17 Jan 2012

Sekeping Cek RM300K, Bekas Menteri, Azalina Othman Said Disoalsiasat SPRM

Sumbangan RM300k, SPRM soal siasat bekas menteri

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.

Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.

Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan.

Penulis blog itu juga menggesa SPRM supaya membuat siasatan.

Now get down to business. Let’s divert the attention to another member of parliament. This member of parliament also received monies from Dato’ Yahya Abd Jalil companies (AMPMSB).

The mode of the transaction is pretty straight forward. Perhaps it is meant for social programs in the Member of Parliament constituency. Who knows for sure except for the giver and the receiver.

The Member of Parliament meant here was the former Minister of Youth and Sports Malaysia from March 2004 until March 2008 and also the former Minister of Tourism Malaysia from March 2008 until April 2009. The Member of Parliament is none other than YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Member Of Parliament Pengerang, Johor.

She has received “contributions” of RM 300,000.00 on 07/04/2011 thru a cheque number 872045 (here) belonging to AMPMSB. As I said, the true nature of the “contribution” is only known to the giver and the receiver. Perhaps it is best to let Dato’ Sri Azalina Othman make a statement just like her counterpart has. Perhaps SPRM also can have a closer look at this. -thewistleblower



klik untuk lebih jelas


Isu Lembu NFC: Kit Siang Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja

Tuntut Suruhanjaya Diraja siasat NFC- Kit Siang

KUALA LUMPUR 17 Jan: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kes Skandal National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan Keluarga Menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Katanya lagi, skandal berkenaan jelas menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian meluluskan pinjaman projek sebanyak RM250 juta itu.

“(Justeru), serahkan kepada Suruhanjaya Diraja untuk menjawab soalan: Siapa selain Muhyiddin yang harus bertanggungjawab dalam “kemelut” NFC di mana objektif projek penternakan lembu tersebut adalah untuk meningkatkan keluaran bekalan daging negara,” kata beliau.

Muhyiddin antara menteri yang dikaitkan dalam skandal berkenaan apabila meluluskan projek berharga RM73.64 juta itu pada 2008.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mengalihkan tanggungjawab tersebut kepada Muhyiddin apabila ditanya mengapa projek NFC tidak dihentikan.

Noh juga meminta wartawan bertanya kepada Muhyiddin ketika diajukan soalan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, iaitu syarikat milik Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail- suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Projek tersebut bukan saja gagal mencapai sasaran, malah pinjaman RM250 juta telah disalahguna untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar dan di Singapura serta pelbagai transaksi meragukan.

Ia termasuk pembelian kereta mewah Mercedez Benz dan wang NFC yang digunakan bagi tujuan pelancongan oleh keluarga Shahrizat.

Terbaru semalam, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit milik suami dan anak-anak Shahrizat.

Sebelum ini, Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab semua persoalan itu tanpa cuba memperlekehkan rakyat Malaysia yang marah dengan penyalahgunaan kuasa dalam skandal tersebut.

Katanya, setelah lebih enam bulan dibongkarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh anggota Kabinet mahu pun NFC sendiri. -KD

Penjelasan NFC patut jadi asas tubuhkan suruhanjaya siasatan diraja

SIBU, 17 JAN: Penjelasan terbaru National Feedlot Corporation (NFC) yang mempertikaikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Parlimen (PAC) serta membabitkan peranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin patut menjadi asas untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang berkata, selain “kisah-kisah seram” mengenai skandal “kondo lembu” RM300 juta, ia juga patut difokuskan kepada peranan dan tanggungjawab Muhyiddin yang mungkin terlibat secara langsung dalam skandal itu.

“Biarkan RCI yang menjawab: Siapa lagi selain Muhyiddin yang patut menanggung semua tanggungjawab berhubung ‘kacau bilau’ NFC di mana objektif projek untuk meninggkatkan peningkatan daging lembu menyimpang dan tidak sampai matlamatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin pada 2007 memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang mana kementerian beliau meluluskan pinjaman RM250 juta kepada NFC ketika itu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata RM250 juta dengan 2 peratus pinjaman telah dialihkan bukan sahaja untuk dihabiskan kepada dua kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, tetapi juga dalam pelbagai urus niaga lain yang meragukan.

Beliau mengulas kenyataan NFC yang menafikan dakwaan telah menerima pinjaman dana berjumlah RM250 juta oleh kerajaan sebelum perjanjian pinjaman tersebut ditandatangani.

Justeru Kit Siang menjelaskan bahawa kenyataan tersebut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa PAC juga bertindak dengan cara yang pelik dalam siasatan skandal “kondo lembu” NFC itu.

“…(PAC) gagal untuk menjalankan siasatan penuh skandal itu untuk dibentangkan laporannya kepada Parlimen pada 12 Mac depan, walau pun skandal itu adalah skandal besar dan utama!” katanya.

Pada November lepas, Pengerusi PAC Tan Sri Azmi Khalid berkata, selepas menyiasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian, iaitu pada 2010.

Menurut Kit Siang, rakyat Malaysia berhak mengetahui kenapa PAC berkelakuan sedemikian yang mana jelas memberi gambaran bahawa badan itu cuba mengelak daripada menangani isu tersebut.

Beliau juga mahu PAC menyerahkan laporan skandal NFC kepada Parlimen pada 12 Mac depan. – Roketkini


Ulasan GB

Inilah yang dikehendaki sekarang iaitu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

SPRM? Sukar untuk kita letakkan harapan kerana sejarah sudah membuktikan bahawa SPRM itu tidak cekap dan tidak profesyenal iaitu di dalam kes Teoh Beng Hock. Malah mereka cuba melindungi pula perbuatan jahat pegawai-pegawai mereka. Ia akhirnya hanya terbongkar melalaui Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

GB menyatakan sebelum ini:

Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan NFC ini. Ia bersangkut-paut dengan penyalahgunaan wang rakyat. Yang bersalah mesti diambil tindakan.

Jika tidak, pastikan UMNO BN dihukum di dalam pilihanraya akan datang ini.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Akhirnya Ambiga Bersuara: Lagi Himpunan BERSIH Jika Syor PSC Ditolak

Ambiga: Lagi himpunan BERSIH jika syor PSC ditolak

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu. -mk



Ulasan GB

KETEGASAN inilah yang kita tunggukan daripada J/K Bersih.

GB telah menyatakan sebelum ini bahawa jika J/K Bersih sudah enggan untuk menganjurkan perhimpunan di atas sebab yang hanya mereka ketahui, kita meminta Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Pemuda PR kntuk menguruskannya.

Kita tidak menyatakan bahawa Perhimpunan itu merupakan matlamat utama, yang pentingnya ialah Kerajaan perlu menerima syor yang dikemukakan oleh PSC berhubung dengan perjalanan pilihanraya yang bersih, telus dan adil.

Apa yang berlaku kini seolah-olah ada usaha untuk melambat-lambatkan syor-syor itu dilaksanakan. Hanya satu yang diterima iaitu dakwat kekal sedangkan yang lebih penting iaitu pembersihan daftar pemilih belum ada keptusan mengenainya.

Pihak ketiga seperti MIMOS hendaklah dijadikan pihak yang membersihkan daftar pemilih, tetapi sehingga kini SPR berdolak-dalik mengenainya.

Bila Lagi Jamil Khir Mahu Cuti Dari Jawatan Menteri Seperti Shahrizat?

Seleweng zakat: Satu lagi laporan polis terhadap Jamil Khir

KUALA LUMPUR 17 Jan: Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak polis menyiasat dan bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali berhubung penyelewengan wang zakat.

Laporan dibuat ketuanya, Kamaruzaman Mohamad ekoran bukti yang dikemukakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini.

Pendedahan itu ialah set dokumen berupa baucer MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 dan surat Ketua Audit Negara kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan penggunaan wang berjumlah RM63,650.

Jumlah itu merangkumi bayaran pertama RM31,500 pada 9 Febuari 2010 dan RM32,150 yang tercatat pada boucer itu yang diguna bagi membayar kos guaman Jamil dan Che Mat dalam berdepan tuntutan qazaf yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kamaruzzaman ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu turut membidas dakwaan Jamil kononnya penggunaan wang zakat itu dibolehkan atas alasan tergolong dalam asnaf fisabilillah kerana mempertahankan Islam.

“Kalau betul mahu pertahankan Islam, patutnya sokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah.

“Maka dengan ini kami desak polis menyiasat dan mengambil tindakan undnag-undang terhadap dua individu ini bersama MAIWP dengan segera,” katanya.

Turut serta membuat laporan polis itu Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz bersama beberapa pemuda Pas Wilayah Persekutuan.

Ulasan GB

Jika Shahrizat Jalil sudah bercuti 3 minggu untuk memberi laluan siasatan SPRM terhadap kes NFC, kini sepatutnya Jamil Khir Baharum turut ikut jejak Shahrizat.

Cuti dari jawatan menteri untuk siasatan SPRM segera sebelum anda dihukum rakyat di dalam pilihanraya akan datang!

Calon Exco Selangor Ganti Hassan Ali: Tiga Dr Hebat-hebat Belaka

Menjelang majlis angkat sumpah ahli exco kerajaan negeri baru esok, spekulasi bertiup kencang apabila tiga nama disebut calon ‘utama’ menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang digugur setelah dipecat dari PAS.

Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Abdul Rani yang dihubungi FMT berkata beliau masih baru dan menyifatkan Dr Shafie merupakan calon layak untuk mengemudi jawatan tersebut.

“Saya masih baru dan mahu fokus kerja sebagai Pesuruhjaya PAS. Dr Shafie beliau adalah calon tepat untuk mengisi kekosongan jawatan exco itu. Namun andai saya dipilih…saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Pada awalnya, Dr Abdul Rani sentiasa menjadi bualan sebagai calon pengganti malah nama beliau dicalonkan oleh PAS negeri untuk mengisi jawatan itu.

Bekas pensyarah

Namun difahamkan PAS Pusat mahu beliau terus menerajui PAS negeri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dr Shafie dilihat menjadi pencabar terdekat Dr Abdul Rani memandangkan kemampuan bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu untuk menyandang jawatan tersebut.

Menurut satu sumber kriteria sebagai ‘orang yang lebih berpengalaman’ meletakkan Dr Shafie sebagai calon ‘utama’ menggantikan Dr Hasan.

“Kita lihat portfolio beliau (Dr Shafie) sebagai pembantu Dr Hasan sebelum ini malah beliau juga merupakan bekas pensyarah. Beliau sudah mempunyai pengalaman untuk menggalas jawatan exco,” kata sumber terbabit.

Dr Shafie juga merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor.

Serah kepada PAS

Seorang lagi calon Ahmad Yunus yang kini pembantu Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan tidak ketinggalan menjadi bualan.

Beliau tidak menafikan bahawa nama Dr Abdul Rani dipersetujui oleh PAS negeri sebagai calon, namun keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat.

Beliau enggan mengulas lanjut berhubung hal ini dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada PAS Pusat.

Empat calon lain yang tersenarai termasuklah Adun Hulu Kelang Saari Sungib, Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz, Adun Cempaka Iskandar Samad dan Adun Selat Kelang Halimah Ali.

Namun Iskandar dan Halimah masing-masing sudah memegang portfolio Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor serta Exco Pendidikan.

Umum esok

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan bahawa nama calon telah dihantar ke pejabat Menteri Besar semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata pengumuman calon hanya dibuat pada Rabu bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Majlis angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Ditanya sama ada akan berlaku perubahan portfolio anggota exco yang baru, Abdul Khalid berkata perkara itu hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai.

“Perubahan portfolio akan diberitahu jika perlu,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Shah Alam itu semalam. -FMT

Blogger Papagomo & Parpukari Masing-masing Disaman RM10 Juta

Penulis blog pro-Umno hadapi saman fitnah RM10j

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.




Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Bukan kali pertama

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar. -mk



Ulasan GB

Dulu GB sudah tulis di SINI. Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....


Dan baru saja pagi tadi GB mengulas hal blogger UMNO ini. Tup tup terus menjadi kenyataan. Petikan:


Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.


Ingatlah: bahawa hukum kebenaran dan keadilan serta hukuman Tuhan tetap berjalan. Itulah sunnatullah yang tidak akan berubah sepanjang zaman walaupun cuba diberi perlindungan oleh pihak berkuasa.

Dan GB berada di alam siber ini adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sekalipun terpaksa mengharungi pelbagai kepayahan dan keperitan. tetapi GB yakin kebenaran dan keadilan akan tetap menang kesudahannya. Itu juga hukum Allah yang tidak dapat ditolak walaupun oleh raja paling besar siongnya atas dunia. Itu janji Allah di dalam Surah Al-A'raf :128

إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




A.Samad Said Kini Pengerusi Bersama BERS✔H 3.0.

Bersih lantik A Samad Said pengerusi bersama

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.

Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

“Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain,” katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.

Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan “rancangan utama” Bersih.

“Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Samad menjadi perhatian selepas sajaknya bertajuk “Unggun Bersih” dideklamasikan semasa pelancaran Bersih 2.0, yang turut menyaksikan beliau dipanggil ke balai polis untuk soal siasat.

Penulis veteran ini merupakan antara peserta Bersih 2.0 yang berjaya tiba di Stadium Negara untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil bersama Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Sementara peserta lain termasuk Ambiga dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ditahan pihak berkuasa.

Samad telah dinamakan sebagai pengerusi bersama Bersih melalui kenyataan akhbar baru-baru ini.

“Sidang media esok (hari ini) memang mengenai saya tapi saya tidak tahu secara terperinci. Saya juga diminta hadir lebih awal sebelum sidangh media diadakan,” katanya.

Ditanya sama ada akan menerima jawatan itu, Samad bagaimanapun ketawa sambil berkata ia akan diulas semasa sidang media diadakan.

“Apa-apa saya akan jawab semasa sidang media (sama ada mahu terima atau tidak), kita tunggu sahaja nanti,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Bersih akan mengumumkan kempen terbarunya hari ini serta respons kepada prestasi semasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang diarahkan melihat cadangan pembaharuan pilihan raya.

“Kami akan umumkan kempen terbaru dan pandangan kami mengenai PSC,” kata Ambiga. -TMI

Ulasan GB

GB baru ulas hal BERS✔H 3.0 ini. Petikan:

BERS✔H 3.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum dibersihkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 3.0 jika pihak J/K BERS✔H 2.0 sudah enggan untuk menjayakannya.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




"Orang Yang Malukan Anwar Dia Pula Dimalukan Sekarang" - TGNA

Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar

Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang,"
katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga

"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

Mengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya.

Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.


Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan (gambar) memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.

Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.

Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap “purba” dan “bukan berkaitan.”

Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata “kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami.”

“Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan,” kata Anwar kepada BBC.

Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR tidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), “kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu.”

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah “sah.”

“Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu,” kata Hasan.

Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.

“Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan,” tambah Hasan. -TMI



Ulasan GB

TGNA berkata:

Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang,"

Betapa benarnya perkataan TGNA tersebut. Kini masing-masing sudah mengetahui. Saiful termalu sendiri. Hassan Ali termalu sendiri. Banyak hal-hal negatif mereka terdedah tiba-tiba.

Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas.

Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.


أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?


Exco Selangor: Siapa Ganti Hassan Ali Bakal Terjawab

PAS hantar calon ganti Hasan kepada MB Selangor

KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu,” katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

“Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor,” ujarnya lagi.

Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS. -HD


Exco: Fokus pada Dr Rani, Pas serah nama hari ini

SHAH ALAM - Dengan tumpuan memfokus ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman, parti Islam itu akan menghantar nama calon jawatan Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Ketua Penerangan Pas pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, nama pengganti Datuk Dr Hasan Mohd Ali sudah pun diputuskan kelmarin dan akan diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Saya jangka ia akan diserahkan hari ini, Setiausaha Agung parti akan uruskan," kata beliau kepada Sinar Harian Online pagi ini.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi butiran calon yang telah pun diputuskan oleh Dewan Harian Pas pusat, yang mengadakan mesyuaratnya di Alor Setar kelmarin.

"Nama belum dihantar kepada Menteri Besar, jadi tidak boleh didedahkan. Maaf," katanya lagi.

Sinar Harian Online difahamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengeluarkan kenyataan mengenainya lewat hari ini.

"Saya difahamkan begitu. Itu sahaja yang boleh katakan sekarang," kata seorang pegawainya ketika dihubungi lewat malam tadi sama ada Hadi akan membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya telah mempertimbangkan lebih daripada tiga nama yang disebut-sebut "layak" untuk menggantikan tempat Hasan.

"Selain nama yang dihantar oleh Pas Selangor, Pas pusat juga telah menghalusi beberapa nama lain," katanya lagi.

Hasan, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, dipecat sebagai ahli Pas 8 Januari lalu.

Selain Dr Rani, dua nama lain yang disebut-sebut ialah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang juga merupakan Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Nama Pembantu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga Adun Sijangkang, turut tersenarai dalam teka-teki layak mengisi jawatan tersebut.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Hadi sepatutnya membuat keputusan berkenaan calon bagi menggantikan Hasan semalam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dipetik media semalam berkata, "kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari Pas."

Khamis lalu, Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk membatalkan pelantikan Hasan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Penyandang baru dijadual mengangkat sumpah, Rabu ini. -SH





Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Memang Binatanglah "Lembu-lembu" Tu, Belanja Kad Kredit NFC Lebih 1/2 Juta

Keluarga Shahrizat didakwa belanja RM600,000 kad kredit NFC

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;


  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;


  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta;


  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.


Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

Sementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi.

"Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai,” tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu.

"PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan.” -mk