26 Mac 2015

[KES SYALEZA] Norazman Diperintah Bela Diri Bunuh Eksekutif TV9


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, membela diri atas tuduhan membunuh wanita itu, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah menetapkan esok bagi tertuduh, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, membela diri.

Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 16 Okt tahun lepas.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di satu alamat di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T. Deepa Nair sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan. – Bernama,

IMBAS KEMBALI


Kronologi Kematian Arwah Syaleza Jaffar

Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah.

• Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi ‘sabar duhai hati’ kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.

• Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh.

• Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar.
Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa.

• Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam.

• Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman.

• Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam.

• Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin.

P/S semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman. Alfatihah


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanda
Lama jugak kes bunuh isteri di bunuh suami dalam rumah sendiri ini masuk mahkamah?