21 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Polis Semakin Melampau

Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.

Gobala dalam sidang medianya berakata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.

“Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya ahli parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.


“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro kerajaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana meyerang polis.

“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.

Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.

Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.

Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.

Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan sya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan Umno-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.

Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhub ung kejadian berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dpukul sehingga cedera. -TVA

Era Najib Altantuya : UMNO Yang Gantung Rohaizat

Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman adalah bekas Penang BN Secretary dan merupakan Pemangku Ketua Menteri selama 6 bulan dalam tahun 1979 ketika ketua menteri Lim Chong Eu berada diluar negara.

Beliau adalah peguam senior dalam senarai peguam dan beramal di firma guaman K Ahmad & Yong di Penang. Beliau mula didaftar sebagai peguam pada 22-2-1966. Beliau menerima darjah PSM yg menerima title tan sri bersama bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Malik Ahmad (Allahyarham) dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (Chief Judge) wanita yang pertama Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Pada 21.10.2007, New Straits Times telah melaporkan bahawa Tan Sri Khalid berkata,


"I vouch that Diciplinary Board is totally independent from Bar Council in its decision making prosess". He further said, 92 lawyers were struck off the rolls over the last five years for serious professional misconduct including embezzling the money of their client. [terjemahan - saya berani katakan bahawa Lembaga Disiplin adalah benar-benar bebas daripada pengaruh Majlis Peguam dalam proses membuat keputusan. Beliau menambah, seramai 92 peguam telah dibatalkan daripada senarai daftar peguam semenjak 5 tahun lepas atas pelbagai kesalahan serius berkaitan profesion guaman termasuk menggelapkan wang amanah klien]


Pada 23/6/2004, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah mempengerusikan panel 3 orang ahli Tribunal Siasatan Disiplin UMNO yang dilantik untuk menyiasat dakwaan salah laku bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Pada 8/7/2004, beliau merupakan salah seorang anggota lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Rithauddeen. Pada 28/5/2008, agensi berita BERNAMA melaporkan bahawa Setiausaha BN Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah menafikan khabar angin beliau menerima tawaran untuk bersama Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. Beliau dilaporkan berkata, "Hidup dan mati saya adalah untuk UMNO dan Barisan Nasional".

Kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya. "Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya,"

Khalid juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah."


Era Najib Altantuya : 17 Pengkhianatan UMNO Kepada Melayu

Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani - 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra. -pemudagombak

Era Najib Altantuya : Doktor MJ Bakal Didakwa Tuduhan Membunuh

Doktor peribadi kepada penyanyi pop Michael Jackson, Dr Conrad Murray dijangka dibicarakan di mahkamah atas dakwaan membunuh tidak lama lagi, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Murray dilaporkan akan ditahan dalam masa dua minggu lagi oleh pasukan penyiasat Los Angeles yang melakukan siasatan mengenai punca kematian Michael.

Selain Murray, pakar dermatologi Dr Arnold Klein turut akan didakwa atas jenayah yang sama.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat dijangka cuba mensabitkan kesalahan kecil ke atas Murray kerana masih tidak mempunyai bukti kukuh yang mampu mengaitkannya dengan kematian Raja Pop itu.

Jika didapati bersalah, dia bakal dihukum penjara seumur hidup.

Berita mengenai dakwaan jenayah itu dibuat selepas kemunculannya dalam rakaman video di laman web YouTube.

Era Najib Altantuya : Wang Palsu Raih Undi Untuk BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.


Era Najib Altantuya : Muhyiddin Akan Dilondehkan Jika Masih Berdolak-dalik

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mencabar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datok Zahid Hamidi untuk mengadakan debat terbuka.

Azmin dalam siri penerangan rakyat menawarkan diri untuk berdebat dengan kedua-dua pimpinan Umno-BN ini di Permatang Pasir dengan debat bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu.

“Saya ada empat hari lagi, saya minta Muhyiddin dan Zahid jangan berselindung di sebalik Utusan Malaysia dan TV3, kalau kamu anak jantan, kalau kamu pejuang Melayu mari adakan debat terbuka di Permatang Pasir bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu,” katanya.

Di hadapan hampir seribu hadirin di Kubang Semang, Azmin berkata jika dua pemimpin Umno itu enggan terima cabaran ini, rakyat diminta bangkit membawa prinsip perubahan dengan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan Pakatan Rakyat, Salleh Man Mat Aji.

Azmin dalam sesi penerangannya mengumumkan bahawa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu adalah Umno-BN yang mengadaikan tanah milik orang Melayu di Johor.

Bagaimanapun Muhyiddin dikatakan bersikap defensif dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di atas tindakan berkenaan.

Menurut Azmin, Muhyiddin dalam ceramahnya kepada rakyat di Permatang Pasir mengatakan Tun Mahathir mengarahkan beliau berbuat demikian setelah diugut Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yu untuk melancarkan perang sekiranya tuntutan beliau ditolak.

Azmin berkata, pihaknya sedang bersiap sedia mengumpulkan segala dokumen bagi membongkarkan siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

“Bagaimana pemimpin Umno boleh buat keputusan gadai tanah Melayu kepada Singapura semata-mata kerana Lee Kuan Yu. Di mana maruah kita sebagai Melayu di mana kedaulatan kita sebagai rakyat Malaysia. Le Kuan Yu ugut tak bagi air aku isytihar perang, menggegar kepala lutut,” katanya.

“Saya beri amaran kepada Muhyiddin nak perang cakap nak perang kita akan londehkan siapa Muhyiddin sebenarnya dalam Umno,” katanya.

Dalam pada itu juga, Azmin mencabar polis untuk menyiasat pertemuan tertutup Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi bersama menteri Pertahanan Israel.

Beliau meminta Zahid memberikan jawapan apakah hak beliau untuk mengadakan pertemuan dengan penjajah bumi Palestin itu dan apakah agenda yang dibincangkan mereka.

“Orang ini kini menjadi Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang. Bagi saya ketua pengkhianat kepada umat Islam. Ketua pengkhianat kepada orang Melayu adalah yang bersekongkol dengan kerajaan Yahudi Israel,” katanya.


Azmin dalam ucapan beliau juga menyentuh serangan terancang Umno-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Menurutnya, BN melampaui batas apabila rakyat biasa bukan sahaja mati dalam tahanan polis malahan kini mati dalam tahanan SPRM.

“Sudah melampau, sekarang mereka menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Kalau dulu SPRM digunakan untuk perangi rasuah kini SPRM digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya. -TVA


Era Najib Altantuya : Putarbelit Media UMNO Jadi Sandaran Muhyiddin Serang Nik Aziz

Banyak pihak membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kesilapannya dan bertaubat sedangkan apa yang dinyatakan oleh Nik Aiz adalah berlainan dengan apa yang dilaporkan oleh media UMNO.

"Inilah mentaliti pemimpin no. 2 negara, yang mengulas berdasarkan hanya kepada media yang mengipas dan membodek mereka, mentaliti rendah seorang Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri," ulas seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video temubual Mursidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan mencetuskan kontroversi dengan dakwaan ahli Umno tidak akan masuk syurga didapati tidak mempunyai kenyataaan sebegitu rupa.

Dalam temubual tersebut, Nik Aziz menyeru dan mengajak umat Islam Malaysia untuk sama-sekali tidak memisahkan iman dari kehidupan sehari-hari terutamanya ahli-ahli politik.

Tokoh agama yang disegani kawan dan lawan itu menegaskan para pemimpin politik akan terhindar dari kejahatan seperti rasuah, menzalimi rakyat bawahan dan menindas masyarakat minoriti sekiranya mereka bertaut pada iman.

“Ini terjadi pasal UMNO awal lagi kata agama lain, politik lain, Sedangkan Nabi Muhammad SAW, Nabi dia dan Nabi kami juga. Nabi jaga negeri. Imam sembahyang pun dia, panglima perang pun dia dan menteri kewangan pun dia. Semua menteri pun dia. Jadi dalam negeri dan luar negeri semua dia. Jadi macam mana kita nak kata politik lain, kerana Nabi libat semua. Itu dari segi batang tubuh Nabi” katanya.

Nik Aziz berkata kezaliman dan jenayah pemerintah akan berlaku sekiranya Islam hanya diamalkan secara ritual tanpa pengisian nilai murni Islam itu sendiri seperti keadilan kepada semua, memusuhi rasuah, kesaksamaan semua kaum, dan perlindungan hak orang miskin.

“Kami daripada Pas berdasarkan politik Islam, kami diwajibkan menjaga dunia Allah ini melalui Islam. Kebetulan, sekarang ini kita guna demokrasi. Oleh yang demikian, peluang bagi menjaga dunia, ini melalui pilihan raya. Kami kempen dakwah atau ceramah dan alhamdullilah wajib. Orang nak terima alhamdullilah. Orang tak nak terima apa boleh buat, kami tak boleh rasuah, demokrasi pun kita haram. Kalau kita buat menda haram, kita beri duit, duit itu kita gunakan untuk apa? Beli beras, beras pun jadi haram. Beli minyak kereta, minyak pun jadi haram. Beli teh pun, the jadi haram,” katanya.

Ketika Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir berlangsung, media pro-kerajaan melaporkan bahawa Nik Aziz berkata ahli-ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Dalam laporan media pro-kerajaan, Nik Aziz dituduh sempit, ekstrem, sama seperti kaum Khawarij, dan mengganggap dirinya seolah-olah berkuasa seperti tuhan.


Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor turut menyelar Mursidul Am Pas itu.

Namun rakaman video temubual mendapati Nik Aziz tidak berkata seperti yang didakwa media pro-kerajaan.

“Jadi dalam Al-Quran pula segala apa yang terlibat dengan manusia, hal duit, hal kewangan, akidah, ibadah, hal ini semua ada disebut dalam Al-Quran,” katanya.

Mursyidul Am Pas itu dalam ucapan-ucapannya sebelum ini konsisten menyelar amalan rasuah dan perkauman yang diamalkan pemerintah Umno-BN.

Seruan demi seruan Nik Aziz kepada pemerintah supaya kembali kepada ajaran Islam yang sempurna dengan mengembalikan hak rakyat untuk bebas dari jenayah dan rasuah, penindasan kaum dan agama, dan melindungi kepentingan masyarakat miskin bagaimanapun tidak didengari pemerintah.

Nik Aziz berkata penindasan, asabiyah dan kezaliman sama-sekali tidak selari dengan kesyumulan Islam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar menyangkal tindakan pemerintah menggunakan saluran media untuk kempen mereka.

“Saya juga mengutuk supaya laporan muktahir ini khususnya laporan media eletronik tv Malaysia baik RTM mahupun media prima menyiarkan berita dan kenyataan Tok Guru Nik Abd. Aziz. Saya minta sama ada mereka menyiarkan pertuturan, percakapan Tok Guru bercakap orang UMNO tidak masuk syurga. Kalau betul ada, kita akan lihat sama ada apa yang dimaksudkan itu tepat atau tidak. Tapi jika tidak, mereka harus bersedia menghadapi tindakan mahkamah secara terbuka meminta maaf diulang-ulang khususnya di dalam media elektronik di dalam tv,” katanya.

Terdahulu, pada tahun 2000, Mahfuz pernah difitnah ekoran laporan News Strait Times menyiarkan berita terhadapnya yang bertajuk Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk sekali gus mencalar imej dan kredibilitinya sebagai seorang ahli parlimen.

Selain News Strait Times, beliau turut mengatakan pernah memenangi kes ke atas Utusan Malaysia kerana pernah menyiarkan berita berunsur fitnah dan jahat terhadapnya.

Mahfuz meminta media memainkan peranannya yang sebenar dengan tidak memutar belitkan cerita sebaliknya harus berwibawa dan beretika ketika menulis sebarang laporan berita.


Era Najib Altantuya : Perpecahan Melayu Selesai Jika UMNO Sertai PAS

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah menganggap masalah perpecahan antara Melayu dan Islam di negara ini akan selesai sekiranya UMNO menyertai Pas.

“Maksud saya, ia bukannya mewujudkan satu gabungan tetapi parti itu perlu menyertai Pas, insyaAllah masalah perpecahan akan selesai,” katanya.

Menurutnya, UMNO perlu dibubarkan dan pemimpinnya harus memahami Islam serta belajar politik Islam bagi memastikan isu politik membabitkan Melayu dan umat Islam selesai.

Pada masa sama, Mohd Nor menolak kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim sambil menjelaskan bahawa parti itulah menjadi punca perbalahan dan perpecahan dalam kalangan Melayu selama ini.

Razali dalam kenyataannya sebelum ini dipetik sebagai berkata, isu perkauman telah dicetuskan pihak pembangkang, selain turut mengatakan pembangkang tidak memegang prinsip Rukun Negara.

Sehubungan itu Razali berkata, Malaysia kini dilihat berada di ambang bahaya berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) suka bermain dengan pelbagai isu sehingga boleh mencetuskan masalah perkauman dan ancaman.

Menurut Mohd Nor, perbalahan dan perpecahan yang berlaku ketika ini berpunca daripada UMNO sejak tragedi 13 Mei sambil menyifatkan ia sebaliknya dicetuskan orang UMNO.

“Pemimpin UMNO juga adalah pencetus kepada pengkhianatan membabitkan isu royalti di Terengganu, rakyat yang menyokong Pas dihalang daripada menerima bantuan, itu adalah antara pengkhianatan.

“Semasa Pas perintah Terengganu, orang UMNO buat demonstrasi terhadap sultan ketika pemilihan Menteri Besar, menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu, ustaz serta tok imam yang menyokong Pas pula dipecat,” katanya.- SH

Era Najib Altantuya : Banyak Sangat Pekung Dah Terlondeh

Tidak reda dengan isu pecah amanah, sekali lagi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang ada padanya.

Pendedahan terbaru yang dibuat Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi itu berhubung dengan tanggungjawab dan amanah terhadap Rohaizat ke atas isteri keduanya.

Nasruddin memberitahu calon BN, Rohaizat Othman tidak berlaku adil terhadap isteri keduanya, Hafizah, yang dibuat seperti isteri simpanannya.

"Beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada tahun 2005 tanpa didaftarkan selama 3 tahun dan pada tahun 2008 baru didaftarkan secara sah," beritahu Nasruddin.

Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan hendak menyentuh soal hal peribadi, tetapi kerana melibatkan kepertanggungjawaban seseorang individu itu dan pihaknya juga mempunyai bukti terhadap perkara ini.

Nasruddin turut mempersoalkan, bagaimana Rohaizat yang dipilih sebagai calon BN itu hendak memikul tanggungjawab terhadap 20 ribu pengundi Permatang Pasir amnya, sedangkan tanggungjawabnya terhadap seorang isteri tidak dapat dilaksanakan.

Ketika ditanya media lebih terperinci mengenai isteri calon BN itu, Nasaruddin hanya menjawab;

"Isteri tersebut cukup hanya dikenali sebagai Hafizah, berada di Jengka, Pahang dan dahulunya pernah bekerja sebagai Ketua Kerani di tempat kerja Rohaizat selama 8 tahun. Isteri Rohaizat itu sendiri berjumpa dengan saya dan saya mengenali wanita tersebut," jelas Nasrudin lagi.

Sehubungan dengan itu, Nasruddin mencabar Rohaizat menafikan perkara ini secara terbuka sekiranya perkara ini tidak betul.

Pendedahkan tersebut didedahkan Nasruddin dalam sidang media selepas program Perlawanan Bola Sepak diantara Kubang Semang FC dan YB Pakatan Rakyat berlangsung, semalam. -prkn11penang

Era Najib Altantuya : SPRM Sengaja Cari Pasal (updated)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sengaja mencari pasal dengan pembantu-pembantu Exco, kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Beliau berkata, tujuan sebenar SPRM adalah untuk membabitkan beliau dalam penyiasatan kes peruntukan DUN, namun menggunakan pembantu khas sebagai mangsa terlebih dahulu.

“Saya rasa dia cari pasal dengan Wong kerana Wong pembantu khas saya, target SPRM adalah saya, tapi saya tak paham mereka pergi kepada wong, mengapa tidak terus kepada saya, saya boleh jawab,” katanya.


Katanya, Wong Chuan How, Pembantu Khasnya di DUN Sungai Pelek hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai orang yang disyaki menyeleweng, bermula jam 8 pagi tadi di Pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau ditemani peguam yang dilantik Kerajaan Negeri, Imran Hadzalie Abdul Hamid mengikut Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bilangan 4 Tahun 2009.

Mengenai siasatan yang mungkin membabitkan beliau, Ronnie berkata, tiada apa yang ingin ditakuti dengan penyiasatan terhadap peruntukan DUN tersebut kerana semuanya dilakukan secara berhemah.

“Kita tahu apa yang kita buat, semua prosidur kita ikut, prosidur ditetapkan kerajaan yang terdahulu,

“kalau mereka rasa mekanisma yang digunakan selama 50 tahun takda masalah takan kita rasa tiada masalah, kita guna mekansma selama setahun, yang ada problem adalah barisan nasional, mereka ada record menghabiskan peruntukan sebanyak 500 ribu atau 600 ribu,” katanya.

Mengenai siasatan yang dijalankan di luar bangunan SUK, seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Exco 22 Julai lalu, Ronnie berkata ia akan tetap diteruskan.

“Peraturan yang dihantar oleh menteri besar bagi pihak exco masih lagi dikekalkan walaupun AG(Peguam Negara) yang mengatakan mereka akan mencabar, kita akan menunggu cabaran itu, sebelum itu berlaku secular itu dikekalkan jadi mana pegawai kerajaan apabila siasatan diperlukan mereka ada hak untuk mengunakan peguam dan semua kos ditanggung oleh kerajaan negeri sendiri,” katanya. -TVS


Era Najib Altantuya : Video Penjelasan Yusri Yang Berang Dikambinghitamkan (updated)

Kontroversi kes pecah amanah wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang Berhad yang membabitkan calon Umno-BN Rohaizat Othman semakin jelas dengan pendedahan bekas rakan kongsinya.

Individu terbabit, Yusri Isahak, dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Rohaizat terbabit sepenuhnya dalam kes penyelewengan wang milik para pekebun getah itu.

“Saya amat berani kerana kejadian yang berlaku sekarang dan saya amat menghormati diri saya. Saya tidak takut dengan mana-mana pihak sama ada berdebat atau berbincang secara terbuka atau tertutup tiada masalah.

“Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari di kambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguam bela dan peguam cara,” katanya.

Rohaizat dicalonkan Umno-BN untuk merampas kerusi Dun N11 Permatang Pasir dari Pakatan Rakyat. Umno berhadapan dalam pertandingan satu-lawan-satu dengan calon Pas Mohd Salleh Man Mat Aji.

Rohaizat disenarai hitam lembaga disiplin Majlis Peguam Malaysia tahun lepas selepas beliau didapati menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk kepentingan kawan-kawan.

Majlis Peguam berkata ia membabitkan lebih RM161,000 wang pekebun getah.

Rohaizat seterusnya mencabar keputusan Majlis Peguam di mahkamah, namun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut, lima hari sebelum Umno mencalonkan beliau sebagai calon parti perkauman itu dalam Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir.

Umno menepis persoalan orang-ramai dan beralasan penyenaraian hitam kerana menyeleweng wang milik pekebun-pekebun kecil bukanlah satu kes jenayah.

Umno juga mendakwa Rohaizat telah membayar semula wang pekebun-pekebun kecil, serta mendakwa Rohaizat di hukum Majlis Peguam untuk kesalahan yang dilakukan oleh rakan kongsi, iaitu Yusri Ishak.

Majlis Peguam dan Yusri Isahak menafikan semua dakwaan Umno ini.

“Sebarang urusan pembelian tanah tersebut dan pengunaan wang koperasi dibuat dengan pengetahauan dan penglibatan Rohaizat. Mana mungkin pengaliran keluar masuk wang dalam syarikat tidak diketahui kerana rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

“Para peguam saya sedang memulakan tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa individu yang dengan jelas, terang serta nyata menyatakan bahawa saya lah yang telah mengelapkan duit atau menyalahgunakan wang syarikat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan berlaku, saya ingin menyatakan di sini bahawa segala perjalanan pentadbiran ofis dan pengeluaran cek-cek kemasukan fail-fail semua dilakukan melalui perbincangan dengan rakan kongs. Ertinya apa yang dilakukan oleh rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah pihak bukan satu pihak sahaja," katanya.

Rohaizat dan Yusri adalah rakan kongsi di firma Saif Ariff and Rohaizat yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang.

Koperasi Pekebun Getah Kecil Pulau Pinang Berhad adalah klien Rohaizat. Menurut Yusri, sebelum penyelewengan berlaku, sebuah bank telah meluluskan pinjaman RM320,000 kepada koperasi terbabit.

Menurutnya, wang yang akan digunakan untuk membeli sebuah tanah bagi pihak koperasi itu telah di depositkan ke akaun klien di firma guaman Rohaizat.

Yusri mendedahkan calon Umno ini menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil itu bernilai RM100,00 untuk membantu seorang kawan membiayai pembelian tanah bernilai RM130,000.

Menurut Yusri, kawan kepada calon Umno ini sepatutnya membayar semula wang milik koperasi ini kepada Rohaizat namun gagal berbuat demikian.

Menurutnya, Rohaizat kemudiannya membeli tanah tersebut dengan tujuan untuk menjual tanah itu dan membayar balik wang milik koperasi, namun gagal.


“Setelah gagal membayar balik pinjaman Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya firma gagal menjual sebahagian tanah tersebut dan gagal bayar semula wang koperasi yang digunakan,”katanya.

Yusri juga mendedahkan Rohaizat sekali lagi menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk membantu seorang lagi kawannya, yang merupakan pengarah di sebuah syarikat pemaju perumahan.

Selain itu, Yusri berkata Rohaizat turut dikatakan menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil ini untuk menguruskan cawangan Saif Ariff and Rohaizat di Ipoh. -TVA


Era Najib Altantuya : Isu Rohaizat, Setelah Berdusta Zahid Cuba Jadi Referee

Setelah melakukan pendustaan dan pembohongan kepada rakyat Malaysia menyatakan bahawa yang melakukan pecah amanah ekoran dari penarikan balik sijil guaman Rohaizat Othman, dengan menuduh ia angkara rakankongsi Rohaizat, kini, Naib Presiden UMNO yang berdusta itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis berkata masalah peribadi di antara calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak tidak seharusnya diheret dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata perselisihan faham berikutan masalah perniagaan mereka tidak sepatutnya dijadikan masalah politik dan menjadi isu dalam pilihan raya kecil itu.

"Masalah itu sebenarnya tiada kena mengena dengan parti. Pada saya kita harus hentikan isu ini dan jangan menyentuh tentangnya lagi," katanya kepada pemberita di pusat operasi BN di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah lebih baik kedua-dua pihak tidak mendedahkan keaiban orang lain dan sebaliknya yang harus ditonjolkan ialah kebaikan dan kelebihan mereka.

Isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat dituduh menjadi modal kempen PAS pada pilihan raya kecil itu dan semalam Yusri mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" dalam isu berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ahmad Zahid selepas UMNO terpukul dengan penjelasan rakankongsi Rohaizat berkenaan, setelah dihebahkan oleh media massa arus perdana termasuk agensi berita nasional, Bernama yang menyebarkan fitnah dari kenyataan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Naib Presidennya, Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Ahmad Maslan.

Rohaizat, 38, akan menentang calon PAS Mohd Salleh Man, 52, pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.

Banyak pihak melihat perkembangan terbaru ini sebagai satu taktik UMNO untuk menutup pendustaan yang telah mereka lakukan dengan mereka cuba bertindak sebagai "referee yang meniup wisel" untuk menamatkan permainan sedangkan mereka sendiri adalah pemain utama di dalam siri untuk melakukan pembelaan terhadap calon mereka yang telah didapati pecah amanah itu.



Era Najib Altantuya : Polis Tidak Profesyenal, Siasatan Berdasarkan Fitnah Di Blog Tanpa Nama

Kerajaan Negeri Selangor kecewa dengan pihak polis yang cuba mencari kesalahan Exco Pakatan Rakyat dengan menjalankan siasatan ke atas pegawai kerajaan negeri hanya berdasarkan maklumat daripada laman web blog.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jeyakumar berkata, tindakan pihak polis mengambil keterangan pegawai kerajaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini adalah tidak profesional dan menakutkan pegawai kerajaan.

“Pihak polis sewajarnya menjalankan siasatan berdasarkan bukti kukuh untuk dijadikan rujukan, dan bukannya secara rambang dan tanpa asas.”

“Sekiranya sumber dari blog dapat menjadi kayu ukur kepada sesuatu siasatan, maka sebahagian besar wakil rakyat, Exco serta Menteri juga harus disiasat kerana nama mereka secara luas dikaitkan dengan kes-kes tertentu dan disebarkan melalui blog,” kata Xavier.

Xavier berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas pihak polis mengambil keterangan saksi daripada dua orang pegawai kerajaan. Exco yang turut hadir ialah Ean Yong Hian Wah.

Tambah Xavier, tindakan polis ini adalah satu lagi bukti institusi polis dan agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan dan dikerah sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pegawai Turus Siasatan Jenayah Komersial, Mohamed Osman dan Pegawai Siasatan Unit Siber Multimedia, Azizi Abdul Halim tiba di Pejabat SUK Selangor kira-kira 12 petang ini untuk mengambil keterangan saksi ekoran laporan polis yang dibuat berhubung dengan dakwaan pejabat Exco digunakan oleh kongsi gelap yang disiarkan di dalam blog Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.

Menurut Mohamed, tiada nama spesifik yang ditujukan dalam laporan polis tersebut. Walau bagaimanapun Mohamed yang enggan mendedahkan nama individu yang membuat laporan polis pada 12 Julai itu memaklumkan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan yang sama di pejabat Exco selainnya.

Kerani Ean Yong, Norazah Binti Ismail dan kerani Ronnie Liu, Siti Fairos Shohaime telah memberi keterangan di pejabat Exco masing-masing bermula 1 petang dan berakhir 3:30 petang. Buku pelawat pejabat Exco Ronnie Liu dirampas sebagai bahan bukti.

Ean Yong dalam sidang media yang sama juga menegaskan pihak kerajaan bersedia bekerjasama dengan pihak polis dan berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas dengan profesional. -selagorkini