Tepat seperti yang GB ramalkan sebelum ini bahawa kita tidak mungkin dapat mengharapkan pilihanraya lagi di Perak sehingga pilihanraya umum kali ke 13 nanti pada 2013.
PM Datuk Seri Najib Razak tidak akan mempersia-siakan setiap saat yang ada setelah mandat diperolehi bagi menarik semula sokongan rakyat terhadap UMNO BN.
Justeru itu adalah tidak masuk akal untuk membiarkan Perak dilepaskan setelah diperolehinya dan penyakit besar yang menimpa PAS dan Pakatan Rakyat ialah suka berspekulasi untuk menyedapkan hati.
Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputuasan bahawa ia bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Keputusan 5 - 0.
Mahkamah Persekutuan menyatakan ia adalah berdasarkan penolakan Sultan untuk membubarkan DUN di bawah Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak
Sementara Perlembagaan Perak Artikel 16 (6) memerlukan Nizar untuk meletak jawatan atau tidak di bawah Artikel 36 (2).
Didapati juga bahawa Nizar telah hilang kepercayaan dari majoriti ADUN telah diperolehi di dalam satu mesyuarat khas di Istana. Mahkamah Persekutuan merujuk kepada mesyuarat khas istana diantara Sultan Perak dengan 31 orang ADUN.
Mahkamah menyatakan: "Tidak ada keperluan di dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya dilakukan di dalam dewan undangan negeri".
Mahkamah Persekutuan turut mendapati "Di dalam kes ini, tidak syak lagi Zambry mempunyai sokongan 31 dari 59 ADUN."
Dan Mahkamah Persekutuan sebulat suara dengan keputusan 5-0 menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dn turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak.

PAS Perak Perlu Perkukuhkan Parti, Bukan Berspekulasi
Oleh Greenboc
1/19/10
Spekulasi lagi. Entah kali ke berapa. Mengharapkan pilihanraya berlaku di Perak dari sehari ke sehari, entah jadi entahkan tidak. Entah kali ke berapa. Mengharapkan pilihanraya berlaku di Perak dari sehari ke sehari, entah jadi entahkan tidak.
Kita merasakan bahawa PAS Perak sudah tidak perlu untuk berspekulasi bilakah pilihanraya akan berlaku di negeri itu kerana sejarah UMNO BN tidak pernah mahu melepaskan sesatu yang telah dipegangnya. Ia tamsil seekor kucing yang telah dapat membaham ikan di mulutnya... dibantai dan dikejar ke manapun kucing itu tetap tidak akan melepaskan ikan yang sudah ngap di mulutnya.
Oleh yang demikian, apa yang perlu dilakukan?
Itu, pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya menyatakan semalam 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Apa motifnya SPR mengumumkan demikian bukan soalnya untuk kita perdebatkan lagi. Soalnya, apakah usaha PAS Perak bagi mempastikan pengundi-pengundi di kawasan masing-masing telah didaftarkan sebagai pemilih.
Ketua Penerangan PAS pula keluar dengan kenyataan menawarkan satu kerjasama serius digerakkan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Begitu pulak kisahnya, sedangkan SPR ada matlamat lain, yang tak boleh didedahkan. PAS Perak pula nak hulurkan tangannya kepada tangan si perompak negerinya untuk bekerjasama mendaftarkan pengundi.
Hentikan kerja-kerja menabur benih di angkasa, ia tidak ada faedahnya. Pergi segera ketuk pintu rumah-rumah rakyat seluruh Perak sekrang juga. lakukan culaan. Daftarkan mereka sebagai pemilih, bawa sekali borang keahlian PAS. Panggil dan jemput Presiden, Timbalan Presiden dan sekalian pimpinan tertinggi untuk gerak-gempur seluruh Perak dulu. Kemudian baru cerita bab pilihanraya semula. Bukan berspekulasi seperti orang sedang bermimpi.
7 ulasan:
Alhamdulillah, kebenaran telah diketahui....
Kalau tadi keputusan memihak kepada Nizar agak-agaknyer macam mane reaksi
Salam GB.
Telah dijangkakan ianya tak berpihak pada kita.Kuasa Kerajaan Pusat mengatasi segalanya.Mandat rakyat dipermainkan/dihumbankan kelongkang.Patutnya istiharkan saja diadakan Prk disesuatu kawasan jika YB beralih arah.Di sinilah mandat yg rakyat berikan dihormati.Majoriti pilihan rakyat MESTI diambil kira bknnya Minoriti + sikatak lompat =majoriti ini diguna pakai.Kepercayaan rakyat dalam memilih kerajaan akan luntur jika APA yg berlaku sekarang terus diguna pakai.MESTI DIUBAH FORMULA SEKARANG supaya Seseorang Adun itu berfikir acapkali utk beralih haluan.Tidak mustahil perkara begini terus berlaku samada di Pusat & Negeri.Adakan Pilihanraya Kecil dalam menentukan samada Mandat itu diperolehi semula ataupun sebaliknya DEMI menghormati pilihan rakyat di dalam sesuatu pilihanraya.
Kita mesti wala' pada pemimpin dan kita amat bersyukur kerana PAS mewakili Pakatan Rakyat kalah dalam perbicaraan mencari MB yang sah, asalkan islam tidak kalah...?
Apa khabar lebai malang...?
Muahahaha.. Cantek! 5-0 kena titik. Aku suka Nizar kalah sebab nanti depa cakap Nizar MB Mahkamah.
Biaq pi la dengan keputusan tu. Kita tak redha. Tapi kita tak boleh putuih asa dengan kerja dakwah dan politik kita.
Teruskan usaha. Ni la masanya kita kena perapatkan balik sof dan muhasabah diri. Hat UMNO punya kerja jahat tu, toksah dok hingaq la. Sebab depa tu memang jahat. Dah kerja depa. Macam kita marah kat doktor toksah rawat pesakit, boleh ka? Mana boleh.. UMNO penjahat, biaq la depa buat kerja depa.
Kita kena sedarkan khalayak di luar sana dengan kerja2 jahat mereka. Tu aja. Nanti secara otomatik dan bila masanya sampai dengan izin Allah, terpelantinlah puak2 yang zalim ni.
Piston Tercabot
PAS nak menang pru 13 ??? eeehhhmmmm.... PAS pon dah terbelah 2..
PAS bukan pandang undi MELAYU ponnnnn... klu x caya tanya geng PAS REFORM... hhehehehe....
ngacau-ngacau..
pru pun mugkin bole d tangguh2 sbb bila d adakan membazir kerana kta prlu kukuhkan ekonomi
tetapi UMNO masih tidak mampu menewaskan kuasa allah s.w.t, kebenaran akan terserlah
Catat Ulasan