Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.
Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.
Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.
Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.
Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.
“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.
Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.
“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.
Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.
“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.
Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.
Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.
Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.
Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. -SH

4 ulasan:
-wlaupun artikel nie tak ckp restoran mane, tp mti dah bole nie, nie mti mti kedai mamak punye..
-sudah2 la mkn kt kdai mamak, majoriti kdai or restoran mamak nie mmg pngotor, telur x prnah dibasuh, pastu cube tanye cmner diorang nk uli tepung yg byk gile tue utk wat roti canai?..gune tgn?..x pyahla, xde mase diorang nk pkai tgn..pkai kaki jer nk uli tepung..main pijak2 jer..
-kalo ketagih sgt nk g kdai mamak sbb kbyakan diorang nie ade psang astro utk tgk bola, order air je sudah..
Loya 3 hari tak apa... Jangan tak BERAK 3 HARI macam sayfool sudah le... Nanti air mani tikus penuh pulak dalam dubur mamat tu.
Nizam, kemut baik tu bro.
Ha... ha... itu baru gulai tikus. Nanti gulai daging babi dan daging anjing juga halal kerana ia adalah di antara prinsip Gagasan 1 Malaysia. Kalau nak tahu dalam tahun 1989 dulu ada warga Indonesia jual sate daging anjing di Ampang. Pendatang Indonesia tu Melayu, tapi ugama tak tau lagi. Gagasan 1 Malaysia nak jadi macam apa yang pernah jadi di Indonesia tulah.
Catat Ulasan