Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "musuh negara".
Beliau mendakwa, Malaysia yang satu ketika dahulu dipandang tinggi di peringkat antarabangsa sudah mendapat imej buruk, yang didakwanya berpunca daripada pentadbiran Najib.
"Najib sebenarnya adalah musuh negara. Di mana-mana kita pergi, (orang) bertanya apa sudah jadi pada negara kamu.
Dulu mereka pandang tinggi Malaysia, anggap Malaysia negara contoh," kata bekas perdana menteri itu dalam ucapan penutupnya.
Mahathir berikrar HARAPAN akan menjadikan Malaysia kembali "mulia" dan menjadi antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030, jika mereka berjaya mentadbir negara.
Mahathir berkata, HARAPAN akan mengambil lima langkah antirasuah bagi masa 100 hari mentadbir negara, antaranya menangkap "Malaysian Official 1", menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan 1MDB dan Felda dan menubuhkan badan bebas untuk mengembalikan aset rakyat yang diselewengkan.
SPRM akan dijadikan badan bebas dan diletakkan di bawah Parlimen dan amalan rundingan terus bagi kontrak kerajaan juga akan dihapuskan, katanya lagi.
Beliau mengkritik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang menurutnya berbohong apabila mengatakan badan itu berusaha membanteras rasuah.
"Hari ini, SPRM rajin ke Sabah dan tangkap orang, tetapi penyangak terbesar tiada apa-apa siasatan."
Beliau merujuk tangkapan beberapa pemimpin Umno dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) berhubung dakwaan penyelewengan dana yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.
"Selagi tiada siasatan terhadap RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib...tak usahlah Dzulkifli nak kaburi mata rakyat kononnya dia cergas menghalang (rasuah)," katanya lagi.
Najib sebelum ini menafikan dakwaan itu, manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkannya daripada sebarang kesalahan berhubung dakwaan itu.
Mahathir menyifatkan siasatan SPRM di Sabah sebagai usaha melemahkan pembangkang.
"Tetapi kami tidak akan gentar dan akan terus memperjuangkan rakyat," katanya.
Sebelumnya, Timbalan Presiden Pakatan Harapan yang juga Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan sistem dalam negara sudah runtuh. Rakyat pilih kerajaan adalah untuk jaga kebajikan kita, anak cucu kita.
"Kalau tidak bertindak kali ini untuk membentuk kerajaan baru, menumbangkan kerajaan BN, maka masa depan kita menjadi gelap," katanya.
"Kita mahu Najib Razak dan kerajaan kleptorat ditumbangkan. Kita malu dengan apa yang telah berlaku pada negara. Tentukan Pakatan Harapan menang besar dalam PRU14 akan datang," ujarnya lagi.
Semntara itu Presiden Parti Amanah Negara Hj Mohammad Sabu dalam nada sinis Mohamad Sabu berkata kononnya DOJ sengaja nak rosakkan imej perdana menteri yang kita kasihi.
Singapura mendakwa mereka yang terlibat dengan 1MDB. Singapura juga sebenarnya cemburu dengan kemajuan Malaysia.
Tetapi Bank Negara juga mengatakan ada yang tidak kena dengan 1MDB. Adakah Bank Negara ini ejen Yahudi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan