menafikan khabar angin terbaru yang menyatakan beberapa Exco dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor akan menyertai UMNO tidak lama lagi.

Menurut Khalid, beliau melihat berdasarkan keputusan pilihan raya yang terbaru jelas bahawa rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

“Bagi saya tidak mungkin mereka akan lompat parti, kalau ada orang hendak lompat biar dia tenggelam dengan kapal yang hendak karam itu (UMNO). Saya rasa tidak ada orang yang terlibat di dalam politik sebodoh itu, harapan mereka bahawa lompat itu akan menyebabkan rakyat berpaling dari PR jelas terbukti meleset.

“Sokongan yang dicapai di Permatang Pasir seperti mana di tahun 2008, kita telah mendapat 65 peratus daripada jumlah undi yang dibuang. Walaupun BN turun dengan segala kekuatan mereka, saya rasa jelas terbukti bahawa kerajaan PR ‘in waiting’. Rakyat sedang menunggu untuk hendak bersama kita (PR),” katanya.

Khalid berkata, UMNO perlu faham, rakyat sudah menolak politik UMNO/BN dan sekiranya ada Exco yang hendak lompat mereka hanya akan menjadi ADUN kerana kerajaan PR masih terus memerintah Selangor.

Beliau berkata, kalau ahli politik yang melihat trend dalam masyarakat dia tidak akan lompat masuk BN kerana PR telah mengalahkan BN 7-0 dalam tujuh pilihan raya kecil.

“Kalau ada ahli politik hendak sertai parti yang dapat 0, betul-betul bodoh la. Katakanlah kalau ada sembilan yng lompat, dia boleh tubuh kerajaan sampai bila... pilihan raya umum dua tahun lagi. Dia hendak pegang untuk dua tahun bolehlah tetapi akhirnya pilihan raya umum, kita akan menang lagi.


“Kalau ada pun itu hanyalah propaganda UMNO dari dulu, mereka beri gambaran PR tidak stabil, PR hendak berpecah tetapi rakyat tidak percaya dan terbukti di Permatang Pasir walaupun Radhzi keluar,” katanya.

Beliau turut menasihati BN jika ingin berperanan dalam arena politik pada masa depan, mereka perlu berubah dan tidak menggunakan propaganda politik

Khalid berkata, BN perlu menerima hakikat bahawa UMNO yang menyebabkan Melayu berpecah belah.

Melayu dan Islam hanya akan bersatu sekiranya semua ahli UMNO sertai Pas dan PKR, katanya. -SH

Era Najib Altantuya : Selamat Jalan Chua.. Belum lagi

Apabila Majlis Presiden MCA memecat Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Khamis lalu, umum tidak sangat melihat tindakan itu daripada sudut moral. Isunya bukan VCD berstatus ‘aduhai-aduhai’ yang tersebar kira-kira dua tahun lalu.

Lebih ramai yang bersetuju bahawa usaha membuang bekas Menteri Kesihatan itu adalah masalah dengan Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri. Bukanlah satu rahsia bahawa sejak Chua terpilih sebagai orang No 2 parti dalam pemilihan lalu, rasa tidak sebulu antara No1 dan No2 memang wujud.

Chua yang mengaku bersalah atas perlakuan seks itu sudah pun meletakkan semua jawatannya dalam parti juga dalam kerajaan. Dalam keadaan ‘terhina’ itu pun beliau masih popular dan menerima simpati apabila perwakilan memilihnya sebagai orang kedua penting dalam parti.

Chua yang terkenal dengan watak lemah lembut (tetapi tegas dan berani) tidak banyak cakap, mengetahui disenangi oleh sebilangan besar anggota parti peringkat akar umbi. Tentu sekali ini tidak menyenangkan Ong.

Ong beruntung sebab Chua ada kes yang boleh dihangatkan semula. Maka isu VCD seks yang dirakam rompak dan disebarkan itu adalah cara terbaik untuk orang tua itu dinyahkan dari parti. Selamat jalan, Dr Chua!

*BETULKAH selamat jalan? Belum pasti! Benar, di atas kertas orang tua itu sudah tidak ada kena mengena dengan parti terbesar kaum Cina itu. Sepatah kata Chua sendiri, dalam nada sayu: “Berikan saya peluang untuk menjadi orang tanpa parti”

Dengan status ‘orang tanpa parti itu’, ternyata belum membuatkan Ong boleh tidur lena. Masih ada kebimbangan dalam senyuman manis si No 1 Mungkin lebih bimbang dari sebelumnya.

Kebimbangan itu bukan tidak bersebab. Hakikatnya ialah hanya beberapa jam setelah Majlis Presiden menjatuhkan hukuman ‘pancung’, semangat atau ‘hantu’ orang tua itu mula meresap di segenap tempat.


Bukan semua anggota MCA suka tindakan Majlis Presiden. Suara-suara menentang sudah kedengaran. Ada gerakan memungut tanda tangan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan untuk mendesak diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti.

Menurut Datuk Theng Book yang mengetuai Jawatankuasa ‘Selamatkan MCA’, EGM itu perlu diadakan untuk mengembalikan semula keanggotaan Chua, dan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Ong.

Sekiranya seminggu dua ini Theng Book berjaya dalam kempen memungut tanda tangan yang mencukupi, EGM itu akan diadakan. Ketika itu keadaan mungkin berubah: Kata-kata ‘selamat jalan!’ bukan lagi kepada Chua, tetapi kepada Ong!

* THENG Book hanyalah anggota biasa MCA Bahagian Puchong. Sekiranya usaha orang kecil itu sudah menggetar jantung No 1, ada lagi reaksi lebih membimbangkan, kali ini bukan dari anggota biasa.

Mula-mula enam bahagian MCA di negeri Johor meminta Biro Disiplin parti melucutkan sementara kuasa Presiden yang kini disandang oleh Ong.

Bahagian-bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai berpendapat tindakan memecat Chua tidak adil. Timbalan Presiden itu dipilih oleh 1,115 perwakilan, tentulah tidak wajar sekiranya pemecatan itu dilakukan oleh hanya beberapa anggota dalam biro berkenaan.

Tidak sahaja mahu kuasa Presiden ditarik sementara, mereka juga mahu diadakan siasatan berhubung tuduhan kononnya MCA menerima derma RM10 juta, juga mengenai pengumpulan dana RM100 juta.

Ong sudah mengemukakan saman RM500 juta berhubung isu derma RM10 juta. Tetapi isu ini tetap akan digunakan oleh pihak lain dalam parti untuk mencederakan Ong. Sama seperti VCD, isu derma juga melibatkan soal maruah. Soalnya ialah maruah siapa yang mesti dipertahankan? Ini ada kena mengenai dengan MCA secara keseluruhan.

Selain enam bahagian di Johor, sepuluh bahagian parti itu di Kedah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemecatan Chua. Mereka mendesak EGM diadakan.

Mungkin sehari dua ini akan ada lagi bahagian-bahagian MCA seluruh negara menyuarakan tentangan yang sama. Tentu sekali suara-suara menentang seperti itu akan membuatkan tidur si No 1 diganggu mimpi-mimpi ‘hantu’.

*BELUM dapat dipastikan bagaimana penghujung drama separuh seram ‘hantu’ MCA. Bagaimanapun kemelut dalam kelambu yang melanda parti itu sudah memberi kesan di luar kelambu.

Sebagai teman sekatil asal dan paling lama dengan Barisan Nasional, krisis dalaman MCA tentu sekali menjejaskan BN. Memang yang terjadi adalah pergaduhan dalam kelambu MCA, tetapi sekiranya dibiarkan, ia akan mengoyak-rabakkan kelambu BN sendiri.

Pada ketika nyamuk tiruk dan nyamuk aedes membiak dan menyebarkan berbagai-bagai penyakit sekarang, semua orang kena menjaga kelambu supaya jangan koyak atau bocor. Sedikit sahaja kelambu bocor, aedes boleh masuk, dan semua yang di dalam kelambu mungkin terkena demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Sebelum ini kita sering mendengar andaian dan tuduhan kononnya Pakatan Rakyat (PR) sedang dilanda krisis yang mungkin membawa kehancuran pakatan pembangkang itu. Kocak-kocak air yang terjadi dalam PKR, PAS dan DAP dianggap sebagai bunga-bunga perpecahan PR.

Sebenarnya apa yang terjadi dalam komponen BN pun tidak kurang kocaknya. Sebelum krisis dalam MCA, beberapa komponen lain BN pun dua kali lima juga. MIC bergaduh sama sendiri. PPP gaduh juga. Gerakan sudah hilang punca.

Tidak kira kelambu PR atau kelambu BN semua sudah koyak rabak. Bukan sahaja nyamuk tiruk dan nyamuk aedes boleh masuk, babi tonyok pun boleh meredah dalam kelambu. Kalau babi sudah masuk dalam kelambu maka bahayanya bukan setakat aedes malah H1N1. Percayalah kelambu bukan untuk H1N1, tetapi untuk B1N1.

Dengan kelambu-kelambu yang koyak rabak ini, ke mana sebenarnya Malaysia hendak dibawa?

* RABAK atau tidak, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 esok. Sebagai anak Malaysia jati, Tok berasa amat bangga kita sudah merdeka lebih setengah abad ini. Tok sayangkan negara ini, sumpah!

Sudah lebih 50 tahun menyedut udara merdeka, kita masih tidak habis-habis bercakap mengenai perpaduan, jati diri, nilai budi, patriotisma, dan lain-lain. Kita dikatakan masih gagal dalam benda-benda ini. Betulkah kita gagal?

Tok tidak fikir kita gagal dalam hal perpaduan. Sejak Tok kecil dulu tidak ada langsung masalah perpaduan kaum. Tok berkawan dengan Cina, India, Jawa, Minang, Punjabi dan lain-lain keturunan.

Bila Tok masuk universiti, pelajar Cina, India dan lain-lain kaum semua baik-baik. Kita makan sama di kantin, mentelaah sama di perpustakaan, bersukan sama. Malah ada kawan Tok bercinta dengan pasangan berlainan kaum. Tidak ada masalah.

Bila sudah kerja dan jadi orang tua, Tok tidak nampak ada perpecahan antara kaum. Kita boleh hidup dan bekerjasama dalam kebanyakan hal, saling hormat-menghormati.

Bila ada pilihan raya, kita pangkah calon yang kita suka, tanpa mengira dia Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayun dan lain-lain. Tidak ada masalah langsung. Tanpa kempen-kempen dan hubaya-hubaya pun kita memang sudah ‘ngam’ dan ‘kamceng’.

Ada pun yang kata bangsa kita hancur, bangsa kita berpecah, kaum-kaum tidak bersatu padu, bukan kita tetapi orang-orang politik sendiri. Orang-orang politik yang sibuk kata kita tidak bersatu padu. Jadi, jangan dengar sangat cakap orang politik. Kita teruskan hidup kita macam dulu-dulu. Beres!

* TOK hairan orang jadikan bendera untuk mengukur semangat patriotik. Sehingga ada andaian bahawa siapa yang tidak memasang Jalur Gemilang di rumah atau di kenderaan akan dianggap tidak patriotik.

Dangkal sangatlah kita sekiranya bendera dijadikan ukuran semangat cintakan negara. Tok tidak pernah pasang bendera di rumah. Pada kereta pun Tok tidak pasang bendera, ganggu pandangan hilang tumpuan masa memandu. Tetapi Tok tetap sayang negara ini.

Jangan bendera sahaja jadi ukuran semangat patriotik. Banyak lagi benda-benda dan nilai-nilai lain yang terserap dalam jiwa (tanpa orang paksa) dan menjadikan kita sayangkan negara bertuah ini.

Baru-baru ini Tok berpeluang masuk ke masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, masjid kedua dan terindah di Putrajaya. Hebat bukan main reka bentuknya. Tetapi, ada satu benda yang Tok kurang berkenan. Kompleks itu terbahagi kepada dua zon utama. Satu dinamakan kompleks masjid, satu zon lagi dinamakan ‘Kiblat Walk’.

Kenapa ‘Kiblat Walk’? Kenapa mesti guna perkataan Inggeris? Apakah tidak ada perkataan Melayu? Apakah salah sekiranya digunakan ‘Laluan Kiblat’, ‘Dataran Kiblat’ dan sebagainya? Kenapa mesti ‘walk’? Apakah hendak samakan dengan ‘Bintang Walk’?

Cukuplah istilah ‘presint’ dan lain-lain istilah asing digunakan di Putrajaya. Dalam masjid pilihlah istilah kita. Tukar ‘Kiblat Walk’. Ini pun ada kena mengena dengan semangat patriotik! - Tok Perak, SH

Era Najib Altantuya : Angin Apa Landa Permatang Pasir

Timbalan Presiden UMNO, mengepalai kempen BN di Permatang Pasir mengisytiharkan angin perubahan sedang melanda kawasan itu. Beliau menjangka calon BN boleh memenangi pilihan raya kecil Selasa kelmarin berdasarkan adanya bertiupnya angin itu.

Pengundi Permatang Pasir sendiri dalam tempoh setahun lebih ini telah keluar mengundi berkali-kali. Kali pertama pada Mac 2008 di mana terpilihnya Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Parlimen. Kali kedua apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menawar diri sebagai calon mengganti isterinya.

Kali ketiga ialah awal minggu ini apabila satu pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia. Sebelum itu, April lalu, jirannya, Penanti juga melihat berlakunya satu PRK. Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Barisan Nasional (BN) memangnya terpukul teruk di Permatang Pauh. Wan Azizah dan Anwar menang besar. Di Penanti pula, BN mengangkat bendera putih, enggan bertanding. Menentang calon-calon bebas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang mudah di situ. Permatang Pasir menjanjikan sesuatu yang lain. Semua tukang kempen BN mencanangkan BN mempunyai peluang besar merampas kawasan itu dari Pas.

Angin perubahan yang mula melanda Manek Urai dijangka sekali lagi akan bertiup kencang di Permatang Pasir. Muhyiddin mendakwa melihat sekali lagi pangkal angin itu semasa proses pengundian sedang berlangsung. Ramai terpengaruh dengan telahan dibuat bahawa sukar bagi Pas untuk mempertahankan majoriti. Pemerhati politik, rata-rata menganggarkan majoriti Pas kali ini tidak akan melebihi 2,000 undi.

Namun, keputusan yang dibuat oleh para pengundi pada Selasa lepas mengejutkan. Pas hampir mempertahankan majoriti yang dimenangi. Benar Pas kehilangan 900 undi tetapi calon BN kehilangan 500 undi, secara relatifnya, kehilangan dirasai Pas adalah sedikit lebih kecil dalam bentuk peratusan berbanding BN.

Jika dilihat dari jumlah undi dimenangi oleh calon BN, nyata kriteria pemilihan calon BN tidak menjejas peluang parti itu untuk menang. Imej calon tidak penting. Integriti calon tidak penting. Pernah terjadi calon yang dikenakan hukuman oleh mahkamah kerana menyahgunakan duit koperasi masih berupaya memenangi pilihan raya.

Juga terdapat beberapa orang yang terlibat dalam rasuah di mana kertas pertuduhan sudah pun disediakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi dikekalkan sebagai calon parlimen oleh BN, masih berjaya menangi pilihan raya dengan jumlah majoriti yang besar. Pokoknya, mereka mestilah bertanding di atas tiket BN. Tetapi itu cerita pra 2008, Mac.

Maka, saya tidak menganggap ‘tragedi’ yang menimpa calon BN di Permatang Pauh ini telah menjejaskan bilangan undinya. Kalangan penyokong ‘hardcore’ tetap menyokong calon pilihan parti mereka. Bagaimanapun, saya kira sikap yang diambil oleh rakan kongsi calon berkenaan itulah yang menjejaskan teruk bilangan undi diraih calon BN. Rakan itu, suatu hari muncul meminta calon turut sama memikul beban dan malah berkempen di atas pentas Pas berkaitan soal itu.

Tiba-tiba, pada suatu hari lain dia muncul dengan versi lain menyalahkan Pas mengambil kesempatan dari musibah dihadapi oleh mantan rakan kongsinya. Dia membela BN pula. Sikap ‘turnover’ inilah yang menjadikan undi BN hilang kerana integriti perayu, calon BN dan BN terpalit kotor. Sekonyong-konyong ingatan segera mengimbasi Detektif P Balasubramaniam. Kemudian Bala hilang sampai hari ini. 'Turnover'?


Entah mengapa, orang BN dikaitkan dengan kehilangan Bala ini dan taktik ‘turnover’ ini dikaitkan disangkut dengan BN. Orang menuduh Yusri ‘diturnover’. Simpati beralih kepada calon Pas. Terbaik dilakukan oleh BN sebaik sahaja menyedari bahawa ia telah membuat kesilapan dalam pemilihan calon ialah mengundur diri dan mengakui bahawa calon itu bermasalah. Masa ‘cooling off’ yang diperuntukkan oleh SPR bagi membolehkan calon mengundur diri sepatutnya digunakan sebaik oleh BN.

Kalaulah BN lakukan itu, imej BN selepas ini, iaitu selepas penarikan diri itu akan melonjak naik dan ramai orang akan ‘salute’ sikap terbaharu BN sesuai dengan resolusi Najib. Najib pasti disangka serius dengan kata-katanya bersikap lebih telus.

Sebaliknya, kita lihat para pemimpin BN bertindak lain. Mereka bertindak menegak ‘benang basah’ sedangkan pihak berkaitan, Bar Council telah menghuraikan keadaan sebenarnya. Maka, jika ada pegawai tinggi UMNO menganggap calon pilihan mereka sebagai ‘hero’, itu adalah satu perbuatan memperbodohkan orang cerdik.

Terpengaruh dengan keyakinan bahawa orang Melayu mula kembali menyokong UMNO, pemimpinnya bertindak lebih ghairah memujuk Melayu lain kembali bersama mereka. Keyakinan ini diperoleh selepas UMNO hampir berjaya merampas kembali Manek Urai.

Akhbar-akhbar milik UMNO menjalan tugas menanam jarum menghasut Melayu membenci Anwar. Anwar lantang dituduh sebagai pengkhianat Melayu. Dengan berbuat demikian, para pemimpin UMNO mengimpikan ribuan Melayu meninggalkan PKR dan Pas kembali menyokong UMNO.

Hujah diutarakan bahawa Pas hanyalah budak suruhan DAP sebuah parti didominasi oleh kaum Cina yang anti-Islam. Kegagalan Pas mendapat peruntukan kerusi Exco dalam kerajaan Pulau Pinang digambarkan sebagai bukti DAP tidak mempedulik kehadiran Pas.

BN menyanyikan lagu yang berbeza di kawasan bermajoriti Cina. Pas tidak digambarkan sebagai budak suruhan DAP tetapi DAP pula dituduh sebagai ‘terbeliak mata’ tanpa kuasa melihat kerakusan Pas yang dikata sebagai parti ekstremis Islam. Contoh perobohan kandang babi di Alor Star dan pengharaman jualan arak di Selangor sebagai bukti.

Gambaran yang bercanggah ini lebih membuka mata para pengundi. Tuduhan terhadap Anwar, seorang jagoan kelahiran tempatan tentunya dipandang sinis. Tuduhan terhadap Pas dan DAP dikatakan melucukan. Tuduhan mirip ini dulu pernah dikenakan kepada seorang tokoh UMNO sendiri. Dia dituduh komunis dan pada masa yang sama dikatakan kapitalis. Tuduhan-tuduhan BN dianggap tidak berpihak kepada kenyataan.

Akhirnya, taktik kempen BN tidak mengena. Pas menang di semua kawasan bermajoriti Cina dengan majoriti besar. Di Sama Gagah, di mana BN terutamanya Gerakan dan MCA memberi tumpuan, Pas mendapat 1,397 undi berbanding BN hanya 594 dan di Permatang Pauh, Pas memperolehi 875 undi mengatasi undi BN, 354 sahaja.

Kempen berbentuk perkauman ini tidak membawa calon BN ke mana-mana. Mereka kalah dengan teruk di kawasan Cina dan tidak juga berjaya menambat hati sebilangan besar Melayu. Akhirnya, Pas menang semua peti undi, bermajoriti Melayu dan bukan Melayu, iaitu Sama Gagah, Permatang Pauh, Permatang Ara, Bukit Indera Muda, Kampung Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat, Kampung Cross Street dan Permatang Tengah.

Lebih manis bagi Pas dan PR ialah hakikat bahawa kecuali tiga saluran warga emas dan pesara dan undi pos, Mohd Salleh calon Pas menang kesemua baki 36 saluran mengundi di semua peti undi. Trend ini sudah terpamer dalam tujuh PRK dalam masa setahun ini, di mana golongan muda dan bukan Melayu kekal tidak memilih BN dan undi Melayu berpecah di antara BN dan PR dan berulang kali ini.

Polar pengundian Melayu kali ini kekal di mana BN berjaya mendapat tambahan undi di beberapa kawasan Melayu miskin atau di mana ‘habuan’ lebih ketara dan Pas menambah undi Melayu di mana integriti calon BN dianggap tidak sesuai sebagai wakil rakyat.

Perubahan-perubahan ini tidak ketara sehingga untuk kita merumuskan bahawa terjadinya peralihan sokongan. Ia adalah jauh dari sebuah angin perubahan yang didakwa terjadi oleh Timbalan presiden UMNO itu.

Keputusan yang dibuat oleh pengundi Permatang Pasir ini sepatutnya dikaji dengan mendalam oleh pihak berkuasa dalam BN dan UMNO. Ia tidak boleh mengatakan itu terjadi kerana kesilapan memilih calon atau terdapatnya krisis dalaman dalam parti. Krisis dalaman dan pertikaian memilih calon adalah cerita lapuk.

Sesungguhnya, di kalangan orang Melayu, ironisnya integriti tidak diutamakannya. Taat setia kepada parti itu adalah lebih penting. Apa pun pendapat orang tentang Mahathir, Abdullah atau Najib, Nik Aziz, Haji Hadi atau Anwar, sokongan kepada mereka tetap diberikan selagi mereka memimpin UMNO atau Pas atau PKR. Sebutlah apa skandal sekalipun, ini tidak menjejas. Keluar sahaja UMNO atau Pas, terimalah nasibnya.

Namun, masa berubah, seperti ditunjukkan di Permatang Pasir, saluran-saluran satu yang terdiri dari warga emas dan pesara di kawasan Melayu, sokongan kepada UMNO tetap padu tetapi di kesemua saluran yang lain, di kawasan Melayu dan bukan Melayu, BN kalah. Trend ini pastinya mencemaskan UMNO.

Sikap UMNO bermain dengan isu perkauman dalam usaha mewujudkan suasana takut dan bimbang membuka cabaran yang lebih besar bagi UMNO. UMNO bertindak menentang arus dengan konsep yang diketengahkan oleh pemimpinnya sendiri, iaitu satu Malaysia. Ia dianggap talam dua muka oleh generasi baru.


Sesetengah daripada logik yang diutarakan oleh UMNO dan mesin propagandanya, membingungkan seperti mengkritik SPRM dianggap sebagai mencabar kekuasaan Melayu sedangkan badan itu mahu melihat ia bertindak sebagai sebuah Suruhanjaya dibentuk Agong untuk rakyat Malaysia. Mereka melihat ini logik songsang.

Maka, tidak salahlah kalau lebih ramai pengundi bukan Melayu di Permatang Pauh kali ini memilih Pas hanya semata-mata kerana berlakunya kematian ke atas Teoh Beng Hock, seorang berketurunan Cina dan mereka sanggup lupa kandang babi dirobohkan Pas.

Kegembiraan yang disambut selepas berjaya merapatkan jurang di antara undi di Manek Urai, sangkaan angin perubahan sama akan melanda Permatang Pasir nyata meleset. Manek Urai tidak boleh dijadikan ukuran kerana kemenangan BN di sana tidak menjejaskan kerajaan Pas dan masyarakat yang berdikari dan canggih seperti rakyat Kelantan mampu melakukan sesuatu yang di luar jangkaan sebagai strategi politik mereka. Ia tidak kena mengena dengan angin perubahan.

Angin perubahan di Permatang Pasir nyata tidak berlaku tetapi angin apakah yang bertiup membawa isyarat buruk kepada BN itu? Pastinya angin itu tidak berbau harum. -SH

Era Najib Altantuya : Pelakon Amatur Gagalkan Demo Kepala Lembu

Sejak DS Najib Tun Razak menjadi PM, kita menyaksikan pelbagai drama yang ‘diterbitkan’ oleh beliau hasil lakonan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes DS Nizar Jamaludin, SPRM dan surat misterinya yang melibatkan Khir Toyo dalam kes Teoh Bend Hock, Polis dalam terlalu banyak kes menyerang rakyat yang menunjuk rasa di jalanan, SPR dalam kes dakwaan 2000 pengundi hantu oleh Khairy Jamaluddin di Permatang Pasir pada 23 Ogos lalu, dan terkini ialah lakonan beberapa orang pencacai UMNO (melayu) yang mendapat upah beberapa puluh atau ratusan ringgit dengan mengarak kepala lembu ke Pejabat MB Selangor.

Bacalah sedutan berita di bawah ini dan manusia yang waras akan dapat menyimpulkan bahawa ia adalah skrip mudah yang digubah oleh UMNO untuk mencari glamour mereka yang sudah hilang.


“Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.” (28/08/09 - Malaysiakini)




“I challenge YB Khalid, YB Rodziah and Xavier Jeyakumar to go on with the temple construction. I guarantee bloodshed and racial tension will happen if this goes on, and the state will be held responsible,” shouted Ibrahim Haji Sabri amid strong chants of “Allahu Akbar!” (Malaysian Insider)



Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

"Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi."


Apa yang ganjilnya dalam laporan ini? Kenapa kita boleh agak UMNO adalah dalang yang menaja semua kerja kotor ini? Sebab dan rasionalnya mudah sahaja. Jika kita lihat dalam gambar, kita dapat menyatakan bahawa:

1. UMNO lupa untuk mengarahkan pelakonnya supaya tidak memakai songkok, mencukur misai dan menyimpan janggut (atau pakai janggut palsu).

2. Polis sebagaimana biasa menjadi penonton sahaja malah mungkin bertindak bagi memastikan perarakan itu tidak diganggu dan berjalan lancar. Jika ia dilakukan oleh PAS, sudah pasti polis akan menyepak atau menginjak-injak para demonstran tersebut.

3. Contengan kata-kata kesat ke atas Khalid Samad (MP Shah Alam) amat jelas menunjukkan perkataan-perkataan kesat UMNO yang tipikal kepada PAS.

4. Polis buat tak tahu sahaja kepada kata-kata provokasi yang boleh menjerumuskan seseorang ditahan di bawah ISA atau Akta Hasutan seperti yang dilaungkan oleh makhluk yang bernama Ibrahim Hj Sabri yang mengugut untuk melakukan suatu peristiwa pertumpahan darah????...

5. Sepertimana biasa juga, Khairy Jamaluddin terus mengeluarkan kenyataan sepantas kilat mengutuk perarakan tersebut. Sungguh cepat beliau tahu perkara itu. Macamana beliau boleh tahu begitu pantas ya??!!...

6. Kenapa UMNO sibuk membela dan memperjuangkan masjid? Bukankah mereka yang pakar dalam merobohkan masjid dan membataskan aktiviti masjid seperti aktiviti gereja Kristian?

Sepatutnya UMNO perlu meminta nasihat dari pengarah-pengarah drama yang veteran seperti Yusuf Haslam, Prof Madya Maidin atau dari Steven Spielberg sendiri. Kalau tidak, lakonan drama mereka akan kaku, tidak realistic, canggung, banyak kelemahan dan cacat. Cuma penonton yang kolot minda, terencat akal, dungu dan baru keluar dari hutan sahaja yang akan percaya dan terpengaruh kepada drama pandir arahan UMNO Selangor ini. -umnopenipu

Era Najib Altantuya : Melaka Bakal Jatuh Kepada Pakatan Rakyat?

Melaka bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya ke 13 nanti. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ianya adalah umpama angan-angan ‘Mat Jenin’ yang tidak mungkin menjadi kenyataan.

Malah penyokong dan pemimpin BN sudah pasti mentertawakan sesiapa sahaja yang mendakwa mereka akan kecundang pada Pilihanraya Umum akan datang.

Namun begitu pernah kita terbayang, Selangor dan Khir Toyo; Perak dan Tajol Rosli; Tsu Kon dan Pulau Pinang serta Kedah dan Mahdzir akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sebelum ini. Sudah tentu tiada siapa yang menduga selepas Pilihanraya Umum ke 12 semua negeri-negeri kuat BN itu akan bertukar pemerintah.

Begitu juga keadaannya dengan Johor dan Negeri Sembilan yang dikatakan tidak mempunyai ruang langsung untuk PAS menang walaupun dengan satu kerusi. Tetapi itulah yang berlaku. Apabila Johor dan Negeri Sembilan berjaya diteroka oleh PAS apabila PAS menang masing-masing 2 dan 1 kerusi DUN pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu yang penuh dengan sejarah.

Maka tidak hairanlah semua perkara mustahil seperti itu juga bakal berlaku di Melaka. Pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 5 kerusi DUN melalui DAP. 5 DUN yang dimenangi oleh DAP ialah Kesidang (YB Goh Leong San), Kota Laksamana (YB Betty Chew), Bandar Hilir (YB Tey Kok Kiew), Bachang (YB Lim Jak Wong) dan Ayer Keroh (YB Khoo Poay Tiong).

Dengan 5 kerusi yang sudah dalam tangan Pakatan hanya memerlukan 10 kerusi lagi untuk merampas negeri Melaka yang penuh sejarah ini. Apakah ini mustahil? 15 kerusi DUN sudah cukup bagi Pakatan Rakyat memperolehi majority mudah iaitu kelebihan 2 kerusi dari BN untuk memerintah Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN secara keseluruhannya. Jika Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi maka BN sudah tentu hanya mendapat 13 kerusi DUN sahaja.

Dari pengamatan pemerhati politik, Melaka juga akan mengalami perubahan iklim politik pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Ini berdasarkan kepada ‘mood’ rakyat keseluruhannya yang dilihat semakin hari semakin condong meyokong Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi dengan kemenangan 7 kali berturut-turut Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia yang tempiasnya terkena kepada rakyat negeri Melaka.

Rakyat Melaka khasnya kaum Tionghua dan India semakin jelas menyokong Pakatan Rakyat sepertimana rakan-rakan dan saudara mara mereka di negeri-negeri lain. Jika senario seperti ini terus kekal hingga Pilihanraya Umum akan datang Pakatan Rakyat dijangka dengan mudah merampas kerusi DUN seperti Lendu, Machap, Bemban, Duyong, Klebang, Bukit Baru, Paya Rumput dan Merlimau yang mempunyai bilangan pengundi bukan Melayu yang melebihi 20 %. Dengan kerja kuat yang berterusan Pakatan Rakyat dijangka dapat merampas 2 lagi kerusi majorit Melayu yang lain.

Oleh itu hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk merobohkan ‘khurafat’ (hanya BN yang boleh memerintah Melaka) di Melaka akan menjadi kenyataan.

Namun begitu gerakerja untuk menyedarkan rakyat Melaka tentang betapa pentingnya negeri Hang Tuah ini di perintah Pakatan Rakyat bukan suatu perkara yang mudah dan enteng. Seluruh jentera Pakatan Rakyat mesti bekerja kuat dari sekarang tanpa menoleh ke belakang.

Pakatan Rakyat Melaka juga mesti memantapkan perpaduan sesama mereka bagi memberikan gambaran kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menerajui Negeri Melaka. Persepsi ini amat penting kerana selagi rakyat tidak yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat maka selagi itulah mereka tidak akan mengundi Pakatan Rakyat.

Gerakerja secara kolektif, terancang, interaktif, kreatif dengan komitment tinggi di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mesti dimulakan dengan segera tanpa berlengah.

Sejak akhir-akhir ini, Pakatan Rakyat Melaka dilihat mula menggerakkan jentera secara kolektif di mana banyak program-program bersama telah dijalankan. Antaranya gerakan mendaftar pengundi baru, ceramah bersama, program kebajikan rakyat secara bersama dan program turun padang bersama. Ini merupakan perkembangan sihat yang cukup menggerunkan BN Melaka.

Isu-isu tempatan yang begitu banyak sudah tentu boleh digunakan Pakatan Rakyat untuk menenggelamkan Ali Rustam dan kuncu-kuncunya. Isu paling besar yang sebenarnya memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat ialah isu rasuah Ali Rustam, isu pembaziran kerajaan negeri, isu hutang lapuk kerajaan negeri, isu kronisme dan lain-lain sebenarnya belum dieksploitasi sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat Melaka juga mesti diberi kefahaman yang cukup tentang hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Contoh-contoh program dan aktiviti kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat sekarang mesti diwar-warkan supaya rakyat negeri Melaka faham dan mengerti perbezaan antara pemerintahan Pakatan Rakyat yang mementingkan kebajikan rakyat dan pemerintahan kerajaan BN yang lebih mengutamakan tembolok pemimpin dan kroni-kroni mereka.

Dengan bantuan isu nasional dan antarabangsa maka tidak mustahil rakyat Melaka akan berubah dan beralih angin menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang. -mutaligat

Era Najib Altantuya : Antara Manek Urai dan Permatang Pasir

Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihan raya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.

Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit "bersih" berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.

Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit.

"Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara "cauvinisme" (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik.

"Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanyay.

"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.

Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil.

"Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh.'"

"Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu.


Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir.

"Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting."

"Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.


Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.

Kata Dzulkifli, Umno sebenarnya masih sukar memenangi N11 Pasir, walaupun calon Umno disegani bersih dalam kalangan ahli-ahli mereka serta pengundi sendiri.

"Umno masih angkuh, walaupun banyak pihak dari awal mengkritik peribadi calon mereka (Rohaizat), mereka tetap menamakan calon tersebut (Rohaizat).

"Andainya pemimpin mereka mengubah calon yang lebih bersih sekali pun, mereka (umno) tidak mudah memenanginya (Permatang Pasir) kerana Umno juga bermasalah."

Tambahnya lagi, perhitungan pengundi secara normalnya bukan sakadar terhitung oleh peribadi calon, malah integriti parti dan isu-isu berkaitannya.

"Dalam suasana yang biasa, iaitu tidak adanya 'Thunami Politik' seperti 8 Mac (tahun) lalu atau era Reformasi 1998 sekalipun, perhitungan pengundi bergantung pada faktor peribadi calon, integriti parti (yang bertanding) serta dinamika isu. Di Permatang Pasir tentunya begitu (perhitungan pengundi)."

Ujarnya lagi, sebanyak 30 peratus perhitungan pengundi masing-masing tergantung pada faktor peribadi calon serta integriti parti-parti yang bertanding.

Bakinya, iaitu 30 peratus bergantung pada dinamika isu-isu yang dilihat sekitar satu-satu pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Mengulas perhitungan Manek Urai yang acapkali dijadikan sandaran bahawa Umno serta calonnya semakin diterima rakyat, Dzulfikli menjelaskan bahawa perhitungan pengundi di Dun tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi dinamika isu, 30 peratus.

"Manik Urai buat penampilan Umno disebabkan PAS sedikit terjejas dengan pelbagai dinamika isu seperti kerajaan perpaduan, Manik Urai 'Anak Emas' kerajaan persekutuan, dan banyak lagi."

"Ditambah, Umno guna wang terlalu banyak dengan menjanjikan pelbagai pembangunan, tentunya mengaburi perhitungan pengundi."


"Dengan bahasa yang lebih mudah, perhitungan di Manik Urai masih disebabkan dinamika isu, kalau tidak pun calon Umno tidak mengalami masalah seperti di Permatang Pasir."

Pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan peribadi Rohaizat dibelit kes pecah amanah RM161, 000 wang Koperasi Pekebun Kecil; dan kedudukan isteri keduanya, Rafizah Mohamad Ali.

Selain itu, kes penjualan tanah Johor pada Singapura 1980an, rasuah, kematian Beng Hock, dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), undi hantu turut mewarnai Umno sejak hari penamaan calon, 17 Ogos lalu.

Soal peribadi calon, integriti Umno - dinamika isu; 3 faktor tersebut mengakibatkan Umno bukan sahaja kalah di Permatang Pasir, malah gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah kalah tipis 65 undi dalam pilihan raya kecil sebelumnya. -harakahdaily

Era Najib Altantuya : Kepada Demontrans Lembu, Datang MBSA Pada 5 Sept (updated)

Kerajaan Selangor menjemput pihak yang menimbulkan bantahan berhubung pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam, supaya hadir pada Dialog Awam 5 September ini di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Exco Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, ia bagi menyelesaikan masalah yang ditimbulkan selepas kerajaan memutuskan pemindahan itu, menerusi persetujuan ramai.

Rodziah berkata, peluang ini juga boleh digunakan oleh penduduk di kedua-dua kawasan terbabit untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka berhubung isu berkenaan.

“Saya sebagai adun di sini telahpun set satu pertemuan dialog bersama penduduk pada 5 September nanti di MBSA.

“Patutnya mereka menggunakan ruang itu untuk lebih berbicara, sabtu pagi,” katanya.

Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Komuniti Kitar Semula di Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.

Beliau yakin, bantahan berhubung pemindahan kuil ini sengaja dibangkitkan oleh UMNO-Barisan Nasional dan segelintir penduduk di Seksyen 23.

“Saya dengan berani nyatakan muka-muka yang ada adalah didokongi dan majoriti adalah ahli UMNO, saya dapati tak banyak penduduk, jawatankuasa bertindak, dua tiga penduduk, bukan semua, tak wakili semua 375 buah rumah,” katanya.

Rodziah telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk dan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Exco. Kerajaan sedia menimbangkan keputusan ini, jika ia benar-benar menimbulkan masalah kepada penduduk.

Beliau difahamkan, hanya segelintir sahaja penduduk yang membantah, manakala yang lain menghormati keputusan yang dibuat kerana kuil ini akan dibina di kawasan perindustrian dan bukan berhampiran kawasan perumahan mereka.

“Kalau kita pergi ke kawasan situ, seksyen 23, budaya mereka mencemari, vendalisme, menulis perkataan tak melambangkan budaya, tak bertamadun.

“Saya telah pun berjumpa dengan mereka dan telah bincangkan pandangan mereka nak tau betulkah majoriti membantah,” katanya.


Era Najib Altantuya : SPRM Dera Saksi - Gobind

Inkues kematian Teoh Beng Hock telah menguatkan dakwaan Pakatan rakyat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan selama ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan penderaan fizikal dan mental ke atas saksi untuk mendapat keterangan.

Itu rumusan peguam Beng Hock, Gobind Singh Deo selepas 15 hari inkues siasatan itu berlangsung di Shah Alam.

"Saya ambil contoh apa yang berlaku pada hari ini, setelah 15 hari kami menyoal balas saksi-saksi dan saksi SPRM dan sebagainya, hari ini kita telah pun membuka laporan polis yang telah pun dibuat oleh saksi-saksi yang lain, yang mana mereka menyatakan yang mereka juga telah dibawa ke Plaza Masalam, tingkat 14 dan di situ mereka dibelasah.Didera secara psikologi dan juga fizikal".

Dalam temubual dengan TV Antara, Gobind berkata tidak ada siapa yang menduga ibu pejabat SPRM Selangor menyimpan seribu satu kisah yang mengerikan mengenai keadah mendapatkan bukti terhadap mereka yang disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan wang.

"Kalau kita lihat dari segi set up, dia bawa kepada sebuah bangunan korporat, kita lihat dalam bangunan semua orang di dalamnya memakai suit, kita lihat ada sofa dan tv sebagainya, tidak ada sebarang orang yang akan fikir, tempat ini ada dibawa saksi dan mereka dibelasah. Bila kita sebagai suspek atau kita sebagai saksi pergi ke situ juga, memang di dalamnya tempat korporat, tidak ada sebarang perkara untuk kita takut. Walhal apa yang berlaku dan telah pun berlaku, apa yang saya nak cakap bukannya kita petik daripada udara, daripada laporan polis yang kita dapat, ramai yang telah dibawa ke situ" kata Gobind.

Beng Hock, seorang pembantu kepada exco kerajaan negeri, dijumpai mati pada 16 Julai lalu di perkarangan SPRM Selangor setelah dipanggil memberi keterangan terhadap majikannya mengenai dakwaan salah guna wang RM 2,400.

Beliau disoal siasat pada petang Rabu sebelum mayatnya dijumpai keesokan pagi.

Gobind kesal kerana sokongan pelbagai pihak terhadap penubuhan SPRM untuk membendung gejala rasuah dengan lebih berkesan akhirnya memberikan kesan sebaliknya.

"Apabila saya melihat Teoh Beng Hock khususnya mayat di situ, saya tertanya di dalam hati saya sebagai ahli parlimen, kita ini sokong MACC, apakah kita ini tahu fikir pada waktu itu sehingga ada orang yang didera" menurut Gobind.

Namun katanya lagi, beliau bersama-sama dengan Pakatan Rakyat akan terus berkerja keras dalam memastikan rakyat mengetahui hal sebenar di sebalik misteri kematian Beng Hock.

Beliau berharap keterangan saksi mengenai tekanan fizikal dan mental yang diguna terhadap mereka akan memaksa SPRM menghentikan penggunaan kekerasan sebegitu untuk mendapat bukti.

"Kita nak keluarkan kebenaran, kita nak semua orang tahu, kita nak SPRM tahu bahawa kita tahu, jadi jangan seolah-olah di dalam bilik ini semua orang tidak tahu apa yang berlaku. Kita nak bagitahu bahawa aduan dibuat, kita sedar dan you have to stop" tegas Gobind. -TVA


Era Najib Altantuya : UMNO Dalang Demo Kepala Lembu (updated)

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan anasir-anasir Umno mendalangi tunjuk perasaan sekumpulan orang yang mengheret kepala lembu untuk membantah tapak baru sebuah kuil di Shah Alam.

Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu.

Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan menghasut orang Melayu untuk membantah pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke seksyen 23. Tapak baru itu adalah kira-kira 200 meter jauh dari kawasan perumahan.

Tapak lama kuil itu di seksyen 19 adalah hanya 20 meter dari kawasan perumahan.

Dalam kejadian semalam, kira-kira 50 orang, bertindak mengheret kepala seekor lembu ke pintu masuk bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor selepas solat Jumaat.

"Ini saya persalahkan pihak UMNO walaupun orang yang ambil peranan dalam tunjuk perasaan itu berkata mereka bukan dari UMNO, tapi saya kenal mereka. Mereka memang UMNO, kita tahu, oleh kerana mereka itu dari UMNO, itulah sebabnya mereka dibenarkan melakukan tindakan-tindakan yang keterlaluan ini, " kata Khalid.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini dan semalam menjadi kenyataan, UMNO merosakkan Melayu dan merosakkan imej Islam," tambah beliau.

Sambil melaung-laungkan kata-kata berbentuk ugutan dan hasutan, penunjuk perasaan terbabit memijak dan meludah kepala lembu berkenaan. Unit Simpanan Persekutuan yang dikerah ke sini tidak mengambil sebarang tindakan.

" Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh segelintir 40 hingga 50 orang dan saya menafikan dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka mewakili orang Islam atau pun orang Melayu," kata Khalid.

"Ini merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri supaya kita menghormati agama orang lain, jangan kita memperlekeh dan memperkecil kepercayaan orang lain. Ianya amat malang dilakukan dalam bulan Ramadhan selepas sembahyang Jumaat," tambahnya.

Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu percaya tunjuk perasaan itu diberikan lampu hijau oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar.

"Selepas lawatan Noh Omar jawatankuasa yang dikatakan membuat bantahan mengenai kuil yang hendak dibinakan di Seksyen 23 itu, barulah berlaku insiden semalam kerana Noh Omar telah mengeluarkan satu kenyataan dia akan lawan, dia akan menentang projek itu berhabis-habisan," kata Ronnie.

"Lepas itu ada insiden ini. Saya mintalah Noh Omar, memberitahu apakah pendirian dia kepada kita. Adakah dia adalah penghasut atau batu api ataupun dia pun tidak setuju dengan apa yang berlaku semalam," tambah Ronnie.