23 Apr 2009

Pasca Bukit Gantang : Mahathir Salahkan Zambry

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad memberi alasan bahawa kekalahan parti UMNOnya di Bukit Gantang adalah kerana terdapat banyaknya poster memaparkan wajah Menteri Bersar BN Zambry Kadir.

“Terdapat terlalu banyak kain rentang dan poster di Bukit Gantang. Kebanyakannya menunjukkan gambar calon. Tetapi terdapat banyak yang memaparkan Menteri Besar,” kata Mahathir.

Bukan kerana Zambry tidak popular pada kapasiti peribadinya, tetapi ADUN Pangkor itu telah menjadi simbol kepada ketidak-adilan dan kekecewaaanyang dirasai oleh majoriti penduduk di negeri Perak.

Kajian bebas menunjukkan tiga perempat dari rakyat Perak mahukan mandat diperolehi melalui pilihanraya semula di seluruh negeri untuk memilih pemimpin mereka.

Pihak Umno-BN telah mengenakan pemaksaan ke atas mereka oleh Sultan dan Perdana Menteri Najib Razak tidak berupaya untuk menerima sokongan dan penerimaan, hanya kerana ia kekurangan intisari utama legitimasi, yang hanya boleh di capai melalui pemlilihan - bukan melalui perlantikan yang begitu meragukan pula.

Sementelah lagi, tindakbalas yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat, yang telah diganti dengan kenaikan Zambry, semakin kuat - meluap akibat taktik penipuan yang ketara dilaksanakan oleh UMNO-BN

Dari hal mengunci pagar bangunan sektariat negeri, ancaman untuk darurat, menafikan hak Speaker untuk melantik peguamnya sendiri, menghasu setiausaha dewan supaya membelot Speaker, merobohkan plak Pokok Demokrasi, sehinggalah menghasut mahkamah tertinggi untuk mengeluarkan perisytiharan yang telah dihentam kanan, kiri dan tengah oleh kumpulan undang-undang.

Kesemua langkah yang silap ini telah melukakan negara lebih dari sekadar penduduk di Perak.

ulasan GB: Mahathir juga perlu mempersalahkan dirinya sendiri yang merupakan salah satu faktor kekalahan. Kehadirannya berkempen di Bukit Gantang menyebabkan ramai penduduk Perak walau daripada UMNO sendiri menganggap kehadiran si kuda tua yang tak berfaedah ini akan hanya menyebabkan kekalahan BN kerana rakyat dengan mudah mengaitkan apa yang berlaku di dalam negara terutama di Perak sebagai kesinambungan kezaliman yang pernah dimulakan dan dilakukan oleh Mahazalim sendiri.

Media Indonesia disekat dari menanya Najib Altantuya tentang Manohara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.

Sewaktu sidang akhbar itu berlangsung, ibu Manohara - Daisy Fajarina - pula mengadakan sidang akhbarnya untuk merayu kepada Najib supaya membantu mencari anaknya itu, lapor AFP.

Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.

Daisy mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.

"Sebagai perdana menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami," kata Fajarina di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Wanita Indonesia.

"Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," tambahnya.

Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.

Dalam perkembangan berkaitan Najib dilaporkan memberi jaminan bahawa ibu Mnoharabebas berkunjung menemui puterinya di Malaysia. Tentang kemungkinan pernah berlakunya penganiayaan, Najib enggan memberikan komennya.

"Itu masalah keluarga. Itu antara dua pihak, kadang hanya tahu dari pihak satu saja, pihak lain tidak," kata Najib sewaktu berjumpa wartawan di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, petang tadi.

Jabatan Imigresen Malaysia juga dilaporkan telah menarik balik arahan yang melarang ibu Manohara Odelia Pinot, isteri kerabat Kelantan, daripada memasuki negara ini.

Dengan itu, Daisy Fajarina kini boleh masuk ke Malaysia untuk menemui anaknya di negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam berkata larangan terhadap Daisy Fajarina, ditarik balik berkuatkuasa Isnin lalu. Penarikan balik itu dipercayai di atas arahan Najib dari Indonesia berdasarkan laporan di atas, namun rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya yang mengarahkan larangan kepada ibu Manohara itu untuk masuk ke Malaysia dan kenapakan Jabatan Imegrisyen mematuhi arahan itu.




RPK Kemuka 2 Alasan Untuk Tidak Hadir Ke Mahkamah

Blogger Raja Petra Kamaruddin hari ini berkata beliau terpaksa “menghilangkan diri” buat sementara kerana percaya dirinya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk kali ketiga.

Raja Petra juga berkata beliau bertelingkah dengan Sultan Selangor berhubung pendiriannya bersabit kemelut politik di Perak dan telah bertindak keluar dari negeri itu. .

Blogger popular itu berkata, sebagai seorang kerabat diraja Selangor, beliau memutuskan untuk keluar dari Selangor, selaras dengan hukuman ke atas kerabat negeri yang dianggap derhaka kepada Sultan.

Atas dua sebab itu, Raja Petra berkata beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini untuk membolehkan kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

Blogger berusia 57 tahun itu dijadual dihadapkan ke mahkamah kerana artikelnya bersabit pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Rencana itu mengaitkan pembunuhan Altantuya kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera.

Mahkamah Sesyen seterusnya mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra kerana gagal hadir untuk kes berkenaan.

Raja Petra berkata sebelum ini beliau ditahan di bawah ISA bersabit artikel sama. Selain itu, beliau turut menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah Kuala Lumpur kerana menulis fakta-fakta sama berhubung pembunuhan Altantuya.

“Perkembangan masa kini tidak menyakinkan saya bahawa saya akan menerima pengadilan yang saksama,” kata Raja Petra dalam laman Malaysia Today.

Beliau juga berkata setelah ditahan dibawah ISA dua kali, “saya tidak akan memudahkan tugas mereka untuk menahan saya buat kali ketiga. Saya juga tidak mahu didakwa atas tuduhan derhaka yang boleh membawa kepada hukuman gantung,” sebagaimana yang berlaku kepada ahli Al Maunah, kata Raja Petra. - TVA/Greenboc


Kisah Pencacai UMNO Bebal Tahap Gaban, GMP Namanya


Gagasan Melayu Perak (GMP) menunjukkan kebodohannya sendiri apabila presidennya Mohd Hilmi Ismail tidak dapat membezakan antara portal Malaysia Today kendalian Raja Petra Kamaruddin dan portal berita Malaysiakini.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

"Tidakkah Malaysia Today sama dengan Malaysiakini atau blog-blog lain," kata Helmi yang mengaku beliau tidak tahu menahu mengenai artikel yangh dimaksudkan dan hanya membuat laporan polis berdasarkan kepada informasi yang diberikan oleh seorang kakitangannya sahaja.

Penasihat undang-undang persatuan itu, Nor Ali Nordin kemudiannya memohon maaf kepada Malaysiakini bagi pihak presiden GMP.

Terlebih bebal ialah agensi berita yang melaporkannya tanpa menyemak kesahihan aduan yang dilakukan sebelum disiarkan untuk tatapan orangramai meletakkan kredibiliti agensi berita itu setaraf tong sampah. - Greenboc



Kes Nusyuz Exco Wanita UMNO, Nor Hayati Onn

Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 2 Julai depan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan kes nusyuz membabitkan Exco Wanita Umno, Datuk Norhayati Onn.

Hakim Syari Atras Mohamed Zain memutuskan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan bantahan awal Norhayati mengenai permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, seorang jurutera, Mohd Suffian Abdul Aziz.

Senator Datuk Noorhayati Onn menang sebagai salah seorang Exco Wanita UMNO dengan mendapat 463 undi.

Suaminya pernah berkata:

"Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.


Dia dakwa saya macam-macam..’the damage is done’ walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya. Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling… tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku."

Mengenai gambar intim Norhayati bersama Dr Rahman, bekas ahli parlimen Gombak, Suffian menyatakan bahawa ia berlaku ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor. (Menunjukkan salinan gambar dan laporan polis).

Beliau menambah, dalam kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.

Elizabeth, dia bukan Islam…mungkin pergaulan itu membenarkan malah isunya ialah orang menceroboh ‘privasi’. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno - Greenboc



SPR Jadi Alat UMNO, Kuat kuasa Had Penyokong, Larang Berkempen Di Penanti

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilihat sebagai menjadi alat kepada parti UMNO-BN apabila bertindak untuk menguatkuasakan pendekatan baru mengehadkan penyokong pada penamaan calon dan larangan berkempen semasa hari mengundi ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti Isnin ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, "penyokong yang ramai dan masih ada yang berkempen pada hari mengundi kadang-kadang boleh cetuskan pergaduhan antara parti-parti yang bertanding."

Beliau memberitahu, amalan kehadiran penyokong yang ramai untuk berkempen pada hari pengundian dan ketika pengumuman boleh cetuskan perkara buruk dan menyukarkan petugas.

Oleh itu, katanya, SPR ingin mengelakkan kehadiran jumlah penyokong yang ramai sebagai budaya baru semasa pilihan raya.

"Sekarang kehadiran ramai penyokong sudah jadi budaya hingga mengganggau perjalanan pilihan raya... jadi kita hendak membetulkan budaya ini," kata beliau sebelum mesyuarat dengan komponen Barisan Nasional (BN) di Ibi Pejabat SPR pagi ini.

Mesyuarat seumpama itu turut diadakan dengan parti-parti Pakatan Rakyat - PKR, PAS dan DAP mulai 2.30 petang ini.

Jelas beliau, mesyuarat hari ini juga bertujuan untuk berbincang dengan parti-parti politik mengenai jumlah kehadiran penyokong.

Bagaimanapun katanya, SPR akan mendapatkan nasihat polis untuk menentukan jumlah penyokong bagi sesuatu kawasan.

"SPR akan mendapatkan nasihat polis kerana kita tidak boleh nak tentukan secara tetap.

"Faktor kawasan akan diambil kira dalam menentukan jumlah... kalau kawasan kecil, sikitlah jumlah yang boleh datang, tapi jika kawasan besar, mungkin boleh ramai," katanya.

Sementara itu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) memberi amaran kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz bahawa kedudukannya akan tergugat jika beliau terus bertindak sebagai agen Barisan Nasional (BN).

BERSIH mengingatkan Abdul Aziz bahawa beliau adalah bertanggungjwab untuk melakukan kerja mengikut peraturan perlembaaan bagi mempastikan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih, tugasnya bukan untuk mengawal pilihanraya atau pilihanraya kecilterutama apabila dilihat BN tidak boleh mencapai kemenangan. - GB





GObind Saman 4 Pihak Termasuk Kerajaan Malaysia

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantung beliau daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun berkuat kuasa bulan lalu.

Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.

Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.

Pada 16 Mac lalu, Gobind digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan termasuk tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan lain sebagai Ahli Parlimen kerana dua kenyataannya yang menghina Dewan pada 12 Mac.

Tindakan itu diambil berikutan Gobind mengeluarkan kenyataan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 12 Mac lalu.

Penggantungan itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah pengundian sebulat suara daripada Ahli Parlimen kerajaan yang hadir dalam persidangan Dewan.

Nazri telah mencadangkan satu usul menggantung Ahli Parlimen Puchong di bawah Perkara 27(3) Peraturan Mesyuarat di mana satu notis segera dikeluarkan di hadapan Speaker Dewan Rakyat. - MSTAR



Raja Petra Kamaruddin (PRK) Dikenakan Waran Tangkap

MMahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kerana gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes hasutan.

Peguamnya J. Chandra memberitahu hakim Rozina Ayob bahawa anakguamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana beliau telah mengambil tindakan untuk menjalani hukuman "buang daerah" yang dikenakan terhadap dirinya sendiri “di atas sebab-sebab yang telah diketahui umum.”

Chandra menjelaskan, Raja Petra, telah membuat kiriman artikel atau komen di dalam lamanwebnya berhubung dengan isu yang ada kaitan dengan pihak istana Selangor dimana terdapat beberapa kaum kerabatnya yang marah dan menuntut beliau meminta maaf.

Di dalam lamanweb Malaysia Today kendaliannya, Raja Petra menyatakan, “Keluarga saya telah memberi katadua. Samada saya membuat pernyataan meminta maaf secara terbuka atau pihak keluarganya akan memuatkan satu iklan di dalam akhbar arus perdana menyatakan menjauhkan diri mereka daripada saya, yang boleh ditafsirkan sebagai tidak mengakui saya ....

“Saya mengambil langkah buang diri keluar dari Selangor ... . Perlu diberikan perhatian bahawa ini adalah hukuman terhadap mana-mana ahli kaum kerabat Di Raja Selangor yang telah disifatkan sebagai durhaka sejak permulaan Kesultanan Selangor lebih 250 tahun lalu.”

Beliau juga menjelaskan bahawa ketidak hadirannya di mahkamah hari adalah kerana tidak berharap akan mendapat penghakiman yang adil.

Raja Petra, 57, berdepan dengan tuduhan menghasut berhubung satu artikel yang bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang disiarkan dalam lamanweb Malaysia Today.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksima RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum perbicaraannya ditangguhkan Februari lalu, peguambela Gobind Singh Deo telah membangkitkan isu gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk semeja dengan Altantuya Shaariibuu sewaktu majlis hari jadi wanita Mongolia itu di Hotel Mandarin di Singapura.

Raja Petra menghadapi satu lagi tuduhan jenayah memfitnah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa mengaitkan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor, dan dua pegawai tentera - dalam pembunuhan Altantuya.

Manakala tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Star memerintahkan Raja Petra dan editor sebuah akhbar pembangkang - Suara Keadilan - membayar gantirugi berhubung saman fitnah oleh naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Nordin menyaman Raja Petra berhubung dakwaan beliau telah meniru sebuah artikel.

Keputusan itu dibuat selepas Raja Petra dan Suara Keadilan - yang menyiarkan berita tersebut - gagal mengemukakan pembelaan diri.

Mahkamah memerintah Raja Petra membayar RM4 juta kepada Nordin dan UUM, manakala dua editor Suara Keadilan diperintah membyar RM3 juta.

Raja Petra berkata ia hanya merupakan sepucuk surat yang ditulis kepadanya oleh seorang bekas perwakilan pelajar dan beliau tidak akan membayar gantirugi itu.






UMNO Terengganu: Penghantar SMS Ugut bunuh Pengendali Lamanweb Ganulening

Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.

Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas. berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Laman GanuLening.net, yang menggunakan IP 202.71.107.4, sebuah laman yang mengulas isu-isu semasa Terengganu, kini tidak boleh diakses

IP tersebut dikesan berpusat di Cyberjaya, berhampiran dengan Seri Kembangan, dimana lelaki yang disyakki tinggal disana.

Laman tersebut yang menggunakan motto 'membongkar dosa-dosa parti ajaran sesat' mempunyai kaitan dengan UMNO dengan carian internet menunjukkan ia mempunyai rujukan kepada laman-laman kendalian UMNO seperti UMNO TV, ahliumno.com, ganukita dan lain-lain. - buletinonline

Pencacai UMNO Membisu : Najib Umum Penghapusan Kuota 30% Bumiputera

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, di mana kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

berkata kerajaan juga akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

"Tak ada sebarang syarat ekuiti dan ia akan mencetuskan pelaburan yang makin meningkat dan menjadikan sektor perkhidmatan ini lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan membolehkan kita bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan buruk kepada industri perkhidmatan domestik kerana kerajaan memberi jaminan terus menyokongnya menerusi pembangunan kapasiti dan pembukaan pasaran eksport.

Sokongan itu juga dilakukan menerusi dana berjumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama yang diuruskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi memperkukuhkan industri tempatan dalam menghadapi persekitaran sektor perkhidmatan lebih terbuka.

Najib berkata, menerusi liberalisasi sektor kecil perkhidmatan itu, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding 11 peratus daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion tahun lalu.

Kerajaan juga membenarkan lima firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian usaha membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

Sebelum ini, sewaktu mengumumkan barisan kabinet barunya, Najib juga telah memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang telah dibidas oleh banyak pihak sebagai satu langkah memutar jarum jam ke belakang di dalam usaha untuk mewujudkan dan membantu lebih ramai usahawan bumiputera.

Langkah meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan dilihat sebagai satu cara Najib untuk memperkukuhkan ekonomi negara dengan mengorbankan kepentingan ekuiti masyarakat bumiputera.

Sehingga kini belum kedengaran para pejuang (baca: pencacai) UMNO seperti kenyataan-kenyataan balas pemimpin UMNO yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak istimewa orang Melayu, Ibrahim Ali bersama Perkasanya, Osman Bakar bersama Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan juga Prowaris.


MB UMNO Pahang Langgar Perintah Mahkamah Kerana Enggan Bayar RM63juta

Kedegilan Menteri besar Pahang, Adnan Yaakob dan kerajaan negeri Pahang yang enggan membayar ganti rugi berjumlah RM63 juta kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah.

Pengarah Urusan SGMSB, Saiyeed Ali Al-Habsyee berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai defendan sepatutnya patuh kepada perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan pembayaran itu dalam tempoh 14 hari.

"Perintah itu tidak memberi sebarang jaminan keistimewaan kepada kerajaan negeri untuk menunda pembayaran ganti rugi tersebut.

"Menteri Besar mendakwa yang kerajaan negeri mempunyai bukti baru untuk memfailkan permohonan baru bagi membantah perintah itu.

"Sebetulnya, Adnan perlu membayar terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan rayuan atau sebarang tindakan yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya kepada media di bangunan mahkamah di sini, hari ini.

Semalam, Adnan berkata, kerajaan negeri telah menemui bukti baru melibatkan sumpah bohong, penipuan, pemalsuan dan konflik kepentingan yang tidak dibangkitkan semasa kes itu dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Saiyeed Ali berkata, beliau turut berada di mahkamah semalam bagi menyaksikan permohonan untuk meneruskan pelaksanaan itu yang difailkan penasihat undang-undang negeri, Datuk Zara'ai Alias.

Katanya, beliau akan mendapatkan khidmat peguam terkenal, Karpal Singh untuk melawan kes itu di mahkamah terbuka.

"Saya percaya, jika kerajaan negeri gagal untuk mematuhi perintah itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap," katanya sambil menambah, beliau berharap Adnan tidak membantah perintah mahkamah itu bagi mengelakkan bunga kompaun yang lebih tinggi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan Adnan untuk menyelesaikan bayaran RM63 juta kepada SGMSB dalam tempoh 14 hari kerana melanggar kontrak perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan pada 2000.

SGMSB memfailkan saman itu terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri pada 9 Disember 2002 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

Mahkamah pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.

Kerajaan negeri bagaimanapun membuat rayuan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Rayuan tetapi ditolak awal tahun lalu.

Penanti Awal-awal Sudah Tolak Najib

Kajian awal Umno Permatang Pauh yang kini sedang mengumpul pendapat umum di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal itu diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS

"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.

Minggu lepas, Mohammad Fairus melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ekoran dakwaan terlibat dalam rasuah.

Dengan hasil kajian itu jelas menunjukkan awal-awal lagi penduduk Penanti sudah menolak kenyataan Najib di Pekan yang menyatakan kemungkinan BN tidak akan bertanding di pilihanraya kecil Penanti kerana ia disifatkan satu pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit.

Ia diekori dengan sokongan mencurah-curai dari sekalian pencacai UMNO-BN termasuklah seluruh media massa arus perdana dan SPR sendiri dengan lemparan tuduhan yang bukan-bukan terhadap Pakatan Rakyat.

Jika benar Najib menerima sokongan rakyat, sepastinya penduduk di Penanti akur tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya - cadangan Najib itu tidak mendapat penduduk Penanti sendiri yang mahukan pilihanraya kecil diadakan.

Senario yang berlaku kebelakangan ini menambahkan potensi kemenangan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Penanti apabila nampaknya UMNO-BN dan sekalian pencacai terpaksa menjilat ludah sendiri jika pandangan dari penduduk Penanti tersebut diambilkira - GB



Wan Ahmad, Timb Pengerusi SPR Ganggu PRK Penanti

Selaku Timbalan Pengerusi SPR, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berat, walaupun beliau seorang yang lama dalam SPR tetapi tindakan itu menunjukkan sikap kurang sopan, kata Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, seperti yang dilapor Salmiyah Haron.

Mengulas kenyataan Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang mencadangkan kerajaan supaya tidak mengadakan pilihan raya untuk kes-kes seperti perletakan jawatan Adun Penanti pada masa depan, Wan Rahim menyifatkan SPR perlu kembali kepada tugas asalnya sebagaimana yang dijelaskan dalam perlembagaan iaitu meliputi tiga perkara dan jangan 'ganggu' pilihan raya kecil Dun Penanti.

Antara tugas utama SPR ialah mempersempadankan semula pilihan raya, mendaftarkan pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Jadi, tegas Wan Rahim, rakyat akan faham sekiranya kenyataan itu diluahkan oleh pimpinan kerajaan menteri atau Timbalan Perdana Menteri memandangkan mereka adalah pimpinan politik dan parti.

Malangnya kata Wan Rahim, sebagai Timbalan Pengurusi SPR yang mempunyai bidang tugas khusus seperti mana yang digariskan dalam perlembagaan negara, dan beliau tidak patut mengeluarkan pandangan-pandangan yang mempunyai implikasi politik yang berat sebelah.

"Sepatutnya kalau dia ada pandangan peribadi boleh disalurkan di dalam mesyuarat Ahli Jawtankuasa SPR bukan keluarkan kenyataan akhbar seolah-olah nampak macam berebut-berebut dan bersaing dengan pemimpin parti politik untuk menarik perhatian umum," katanya ketika dihubungi.

Perkara yang utama di depan SPR sekarang ini, katanya adalah kekosongan yang berlaku dalam DUN penanti, surat daripada speaker DUN sudah diterima, oleh itu SPR tumpukan kepada bidang tugas yang digariskan.

"Jadi saya pun tak faham apa 'mileage' yang cuba dicari oleh Timbalan Pengerusi SPR. Kalau dia Pengerusi SPR, lain cerita. Saya mohon timbalan ini ada rasa hormat kepada Ahli Jawatankuasa SPR dan juga kepada Pengerusi SPR itu sendiri. Pengerusi SPR seperti orang yang dibimbing timbalannya," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. - sanggahtoksaga/GB

Menanti Penanti

Hari ini pilihanraya kecil atau PRK amat menggerunkan UMNO. Badi PRK Permatang Pauh yang tidak menyebelahi UMNO terus menghantui UMNO. Hantu Altantuya telah bersama membantu PR membunuh kerjaya pembunuhnya. Dalam keluh resah mententeramkan jiwa, datang pula PRK Kuala Terengganu. UMNO mula mengukir senyum yakin akan menang di KT. Tetapi UMNO kalah lagi. Kekalahan ini lebih pahit untuk ditelan kerana KT asalnya kepunyaan UMNO.

Ketika PR sedang riang ria meraikan kejayaan dua PRK, bumi Perak dinodai oleh helah UMNO. Tindakan ADUN Bota berpura-pura hijrah ke PKR telah mempercepatkan tumbangnya kerajaan PR di Perak. SPR telah mencipta rekod menidakkan keputusan speaker. Speaker telah memaklumkan secara bertulis bahawa tiga ADUN PR telah mengosongkan kerusi berdasarkan aku janji di istana. SPR menidakkannya. SPR tidak akan berani menongkah arus jikalau tidak ada pengaruh UMNO dibelakangnya. Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa di Perak. Merampas secara betina. UMNO telah hilang kejantanannya.

Allah Maha Besar. Arwah Roslan Shaharum meninggalkan kita. SPR tidak mampu untuk beralasan menidakkan PRK di Bukit Gantang. Namun begitu SPR masih berhelah. SPR masih mahu mencipta rekod dan sejarah baru. Untuk pertama kalinya PRK diadakan setelah 59 hari daripada tarikh speaker mengumumkan kekosongan. Mengundi pula pada hari bekerja. SPR bukan lagi memudahkan, tetapi telah menyusahkan rakyat. SPR tidak lagi menghormati kesucian demokrasi. Alhamdulillah, PR terus menang di semenanjung. UMNO terus merana walaupun cuba menumpang kejayaan komponennya di Batang Ai.

Dalam suasana politik Perak yang masih tidak menentu, ADUN Penanti pula meletakkan jawatan. SPR masih dengan helahnya. Helah untuk mencipta satu lagi sejarah. SPR mengambil masa lebih seminggu untuk mengumumkan keputusan mesyuarat SPR tentang status YB Fairus. SPR seolah-olah menanti restu dan perkenan UMNO untuk mengumumkan kesudahan cerita Penanti. Jikalau diadakan PRK, UMNO dijangka akan kalah dengan majoriti yang lebih besar. Untuk UMNO lebih selamat, biarkan Penanti terus menanti PRK. Lagipun tindakan SPR untuk tidak mengadakan PRK, bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana sebelum ini SPR pernah menolak pengistiharan oleh speaker Perak. Sekiranya ada bantahan daripada speaker, tentu mahkamah akan membuat keputusan yang menyebelahi SPR.

Pelik SPR ini. Hari Rabu mesyuarat, hari Isnin minggu berikutnya baru diumumkan keputusan. Kepada UMNO, teruskanlah berhelah. Jangan percaya akan hukum dunia yang menyatakan bahawa helah yang sama juga yang akan memerangkap UMNO.

Nun di Kepala Batas, Tun Abdullah amat gembira melihat kesengsaraan Najib mengemudi Satu Malaysia. UMNO di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Terengganu sedang berantakkan sesama sendiri. Di Perak pula, sultannya telah mula menyindir. MB DPulau bersama barisan exconya telah mula beremosi mentadbir negeri. Melelong Camry lebih penting daripada menyediakan alas perut untuk rakyat. Dan lebih melucukan apabila MB DPulau sendiri meragui akan keesahannya sebagai MB Perak. MB DPulau telah memfailkan kepada mahkamah supaya mengistiharkan bahawa beliau adalah MB Perak yang sah.

Di peringkat Satu Malaysia pula, ucapan dan kata-kata Najib tidak seyakin dahulu lagi. Najib terus diganggu oleh bayangan Altantuya. Najib juga terus diperasap oleh penasihatnya Tun Madey. Bertambah berpeluh Najib sekiranya Tun Abdullah mengosongkan Kepala Batas. - jantantuya


UMNO Bijak Ke Bebal?

Setiap hari ada sahaja cerita politik di negeri Perak. Entah bila akan berakhir. Apa yang pasti ialah suara rakyat telah terpinggir dan raja pula tercemar dulinya. Pelik dan hairan bercampur ajaib. UMNO sebagai parti besar boleh dipermainkan oleh PR. Sepatutnya UMNO yang mempermainkan PR. Sepatutnya PR yang mudah diperkudakan oleh UMNO. Tetapi dua tiga bulan ini UMNO telah lesu daya fikir dan tenaga. UMNO yang dibarisi oleh pimpinan pencen masih mengaku bertenaga. Tun Madeypun tetiba kuat tenaganya.

Politik di Perak telah menampakkan kebodohan daya fikir UMNO di mata rakyat dan dunia. Institusi istanapun diheret oleh UMNO untuk melindunginya. Tidak semena-mena sultan menjadi mangsa kurang dihormati oleh rakyat. Tetapi UMNO tetap angkuh dan tetap ego mendakwa yang UMNO masih di hati rakyat. UMNO sahaja yang boleh membela rakyat dan raja. Baik sungguh UMNO di era Najib. Maklumlah bukankah Najib PM Satu Malaysia ..

UMNO rampas kuasa ikut pintu belakang. UMNO liwat Perak. UMNO gunakan halalan istana. UMNO berada di atas undang-undang. UMNO kebal. UMNO lebih kebal daripada istana. Jikalau UMNO tidak cukup kebal, masakan istana mudah menurut kehendak UMNO. Mahkamahpun sukar untuk membuat keputusan jikalau kesnya bersabit dengan UMNO.

Tetapi UMNO tersilap congak. Melayu mudah lupa adunan Tun Madey tidak menjadi. Kuasa dan kehendak Allah memanggil arwah Haji Roslan Shaharum telah mengosongkan kerusi parlimen di Bukit Gantang. PRK Bukit Gantang telah membuktikan bahawa rakyat Perak tidak mahu berMBkan UMNO. Rakyat Perak telah getik pada UMNO. UMNO pula terus mengemis meminta sedekah supaya rakyat menerima MB DPulau. UMNO mohon restu rakyat Perak. Nampak UMNO telah mula berlembut. Tetapi UMNO tidak sabar ..

UMNO tengin. Sepatutnya UMNO terus merendah diri. Biarkan PR menyalak sakan memperlekehkan UMNO. Bukankah Khalifah Umar ketika sedang dimarahi oleh isterinya, dia diam. Akhirnya isterinyapun diam. Udah diam, baru boleh dikojerkan .. Takker gitu weihh ..

Ini tidak, tetiap hari UMNO mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati. Masuk sahaja pejabat terus tukar karpet dan lain-lain asesori. Hantar notis minta MB Nizar kosongkan rumah dan pulangkan Camry. SUK pula berbahasa kasar. Notis amaran terus dihantar. Tidak terfikirkah UMNO cara yang lebih berkesan. Bukankah lebih berkesan jikalau MB DPulau dan exco letak rumah kontena di perkarangan Bangunan SUK. Jadikan rumah kontena itu kediaman MB dan exco. Rakyat yang marah akan bertukar simpati kepada UMNO. PR akan pening dengan permainan ini.

Ketika rakyat sedang sabar menunggu keputusan mahkamah akan status MB Perak, UMNO buat hal lagi. UMNO pecat semua ketua kampung pilihan rakyat. Ketua kampung pilihan rakyat ini dilantik atas kehendak Raja Muda. Tidak derhakakah UMNO kepada istana? Bukankah Raja Muda itu putera Sultan Perak? Ternyata bahawa MB DPulau lebih sayangkan UMNO cawangan daripada Raja Muda. Biarlah MB DPulau menderhaka kepada Raja Muda asalkan tidak menderhaka kepada UMNO.

Tunggulah dahulu keputusan mahkamah. Sememangnya rakyat tidak berharap lagi yang mahkamah akan menyebelahi MB Nizar. Rakyat cuma mahu mendengar susunan kata-kata bahasa bermutu tinggi. Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Rakyat akan menghormati susunan bahasa yang indah gemalai ini. Titah ucapan diraja sempena keputeraan baru-baru ini juga ditujukan kepada semua pemain politik. Tidak ada yang menang dan tidak ada yang kalah. Rakyat mula berpersepsi bahawa “raja tidak pekak, raja tidak buta”. Dalam diam-diam, rakyat mula percaya kepada istana.

Ketika rakyat sedang ditenangkan, timbul pula kerenah baru MB DPulau. Camry akan dilelong. Walau apapun rasionalnya, rakyat kembali marah. Renjisan air penawar diraja sebenarnya hampir berjaya memadamkan api dalam sekam. Namun UMNO menjirus petrol untuk menyalakan kembali api tersebut.

UMNO ini bijak atau bebal? -jantantuya/GB