27 Jan 2009

Kenyataan Husam Mengenai Kes Kugan

Berikut adalah kenyataan rasmi YB. Dato' Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS berhubung dengan kes kematian Kugan Anandan sewaktu di dalam tahanan polis.

Mengikut Al Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali Al Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.

Baik satu jiwa kanak-kanak yang dibunuh dengam kejamnya oleh tentera Israel, mahupun Kugan Ananthan, rakyat kita keturunan India yang mati sewaktu di dalam tahanan lokap polis setelah ditangkap kerana disyakki terlibat dalam kes kecurian kereta.

Seluruh badan Kugan cedera parah. Mengikut laporan berita, keluarga Kugan mendakwa beliau tidak diberi makan dan minum selama 7 hari. Sewaktu keluarga beliau menuntut mayat beliau di Hospital Serdang, mereka melihat mulutnya berbuih, dan kesan- kesan luka berat di muka dan hampir seluruh badan.

Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau. Malangnya, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah". Langkah ini hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa. Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini?

Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini. Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati.

Hari Rabu ini, mayat Kugan Ananthan akan disemadikan di Puchong, Selangor. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan. Saya berharap rakan-rakan Pas yang lain dapat mengiringi jenazah mendiang Kugan nanti.

HUSAM MUSA
___________________________________________

Semalam, Isnin 26hb Januari 2009 Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor, bersama-sama dengan Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Pas bagi Kota Raja.

Lawatan tersebut berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan disertai bersama oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa ahli parlimen Keadilan yang lain. - TVANTARA

Berita Hari Ini 28 Jan 2009

Zahid Hamidi terus dikecam oleh pelbagai pihak ekoran "arahan"nya yang meminta semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri. Ia mendedahkan kebodohannya mengenai konsep "federalisma" yang didokng oleh perlembagaan dan ternyata tindakannya itu tidak merujuk ke kabinet BN terlebih dahulu. Pakatan Rakyat wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak yang menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di ibu negara malam tadi seperti telah dipaksa untuk menyatakan ikrar akan kekal dalam BN. Najib mendakwa semua wakil rakyat UMNO hadir, tetapi di dalam visual hanya segelintir wakil rakyat BN yang kelihatan, ditambah pula dengan wajah bekas MB BN, Tajol Rosli yang kelihatan begitu "moyok" dan sugul dengan penyertaan ADUN Bota ke Pakatan Rakyat.

Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak Dr. Juanda Jaya dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menamatkan kontraknya 11 November 2008 kerana dikatakan menerima tekanan dari pemimpin UMNO Perlis.

Polis gusar dengan acara pengkebumian Kugan Anandan yang mati di dalam tahanan polis akibat penderaan dan kezaliman polis. Kali ini, Timbalan Ketua Polis Negara pula mengeluarkan arahan agar rakyat tidak menyertai perarakan esok. Persoalan kini, jika polis tidak melakukan kesalahan, kenapa takut dengan perarakan itu?